Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Tuesday, June 16, 2009

Fardhu Ain : Taharah ; HADAS & NAJIS


Jenis-Jenis bersuci.

1. Menyuci badan daripada hadas kecil:
2. Menyuci badan daripada hadas besar.
3. Istinjak.
4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.


Jenis-Jenis bersuci.

1. Menyuci badan daripada hadas kecil:

Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran.

2. Menyuci badan daripada hadas besar.

Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, wuduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.

3. Istinjak.

Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi.

4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.

Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.

Najis dan jenis-jenisnya

Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu,setiap manusia wajib membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah. Najis adalah benda-benda yang kotor dan boleh membatalkan sembahyang. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang. Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis. Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang menunjukkan bahawa benda itu najis.

Terdapat tiga bahagian najis iaitu:
1. Najis mukhaffafah (najis ringan).
2. Najis mutawassitah (najis pertengahan).
3. Najis mughallazah (najis berat)

1. Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk mensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.

Cara menyucikan najis mukhaffafah:
- Hilangkan ainnya (fizikal najis)
- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
- Percikkan air di tempat yang terkena najis.
- Lap dengan kain bersih sehingga kering.

2. Najis Mutawassitah. (Pertengahan) - Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Yakni Najis Mughaladzah. . Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian.

2.1 Najis Hukmiah. - iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya, baunya , rasanya serta warnanya. seperti kencing yang sudah lama kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu kemudian dilap hingga kering.

2.2 Najis Ainiah. Najis yang nampak dan kelihatan najisnya yang ada rupa, rasa dan baunya seperti tahi, darah dan lain-lain. Membersihkan najis ini ialah dengan membasuhnya sehingga hilang segala sifat sifat nya.

3. Najis Mughallazah. (berat) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah.

Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).
Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata.

Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan).
1. Najis Ainiyah.
i. Buangkan najis itu terlebih dahulu.
ii. Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak.

2. Najis Hukmiyah.
i. Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis.

Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)
* Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. - termasuk dagingnya,lemak, tulang,darah, liur, tahi, kulit serta bulunya serta seluruh bahagian badannya.

Peringatan.
1. Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak.
2. Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak).

Cara Menyucinya.
Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh. Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut). Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau, rasa dan ainnya.

Cara Menyucikan Kulit Bangkai
Binatang yang mati tidak disembelih adalah bangkai. Kulit bangkai kecuali binatang laut dan sungai tidak boleh dipergunakan sebelum disuci. Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan menggunakan air bercampur daun bidara atau juga biasa disebut samak. Sebelum disamak kulit bangkai itu adalah najis.

Cara menyucikan cairan yang memabukkan.

Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair, maka buanglah semuanya.Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda beku, cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan sekelilingnya.

Perkara yang tidak dikira sebagai najis.
Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah:
1. Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.
2. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.
3. Belalang.
4. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh.
5. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.

Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.
1. Air liur, kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata, peluh mani, susu jika ia keluar dari:
i. Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis.
ii. Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. tapi benda itu adalah
dianggap jijik dan haram dimakan.
2. Tidak najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak, tikus dan seumpamanya.
i. Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman, maka air yang dijilati itu menjadi najis.
ii. Jika selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu telah hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman. Air minuman itu tidak najis.

Air Liur Basi
Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur.
1. Jika air itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut.
2. Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut.

Hukum Madu
1. Halal meminum madu kerana madu keluar daripada mulut lebah.
2. Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa.
3. Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.

Rujukan : Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani

27 comments:

  1. saya cuma ingin tahu adakah najis itu boleh melekat dan menyebabkan benda yang terkena tangan yang terkena najis itu dikira najis? Misalnya air kencing orang dewasa di atas katil, jika tangan tersentuh kemudian tangan itu menyentuh benda lain, adakah benda lain itu juga dikira najis?

    ReplyDelete
  2. saya ingin tahu lebih lanjut, dulu saya ada terbaca untuk menyucikan air kencing orang dewasa yang suda kering, memadailah dengan menjirus air mutlak ke tempat yang bernajis(saya tidak pasti sumber sahih atau tidak). jadi saya berbuat demikian. bau najis sudah hilang tetapi warnanya masih samar2 kelihatan. adakah ianya masih dikira najis? dan adakah jika kita terpegang (masih tidak kering) dan kemudian terpegang benda lain, benda lain tersebut dikira najis juga? jika tangan yang terpegang sudah kering, adakah memegang benda lain akan membuatkan najis tersebut melekat?

    ReplyDelete
  3. Apabila tiada bau, rasa, dan ain tak ada tetapi dijangka ada najis itu maka dianggap najis hukmi. untuk suci najis ini dengan lalukan air mutlak di atasnya atau mop sekali lalu, maka dianggap sudah bersih. tapi kalau nampak tanda najis kena dibuangkan ainnya dahulu baru dibersihkan seperti biasa.Wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..saya mmpunyai brape persoalan yingin ditnye..
    1. sikranya kita terlihat ada anjing duduk di kerusi kereta, adakah harus dsamak sekiranya kita duduk disitu?atao mana2 keadaan yang sama
    2.bagaimane dgn air memabukkn y tumpah ke tempat beku?seperti apa?sekiranya air atau sup dalam bekas y besar termasuk titisan arak juga haram?
    3. kulit bangkai dijadikan kompang juga harus disamak?

    ReplyDelete
  5. 1. Kalau kita nampak dan keadaannya basah wajb samak, kalau tak nampak dengan orang kata saja tidak perlu.
    2. basuh saja tempat itu, kalau masuk dalam minuman buang semuanya.
    3. kulit babi tidak halal walaupun di samak. kalau kulit harimau kena sama dulu(buang lemak dll dengan cara tertentu) baru boleh buat kompang.

    ReplyDelete
  6. as-salamua'laikum. Saya ingin tahu. jika najis yg telah kering contohnya air kencing org dewasa. jika tersentuh dan kemudian seseorang itu menyentuh sesuatu yg lain adakah sesuatu yg lain itu turut terkena najis?

    ReplyDelete
  7. salam.
    bagaimana pula dengan seluar saya yang terkena hidung anjing?adakah ok, dengan membasuhnya dengan sabun?

    ReplyDelete
  8. Wasalam

    Maaaf lewat reply. Kesibukan tugas harian.

    Super=Power : Najis yg kering jika tersentuh, selagi tiada sifat2 najis yg melekat iaitu tiada warna, tiada rasa, tiada bau, dianggap suci.

    Begitu juga dengan seluar yg terkena hidung anjing. Andainya kering dan tidak ada nampak sifat2 najis iaitu tiada warna, tiada bau dan tiada rasa, ianya suci, memadai membasuh dgn sabun. TETAPI kebiasaannya hidung anjing lembab, kerana pernafasan anjing.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum. bagaimana dgn air kencing anak yg terkena kerusi kereta yg biasanya berkusyen/span dimana kesan tidak nampak (kerusi warna gelap)? boleh ke hanya dengan lap ngan kain basah sebab tak boleh nak lalukan air kat kerusi kereta tu,kalu kerusi luar (kayu dll) mmg boleh lalu air.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,

    saya ingin bertanya bagaimana jika saya terpijak tahi anjing dalam keadaan hujan, dan saya ingin membuanh kasut tersebut, apa yg merunsingkan saya..saya terpegang bahagian kasut yg basah itu,tapi saya tidak pasti bahawa air yg mengalir itu mengalir ke bahagian kasut yg saya pegang itu atau tidak..dan sehingga sekarang saya telah menyentuh banyak benda termasuk makanan dan pakaian saya..

    terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Kalau najis air kencing kena kerusi kereta yang berkusyen, basuh bahagian yang nampak tiga kali menggunakan air mutlak. Boleh dibuat dengan mengelap menggunakan tuala yang masih basah dengan air mutlak. Lakukan sebanyak 3 kali. Jika air kencing tadi sudah meresap ke dalam kusyen, itu tidak menjadi masalah. Asalkan kotoran itu tidak kena ke bahagian kain kusyen.

    ReplyDelete
  12. Kalau tahi anjing terkena waktu hujan dan kita berjalan dalam hujan dengan kasut itu, maka lihatlah kalau ainnya sudah hilang. Jika ainnya hilang, maka sudah sucilah najis itu.

    Tidak perlu buang kasut itu.

    Kalau ainnya masih ada, basuh seperti biasa iaitu dengan kita menghilangkan ainnya, kemudian basuh sekali dengan air bercampur tanah dan enam kali dengan air mutlak. Kalau dalam keadaan tidak bersih sudah dipegang tempat lain, maka basuhlah secara samak tadi tempat2 yang bersentuhan. Tapi kalau tidak tahu secara jelas mana yang dipegang, ambil air renjis ke kawasan yang disyaki. Tapi kalau terkena makanan, bertaubat saja kepada Allah.

    ReplyDelete
  13. RAWATAN CARA ISLAM
    Kami menyedìakan perkhidmatan rawatan alternatif yang berkaitan dengan ganguan speritual,makhluk halus,jin,santau,saka, lambat jodoh, masalah keputihan,sengugut,masalah lemah zakar,mandul. inginkan pendinding untuk rumah&perniagaan, membuat pelaris untuk perniagaan, membuat pengasih&penyeri muka agar orang senang bergaul dan mendampingi. SEGERALAH HUBUNGI ISKANDAR 0172038799 (area KL,SELANGOR,N9)

    ReplyDelete
  14. asslamaualaikum. nak tanya. secara amnya hingus bukan najis walaupun kotor. tetapi kalau hingus tu yang sudah berubah warna, rasa dan bau contohnya hingus berpenyakit yang berwarna hijau pekat dan busuk macammana? kalau keluar ketika solat adakah dikira najis dan batal solat? terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..

    1)Saya ingin bertanya wajibkah kita berniat istinjak didalam hati seperti "Sahaja aku menyuci kencingku kerana Allah Taala" atau kita hanya perlu sebut lafaz niatnya sahaja.???

    ReplyDelete
  16. Ain : tak perlu.

    Anonymous : ari segi perubatan hingus begitu bercampur darah. Darah adalah najis. Najis menghalang sah solat. Jadi elok dikeluarkan hingus baru bersolat.

    ReplyDelete
  17. kalau org dewasa yg mengalami kencing x lawas, biasanya setelah kencing sebelum masuk tidur, air kencing akan terkeluar sedikit dan terkena pakaian, lalu terus masuk tidur, kemudian air kencing tersebut akan terkena tilam, , bagaimana nk menyucikan tilam tersebut jika hari-hari berkeadaan begitu?

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Saya ingin bertanya adakah air kencing orang dewasa yang sudah kering pada tilam dianggap najis dan jika tersentuh dengan pakaian , adakah pakaian tersebut tidak boleh dibawa solat ?

    ReplyDelete
  19. saya baru pulang berjoging dan berhenti untuk solat maghrib dlm keadaan bepeluh. apakah sah solat saya.

    ReplyDelete
  20. salam...saya nak bertanya tentang air liur basi tu...klu kita dah solat ..pastu baru perasan baju yg kita pkai terkena air liur basi...adakah sah solat tersebut..??

    ReplyDelete
  21. Wa alaikumsalam. air liur basi itu najis. jika terkena baju, solat tak sah. kena ulang semula

    ReplyDelete
  22. peluh itu bukan najis. sah solat dlm keadaan berpeluh

    ReplyDelete
  23. air kencing dewasa adalah najis walau pun kering. jika air kencing yg kering itu melekat pada baju, tak boleh dibawa solat. tetapi kebiasaannya air kencing yg kering tak melekat kpd baju. macam tahi cicak yg kering. yg akan gugur walau terkena kulit

    ReplyDelete
  24. Air kencing yg terkeluar sewaktu tidur dan terkena tilam. kemudian kering,tak kelihatan, boleh dianggap najis hukmi. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu kemudian dilap hingga kering.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum....

    Mengenai sertu atau samak.

    Saya ada membela seekor kucing yang saya beri makan dalam bentuk biskut makanan kucing yang kering. Baru-baru nie saya dapat tau yang makanan kucing tu mengandungi protein dari babi.

    Persoalan saya, adakah saya perlu samak rumah saya kerana kucing saya selalu muntahkan biskut tu dan muntahnya masih berbentuk asal biskut tu.
    Walaupun saya yang membersihkan muntah dia,tapi saya tak pasti tempat-tempatnya.Adakah muntahnya tergolong dalam najis hukmi?

    satu lagi persoalan saya, bolehkah saya mengunakan tanah lain yang terdapat disekililing rumah saya selain dari tanah liat


    terima kasih

    ReplyDelete
  26. waalaikumsalam

    1. ya itu najis hukmi. cara membersihnya seperti membersih najis hukmi.

    2. boleh guna tanah sekeliling ruma. pastikan ianya tanah. bukan pasir.

    ReplyDelete