Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Monday, June 22, 2009

Rukun Solat : Niat -Takbiratul Ihram - Berdiri Betul - Membaca Al fatihah





Rukun Solat

Rukun solat ada 13:

1. Niat.
2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam
13. Tertib.


Rukun solat yang pertama ialah NIAT.



Huraian rukun solat:

Rukun solat yang pertama Niat:1. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratulihram dan lalu hatinya berkata:

Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"),
Ta'arrudh (Fardhu) dan
Ta'yin (Zuhur, sebagainya).

Oleh itu, niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat.

Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.

Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja,tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya. Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.

Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun
yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.

Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar."

Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).

Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat:

"Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur."

Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana keduadua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).

Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".

Rukun solat kedua ialah Takbiratul-Ihram, iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat.

Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tangan yang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir, sebaiknya zikir "Laa- Ilaha-Illallah."

Rukun SOlat Ketiga ialah Berdiri Betul Bagi Orang Yang Berkuasa/Berdaya.
Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.

Rukun solat keempat ialah Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah.


4 comments:

  1. assalamualaikum,

    Rukun tu

    9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
    10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.

    atau yang ini

    9. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
    10. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.

    http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/rukunsolat.asp

    ReplyDelete
  2. Wassalam

    Terima kasih atas komen.

    Nak baca tahiyyat, kenalah duduk tahiyyat dulu ;-)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    yeke :) kenape x edit lagi. Assalamualaikum

    Saya ada soalan. Adakah bacaan selepas selawat Rasulullah semasa tahiyat akhir wajib atau sunat?

    Bacaan tahiyat akhir termasuk translation. Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_solat

    Allahumma salli 'ala Muhammad - Rukun - Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad
    Wa'ala aali Muhammad - Sunat Ab'adh - Dan kepada keluarga Muhammad
    Kama solaita 'ala Ibrahim - ? - Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim
    Wa'ala aali Ibrahim - ? - Dan kepada keluarga Ibrahim
    Wa baarik 'ala Muhammad - ? - Ya Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad
    Wa'ala aali Muhammad Sunat Ab'adh Dan kepada keluarga Muhammad
    Kama barakta 'ala Ibrahim - ? - Kama barakta 'ala Ibrahim
    Wa'ala aali Ibrahim fil 'alamin - ? - Wa'ala aali Ibrahim fil 'alamin
    Innaka hamiidum majiid - ? - Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi

    bahagian ? saya tak berapa pasti wajib sunat :/ Maafkan saya atas kejahilan saya. Diharap dapat memberi penerangan.

    ReplyDelete
  4. Wasalam

    arwah atok saya ajar, dalam semua mazhab Imam yang empat sepakat mengatakan membaca tahiyyat akhir adalah rukun dan wajib dibaca kerana ia termasuk dalam rukun qauli (rukun jenis yang dilafazkan).

    Bacaan selawat yang menjadi rukun yang wajib sekurang2nya adalah

    "Allahumma salli a'la Muhammadin waalihi"

    kalimah ini sudah memadai bagi menyemurnakan rukun membaca selawat di dalam solat.

    Ada pun bacaan selawat yang paling sempurna iaitu yang lebih panjang, sebagaimana yang kita baca sekarang yang terkandung di dalamnya, lafaz selawat yang wajib, disambung dengan lafaz selawat yang sunat iaitu Wa'ala aali Muhammad ... Wa'ala aali Ibrahim ... etc ... adalah sunat.

    Rujukan : Kitab Sabilal Muhtadin oleh Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari, muka surat 321 hingga 330.

    ReplyDelete