Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Thursday, July 12, 2012

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 10




Molly : Sir …. My preacher baca Bible untuk kami hari ini. Dia baca Bible International Version, bahagian JOHN 19 ayat 28 hingga 30. Dia elaborate saat-saat kematian Lord Jesus. Kami semua menangis. Terharu dengan pengorbanan Lord Jesus demi menyelamatkan manusia. Preacher saya kata, Tuhan orang Islam tak seberani Lord Jesus mengorbankan diri, menderita dan mengalami pendarahan demi menyelamatkan manusia.... bla, bla, bla …..




Bible International Version : Verses John 19 :

28 Later, knowing that everything had now been finished, and so that Scripture would be fulfilled, Jesus said, “I am thirsty.” 29 A jar of wine vinegar was there, so they soaked a sponge in it, put the sponge on a stalk of the hyssop plant, and lifted it to Jesus’ lips. 30When he had received the drink, Jesus said, “It is finished.” With that, he bowed his head and gave up his spirit.

Sir : Mengapa kamu semua menangis ? Sepatutnya kamu marah.

Molly : Mengapa kami hendak marah ?

Sir : Sebab kamu ditipu oleh preacher kamu.

Molly : Apa yang dia tipu ?

Sir : Preacher kamu kata Lord Jesus itu tuhan. Tuhan pastinya mempunyai kuasa yang ultimate lagi supreme. Tapi mengapa Lord Jesus yang menjadi tuhan yang kamu sembah boleh dibunuh oleh manusia yang dicipta oleh Tuhan ? Mengapa pula Lord Jesus yang menjadi tuhan perlukan air kerana dahaga ? Boleh mati. Rasa dahaga. Itu semuakan sifat kemanusiaan, bukan sifat ketuhanan. Ini bukti Jesus bukan Tuhan. Ini bukti Bible dan Preacher kamu menipu kamu.

#########################

Dari Kitab Risalah Tauhid oleh Sheikh Abdul Ghani Yahya dan Sheikh Omar Yusof cetakan 6 November 1952.

Sifat yang wajib bagi ALLAH yang kelima - Qiamuhu Taala Binafsihi. Ertinya berdiri ALLAH dengan sendiri (bersendirian) tidak berkehendak kepada tempat berdiri (zat) dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia. Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan ALLAH Taala berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikan Dia. Tegasnya, ALLAH Taala itu terkaya dan tiada berhajat kepada sesuatu sama ada pada perbuatan-Nya atau hukuman-Nya tetapi Tuhan menjadikan tiap tiap suatu dan mengadakan undang-undang semuanya untuk faedah dan muslihat yang kembali kepada sekalian makhluk dan ia menjadikan semata-semata kerana kelebihan-Nya dan belas kasihan-Nya, bukan sekali-sekali kerana berhajat kepada faedah.

Maka Tuhan terkaya daripada mengambil manfaat atas taat hamba-Nya dan tidak sekali-sekali menjadikan mudharat kepada-Nya oleh sebab maksiat hamba-Nya hanyasanya disuruh, diperintah, ditegah makhluk itu iaitu bagi perkara yang kembali faedah-Nya kepada makhluk jua sebagaimana firman-Nya:

Ertinya: Barang siapa berbuat amal yang soleh maka pahalanya itu kembali pada dirinya, dan barang siapa berbuat jahat maha balasannya (seksanya) itu tertanggung ke atas dirinya jua. (Fushilat: 46)
Dan lagi firman-Nya:

Ertinya: Jika kamu berbuat kebajikan maka kebajikan itu terpulang bagi diri kamu (kerana pahalanya itu kembali kepada diri kamu) dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu terpulang kepada diri kamu sendiri (kerana diusahanya kembali kepada diri kamu jua). (Al Isra': 7)

Maka kata Syeikh Suhaimi Rahimahullahutaala adalah segala yang maujudat itu dengan nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikan Dia itu terbahagi 4 bahagian:
Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadikan Dia iaitu zat ALLAH Taala.
Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikan Dia iaitu segala aradh.
Terkaya daripada itu zat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang menjadikan Dia iaitu segala jirim.
Terkaya daripada yang menjadikan Dia dan berdiri pada zat iaitu sifat Allah Taala.

##############

Di antara sifat yang wajib bagi ALLAH adalah sifat “Qiyamuhu Binafsihi”. Ertnya: ALLAH berdiri dengan sendiri-Nya. Berdirinya ALLAH tidak memerlukan kepada tempat atau dzat yang menempati di dalamnya. Begitupula ALLAH tidak memerlukan kepada sang pencipta, kerana ALLAH itu pencipta alam semesta.

ALLAH itu maujud, sedangkan maujudnya ALLAH tidak boleh disamakan dengan makhluk. Masalah “MAUJUD” diterangkan di dalam kitab “Syarah Shawi ‘ala Jauharatut Tauhid” (lihat tulisan yang di foto) karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Maliki Ash-Shawi halaman 154.

HURAIAN

Adapun hakikat Qiyamuhu binafsihi itu ibarat daripada menafikan berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia, yakni tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan tiada berkehendak kepada yang menjadikannya.

Maksudnya, kita menafikan yang ALLAH memerlukan tempat bergantung dan ALLAH memerlukan kepada Sang Pencipta. Sebab ALLAH adalah Khaliq (Yang Mencipta) dan ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Qadim (Tiada permulaan).

Mustahil, dan tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan tiada berdiri dengan sendiriNya, karena Ia zat bukan sifat, jikalau Ia sifat, maka berkehendak kepada tempat berdiri karena sifat itu tiada boleh berdiri dengan sendirinya.

Maksudnya, akal yang waras tidak boleh menerima ada yang menjadikan Tuhan dan Tuhan memerlukan tempat bergantung. Kerana jika ada yang menjadikan Tuhan, maknanya ada satu lagi kuasa yang lebih agung dan lebih kuat dari Tuhan. Dan ini adalah mustahil.

Begitu juga, adalah mustahil Tuhan itu memerlukan sesuatu. Mustahil Tuhan itu dahaga. Mustahil Tuhan perlukan sesuatu kerana itu adalah bukti Tuhan bersifat lemah. Mustahil Tuhan bersifat lemah.

Dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Ia karena Ia Qadim, jikalau berkehendak Ia kepada yang menjadikan Dia, maka jadilah Ia baharu, apabila ia baharu tiadalah ia bersifat Qadim dan Baqa’ dan Mukhalafatuhulilhawadits.

Maksudnya, jika ada Sang pencipta yang mencipta Tuhan, maka ternafilah sifat Qadim (Tiada Permulaan). Bila adanya permulaan, pastinya ada sifat keakhiran. Maka ternafilah sifat Tuhan itu mukhalafatuhulilhawadits (bersalahan dari segala yang baharu). maka ini semua adalah mustahil bagi ALLAH.

Maka sekarang menerimalah aqal kita, wajib diterima oleh aqal, bagi Allah Ta’ala itu bersifat Qiyamuhubinafsihi dan mustahil lawannya An-laayakuunu ko’imambinafsihi.

Dalil naqli bagi sifat Qiyamuhu binafsihi adalah :

إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦)

Surah Al Ankabut : Ayat 6 yang bermaksud : sesungguhnya ALLAH Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

Bandar Baru Bangi
3 September 2011
5.37 pm

No comments:

Post a Comment