Arwah datuk aku pernah bercerita.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib mempercayai bahawa setiap makhluk yang bernyawa akan mati apabila sampai ajalnya, iaitu masa yang Allah sudah tentukan baginya akan saat kematiannya. Malaikat Izrail akan datang kepadanya. Lalu Izrail akan mencabut roh dari jasadnya. Tidak kira di mana orang itu berada. Sama ada dia seorang yang kaya, atau pun seorang yang papa kedana. Tak kira dia seorang yang berilmu, ataupun seorang yang jahil muraqab. Saat sampai ajalnya tidak pernah terlewat walau sesaat, mahu pun tercepat walau sesaat.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib mempercayai bahawa setiap makhluk yang bernyawa akan mati apabila sampai ajalnya, iaitu masa yang Allah sudah tentukan baginya akan saat kematiannya. Malaikat Izrail akan datang kepadanya. Lalu Izrail akan mencabut roh dari jasadnya. Tidak kira di mana orang itu berada. Sama ada dia seorang yang kaya, atau pun seorang yang papa kedana. Tak kira dia seorang yang berilmu, ataupun seorang yang jahil muraqab. Saat sampai ajalnya tidak pernah terlewat walau sesaat, mahu pun tercepat walau sesaat.
Setelah roh berpisah dari jasadnya, roh dibawa ke alam barzakh tatkala jasad dikuburkan di alam yang zahir, tak kira sama ada berkubur di daratan mahu pun di lautan. Alam barzakh. Alam yang menjadi jambatan penghubung antara alam dunia dan alam akhirat.
Setiap Muslim wajib percaya bahawa apabila mayat telah dikuburkan, maka datanglah Mungkar dan Nakir kepadanya dan menyoalnya mengenai tuhannya, agamanya, nabinya, kepercayaannya dan lain-lain lagi. Orang yang Islam dan beriman akan menjawab soalan-soalan dua malaikat itu dengan tenang dengan sebaik-baik jawapan. Orang Islam yang tidak beriman akan menjawab soalan dua malaikat itu dengan rasa gementar, dan setiap kali jawapannya tersasar dan salah maka dia akan dipukul oleh dua Malaikat tersebut. Orang kafir dan munafik (orang yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran), mereka tidak akan dapat menjawab soalan tersebut dan disiksa di alam barzakh dengan teruk oleh Mungkar & Nakir.
Selepas disoal, orang Islam yang telah dapat menjawab soalan-soalan itu akan tidur dengan aman hinggalah sampai Hari Ba'ats atau Hari Kebangkitan, iaitu hari yang padanya dibangkitkan semula sekelian yang telah mati. Tetapi orang yang tidak dapat menjawab soalan Mungkar & Nakir dengan betul serta orang kafir dan munafik, mereka tidak akan aman di alam barzakh dan diazab di alam kubur, sehinggalah Hari Kebangkitan.
Sebahagian ulamak berkata bahawa soalan dan azab itu berlaku pada roh si mati sahaja di alam barzakh. Ada pula ulamak yang mengatakan soalan dan azab itu berlaku kepada roh & jasad si mati. Allah juga Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Arwah datuk aku bercerita lagi tentang roh.
Setiap Muslim wajib mempercayai bahawa diri manusia dijadikan dari roh dan jasad. Jasad dibentuk dari daging, tulang, lemak, darah dan lain-lain jisim yang zahir. Roh pula ialah satu zat yang halus yang tidak boleh dilihat oleh orang-orang kebanyakan. Ia ada di dalam jasad setiap manusia yang hidup. Dengan perantaraan roh itulah manusia hidup. Roh asal kejadian sebelum di tiupkan ke dalam jasad manusia, roh sudah pun mengenal Allah sebagai Tuhan yang Maha Agung. Malah Al Quran menukilkan perjanjian antara roh untuk tunduk mentaati Allah SWT seperti dalam surah Al A'raf ayat 172 :
" (Allah bertanya kepada roh) Bukankah AKU tuhan kamu ? (Roh menjawab) Benar kami bersaksikan (ENGKAU Tuhan kami)"
Namun setelah roh ditiup kedalam jasad, roh terpaksa berhadapan dengan bujukan nafsu dan syaitan yang bersenjatakan nikmat duniawi. Maka lalailah roh untuk mentaati Allah.
Apabila sampai ajal, Izrail akan mencabut roh dari jasad dan dibawa ke alam barzakh sehingga Hari Kiamat. Tetapi ada juga roh-roh tertentu yang boleh keluar ke alam zahir. Rasulullah SAW ketika Isra', telah dapat melihat roh-roh para anbiyak wal mursalin datang kepadanya di Masjidil Aqsa lalu bersolat berjemaah dengan Rasulullah SAW sebagai imam, dan roh para anbiyak wal mursalin bermakmum dibelakang Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, hakikat roh itu hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Mereka menanya engkau, (Muhammad SAW) mengenai roh. Katakanlah : roh itu urusan Tuhan ku. Dan kamu tidak diberi ilmu melainkan sedikit sahaja ( Al Isra' : 85 )
Dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Wajib bagi Allah bersifat dengan Al Qadim dan Al Baqa'. Allah tidak ada permulaan dan baqa' (kekal). Dan Allah berkuasa mencipta 10 makhluk NYA bersifat dengan sifat ada permulaan dan kekal wujudnya sehingga bila-bila. 10 makhluk adalah :
1. A'rasy
2. Kursi
3. Syurga
4. Neraka
5. Loh mahfuz
6. Qalam
7. Roh
8. Jasad para Rasul & Nabi
9. Jasad para syuhada
10. 'Ajbuz zanab ( iaitu seketul tulang belakang manusia yang paling bawah sekali atau STEM CELL)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa haiwan pun ada roh tetapi roh itu tidak kekal. Roh haiwan lenyap apabila haiwan itu mati.
Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah percaya, walaupun Nabi-nabi dan waliyullah sudah wafat, tetapi rohnya masih boleh menolong orang-orang yang masih hidup, kerana ada dalil-dalil yang kuat menunjukkan demikian. Dan orang Islam yang masih hidup boleh menolong orang islam yang sudah mati, dengan izin Allah Ta'ala. Ini semua merupakan perkara yang harus bagi Allah.
Kelebihan dalam bentuk luar biasa yang dikurniakan Allah kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi dinamakan mu'jizat. Contohnya, Nabi Ibrahim AS tidak hangus dibakar api. Nabi Daud AS mampu meleburkan besi. Timbul pula persoalan. Itu kelebihan sewaktu menjadi Nabi & Rasul, bagaimana pula kejadian luar biasa sewaktu belum ditabal menjadi Nabi & Rasul ? Apakah itu juga mu'jizat ? Arwah datuk ku menjawab : Kejadian yang luar biasa yang pernah berlaku sebelum ditabal menjadi Rasul atau Nabi dinamakan IRHAS. Contohnya ialah seperti sewaktu Rasulullah SAW dibawa oleh Abu Talib berdagang ke negeri Syam, ada awan yang melindungi Rasulullah SAW dari kepanasan.
Kelebihan-kelebihan dalam bentuk luar biasa yang berlaku bukan kepada Rasul atau Nabi, tetapi kepada seorang muslim yang soleh yang digelar waliyullah, dinamakan karomah. Sebagai contoh, kekaromahan seorang wazir Nabi Sulaiman AS diceritakan dalam surah 27, ayat ke 40. Kekaromahan wazir Nabi Sulaiman AS yang bernama 'Asif Bin Barkhaya sebagaimana yang ceritakan oleh ulamak tafsir, mampu memindahkan mahligai Puteri Balqis di Yaman ke Palestine dalam sekelip mata. Andainya ada di dunia ini seorang yang alim, wara' lagi soleh seperti 'Asif Bin Barkhaya, tak perlulah kita bersusah payah membuat ceramah berkenaan Palestine dan mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestine. Cukup dengan karomah, Swiss Bank mampu dipindahkan dari Switzerland ke Palestine.
Jika kelebihan & kejadian luar biasa yang dilakukan oleh orang kafir, atau munafik atau ahli maksiat dan mereka mampu melakukannya dengan perantaraan syaitan atau jin kafir atau jin Islam yang 'asi, maka itu dinamakan SIHIR.
Begitulah serba ringkas, cerita-cerita yang cuba aku sampaikan di sini berdasarkan cerita-cerita arwah datuk aku. Aku susun semula dalam bahasa modern untuk mensesuaikan cerita tersebut dengan suasana cyber. Semoga ada ilmu yang boleh kita timba bersama untuk dijadikan panduan dalam menjejaki perjalanan Rasulullah SAW untuk mendapat kasih sayang dan maghfirah Allah SWT. Andainya ada manfaat ilmu yang dihidangkan ini, semoga menjadi jariah buat ibu & almarhum ayah ku, juga arwah datuk ku, serta guru-guru ku.
terima kasih kpd saudara yg budiman.yg telah berkongsi ilmu Allah.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Betulkah,Roh orang alim2,waliyullah,serta para nabi dan rasul boleh pergi ke alam kita?
ReplyDeleteWa alaikumsalam. Benar. roh org2 alim, waliyullah dan para nabi boleh berada di alam kita. buktinya, peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW sendiri bertemu roh2 para nabi dan Rasul dan bersolat berjemaah dengan mereka
ReplyDelete