Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Thursday, November 26, 2009

Coretkan parenggan yang nak disiar di sini


Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]

.

Wallahu’alam.

.

.

.

Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan



Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)



Ada 6 faktor mengapa masih tidak bertemu jodoh.

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)


Friday, November 20, 2009

Part 4 Pertempuran Merebut Cinta : Pertempuran Ketiga : Awa'iq (Penghalang Ibadah)


Firman Allah Taala Surah Al Hadid, Ayat 20 :" Dan tidak ada kehidupan di dunia ini melainkan mata benda yang menipu daya semata-mata "




Pertempuran ketiga merupakan pertempuran berhadapan dengan perkara-perkara yang menghalang seseorang muslim dari beribadah kepada Allah SWT. Seperti yang difirmankan Allah SWT, jelas kepada kita terdapat 4 penghalang kepada seseorang Muslim untuk bertaqarub dan beribadah kepada Allah SWT. Keempat-empat penghalang tersebut ialah :

1. Dunia
2. Manusia
3. Syaitan
4. Nafsu

1. Dunia:

Dari Abdullah bin Syukhair, sabda Nabi saw suatu kali, "Anak Adam gemar berkata, 'Hartaku, hartaku.' Padahal, wahai anak Adam, tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu makan lalu kamu buang (najis), tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu pakai lalu kamu mencampakkannya, dan tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu sedekahkan lalu kamu melupakannya (Shahih Muslim, Jilid 4, Hadis no. 2273)

Begitulah dunia yang sering menipu daya manusia sehingga menghalang seseorang manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Apabila terpaut dengan dunia maka lalailah hati dan jiwa untuk beribadah kepada Allah. Kerana yang dicintai bukanlah Allah SWT, tetapi dunia yang sering menjadikan manusia seorang yang rakus. Dunia adalah apa saja yang dilihat cantik mempersona, indah dan ghairah sehingga menafikan akhirat. Kerana kecantikan dan keindahan yang mempesona inilah manusia sering berebut untuk memilikinya sehingga mengenepikan hukum syariat. Tidak hairan kini, berlaku banyak rasuah, perlakuan maksiat dan hiburan tanpa batasan. Kerana tipu daya dunia yang menjanjikan keseronokan yang sementara.

Rasulullah SAW pula bersabda: Dunia ini ialah sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti.

Seorang Muslim yang sejati, sepatutnya bertindak selaku khalifah Allah. Sebagai khalifah , dunia ini ditadbir dan diuruskan untuk mentaati hukum syariat Allah SWT. Secara tidak langsung dunia ini menjadi wasilah dan alat untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.

Bagi berhadapan dengan tipu daya dunia ini, maka seseorang tersebut mestilah bersifat zuhud. "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya.

Rasululah SAW juga pernah bersabda tentang zuhud antaranya ialah; Zahidlah kamu di dunia nescaya ALlah mencintai kamu, dan zahidlah kamu akan apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.

2. Manusia

Manusia yang menjadi penghalang kepada ibadah ialah manusia yang sering mengajak seseorang muslim untuk melakukan dosa dan mungkar. Bagi mereka semakin banyak maksiat dan dosa yang mereka lakukan, semakin mereka merasa kepuasan dalam hidup di dunia. Lebih-lebih lagi jika mereka mampu mengajak manusia lain untuk melakukan kemungkaran bersama-sama dengan dirinya. Bagi mereka, inilah kejayaan yang hakiki dan sejati. Manusia menjadi penghalang kepada seseorang Msulim untuk beribadah ada 3 jenis :

1. Islam yang Fasik
2. Munafik
3. Kafir harbi

Surah Al Hasyr : 19 ”Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik

“Dalam kitab "al-Mathla' 'ala abwabil muqni", karangan Syamsuddin Ba'ly, "fasik" diertikan sebagai orang yang banyak berbuat maksiat, meninggalkan perintah Allah, keluar dari jalan benar dan agama. Fasik juga diertikan orang yang melakukan dosa besar atau sering melakukan dosa kecil. Mereka ini melakukan dosa tanpa segan-silu dan rasa bangga. Mereka akan berusaha untuk mencari jalan untuk menghalalkan perbuatan mungkar yang telah menjadi darah daging dalam dirinya.

Surah An Nisaa : 4 “Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.”

Munafik ialah manusia yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran. Sifat mereka menzahirkan Islam agar orang akan mengatakan mereka adalah seorang penganut Islam yang jujur dan ikhlas. Tetapi dalam diam, mereka menghancurkan Islam dengan hati, idea dan tindakan mererka. Mereka menzahirkan Islam, agar orang tertarik kepadanya. Kemudian orang yang tertarik kepadanya disesatkan dan diajak untuk membuat mungkar dan maksiat.

Surah al-Baqarah: 126 “Allah menegaskan dalam firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah mereka.”Kafir harbi terutamanya dari kalangan Yahudi dan Nasrani tidak akan senang ke atas umat Islam, selama mana umat Islam tidak menurut cara-hidup mereka.

Dalam menghadapi mereka, maka hendaklah seseorang Muslim :

1. Bersabar dengan kesusahan dan kesukaran yang ditimbulkan oleh mereka.
2. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
3. Beramal dengan ilmu Fardhu AIn dan Fardhu Kifayah
4. Berdakwah kepada mereka dengan membalas kejahatan yang mereka lakukan dengan memberi khidmat dan berbuat kebaikan kepadanya.
5. Berhadapan dengan mereka sebagaimana mereka menyerang kita. Jika diserang dengan ekonomi kuffar, kita perangi dengan ekonomi Islam berlandaskan syariat. Jika mereka serang kita dengan pendidikan kuffar, kita perangi semula dengan pendidikan Islam. Jika mereka serang kita dengan hiburan yang haram, kita serang semula dengan hiburan yang bersyariat, etc
6. Berdoa kepada Allah

3. SYAITAN

Al A’raf : 22 , “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata”

Syaitan akan membisikkan keraguan dalam hati kita dan menghasut hati kita untuk engkar kepada titah perintah Allah SWT. Syaitan akan terus berusaha untuk menyesatkan manusia dari mentaati Allah SWT. Syaitan akan meniti di atas sifat mazmumah yang bersarang di dalam diri manusia untuk menyesatkan manusia.

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR. Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI.(HR. Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia.Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi.

Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.

Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.

Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerusakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih. Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA:

1. Menghiasi kebatilan. Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik. Sebab itu jalan menuju ke neraka dipenuhi kelazatan dan nikmat duniawi bersesuaian dengan citarasa nafsu. Sedangkan jalan ke syurga dipenuhi onak ranjau, derita, pedih dan kepahitan namun dihujungnya syurga yang manis.




Contohnya : Arak, di dunia amat melazatkan dan melupakan sementara masalah di minda. Namun setelah hilang kenikmatan, kekusutan melanda semula. Itu kesan buruknya di dunia. lebih-lebih lagi kesan buruknya di akhirat.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)


2. Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :

Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?"(Thaaha / 20: 120)

Oleh itu jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari kalangan manusia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau moden, dan sebagainya.

3. Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:

Musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau mengajak mereka beriman:"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu beriman"? (Al Baqarah 13)

Didalam ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang beriman kepada Nabi saw sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga menggelar Nabi SAW sebagai tukang sihir, penyair gila dan pembawa ajaran sesat dan lain lain lagi.Oleh itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar bermacam macam istilah seperti Golongan Ekstremis, Pelampau, Terrorist dan lain lain dilontarkan kepada pejuang-pejuang kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada orang yang ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.

Demikianlah halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka segala-galanya akan menjadi terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan petunjuk. Yang Sunnah dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak dikatakan batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi mereka adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.

Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisa’ / 4: 59)

4. Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:


Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu dia goda Nabi Adam mealui buah khuldi (buah kekekalan).Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini akhirnya terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?

Dan yang paling menakutkan, tatkala berlaku sakaratul maut, syaitan akan datang berbondong-bondong dalam bentuk rupa orang yang kita sayangi dan kasihi. Merayu kepada kita untuk kufur kepada ALLAHSWT tatkala kita dihujung nyawa. Wal iyazubillah. Semoga kita dilindungi ALLAH SWT dan mati dalam husnul khatimah.

5. Menggoda secara beransur-ansur:

Syaitan tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini! Tetapi caranya ialah dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang, kemudian tersenyum, lalu berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya bertemu, dan akhirnya melakukan dosa. Allah berfirman:

"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An Nuur / 24: 21)

Barangsiapa yang memahami kaedah " Saddudz Dzaraai " akan jelaslah baginya mengapa Islam melarang berkhalwat denqan wanita ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.

6. Menghalang manusia mengikutl kebenaran:


Syaitan telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan umat manusia kecuall orang-orang yang ikhlas.

" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)

Maksud: " Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu menghalang-halangi mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud " Jalan yang lurus " ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: " Dari hadapan mereka " ertinya dari dunia mereka, " Dari belakang mereka " ertinya dari akhirat mereka, " Dari kanan mereka " ertinya dari kebaikan mereka. " Dari kiri mereka " ertinya dari kejahatan mereka.

7. Menyamar sebagai penasihat:

Syaitan tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah dosa ini, dosa itu supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya syaitan datang menyamar sebagai penasihat." Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya:

" Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua ".(Al 'Araaf / 7: 21)

Allah mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat manis syaitan itu:

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga".(Al 'Araaf / 7: 27)

Untuk berhadapan dengan halangan yang dilahirkan oleh syaitan ini, maka hendaklah kita :

1. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain.
2. Gunakan ilmu Tauhid dan Feqah untuk mengenal halal dan haram.
3. Gunakanlah ilmu tasauf untuk menyuluh sifat mazmumah yang terkandung di dalam diri kita dan kikislah sifat tersebut dengan menggantinya dengan sifat mahmudah.
4. Sentiasa berlapar
5. Memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam



4. NAFSU

Surah Yusuf : 53Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan.

Apa yang bersesuaian dengan nafsu, merupakan apa yang dibisikkan oleh syaitan. Nafsu berada di dalam diri manusia. Kedua-dua syaitan dan nafsu merupakan musuh batin yang terdapat dalam diri manusia. Berbanding dengan musuh yang zahir iaitu manusia fasik, munafik dan kafir, syaitan dan nafsu tidak dapat dilihat, namun bisikan dan kesesatan yang mereka canangkan dalam diri seseorang boleh menyebabkan manusia yang tewas oleh bisikan mereka merana di dunia dan di akhirat.

Tewas di medan peperangan melawan Yahudi dan Nasrani belum tentu menyebabkan seseorang terjun ke neraka. Tetapi tewas dengan bisikan syaitan dan nafsu, pastinya mendatangkan dosa dan menyebabkan kita menjadi bahan bakaran di neraka Allah. Wal iya zubillah. Allah menjadikan malaikat mempunyai akal, tanpa nafsu. Allah menjadikan haiwan punya nafsu, tanpa akal. Dan Allah menjadikan manusia memiliki akal dan nafsu. Maka jadilah manusia itu sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Nafsu yang dimiliki manusia ini tidak mungkin di hapuskan. TETAPI nafsu tersebut boleh dididik untuk mentaati Allah.

Terdapat 7 tingkatan nafsu iaitu :
1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah


Tingkatan Nafsu : Mengenal Nafsu

Tingkatan nafsu yang hanya menjamin keselamatan di dunia dan akhirat ialah Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah dan Kamilah.Bagi berhadapan dengan nafsu Amarah dan mempertingkatkan quality nafsu ke tingkatan yang lebih tinggi, maka seseorang itu hendaklah bermujahadatunnafsi melalui proses mujahadatunnafsi.

Proses mujahadatunnafsi ini melibatkan 3 perkara. Yang pertama takhalli, iaitu mengikis/membuang sifat mazmumah(sifat terkeji) dalam diri. Kedua ialah tahalli, iaitu mengisi/menggantikan sifat mazmumah dengan sifat mahmudah (sifat terpuji). Dan yang ketiga tajalli, setelah seseorang telah berusaha mengungkai sifat mazmumah dan bersabar mengisi hatinya dengan sifat mahmudah, maka kemanisan dalam beribadah akan hadir, inilah yang dinamakan tajalli.

Untuk melalui ketiga-tiga proses ini, maka seseorang itu hendaklah :
1. Melengkapkan dengan ilmu Fardhu Ain dan beramal dengannya
2. Mengekang sifat mazmumah dan memaksa diri menerima sifat-sifat mahmudah dengan sabar.
3. Kekang bisikan hati, tindakan perbuatan dan percakapan dengan sifat taqwa.
4. Berdoa kepada Allah.

Link kepada persoalan Nafsu




Rahsia Nafsu


Di Ambang Fajar Syawal


Mengimbas Malam Raya


Selamat Datang Ke Madrasah Ramadhan


Pengertian Syariat, Tariqat, Hakikat & Makrifat Part 1


Pengertian Syariat, Tariqat, Hakikat & Makrifat Part 2


Pengertian Syariat, Tariqat, Hakikat & Makrifat Part 3

Sunday, November 15, 2009

Part 3 Pertempuran Merebut Cinta ; Pertempuran Ke 2 : TAUBAT


Lama..
Aku bersimpuh dihadapan-Mu
Begitu khusyu
Tak tahan jua airmataku
Mengalir tanda penyesalanku

Kini...
Tlah kusadari
Begitu banyak dosa mematri
Apakah hamba layak dipuji
Sedangkan diri kecil tak berarti

Besar rahmat-Mu penuh dengan ampunan
Namun kumalu karena hati tlah lalai
Kekal adzab-Mu penguasa seluruh alam
Tersujud aku memohon keridhoan

Allah Ya Allah
Kau Pengasih Kau Penyayang
Allah ya Allah

Kau Pelindung Kau Pengampun
Pada-Mu ya Allah kami Serahkan
Segala ujian karunia-Mu
Ya Allah... Ya Allah

Kuatkanlah Iman dan kesabaran
Berikan ampunan dalam hidupku
Ya Allah ya Allah

Illahi...


Firman Allah SWT, Surah Al Imran 135 – 136 :Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau yang menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya dan itulah tempat yang sebaik-baiknya (balasan) orang-orang yang beramal.

Kita senantiasa berada dalam dosa. Dosa-dosa itulah yang menjadi hijab antara hamba dengan Allah SWT dan karenanya juga llah memandang hamba-Nya itu dengan penuh benci dan murka. Sehingga terhijab seluruh rahmat dan kasih sayang-Nya.


Bila ini terjadi, apa saja amal ibadah yang kita buat Allah tidak pandang dan tidak terima. Yakni pahalanya tergantung atau tidak sampai kepada Allah. Bukan itu saja, bahkan di Akhirat nanti, Allah akan hukum dengan Neraka yang maha dahsyat. Oleh itu wajib setiap hamba Allah itu bertaubat dengan segera terutamanya apabila melakukan dosa dan kesalaham

Taubat. Suatu istilah yang pendek, yang senang disebut, tetapi sering di salah ertikan tuntutannya. Tuntutan taubat juga sangat berat untuk dipenuhi oleh orang yang merindui dosa dan kemungkaran. Sebaliknya, tuntutan taubat merupakan suatu kemanisan buat seseorang yang merindui untuk berdamping dengan kekasihnya yang sejati lagi hakiki iaitu Allah Rabbul Izzati.

Kadang-kadang kita yang jahil ini sering terfikir. Kenapa kita perlu bertaubat ? Tidak lain dan tidak bukan ialah agar :

1. Kita dapat merasai keringanan dan kemanisan dalam beribadah. Agar hati kita sentiasa tenang. Kerana kejadian kita yang dicipta Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya, adalah bersesuaian dengan fitrah kejadian kita yang benci menjadi hamba kepada selain Allah. ( Sila rujuk text Pertempuran yang lalu ). Kerana setalah merasa kemanisan dan keringanan dalam beribadah, maka kita telah pun menerima taufik, bagi melaksanakan hidayah yang telah kita kecapi.

2. Agar ibadah kita di terima oleh Allah SWT. Ibadah yang kita lakukan, sedang kita bergelumang dengan dosa dan maksiat, belum tentu dinilai oleh Allah SWT. Ibaratkan seorang rakyat yang kotor tubuh badan disaluti selut lumpur, pergi mengadap Raja untuk menerima hadiah. Apakah Raja akan gembira dengan rakyatnya yang pengotor datang mengadap untuk menerima hadiah ? Begitu juga halnya dengan diri kita. Seandainya diri kita dikotori oleh dosa dan kemungkaran, apakah mudah untuk Allah menerima ibadah kita ? Melainkan kita membersihkan diri kita dengan taubat..

2.0 Pengertian Taubat

Bersabda Rasulullah SAW :Penyesalan itu taubat (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Hibban & Hakim)

Apakah taubat ? Taubat ialah proses kita menyucikan diri kita dari kekotoran dosa yang telah dilakukan. Pengertian taubat itu terbina di atas tiga faktor.

2.1 Ilmu : Tanpa ilmu, seseorang tidak dapat membezakan antara yang haq dan yang bathil. Tanpa ilmu seseorang tidak akan tahu rukun dan syarat dalam beribadah. Tanpa ilmu juga, tidak akan wujud kesedaran, kerana tiada cahaya penyuluh ke arah jalan kebenaran.

2.2 Penyesalan : Lahir dari rasa kesedaran. Setelah seseorang dilengkapi dengan ilmu, maka mudahlah dia menyuluh perjalanan hidupnya didunia. Dapatlah dia membezakan antara yang haq dan yang bathil. Tahulah seseorang, antara amalan yang dianugerahi pahala dan amalan yang mengundang dosa. Disinilah hidayah mula berputik dan mengetuk pintu hati seseorang untuk sedar akan keterlanjuran diri yang berbuat dosa. Kesedaran untuk kembali kepada Allah sebagai seorang hamba Allah dan bukan menjadi hamba kepada selain Allah. Apakah hidayah ? Hidayah ialah apabila kita menerima kesedaran akan sesuatu perbuatan, perkataan atau lintasan hati yang membolehkan kita membezakan antara yang haq dan yang bathil.

2.3 Kesengajaan untuk meninggalkan kesalahan dan maksiat yang telah dilakukan. Meninggalkan perbuatan maksiat tanpa ada paksaan. Sebaliknya dengan hati yang tulus ikhlas. Di sini factor taufiq memain peranan. Setelah pintu hati diketuk oleh kesedaran, maka taufiq memainkan peranan untuyk mendorong seseorang meninggalkan perbuatan keji tersebut dan mengamalkan suruhan Allah SWT.

Apakah taufik ? Taufik ialah daya dorong untuk kita melaksanakan sesuatu perkara yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar.

Apabila tidak wujud ketiga-tiga faktor ini, maka tidak hairan orang yang melakukan sesuatu perkara dalam keadaan jahil. Disangka mereka dengan mengucap istighfar sudah memadai dan memenuhi tuntutan taubat. Amalan yang bukan amalan taubat atau HANYA sebahagian dari amalan taubat didakwa oleh mereka sebagai sudah bertaubat.

Contohnya : lafaz istighfar. Ianya salah satu dari amalan taubat, tetapi orang yang melafazkannya belum tentu bertaubat. Ramai sudah kita ketemu, seseorang mengatakan dia sedar akan kesalahan mereka, dan mereka mengucapkan lafaz istighfar. Sesudah itu mereka lakukan semula dosa kemungkaran yang sama.

Begitu halnya dengan agama-agama yang lain. Kristian, untuk bertaubat, mereka ke gereja, bertemu dengan pendeta mereka dan mengaku kesalahan mereka seterusnya membuat pembayaran di atas dosa yang telah mereka lakukan. Apakah kita perlu berbuat demikian sedangkan Allah Maha Agung dan Maha Berkuasa untuk menerima taubat kita ?

Sebab itu , ilmu, kesedaran(menyesal) dan kesengajaan meninggalkan maksiat menjadi asas terbinanya pengertian taubat. Sedar bahawa dosa itu amat buruk dan terkutuk. Sedar bahawa dosa akan dibalas dengan siksa Allah di akhirat. Sedar bahwa di dunia lagi diri makhluk adalah lemah, apatah lagi jika di akhirat. Jadi dengan ketiga-tiga factor inilah akan memudahkan kita untuk bertaubat.

Pendekata, Taubat ertinya kembali merujuk kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang serta menyerah diri (surrender) kepada-Nya. Maka orang yang bertaubat ini ialah orang yang datang kepada Allah yang sifatnya Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, menyerah diri (surrender) pada-Nya dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh. Yakni kesal, sedih, dukacita serta rasa tak patut di atas dosa-dosa yang dilakukan sehingga menangis mengeluarkan air mata. Hati terasa remuk-redam bila memgingati dosa-dosa yang dilakukan itu. Merayu moga-moga Allah sudi mengambil perhatian. Merintih moga-moga Allah mendengar. Memohon agar Allah yang Maha Pengampun akan mengampuninya. Meminta agar Allah memandang dan memberi dengan penuh kasih sayang. Hati remuk-redam itu menjadikan anggota-anggota lahir (mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan) tunduk dan patuh kepada syariat yang Allah tetapkan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan durhaka itu.

Itulah pengertian taubat. Tidak seperti setengah-setengah orang memahami pengertian taubat selama ini. Kata mereka, cukup dengan mengucapkan istighfar di mulut saja tanpa hati merasa bersalah dan berdosa. Oleh karena itu tidak semudah itu pula Allah menerima taubat hamba-hambaNya, kecuali setelah menempuh syarat-syarat (proses) yang telah ditetapkan-Nya.


3.0 Hukum dan Syarat Taubat

Hukum taubat adalah FARDHU AIN. Hukum taubat adalah wajib. Seseorang yang telah melakukan dosa WAJIB baginya bertaubat. Rasulullah SAW yang maksum (terpelihara dari dosa) pun bertaubat. Apa lagi orang awam macam kita yang sememangnya tidak dijamin syurga, memang sewajarlah dan wajiblah bertaubat.

Rasulullah SAW bersabda : Hai sekelian umat manusia. Bertaubatlah kamu kepada Allah, dan istighfarlah (minta ampun) kepada Nya, maka sesungguhnya setiap hari bertaubat seratus kali. (Riwayat Muslim)

Syarat taubat bergantung kepada dosa yang telah dilakukan. Dosa yang dilakukan ada dua jenis. Pertama dosa dengan Allah. Kedua, dosa sesama manusia. Seperti dinyatakan, taubat adalah penyucian diri dari dosa yang telah dilakukan.

Dosa terbahagi dua iaitu :

3.1 Dosa kepada Allah : kerana meninggalkan/mengabaikan apa yang diperintah Allah serta melakukan apa yang dilarang Allah.

3.2 Dosa sesama makhluk : ada 4 jenis dosa yang melibatkan makhluk. Ke-empat-empat jenis dosa tersebut ialah :

3.2.1 Dosa yang ada hubungan dengan diri seseorang (contoh : kita pukul dia)
3.2.2 Dosa yang ada kaitan dengan harta seseorang (contoh : kita mencuri duitnya)
3.2.3 Dosa yang ada kaitan dengan keluarganya (contohnya : kita menuduh isteri seseorang yang suci sebagai penzina)
3.2.4 Dosa yang ada kaitan dengan agama seseorang (contohnya : kita mengajar ajaran sesat yang menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah kepada orang)

4.0 Cara menyucikan dosa / Bertaubat

4.1 Dosa dengan Allah : ada tiga syarat yang perlu ditempuh iaitu :
4.1.1 Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan
4.1.2 Tinggalkan perbuatan yang mengundang dosa
4.1.3 Berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

4.2 Dosa sesama makhluk :
4.2.1 Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan
4.2.2 Tinggalkan perbuatan yang mengundang dosa
4.2.3 Berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
4.2.4 Memohon maaf dan kifarah kepada orang yang dilakukan dosa

Taubat yang diterima Allah ialah taubat yang dilakukan dengan penuh keinsafan, ikhlas dan sungguh-sungguh. Marilah kita renungi firman Allah SWT ,

Surah Az Zumar : 53 ; Katakanlah : Hai hamba-hamba Ku (yang mengerjakan sesuatu yang) melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya DIA lah yang mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIA lah yang Maha Pengampun , lagi Maha Penyayang.

5.0 Ciri-ciri Kesempurnaan Taubat

Apakah tanda taubat yang dilakukan diterima Allah SWT ? Taubat yang diterima Allah ialah taubat yang sempurna. Tanpa kesempurnaan ini, maka cacatlah amalan taubat tersebut. Dari Kitab Al Mauizatul Mukminin disebutkan, taubat disempurnakan apabila terdapat di dalamnya 8 ciri :

5.1 Menyesali terhadap dosa yang lalu
5.2 Menunaikan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan
5.3 Mengembalikan hak milik kepada yang empunya
5.4 Meminta dihalalkan dari yang dicuri
5.5 Berniat untuk tidak mengulangi kesalahan
5.6 Mendidik diri agar terlatih membuat kebaikan sebagaimana diri pernah terlatih membuat kemaksiatan.
5.7 Memberikan rasa kepada diri mu dan kepahitan beramal kebaikan, sebagaimana dirimu pernah merasai kemanisan berbuat kemaksiatan.
5.8 Memperbaiki apa-apa yang dimakan dan diminum

6.0 Mari Mengenal Dosa

Apabila kita membicarakan perihal taubat, maka kita tidak lepas lari dari membicarakan dosa. Apakah dosa ? Dosa ialah sesuatu yang mengundang murka Allah SWT.

7.0 Pembahagian Dosa

Dalam Kitab Al Mauizatul Mukminin juga ada disebut 7 jenis kategori dosa :

7.1 Terletak di dalam hatiMenyekutukan Allah dengan sesuatuTerus-terusan mengekalkan maksiatPutus asa dari rahmat Allah SWTMerasa aman dari siksaan dan azab Allah SWT
7.2 Terletak pada lidahPenyaksian dusta dan bathil (saksi bohong)Menuduh orang yang suci melakukan zinaMelakukan perbuatan sihirSumpah palsu. Iaitu sumpah yang membenarkan sesuatu yang bathil dan menafikan sesuatu yang haq.
7.3 Terletak pada perutMeminum minuman kerasMemakan harta anak yatim secara penganiayaanMemakan riba
7.4 Terletak pada kemaluanBerzinaLiwatHubungan sesama sejenis
7.5 Terletak pada dua tanganMembunuh jiwa tanpa kebenaran menurut syariat IslamMencuri, merompak dan yang sewaktu dengannya
7.6 Terletak pada dua kakiMelarikan diri dari medan peperangan menentang kafir harbi dan munafik
7.7 Terletak pada seluruh tubuh badan iaitu menderhaka kepada kedua orang tua.

8.0 Punca-punca Dosa

Al Imam Ghazali rahimahumullahutaala meyimpulkan bahawa timbulnya segala dosa berpunca dari :

8.1 Seseorang memiliki sifat ketuhanan : Sifat yang layak dimiliki hanya oleh Allah, digunapakai oleh makhluk. Antara sifat-sifat tersebut ialah takabbur, suka dipuji, suka disanjung, suka disyukuri. Tidak layaklah seorang makhluk memiliki sifat-sifat tersebut. Seandainya ada di kalangan makhluk bersifat sebegitu, maka saling tak tumpah dengan perilaku Firaun laknatullah. Dari sifat-sifat ketuhanan yang digunapakai oleh makhluk inilah lahirnya sifat ujub, riya’ dan seumpamanya.

Arwah datuk ku pernah berpesan :“Seandainya hamba , berlagak hamba. Tuannya (Boss) akan sayang kepadanya. Tetapi jika Tuan berlagak hamba (tawadduk dan rendah diri), Allah akan sayang kepadanya. Apabila Allah sayang kepadanya, maka tidak ada apa lagi yang harus digusarkan. Kerana segala-galanya dibawah naungan dan lindungan Allah SWT”

8.2 Seseorang memiliki sifat kesyaitanan : Sifat yang lahir dari watak-watak syaitan seperti hasad dengki, pembelot, khianat, mengajak manusia ke arak kemungkaran dan kefasikan. Menzahirkan Islam sambil menyembunyikan kekufuran.

8.3 Seseorang memiliki sifat-sifat bahimiah ( kebinatangan) : Iaitu tamak, menindas, menuruti nafsu syahwat.

8.4 Seseorang memiliki sifat subu’iah (kebuasan) : berlakulah peri laku keganasan, pemarah dan sebagainya.

Dari keempat-empat sifat inilah lahir pelbagai pokok mungkar dan maksiat yang bercabang-cabang dan menghasilkan buah dosa. Seandainya kita tidak sedar dari kekufuran maksiat ini, serta mencantas akar umbi pokok kemungkaran ini, maka pokok mungkar ini akan terus subur dan membuahkan semakin banyak dosa. Tanpa rasa kehambaan, maka sukarlah untuk kita menerima kebenaran yang datang dari Allah dan Rasul Nya.

Link ke artikel Taubat

Rahsia Segelas Air
Rahsia AKu Adalah Seorang Hamba
Munajat Ku DI Bulan Mujahadah
Menggapai Maghfirah ALLAH Di Pertengahan Ramadhan
Karnival Jom Taubat
Di Ambang Fajar Syawal


Wednesday, November 11, 2009

Part 2 Pertempuran Merebut Cinta : Pertempuran Pertama : ILMU


Aqobatul Ilm - Pertempuran Pertama : Pertempuran ILMU

Sabda Rasulullah SAW :"Barangsiapa yang Allah kehendaki ia akan kebaikan, maka Allah berikan dia faham di dalam agamanya" Riwayah Bukhari & Muslim



Pertempuran pertama yang perlu ditempohi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim ialah pertempuran untuk mendapatkan ilmu Islam. Tanpa ilmu, ibarat seseorang itu berjalan di dalam kegelapan. Tidak nampak jalan yang hendak dituju. Dan tidak tahu matlamat arah tujuan. Orang yang dipimpin Allah, yang telah direzkikan Allah untuk menjadi hamba-hamba Nya, akan diberikan Allah perasaan mencintai ilmu. Lantas dirinya juga amat mudah faham akan ilmu yang pelajari.

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."(Al-Bazzar)

Ilmu merupakan perkara asas, atas setiap amal perbuatan. Untuk menjadi seorang yang mentaati Allah memerlukan ilmu. Untuk menjadi seorang menderhakai Allah juga perlukan ilmu. Inilah kepentingan ilmu. Dan ilmu yang dituntut untuk kita pelajari, fahami, yakini, amalkan dan perjuangkan ialah ilmu Fardhu Ain. Tanpa ilmu, ibadah yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat dihayati dan dilakukan secara semborono. Tanpa ilmu, maka cacatlah ibadah. Justeru itu, cacatlah juga hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Maka terhinalah kita seperti diisyaratkan Allah dalam

Surah Al Imran ayat 112 :"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). "

Dalam pertempuran untuk menimba Ilmu, seseorang itu perlu menguasai tiga senjata bagi menjamin kemenangan dalam pertempuran untuk menimba ilmu. Seandainya ketiga-tiga senjata tersebut dapat dikuasai, pertempuran pertama ini pasti dapat dimenangi. Ketiga-tiga senjata itu ialah :

1. Ilmu Tauhid
2. Ilmu Fekah
3. Ilmu Tasauf

A. Ilmu Tauhid :

Ilmu yang paling pertama dan utama dalam agama adalah ilmu tauhid. Tauhid ertinya mengesakan Tuhan serta mengiktiqadkan dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang menciptakan alam ini beserta dengan bukti-bukti yang jelas. Jadi ilmu Tauhid ialah ilmu untuk mengenal Allah dengan sifat-sifat Nya yang wajib, mustahil dan harus. Begiru juga ilmu Tauhid ilmu yang mengenalkan kita dengan Rasul dan Nabi melalui sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan harus.

Ilmu Tauhid juga merupakan ilmu yang membahaskan rukun-rukun iman yang enam, yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam. Antara kepentingan ilmu Tauhid ialah :

a. Memperbetulkan keyakinan terhadap Zat Pencipta.
b. Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari Allah SWT
c. Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari Allah SWT
d. Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Setiap orang wajib mempelajari ilmu tahuhid dan aqidah agar mengetahui Tuhan yang dia sembah, mengetahui nama-nama-Nya, sifat-sifat- Nya dan perbuatan-Nya, mengetahui tentang hukum-hukum kauniyah-Nya (ketentuan-Nya tehadap alam) dan hukum-hukum syari'ah-Nya, mengetahui kebijakan-Nya dan rahasia syari'ah dan ciptaan-Nya, sehingga dia tidak tersesat dan menyesatkan orang lain.Ilmu ini membicarakan secara mendalam akan persoalan rukun iman yang enam. Iaitu :

1. Beriman Kepada Allah : Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.

2. Beriman Kepada Malaikat-Malaikat : Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah

3. Beriman Kepada Rasul-Rasul : Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.

4. Beriman Kepada Kitab-Kitab : Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran

5. Beriman Kepada Hari Kiamat : Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.

6. Beriman Kepada Qada' dan Qadar : Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

Ilmu Tauhid yang dituntut untuk dipelajari adalah sekadar untuk mengesahkan iktiqad seseorang Muslim. Oleh itu seorang muslim dituntut untuk mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Untuk mengenal Allah yang Maha Esa lagi Maha Kaya adalah melalui sifat Nya, nama Nya dan penciptaan Nya. Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Allah dari segala sifat kecelaan. Maka wajiblah seseorang muslim mempelajari, memahami, meyakini dan mengamalkan sekurang-kurangnya 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil bagi Allah dan satu sifat yang harus bagi Allah beserta hujjah/dalil naqli dan hujjah/dalil aqli walaupun secara ijmali.

Begitu juga seorang muslim dituntut untuk mempelajari 4 sifat yang wajib bagi Rasul & Nabi, 4 sifat yang mustahil bagi Rasul dan Nabi, serta satu sifat yang harus bagi Rasul & Nabi beserta hujjah/dalil naqli dan hujjah/dalil aqli walaupun secara ijmali. Kesemua sifat-sifat yang disebut tadi wajiblah dipelajari, difahami, diyakini beserta dalil-dalilnya walaupun secara ijmal (ringkas). Kesemua sifat-sifat yang disebut tadi merupakan senjata-senjata ampuh buat setiap pejuang yang ingin bertempur di medan perjuangan menimba ilmu.Barangsiapa yang tidak mempelajari ilmu Tauhid, atau mengenal Allah dan Rasul secara tafsili ( detail ) atau ijmali ( ringkas), iqtiqadnya tidak sah dan amalannya tertolak.

Ringkasan Akidah Ahlusunnah Wal Jamaah

Perkara-perkara yang wajib diyakini berkaitan dengan Iman dikenal sebagai Rukun Iman, yang meliputi:

1.Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifatNya baik sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat
yang mustahil dan juga sifat-sifat yang boleh.
2.Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya.
3.Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh Allah seperti Al Quran, Zabur, Injil dan Taurat.
4.Keyakinan kepada para malaikat.
5.Yakin kepada akhirat yang meliputi Syurga dan Neraka serta perkara-perkara lain yang merangkumi perkara di alam ghaib.
6.Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.

Huraian tentang iman dalam Ahlusunnah Wal Jamaah telah disusun oleh Imam Abu Hasan Al-Asyari.

Keyakinan Dengan Allah
Huraian tentang ketuhanan ini telah disusun oleh Imam Abu Hasan Al-Asyari dan dikenal sebagai "Tauhid Sifat 20". Dari sifat-sifat Allah yang sempurna dan tak berhingga itu yang wajib diketahui secara terperinci oleh setiap orang Islam yang sudah baligh dan berakal adalah :

20 sifat yang wajib bagi Allah
20 sifat yang mustahil bagi Allah
1 sifat yang harus (boleh ada-boleh tidak) bagi Allah
Adapun sifat yang 20 yang mesti ada dan yang 20 mustahil bagi Allah itu adalah :

1.Wujud : Tuhan itu ada, mustahil Tuhan tidak ada.
2.Qidam : Tuhan tidak berpermulaan ada-Nya. Mustahil Ia berpermulaan ada-Nya.
3.Baqa : Tuhan kekal selama-lamanya, mustahil Ia akan lenyap (habis)
4.Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi : Tuhan berlainan dengan sekalian makhluk, mustahil Ia serupa dengan makhluk yang Ia ciptakan.
5.Qiyamuhu Binafsihi : Tuhan berdiri sendiri dan tidak memerlukan pertolongan orang lain, mustahil memerlukan pertolongan orang lain.
6.Wahdaniah : Tuhan Allah Maha Esa, mustahil Ia banyak (berbilang).
7.Qudrat : Tuhan berkuasa, mustahil Ia lemah (dhaif)
8.Iradah : Allah menetapkan sesuatu menurut kehendak-Nya dan mustahil Ia dipaksa oleh kekuatan lain untuk melakukan sesuatu
9.Ilmu : Allah tahu seluruhnya, tahu yang telah dijadikan-Nya dan tahu yang akan dijadikan-Nya, mustahil Ia tidak tahu.
10.Hayat : ALlah hidup, mustahil ia mati.
11.Sama' : Allah mempunyai sifat sama, iaitu mendengar, mustahil Ia tuli.
12.Basyar : Allah melihat, mustahil Ia buta
13.Kalam : Allah berkata, mustahil Ia bisu.
14.Kaunuhu Qadiran : Allah tetap selalu dalam keadaan berkuasa, mustahil Ia dalam keadaan lemah.
15.Kaunuhu Muridan : Allah tetap selalu dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan tidak menghendaki
16.Kaunuhu 'Aliman : Allah tetap selalu dalam keadaan tahu, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui
17.Kaunuhu Hayyan : Allah tetap sealu keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.
18.Kaunuhu Sami'an : Allah tetap dalam keadaan mendengar, mustahil Ia dalam keadaan tuli.
19.Kaunuhu Basyiran : Allah dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.
20.Kaunuhu Mutakalliman : Allah tetap dalam keadaan berkata, mustahil Ia bisu.
Sifat yang harus bagi Allah adalah boleh membuat dan boleh pula tidak memperbuat sekalian pekerjaan. Tidak wajib bagi Allah untuk menjadikan segala makhluk, dan tidak wajib pula untuk mentiadakan segala makhluk.

Keyakinan Dengan Para Rasul
Nabi dan rasul jumlahnya banyak sekali sampai 124,000 orang, dan rasul-rasul itu ada 313 atau 315 orang. Nabi yang pertama sekaligus merupakan manusia yang pertama yang Allah utus ke muka bumi adalah Nabi Adam. Nabi penutup, penghulu sekalian nabi dan para rasul adalah Baginda Rasulullah Muhammad SAW. Sesudah Baginda, tidak ada lagi nabi dan rasul. Baginda adalah rasul bungsu untuk ummat akhir zaman. Nabi-nabi dan rasul-rasul yang wajib diketahui adalah 25 orang, yaitu seperti yang tersebut di dalam Al Quran sebagai berikut:

1.Nabi Adam Alaihissalam
2.Nabi Idris Alaihissalam
3.Nabi Nuh Alaihissalam
4.Nabi Hud Alaihissalam
5.Nabi Shaleh Alaihissalam
6.Nabi Ibrahim Alaihissalam
7.Nabi Luth Alaihissalam
8.Nabi Ismail Alaihissalam
9.Nabi Ishaq Alaihissalam
10.Nabi Yaqub Alaihissalam
11.Nabi Yusuf Alaihissalam
12.Nabi Ayub Alaihissalam
13.Nabi Syuaib Alaihissalam
14.Nabi Musa Alaihissalam
15.Nabi Harun Alaihissalam
16.Nabi Zulkifli Alaihissalam
17.Nabi Daud Alaihissalam
18.Nabi Sulaiman Alaihissalam
19.Nabi Ilyas Alaihissalam
20.Nabi Ilyasa Alaihissalam
21.Nabi Yunus Alaihissalam
22.Nabi Zakaria Alaihissalam
23.Nabi Yahya Alaihissalam
24.Nabi Isa Alaihissalam
25.Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam.
Diantara mereka dipililih 5 rasul Ulul Azmi, karena kesabaran mereka yang luar biasa yaitu:

1.Rasulullah Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
2.Rasulullah Ibarahim Alaihissalam
3.Rasulullah Musa Alaihissalam
4.Rasulullah Isa Alaihissalam
5.Rasulullah Nuh Alaihissalam

Rasul-rasul itu adalah manusia pilihan Tuhan. Mereka manusia seperti kita yang menerima wahyu dari Tuhan dan memiliki sifat-sifat kerasulan. Ini yang membedakan para rasul dengan manusia biasa. Mereka memiliki sifat-sifat yang wajib bagi mereka yang wajib kita ketahui dan kita yakini. Selain itu ada sifat-sifat yang mustahil bagi mereka dan ada satu sifat yang harus (jaiz).
Sifat-sifat yang wajib bagi para rasul adalah sebagai berikut:

1.Siddiq (benar), mustahil pendusta.
2.Amanah (dipercaya), mustahil khianat.
3.Tabligh (menyampaikan), mustahil menyembunyikan
4.Fathanah (bijak) mustahil dungu.

Kitab-kitab Suci
Kitab suci yang wajib diketahui dan diyakini ada 4, yaitu:

1.Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa Alaihissalam.
2.Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud Alaihissalam.
3.Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa Alaihissalam
4.Kitab Al Quran yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw.

Semua kitab suci itu dari Tuhan dan isinya semuanya benar, tidak boleh ada sedikitpun keraguan terhadapnya. Hanya kitab Taurat dan Injil yang ada ditangan penganut-penganutnya sekarang ini yang tidak lagi menurut yang aslinya, sudah banyak diubah oleh pendeta-pendetanya dulu, sehingga tidak dapat lagi dipercaya isinya, demikian keyakinan ummat Islam.

Tuhan menerangkan hal ini di dalam Al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud:

Sebahagian orang-orang Yahudi mengubah-ubah kitab sucinya dari keadaan yang asli. (Annisa : 46).

Mengenal Malaikat
Wajib bagi setiap mukallaf mengenal malaikat-malaikat Allah secara tepat, mengenal nama-namanya yang wajib diketahui, mengenal sifat-sifatnya serta mengenal tugas-tugasnya. Pengenalan kita mesti dilandasi dengan ilmu yang memadai, dihayati, hingga terasa di hati kita betapa Maha Kuasa Allah serta betapa maha sempurna dan maha hebat pemerintahan Tuhan terhadap manusia dan alam semesta ciptaanNya.

Malaikat adalah makhluk halus, tidak berwujud fizikal seperti manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda fizikal. Dijadikan dari nur atau cahaya. Hakikat jasadnya, Tuhan Maha Tahu. Dengan izin Tuhan mereka dapat merupakan dirinya seperti manusia dan lain-lain.

Malaikat tidak berjenis kelamin, tidak makan dan minum seperti kita, tidak tidur, tidak pernah istirahat dari melaksanakan tugas-tugasnya, melainkan senantiasa taat setia kepada Allah, tidak pernah berbuat dosa dan kesalahan walaupun sekecil-kecilnya.

Malaikat-malaikat yang wajib kita kenali ada 10, mereka itu adalah sebagai berikut:

1.Malaikat Jibril , tugasnya adalah menyampaikan wahyu kepada nabi-nabi dan para rasul. Terutama kepada Baginda Rasulullah SAW. Kadang-kadang Malaikat Jibril itu datang menyerupai laki-laki yang gagah dan tampan dan ada kalanya para sahabatpun mendengar dan menyaksikan ia berdialog dengan Baginda.
2.Malaikat Mikail , tugasnya dalam soal kesejahteraan manusia seperti mengantar hujan, mengantar angin, soal kesuburan tanah dan kesuburan-kesuburan lainnya.
3.Malaikat Israfil , tugasnya dalam soal-soal yang berhubung kait dengan qiamat, seperti meniup sangkakala tanda qiamat, meniup sangkakala tanda manusia dibangkitkan di padang mahsyar dan lain-lain.
4.Malaikat Izrail , tugasnya adalah mencabut nyawa dan membawa nyawa itu kemana mestinya. 5.Malaikat Munkar dan
6.Nakir , tugas kedua-duanya adalah menyoal manusia yang sudah mati di alam kubur. Datang dengan wajah yang seram dan menakutkan bagi orang-orang yang mati membawa dosa dan hati yang tidak selamat. Dan sebaliknya wajah yang mereka tampilkan akan sangat indah dan menyejukkan pada mereka yang matinya husnul khatimah
7.Malaikat Rakib , tugasnya adalah menuliskan amalan baik manusia.
8.Malaikat Atid , tugasnya adalah mencatat amalan jahat manusia. Kedua-dua malaikat rakib atid itu sentiasa mengiringi manusia dimana saja mereka berada dan kemana sana mereka pergi. Malaikat rakib atid itu merupakan sekelompok malaikat yang jumlahnya sebanding dengan jumlah manusia sepanjang zaman.
9.Malaikat Malik , tugasnya adalah menjaga Neraka dengan penampilan yang sangat menakutkan dan mengerikan bagi para penghuni Neraka.
10.Malaikat Ridwan , tugasnya adalah menjaga Syurga dengan penampilan yang sangat menyenangkan para penghuni Syurga.
Mengenal Akhirat
Berkaitan dengan hari Akhirat, ada beberapa perkara yang wajib kita ketahui dan yakin, sebagai berikut:

1.Tentang Kematian : Setiap makhluk yang bernyawa pasti mati (Ali Imran : 185). Umur manusia sudah ada jangka waktunya yang telah Allah tetapkan. Apabila waktu yang sudah ditetapkan (ajal) bagi seseorang itu tiba maka pasti ia mati. Tidak ada seorangpun yang dapat melambatkan atau menyegerakan. Setiap manusia pasti mati sesuai dengan ajal yang telah Allah tetapkan.
2.Alam Barzah : Diantara alam dunia dengan akhirat, adalah satu alam yang disebut alam barzah atau alam kubur. Ia adalah satu alam yang memisahkan antara alam dunia dengan alam akhirat. Di sini manusia yang sudah mati diberi ruh kembali, sehingga sadar dengan segala peristiwa yang berlaku di dalamnya.
3.Yaumul Baats : Setelah hari akhirat tiba, ketika tidak ada lagi seorang manusia pun yang hidup, maka waktu itu manusia dibangkitkan kembali (Alhaj : 6-7), kemudian dikumpulkan di padang mahsyar.
4.Yaumul Hisab : Setelah itu ditimbang amal bakti manusia yang baik dan yang buruknya. Hari itu disebut hari hisab (yaumul hisab).
5.Titian Siratul Mustaqim : Setiap manusia akan melalui titian siratul mustaqim yang dibentangkan di atas Neraka, kecuali segolongan orang-orang betaqwa yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
6.Menerima Catatan Amal Baik dan Buruk : Orang-orang soleh, setelah ditimbang amalnya, mereka menerima buku catatan amal dari sebelah kanan, diberi gelar ashabul yamin, kemudian dimasukkan ke dalam Syurga. Adapun orang-orang yang berdosa, yang timbangan amal jahatnya lebih berat daripada amal baiknya, mereka menerima kitab catatan amal dari sebelah kiri, diberi gelar ashabussyimal, kemudian dimasukkan ke dalam Neraka.
7.Tentang Neraka : Orang-orang mukmin yang berdosa, yang menerima catatan amal dari sebelah kiri, dimasukkan ke dalam Neraka, setelah itu diangkat, kemudian dimasukkan ke Syurga. Tetapi orang-orang kafir dan munafik, yang matinya tidak membawa iman, mereka kekal di dalam Neraka selama-lamanya.
8.Tentang Syurga: Orang-orang bertakwa, tempat peristirahatannya di sana adalah Syurga, sesuatu yang terlalu hebat tiada tandingnya. Masya Allah, patah lidah untuk mengungkapnya. Tiada bahasa yang dapat menggambarkannya.Tiada mampu mata pena untuk menuliskannya.
Bagi orang bertaqwa, hadiahnya bidadari-bidadari yang cantik jelita. Bukan seorang tapi berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus orang. Nikmatnya tiada tolok ukurnya di dunia. Selain itu semua, orang-orang bertaqwa, dengan rahmat dan kasih sayang Allah mereka dapat melihat Tuhan (Al Qiyamah : 23). Inilah nikmat yang maha besar dan tiada bandingnya di akhirat sana. Bukan Allah ada di sana, tapi waktu itu kita dapat merasakan indah dan nikmatnya pertemuan agung itu. Maha Besar dan Maha Suci Allah dari menyerupai makhluk.

Qadha & Qadar
Qadha ialah perlaksanaan atas ketentuan ketentuan atau hukum yang telah Allah tetapkan sejak azali bagi setiap mahkluk atau sesuatu perkara, seperti sakit, sihat, miskin, kaya dan lain-lain. Segala kejadian mulai dari yang sekecil-kecilnya sampai yang sebesar-besarnya sudah Allah tetapkan sejak azali. Adapun qadar adalah rincian dan batasan-batasan ketentuan yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi.

Link ke artikel berhubung Ilmu Tauhid / Aqidah /Usuluddin

1. Nazam Usuluddin
2. Muqaddimah Ilmu Tauhid Part 1
3. Muqaddimah Ilmu Tauhid Part 2
4. Rukun Iman Pertama : Percaya Kepada Allah


B. Ilmu Feqah :


Ilmu Feqah ialah ilmu untuk seseorang Muslim mengenal hukum-hukum syarak berhubung dengan amalan dan perbuatan Mukallaf yang diambil dari sumber-sumber Al Quran dan Hadis secara terperinci serta sumber dari ijmak ulamak dan ijtihad.Melalui Ilmu Feqah maka kita tahu dalam amal perbuatan, perkataan yang mana satukah tergolong dalam salah satu dari lima hukum yang kita perjelaskan di bahagian muqaddimah yang lalu iaitu hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Melalui Ilmu Feqah juga kita dapat tahu dan kenal akan syarat sah dan batal sesuatu amalan. Iaitu sama ada sesuatu amalan atau ibadah itu dilakukan dengan cukup rukun dan syaratnya seperti diperjelaskan oleh Allah di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Seandainya tidak cukup syarat dan rukun, maka amalan tersebut adalah batal.

Apa itu syarat ? Syarat ialah sesuatu hal yang terletak di luar ibadah (muamalah), tetapi wajib dipenuhi. Contohnya : Syarat wajib sembahyang ialah : Islam, Baligh, berakal (Mukallaf).

Apa itu rukun ? Rukun ialah sesuatu perkara yang wajib dipenuhi dan terletak di dalam Ibadah (Muamalah). Contohnya : Rukun sembahyang adalah niat.

Sekurang-kurang Ilmu Feqah yang wajib setiap muslim pelajari ialah sekadar Fardhu Ain. Iaitu mengetahui syarat dan rukun untuk menentukan sah dan batalnya sesuatu ibadah terutama yang melibatkan persoalan rukun Islam iaitu sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji serta melaksanakan tuntutan kalimah syahadah.

Ilmu feqah terbahagi pula kepada 4 juzuk ilmu yang lain iaitu :


1. Ibadah
2. Muamalah
3. Munakahah
4. Jenayah

Ibadah : memperjelaskan sah atau batalnya sesuatu amal ibadah kepada Allah SWT. Ianya melibatkan penyaluran ilmu dan kefahaman terhadap rukun dan syarat-syarat yang perlu ditempohi untuk mengesahkan amalan tersebut seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Dimulai dengan menyalurkan ilmu Taharah (bersuci) , Solat, Zakat, Puasa dan Haji serta sub-juzuk sub-juzuk yang terkandung dalam setiap tajuk.

Muamalah : ianya memperjelaskan akan hal ehwal yang bersangkut-paut dengan jual beli, urusniaga, transaksi dan ekonomi. Di dalamnya juga terkandung syarat dan rukun yang wajib dipatuhi oleh setiap muslim.

Munakahah : memperjelaskan hal ehwal kekeluargaan. Ia bersangkut-paut dalam menjalin hubungan sesama manusia dalam erti kata kekeluargaan. Bermula dari niat untuk berkehendak kepada pasangan hidup sehinggalah mengedarkan harta wasiat setelah seseorang Muslim kembali bertemu Allah SWT. Juga tidak terlepas untuk kita membicarakan tentang rukun dan syarat sah tatkala kita membahaskan ilmu ini.

Jenayah : memperjelaskan undang-undang hidup manusia di dunia apabila batas kemanusiaan dan kemasyarakatn dinodai. Di dalamnya juga terkandung rukun dan syarat untuk mengesahkan atau terbatalnya sesuatu perkara.

Link ke artikel berhubung ilmu Feqah

1. Rahsia Air Mutlak
2. Taharah & Pembahagiannya
3. Taharah : Hadas & Najis
4. Taharah : Istinjak
5. Taharah : Qada Hajat
6. Wuduk : Menyucikan Diri Dari Hadas Kecil
7. Tayammum
8. Mandi Hadas
9. Solat A.K.A. Sembahyang
10. Rukun Solat Part 1
11. Rukun Solat Part 2
12. Amalan Sunat Dalam Solat


C. Ilmu Tasawuf ialah senjata ketiga yang diperlukan oleh seseorang Muslim untuk mempastikan kemenangan dalam pertempuran untuk menuntut ilmu. Tasawuf bermakna menyucikan. Ianya adalah bertujuan agar seseorang Muslim tahu, kenal dan dapat membezakan antara sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Ia juga bertujuan agar seseorang muslim itu tahu bagaimana menyingkirkan sifat mazmumah dari dalam diri mereka serta menunjukkan jalan bagaimana ingin mendapatkan sifat mahmudah. Setiap muslim diwajibkan mempelajari dan memahami sekurang-kurangnya 10 sifat mahmudah dan sekurang-kurangnya 10 sifat mazmumah. Agar mereka dapat berusaha menjauhi dari memiliki sifat mazmumah yang terkeji. Serta mereka berusaha untuk mendapatkan sifat mahmudah yang terpuji.

Peranan Tasawuf

1. Membersihkan hati dan jawarih (anggota) daripada dosa, kesalahan dan kesilapan.
2. Menghidupkan rasa kehambaan.
3. Menanamkan rasa keikhlasan.
4. Menghidupkan rasa bertuhan.

Menghidupkan rasa kehambaan

Ilmu tasawuf dapat menghidupkan rasa kehambaan. Untuk kita terasa hamba. Menghidupkan rasa takut pada Allah yang mesti ada di mana-mana. Rasa malu mesti dihidupkan kerana Allah melihat, Allah memerhati. Menghidupkan rasa hina diri di hadapan Tuhan. Rasa kehambaan ini bila dihidupkan, mazmumah akan hilang dengan sendiri. Orang yang terlalu sombong, ego, ujub itu adalah disebabkan tidak ada rasa kehambaan.

Menghidupkan rasa bertuhan

Hati sentiasa sedar Allah melihat, mengetahui dan Allah sentiasa ada bersama kita. Inilah kunci kita tidak melakukan dosa.

Contohnya dalam majlis raja, kita tidak akan buat salah sekalipun menguap. Kita amat jaga tingkah laku kerana kita sedar raja yang berkuasa sedang melihat kita. Maka di hadapan Raja segala raja sepatutnya lebih-lebih lagilah kita malu hendak buat dosa. Rasa bertuhan mesti bertapak di hati, barulah rasa kehambaan itu diperolehi.

Ilmu tasawuf adalah ilmu tentang rohaniah. Ilmu rohaniah ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia). Al Quran menganjurkan ilmu ini yaitu:

Maksudnya: “Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya.” (Asy Syam: 9 - 10)

Ilmu tasawuf adalah salah satu ilmu dasar dalam Islam, selain dari Aqidah dan Syariat.

Ilmu tasawuf/rohani adalah ilmu yang mempelajari perilaku tabiat roh atau hati baik yang baik (mahmudahnya ) maupun buruk (mazmumah). Bukan untuk mengetahui hakikat zat roh itu sendiri. Hakikat roh itu sendiri tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala atau tidak akan dapat dibahaskan. Tetapi apa yang hendak dibahaskan adalah sifat-sifatnya sahaja supaya kita dapat mengenal sifat-sifat roh atau hati kita yang semula jadi itu. Mana-mana yang mahmudahnya (positif) hendak dipersuburkan dan dipertajamkan. Kita pertahankannya kerana itu adalah diperintah oleh syariat, diperintah oleh Allah dan Rasul dan digemari oleh manusia. Mana-mana yang mazmumahnya (negatif) hendaklah ditumpaskan kerana sifat-sifat negatif itu dimurkai oleh Allah dan Rasul serta juga dibenci oleh manusia.


Link ke artikel berhubung Ilmu Tasauf

Setelah ketiga-tiga senjata yang ampuh ini (Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf) ini dimiliki dan berjaya difahami, diyakini dan diamalkan seterusnya diperjuangkan dalam kehidupan sehari-hari, maka secara tidak langsung telah berjayalah seseorang muslim itu menempah kemenangannya yang pertama dalam salah satu dari tujuh pertempuran.

InsyaAllah, kita akan berusaha untuk memperkemaskan lagi ketiga-tiga cabang ilmu ini. Agar kita dapat memperjelaskan satu persatu apa yang terkandung di dalam ketiga-tiga cabang ilmu ini dalam satu lagi program yang akan menyusul tidak lama lagi iaitu slot program Fardhu Ain.


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

To be continue .....

Saturday, November 7, 2009

Part 1 Tujuh Pertempuran Merebut Cinta : Introduction


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Surah Adz Dzariyat : Ayat 56



Alhamdulillah, mari kita panjatkan syukur ke hadrat Allah. Semoga dengan mengucapkan syukur ke hadrat Allah, Allah akan tambahkan nikmat yang ada pada kita dengan nikmat-nikmat yang lain. Dan nikmat yang terbesar Allah kurniakan kepada kita ialah nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW. semoga dengan mengucapkan selawat ke atas baginda, akan menambahkan rasa kecintaan kita kepada baginda.

Aku tergerak untuk menulis satu siri artikel yang aku namakan The Seven Battle For Love (Tujuh Pertempuran Merebut Cinta) berdasarkan sebuah kitab yang pernah aku tadah dari arwah atok ku, kitab berjudul Minhajul Abidin oleh Imam Al Ghazali rahmatullah a'laih. Ianya mengupas kepada peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh seorang muslim dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah Allah yang mukmin lagi muttaqin. Seandainya ada manfaat ilmu dari artikel yang ditulis ini, serta ada manfaat ilmu dari tazkirah bersiri ini, semoga ianya menjadi amal jariah buat Allahyarham datuk ku, ibu ku,ayah ku dan juga guru-guru ku, Sheikh Hafiz Suhaimi, Almarhum Sheikh Muhammad Taha Suhaimi, Almarhum Sheikh Muhammad Khairullah Suhaimi, Almarhum Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi, Almarhum Sheikh Umar Abd Rahim As Syaibani dan khusus kepada Sheikh Muhammad Abdullah As Suhaimi.

Dinamakan The Seven Battle For Love (Tujuh Pertempuran Merebut Cinta), yang bermaksud tujuh pertempuran. Pertempuran kerana dinisbahkan kepada kesukaran, kepayahan dan penderitaan yang terpaksa ditempuh untuk mencapai matlamat yang hakiki iaitu kecintaan kepada ALLAH SWT. Ia merupakan suatu proses yang dilalui oleh seorang muslim dalam permusafirannya di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi. Apabila kita membicarakan persoalan pertempuran, maka kita tidak akan lepas lari dalam memperkatakan tentang jihad. Dan setiap yang mebabitkan jihad, pastinya menuntut pengorbanan. Dan pengorbanan yang dilakukan di jalan Allah, pastinya akan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

The Seven Battle juga dinisbahkan kepada tujuh pertempuran, kerana itulah tujuh peringkat yang dinyatakan di dalam kitab Minhajul Abidin untuk setiap muslim bagi menghampirkan diri kepada Allah. Dinisbahkan dengan pertempuran, kerana setiap peringkat tersebut bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi tanpa usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan Allah demi menghampirkan diri kepada Nya sebagai seorang hamba Nya. Dan sebagai khalifah Nya untuk mentadbir duni ini dengan hukum-hakam Nya.

Firman Allah dalam Surah Adz Dzariyat : 56

Tidak Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.

Mengabdikan diri kepada Allah SWT merupakan matlamat Allah jadikan manusia di dunia. Hujjah dan dalil manusia menjadi hamba Allah kuat. Bukan setakat ayat ke 56 dari Surah Adz Dzariyat menegaskannya, tapi dalil akal dan fitrah pun bersetuju bahawa memang wajar manusia menjadi hamba Allah.

Seandainya ada yang melabelkan kita sebagai "hamba Allah” . Secara langsung hati nurani dan akal kita merasa senang dan bahagia apabila kita dilabelkan dengan gelaran hamba Allah. Tetapi, seandainya ada yang datang kepada kita dan melabelkan kita sebagai "hamba Syaitan","hamba Nafsu", "hamba manusia", "hamba dunia"Secara langsung hati nurani dan akal kita merasa marah dan benci. Fitrah kita tidak boleh menerima kita menjadi hamba selain kepada Allah SWT. Inilah bukti dan dalil, bukan sahaja Allah menegaskan didalam surah Adz Dzariyat ayat ke 56, malah akal dan fitrah kejadian manusia itu sendiri tidak boleh menerima untuk menjadi hamba kepada yang lain kecuali Allah.

Ibadah mencakup seluruh aspek kehidupan manusia sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Itulah yang kita amalkan dalam hidup kita sehari-hari asalkan tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah. Bagi memperjelaskan uslub atau kaedah bagaimana ingin menjadikan setiap aspek kita menjadi ibadah, maka konsep ibadah ini dapat diuraikan kepada tiga juzuk yang mencakup seluruh aspek kehidupan manusia, yaitu :

A. Ibadah asas ( yang mencakup persoalan rukun iman dan rukun Islam yang kedudukan hukumnya Fardhu Ain)
B. Ibadah yang menjadi cabang kepada ibadah yang asas ( amalan fardhu kifayah dan amalan sunat)
C. Ibadah umum. ( segala perbuatan, perkataan, amalan seharian manusia dalam kategori mubah atau harus seperti makan, berjalan, tidur etc. Seandainya bersesuaian dengan 5 syarat, maka perkara yng harus itu beroleh pahala dan menjadi ibadah. 5 syarat tersebut ialah :

1. Niat yang benar ( hanya kerana Allah)
2. Pelaksanaannya benar, (tidak melanggar syariat Allah)
3. Perkara kegiatan tersebut dibenarkan oleh syariat dan mendapat keredhaan ALLAH
4. Natijah (Hasil) mesti baik dan tidak menzalimi diri dan makhluk Allah.
5. Tidak meninggalkan atau melalaikan ibadah-ibadah asas.

Manusia juga dicipta Allah untuk menjadi khalifah Nya di muka bumi. Bersesuaian dengan firman Allah SWT , Surah AL Baqarah ayat ke 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya

Menjadi khalifah untuk mentadbir alam ini dengan hukum-hakam Allah dengan peraturan yang telah Allah tetapkan. Allah sahaja yang layak menentukan peraturan bagi setiap ciptaan NYA. Ibarat sebuah televisyen jenama SONY, adalah mustahil manual pengguna dari jenama SAMSUNG digunapakai oleh pengguna untuk mengoperasikan peralatan tersebut. Begitu jugalah dunia dan alam ini, ianya ciptaan Allah, maka Allah sahajalah yang selayak menentukan peraturan yang wajib dipatuhi oleh makhluk ciptaan NYA. Hukum-hakam Allah inilah dipanggil syariat. Hukum syariat ada lima iaitu :

1. Wajib = dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya MESTI buat
2. Sunat = dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa . kedudukannya ELOK buat
3. Haram = dibuat berdosa, ditinggalkan dapat pahala, kedudukannya MESTI tinggal
4. Makruh = ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa, kedudukannya ELOK tinggalkan
5. Harus = dibuat atau ditinggalkan dosa tak dapat, pahala pun tak dapat, kedudukannya terpulang pada diri sendiri tempoh 5 syarat ibadah , beroleh pahala. Lima syarat tersebut yang kita sebutkan di atas tadi.

Secara ringkasnya, peringkat-peringkat yang perlu kita tempohi atau pertempuran-pertempuran yang perlu kita hadapi adalah seperti berikut :

1. Pertempuran di medan Ilmu – untuk mendapatkan ilmu
2. Pertempuran di medan Taubat – untuk menyucikan diri dari dosa
3. Pertempuran di medan ‘Awa’iq (Penghalang Ibadah) – mengahalang sama sekali untuk kita beribadah
4. Pertempuran di medan A’warid (Pemesong Ibadah) – secara halus melalaikan kita untuk beribadah
5. Pertempuran di medan Bawai’th ( Pendorong Ibadah) – menyeimbangkan rasa khauf (takut) dan rasa raja’ (harap)
6. Pertempuran di medan Qawadih (Perosak Ibadah) – mengatasi rasa riya’ dan ujub
7. Pertempuran di medan Hamdi Wa Syukri (Pujian dan kesyukuran) – mentajallikan (menzahirkan) kepujian dan kesyukuran kepada Allah

Oleh itu marilah kita renung sejenak, mudah-mudahan ilmu yang bakal dihidangkan nanti dapat memandu kita untuk merenung ke dalam diri kita dan menghisab diri kita. Sejauh mana kita telah melaksanakan tuntutan titah perintah Allah serta meninggalkan larangan Nya.

InsyaAllah jika diberi kekuatan oleh ALLAH SWT kepada insan kerdil lagi lemah ini akan ku kupas dengan lebih lanjut kesemua pertempuran yang bakal kita hadapi dan tentera musuh yang bakal kita tentang satu persatu. Semoga ianya dapat kita jadikan panduan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah Allah.

To be continue ...........