Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Sunday, June 28, 2009
Understanding Islam : A Pendakwah Approach Part 1
Aku bukanlah seorang yang baik. Tapi aku yakin, manusia yang paling jahat di dunia ini, jauh di lubuk hatinya teringin nak menikmati kelazatan dan keindahan syurga. Termasuklah diri ku yang sering bergelumang dengan dosa dan kemungkaran.
Aku yakin, jika dibandingkan diri ku dengan para pembaca blog ku ini, saudara-saudari pembaca blog adalah seorang yang jauh lebih baik dari diri ku. Coretan yang aku persembahkan di dalam blog ku ini hanyalah segelintir pengalaman ku untuk menebus kesalahan-kesalahan masa lalu sewaktu dosa dan kemungkaran menjadi hiasan hidup ku.
Nasihat ku,
Jauhilah dosa dan kemungkaran. Dosa dan kemungkaran ibarat parut yang tak kan hilang dari luka yang dalam. Andai kita melakukan dosa dan kemungkaran, ianya akan menghantui diri kita setiap saat dan masa walaupun perbuatan dosa dan mungkar itu telah lama ditinggalkan.
Pengalaman Di Inter-faith Gathering
Miisionarist : Tidakkah umat Islam sepatutnya menyembah Jesus (Nabi Isa AS) sebagai anak Tuhan kerana kelahirannya yang uar biasa dan istimewa. Jesus (Nabi Isa AS) dilahirkan oleh Mary (Maryam) tanpa bapa. Tidakkah itu sebagai tanda-tanda Jesus (Nabi Isa AS) adalah anak Tuhan.
Pendakwah : Kelahiran Jesus (Nabi Isa AS) melalui rahim Maryam bukanlah sesuatu yang menjadi tanda Jesus (Nabi Isa AS) itu Tuhan.
Antara sifat Tuhan ialah dia mestilah berkuasa dan tidak lemah. Jesus (Nabi Isa AS) dilahirkan menjadi bayi. Bayi keadaannya bersifat lemah dan perlukan perlindungan dari manusia dewasa. Ini menjadi bukti bahawa Jesus (Nabi Isa AS) adalah manusia yang lemah dan bukan Tuhan.
Kalau dilahirkan tanpa ayah dijadikan kayu ukuran syarat menjadi Tuhan yang sepatutnya disembah, bagaimana pula Nabi Adam AS. Dalam Al Quran dan Injil, malah kitab Taurat dan Zabur, keempat-empat kitab nyata dan jelas mengatakan bahawa Nabi Adam AS dilahirkan tanpa ayah dan ibu. Kalau begitu, mengapa penganut Kristian tidak menyembah Nabi Adam AS ? Kejadian Nabi Adam AS lebih pelik dan ajaib dari kelahiran Jesus (Nabi Isa AS) oleh Maryam.
Dalam Islam, kejadian Nabi Adam AS tanpa ayah dan ibu, dan kelahiran Jesus (Nabi Isa AS) oleh Maryam yang perawan adalah tanda-tanda betapa berkuasanya Tuhan (ALLAH). Nabi Adam AS dan Jesus (Nabi Isa AS) adalah manusia biasa ciptaan Tuhan (ALLAH) yang dilantik menjadi utusan Tuhan(ALLAH)serta diberikan beberapa kejadian ajaib sebagai bukti mereka ini utusan Tuhan (ALLAH). Kejadian pelik dan ajaib bukanlah bukti mereka ini Tuhan, tetapi sebagai bukti mereka ini manusia biasa yang dipilih oleh Tuhan (ALLAH).
Missionarist : Ada berapa kali nama Jesus Christ (Nabi Isa AS) disebut dalam Al Quran dan berapa kali pula nama Muhammad (Rasulullah SAW) disebut dalam Al Quran ?
Pendakwah : Dalam Al Quran nama Nabi Isa AS disebut sebanyak 25 kali, sementara nama Nabi Muhammad Rasulullah SAW disebut sebanyak 5 kali.
Missionarist : Mengapa nama Jesus disebut lebih banyak dari nama Muhammad di dalam Al Quran ?
Pendakwah : Kalau saya diberikan sebuah buku panduan, ianya adalah panduan untuk saya dan contoh-contoh panduan yang membawa kejayaan dan kegagalan adalah dari orang lain agar saya mengikutinya. Amat jarang nama saya disebut dalam buku panduan tersebut sebab saya hanyalah pengguna, nama-nama di dalam buku panduan adalah nama-nama orang yang dijadikan contoh. Al Quran diutuskan kepada Muhammad, maka nama-nama yang ada di dalam Al Quran adalah lebih banyak dari nama Muhammad sebab nama-nama itu dalah contoh kepada Muhammad sama ada sebagai teladan atau sempadan. Satu lagi kena ingat, bukan Jesus sahaja disebut dalam Al Quran, tetapi juga Nabi Adam AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS, Musa AS dan lain-lain lagi. Ada 25 nama Nabi disebut di dalam Al Quran. Malah juga disebut juga nama orang yang bukan Nabi seperti Lukman.
Missionarist : Nama Jesus disebut lebih banyak dalam Al Quran dari Muhammad, pastinya Jesus adalah lebih hebat dan lebih benar dari Muhammad, bukankah begitu ?
Pendakwah : Untuk menentukan kehebatan dan kebenaran, tidak bergantung kepada bilangan sebutan di dalam Al Quran. Cuba anda buka Bible anda. Dalam agama Kristian, terdapat empat versi Bible, dan saya sudah membaca keempat-empat versi tersebut. Bible versi Tanakhs, yang merupakan versi kompilasi oleh kaum Yahudi pada kurun ke 10. Yang kedua versi receptus yang dijadikan kompilasi pada kurun ke 16 oleh King James. Yang ketiga ialah versi Vulgate yang digunakan sejak kurun ke 5 CE hinggalah ke pertengahan kurun ke 20. versi keempat ialah Versi Bible Antarabangsa yang digunakan sehingga kini yang dikompilasikan oleh Tischendorf.
Dalam keempat-empat versi Bible tersebut, nama syaitan dan iblis lebih banyak disebut dari nama Jesus (Nabi Isa AS).
Apakah syaitan lebih hebat dan lebih benar dari Jesus (Nabi Isa AS)? Semestinya tidak. Syaitan sentiasa mengajak ke arah kejahatan dan pendustaan. Ini disebut di dalam Al Quran.
Dalam Islam, kedua-dua Jesus (Nabi Isa AS) dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan ALLAH yang menjadi Tuhan kepada sekelian alam, tidak lebih dari itu. Antara kedua-duanya, Jesus (Nabi Isa AS) dan Nabi Muhammad SAW, kedua-duanya adalah makhluk ciptaan Tuhan (ALLAH) yang disayangi dan dimuliakan Tuhan (ALLAH). Tuhan (ALLAH) tidak membezakan kasih sayang antara keduanya.
Dalam Islam juga, kebenaran dan kehebatan itu tidak terletak kepada berapa banyak nama disebut, tetapi terletak sejauh mana kita boleh mengesakan Tuhan, dan menuruti titah perintah Tuhan sambil menjauhi larangan Tuhan.
Missionarist : Dalam Islam, umat Islam percaya Jesus (Nabi Isa AS) tidak mati dan diangkat ke langit sementara Nabi Muhammad (SAW)telah mati (wafat). Bukankah ini bermakna Jesus (Nabi Isa AS) itu Tuhan ?
Pendakwah : Dalam Islam, umat Islam percaya Jesus (Nabi Isa AS) diangkat ke langit dan akan mati juga suatu hari nanti. Dalam Islam, ciri-ciri dan sifat-sifat Tuhan bukanlah diangkat ke langit oleh suatu kuasa yang lebih kuat dan lebih besar dari objek yang diangkat ke langit. Antara sifat-sifat Tuhan ialah, Tuhan wajiblah bersifat dengan sifat yang berbeza dengan sifat makhluk yang dicipta. Jika makhluk ada rambut, ada rupa paras seperti manusia, ada tangan, ada kaki, seperti manusia, itu bukan Tuhan.
Dalam Islam, Tuhan juga tidak boleh dibunuh oleh makhluk yang diciptanya. Wajib bagi Allah bersifat dengan sifat Hayat (hidup) dan mustahil Allah mati. Ini sifat Tuhan.
Islam juga mengajar umatnya, bahawa Allah wajib bersifat dengan sifat TIADA PERMULAAN & TIADA AKHIR. Maksudnya tuhan wajib bersifat dengan sifat tiada permulaan dan tiada akhir. Tidak dimulakan dengan kelahiran dan tidak di akhirkan dengan kematian.
Dalam agama Kristian, Jesus(Nabi Isa AS) dianggap Tuhan oleh penganut Kristian. Kristian menganggap Tuhan boleh dilahirkan, dan boleh dimatikan. Kristian beranggapan, Tuhan boleh dilahirkan, boleh dimatikan. Kristian beranggapan, Tuhan dimulakan dengan kelahiran dan ditamatkan dengan kematian.
Cuba kita semua lihat pada sifat yang ada pada Jesus (Nabi Isa AS).
Jesus (Nabi Isa AS), dia ada tangan, dia ada kaki, ada kepala, rupa parasnya adalah sama dengan manusia dan dia bersifat seperti manusia. Jika Tuhan bersifat sama seperti manusia atau sama dengan sifat makhluk ciptaannya, serta boleh dibunuh oleh manusia yang dicipta oleh Tuhan, layakkah dia dianggap sebagai Tuhan ?
Lebih menghairankan, Jesus (Nabi Isa AS) yang dianggap Tuhan oleh orang Kristian boleh di salib dan di bunuh oleh manusia yang dicipta oleh Tuhan.
Katakanlah, awak adalah pencipta kerusi. Bolehkah kerusi yang jadi tempat duduk awak, bergerak sendiri dan membunuh awak ?
A creator is more powerful than it's creation. Can a creation kills its Creator ? Doesn't make sense.(Pencipta lebih berkuasa dari makhluk yang diciptanya. Bolehkah makhluk yang dicipta membunuh Pencipta ? Akal tak boleh terima konsep ini.)
Tuhan lebih berkuasa dari makhluk yang diciptanya. Mustahil Tuhan boleh mati dibunuh terutama dibunuh oleh makhluk ciptaanNYA sendiri.
Jika Jesus (Nabi Isa AS) adalah Tuhan, Jesus (Nabi Isa AS) tidak boleh dibunuh oleh manusia. Tetapi pegangan agama Kristian adalah sebaliknya. Krisian menjadikan umatnya menyembah Jesus (Nabi Isa AS) yang telah mati disalib.
Cuba kita fikir, kalau Tuhan boleh mati dibunuh, apakah Tuhan itu berkuasa ? Kalau Tuhan boleh mati dibunuh, itu bukti Tuhan itu lemah. Kalau lemah, dia tak layak jadi Tuhan.
Dalam Islam, Jesus (Nabi Isa AS) belum mati, sebaliknya diangkat ke langit dan akan turun kembali ke dunia. Ini bukan bermakna Nabi Isa AS adalah Tuhan, kerana Nabi Isa AS tidak bersifat dengan sifat Tuhan. Tuhan mempunyai sifat tiada awal dan tiada akhir. Tuhan tidak dijadikan dan tidak akan mati. Sebaliknya Jesus (Nabi Isa AS) ada yang menjadikan iaitu lahir dari rahim Mary (Maryam) dan akan ada kesudahan iaitu kematian suatu hari nanti.
Dalam Islam, Jesus (Nabi Isa AS) bukan Tuhan. Tetapi Jesus (Nabi Isa AS) adalah manusia biasa yang menjadi salah seorang utusan Tuhan (ALLAH) yang mulia, sama seperti Nabi Muhammad SAW. Kedua-duanya adalah manusia yang menjadi utusan Tuhan (ALLAH). Mereka menyeru umat manusia agar mengesakan Tuhan (ALLAH) dan tidak menduakan atau mentigakan Tuhan (ALLAH).
Missionarist : Islam mengatakan Jesus dan Muhammad (SAW) adalah utusan Tuhan (ALLAH). Islam mengatakan Muhammad (SAW) adalah utusan Tuhan (ALLAH) terakhir sedangkan Muhammad (SAW) telah mati (wafat) dan Jesus (Nabi Isa AS) masih hidup. Kalau begitu, bukankah Jesus (Nabi Isa AS) yang sepatutnya menjadi utusan Tuhan (ALLAH) yang terakhir, bukan Muhammad (SAW) ?
Pendakwah : Ada sebuah keluarga terdiri dari lima orang. Dalam keluarga tersebut ada seorang ayah, seorang ibu, seorang abang sulung, ada seorang abang angah (tengah) dan seorang adik bongsu. Abang sulong dilahirkan pada tahun 1980. Adik bongsu dilahirkan pada tahun 1988. Pada tahun 1990, adik bongsu meninggal dunia. Abang sulong dan abang angah masih hidup. Apakah abang sulong akan dianggap adik bongsu ? Jawapannya TIDAK. Abang sulong yang masih hidup tetap dianggap abang sulong walau adik bongsu jangka hayatnya pendek dan meninggal dunia lebih awal dari abang sulong dan abang angah.
Begitu juga dengan Jesus (Nabi Isa AS) dan Nabi Muhammad SAW. Walau Nabi Muhammad SAW telah wafat, Nabi Isa AS masih hidup, Nabi Muhammad SAW tetap utusan Tuhan (ALLAH) yang terakhir.
Missionarist : Islam menolak konsep trinity dalam Kristian (konsep tiga Tuhan iaitu Tuhan ruhul kudus, Jesus anak Tuhan dan Mary isteri Tuhan). Kalau dibaca terjemahan Al Quran, Tuhan (ALLAH)Islam menggunakan perkataan "kami" dalam Al Quran. Tidakkah ini bercanggah dengan konsep Tuhan (ALLAH) itu esa ?
Pendakwah : Antara 20 sifat yang wajib bagi Allah ialah ESA (tunggal, tiada dua, tiga dan berbilang-bilang). Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Perkataan "saya" atau "aku" jika di plural kan akan menjadi "kami" atau dalam bahasa orang putih "we". Perkataan "kami" dalam Al Quran membawa maksud "ALLAH dan keagungan-NYA". Cuba tengok ucapan Queen Elizabeth apabila membuat ucapan di khalayak ramai. Queen Elizabeth menggunakan perkataan "WE" bukannya "I" sebab ianya mewakili Queen Elizabeth dan pentadbiran dibawah jajahannya. Cuba juga semak ucapan Pope John Paul II sewaktu dilantik menjadi Pope kepada Gereja Roman Katolik di Vatican pada 26 Ogos 1978. Pope John Paul II juga menggunakan perkataan "WE" dalam ucapannya yang mewakili dirinya dan pihak gereja. Oleh itu perkataan "kami" dalam Al Quran bukanlah bermakna Tuhan (ALLAH) itu ada anak dan ada isteri. Tetapi adalah mewakili Tuhan dan kekuasaan-NYA.
Dalam Islam, Tuhan bersifat dengan sifat Maha Berkuasa. Kekuasaan Tuhan (ALLAH) amat kuat sehingga Tuhan (ALLAH) tidak memerlukan isteri dan anak. Kita manusia ciptaan Tuhan (ALLAH) amat lemah. Sebab itu kita memerlukan isteri atau suami bagi tujuan memenuhi tuntutan naluri kita dan kita memerlukan anak untuk membantu kita paling tidak sewaktu kita dah tua.
Cuba buka Bible seperti berikut :
After Judas sold Jesus for thirty pieces of silver, the price of a common slave (Zech. 11:12; Matt. 26:14-16), he purchased a field with the money (Acts 1:18-19). When the “good opportunity” came, he acted on his evil intent and delivered Jesus to the Jewish authorities in the Garden of Gethsemane (Matt. 26:46-50)
Dalam Bible sendiri menceritakan betapa lemahnya Jesus (Nabi Isa AS). Jesus versi Kristian ditipu oleh Judas. Jesus dijual oleh Judas kepada penguatkuasa Yahudi pada harga 30 keping perak, harga seorang hamba abdi yang biasa. Akhirnya Jesus ditangkap oleh tentera Yahudi.
Dari Bible Kristian, Jesus adalah seorang yang bodoh sehingga boleh ditipu oleh Judas. Jesus juga digambarkan sebagai seorang yang lemah hingga boleh ditangkap oleh tentera Yahudi.
Apakah Tuhan boleh bersifat dengan sifat LEMAH ?
Apakah Tuhan boleh bersifat dengan sifat BODOH ?
Wajib ALLAH bersifat dengan sifat Qudrat (Berkuasa) dan sifat Ilmu (Mengetahui)
Mustahil ALLAH bersifat dengan sifat lemah dan bodoh.
Dalam Islam, Tuhan (ALLAH) bersifat dengan segala sifat kesempurnaan (perfect). Tuhan (ALLAH) mustahil bodoh dan mustahil lemah.
Ini menjadi hujjah, mengapa kalimah ALLAH HANYA LAYAK DIGUNAKAN OLEH ISLAM. Sebab perbezaan sifat Tuhan. Islam menyatakan bahawa ALLAH bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang selayak untuk NYA. Sedangkan agama lain terutamanya Kristian mengatakan tuhan boleh bersifat dengan sifat kelemahan seperti dilahirkan, dibunuh, mati dan bodoh.
Apa yang digambarkan oleh Bible tentang Jesus (Nabi Isa AS) adalah sebagai bukti Jesus (Nabi Isa AS) adalah manusia biasa dan tidak layak menjadi Tuhan.
Begitu juga cerita di dalam Bible tentang usaha Peter untuk menolong Jesus dari ditangkap oleh tentera Yahudi.
(Matt. 26:50-54). Peter loved the Lord Jesus. He tried to defend Jesus in the garden when the soldiers arrived.In fact, Peter failed because he was in a situation that he would not have been in if he had not loved Jesus.
Jesus terlalu lemah, sehingga Peter terpaksa membantu Jesus dari ditangkap oleh tentera Yahudi. Malangnya usaha Peter gagal. Jesus berjaya ditangkap oleh tentera Yahudi.
Apakah Tuhan boleh ditangkap dan didera oleh manusia ciptaannya ? Sama sekali mustahil Tuhan boleh ditangkap. Ini juga sebagai bukti bahawa Jesus adalah lemah dan tidak layak menjadi Tuhan.
Inilah beberapa perbezaan antara Islam dan Kristian.
Secara tak langsung mendedahkan kebenaran Islam dan kepalsuan Kristian.
Islam tidak pernah mendewa-dewakan manusia, hatta Nabi Muhammad SAW sekali pun. Islam meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai makhluk ciptaan Allah yang paling mulia. Namun taraf Nabi Muhammad SAW tetap seorang HAMBA ALLAH Yang menjadi Tuhan sekelian alam. Tidak lebih dari itu. Umat Islam tidak pernah menyembah Nabi Muhammad SAW sebagaimana Kristian menyembah Nabi Isa AS (Jesus) atau orang Buddhist menyembah Buddha.
Umat Islam tidak pernah mendewakan Nabi Muhammad SAW sehingga melakukan perkara bertentangan syariat seperti meninggalkan solat Jumaat. Di Malaysia, ada yang mengaku kononnya pejuang akhir zaman, kononnya pengikut mujaddid kurun ke-14, orang yang digelas mujaddid sudah lama tidak bersolat Jumaat walau tempoh musafgir sudah luput.
Orang yang mendewakan/mentuhankan manusia, senang-senang sahaja meredhakan Tok Guru mereka berdusta atas nama Rasulullah SAW. Seperti yang dilakukan oleh Asaari Mohamad. Kononnya Rasulullah SAW menjanjikan sesuatu dalam tempoh dua tahun dan "janji Rasulullah SAW" itu tidak berlaku setelah luput tempohnya. Secara tidak langsung, menuduh Rasulullah SAW sebagai seorang pendusta.
Sesungguhnya apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW itu adalah wahyu dari Allah. Mustahil Allah menyuruh Rasulullah SAW berdusta "untuk menguji iman" pengikut Asaari Mohamad. Melainkan Asaari Mohamad yang berdusta atas nama Rasulullah SAW. Secara tidak langsung , Asaari Mohamad menafikan sifat Siddiq dan Fatanah bagi Rasul dan menafikan sifat Ilmu, Iradah dan Qudrah bagi Allah. Inilah kesesatan yang nyata fahaman Asaari Mohamad.
Apabila manusia mendewakan / mentuhankan makhluk selain ALLAH, jadilah mereka sesat lagi menyesatkan. Maka terceburlah mereka ke dalam perlakuan yang melanggar syariat lantas rosaklah akhlak mereka sesama manusia dan sesama Allah.
Apabila manusia lebih di agungkan, tidak ada bezanya antara Buddhist yang mendewakan Gautama Buddha, Kristian yang mendewakan Jesus, Syiah yang mendewakan Saidina Ali, Khawarij Wahabi mendewakan Muhammad Abd Wahab dan Pengikut Asaari Mohamad mendewakan Asaari Mohamad.
Maka tidak hairan kita boleh melihat perlanggaran syariat dan akhlak berlaku. Kerana aqidahnya sudah rosak dan cacat.
Link kepada RAHSIA SEGELAS AIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment