Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Saturday, July 14, 2012

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 11




Di sebuah Inter-Faith Council discussion …………….

Missionary: There are Three who were present in the beginning: The Father, Jesus The Son, and The Holy Spirit; and These Three are One God. (1 John 5:7)

Pendakwah: Saya ada soalan. Soalan saya ialah…

Jesus adalah manusia yang memiliki daging, darah, tulang yang membentuk jasad fizikal. Jesus juga mempunyai jasad yang hidup, dan bila dihukum salib jasad Jesus mati sebagai bukti jasad fizikal Jesus hidup dengan kewujudan roh. Tetapi dalam kristianiti, Jesus adalah tuhan yang deigelar The Son God.

  Maka roh Jesus itu apakah kaitannya dengan The Father God ? :

1) Apakah roh Jesus itu bercerai dan berasingan dengan The Father God ? …atau
2) Apakah roh Jesus itu dicipta oleh The Father God ?…atau
3) Apakah roh Jesus diperanakkan oleh The Father God ?

Yang mana satu jawapannya dan harap diperjelaskan… atau …..

Apakah ketiga-tiganya benar dan harap juga diperjelaskan.



Missionary :

Dalam Bible New International Version, verses John 1 ayat pertama ada mengatakan : In the beginning was the Word, and the Word was with God, and the Word was God.

Maknanya : Bermulanya dengan firman, dan firman itu bersama tuhan, dan firman itu adalah tuhan.

Tuhan yang dimaksudkan di sini adalah Father God.

Kalau awak telah menyelidiki Bible New International Version, verses John 1 ayat ke 14

The Word became flesh and made his dwelling among us. We have seen his glory, the glory of the one and only Son, who came from the Father, full of grace and truth.

Bermaksud bahawa Firman itu menjadi Jesus, anak kepada The Father God.

Pendakwah:

Dari apa yang awak tulis, Jesus adalah Tuhan.

Awak setuju?

Missionary:

Sememangnya Lord Jesus adalah tuhan. Sebab Lord Jesus lahir kerana Firman dari The Father God, bukan kerana Maryam semata.

Sama seperti diri awak. Konsep trinity ini seperti Jasad Awak, Roh Awak dan Fikiran awak. Semata-mata hakikatnya sama. Benar-benar sama. Tidak bercerai, tidak dicipta ataupun diperanakan. Tetapi sama, hanya dinyatakan dalam wujud yang berbeza.

Pendakwah:

Awak menyatakan…”Lord Jesus LAHIR kerana Firman dari The Father God”

Kemudian awak menyatakan pula…”Tidak bercerai, tidak dicipta ataupun diperanakkan”.

Boleh tak awak berikan penjelasan mengapakah ayat pertama awak berkata “Lord Jesus LAHIR” dan ayat kedua pula “Tidak DIPERANAKKAN”

Bukankah lahir dan diperanakkan itu adalah sama…Jadi mengapa kelihatan berbeza, malah nampak berlawanan ?

Atau jika bukan lahir itu diperanakkan, bolehkah awak berikan satu sistem bagaimana Jesus LAHIR?

Awak juga menyatakan…” Konsep trinity ini seperti Jasad Awak, Roh Awak dan Fikiran awak. Semata-mata hakikatnya sama. Benar-benar sama. Tidak bercerai, tidak dicipta ataupun diperanakan. Tetapi sama, hanya dinyatakan dalam wujud yang berbeza.”

Saya katakan contoh awak ini tidak tepat…kerana Jesus, Bapa dan Anak berada dalam situasi berbeza…Anak dalam sungai, Bapa di langit dan Roh Kudus melayang antara langit dan bumi.

Maka tiga situasi ini menolak perkataan awak “Tidak bercerai” itu. Sekali gus menolak kandungan Bible yang menjadi pegangan awak, sekali gus menolak bahawa Kristianiti adalah satu agama yang mengesakan Tuhan.


Missionary:

Saudara tentu bersetuju bahawa Tuhan itu Maha Hadir. Tuhan tidak terbatas oleh tempat. Tuhan hadir dimanapun. Di saat yang sama. Ertinya tuhan ada di kutub utara dan kutub selatan pada waktu yang sama. Dia memenuhi Langit dan bumi di waktu yang sama. Dia berada di syurga mengawasi setiap ciptaannya, dan juga berada di atas gunung Sinai untuk memberikan Moses wahyu. Dia ada di atas kepalamu sekaligus di bawah kakimu pada waktu yang sama. Dia ada dimana-mana

Pendakwah: (sambil tersenyum)

Saya bersetuju dengan kalimah yang awak tulis iaitu Tuhan Maha. Ertinya Tuhan itu Maha Berkuasa…

Namun saya tidak bersetuju apabila awak katakan Tuhan Maha Hadir secara umum tanpa pembatas…Kerana Awak silap memberikan penjelasan maksud Tuhan tidak terbatas oleh tempat…

Dalam ilmu tauhid Islam, Tuhan harus didefinisikan terlebih dahulu sebelum kita menyatakan Tuhan itu siapa. Islam mengatakan definisi Tuhan ialah “Zat yang Maha Sempurna dari sesuatu dan sesuatu itu memerlukan-NYA…

Awak pasti akan membantah Tuhan itu Zat kerana Zat adalah pepejal, cecair dan gas…Namun ALLAH Taala memberikan pembatas iaitu firman ALLAH dalam Al Quran, Surah As Syuara ayat ke 11 iaitu ….“Laitha kamithlihi syai’un” bermaksud Tiada yang menyerupai-NYA segala sesuatu Maknanya bersalahan ALLAH Taala itu dengan yang baharu…Maka Zat ALLAH Taala bukan jenis zat alam iaitu pepejal, cecair atau gas, tidak berada di luar, di dalam, dahulu atau sekarang, yakni tidak dikuasai oleh tempat dan masa…

Maka jika ALLAH seperti zat alam, dikuasai tempat dan masa, ALLAH Taala telah seperti makhluk. Dan seperti makhluk menjadikan ALLAH Taala itu dilihat lemah…Makhluk adalah lemah.

Maka jika awak mengatakan Tuhan “hadir dibeberapa tempat” menunjukkan Tuhan itu berada di dalam tempat yang dicipta-NYA sendiri maka Tuhan itu telah serupa seperti makhluk. Sedangkan Tuhan harus sempurna dari penyerupaan.
Malah jika awak benar-benar membaca Bible, Bible sendiri menyatakan manusia tidak harus menyamakan Tuhan dengan makhluk. Cuba awak baca Bible versi English Standard Version, verses Isaiah 40 : ayat 25

To whom then will you compare me, that I should be like him? says the Holy One

Bermaksud : Dengan siapa kamu ingin bandingkan aku dengan makhluk ? telah berkata the Holy One.

Begitu juga Bible versi English Standard Version dalam verses Isaiah 46 : ayat ke lima

To whom will you liken me and make me equal, and compare me, that we may be alike?

Bermaksud …“Dengan siapakah kamu akan membandingkan Aku? Adakah sesiapa yang sama dengan Aku?”
Jelas berada di tempat, luar dan dalam adalah sifat makhluk dan Tuhan sendiri menolak penyerupaan itu.
Jadi saya ingin tambah satu lagi soalan …. Apakah yang awak ajarkan sebenarnya ? Bible … atau … apa yang dalam fikiran awak ?

Missionary: (nampak kelam kabut )

Seorang manusia dikatakn manusia apabila ia adalah gabungan dari 2 unsur. Sperma dan Telur. Akan tetapi Lord Jesus tidak datang dari sperma. Bahkan mungkin tidak dari Telur. Akan tetapi dari Roh The Father God sendiri. Ertinya Roh The Father God itu dibungkus oleh daging manusia yang dibentuk di rahim Maryam. Tapi dia bukan anak siapapun. Ertinya Lord Jesus tidak diperanakkan. Akan tetapi dia disebut juga “Son of God” bukan dalam konteks reproduksi (peranakkan) tetapi kerana dia lahir dengan KEHENDAK The Father God melalui RAHIM Maryam.

Pendakwah: (senyum yang semakin lebar)

Awak menyatakan ”Roh The Father God”. Ia memberikan erti The Father God mempunyai Roh…Namun jika awak menulis The Father God itu Roh, ia memberikan erti yang berlainan iaitu Tuhan itu diri-Nya adalah Roh.

Jika dari erti yang pertama, The Father God menciptakan roh dan roh itulah roh Jesus. Ia menunjukkan roh Jesus bukan roh The Father God.

Jika erti yang kedua, The Father God sendiri berada di dalam tubuh Jesus…Namun ia tidak menunjukkan kebenaran kerana Jesus menunjukkan sifat kelemahan. Ini terbukti sebab Lord Jesus lari, penat dan menjerit memanggil Tuhan di kayu salib seperti ditulis dalam Bible New International Verson dalam verses Luke 23: ayat 44 hingga ayat 46. Juga dalam Bible International Version dalam verses Mark 15:33-41.

Kemudian awak menulis pula… “dia disebut juga “Son of God” bukan dalam konteks reproduksi (peranakkan) tetapi kerana dia lahir dengan KEHENDAK The Father God melalui RAHIM Maryam.”…Kehendak bererti dengan kemahuan Tuhan. Jika Tuhan mahu, Dia pastinya mencipta…Tidak ada jalan bagi awak mengatakan Tuhan itulah roh Jesus. Lagipun Jesus jelas menunjukkan sifat kemanusiaan…

Satu lagi timbul persoalan bila awak berkata Jesus itu Son of God, bukan dalam erti “diberanakkan”…

Maka persoalan akan terus timbul…Siapakah Jesus itu sebenarnya?… Adakah Jesus itu Tuhan atau diciptakan Tuhan ?…

1) Jika awak berkata “Roh Father God dibungkus daging Jesus” ia bererti roh Jesus dicipta Tuhan…
2) jika awak berkata “Father God dibungkus daging Jesus” ia bererti Father God itulah Jesus.
3) Jika awak berkata “Tuhan diperanakkan” tetapi bukan secara biologikal, saya mempersilakan awak memberikan penjelasan bagaimana caranya.
4) Jika awak berkata “atas kehendak Father God” ia bererti Tuhan mencipta roh Jesus …maka Jesus bukan Tuhan samasekali.

Jadi bagaimana?

Missionary: (membungkam seribu bahasa)

Kesimpulannya …. Konsep Triniti dalam agama Kristian tertolak. ….. Jesus bukan Tuhan dan bukan anak Tuhan. …. Jadi apa sebenarnya yang diajar oleh Kristian kepada umatnya ?

#############

SIFAT WAHDANIAH

Adapun yang keenam dari sifat yagn wajib bagi ALLAH Taala iaitu Wahdaniah. Wahdaniah iaitu bahasa Arab yang bererti Esa. Esa ertinya satu. Satu pula ertinya ertinya tidak berbilang atau banyak.

Wlaupun demikian, istilah tunggal adalah lebih selamat. Kerana tunggal tidak didahulului oleh kalimah kosong dan tidak dituruti oleh kalimah dua, sepertimana kalimah satu. Namun mungkin orang akan merasa janggal apabila disebut tunggal, maka penulis akan mengunakan istilah biasa iaitu ALLAH Taala itu Esa.

Esa ALLAH Taala itu bererti Esa zatNya, Esa sifatNya, Esa af’alNya dan Esa asma’Nya. Yang mustahak diketahui ialah Esa sifat, af’al dan asma’ ALLAH Taala itu berdiri ia kepada keesaan zatNya, kerana seperti sedia diketahui dahulu bahawa sifat, af’al dan asma itu adalah berdiri kepada zat.

Esa zat
Esa zat ALLAH Taala bemaksud zat ALLAH Taala itu tidak berasal dari dua atau lebih zat yang kemudian bercantum menjadi satu. Jika zat ALLAH Taala itu berasal dari banyak zat kemudian bercantum menjadi satu maka ia mustahil sama sekali. Tidak diterima akal dan kewajaran kejadian dan kemuliaan ALLAH Taala ia sedemikian. Zat yang berasal dari percantuman berbilang zat adalah makhluk. Contohnya manusia terjadi dari unsur tanah (jasad), air (bendalir tubuh), api (darah) dan angin (naafas). Definasi hakikat ketuhanan telah menegaskan bahawa jika ALLAH Taala sedemikian, maka definasi itu terbatal.


Esa zat juga bermaksud tidak ada zat yang lain yang menyamai zat ALLAH Taala dari segi hakikatnya. Ertinya ujud ALLAH Taala itu tidak diujudkan atau kerana untuk mengujudkan sesuatu, maka bersalahan dengan sesuatu (alam) ujudnya diujudkan oleh ALLAH Taala. Demikian juga ALLAH Taala itu Qidam, Baqa, Mukhalafaatuhulilhawaadith, Qiamuhubinafsih, Qudrah, Iradah, Ilmu, Hayah, Sama’ dan Basar. Maka tiada zat yang lain menyamai hakikat sifat-sifat itu.

Adakah percubaan untuk menbantah statement ini? Jika ada penulis memberikan jawaban terlebih dahulu iaitu jika ada zat lain yang menyamai hakikat yang tersebut itu, maka ALLAH Taala bukanlah Esa. Maka mustahil.


Esa sifat
Esa sifat ALLAH Taala bemaksud sifat ALLAH Taala itu tidak berasal dari dua atau lebih sifat yang kemudian bercantum menjadi satu. Jika sifat ALLAH Taala itu berasal dari banyak sifat kemudian bercantum menjadi satu maka ia mustahil sama sekali. Tidak diterima akal dan kewajaran kejadian dan kemuliaan ALLAH Taala ia sedemikian. Sifat yang berasal dari percantuman berbilang sifat adalah makhluk. Contohnya sifat manusia terdiri dari dua sifat iaitu sifat kuat dan lemah. Definasi hakikat ketuhanan telah menegaskan bahawa jika ALLAH Taala sedemikian, maka definasi itu terbatal.


Esa sifat juga bermaksud tidak ada sifat yang lain yang menyamai sifat ALLAH Taala dari segi hakikatnya. Contohnya sifat Kudrat makhluk tidak dapat memberi bekas untuk mengujudkan sesuatu pada hakikatnya. Ia hanya mengujudkan bentuk-bentuk sahaja sedangkan bahan-bahannya telah dicipta oleh ALLAH Taala. Bahkan daya untuk mengujudakn bentuk-bentuk itupun dengan izin ALLAH Taala.

Maka sifat makhluk adalah sama dengan sifat ALLAH Taala dari segi istilah sahaja yakni sama dari segi sebutan nama sahaja, tetapi tidak sama pada hakikatnya. Ia hanya sama dari segi makhluk adalah tempat tilik tuju makrifatullah sahaja, tidak lebih dari itu.

Adakah juga percubaan untuk membantah statement ini? Jika ada penulis memberikan jawaban terlebih dahulu iaitu jika ada sifat lain yang menyamai hakikat yang tersebut itu, maka ALLAH Taala bukanlah Esa. Maka mustahil.

Namun penulis memperingatkan semula jika pembaca lupa, sifat ALLAH Taala yang banyak tidak terhingga itu bukanlah berbilang-bilang. Sifat ALLAH Taala hanyalah satu, yang berbilang itu ialah dinisbahkan kepada ta’luknya yakni bidang kerjanya. Contoh jika ta’luk sifat itu mencipta, ia disebut Khalaqo, jika ta’luknya mendengar, ia disebut Sami’in. Demikianlah yang lainnya.


Esa af’al
Esa af’al yakni perbuatan ALLAH Taala juga bermaksud tidak ada af’al yang lain yang menyamai af’al ALLAH Taala dari segi hakikatnya. Contohnya sifat Kudrat makhluk tidak dapat memberi bekas untuk mengujudkan sesuatu pada hakikatnya. Ia hanya mengujudkan bentuk-bentuk sahaja sedangkan bahan-bahannya telah dicipta oleh ALLAH Taala. Bahkan daya untuk mengujudkn bentuk-bentuk itupun dengan izin ALLAH Taala.


Iktiqad-iktiqad tentang perbuatan:

IKIQAD JABBARIYYAH mengatakan makhluk tiada perbuatan sedikitpun. Manusia adalah lemah selemah-lemahnya. Manusia hanya tergagah yakni ibarat seperti sehelai daun yang jatuh dari hujung pokok, melayang ia dituiup oleh kehendak angin. Jabbariyyah berkata, perbuatan manusia adalah dijadikan ALLAH Taala semuanya samada baik atau juga buruk. Ertinya jika manusia berbuat taat, ALLAH Taala yang menhendakinya dan jika manusia berbuat maksiat maka ALLAH Taala juga yang menghendakinya. Manusia terpaksa menerima apa juga kehendak ALLAH Taala itu. Mereka berdalil Firman ALLAH Taala bermaksud “ALLAH Taala yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu”.

Iktiqad ini adalah sesat dan menyalahi al-quran dan Sunnah serta menyalahi kewajaran norma dan menyalahi hakikat ketuhanan. Iktiqad ini akan menjerumuskan ALLAH Taala ke dalam sifat zalim. Ertinya jika manusia membuat keburukan, ALLAH Taala akan memberikan balasan neraka. Manusia berrhak memprotes ALLAH Taala jika ini berlaku. Maka semua itu mustahil.

IKTIQAD MU’TAZILAH mengatakan ALLAH Taala menciptakan perbuatan makhluk itu dan hukum sebab akibat kejadian. Maka sebab itu memberi bekas kepada akibat. Contohnya ALLAH Taala mencipta api dan daun kering. Maka api itu memberi bekas dan mempunyai daya menghanguskan daun kering itu.

Iktiqad ini juga adalah sesat kerana mensyirikkan ALLAH Taala dengan perbuatan makhluk. Yang memberi bekas yakni kuasa penciptaan hanyalah perbuatan ALLAH Taala. Perbuatan makhluk tidak memberi bekas. Jika diiktiqadkan perbuatan makhluk member bekas mencipta maka ia adalah mensyirikkan ALLAH Taala.

IKTIQAD QADARIAH mengatakan makhluk itulah menciptakan perbuatannya dan perbuatan makhluk itu member bekas untuk mencipta dan ALLAH Taala tidak campur tangan sedikitpun tentang perbuatan manusia. Mereka berhujah ALLAH Taala berrhak membalas syurga atau neraka kepada makhluk atas perbuatan mereka.

Iktiqad ini adalah juga sesat dan lebih extrim dari iktiqad mu’tazliah. Ia telah melemahkan ALLAH Taala dan juga mensyirikkan ALLAH Taala dengan perbuatan makhluk. Makhluk tidak berkuasa mencipta perbuatan melainkan ALLAH Taala jua.

IKTIQAD AHLI SUNNAH WAL-JAMA’AH menyatakan ALLAH Taala mencipta makhluk, perbuatan makhluk baik atau buruk. Adapun perbuatan itu samada diikhtiarkan seperti memanjat pokok dan juga tidak diikhtiarkan seperti jatuh melayang kebawah, semuanya ALLAH Taala yang mencipta pada asalnya.

Dan ALLAH menciptakan pula akal mahluk untuk berfikir dan menilai baik atau buruk, daya usaha dan iktiar makhluk, peraturan sebab dan akibat alam, dan dikurniakanNya al-Quran sebagai pembatas kepalsuan dan kebenaran.

Maka dengan akal, peraturan sebab akibat, daya usaha ikhtiar dan al-Quran sebagai panduan, manusia dekehendaki memilih sendiri apa yang mahu dilakukan samada baik dan buruk. Jika manusia menggunakan segala syarat di atas untuk kebaikan maka manusia berhak mendapat ganjaran nikkmat dari ALLAH Taala. Demikian juga jika manusia berbuat sebaliknya maka ALLAH Taala berhak membalas perbuatan manusia dengan siksaan.

Ahli sunnah menyatakan bahawa api itu tidak berrkuasa untuk menghanguskan daun kering. Yang berkuasa menghanguskan ialah ALLAH Taala jua. Api hanya adat sebab. Apabila api bertemu daun kering, ia hanya sebatas sebab adat ia membakar daun kering itu sahaja. Apabila api bertemu daun kering, maka datang taqdir ALLAH Taala yang menetapkan sejak azali daun kering akan terbakar dan hangus. Demikian juga api tidak akan membakar menghaguskan air melainkan mengeringkannya sahaja atas kaedah ini.

Inilah iktiqad yang selamat dari syirik dan maksiat iktiqad. Ia memberikan manusia memilih sendiri baik dan buruk. Dan ALLAH Taala terserlah kaadilanNya dengan membalas manusia sesuai dengan pilihannnya sendiri. Dengan syarat-syarat di atas, manusia tiada alasan mahu meletakkan kepada ALLAH Taala atas apa juga kebejatan yang dilakukannya.


Dan lagi, Esa af’al ALLAH Taala itu bermaksud juga ALLAH Taala berbuat sesuatu itu tanpa alat dan bahan, dan pertolongan sesiapa. Kerana semua yang demikian itu adalah af’al makhluk. Jika ALLAH Taala demikian, maka samalah ALLAH Taala dengan makhluk maka tiada Esalah ALLAH Taala.


Esa asma’
Adapun Esa asma’ yakni nama ALLAH Taala itu iaitu hakikat kebesaran nama-nama adalah hanya bagi ALLAH Taala sahaja. Apakah sebabnya? Kerana nama adalah dzahir dari sifat dan jua perrbuatan ALLAH Taala. Yang bersifat dan perbuatan yang sempurna hanyalah ALLAH Taala. Maka nama yang sempurna hanyalah bagiNya. Sebab itulah nama ALLAH Taala didahului dengan kalimah “Yang Maha..” ertinya sehabis sempurna, seperrti ar-Rahman, ar-Rahim dan sebaterusnya.

Adapun nama makhluk mempunyai maksud yang sama tetapi tidak sama pada hakikatnya. Nama makhluk terbit dari sifat dan perbuatan yang baharu. Maka tidak boleh sama sekali makhluk disebut ar-Rahman atau ar-Rahim, tetapi Abdul Rahman atau Abdul Rahim, ertinya hamba ALLAH Taala yang pemurah atau hamba ALLAH Taala yang mengasihani.


Hujah keesaan ALLAH Taala
Akal norma yang sihat dan kewajaran kejadian sangat mudah untuk dijadikan tempat tilik tuju mengenal keesaan ALLAH Taala ini. Hanya manusia yang memperbodohkan akalnya sahaja yang gagal mengenal ALLAH Yang Esa. Ujud, sifat, asama dan af’al alam hanyalah untuk mendzahirkan ujud, sifat, af’al dan asma’ ALLAH Taala jua yakni agar ALLAH Taala itu tajalli dari keadaan terpendam..

Secara ringkas, jika ALLAH Taala itu dua maka tiada akan terciptanya alam ini dengan sempurnanya. Akal norma mengatakan jika dua Tuhan maka ia akan saling cuba mengatasi antara satu dengan yang lain. Dan tidak mustahil akan ujud Tuhan baik dan Tuhan jahat. Apakah ada Tuhan jahat? Mustahil sama sekali Tuhan adalah jahat. Maka logika sihat mengatakan wajib bagi Tuhan itu esa seperti yang telah dijelaskan di atas.

Adapun hujah atau dalil ALLAH Taala itu esa dari al-Quran iaalah Firman ALLAH Taala dalam surah al-Ikhlas 30: 1 bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad dan ajarkanlah kepada manusia) sesungguhnya Dialah ALLAH Yang Esa”.

Wassalam

Genentech Biotech Ltd, London
5 September 2011
2.15am

No comments:

Post a Comment