Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Monday, May 23, 2011

Sir ... ni macam budak kecik, tengok kartun !!!


Sir ... ni macam budak kecik, tengok kartun !!!


Begitulah yang diluahkan oleh salah seorang student ku bila dilihat aku sedang menonton movie KUNG FU PANDA di komputer ku.


Aku : Jom join. Kita tengok sama-sama. Tapi ....


Sam : Tapi apa sir ?


Aku : Kena tengok dengan mata hati. Ada cerita, mengapa saya nak tengok cerita ni.


Aku pun memulakan semula movie tersebut, sambil membetulkan monitor pc agar dapat ditonton oleh students ku.


KUNG FU PANDA


Kisah berkisar sebuah perguruan, yang diasaskan oleh Master Oogway (Penyu). Perguruan itu diwariskan kepada muridnya yang paling TAAT dan setia iaitu Master Shifu (Tikus)



Master Shifu ada beberapa murid yang RAPAT. Antaranya , Tigress (Harimau Belang), Monkey (monyet), Mantis (Mentadak), Viper (Ular), Crane (Bangau) dan TAI LUNG (Harimau Bengal).



Antara students Master Shifu, TAI LUNG adalah yang teristimewa. Tai Lung adalah ANAK ANGKAT Master Shifu. Tai Lung dipelihara sejak dari kecil hinggalah dewasa. Tidak ada ilmu yan tidak diajar oleh Master Shifu kepadaTai Lung. Pendekata, Tai Lung mempunyai segala pengetahuan tentang ilmu yang diajar diperguruan Master Oogway. Dia tahu A to Z. Cara nak beramal. Cara nak bertempur. Cara nak mengajar. Dan lain-lain lagi. Ditambah, Tai Lung adalah pelajar yang rajin berlatih dan keadaan fizikal yang gagah.



Malangnya, Tai Lung adalah seorang yang bermasalah. Walau secara zahirnya, Tai Lung adalah murid yang layak mewarisi perguruan tersebut, TETAPI Master Oogway dapat melihat apa yang tersirat berdasarkan perwatakan lahiriah Tai Lung. Lantas Master Oogway menolak cadangan Master Shifu untuk melantik Tai Lung menjadi pewaris perguruan. Keputusan Master Oogway akhirnya mendedahkan sifat dan sikap sebenar Tai Lung.



Apabila Tai Lung mengganas di kala itu tidak ada sesiapa pun mampu menyekat kemaraan Tai Lung. Muncullah Poo (Panda). Poo mempunyai sifat IKHLAS. Tidak ada terpalit walau sedikit pun niat sampingan melainkan INGIN MENUNTUT ILMU DAN MEMBANTU MASYARAKAT.



Sewaktu Master Oogway menunjuk Poo sebagai Dragon Warrior, Poo cuba mengelak. Poo cuba mengelak menjadi pewaris perguruan kerana dirinya sedar bahawa dirinya secara fizikal tidak segagah pendekar-pendekar di sekolah tersebut. Poo juga sedar, dia tidak ada ilmu persilatan perguruan tersebut. Poo juga sedar dia walau pun dia adalah calon yang dipilih oleh Master Oogway, dia TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG ILMU. Poo juga sedar dia hanya ada CITA-CITA dan KEIKHLASAN.



Berbekalkan cita-cita dan keikhlasan, Poo menjadi murid yang taat kepada Master Shifu untuk dididik.



Setelah keGHAIBAN Master Oogway, tanggunjawab melatih dan mendidik Poo diserahkan kepada Master Shifu.



Master Shifu juga menggunakan kebijaksanaannya dalam mendidik Poo. Tidak seperti mendidik Tai Lung. Andainya Tai Lung diberikan segala ilmu dan rahsia perguruan oleh Master Shifu, Poo pula dididik oleh Master Shi Fu Poo berdasarkan bakat dan kepakaran yang ada pada Poo.



Hasilnya … Poo Berjaya menewaskan Tai Lung.





#########################



Kisah Kung Fu Panda ... ceritanya ditulis oleh Michael Lachance, seorang yang tidak beriman. Ianya menjadi BUKTI bahawa orang yang tidak beriman dan tidak Islam juga membenci sifat UJUB, RIYA' dan TAKBUR. Jadi sebagai seorang muslim yang beriman, memang sewajarnya kita juga membenci dan memusuhi ketiga-tiga sifat mazmumah ini dan kita singkir akan dia dari diri kita.



Ujub ialah sifat mazmumah yang menjadikan seseorang merasa dirinya terlalu hebat. Ianya menjadi pendorong kepada sifat riya'. Riya' ialah sifat mazmumah yang mendorong seseorang menzahirkan segala perbuatan, perkataan semata-mata untuk mendapat pujian selain ALLAH. Bila ujub tercetus, dan riya' terzahir maka takbur menjadi subur. Takbur adalah sifat mazmumah yang menjadikan seseorang menghina manusia lain atas ketidak beradaan manusia lain atas nikmat yang dia miliki.



Dalam Ihya Ulumiddin, Imam Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini.



a. Ilmu yang banyak serta mempunyai kelebihan yang pada kebiasaan yang tidak terdapat pada orang lain

b. Banyak amal ibadah

c. Nasab keturunan

d. Wajah dan paras rupa yang indah dan cantik

e. Harta yang menggunung

f. Kegagahan/ kekuatan diri serta jawatan yang tinggi

g. Ramainya pengikut



Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.



Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong." (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)



Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.



Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya."



Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, "Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku," maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.



Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.



Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.



Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.



Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.



Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.



Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.



Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.



Justeru, hendaklah KITA memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah." (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)



Pesan arwah datuk ku : Ketahuilah oleh mu bahawa riya` menghapuskan amal, menjadi penyebab kepada kemurkaan Allah dan merupakan pembinasa yang paling besar. Kalau memang begini sifatnya maka sudah sepantasnya untuk kita berusaha secara sungguh-sungguh menghilangkannya.



Ada pun untuk menghindari dari sifat mazmumah ini dan merawat hati yang rosak kerananya. Ada duaa tingkatan yang perlu ditempuh.



Pertama : Memotong akar dan asal usulnya dari lahirnya rasa ujub. Tiada lain ianya melainkan kesenangan dengan pujian, menghindari pahitnya dicela dan sangat tamak terhadap yang dimiliki manusia. Tiga hal inilah yang menggerakan orang untuk ujub, riya` dan takabbur. Cara memotong akar dan usul benih-benih mazmumah ini ialah dengan menyedari bahaya riya’ dan akibat buruk yang terhasil kerana tmbuhnya mazmumah ini.



Ada pun kesan di dunia, mazmumah ini akan menyebabkan hati tidak bersih, menghalang cahaya hidayah dan taufiq, menjauhkan diri dari mendapat tempat di sisi ALLAH. Ada pula kesan di akhirat, mazmumah ini menjadi penyebab, balasan yang akan diterima berupa seksaan, kemurkaan yang dahsyat dan kehinaan yang tampak. Bagaimanapun, jika seorang hamba memikirkan kehinaan tersebut, kemudian membandingkan apa yang didapatkannya dari menampakkan keindahan (perkataan, amal dll) dihadapan manusia di dunia dengan apa yang tidak mampu ia raih di akhirat dan pahala yang terhapus, ia akan dengan mudah menghilangkan keinginan tersebut. Seperti orang yang mengetahui bahwa madu itu enak tetapi kalau ternyata di dalamnya ada racun yang akan berakibat buruk baginya, ia akan tinggalkan madu tersebut.



Bagi mereka yang masih berdegil untuk terus-terusan berdamping dengan ujub, riya’ dan takabbur, ALLAH telah menciptakan satu makhluk RIHUL AHMAR untuk menyeksa diri manusia yang berdamping dengan sifat mazmumah yang tercela ini.



Kedua : Menghilangkan berbagai godaan (bisikan) yang sempat mengganggunya ketika melakukan ibadah. Ini juga perlu dipelajari. Orang yang berjuang memerangi (penyakit) jiwanya dengan memotong akar-akar riya`, menghilangkan rasa tamak dan menganggap hina pujian dan celaan orang, kadang-kadang syaitan tidak membiarkannya pada saat menjalankan ibadah, tetapi membisikkan riya`. Jika terdetik di hatinya bahawa orang-orang sedang melihatnya, melawannya dengan mengatakan pada dirinya “ Apa urusanmu dengan orang-orang itu, mereka tahu atau tidak, ALLAH mengetahui keadaanmu. Apa faedahnya orang mengetahui (amal kita) ? Jika keinginan untuk mendapatkan pujian sedang bergejolak, ingat dengan penyakit riya` yang ada dalam hatinya yang menyebabkannya mendapatkan murka dari ALLAH dan menjanjikan kerugian ukhrawi kepada diri yang malang.


Oleh itu, untuk memotong akar asal usul ujub dan riya’, serta untuk menghilangkan bisikan yang datang, seseorang muslim hendaklah :


Memperkemaskan ilmu Fadhu Ain dan beramal dengannya. Dengan itu seseorang muslim akan sedar bahwa dirinya adalah hamba Allah yang hina. Hanya Allah tempat dipersembahkan segala amalan, bukan kepada makhluk. Hanya kepada Allah seseorang mengharapkan balasan dan bukannya mengharap anugerah pemberian makhluk.


Apabila menerima nikmat, segeralah mengingati Allah dan ucapkan kesyukuran atas nikmat yang diperolehi. Lantas segeralah beristighfar kepada Allah kerana takut nikmat yang bakal diperolehi menjadikan kita lupa bahawa nikmat itu merupakan ujian bujat diri kita.


Bersegeralah mengucapkan la haula wala quwata illa billah sebagai tanda kelemahan kita sebagai makhluk Allah.


Apabila menerima nikmat, segeralah juga kita bandingkan nikmat yang kita perolehi itu dengan nikmat orang lain yang lebih besar dan berharga. Agar kita sedar bahwa nikmat yang kita perolehi itu tidak seberapa dan bila-bila masa sahaja Allah mampu menariknya semula. Dengan itu kita mampu bersyukur.


Apabila ditimpa musibah, segeralah kita membandingkan musibah tersebut dengan musibah orang yang lebih teruk dari kita. Agar nantinya kita akan bersabar dan redha dengan ketentuan Allah atas kita.


Sentiasalah menggauli orang yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Kerana ianya menjadikan kita insaf akan kedudukan kita sebagai makhluk Allah yang lemah. Maka tidak hairanlah ulamak-ulamak sufi dalam mendidik murid mereka agar tidak berlaku riya’ dan ujub, anak-anak murid mereka dihina oleh mereka di khalayak ramai. Ini jelas diceritakan dalam kisah Sheikh Abu Yazid Al Bustami dan Sheikh Hassan Al Basri, mereka menghina dan mengaibkan orang-orang yang ujub dan riya’ yang sedar mereka berbuat kemungkaran tetapi tidak mahu tunduk dan patuh kepada kebenaran. Maka AL Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub menegaskan, harus mengaibkan orang yang ujub dan riya’ di khalayak ramai sebagaimana harus seorang yang zalim diumpat, agar tindak tanduk mazmumahnya tidak diikuti oleh orang lain.


Bermujahadatunnafsi melalui tiga peringkat yang pernah dibincang dalam pertempuran yang lalu iaitu Takhalli, Tahalli dan Tajalli. Bertafakur. Memikir akan kebesaran Allah SWT.Semoga syarahan yang ringkas ini mampu kita jadikan panduan untuk terus menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Madrasah Darus Syifa
23 may 2011
4.15am

Selamat Hari Guru .....


16 May 2011 .... Sedunia meraikan Hari Guru ... hari untuk warga pendidik .... ermmm ... dari mana asal usulnya Hari Guru ni ? ... Halalkah meraikan hari Guru ni ? ... ermmm .... banyak nak kena study ni .... Tapi tak salah nak menghargai guru-guru ... sebaik-baik penghargaan ialah menyerlahkan prestasi atas ilmu yang telah dicurahkan ... Terima kasih cikgu .....



Hari Valentine ... pelbagai versi asal usul kelahiran hari Valentine diceritakan ... ada yang mengatakan peristiwa meraikan pembunuhan umat Islam beramai-ramai hasil tipu daya Padri Valentino .... Ada yg mengatakan pengorbanan Paderi Valentino atas dasar cinta mengahwinkan pasangan suami isteri walau dihalang Raja. .... Ada juga yg mengatakan meraikan kisah cinta Valentino dengan seorang Sharifah sehingga berjaya memurtadkan nasab keturunan Rasulullah SAW, lalu diberi nama Kristian ISABELLA .... apa pun jua cerita yang tertulis, kesan dan hasil Hari Valentine ini amat negatif dan menyukarkan kerja-kerja doktor, polis serta mak bapak kerana pada hari itulah berlakunya banyak perzinaan.



Begitu juga dengan Mothers Day ... ada yg kata hukumnya haram kerana berasal dari sambutan meraikan IBU KEPADA DEWA-DEWA ....



Bagaimana pula Hari Jururawat yang meraikan seorang jururawat bernama Florence Nightingale ? ..... Kasihan dengan tokoh Rufaidah Binti Saad rha ... jururawat di zaman Rasulullah SAW. Tugasnya bukan sekadar merawat luka-luka ditubuh badan para mujahid, malah tugasnya juga merawat jiwa dan hati para manusia dan membakar semangat para mujahid untuk terus berjihad dan merebut taraf syuhada. Para bidadari malu kepada Rufaidah kerana Rufaidah berani mencabar para mujahid untuk memilih mati syahid yang didalamnya terkandung nikmat memperisterikan Ainul Mardhiah, bidadari yang tercantik, sedangkan disebalik bayangan Ainul Mardhiah terukir disebalik cadur yang menutupi wajah Rufaidah. …. Agak-agaknya … berapa ramaikah jururawat muslim di dunia ini yang membuat tahlil dan mensedekahkan Al Fatihah atau Yaasin untuk Rufaidah Binti Saad rha ?



Kini kita menyambut Hari Guru ... hari warga pendidik ... Apakah sambutan ini hanya untuk guru di sekolah ? Sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah saja ? Atau apakah ianya juga merangkumi para pensyarah di kolej dan universiti ? Atau apakah juga terangkum guru memasak atau guru memandu atau guru menjahit ? ...... Yang pastinya ianya tidak pernah disambut oleh para murabbi mahu pun guru mursyid ....

Kepada warga pendidik ... tak kiralah sama ada engkau guru sekolah akademik, guru sekolah agama, guru sekolah memandu dan sebagainya ... maka, eloklah sebagai guru dan pendidik mempunyai persediaan mental, emosi dan rohani yang terbaik bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.



Kitab Bidayatul Hidayah yang dibeli semasa tingkatan 3 pada tahun 1983 dulu, karangan Imam Al-Ghazali (505H). Beliau ada memberi peringatan dan nasihat kepada para guru dan pendidik tentang ‘Adab-adab Seorang Guru’. Semoga bermanfaat untuk muhasabah diri.



Berkata Imam Al-Ghazali:



“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:

1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2- Lambat marah.

3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.

6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.

7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8- Membimbing murid yang bebal.

9- Tidak memarahi murid yang bodoh.

10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.

16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.

17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).



Kepada para salik dan murid …. Apakah hadiah yang ingin engkau sampaikan kepada guru mursyid mu ? …. Yang pastinya …. Seorang guru mursyid tidak pernah meraikan Hari Guru dan tidak pernah menerima hadiah pada 16 May setiap tahun … sebab .... bagi seorang mursyid dan murabbi Hari Guru bagi mereka hanyalah di akhirat tatkala melihat anak-anak didikan sedang beristirehat di dalam syurga sambil menikmati ketenangan dan kebahagiaan abadi .... Apakah kita sudah mampu memberikan "hadiah" ini kepada para guru kita khususnya para murabbi dan mursyid ?



Kepada guru-guru ku, para pensyarah ku, sama ada yang masih hidup mahu pun yang sudah kembali ke rahmat ALLAH, terima kasih tak terhingga ku ucapkan kepada mu ... Hanya ALLAH saja yang mampu membalas jasa-jasa mu. Halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada ku sehingga aku mampu menjadi seperti yang ada ini .... DOAKANLAH KEJAYAAN DIRI KU DI DUNIA & AKHIRAT ... Buat guru-guru ku yang telah kembali ke rahmat ALLAH, khususnya buat Almarhum Ustaz Mohammad Taha Suhaimi bin Muhammad Fadlullah As Suhaimi … AL FATIHAH

Monday, May 9, 2011

XPDC Wonosobo : Menyingkap Tabir Qalbu ... Part 4



Perjalanan di Alas Ketonggo diteruskan … merentasi denai dan belukar. Mengharungi arus jeram. Sambil fikiran ku masih melayang dan mengelamun akan pesanan-pesanan arwah datuk ku …

Apakah perasaan mu tatkala kamu berada di dalam istana sebagai seorang tetamu yang amat dihormati oleh ahli istana ?

Apa pula perasaan mu tatkala ketibaan mu di sambut penuh meriah bersama pukulan kompang, sambil direnjis air mawar dan kamu berjalan di atas permaidani merah yang dihamparkan buat mu oleh ahli-ahli istana ?

Apa pula perasaan mu tatkala kamu dihidangkan dengan juadah hidangan yang lazat dan diri mu bersantap bersama barisan orang kenamaan di dalam istana ?



Pasti ianya suatu pengalaman yang tak kan luput dari ingatan mu .....

Apakah perasaan mu tatkala kamu bertamu ke tempat guru mu sedangkan guru mu amat merindui untuk bertemu dengan mu ?

Apakah perasaan mu pula pabila ketibaan mu disambut oleh guru mu dengan tasbih dan tahmid sambil haruman ambar kasturi yang semerbak harum sejahtera menyelubungi diri mu ?

Apakah pula perasaan mu bila diri mu disajikan dengan santapan rohani penguat iman agar diri mu terus kekal atas kalimah tauhid agar diri mu terus menjadi hamba ALLAH yang mengabdikan diri kepada ALLAH sebagaimana diajar oleh guru mu ?

Pastinya ia merupakan satu rezki buat hati nurani mu. Rezki berkat yang mengundang rahmat dan maghfirah ALLAH SWT ......

Arwah datuk ku pernah berpesan ........


********************************************

Ketahuilah oleh mu ... bahawa karomah yang agung itu bukanlah seperti karomah Barsyisa yang mampu berjalan di udara. Bukan juga karomah yang agung itu seperti karomah Rijalul Ma' yang sujud kepada ALLAH bertahun-tahun di dasar lautan. Bukan juga karomah yang agung itu seperti karomah Imam Taqiyudiin yang mampu berjalan dan bersolat di atas air. Bukan juga karomah yang agung itu seperti karomah Ibrahim Adham yang mampu berbicara dengan pepohon dan haiwan.

Tetapi ... karomah yang agung itu adalah bila engkau mampu mendidik orang-orang jahat yang fasiq untuk menjadi orang yang beriman iyyan, kerana ianya mampu menyelamatkan umat manusia dari menjadi bahan bakaran api neraka ........

Oleh itu janganlah engkau terpesona dan tertipu dengan keajaiban atau pun keanehan. Lebih-lebih lagi yang terjadi dari golongan mutaakhirin yang peribadi mereka masih jauh dari peribadi salafussoleh. Kerana sesungguhnya nilai manusia di sisi ALLAH ialah sejauh mana manusia itu mampu melaksanakan yang wajib dan sunat serta meninggalkan yang haram dan makruh. Oleh itu tetaplah diri mu atas jalan iman, menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan. Semoga engkau terhindar dari terjerumus ke lembah ghurur (tertipu) yang hina.


*********************************

Alam kerohanian merupakan alam yang luas. Ramai para salik yang tertewas akibat persiapan ilmu dan amal syariat yang tidak sempurna. Sebagai panduan dan jalan keselamatan, Imam Al Ghazali menulis dalam kitabnya Minhajul Abidin akan panduan yang perlu ditempuh oleh seseorang salik untuk menuju kepada ALLAH. Ringkasan intipati Minhajul Abidin adalah dihidangkan di notes JALAN IMAN (http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/08/jalan-iman.html)

Antara sebab musabab kegagalan seseorang dalam menuju kepada ALLAH adalah disebabkan NIAT. Ramai yang beramal, tetapi niatnya semata-mata bukan untuk ALLAH, tetapi mempunyai cabang-cabang niat yang lain. Ada yang ingin mendapatkan pengalaman kerohanian. Ada yang ingin mendapatkan kemahsyuran. Ada yang ingin mendapatkan pangkat dan pujian. Ada yang memasang niat untuk beroleh keajaiban (karomah). Malah tidak kurang juga yang menyimpan niat untuk bersifat ujub dan riya’.

Sifat ujub dan riya’ pernah dihuraikan berdasarkan Kitab Siiras Salikin oleh Sheikh Abdus Samad Al Falembani di notes The Ultimate Destroyer (http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/11/ultimate-destroyer.html)

Hakikatnya, keajaiban, kekeramatan, kemahsyuran, kekayaan, pangkat, pujian, kemuliaan nasab keturunan dan sebagainya bukanlah kayu ukuran sebenar dalam urusan mentaati ALLAH. Sebaliknya kesemua itu adalah ujian dari ALLAH, sama ada kita mampu menjadi hamba-NYA yang bersyukur. Seandainya kita mampu bersyukur, pastinya ALLAH akan menambahkan nikmat yang ada pada kita dengan nikmat-nikmat yang lain. Dan nikmat ALLAH yang terbesar yang pernah ALLAH anugerahkan kepada makhluk ciptaan-NYA adalah nikmat iman dan Islam. Iman mempunyai pelbagai tingkatan. Tingkatan yang mula menjamin keselamatan adalah tingkatan Iman ‘Iyyan.

Orang yang beriman dengan tingkatan 'iyaan, akan meletakkan dirinya sebagai seorang hamba walau di dunia dia memiliki pangkat dan jawatan yang tinggi pada kaca mata manusia. Hatinya sentiasa ingat pada Allah. Ketika bersendirian, dia mampu mengalirkan air mata kerana ingat kepada Allah. Ibadahnya khusyuk, tak leka dalam solat. Hati mereka sensitif dengan Allah. Mereka akan bersifat zuhud. Mereka mampu mendidik diri, ahli keluarga dan masyarakat untuk mengamalkan Islam. Mereka sentiasa dibantu oleh Allah jika berdepan dengan masalah. Jika berlaku musibah dia bersabar dan redha. Jika diberi nikmat, dia bersyukur dan tidak sombong. Mereka sentiasa merasakan diri mereka hina dan berdosa sambil terus memohon dan bermunajat pada Allah tanpa rasa putus asa. Jika berlaku masalah atau ditimpa musibah, dia akan muhasabah diri untuk menilai kejahatan diri sendiri. Jika dia melakukan dosa, dia akan segera bertaubat tanpa lengah. Mereka inilah yang DIPERMUDAHKAN hitungan amal mereka di akhirat dan dipermudahkan bagi mereka untuk memasuki syurga Allah.

Huraian lanjut berkenaan persoalan iman ini saya pernah bahaskan berdasarkan Kitab Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub oleh Sheikh Ali Bin Abdul Rahman Al Kelantani dalam notes Rahsia Iman … Kunci Cinta Sejati (http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/08/rahsia-iman-kunci-cinta-sejati.html)

Maka sebab itu ALLAH hanya akan menilai sejauh mana kasih dan sayangnya ALLAH kepada seseorang insan adalah berdasarkan sejauh mana taqwanya kepada ALLAH. Dan sesungguhnya taqwa itu adalah melaksanakan apa yang ALLAH suruh sama ada yang wajib dan sunat serta meninggalkan segala yang ALLAH larang sama ada yang haram mahu pun yang makruh. Huraian atas nilai taqwa saya pernah bincangkan berdasarkan Kitab Faridatul Faraid oleh Sheikh Ahmad Ibnu Muhammad Al Fatani di notes TAQWA : Nilai Manusia Di Sisi ALLAH (http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/10/taqwa-nilai-manusia-di-sisi-allah.html)

Ayuhlah kita bersama-sama berusaha atas iman dan taqwa, kerana sebaik-baik bekalan untuk kita kembali ke rahmat ALLAH di akhirat kelak adalah bekalan iman dan taqwa. Dan ingatlah .... Lembah yang rendah yang mampu menakung curahan air hujan yang banyak berbanding kolam air di puncak gunung. Begitu jugalah ilmu ALLAH yang dianugerahkan kepada hamba-hamba NYA. Hanya hati yang merendah diri dengan rasa tawadduk penuh kehambaan yang mampu menakung curahan ilmu menjadi lautan, bukan hati yang sombong dan takabbur ....

9 May 2011
5.25 am


XPDC Wonosobo : Menyingkap Tabir Qalbu ... Part 3


Perjalanan menuju ke Alas Ketonggo bermula ...

Fikiran ku kembali melayang .... teringat kisah para auliya yang sering diceritakan oleh arwah datuk ku kepada kami adik beradik setiap kali menjelang larut malam.

Bertemankan lampu karbaid, atok akan duduk bersila di sebelah tempat pembaringan kami adik beradik sambil mata tuanya menatap Kitab Tazkiratul Auliya' oleh Sheikh Fariduddin Attar.


Wajahnya yang semakin di mamah usia, tekun membaca kitab kuning tersebut dan melafazkan kisah-kisah para kekasih ALLAH. Gaya bahasa dan cara olahan ceritanya bagaikan atok berada dan melihat sendiri kisah-kisah mereka.

Kakak ku gemar mendengar kisah Rabiatul Adawiyah .... Abang ku menggilai Yazid Bustami ..... Abang ku yang seorang lagi tersentuh kisah Malik Bin Dinar .... Adik ku meminati kisah sementara Hassan Al Basri .... sementara aku pula meminati kisah Uwwais Al Qarni ....

Abang : Loratlah kau ni ... balik-balik Uwwais Al Qarni. Ada banyak lagi cerita wali laaaa ... (herdik abang ku yang mungkin jemu atas pintaan ku kepada atok ku)

Kakak : Dah ulang berapa kali cerita tu. Kita dengar cerita yang lain pulaklaaa .... (kakak ku mengomel, mungkin kerana dia ingin mendengar kisah Rabiatul Adawiah)

Adik : Cerita Uwwais Al Qarni tak banyak keramatlaaa …………

Antara kisah-kisah para wali ALLAH, kisah kekeramatan yang aneh dan pelik, kekeramatan Uwwais Al Qarni yang jarang diceritakan. Sesuai dengan tarafnya sebagai seorang YANG TIDAK TERKENAL DI BUMI tetapi amat terkenal di langit.

Dan aku teringat cerita arwah atok ku berkenaan TINGKATAN PARA WALI

*********************

1. AQTAB (Semoga redha ALLAH atas mereka) : Juga disebut Al Ghaits (Penolong). Bilangannya hanya ada seorang pada setiap zaman. Tidak berlebih dan tidak berkurang. Ia adalah pemimpin bagi satu golongan (Qutub) pada zamannya, dan ia mempunyai kekuatan jasmani dan rohani yang tinggi. Pendekata ia adalah pemimpin yang amat berkuasa. Terkumpul dalam dirinya semua hal dan maqam. Dirinya menjadi penyelesai kepada semua masalah baik yang zahir mahu pun yang tersembunyi.

2. AIMMAH (Semoga redha ALLAH atas mereka) : Memberi makna “para pemimpin”. Bilangannya hanya ada dua pada setiap zaman. Tidak berlebih dan tidak berkurang. Aqtab bertindak sebagai penguasa (raja) maka Aimmah bertindak sebagai para menterinya. Bila Aqtab meninggal dunia, tempatnya akan digantikan oleh salah seorang Aimmah. Seorang mengetahui tentang alam malakut (alam ghaib rohani) dan seorang lagi mengetahui alam mulk (alam dunia jasmani).

3. AUTAD (Semoga redha ALLAH atas mereka) : Bilangannya hanya empat pada setiap zaman. Tidak berlebih dan tidak berkurang. Seorang di daerah Utara. Seorang di daerah Selatan. Seorang di daerah timur. Dan seorang di daerah barat. Arahnya boleh dilihat dari Kaabah. Gelaran-gelaran mereka ialah Abdul Hayyi, Abdul A’lim, Abdul Qadir dan Abdul Murid.

4. ABDAL (Semoga redha ALLAH atas mereka) : Abdal adalah sebutan jamak, sementara Badal adalah sebutan tunggal. Bilangannya hanya tujuh pada setiap zaman. Tidak berlebih dan tidak berkurang. Bertugas menjaga tujuh wilayah. Seorang mengikut jejak Nabi Ibrahim AS. Seorang mengikut jejak Nabi Musa AS. Seorang mengikut jejak Nabi Harun AS. Seorang mengiut jejak Nabi Idris AS. Seorang mengikut jejak Nabi Yusuf AS. Seorang mengikut jejak Nabi Isa AS. Seorang mengikut jejak Nabi Adam AS. Tugasnya menjaga kemaslahatan di sesuatu wilayah. Bila Badal ingin meninggalkan wilayahnya untuk menyelesaikan permaslahan sejagat atau untuk bertaqarrub kepada ALLAH atau untuk menghadiri Majlis Para Wali, Badal itu akan meninggalkan seseorang yang mirip dengan dirinya untuk mengawasi wilayah yang ditinggalkannya. Untuk mencapai maqam ini, hendaklah banyak berlapar, bangun malam, diam dan uzlah.

5. NUQABA (Semoga redha ALLAH atas mereka) : Bilangannya hanya 12 pada setiap zaman. Tidak berlebihan dan tidak berkurangannya. Bilangannya sama dengan bilangan bulan hijrah, dan menyamai dengan bilangan gugusan bintang (galaksi) dan tata suryanya. Setiap Naqib (nama tunggal bagi Nuqaba) mengetahui khasiat dan hal ehwal bagi setiap gugusan bintang. Sangat alim akan SYARIAT, mampu menyingkap isi hati setiap insan dan mengetahui segala yang tersembunyi baik tipu daya nafsu, godaan syaitan, hatta amat mengetahui tentang Iblis itu.

6. NUJABA (Semoga redha ALLAH atas mereka) : Bilangannya hanya lapan pada setiap zaman. Tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Mempunyai kekuatan kerohanian yang tinggi walau mereka tidak mengusahakannya. Tidak siapa yang mengenal mereka melainkan orang yang maqamnya lebih tinggi dari mereka. Tetapi pada dirinya terserlah tanda-tanda kekeramatannya.

7. HAWARIYYUN (Semoga redha ALLAH atas mereka) : Bilangannya hanya satu pada setiap zaman. Tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Tugasnya adalah untuk membela agama, sama ada bersenjatakan pedang mahu pun bersenjatakan hujjah. Ia dikurniakan ALLAH ilmu, ketekunan beribadah, hujjah, kemahiran berpedang, keberanian, dan keteguhan. Maqamnya adalah mempertahankan kebenaran agama sebagaimana yang di SYARIATkan.

8. RAJABIYYUN (Semoga rdha ALLAH atas mereka) : Bilangannya empat puluh pada setiap zaman. Tidak kurang dan tidak lebih. Tugas mereka hanya untuk mengagungkan Allah.Terlalu sedikit orang yang mengetahui dan mengenal mereka. Mereka tersebar di beberapa tempat, tetapi mereka saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Dinamakan Rajabiyyun kerana kekuatan kerohaniannya berada ditahap paling tinggi di bulan Rejab. Di hari pertama bulan Rejab, seorang Rajab merasa sangat berat seperti sedang memikul beberapa lapis langit, sehingga tidak mampu mengerdipkan mata dan menggerakkan anggota badan. Ia hanya mampu berbaring dan sama sekali tidak mampu bergerak, berdiri, duduk, menggerakkan tangan dan kaki, atau mengerdipkan mata. Keadaan tersebut berkurang sedikit demi sedikit pada hari kedua dan ketiga bulan Rejab. Lalu ia mengalami mukasyafah, tajaliyyat, dan mampu mengetahui hal-hal ghaib. Akan tetapi ia masih tetap dalam keadaan berbaring. Setelah dua atau tiga hari, ia baru mampu berbicara sampai akhir bulan. Apabila bulan Rejab telah habis dan masuk bulan Syaaban, barulah ia mampu berdiri seperti terlepas dari jeratan. Keadaan para Rajab ini aneh dan tidak diketahui sebabnya dan hanya terjadi di bulan Rejab.

9. KHATMU (Semoga redha ALLAH atas mereka) : Bilangannya hanya ada satu sepanjang zaman, hanya ada satu di dunia. ALLAH menutup kewalian umat Muhammad SAW dengan kemunculannya. Tidak ada wali dari kalangan umat Muhammad SAW yang lebih besar daripada dia. Dia adalah penutup (khatm) terakhir yang dengannya ALLAH menutup kewalian yang ada dalam seluruh umat sejak Adam sampai wali yang terakhir. Dia adalah Nabi Isa AS.

To be continue .....


8 May 2011
4.15am


Sunday, May 8, 2011

XPDC Wonosobo : Menyingkap Tabir Qalbu ... Part 2


2011 ... sekali lagi ku jejakkan kaki ku di Wilayah Istimewa Yogjakarta .... tempat kelahiran arwah datuk ku .... sejak tiba ... tidak putus SMS dari kaum keluarga ku di situ yang menjemput ke rumah mereka di Bata Ganting, daerah Kraton.... maaf ahlil bait ... aku ada urusan lain ... insyaALLAH aku akan ke sana bulan hadapan ....



Pelabuhan Selatan, Yogjakarta .... disitulah tempat mendaratnya Sayyid Umar Abd Rahim Sutodrono As Syaibani sekitar tahun 1770-an dari Hadramaut .... dari situ musafirnya terhenti di Wonosobo yang mengambil masa perjalanan 10 jam dengan bas, merentasi banjaran gunung dan lereng curam .... Bagaimana agaknya tahun 1770-an ? Dulu tidak ada pengangkutan modern dan jalan tar ... mungkin juga daerah Wonosobo merupakan hutan belantara ... Hanya orang yang benar-benar mempunyai tekad dan misi yang bisa menerobos jalan dan membina penempatan di daerah ini.

Aku sempat meninjau tapak rumah tempat kelahiran Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi di Sudagaran, Wonosobo. Sebuah masjid gagah berdiri di bekas tapak rumahnya. Di situlah bermula perjuangannya.

Dari Sudagaran ke Kaligantung .... dari lembah permai ke kemuncak banjaran yang damai .... Lokasi yang strategik bagi membina kubu pertahanan ... dan menjadi tempat yang cukup tenang untuk beruzlah ... Di era 2011 juga terasa betapa mencabar melalui jalan di lereng banjaran untuk ke Kaliguntung .... apatah lagi di tahun 1770-an yang segala-galanya serba kuno .... HANYA YANG BENAR-BENAR MEMPUNYAI CITA-CITA yang bisa bertapak di situ .....

Sayid Umar Abdul Rahim As Syaibani .... merantau dari Hadramaut ke Yogjakarta, Pulau Jawa ... bersama satu misi .... MENEGAKKAN HUKUM SYARIAT ALLAH di muka bumi ini .... Sekitar tahun 1825 hingga 1830 ... berlaku Perang Jawa atau Perang Deponogoro. Perang yang mengorbankan 200,000 jiwa demi mempertahankan Islam dari dinoda oleh kekufuran Belanda .... Syeikh Umar Abdul Rahim As Syaibani berdiri di sisi Pangeran Deponogoro sebagai senapati (disebut Dewa Perang oleh tentera Hindu yang bersekongkol dengan Belanda) yang tak pernah gentar berdepan dengan Belanda. Malah namanya adalah sebaris senapati (Panglima Besar) kepada Pangeran Deponogoro yang lain seperti Kiai Maja dan Sentot Alibasyar. Bedanya cuma, nama Sayid Umar Abdul Rahim As Syaibani tidak tercatat sebagai senapati yang menyerah diri kepada Belanda setelah Perang Deponogoro berpihak kepada Belanda. Kerana jasanya dalam jihad Deponogoro, Sayid Umar As Syaibani di anugerahkan gelaran SUTODRONO.

Hanya orang yang mempunyai IMAN yang teguh saja yang mampu mengharungi segala kepayahan demi melihat kalimah ALLAH tertegak di muka bumi.

Dan fikiran ku melayang lagi .... satu persatu kata-kata pesanan arwah datuk ku datang bertamu .... intipatinya pernah ku coretkan dalam notes ku di link Rahsia Iman ... Kunci Cinta Sejati (http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/08/rahsia-iman-kunci-cinta-sejati.html)

Tentang IMAN .....

*****************************

Ketahuilah oleh mu bahawa sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. Dan tiadalah yang lebih berharga melainkan memberi manfaat iman dan Islam. kerana iman itu harta yang paling berharga, kerana iman yang sebesar zarah mampu menyelamatkan diri dari menjadi bahan bakar api neraka.

Sesungguhnya orang yang sebenar-benar beriman ialah seperti disebut oleh ALLAH di dalam Al Quran (Al Anfal : 2) :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al Anfal : 2)

Andainya diri dan hati mu masih tidak terkesan dan gementar tatkala kalimah ALLAH dilafazkan, sedarilah bawa diri mu masih jauh dari iman yang haq dan pastinya lebih jauh dari sifat TAQWA, kerana iman yang haq itu adalah sesuatu yang dibenarkan oleh hati, diiqrarkan dengan lisan dan di amalkan dengan perbuatan. Inilah takrifan iman.

************************************

Itulah antara ungkapan muqaddimah arwah datuk ku sebelum mensyarahkan persoalan iman dari Kitab Al Jauhar Al Mauhub di madrasah usangnya yang hanya menempatkan anak-anak fakir miskin dan yatim .....

Sedikit sebanyak, cara-cara mendapatkan iman dan menguatkan iman demi kebahagaiaan dan ketenangan hati, pernah ku tulis dalam notes ku berdasarkan syarahan arwah datuk ku. Sahabat-sahabat sekelian boleh membaca semula di link berkenaan (http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/08/jalan-iman.html)

Iman adalah syarat untuk mencapai maqam taqwa ... Taqwa itu penting kerana ......

*************************************

Dan ingatlah, bahawasanya nilai manusia di sisi ALLAH itu bukanlah disebabkan oleh pangkat dan nasab keturunan. Tidak juga kerana ilmu yang menggunung. Lebih-lebih lagi bukan harta yang terkumpul.

Seseorang yang kuat berjuang, gelaran selayaknya hanyalah mujahid.

Seseorang yang luas lautan ilmunya, gelaran selayaknya hanyalah alim.

Seseorang yang banyak ibadahnya, gelaran selayaknya hanyalah a'bid.

Seorang yang banyak bersedekah, gelaran selayaknya hanyalah munfiq.

Seorang yang gigih berdakwah, gelaran selayaknya hanyalah da'ie.

Kesemuanya belum tentu layak beroleh gelaran muttaqin (yang betaqwa) di sisi ALLAH, kerana mereka belum tentu selamat dari ujub dan riya'.

Ada pun, taqwa itu adalah melakukan segala apa yang ALLAH suruh dan meninggalkan segala apa yang ALLAH tegah.

Andainya engkau mahu dicintai ALLAH, rebutlah maqam taqwa. Kerana taqwa menjanjikan ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat ....

********************************************

Taqwa, nilai manusia disisi ALLAH ... sejauh mana usaha kita untuk mencapai maqam taqwa ? Aku pernah menulisnya dalam notes ku di link berikut. http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/10/taqwa-nilai-manusia-di-sisi-allah.html

Sebagaimana tidak jemu Khatib memberi pesanan taqwa di atas mimbar setiap Jumaat. Begitu jugalah arwah datuk ku yang tidak lepas memberi pesanan taqwa. Kerana hanya taqwa yang menjadi nilaian di sisi ALLAH. Bukan pangkat dan nasab keturunan, harta yang bertimbun dan . Ini hakikatnya ....

Masih basah diingatan ku ...intipati khutbah Jumaat oleh arwah datuk ku seminggu sebelum dia kembali ke rahmat ALLAH ....

************************

Wahai para hartawan .... ingatlah .... timbunan harta mu tidak bernilai di sisi ALLAH tanpa sifat taqwa. Andainya engkau bermegah-megah dengan kemewahan mu di kala jiran mu kebuluran, bersedialah menghadapi hisab yang amat berat di mahsyar. Hanya sifat taqwa yang bisa menyelamatkan mu dan mendidik diri mu menjadi bayangan Saidina Abdul Rahman Bin Auf.


Wahai para umarak ... ingatlah .... kekuasaan mu hanyalah bagai segelas air di tengah padang pasir. Di kala engkau kehausan, takhta, kekuasaan dan kebesaran sudah luput dari hati sanubari mu. Yang engkau dambakan hanyalah segelas air di tengah padang pasir. Begitulah bidalan kerajaan milik mu yang TIDAK SETARA kerajaan milik ALLAH kerana nilaian ALLAH hanyalah taqwa. Sejauh mana engkau mampu melaksanakan yang wajib dan sejauh mana engkau mampu menjauhi yang haram dan menghiasi hidup mu dengan amalan sunat, sejauh itulah nilaian ALLAH atas amal taqwa mu. Malah kerajaan dan rakyat milik mu menjadi bebanan buat diri mu atas kemungkaran dan maksiat yang mereka lakukan. Sedarlah bahawa sebelah kaki mu di dalam syurga dan sebelah lagi di dalam neraka. Maka perbanyakkanlah taubat agar subur rasa kehambaan dalam diri mu. Lantas engkau tidak akan berpaling dari kebenaran sebagaimana Umar Abdul Aziz yang meratai keadilan kepada rakyatnya hingga serigala bisa duduk sekandang bersama kambing gembalaan.


Wahai para ulamak .... ingatlah .... lautan ilmu mu tidak berguna andainya engkau tidak terjun ke tengah masyarakat untuk mendidik mereka ke jalan iman dan taqwa. Andainya diri mu lalai dan berpaling dari menjadi murabbi, nescaya malanglah nasib mu di akhirat sana. Ilmu mu itu sendiri yang akan mencampakkan diri mu ke lembah azab sengsara. Maka suburkanlah sifat taqwa dalam diri mu agar ilmu mu menjadi jariah buat mu di akhirat sana. Ketahuilah, bahawa iman dan Islam itu tidak mengenal batas sempadan negara dan bangsa. Selagi kudrat mu masih bernyawa, sampaikanlah ilmu dan didiklah umat sebagaimana Abu Hassan Al Asy'ari, Muhammad Bin Idris As Syafie dan Abu Hamid Mohamad Al Ghazali, agar umat ini kenal Tuhan yang selayaknya di sembah dan kenal akan hukum syariat ALLAH SWT.

Wahai para bangsawan .... ingatlah .... bahawa iman dan taqwa itu bukan warisan. Sejauh mana engkau mentaati perintah ALLAH dan sejauh mana engkau menjauhi larangan ALLAH, sejauh itulah kasih sayang ALLAH bersama diri mu. Andainya diri mu masih berlazat-lazatan dengan dosa dan kemungkaran, tiada erti nilai kebesaran dan keagungan darah nasab keturunan. Kerana yang di nilai oleh ALLAH di akhirat kelak HANYALAH TAQWA. Walau setinggi mana mulia nasab keturunan mu, apakah sama dengan amalan Mus'ab Bin Umair ? Walau lahirnya sebagai bangsawan, hidupnya bagaikan fakir miskin dan matinya sebagai syuhadak. Ketahuilah oleh mu bahawa medan Uhud menjadi saksi bahawa jasad syuahadak Mus'ab Bin Umair hanya ditutupi oleh pelepah tamar kerana kefakirannya diluar kemampuan untuk memiliki kain yang mencukupi. Andainya amalan mu tidak setara Mus'ab Bin Umair, sedarilah bahawa diri mu masih jauh dari sifat taqwa dan masih jauh untuk di nilai oleh ALLAH sebagai muttaqin.


Wahai para da'ie .... ingatlah .... segigih mana usaha mu menyeru ke arah ma'aruf dan mencegah kemungkaran, tak kan sama pengorbanan para sahabat Rasulullah SAW di jalan ALLAH, lebih-lebih lagi takkan sama pengorbanan Rasulullah SAW yang menggadaikan keseluruhan hidupnya untuk iman dan Islam. Tanyailah diri mu, apakah kemahsyuran yang kau dambakan dalam berdakwah atau apakah nikmat iman dan Islam menjadi milik umat manusia yang ingin kau wariskan ? Apakah setara usaha dakwah mu dengan Muaz Bin Jabal yang berjalan kaki dari Madinah ke bumi Yaman semata-mata menyampaikan seruan Islam tanpa meminta upah walau setitis air mahu pun sebutir gandum ? Ketahuilah, sesungguhnya jalan menuju ALLAH itu penuh onak, ranjau dan kepahitan ... kerana di hujung perjalanan itu adalah syurga yang manis. Maka berlemah lembutlah, berlemah lembutlah, lantas berani kerana benar !!! Kerana ini adalah salah satu sifat taqwa.


Wahai para sufi .... ingatlah .... tanggungjawab mu bukan sekadar berwirid zikir, tetapi lebih kepada menghampirkan diri kepada ALLAH. Sayugianya orang yang hampir kepada ALLAH menjadi juara dalam mendidik masyarakat ke arah iman dan taqwa. Kerana dengan hampirnya diri mu kepada ALLAH, maka tersingkap segala rintangan dan dipermudah segala urusan berkat kasih sayang dan rahmat ALLAH kepada mu. Anugerah sufi tidak sepatutnya menjadikan diri mu jumud dan berselindung di sebalik tasbih dan suluk untuk tidak berjuang. Sebaliknya engkaulah yang sepatutnya memimpin umat ke arah melaksanakan titah perintah ALLAH dan menghindari larangan ALLAH sebagaimana Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi.

Wahai para muslimin ... ingatlah .... sebanyak mana dan segigih mana engkau beribadah .... jangan sesekali hati mu berjinak-jinak dengan rasa ujub dan riya'. Ketahuilah, bahawa ujub dan riya' itulah pemusnah segala amalan. Sedekah para hartawan tiada nilai di sisi ALLAH kerananya. Khidmat para penguasa dan umarak tiada nilai di sisi ALLAH kerananya. Ilmu para alim ulamak tidak menjadi jariah kerananya. Kemuliaan nasab keturunan menjadi hina kerananya. Pengorbanan para da'ie menjadi debu bererbangan kerananya. Zikir, wirid dan alam kerohanian para sufi menjadi tipu daya semata kerananya. Dan hakikatnya adalah, Azazil menjadi Iblis kerananya.

Ketahuilah oleh mu bahawa jalan ujub dan riya' bukan dari jalan tariqat dan bukan dari jalan menuju ALLAH. Andainya rasa ujub dan riya' itu yang engkau pilih, sama sekali binasalah hidup mu di dunia dan azab sengsaralah diri mu di akhirat.

*************************


Lamunan ku terhenti .... aku sudah sampai di Kaliguntung untuk menziarahi Yang Umar Sutodrono .... semoga ALLAH mengharumkan pusara mu dengan haruman yang semerbak dan sejahtera ............


7 May 2011
5.15 am



.

Warkah Buat Ibu


Warkah buat ibu



Tulisan ini dihantar oleh seorang sahabat........bagi mereka yang mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka...



renungilah luahan hati seorang anak yang ditinggalkan ibu



#########################################################




WARKAH BUAT IBU.………



Mak……..

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.

Dah hampir sepuluh tahun mak pergi,

Rasanya baru semalam mak peluk kita kan

sejuk syahdu masih terasa lagi ini....



Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.…

dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh....

nak tinggal kan anak2 mak.....

nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....

Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....

tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....

kakak pun rasa hairan.....

mak tak pernah buat begitu.....

lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....

tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....

kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..



lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....

lepas itu mak jemur karpet-karpet...

lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..

rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..

ada kat dalam almari.....

ada kat dalam beg.....

ada dalam ASB.....

ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi....

ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??

kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...kita

kata mak ni memang pesenn lama laaa...

mak cuma gelak saja...

eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..



Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....

bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampung semua dah pujuk.....

mak tetap takmau pergi hospital.....

dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk.

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....

tapi kita berkeras juga pujuk..

nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..

kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..

Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...

tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....

mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik

sepakat hantar juga mak ke hospital.....



Mak.....

amponkan kami semua...

kami nak mak sihat...

kami sayang mak...

kami tak mahu mak sakit...

kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....

ampon kan kami ye mak....



Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali

mak naik kereta kita...

Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak

beli kereta....

Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..

kita jawab pula...kalau tak cukup,

mak kan banyak duit...

mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kita sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....

Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar keling naik motor.....



Punya lah kita takut...kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak.....

Bila balik sahaja kampung....kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....

Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya Kenapa...?

Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...

Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...

mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....



Mak.....

Jam 4.30 pagi 19/08/1999

Bila tiba saja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....

mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...

Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....

Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...

mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn

Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan

separuh sedar...

Adik kat sebelah diam melayan perasann...

Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...

jalan di depan terasa makin kelam.....

airmata dah tak mampu di tahan....

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...

Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. di sebab kan pagi masih awal,

jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....

Sepanjang perrjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....

terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn....



Mak.....

kita masih ingat lagi...

kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...

Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....

Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....

Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....

kita gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....

Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat

begitu...jangan

nangis ya.."

Bila makcik tu kata begitu...

lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....



Mak.....

Sampai takat ini surat ni kita tulis.....

kita nangis ni.....

Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....

tak ada orang yang bangun lagi.....

kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"

kita sedih...kita rindu kat mak..!

Takpa lah.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak...

mak tunggu ya...!



Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...

Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....

Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...

Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak...

kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....

kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....

kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kita tak boleh tahan....

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...

tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....



Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....

Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..

badan akak terasa panas...

makk...anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...



Mak.....

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...

Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak

ini berendam airmata...



Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...

Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan.

entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi...

semakin kita tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...kita cuba bertahan...

memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...

kita rasa nak telefon mak...

nak cakap dengan mak....

anak mak yang ni dah tak betul kan..????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...

kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi.

Puas lah kakak memujuk kita...

Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini

saja mak yang susah kat sana.."

Dan akhirnya akak juga nangis.....

Agaknya mak nampak adegan tu...

sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...

mengharap sedekah dari anak2 nya...



Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...

rasa nyilu sangat....

menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....

Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah

kita berikan.....



Mak....

cukup lah sampai sini dulu....

kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....

kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...

selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...

kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...

esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....

Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...

lepas itu kawan kita bagitahu...simpan saja buat kenangan..



kita cuma tau alamat ni aje...

tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca...

kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu.

akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana

membesarkan kita...

memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..

sampai masuk univerisiti.

sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...

boleh rasa duduk kat negara orang...

Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..



Sekian terimakasih.



Yang Benar

~Anak mak yang dah tak degil



Pesanan:



· Hargailah kewujudan mak kita



· Hargailah segala pengorbananan mak



· Berbaktilah selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali membantah segala suruhannya yang baik



· Merendahkan suara ketika berbicara



· Ingatlah kita hanya ada satu ibu dan satu bapa saja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah menjemput salah seorang atau kedua-duanya, kita tidak akan bertemu lagi dengan mereka sehinggalah hari kebangkitan nanti.



· Doa anak yang soleh sahaja yang dapat meringankan beban seksa ibu dan bapa kita.



.

XPDC Wonosobo : Menyingkap Tabir Qalbu Part 1


Sepanjang perjalanan ku ke Wonosobo, aku lebih banyak berdiam diri. Duduk sendirian. Tidak sepetah dan tidak semesra biasa seperti waktu aku bersama student-student ku di kolej. Bukan kerana sombong. Tetapi entah mengapa .... suasana di bumi Keraton tempat asal datuk ku menjemput memori bersama arwah datuk ku bertamu ..... Pesanan-pesanan arwah datuk ku datang menerjah satu persatu di minda ku. Antara pesanannya yang datang bartandang ............

Matlamat manusia dijadikan ALLAH dimuka bumi dan tuntutan agama

*************************

Ketahuilah oleh mu, bahawa agama itu terdiri dari dua perkara :



Pertama : Meninggalkan maksiat
Kedua : Mengerjakan taat

Meninggalkan maksiat itu adalah lebih berat dari mengerjakan ketaatan kerana mengerjakan ketaatan adalah mudah bagi setiap orang tetapi meninggalkan maksiat yang disukai oleh syahwat dan nafsu hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin.

Sesungguhnya, matlamat manusia dijadikan ALLAH di dunia ialah untuk menjadi hamba NYA. Sebagai seorang hamba sayugialah hendaknya, segala manusia patuh dan taat kepada hukum syariat yang telah ALLAH sediakan melalui firman-NYA di dalam Al Quran serta melalui sunnah Rasulullah SAW.

Ada pun hukum syariat itu terbahagi lima :

1. Wajib = dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya MESTI buat

2. Sunat = dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa . kedudukannya ELOK buat

3. Haram = dibuat berdosa, ditinggalkan dapat pahala, kedudukannya MESTI tinggal

4. Makruh = ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa, kedudukannya ELOK tinggalkan

5. Harus = dibuat atau ditinggalkan dosa tak dapat, pahala pun tak dapat, kedudukannya terpulang pada diri sendiri.

Hendaklah diri mu melaksanakan perintah suruh dari ALLAH iaitu yang wajib dan sunat. Hendaklah juga diri mu melaksanakan perintah tegah dari ALLAH iaitu yang haram dan yang makruh. Maka usahakanlah perkara yang harus menjadi ibadah.

Inilah matlamat hidup mu di dunia dan inilah juga matlamat perjuangan mu dalam menuju ke negara akhirat, negara yang kekal abadi. Sama ada engkau bersendirian, mahu pun engkau berjemaah.

Inilah yang dinamakan SYARIAT .....

**********************************


Aku termanggu ..... masih basah diingatan ku kata-katanya walau sudah lebih 20 tahun kalimahnya terlafaz. Nasihat berharga yang menjadi warisan turun temurun. Nasihat-nasihat itu juga yang sering ku sampaikan kepada ahli keluarga ku, anak-anak ku dan para pelajar ku.

Akal ku semakin teruja menggali khazanah kata-kata arwah datuk ku yang tersimpan di kotak fikiran ku ........

Setiap sesuatu bermula dengan ILMU.

*********************************

Dan setiap sesuatu itu hendaklah bermula dengan ILMU. Andai diri mu ingin melakukan kejahatan, hendaklah dengan ilmu. Lebih-lebih lagi jika diri mu hendak melakukan kebajikan dan ketaatan, juga hendaklah bermula dengan ilmu. Maka sewajarnya seorang yang ingin menjadi hamba kepada ALLAH mempunyai ilmu agar kasih sayang, rahmat dan keampunan ALLAH dapat diraih sebagaimana yang dikehendaki oleh ALLAH.

Dan ilmu yang pertama dan utama adalah ILMU TAUHID, ilmu yang mengenalkan diri mu dengan ALLAH Yang Maha Agung Lagi Maha Kaya. Ilmu yang bersangkut paut dengan persoalan aqidah dan kepercayaan, merangkumi persoalan rukun iman dan kalimah syahadah.

Dan ilmu yang kedua ialah ILMU FEQAH, terkandung hal ehwal ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah. Ilmu yang mengajar diri mu kaedah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.

Dan ilmu yang ketiga ialah ILMU TASAUF, menyuluh hal ehwal kerohanian atau hati kita, agar tetap lurus mentaati ALLAH dan Rasul NYA tanpa di pesongkan oleh bisikan musuh-musuh ALLAH yang sering mengajak ke arah kemungkaran.

Ketiga-tiga ilmu inilah dinamakan ilmu syariat. Hukum mempelajarinya adalah FARDHU AIN. Wajib dipelajari dan wajib diamalkan.

Setelah diri mu mengamalkan syariat , barulah diri mu sudah bersedia melangkah ke jalan TARIQAT.

Dan orang yang bersungguh-sungguh mengamalkan syariat, mereka melaksanakan segala yang wajib dan berusaha melaksanakan segala yang sunat. Mereka meninggalkan segala yang haram dan berusaha meninggalkan segala yang makruh. Mereka menjadikan perkara yang harus berpahala. Mereka itulah orang yang sebenar-benarnya bertariqat.


************************************


Kitab Tauhid - Risalah Tauhid & Faridatul Faraid

Kitab Feqah - Matla'al Badrin, Sabilal Muhtadin, Furu' Masail

Kitab Tasauf - Bidayatul Hidayah, Minhajul Abidin, Al Jauhar Al Mauhub, Al Qatrul Ghaisiyah.

Itulah antara kitab-kitab yang sempat ku tadah, bertalaqqi bersama arwah datuk ku dan arwah ayah ku.

Tariqat ... kata dasarnya adalah tariq, iaitu jalan. Tariqat adalah jalan yang dilalui oleh Rasulullah dan jemaah para sahabat. Tariqat Ahlus Sunnah wal Jamaah. Iaitu jalan yang ditempuh oleh Rasulullah SAW dan jemaah para sahabat dari segi tauhid, feqah dan tasauf.

Pesan datuk ku tentang matlamat bertariqat dan syarat bertariqat.


*************************************

Hendaklah diri mu sempurna dalam menuntut ilmu syariat yang fardhu ain dan hendaklah diri mu istiqamah beramal dengan syariat. Maka tertegaklah hukum dan kalimah ALLAH di dalam diri mu. Itulah syarat utama dalam menyelusuri ilmu tariqat yang memperteguhkan hati ke jalan iman.

Tiada yang lain dalam bertariqat melainkan untuk lebih mudah menghampirkan diri kepada ALLAH agar diri mu dapat mengabdikan diri kepada NYA dengan pengabdian yang ikhlas penuh rasa kehambaan. Lantas akan terzahir keindahan dan kemanisan dalam beribadah. Kerana amal tariqat mendidik hati untuk hanya taat dan patuh serta mencintai kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Dan tidaklah dinamakan bertariqat seandainya diri mu masih jahil tentang ilmu syariat. Dan tidaklah juga dinamakan bertariqat seandainya diri mu tidak beramal dengan syariat walau ianya (ilmu syariat) itu di dalam pengetahuan mu. Kerana tertegak jalan tariqat bersandarkan syariat yang terangkum di dalamnya Tauhid, Feqah dan Tasauf.

Tariqat adalah satu jalan menuju kasih sayang ALLAH. Syariat adalah cahaya penyuluh di atas jalan yang zulumat dan penuh godaan. Jalan tariqat dihiasi godaan dan bujukan dunia, nafsu dan syaitan. Hanya syariat yang mampu membezakan antara seruan iman dan godaan dari musuh-musuh yang ingin menyesatkan. Dan ingatlah, sesungguhnya jalan kebenaran itu pahit dan penuh derita kerana di depannya syurga yang manis. Maka tempohilah jalan tariqat ini berbekalkan ilmu dan amal syariat bersama sifat khauf dan raja’. Agar terhindar dan aman hati mu dari riya’ dan ujub yang memusnahkan amal ibadah mu. Lebih-lebih lagi terhindar diri mu dari tertipu oleh dunia, nafsu dan syaitan yang menyebabkan diri mu terjerumus ke lembah kehinaan di dunia dan di akhirat.

Ingatlah !!!

Tiada tariqat tanpa syariat. Tariqat ahli tasauf hanyalah suatu jalan pilihan yang tidak wajib tetapi amat bermanfaat dan bermakna. Hanya layak bagi mereka yang sudah kemas ilmu dan amal syariatnya. Tariqat yang wajib adalah melaksanakan hukum syariat.


*******************************


Perlahan ku susun mutiara ilmu arwah datuk ku, agar tekad untuk beramal kembali subur dalam diri ku.


******************************

Carilah oleh mu guru yang mursyid, yang mampu membimbing mu dalam beramal syariat dan beramal tariqat. Guru yang mursyid bukan hanya alim di bidang syariat, malah juga mampu membimbing diri mu beramal dengan syariat. Sifat seorang guru yang mursyid adalah :


1.Seorang yang berpaling dari mencintai dunia dan berpaling dari mencintai darjat pangkat.

2.Dirinya berguru dengan guru yang mursyid. Gurunya pula berguru dengan guru yang mursyid. Guru kepada gurunya berguru pula dengan guru yang mursyid dan begitulah rantaian perguruan sehinggalah si guru bersambung perguruannya dengan para sahabat dan Rasulullah SAW.

3.Seorang yang mampu melaksanakan amal perkara yang wajib dan sunat serta mampu meninggalkan amal perkara yang haram dan makruh. Peribadi dan hidupnya dihiasi dengan amal ibadah. Banyak puasanya, sedikit percakapannya melainkan yang terlafaz hanyalah tarbiah dan dakwah.

4.Seorang yang indah akhlaknya di mata dan terkesan di hati. Sehingga tiada ruang untuk diri mu mencari cela dirinya.

Apabila engkau temui guru seperti ini, berbaiahlah kepadanya dan pintalah ijazah daripadanya. Nescaya hidup mu terpimpin dan terdidik oleh sang murabbi. Kerana dirinya terserlah nur dari anwar Rasulullah SAW yang layak untuk diikuti. Kerana bukan mudah untuk umat manusia temui guru yang mursyid sebagaimana sukarnya menemui belerang yang merah.

Andainya engkau masih belum temui guru yang mursyid, maka dekatilah guru bersifat murabbi sambil diri mu berusaha mencari syeikhul mursyid. Dan ingatlah bahawa bahawa tugas sebagai seorang murabbi menuntutnya untuk memikul tanggungjawab yang berat.

Tanggungjawab tersebut adalah :

Pertama : Dirinya harus mencintai muridnya seperti mencintai anaknya sendiri.

Kedua : Dirinya mengikuti teladan dan contoh Rasulullah SAW dalam erti tidak boleh mengharapkan imbalan dan upah dari pekerjaannya selain mendekatkan diri kepada Allah.

Ketiga : Dirinya harus mengingatkan muridnya bahwa tujuan pendidikan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan untuk kekuasaan dan kebanggan diri.

Keempat : Dirinya harus mencegah muridnya dari memiliki watak dan perilaku jahat.

Kelima : Dirinya tidak boleh merendahkan ilmu lain di hadapan muridnya

Keenam : Dirinya mengajar murid-muridnya hingga batas kemampuan pemahaman mereka.

Ketujuh : Dirinya harus mengajarkan kepada murid yang terbelakang dengan jelas dan sesuai dengan tingkat pemahamannya yang terbatas.

Kedelapan : Dirinya harus melakukan terlebih dahulu apa yang diajarkannya dan tidak boleh berbohong dengan apa yang disampaikannya.

Inilah sifat dan syarat seorang guru mursyid yang bakal menjamin kejayaan dalam membimbing murid meniti di jalan tariqat berpandukan syariat.

******************************

Datuk ku pernah berpesan tentang jalan duniawi yang penuh godaan yang menipu daya. Datuk ku juga pernah berpesan tentang jalan tariqat yang juga penuh godaan yang menipu daya tetapi punya jalan keselamatan.

****************************

Dan ingatlah, bahawa telah ramai salik (orang yang ingin menghampirkan diri kepada ALLAH) yang tertewas di jalan menuju ALLAH. Kerana ghurur (tertipu) dek kerana menyahut godaan dunia, nafsu dan syaitan. Kesemuanya musnah kerana berjinak-jinak dengan sifat ujub dan riya’.

Telah ramai para salik dan ahli kerohanian yang tertipu dengan amalannya kerana UJUB dan RIYA'.

Syariat adalah penyuluh jalan tariqat. Tariqat adalah jalan yang menuju destinasi cinta hakiki. Bukannya matlamat. Matlamat dalam bersyariat dan tariqat adalah menjadi hamba yang sebenar-benar hamba yang mengabdikan diri hanyasanya kepada ALLAH. Tanda kasih saying dan ampunan ALLAH dicapai ialah rasa HAKIKAT.


Maka telah ramai salik yang terpedaya dengan tipuan dunia, nafsu dan syaitan.

Rasa-rasa hati, pengalaman kerohanian ciptaan syaitan, menyebabkan para salik tertewas dan tersungkur jatuh di saat akhir perjuangan.

Ingatlah !!!

Ada empat perkara seseorang dianugerahkan pengalaman kerohanian.

1.Pertama : Kerana dirinya dicipta dan dilahirkan untuk mendapat kasih saying ALLAH. Mereka inilah para Rasul dan para Nabi.

2.Kedua : Kerana dirinya berusaha menuntut ilmu syariat dan beramal dengan ikhlas lalu ALLAH sayangkan dirinya lalu ALLAH rezekikan dengan pengalaman kerohanian.

3.Ketiga : Kerana menumpang berkat orang yang soleh.

4.Keempat : Kerana dirinya banyak melakukan dosa dan mungkar tetapi masih mampu mengalami pengalaman kerohanian. Maka tidak lain ianya adalah istidraj. Agar behagiannya di akhirat nanti hanyalah azab siksaan.

Oleh itu wahai salik, andai diri mu beroleh pengalaman kerohanian, sayugia rujuklah ianya kepada mursyid mu agar diri mu tahu antara empat sumber, sumber yang manakah pengalaman kerohanian itu bermula.

To be continue ..............

Mutiara Damansara
6 May 2011
4.48am



Tuesday, May 3, 2011

Sir … mengapa Islam meletakkan taraf kemuliaan seorang wanita lebih rendah dari babi ?


Babyduck : Sir … mengapa Islam meletakkan taraf kemuliaan seorang wanita lebih rendah dari babi ?


Pensyarah, tersenyum …. Ditatap wajah pelajarnya itu.

Sir : Siapa bagitau awak begitu ?

Babyduck : Paderi di gereja yg beritahu. Jika seorang lelaki muslim yg ada air sembahyang, jika dia menyentuh seorang wanita, air sembahyangnya batal. Tetapi jika dia sentuh seekor babi, air sembahyangnya tak batal.

Sir : hehehehe

Pensyarah tersebut mengambil seketul ayam goreng dari pinggan yang terhidang. Lalu ayam goreng itu dicelup ke dalam cawan air berkarbonat Pepsi. Lalu ayam yang sudah dicelup air Pepsi itu diserahkan kepada pelajarnya.

Sir : Sila makan. Sedap ni taw hehehe

Babyduck : Sir !!! Apa ni ??? Perangai macam budak-budak. Adik saya yang umur 5 tahun tu pun tak buat perangai macam ni !!!

Sir : Hehehehe

Pensyarah itu meletakkan semula ayam goreng ke dalam pinggan. Sambil tersenyum.

Sir : Islam meletakkan darjat seorang wanita lebih mulia dari seorang lelaki walaupun wanita tersebut bukan Islam. Sebab itu jika seorang lelaki yang ada air sembahyang menyentuh seorang wanita yang bukan ibunya atau saudara kandungnya, wudhuknya akan batal.

Sir : Air sembahyang atau wudhuk adalah sesuatu yang suci. Wanita juga adalah sesuatu yang suci dan mulia. Islam meletakkan martabat seorang wanita lebih tinggi dari seorang lelaki walaupun wanita tersebut bukan Islam. Sebab itu, jika seorang lelaki menyentuh seorang wanita yang bukan ibu atau saudara kandungnya, tak kira apa jua bangsa dan agama, wudhuknya akan terbatal. ......Islam menggariskan panduan pergaulan dan persentuhan antara lelaki dan wanita AGAR, perhubungan yang terjalin tidak rosak serta dapat mengekalkan kemanisan dan keindahan dalam perhubungan. Seperti juga Restoran ini menggariskan panduan pemakanan di restorannya. Panduan makanannya ialah ; Pepsi mesti diisi ke dalam cawan atau gelas dan terus diminum. Ayam goreng yang rangup sehingga menjilat jari dicecah dengan sos chili atau sos tomato, bukannya dicecah dengan air Pepsi baru dimakan. Jika kita ikut panduan pemakanan restoran, barulah kita dapat merasai nikmat pemakanan dan kelazatan makanan yang dimakan. Jika ayam goreng bersentuh atau dicecah dengan Pepsi, pastinya hilang kelazatan dan nikmat pemakanan. Kedua-dua ayam goreng dan air Pepsi adalah jenama besar di dunia sekarang. hehehehe ..... Begitu juga dalam Islam. Islam menggariskan panduan dan peraturan antara lelaki dan wanita yang halal dinikah, agar nikmat perhubungan dan keindahan dalam perhubungan dapat dirasai oleh individu tersebut. Islam menggariskan, lelaki haram menyentuh kulit seorang wanita yang halal untuk dinikahnya. Sebab Islam ingin menjaga kualiti lelaki dan wanita tu. Supaya wujud rasa nikmat dan keindahan yang berpanjangan dalam perhubungan. Cuba bayangkan, awak ada seorang boyfriend, mana-mana wanita yang dia jumpa, dia sentuh, dia pegang tangan, dia peluk, malah dicium. Apa perasaan awak ? Awak suka ?

Babyduck menggeleng-gelengkan kepala.

Sir : Begitu juga wanita-wanita lain. Sebab itu dalam Islam ada SOP, Standard Operation Procedure. SOP ini bersumberkan Al Quran dan Sunnah iaitu ajaran Nabi Muhammad SAW. Bagaimana hendak bergaul. Bagaimana hendak makan. Bagaimana hendak belajar. Bagaimana hendak musafir. Sehinggakan bagaimana hendak ke tandas pun diajar dalam Islam. Yang tidak ada dalam mana-mana agama, termasuklah Kristian.

Pensyarah berhenti membebel sebentar sambil meneguk air Pepsi ….

Sir : Dalam Islam baik lelaki mahu pun wanita, kedua-duanya ada maruah dan kemuliaan diri. Tetapi jika mereka melanggar batas panduan yang dibuat oleh Tuhan Yang Maha Pencipta iaitu ALLAH. Maka jadilah mereka seperti ayam goreng yang bersentuhan dengan air Pepsi. Ayam goreng orang tak lalu makan. Air Pepsi orang tak lalu minum.

Babyduck terkebil-kebil mendengar syarahan tak rasmi pensyarahnya di restoran makanan segera tersebut.

Sir : Satu lagi …….

Babyduck : Apa dia Sir ?

Sir : Saya sedih dengan paderi awak ?

Babyduck : Mengapa Sir sedih dengan paderi saya ?

Sir : Cam mana saya tak sedih. Dalam Islam, kami diajar, untuk mengukur kemuliaan diri, kita kena bandingkan diri kita dengan orang yang lebih mulia dari kita. Kalau saya seorang lelaki, jika saya hendak bandingkan kemuliaan saya, saya akan bandingkan diri saya dengan Nabi Muhammad SAW, para Sahabat Nabi seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali. Sebab mereka semua adalah mulia. Contoh termudah, jika awak ada kereta. Awak nak tahu kereta awak laju ke tak, awak akan berlumba dengan kereta BMW atau kereta Ferrari. Awak tak akan ukur kelajuan kereta awak , berlumba dengan kereta Kancil tahun 1995. Begitu juga dengan kemuliaan. Nak ukur sejauh mana kita mulia, kita kena ukur dengan orang yang lebih mulia. Tetapi, paderi yang mengajar awak agama Kristian, menjadikan seekor babi sebagai piawai perbandingan untuk mengukur kemuliaan. Sedihnya saya dengan paderi dan ajaran Kristian awak. Hehehehe

Library USIM
28 April 2011
10.15 am


Sir ... Islam tu apa ?


Babyduck : Sir ..... Islam tu apa ???


Sir : Islam tu maknanya selamat. Dalam konteks agama, Islam membawa makna menyerah diri kepada ALLAH melalui ibadah kepadanya, memberikan ketaatan atas segala perintah ALLAH dan tidak mensyirikkan ALLAH.

Babyduck : Pada orang Islam, ALLAH itu Tuhan. Tuhan tu bagaimana dalam Islam ?

Sir : ALLAH adalah Tuhan Yang menciptakan segala-galanya di alam ini. Termasuklah diri saya dan awak. Termasuklah Jesus. ALLAH mencipta Jesus sebagai manusia yang makan, minum, tidur, sakit dan segala sifat-sifat kemanusiaan.

Babyduck : Dalam Kristian, Tuhan itu trinity. Ada Father God, ada Jesus dan ada holy spirit. Tuhan Islam hanya satu iaitu ALLAH. Mengapa tak banyak ?

Sir : Bila kita sebut TUHAN. IAnya jadi tempat utk segala yg ada di alam ini menyembah dan memohon kepadaNYA. Awak setuju ?

Babyduck : Ya, saya setuju.

Sir : Oleh itu TUHAN mesti sangat-sangat berkuasa, dan tidak terkalah dan tak perlukan bantuan. Awak setuju ?

Babyduck : Ya, saya setuju.

Sir : Katakanlah, awak ada satu angkatan tentera, awak nak serang tentera musuh yang ada kekuatan tentera darat, tentera udara dan tentera laut. Kalau awak nak kalahkan musuh, bolehkah awak guna khidmat tentera udara saja ? Atau tentera darat saja ? Atau tentera laut saja ?

Babyduck : Saya kenalah guna tentera laut, udara dan darat juga kalau nak lawan musuh begitu.

Sir : BENAR SEKALI !!! Untuk jadi kuat kena ada tentera darat, tentera laut dan tentera udara untuk lawan musuh , barulah angkatan tentera itu kuat. Tidakkah menunjukkan angkatan tentera itu lemah kerana angkatan tersebut TERPAKSA ada tiga elemen baru kuat. Awak setuju dengan saya ?

Babyduck : Ya, saya setuju.

Sir : Jadi jika Tuhan kena ada Father God, kena ada Son God dan kena ada holy spirit, itu tandanya Tuhan itu lemah. Kalau taka ada salah satu Tuhan akan mudah dikalahkan.

Babyduck : Apa bukti Sir kata kalau tak ada salah satu Tuhan dari konsep Trinity, Tuhan itu lemah ?

Sir : Buktinya, son of God iaitu Jesus boleh dibunuh oleh manusia. Siapa cipta manusia ? Tentulah Tuhan. Tapi mengapa manusia boleh bunuh anak Tuhan ? Masuk akal tak ? Tentu tak masuk akal kan ? Sama juga jika awak buat cheese cake. Bila cheese cake tu sudah siap di masak, cheese cake itu bergerak sendiri dan bunuh awak. Masuk akal tak ?

Babyduck : Ya, saya setuju. Memang tak masuk akal.

Sir : Kalau begitu Tuhan bagi Kristian merupakan elemen yang amat lemah. Sebab Father God, Son God and holy spirit perlu ada dan bergantung antara satu sama lain. Malah Anak Tuhan boleh dibunuh dan Father God tak boleh selamatkan anaknya. Kalau Tuhan lemah, dia tak layak jadi Tuhan. Awak setuju ?

Babyduck terdiam. Hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Sir : Sebab itu, dalam Islam umatnya diajar bahawa ALLAH itu bersifat ESA, iaitu tunggal. Tidak ada yg lain melainkan ALLAH. Tiada father God, tiada son of God tiada holy spirit. Kekuatan Tuhan tidak bergantung kepada apa pun. Itu beza Tuhan bagi orang Islam dan Kristian. Pendekata, Islam meletakkan ALLAH sebagai zat yang amat berkuasa dan tempat kita beribadah. Kristian hanya meletakkan Tuhan sebagai satu symbol untuk dihormati. Islam lebih ikhlas dalam mengabdikan diri kepada Tuhan yang sebenar-benarnya layak disembah iaitu ALLAH.

Babyduck terdiam … Di wajahnya nampak pelbagai persoalan bermain difikirannya.

Babyduck : Maksud sir, Jesus itu bukan Tuhan ? Bukan Anak Tuhan ?

Sir : Ya. Jesus adalah salah seorang utusan ALLAH yang diutus kepada manusia oleh ALLAH agar manusia menyembah dan beribadah hanya kepada ALLAH. Sebab itu Jesus dilahirkan oleh ibunya iaitu Maryam. Sebab itu Jesus makan dan minum. Sebab itu Jesus rasa sakit. Itu semua adalah sifat-sifat seorang manusia.

Babyduck : Tapi Jesus itukan ajaib. Jesus dilahirkan oleh seorang gadis yang masih dara. Tanpa seorang ayah.

Sir : Adakah Kristian percaya kepada Nabi Adam AS ?

Babyduck : Ya, Adam juga disebut dalam ajaran Kristian.

Sir : Kalau begitu, Adam lebih layak disembah oleh orang Kristian kerana Adam bukan sahaja tidak ada ayah, Adam juga tidak ada ibu. Jesus ada ibu. Kejadian Adam lebih ajaib dari Jesus. Malah Eve dilahirkan oleh Adam yang lelaki. Eve lebih ajaib dari Jesus. Mengapa Kristian tidak menjadikan Adam atau Eve sebagai Tuhan ?

Babyduck terdiam.

Sir : Bagaimana rupa dan sifat Tuhan yang awak belajar di Gereja.

Babyduck : Tuhan seorang lelaki, namanya Jesus, dilahirkan oleh Maryam, ditangkap dan disalib. Dia mati untuk sucikan dosa-dosa manusia.

Sir : Awak bersetuju bahawa sifat lelaki, sifat dilahirkan, ditangkap dan mati adalah sifat manusia ?

Babyduck : Ya, saya setuju. Tapi dia mati untuk sucikan dosa-dosa manusia.

Sir : Benarkah ? Jadi Jesus sudah mati, sudah lama mati. Lebih 2000 tahun. Jadi dosa awak dia sudah tak boleh sucikan sebab sekarang tahun 2009. Jesus sudah lama mati 2000 tahun yang lalu. Hehehe

Babyduck : Tapi paderi boleh sucikan dosa di Gereja. (menyampuk)

Sir : Jadi Paderi itu juga Tuhan ? Sebab Paderi boleh sucikan dosa. Siapa sebenarnya Tuhan bagi penganut Kristian ? Adakah Father God ? Adakah Jesus ? Adalah holy spirit ? Adakah paderi ? Atau keempat-empatnya sekali ? hehehe

Babyduck : Ohhhh sirrrrrrr ….(Babyduck mengeluh) …. Saya sudah keliru... sangat-sangat keliru sekarang …(Wajahnya sudah mula mencemik)

Sir : Tenang ya tenang. Awak juga yang memulakan perbincangan ini. Alang-alang kita berbincang, kita bincang sampai selesai.... OK ?

Babyduck menganggukkan kepalanya.

Sir : Katakanlah …. Ada seorang lelaki, suka kat awak. Awak tak kenal dia. Dia hantar SMS kata nak berkenalan dengan awak dan nak awak jadi girlfriend dia. Apa awak akan buat ?

Babyduck : Sirrrr. We are discussing about theology, not my private life …

Sir : Opppsss sorry … tapi … this got to do with our discussion ….please gimme your answer (ujar ku sambil tersenyum)

Babyduck : Well … I akan tanya macam mana rupa dia, handsome ke tak. Tanya tinggi dia. I like tall guy. Tanya berat dia. Overweight not my taste. Until I am comfortable, baru I minta gambar dia.

Sir : That’s riteee. Awak akan tanya sifat-sifat dia. Setuju ?

Babyduck : Ya, saya setuju.

Sir : Untuk kenal Tuhan, awak kena kenal sifat-sifat Tuhan. Sifat-sifat Tuhan kena ada dalil atau sokongan bukti yang jelas dari sumber yang reliable iaitu Kitab Suci agama. Bila kenal Tuhan barulah kita boleh beribadah kepada Tuhan. Seperti Raja, kalau seorang khadam hendak berkhidmat kepada Raja, khadam tu kena kenal Raja. Kena kenal sifat Raja tu bagaimana, pemarah ke, penyabar ke, tegas ke, loyar buruk ke. Barulah khadam berjaya memberi khidmat kepada Raja. Kalau tak kenal Raja siapa, nanti tersilap beri khidmat. Nak beri khidmat kepada Raja di istana tersalah beri khidmat kepada Raja Gopal atau Raja Maniam hehehe. Begitu juga sebagai manusia yang hendak menyembah Tuhan, kena kenal Tuhan melalui sifat-sifat Tuhan. Barulah ibadah kita sampai kepada Tuhan yang sebenar-benarnya. Awak setuju ?

Babyduck : Ya, saya setuju.

Sir : Dalam Kristian, apa sifat yang wajib ada pada Father God ? Apa sifat yang wajib ada pada Jesus ? Apa sifat yang wajib ada pada holy spirit ?

Babyduck terdiam dan termanggu. Nampak di wajahnya fikirannya mencari jawapan.

Sir : Ada awak di ajar sifat-sfat yang wajib ada pada Tuhan ? WAJIB ya. Maknanya ada sokongan dari Bible menjelaskan "Ini sifat Tuhan" ..

Babyduck menggelengkan kepala …. : Saya cuma diajar … Jesus itu penyayang dan sanggup korbankan nyawa untuk sucikan dosa manusia.

Sir : Nak kenal seorang lelaki handsome ke tak, awak minta maklumat sifat-sifatnya. Tinggi ke, gemuk ke, kulit cerah ke, hidung mancung ke. Jadi untuk kenal Tuhan kenalah tahu sifat-sifat-NYA. Sebab itu dalam Islam, umatnya diajar untuk kenal Tuhan itu apa sifat-sifat yang wajib ada pada Tuhan. Apa sifat-sifat yang mustahil ada pada Tuhan. Dan setiap sifat-sifat itu di datangkan dalil atau sokongan bukti dari Al Quran. Berbanding dengan agama-agama lain, umat mereka tidak diajar bagaimana sifat Tuhan. Lebih-lebih lagi tiada dalil sokongan sebagai bukti dari kitab-kitab mereka akan sifat-sifat Tuhan itu bagaimana. Bukankah untuk mengenal Tuhan dalam Islam lebih relevan dan lebih mudah serta lebih jelas serta tidak mengelirukan ?

Babyduck terdiam. ….

Sir : Awak OK ?

Babyduck : Saya semakin tertekan … Paderi cakap lain … Sir cakap lain …. Saya confuse sekarang

Sir : Mintalah hidayah dan petunjuk dari ALLAH. Bukan dari saya. Bukan dari paderi awak.

Babyduck : Boleh ke ? Saya Kristian. Boleh ke saya minta dari ALLAH ?

Sir : Awak nak tau sama ada awak boleh minta dari ALLAH atau tidak ?

Babyduck : Macam mana ?

Sir : Malam ni…. Sebelum awak tidur…. Awak switch off lampu bilik….Dalam gelap .... Awak duduk atas katil…. Pejamkan mata …. Tarik nafs panjang-panjang … kemudian awak berbisik dengan hati yang ikhlas … YA ALLAH berilah aku hidayah dan rezkikan aku dengan iman …..Itu saja …



……………………. END …………………….

KLIA
20 April 2011
17.50pm

Inilah Kisah Ku .... Part 2


Selang beberapa minggu …………..


AAAA : Sir ikhlaskah nak tolong saya ?

Aku terdiam ….. Ku renung wajah AAAA…. Perasaan ku berbaur…. Fikiran ku pantas mengatur ayat untuk ku lafazkan jawapan kepada AAAA.

Aku : TIDAK (jawab ku tegas)



Ku lihat wajah AAAA berubah. Mungkin dia terkejut kerana tidak menjangka jawapan yang ku bakal ku berikan.

Aku : Sebenarnya saya tidak ikhlas menolong awak. …. Saya ada niat lain. ( Ujar ku tenang ) … Masuk kereta .. (aku mengarah AAAA )

AAAA masih tercengang kebingungan.

Aku : Masssuuukkkk …(ku ulangi arahan ku) … saya akan ceritakan pada awak niat sebenar saya.

AAAA masuk ke dalam kereta dan aku terus memandu menuju ke Masjid XXXXX. Lokasi biasa aku dan sahabat-sahabat ku menguruskan saudara-saudara baru.

Aku : Sebenarnya saya tak ikhlas menolong awak. Maafkan saya. Tapi saya harap niat dan fikiran awak tidak berubah. Kena ikhlas.

Aku nampak AAAA hamper hendak menangis.

AAAA : Sir, bukankah Islam ajar umatnya untuk ikhlas. Sir sendiri yang cakap. Kalau hendak jadi seorang muslim, hati kena ikhlas.

Aku : Ya. Benar. Tapi saya mengaku. Saya tolong awak tak ikhlas. Ada sebab lain.

AAAA : Sebab apa ? (Nada suara AAAA semakin tinggi menampakkan kemarahannya)

Aku : Sebab … (aku terhenti seketika sambil memandang kepada AAAA … aku senyum, walau ku lihat kemarahan di wajah AAAA) …. Saya bukanlah orang yang baik …. Saya ada banyak sejarah hitam ... Sekarang saya sedang berusaha menghabiskan sisa-sisa hidup saya yang masih berbaki ni untuk memperbaiki kesilapan masa lalu …. Sebab itu saya tak ikhlas menolong awak ….Sebab saya mahu awak jadi seorang muslimah yang soleha. Sebab saya mahu awak mendapat jodoh dengan seorang lelaki yang soleh. Sebab saya mahu awak mendapat zuriat yang soleh dan soleha…. Kelak … saya akan beroleh amal jariah dari segala amal ibadah awak dan amal ibadah dari generasi awak. Supaya dengannya nanti saya beroleh keampunan ALLAH dan kasih sayang ALLAH.

Ku lihat air mata mengalir di sudut mata AAAA mengalir di pipi dan jatuh. Wajah AAAA kembali tenang.

AAAA : Sir … mengapa sir cakap macam tu ? Sir dah banyak tolong saya. Dah banyak tolong students lain. My preacher also didn’t say like that.

Aku : Of course dear. Because I am not your preacher….. I am your lecturer. Paderi awak bertanggungjawab atas awak di gereja saja. Tapi …. Saya sebagai lecturer awak … saya bertanggungjawab atas awak di dunia dan di akhirat.

AAAA : Tapi bukankah bila kita sudah buat baik, kita adalah orang baik dan akan masuk syurga ? (AAAA bertanya)

Aku : Dalam Islam, kita diajar akan empat sifat. Pertama riya’. Kedua ujub. Ketiga khauf dan keempat raja’. Riya’ ialah perbuatan yang dilakukan untuk mendapat pujian dari makhluk, bukan dari ALLAH. Ujub ialah bila seseorang merasakan diri dia istimewa, hebat, power disebabkan dia mampu berbuat kebaikan. Kedua-dua sifat ini akan memusnahkan amal ibadah yang dilakukan. Jadi kita hendaklah mempelajari, memahami dan menghindari kedua-dua sifat ini. Kerana sifat-sifat ini akan merosakkan amal ibadah kita.(Ujar ku kepada AAAA)

Aku : Ramai orang ... pada peringkat awal melakukan kebaikan, mereka lakukannya dengan ikhlas. Tetapi apabila mereka berjaya melakukan kebaikan, mereka menerima pujian dan sanjungan, hati dan niat mereka terpesong. Ini adalah angkara godaan syaitan dan nafsu. Maka merasa diri mereka hebat dan baik. Inilah sifat ujub. Lantas mereka lakukan amal kebaikan untuk mendapat pujian dan sanjungan dari manusia. Inilah riya'. Hancur dan musnahlah amal kebaikan yang dilakukan. Tiada nilai di sisi ALLAH. Sebab itu, andainya kita mampu melakukan kebaikan, selalulah ingatkan diri kita bahwa kita tidak akan mampu melakukannya tanpa izin ALLAH.

AAAA senyap. Fokus pada apa yang aku bicarakan. … Aku menyambung …..

Aku : Khauf adalah rasa takut. Takut untuk buat dosa. Takut untuk dimasukkan ke dalam neraka..... Raja’ pula adalah rasa harap. Harap kepada ampunan ALLAH. Harapkan kasih sayang ALLAH. Kedua-dua sifat ini kena ada dalam diri kita. Sifat khauf akan menjadikan diri kita takut untuk buat dosa. Sifat raja’ akan mendorong kita melakukan banyak amal soleh. Kedua-dua sifat khauf dan raja' inilah yang akan jadi perisai kita untuk menghindarkan diri dari sifat ujub dan riya'. Kedua-dua sifat ini juga akan mendorong kita untuk terus mengharapakan rahmat dan ampunan ALLAH.

Kami pun sampai di Masjid BBBBB. Beberapa orang student ku sudah menunggu di luar masjid sambil ditemani oleh beberapa orang sahabat ku. Salah seorang sahabat ku menyambut kehadiran AAAA, memimpinnya ke bilik wudhu dan mengajarnya berwudhu.

Selepas itu aku dan sahabat-sahabat ku mengiringi 11 orang student ku ke ruang masjid. Imam, seorang peguam, seorang dari Majlis Agama dan beberapa orang saksi sudah sedia menunggu.

Majlis mengucap syahadah pun berjalan lancar ……………

####################################

Wahai anakku yang tercinta, Dan engkau juga bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Ta'ala dan hati engkau tidak berasa senang dengan pujian manusia dan juga engkau tidak peduli dengan kecaman mereka. (Kitab Ayyuhal Walad oleh Imam Al Ghazali)

Syarah : Orang yang ikhlas kerana ALLAH, melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu HANYASANYA kerana ALLAH. Tanda-tanda orang yang ikhlas ialah, dia tak terhibur dengan sanjungan dan pujian. Dia tidak rasa terhina dengan penghinaan dan cercaan. Orang yang tidak ikhlas, akan rasa terhina bila dicerca. Lebih-lebih lagi jika dia melakukan maksiat dan mungkar, ada pihak yang menegur kemungkarannya, lebih-lebih lagi dia merasa terhina. Inilah balasan ALLAH di dunia sebelum mereka menerima azab ALLAH di akhirat atas perbuatan mungkar yang mereka lakukan.

Ketahui olehmu bahawasanya tiada dapat kemenangan manusia itu di dalam akhirat melainkan dengan ILMU DAN AMAL yakni ibadat. * Bermula ibadat dengan tiada Sidiq(benar) tiada sah dan * niat dengan tiada ikhlas akan jadi riya dan * ikhlas dengan tiada sidiq adalah dusta lagi munafik. (Kitab Sirus Salikin oleh Sheikh Abdul Samad Al Falembani .... Kitab Sirus Salikin adalah kitab syarah Ihya Ulumiddin oleh Imam Ghazali)

Syarah : Hendak beramal mestilah ada ilmu. Beramal berdasarkan ilmu, barulah menjadi ibadah. Melakukan ibadah tanpa ilmu, ibadah yang dilakukan tidak diterima oleh ALLAH. Beribadah tetapi dengan niat riya', tidak ikhlas, ibadah tersebut juga tidak di terima, malah berdosa.

Mutiara Damansara
18 April 2011
4.48am