Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Friday, July 6, 2012

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 8



Di dalam sebuah Inter-Faith Gathering …….

Missionary : Jesus adalah tuhan yang amat prihatin kepada umat manusia. Jesus sanggup mati demi menyelamatkan manusia dari masuk ke neraka. Jesus mengorbankan nyawanya dan darah Jesus yang mengalir, mencuci segala dosa-dosa manusia. Apakah Tuhan ALLAH orang Islam sanggup berkorban demi umat manusia ? Tidakkah ini membuktikan Tuhan ALLAH orang Islam hanyalah ilusi dan khayalan ?





Pendakwah : Maafkan saya … ermm … errmmm …. Adakah awak missionary sepenuh masa untuk gereja XXXX ?

Missionary : Tidak. Saya ada pekerjaan yang lain.

Pendakwah : Awak bekerja sebagai apa ?

Missionary : Saya ada perniagaan saya sendiri. Antaranya saya ada kedai bakery yang menjual kek di Bandar XXXX. Kedai bakery saya, YYYYY adalah bakery yang terbesar di bandar ini.

Pendakwah : Saya ingin membuat cerita dan tulis di dalam blog dan facebook saya bahawa kakitangan awak di bakery XXXX telah mati dibunuh di dalam kedai bakery awak. Saya akan pastikan sesiapa sahaja yang mebaca blog dan Facebook saya akan tahu bahawa staff bakery awak mati dibunuh di dalam kedai bakery YYYY. Saya yakin ramai pelanggan khususnya bangsa Cina akan mengaggap kedai awak SUWEY dan pelanggan awak akan lari.

Missionary : HAHAHAHA. Apakah begini caranya pendakwah Islam ? Bila tak dapat menjawab soalan tentang keagungan Jesus, maka pendakwah islam akan menabur fitnah. Sekarang awak hendak memfitnah kedai saya dan merosakkan perniagaan saya.

Pendakwah : Jadi awak anggap, saya menulis entry di dalam blog dan Facebook saya berkenaan staff awak mati dibunuh di dalam kedai bakery awak adalah satu fitnah ?

Missionary : Ya. Semestinya. Dan saya akan saman awak hingga tinggal underwear .

Semua yang hadir di pertemuan Inter-Faith itu ketawa HAHAHAHAHA

Missionary : Macam mana staff saya boleh mati dibunuh ? Siapa mahu bunuh ? Takkan awak yang bunuh dia ? Kalau awak yang bunuh kemudian awak tulis dalam facebook atau blog awak, lagi mudah awak kena tangkap sama polis. Atau awak akan tulis, kek atau roti atau sandwich yang bunuh staff saya. Nanti orang akan masukkan awak dalam Tanjung Rambutan. Awak boleh jadi imam pada orang gila. Tapi awak kalau tinggal underwear saja mana boleh jadi imam.

Hadirin gelak ketawa lebih gawat HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Pendakwah : Bagus … ermm … ermmm …. Tak baik gelak-gelak kuat-kuat taw. Nanti tercirit hehehe

Pendakwah : Father ZZZZ … awak tak percayakah kek, roti atau sandwich boleh bunuh staff awak ?

Misionary : Kalau cerita kartun, perkara itu boleh terjadi. Saya tengok juga kartun, saya layan juga tapi saya tak percaya. Apakah Islam itu agama kartun ?

Aku hanya tersenyum …. HEHEHE

Pendakwah : Dalam Islam, umat Islam diajar oleh penganutnya bahawa ALLAH wajib bersifat BAQA’. Baqa ertinya kekal. Mustahil ALLAH bersifat FANA’ iaitu binasa.

Aku membetulkan tempat duduk ku, membuka satu butang di leher ku, sebelum meneruskan kata-kata ku.

Pendakwah : Akal manusia yang waras, yang tak gila, akan mengatakan … Jika tuhan itu boleh dibunuh, boleh dijatuhkan hukuman mati, boleh mati, ITU BUKAN TUHAN. Sebab mustahil Tuhan boleh dibunuh dan mustahil Tuhan mati.

Lebih-lebih lagi akal yang waras tak boleh terima Tuhan boleh dibunuh oleh makhluk ciptaan-NYA sendiri iaitu manusia.

Sama seperti awak semua tak boleh terima dan tak boleh percaya roti boleh membunuh pembuat roti.

Kalau awak kata saya gila kerana saya mengatakan roti yang dibuat oleh kakitangan awak telah membunuh pembuat roti.

Semua penganut Kristian adalah gila kerana mengatakan tuhan disalib dan dibunuh oleh manusia yang diciptanya.

Tidakkah ini satu FITNAH sebagaimana Father ZZZZ nyatakan diawal tadi. Saya rasa Kalau Tuhan mahu saman Father ZZZZ, bukan tinggal underwear, silap-silap bogel terus.

HAHAHAHAHA (aku lak gelak sorang-sorang KUAT KUAT lak tu)

Suasana menjadi sepi. Hadirin yang tadinya ketawa terbahak-bahak menjadi serius. Ada juga riak muka yang marah, ada juga menunjukkan riak muka yang confuse. ………………

Aku teruskan lagi hujjah ku ….

Pendakwah : Dakwaan Jesus mati dibunuh bukan rekaan saya. Tetapi Bible sendiri yang mengisytiharkannya. Antara ayat-ayat dalam Bible ialah ….

Luke 23:44-46 - New International Version (NIV)
( 44) It was now about noon, and darkness came over the whole land until three in the afternoon,
(45) for the sun stopped shining. And the curtain of the temple was torn in two.
(46) Jesus called out with a loud voice, “Father, into your hands I commit my spirit.”[a] When he had said this, he breathed his last.

Mark 15:33-41 - New International Version (NIV)
(33) At noon, darkness came over the whole land until three in the afternoon.
(34) And at three in the afternoon Jesus cried out in a loud voice, “Eloi, Eloi, lema sabachthani?” (which means “My God, my God, why have you forsaken me?”).
( 35 )When some of those standing near heard this, they said, “Listen, he’s calling Elijah.”
( 36) Someone ran, filled a sponge with wine vinegar, put it on a staff, and offered it to Jesus to drink. “Now leave him alone. Let’s see if Elijah comes to take him down,” he said.
( 37) With a loud cry, Jesus breathed his last.she
( 38) The curtain of the temple was torn in two from top to bottom.
(39) And when the centurion, who stood there in front of Jesus, saw how he died

Dalam AL Quran, ALLAH berfirman dalam Surah Ar Rahman : ayat 26 hingga 27:

“Tiap-tiap sesuatu di atas muka bumi akan binasa. Dan kekal Zat Tuhan mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (ar-Rahman 55: 26-27)

Bible menyatakan tuhan boleh ditangkap, dijatuhkan hukuman mati, dibunuh dan tuhan boleh mati.

Al Quran pula menyatakan Tuhan itu akan kekal tidak akan binasa, tidak akan boleh dibunuh, tidak akan mati.

Antara Bible dan Al Quran, yang mana satu layak diikuti oleh manusia yang waras ? ……

---------------- END ----------

Sifat yang wajib bagi ALLAH adalah BAQA.

Baqa ertinya kekal. ALLAH akan kekal dan tidak akan binasa. ALLAH tidak akan mati, malah tidak mampu dijatuhi hukuman mati. Sebab seandainya ALLAH boleh dijatuhi hukuman mati atau ALLAH boleh mati atau ALLAH boleh binasa, nescaya ALLAH bersifat dengan sifat kelemahan. Mustahil Tuhan bersifat dengan sifat kelemahan.

Akal yang waras tidak boleh terima, sesuatu yang lemah, sesuatu yang boleh mati, sesuatu yang boleh binasa adalah Tuhan.

Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta’ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta’ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).

Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta’ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan ‘ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian :

1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang diatas tadi ( Kedua ).

Dalil Naqlinya adalah :

“Tiap-tiap sesuatu di atas muka bumi akan binasa. Dan kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (ar-Rahman 55: 26-27)

Dalil akalnya : Sesuatu yang berkuasa MUSTAHIL boleh binasa. Mustahil ALLAH boleh binasa.

Maka sifat yang berlawanan dengan sifat Baqa ialah FANA’ ertinya binasa

To be continue ............

No comments:

Post a Comment