Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Saturday, June 6, 2009
Rahsia Sepertiga Malam
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala orang-orang yang pengasih.
Kasihanilah kami dengan rahmat-Mu Yang Maha Luas
Maafkan (kelemahan) kami, ampunilah (dosa) kami
Untuk taat kepada Mu dan berterima kasih akan (nikmat)Mu
Bantulah kami
Di dalam iman dan Islam kedua-duanya
Hendaklah Engkau matikan kami
Padahal Engkau redha terhadap kami
Wahai.. wahai Yang Hidup dan Berdiri dengan sendiri
dengan gah Saidina Abu Bakr As Siddiq
minta-minta lah Allah redha terhadapnya
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala orang-orang yang pengasih.
Kasihanilah kami dengan rahmat-Mu Yang Maha Luas
Maafkan (kelemahan) kami, ampunilah (dosa) kami
Untuk taat kepada Mu dan berterima kasih akan (nikmat)Mu
Bantulah kami
Di dalam iman dan Islam kedua-duanya
Hendaklah Engkau matikan kami
Padahal Engkau redha terhadap kami
Wahai.. wahai Yang Hidup dan Berdiri dengan sendiri
dengan gah Saidina Umar Al Khattab
minta-minta lah Allah redha terhadapnya
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala orang-orang yang pengasih.
Kasihanilah kami dengan rahmat-Mu Yang Maha Luas
Maafkan (kelemahan) kami, ampunilah (dosa) kami
Untuk taat kepada Mu dan berterima kasih akan (nikmat)Mu
Bantulah kami
Di dalam iman dan Islam kedua-duanya
Hendaklah Engkau matikan kami
Padahal Engkau redha terhadap kami
Wahai.. wahai Yang Hidup dan Berdiri dengan sendiri
dengan gah Saidina Usman Ibnu Affan
minta-minta lah Allah redha terhadapnya
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala orang-orang yang pengasih.
Kasihanilah kami dengan rahmat-Mu Yang Maha Luas
Maafkan (kelemahan) kami, ampunilah (dosa) kami
Untuk taat kepada Mu dan berterima kasih akan (nikmat)Mu
Bantulah kami
Di dalam iman dan Islam kedua-duanya
Hendaklah Engkau matikan kami
Padahal Engkau redha terhadap kami
Wahai.. wahai Yang Hidup dan Berdiri dengan sendiri
dengan gah Saidina Ali ibn Abi Talib
minta-minta lah Allah memuliakan wajahnya
dan kepada semua sahabat sekalian
Ya Allah...
Selawat dan salamlah serta berkatilah ke atasnya(Nabi)
Begitulah terjemahan Tarhim ke dalam bahasa Melayu.
Ko orang ni tau ke, amender Tarhim ni ?
Kalau kat kampung2, biasanya sebelum Subuh, Tarhim ni akan dilagukan di masjid2, di surau2 lebih kurang setengah jam atau sejam sebelum azan Subuh.
TAPI
Zaman sekarang .... dah jarang dah aku dengar orang bertarhim di Masjid atau pun di Surau.
Kalau kat Tampin .... kat Surau Taman perumahan aku, memang ada Tarhim tiap pagi.
Kalau kat Repah tu kat Madrasah Anak Yatim & Miskin Darus Syifa, sejak SEBELUM didirikan memang Tarhim sering berkumandang.
Tarhim tu amender ?
Tarhim adalah salah satu bentuk munajat yang digubah dalam bentuk puisi.
Alaaaa macam gak Berzanji. Berzanji tu ialah sejarah Rasulullah SAW yang digubah dalam bentuk puisi.
Dan munajat Tarhim ni, kalau zaman aku kecik2 dulu, Masjid di Kole Besut tu akan melagukan Tarhim setiap hari sebelum Subuh. Dan sesudah solat asar lak, selawat tujuh lagu akan dilagukan.
Tadi aku cite pasal Tarhim ni adalah munajat.
Munajat ada banyak munajat. Munajat untuk apa ? Tarhim, asalnya dari perkataan Ar Rahim iaitu Penyayang.
Jadi Tarhim ini adalah munajat untuk memperoleh rahmat kasih sayang.
Kasih sayang dari siapa ? Dari awekz ? Dari balakz ? ... TAKKKK.
Untuk memperoleh rahmat kasih sayang dari ALLAH.
Mengapa dilagukan tiap kali sebelum Subuh ?
Aku kecik2 dulu pernah tanya atok aku, apasal nak tarhim, kena sebelum Subuh. Dah lerr lagu Tarhim itu sayu dan mendayu, orang dengar naik syok lak.
Atok aku kata, nak lagukan waktu lain pun boleh, TETAPI waktu sepertiga malam itulah yang terbaik sebab waktu sepertiga malam yang terakhir itulah waktu yang paling mustajab doa.
Waktu tu, aku bukannya faham sangat apa yang atok aku bebelkan. Tapi bila dah besar panjang cam ni, bila fikir2kan balik, barulah aku faham.
Dalam Islam, waktu malam diukur bila masuknya waktu Isyak. Katakanlah Isyak masuk pada pukul 8.30 pm. Kendian Subuh masuk pada pukul 5.30 am. Ini maknanya tempoh waktu malam ialah 9 jam. Sepertiga malam yang terakhir bermula pada jam 2.30am.
Mengapa sepertiga malam yang terakhir ?
Sebab ada hadis yang mengatakan sepertiga malam yang terakhir itulah waktu yang MUSTAJAB DOA. Waktu itulah para malaikat akan turun ke bumi dan mengaminkan doa hamba-hamba ALLAH yang bangun malam meninggalkan keenakan dan kehangatan tempat tidur untuk bermunajat dan berCINTA dengan ALLAH, Raja Segala Cinta.
Aku temui ayat2 ini di dalam AL Quran :
"Dan pada sebahagaian malam hari, bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah Al Israk ayat 79)
"Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas mukabumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan. Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (orang-orang yang melakukan qiamullail).. (Surah Al Furqan ayat 63-64)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya (Allah) sedang mereka tidak menyombongkan diri. Mereka tidak tidur sedang mereka berdoa kepada Tuhannya (Allah) dengan rasa takut dan harap dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (Surah As Sajadah ayat 15-16)
Dan aku temui hadis ini :
Seseorang hamba akan sentiasa mendekatkan dirinya pada-Ku dengan (mengerjakan) nawafil (amalan-amalan sunnah) sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya, Akulah pendengarannya yang dia dengar, Akulah penglihatannya yang dia lihat, Akulah tangannya yang dia pegang dan Akulah kakinya apabila dia berjalan". (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Dan jelaslah yang sepertiga malam adalah saat yang terbaik untuk bermunajat kepad Allah kerana itulah masa yang makbul doa.
Itulah juga masa yang sepatutnya setiap insan meluahkan rasa CINTA. Cinta kepada Raja Segala Cinta. Cinta kepada Yang Menciptakan rasa CINTA yang menjadi sebahagian nikmat yang ramai antara kita kecapi.
Ingin rasa diCINTAI ?
Ingin rasa menCINTAI ?
Bangkitlah dari kehangatan tilam yang empuk dan selimut yang nyaman di sepertiga malam.
Bermunajatlah.
ALLAH rindu ingin mendengar hamba-hamba NYA membisikan kata2 CINTA yang lahir dari hati yang tulus ikhlas, merintih dan merayu kepada NYA. Agar CINTA ALLAH menjadi milik mereka.
DAN
Bila CINTA ALLAH menjadi milik kita, akan mudahlah urusan hidup kita di dunia dan di akhirat.
TAPI
Ada kalanya ... tanpa kita sedar, kita semakin jauh dari ALLAH kerana mengejar CINTA makhluk. Sehingga kita nyaris menggadai maruah diri. Kita tunduk dan sujud pun tanpa khusyuk. Walau dahi menyembah bumi, namun fikiran masih melayang memikirkan tentang CINTA dari makhluk. Cinta sang kekasih. Cinta akan wang ringit. Cinta akan kemahsyuran. Cinta akan kecantikan rupa paras dan sebagainya.
Dan tanpa kita sedari, terbinalah benteng antara hati kita dengan ALLAH dek kerana CINTA makhluk. Lantaran itu, hilanglah ketenangan dan kemanisan dalam beribadah. Yang ada hanyalah kegelisahan, kegusaran dan kekecewaan.
Dan begitulah realiti yang berlaku di dalam kehidupan kita.
Andainya kita cintakan sesuatu, kita akan mengusahakan untuk memperoleh "berhala" cinta kita.
Jika "berhala cinta" itu adalah wang ringgit, maka setiap usaha akan dilakukan bagi memperolehi wang ringgit WALAU dengan melakukan perkara2 yang HARAM seperti berjudi, rasuah atau puja buta.
Jika "berhala cinta" itu adalah sex, maka setiap usaha akan dilakukan bagi memperolehi nikmat sex walaupun terpaksa memberi dadah kepada kaum wanita, agar nikmat sex bisa dicapai.
Jika "berhala cinta" itu adalah dadah & arak, setiap usaha akan dilakukan bagi menikmati kelazatan dan kekhayalan dari dadah dan arak walau terpaksa berlakon baik di hadapan orang yang sebangsa dan satu warna kulit.
Jika "berhala cinta" itu adalah keglameran, maka akan diusahakan melakukan pelbagai perbuatan yang mampu mengundang padah pada diri sendiri dan mencemar maruah diri dan keluarga, semata2 inginkan glamer.
Maka tidak hairanlah ada di antara kita yang saban hari bergelumang dengan masalah demi masalah.
Kerana meletakkan CINTA bukan pada tempatnya.
Begitulah lumrah hidup di dunia akhir zaman ini.
Bila CINTA diserahkan BUKAN kepada Raja Segala Cinta iaitu ALLAH RABBUL JALIL, maka terbinalah benteng dan hijab di hati. Maka lahirlah berhala2 yang menjadi pujaan manusia yang lalai. Dan berhala2 itulah yang bakal menjanjikan kegelisahan, kesedihan dan kekecewaan.
Sedangkan bila hati dan CINTA diserah kepada ALLAH, maka akan lahirlah kemanisan dalam kehidupan. Akan lahir jiwa2 yang optimist yang TIDAK KENAL PUTUS ASA dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran. Kerana CINTA kepada ALLAH menjanjikan kekuatan iman dan kebahagiaan serta jalan keluar kepada segala kekusutan.
Buktikanlah CINTA mu pada ALLAh di sepertiga malam yang terakhir.
DAN
Cara untuk meluahkan CINTA kepada Raja Segala Cinta ialah dengan bertahajud, membaca Quran dan bermunajat kepada NYA.
Di saat hati resah, Al Quran lah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah CINTA dari PENCIPTA.
ALLAH lah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, kerana DIA lah RAJA SEGALA CINTA kerana DIA lah sebenarnya PENCIPTA CINTA.
Lihatlah !!!
Dengan sifat CINTA NYA, berkasih sayanglah seluruh makhluk NYA. Betapa agungnya CINTA ALLAH. Maka bajailah dan siramilah hubungan CINTA yang dibina dengan siraman kasih sayang.
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih.informasi yang sgt berguna.
ReplyDelete