Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Sunday, June 14, 2009
Rahsia Sebuah Kematian
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda.
Hadis dari Aisyah r.a. Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a (Bab Kelebihan Fatimah Puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) hadis no. 4486
Tarikh : 14 Mac 2008
Masa : Selepas Solat Asar
Lokasi : Dalam perjalanan pulang ke Tampin dari Kole Besut
Selepas solat Asar, aku memulakan perjalanan bersama isteri & anak2 ku balik ke Tampin selepas majlis pertunangan adik sepupu ku. Sepanjang perjalanan, yang hanya bermain di kotak fikiran aku ialah titisan air mata adik sepupu ku yang berlinang sepanjang majlis pertunangannya. Isteri ku berkata, itu adalah tangisan gembira adik sepupu ku kerana majlis pertunangan dengan jejaka yang baik dan soleh walau tidak berharta. Sedangkan hati ku tahu yang linangan air mata adik sepupu ku adalah kerana insan yang disayanginya tidak bersama menyaksikan majlis pertunangannya. Dan aku semakin sayu dan sebak bila mengenangkan arwah2 kaum kerabat ku yang telah kembali ke rahmatullah. Terus aku maklumkan kepada isteri ku dan anak2 ku, selepas asar kita bertolak pulang. Sebab aku tak mahu emosi ku semakin terganggu dengan pemergian orang2 yang rapat dengan ku.Sebab bila emosi terganggu, macam2 hal aku boleh lakukan dengan hasutan setan.
Kematian adalah sesuatu yang pasti. Bila berlaku saat kematian, tidak akan dilewatkan walau sesaat dan tidak pula dicepatkan walau sesaat.
Dari alam roh kita beralih ke alam rahim.
Dari alam rahim kita dilahirkan ke dunia ini.
Kemudian setelah sampai ajal, berpindahlah kita ke alam barzakh dengan sebuah kematian.
Seterusnya ke alam Mahsyar di mana segala amal perbuatan hidup kita di dunia diperhitungkan. Andainya banyak amal taqwa kita, ke syurgalah tempat perhentian kita. Andainya miskin kita dengan amal taqwa di dunia, celakalah kita kerana neraka menjadi tempat perhentian kita.
Dan begitulah perjalanan kembara roh kita dalam kehidupan yang fana' ini sehinggalah kita kembali ke alam baqa'.
Selama kita belum berada di syurga ALLAH, tidak ada seorang pun yang boleh mendabik dada bahawa dirinyalah yang terbaik. Dan tidak ada seorang pun di antara kita yang masih hidup ini telah dijamin syurga.
Pendekata, kita yang sentiasa berdosa ini belum terselamat dari ancaman neraka ALLAH.
Namun demi sifat kasih sayang dan pemurahnya ALLAH, disediakan pintu TAUBAT untuk kita, agar kembalinya kita kepada NYA dalam keadaan bersih dan suci dari dosa.
Sejauhmanakah kita mengambil kesempatan ini memohon ampunan ALLAh dan menerima keampunan ALLAH dengan penuh rasa kehambaan ?
Saidina Ali karamallahuwajhah berkata :
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam. Rugilah orang yang hari ini sama dengan hari semalam. Celakalah orang yang hari ini lebih jahat dari semalam.
INGATLAH !!!!
Taubat perlu diiringi dengan rasa kekesalan. Tiada taubat tanpa rasa kesal. Tiada kesal tanpa rasa berdosa. Tiada rasa berdosa jika tidak berusaha membuat perubahan ke arah yang lebih baik.
Setiap saat yang berlalu bermakna semakin hampirlah kita dengan kematian. Kematian adalah sesuatu yang pasti dan janji yang tak akan di mungkiri. Apakah kita sudah bersiap sedia denngan bekalan melangkah ke alam barzakh menuju ke negara yang kekal abadi ? Dan sebaik-baik bekalan ialah IMAN. Kerana iman walau sebesar zarah, mampu menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.
Alam barzakh merupakan jambatan yang menghubungkan alam dunia dan alam akhirat sambil menanti tiba saat sangkakala ditiup Israfil sebagai petanda bermulanya alam akhirat. Di alam barzakh jasad yang terbujur kaku akan di datangi Mungkar & Nakir untuk di soal jawab. Andainya banyak amalan iman, berbahagialah jasad bersemadi tenang di pusara. Andainya banyak amalan kemungkaran, celakalah jasad dihimpit bumi dan disiksa Mungkar & Nakir.
Dulu aku pernah bertanya kepada atok ku, bagaimanakah keadaannya ketika nyawa di cabut Izrail ?
Katanya sakit.
Aku bertanya lagi sakit yang macam mana ?
Katanya sakit yang amat sangat. Sakit yang paling sakit ialah sakit ketika nyawa dicabut oleh Izrail. Dalam kitab ada menulis, sakit ketika nyawa dicabut bagaikan libasan tetakan ribuan pedang ke isi daging. Aku tak pernah menerima tetakan pedang. Tapi aku pernah menerima libasan rotan dan tali pinggang. Itu pun aku sudah tak mampu menanggung sakitnya. Inikan pula libasan tetakan ribuan pedang.
Aku pernah membaca sebuah kitab akan detik2 terakhir kehidupan Rasulullah SAW. Diceritakan oleh Fatimah Az Zahra, puteri kesayangan Rasulullah SAW bahawa wajah Rasulullah SAW berkerut menahan sakit ketika rohnya dicabut oleh Izrail sehingga Izrail pun terpaksa memalingkan mukanya, tak sanggup melihat wajah Rasulullah SAW menahan sakit akibat rohnya dicabut.
Andainya Rasulullah SAW, seorang yang maksum yang terpelihara dari dosa, seorang yang mulia, seorang yang dicintai ALLAH, seorang yang menjadi rahmat bagi sekelian alam ini pun merasa sakit ketika dicabut rohnya.
Apatah lagi diri kita yang bergelumang dosa.
Bila aku memikirkan hal ini, kadang2 hati aku tersentuh. Aku jadi semakin sebak dan sayu. Ada di kalangan ahli keluarga ku kembali ke haribaan ALLAH dalam keadaan sedih kerana dihina manusia. Bila berhadapan dengan Izrail dan dicabut rohnya, alangkah seksanya mereka. Dah ler perginya mereka mengadap ALLAH dalam keadaan sedih kerana dihina, terpaksa pula berhadapan dengan kesakitan ketika roh dicabut jdari jasad.
Tapi setelah aku timbang2kan, biarlah mereka kembali ke sisi ALLAH sebab dengan kembalinya mereka ke sisi ALLAH, tamatlah penderitaan hidup mereka. Tiada lagi penghinaan. Tiada lagi kesedihan. Namun aku masih rasa bersalah kerana sebagai salah seorang ahli keluarga mereka, aku masih tidak berupaya mempertahankan maruah mereka dari di hina sewaktu hidup mereka.
Khamis pagi, 13hb March 2008. Antara jam 9.00am ke 11.00am. Aku ke Pasar Payang untuk berbelanja barang keperluan dapur untuk majlis pertunangan adik sepupu ku. Bila aku jejakkan kaki ku ke bahagian jualan ikan, aku rasakan suasana di situ terasa sunyi. Beberapa peniaga yang mengenaliku menghampiri ku dan memeluk ku. Mereka juga terasa kehilangan seseorang yang menjadi "penghidup" suasana di pasar tersebut dengan cerita lawak jenakanya. Tiada lagi rasa ceria di kalangan peniaga. Tiada lagi penghibur yang menjadi "celebrity" di kalangan peniaga di pasar tersebut. Tiada lagi muazzin yang melaungkan azan ketika masuk waktu zohor dan asar di Surau Pasar Payang. Tak lama kemudian, tampil seorang gadis yang ayu dan comey, tetapi kudung kaki dan tangannya di atas kerusi roda elektriknya. Dia juga salah seorang peniaga di situ. Dia bersuara : "Sabarlah Cikmie. ALLAH sayae ke dio. Dio derito dok oh. Dio hibur ati orae. Tapi orae dok tau ati dio sedih. Dio susup sedih dio ngae melawok. Itu mulionyo dio. Dio nok orae suko, biar dio teriak sorae..." ... (Sabarlah Cikmie. ALLAH lebih sayangkan dia. Dia dah teruk menderita. Dia hiburkan hati orang. Tetapi orang tak tahu hati dia bersedih. Dia tutup kesedihan dia dengan lawak jenakanya. Itulah kemuliaan dirinya. Dia gembirakan org tapi tak mahu org susah sebab dia. ) ... hati aku terubat sedikit kerana seorang gadis ayu dan comey walau kudung tangan dan kakinya menghargai nilai sebuah persahabatan dan faham isi hati seorang teman yang telah pergi mengadap ILAHI.
Rata2 di antara kita mengaku kita ada ramai kawan2 yang baik dan setia kepada kita. Aku nak tanya kat ko orang semua.
1. Ada tak di antara kawan2 ko orang yang ko kata baik tu, menegur dan menasihatkan diri ko org bila ko org buat sesuatu kesalahan dan maksiat ?
2. Pernah tak ko panggil kawan2 yang ko kata baik tu dan ko tanya dia orang APA KELEMAHAN & KESILAPAN YG KO DAH BUAT ? Takkan ko tak ada kelemahan dan kesilapan.
3. Pernah tak ko marah kawan2 ko orang yang ko kata baik tu sebab biarkan ko buat maksiat ?
Sebab apa aku kata cam ni ?
Sebab kalau ko orang nak jadi baik, ko orang kenalah ada sahabat. Sahabat yg sejati, dia tak mo ko orang susah kat dunia, lebih2 lagi susah kat akhirat. Sahabat sejati dia akan tegur & nasihatkan ko orang bila ko orang buat sesuatu perkara yg salah dan menyalahi syariat. Mereka memperjudikan talian persahabatan sebab tak mahu sahabatnya terus tenggelam dalam maksiat. Sahabat sejati tahu, kalau dia tegur kesilapan & kelemahan ko orang, ko orang akan marah & melenting. Silap2 dia akan masuk dalam senarai musuh ko orang sebab tegur kesilapan. Tapi itulah keIKHLASAN hati seorang sahabat sejati. Kadang2 kita terlupa sebab pengaruh setan & nafsu. Lalu kita jadikan sahabat yang ikhlas menegur kita sebagai musuh kita. Inilah kesilapan kita. Kita akan terasa bila sahabat tersebut telah tiada, bila dia dah kembali ke sisi ALLAH. Barulah kita terasa kekosongan dan kerinduan.
Sebab itu sebelum sahabat ko orang mati, ko orang fikir2kanler apa yang ditegur oleh sahabat ko orang. Sebab bila dia dah tak ada kat dunia ni baru ko orang tahu betapa bernilainya harga sebuah persahabatan.
Gitu juga dengan ibu, ayah, suami atau isteri ko orang. Berilah khidmat yang tak ternilai kepada mereka sementara mereka masih bernyawa. Didik dan bimbinglah mereka ke jalan iman dan islam. Hiburkanlah hati mereka walau diri mu derita. Jangan diguris hati mereka agar perginya mereka mengadap ALLAH nanti dalam keadaan tersenyum ria melihat diri mu dalam rahmat ALLAH.
Kematian inilah yang menjadi pemisah. Kematian yang menjadikan anak2 seorang yatim. Menjadikan isteri sebagai balu. Menjadikan sahabat hilang teman ketawa dan menangis.
Andainya matinya kita dalam kesudahan yang baik, berbahagialah diri kita. Walau kita miliki seribu satu nikmat duniawi, tetapi yang akan ikut bersama kita ke pusara hanyalah doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.
Sebaliknya andainya hidup kita di dunia penuh dengan perkara yang ALLAH murka, mati dan kembalinya kita ke hadrat ALLAH dalam keadaan insan yang bergelumang dosa, waktu itu tak berguna air mata di dalam pusara. Tidak berguna harta berjuta. Tidak berguna rumah2 mewah yang ada swimming pool, tidak berguna syarikat perniagaan yang menjana pendapatan mewah. Sebab kesemuanya tidak akan turut sama jasad kaku yang menjadi mayat tertanam ke liang lahad. Lebih menakutkan, alam barzakh merupakan tempat siksaan pertama sebelum disiksa di neraka.
Rasulullah SAW pernah berpesan, Manusia yang pandai ialah yang selalu mengingat mati.
Berapa ramaikah antara kita menjadi orang pandai kerana mengingati mati ?
Dan saban hari dan ketika, kita berhadapan dengan kematian demi kematian orang2 yang kita kenali dan sayangi. Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari kematian demi kematian lantas membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Agar kembalinya kita ke sisi ALLAH dalam keadaan disayangi dan diampuni NYA.
Muhasabahlah diri kita.
Gunakanlah masa untuk memperbaiki diri kita sebelum terlambat. Tak ada seorang pun di antara kita sudah berjanji dengan ALLAH untuk hidup hingga 1000 tahun lagi. Malah tak ada seorang pun yang berjanji dengan ALLAH untuk hidup hingga esok hari. Andainya kita dipanggil pergi mengadap ALLAH dalam keadaan berdosa, malanglah nasib kita. Bila jasad kaku kita diusung ke pusara, diiringi tangisan sanak saudara, waktu itu nak menyesal sudah tak berguna .............
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment