Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Sunday, June 21, 2009
SOLAT A.K.A SEMBAHYANG Part 1
Kita dah belajar tentang bersuci iaitu taharah dan cara nak bersuci :
a. Bersuci dari hadas kecil iaitu dengan berwudhu atau bahasa pasarnya mengambil air sembahyang dengan menggunakan air mutlak dan dalam ketiadaan air atau masalah air, kita dibolehkan bertayammum.
b. Bersuci dari hadas besar dengan melakukan mandi wajib atau mandi junub menggunakan air mutlak.
c. Bersuci selepas qadha hajat (buang air) dengan menggunakan air mutlak atau bahan-bahan selain air mutlak iaitu benda-benda yang kesat.
d. Menyucikan dari najis iaitu 3 jenis najis.
Kita juga telah mempelajari jenis-jenis air, dan air yang mana satu boleh digunakan untuk bersuci iaitu air mutlak dan air musyammas.
Sekarang kita kena belajar tentang solat atau sembahyang atau dalam bahasa orang putih PRAYERS.
Kita wajib suci dan bersih dari hadas besar dan hadas kecil untuk melakukan solat.
Sebagai seorang muslim untuk bersolat kita kena tahu :
1. Syarat wajib untuk bersolat
2. Syarat sah solat
3. Perkara yang membatalkan solat
4. Rukun solat
Apa Makna Solat ?
Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Firman Allah swt:
"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatanperbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'.
Syarat wajib solat:
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
Syarat sah solat:
1. Suci badan dari dua hadas.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi -misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)
Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Keluar/kedatangan hadas.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.
3. Makan/minum walau sedikit.
4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.
7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.
Rukun solat ada 13:
1. Niat.
2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam
13. Tertib.
Saya akan huraikan satu persatu akan setiap rukun solat agar ianya lebih jelas di posting yang akan datang.
Jangan ke mana-mana. Kita jumpa sebentar lagi ;-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment