Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Tuesday, September 1, 2009
Pesta Keampunan 1430H : Karnival Jom Taubat 1430H
Sedar tak sedar ... kita dah masuk fasa kedua Ramadhan .... 10 hari pertama yang menjanjikan rahmat sudah berlalu ... kita masuk ke fasa 10 hari kedua yang menjanjikan keampunan ... isshhhh banyaknyerrrrr dosa aku Ya Allah ....
Dalam sedar tak sedar, ramai di antara kita terlibat dengan dosa di Ramadhan yang mulia. Antaranya :
1. Untuk mengejar 20 rakaat terawikh, si "Imam" akan membaca Al Fatihah dan surah secara "express" tanpa menitikberatkan makhraj dan tajwid. Di sini menjadi sumber dosa.
2. Juadah lebih diperbanyakkan berbanding ibadah, sehingga berlaku pembaziran makanan.
Nasihat ku kepada diri ku anda semua, dalam mengejar sesuatu fadhilat sunat, jangan sampai kita terjebak ke dalam maksiat.
Di dalam kitab Fathul Bari, ada menukilkan kata-kata Imam Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahumullah :
Sesiapa yang sibuk mengerjakan sesuatu yang fardhu tanpa melakukan yang sunnat, maka dia adalah orang yang diberikan keuzuran yakni kemaafan yakni excuse kerana tidak melakukan yang sunnat. Sesiapa yang sibuk mengerjakan yang sunnat tanpa mengerjakan yang fardhu, maka itulah dia orang yang tertipu.
Berlalu sudah 10 hari pertama di Madrasah Ramadhan 1430H. Bermula pula 10 hari fasa kedua di Madrasah Ramadhan 1430H. Fasa yang dijanjikan keampunan oleh Allah SWT buat hamba-hamba NYA yang memohon keampunan. 11 hari di Ramadhan 1430H yang telah kita lalui bersama sepatutnya telah meninggalkan banyak kenangan dan tarbiah buat diri kita. Dan seperti tahun-tahun yang sudah 17 Ramadhan merupakan satu lagi tarikh keramat yang din anti buat kita kerana sambutan Nuzul Quran.
17 Ramadhan bukan sahaja meletakkan kita di pertengahan fasa kedua Ramadhan yang menjanjikan keampunan. 17 Ramadhan juga merupakan tarikh keramat buat umat Islam yang menjadikan Allah SWT sebagai tuhan yang hanyasanya layak untuk disembah. Kerana 17 Ramadhan bermulany Al Quran diturunkan.
Al Quran yang terkandung didalamnya ayat-ayat yang menyatakan Halal, Haram, Muhkam, Mutasyabihah dan perumpamaan. Yang menjadi sumber hukum dalam kehidupan umat manusia yang ingin menjadikan diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa.
AL Quran adalah wahyu yang telah di datangkan kepada Rasulullah SAW daripada Allah SWT dengan perantaraan malaikat Jibril, dan kemudian dikumpulkan menjadi sebuah kitab. Kandungan Al Quran itu sendiri dipelihara oleh Allah SWT daripada perubahan dan kehilangan. Turunnya Al Quran secara sedikit demi sedikit dalam tempoh 23 tahun.
Sesetengah ulamak berpendapat ayat ke 3 dari surah Al Maaidah merupakan ayat yang terakhir diwahyukan Allah kepada baginda Rasulullah SAW.
" Pada hari ini AKU (ALLAH) telah menyempurnakan agama mu, dan dengan itu aku telah menyempurnakan nikmat KU kepada kamu, dan AKU redhalah bahawa Islam itu agama bagi kamu " Ayat 3 : Al Maaidah.
Al Quran mukjizat yang teragung dan terulung buat baginda Rasulullah SAW. Di dalamnya terkandung setiap jawapan kepada setiap persoalan yang membabitkan kemaslahatan masyarakat. Di dalamnya terkandung garis-garispanduan dalam pembentukan jiwa khalifah Allah di muka bumi dalam menuju ke negara yang kekal abadi. Di dalamnya juga terkandung penawar bagi penyakit. Dan di dalamnya juga terkandung ayat-ayat penghibur dan penyubur jiwa buat orang mukmin serta terkandung juga ayat-ayat ancaman buat golongan musuh mukmin.
Susunan ayat-ayatnya yang indah dan irama taranum bertabaqat menjadikan sang pembacanya asyik masyuk dengan alunan yang hiba dan mendayu walau pun sang pembacanya tidak memahami apa yang dibacanya. Namun keindahan Al Quran bukan hanya sekadar untuk dinikmati oleh yang mendengarnya, sebaliknya ianya menagih agar Al Quran dijadikan sumber hukum yang wajib untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan.
Andainya keindahan Al Quran terserlah tatkala ayat-ayatnya dibaca, apatah lagi seandainya Al Quran itu diamalkan ayat-ayatnya di dalam kehidupan. Maka akan terserlahlah keindahan dan ketenangan dalam kehidupan. Akan lahir para mukmin yang hidup untuk memburu syahid. Akan lahir para murabbi yang mentarbiah masyarakat. Akan lahir khalifah yang memperhambakan diri kepada rakyat. Akan lahir rakyat yang menjadikan negaranya aman makmur serta mendapat ampunan Ilahi.
Selain Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, Allah juga menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa AS, kitab Zabur kepada Nabi Daud AS dan kitab Injil kepada Nabi Isa As. Maka wajiblah kita mempercayai, mengimani bahwa keempat-empat kitab itu datangnya dari Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul-NYA.
Saudara- saudari sahabat seperjuangan ku .....
Munculnya 17 Ramadhan bukan sekadar menjadi peringatan bahwa turunnya Al Quran, tetapi ianya juga sebagai petanda bahawa sudah 17 hari kita melalui Ramadhan yang mulia ini.
Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menilai keberkesanan tarbiah yang sedang kita lalui bersama. Apakah tarbiah yang kita lalui bersama ini memberi bekas ke atas diri kita. Di fasa kedua Ramadhan, dijanjikan oleh Allah akan keampunan dan maghfirah. Sejauh manakah kita mengalirkan air mata taubat kita untuk merebut janji Allah yang sememangnya pasti ini ? Sejauhmanakah kita berusaha memohon ampunan Allah dan berusaha meninggalkan dosa dan maksiat yang menjadi pakaian hidup kita ?
Ramadhan yang menjelang menjanjikan 1001 macam jenis tarbiah dan kesedaran. Di bulan yang penuh barokah inilah syaitan-syaitan di belenggu dan nafsu-nafsu dikekang. Sayugialah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan pelajaran dari madrasah Ramadhan yang hanya muncul sebulan dalam setahun.
Antara tarbiah yang seharusnya dijadikan pakaian hidup ialah sifat "empathy", merasakan kesusahan dan penderitaan manusia yang lain di dalam diri kita. Kesukaran menahan lapar dan dahaga. Juga menahan kemahuan duniawi. Tarbiah di madrasah Ramadhan ini seharusnya berjaya mendidik kita untuk merasai penderitaan dan kedaifan insan lain yang kurang bernasib baik dari kita. Sifat ini tidak akan dapat dirasai seandainya kita menjalani ibadah puasa tanpa ada rasa tawaddhuk dan hina diri kepada Allah. Seandainya dalam timbangan perasaan kita, Ramadhan yang ke 11 ini masih belum berjaya menjadikan kita insan yang tawadhuk dan empathy, maka usahakanlah dengan segera agar sisa-sisa baki Ramadhan 1430H ini dapat dimanfaatkan untuk mendidik hati kita. Kerana kedua-dua sifat inilah yang bakal membantu kita mengungkai dua sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita iaitu sifat ujub dan riyak.
Sifat mazmumah ujub dan riyak inilah yang menghalang kita untuk berlaku tawadhuk dan rendah diri sesama manusia. Sifat mazmumah inilah yang menjadikan diri kita merasa diri suci bagai insan yang telah dijamin syurga lantas kita memandang hina dan berburuk sangka kepada manusia yang lain. Sifat mazmumah inilah yang menjadikan kita tertipu dalam ibadah kita. Dan yang paling malang , sifat mazmumah inilah yang bakal menjadi asbab untuk kita dicampakkan ke dalam neraka. Wal iyazubillah.
Kepada saudara-saudari yang ikhlas nak bersahabat dengan aku yang jahat ni.
Aku hargai persahabatan ikhlas anda. Mungkin Idilfitri yang bakal menjelang 19 hari lagi ni akan kita sambut dengan gelak hilai tawa anak-anak, saudara-mara, handai taulan. Tetapi ingatlah, dalam kegembiraan dan kesenangan kita meraikan hari lebaran sambil diulit dendangan takbir raya, selawat dan marhaban. Masih ada diantara kita yang meraikan hari lebaran dengan kesedihan dan kesyahduan. Kehidupan mereka yang daif, serta perginya insan yang tersayang, menjadikan hari lebaran merupakan hari yang hambar.
Malah tak mustahil jika aku katakan, hari lebaran merupakan hari kesedihan dan tangisan buat mereka. Kerana di hari itulah kenangan bersama insan tersayang datang mengundang. Sang isteri terasa kekosongan dan anak-anak hilang tempat bermanja.
Terus terang aku katakan .... aku memang seorang yang sukar nak menangis atau menitiskan air mata ... sebab apa ? ... entah aku pun tak tau ... ego kot ? ... keras hati kot ? ... aaaahhhh lantaklah .... TETAPI ... sejak aku bercampur-gaul dengan anak2 yatim dan miskin kat madrasah tu .... banyak betol air mata aku yang mengalir .... kengkadang ... bila aku rasa susah .... aku akan gi lepak jap kat madrasah ... sesambil dengar budak2 tu bersembang ... baru aku tau yang kesusahan aku ni sebenarnya tak lah teruk sangat ... ada lagi orang yang lebih susah dari aku sebenarnya ....
Ingatan ku kepada Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim RABBANI dan anak-anaknya, telah menggerakkan hati ku untuk ke Madrasah anak-anak yatim.
Malam tadi aku berbuka puasa bersama isteri dan anak-anak ku. Selesai solat Maghrib aku memberitahu isteri ku bahawa aku ingin bermalam di Madrasah dan hanya akan kembali selepas bersahur. Aku bertolak dari rumah ku. Jam 11.15pm ... aku sampai di madrasah. Suasana gelap. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik yang sedang berzikir memuji kebesaran dan keagungan ILAHI.
Ustaz warden datang menyambut kedatangan ku. Ku pinta agar dia kembali ke sisi keluarganya, kerana aku ingin bersendirian di ruang hafazan. Aku mengorak langkah dengan hati yang sayu melangkah ke ruang asrama. Ku lihat anak-anak malang yang tidak beribu atau berbapa nyenyak diulit mimpi.
Ku teruskan langkah ku menuju ke ruang hafazan dalam kegelapan malam. Ku cari sebuah sudut yang agak terpencil. Di situlah aku melabuhkan jasad ku berbantalkan lengan, bertilamkan lantai. Aku terlelap .....
Jam 3am .... aku terjaga dan dapati ... dalam gelap ruang belajar ... ada kelibat beberapa pelajar tengah qiamul lail ... mereka tak sedar ... aku ada bersama mereka kat ruang hafazan tu .. dan yang paling menghiris hati aku ... aku terdengar rintihan salah seorang dari mereka bermunajat kepada Allah di malam Ramadhan .... rintihan munajatnya sempat ku rakamkan dengan handphone ku agar dapat ku coret buat tatapan anda sekelian ....
"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ayah dan ibu ... Besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ayah dan ibu ku walau mereka tidak membesarkan aku ...
Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ayah dan ibu telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini.
Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ayah dan ibu .... aku ingin bermanja dengan ayah dan ibu ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ayah dan ibu ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ayah dan ibu ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku.
Ya Allah .... walau KAU jemput ayah dan ibu sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi
Ya Allah .... aku amat merindui ayah dan ibu ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku
Ya Allah ... aku rindu pada ayah dan ibu ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ "
Begitulah antara rintihan munajat salah seorang anak yatim di madrasah tersebut ... sedar tak sedar ... pipi aku basah dengan linangan air mata ku ... ( Aku edit sedikit munajat anak-anak ini agar sussun atur katanya lebih jelas )
Jadi, marilah kita bersama-sama membuktikan sifat ukhwah Islamiah yang sering kita canangkan dan perkatakan di sama ada di email, di coretan blog, dalam sembang2 kita dan perbualan kita. Buktikanlah rasa ukhwah Islamiah ini wujud dalam diri kita. Hulurkanlah bantuan dan sedekah jariah buat mereka, agar kedukaan mereka terubat sedikit dengan rasa kasih sayang ukhwah yang kita tunjukkan.
Sekian, selamat menempuh Ramadhan 1430H semoga beroleh ijazah cemerlang di madrasah Ramadhan.
Buat sahabat-sahabat ku yang telah pergi mengadap Ilahi ... aku nukilkan coretan ini sebagai kenangan ku ..........
Where there is a right there is no wrong,
I always thought we were so strong,
but our time just flew by,
there wasnt a chance to say goodbye.
Am so confused,
I feel all alone
Deep in my heart,
I know Allah has called you home.
But yea your smile still lingers in my mind,
and yea its so hard i just break down and cry.
I remember the time our friendship was strong,
I remember your eyes find a way to melt my heart,
Most of all I remember your smile.
Some times I lie awake at night the pain in my heart,
I just cant find why did you have to go away,
Yet i know none of us can stay you will always be so special to me.
In the world you will always live as a memory,
but yea your smile still lingers in my mind,
and yea its so hard i just break down,
and cry I remember our freidnship was strong,
I remember your eyes find a way to melt my heart.
Most of all I rememeber your smile..
AL FATIHAH kepada ibu & bapa kita yang telah pergi mengadap Allah juga kepada sahabat-sahabat kita yang juga telah ke rahmatullah khususnya Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim RABBANI.............
Madrasah Tahfiz Al Quran Darussyifa
11 Ramadhan
5.52am
P/S jika anda ingin berbuat amal jariah kepada anak-anak yang fakir miskin dan yatim, sedekah anda boleh disalurkan ke :
Madrasah Tahfiz Al QUran Darussyifa Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tampin A/C No : 05-021-01-0023102
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment