Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Tuesday, July 10, 2012
Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 9
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.
Missionary : Mengapa awak caka begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..
Merah padam muka Missionary menahan marah.
Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok taka da pun. Saya pecahkan handphone ni pun taka da emak awak dalam handphone.
Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……
-------- END ------
Sifat yang wajib bagi ALLAH Taala yang kelima ialah MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH.
Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya. Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak ,tiada bertempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat yang baharu.
ANDA PENING ? hehehe …. OK jom kita hurai berdasarkan bahasa pasar agar anda mudah mehaminya.
Mukhalafatuhu lil hawadith ertinya bersalahan ALLAH Ta’ala dengan segala yang baharu. Bahasa pasarnya, ALLAH Taala tak sama dari segala segi dengan makhluk. ALLAH tak sama dari segi zat, tak sama dari segi sifat, tak sama dari segi perbuatan dengan makhluk.
A. Berbeza dari segi Zat
Zat ALLAH tak sama dengan zat makhluk. Zat makhluk perlukan jirim, sedangkan zat ALLAH tidak memerlukan jirim.
Apa itu jirim ? Jirim ialah sesuatu yang mengambil ruang. Semua makhluk zatnya terdiri dari jirim. Diri kita, batu, besi, kayu, air adalah jirim. Maka sebab itu kita boleh melihat kewujudannya. Kita boleh merasa kewujudannya seperti angin.
Tetapi zat ALLAH SWT tidak demikian. Zat ALLAH SWT tidak mengambil lapang atau ruang kerana zat-NYA bukan jirim.
Zat ALLAH bukan Aradhi. Apa makna aradh ? Aradh adalah sesuatu yang datang kemudian. Maknanya, zat ALLAH adalah zat dan bukannya sifat. Sifat tidak boleh berdiri kepada sifat.
Contohnya bagi makhluk, Tongkat Ali sangat power. Tongkat Ali adalah zat yang berjirim yang memakan ruang dan boleh dilihat. Power adalah sifat kepada Tongkat Ali.
Zat ALLAH bukan seperti makhluk, sebab ianya bukan jirim dan boleh dilihat. Tetapi ianya wujud dan mempunyai sifat.
Zat ALLAH tidak seperti makhluk yang ada darah, berdaging.
Zat ALLAH juga tidak berpihak atau tertaluk kepada orientasi. Seperti makhluk ada kedudukan sama ada ke kiri atau ke kanan, zat ALLAH tidak sedemikian.
Zat ALLAH tidak bertempat. Bukan di atas langit ke tujuh. Bukan di dalam Kaabah. Bukan di atas arasy. Sebab lanit, Kaabah, arasy adalah makhluk ciptaan ALLAH. Mustahil satu zat yang maha berkuasa dan maha agung iaitu ALLAH perlukan makhluk sebagai sandaran.
Zat ALLAH juga tidak pula menuruti masa atau menempuh masa.
Jika begitu, , bagaimana sebenarnya zat ALLAH SWT ?T
idak ada siapa yang dapat mengetahui hakikat zat ALLAH SWT yang sebenarnya. Dengan itu, jangan sekali-kali kita biarkan fikiran kita mengkhayalkan zat ALLAH SWT. Dan kalau ada orang membahaskan zat Allah SWT hingga dia mengaku mengetahui hakikatnya yang sebenar, itulah yang dikatakan orang yang tidak mengetahui. Kalau dia dapat menceritakan yang ALLAH SWT itu begian-begian zat-Nya, maka dia sudah disesatkan oleh syaitan. Jadi, jangan sampai kita mempelajari ilmu tauhid hingga ALLAH SWT itu, kita nampak di depan mata kita!
Sebab andainya kita boleh membayangkan zat ALLAH bagaimana, itu tanda kita mengatakan bahawa kita lebih hebat dan berkuasa dari ALLAH.
B. Berbeza dari Segi Sifat
Sifat ALLAH SWT itu tidak sama dengan segala yang baharu kerana sifat ALLAH SWT qadim lagi azali, iaitu tidak ada permulaan. Ertinya, sifat ALLAH SWT itu tidak didahului oleh tiada. Tidaklah sifat-sifat ALLAH SWT itu pada mulanya tiada dan kemudian baharu ada lagi, semua sifat ALLAH SWT, sama ada sifat Wujud-Nya, sifat Baqa'-Nya, sifat Sama'-Nya, sifat Qudrat-Nya, dan sifat-sifat yang lain, tidak ada permulaan. Ini kerana, zat ALLAH SWT itu sendiri tidak ada permulaan. Ia qadim lagi azali.
Dan, sepertimana yang telah kita terangkan sebelum ini bahawa sifat berdiri di atas zat, maka kalau zat qadim lagi azali, sifat juga qadim lagi azali iaitu tidak ada permulaannya. Manakala sifat segala yang baharu atau semua makhluk ini, semuanya ada permulaan. Sebab itu ia dikatakan yang baharu kerana ia mendatang kemudian; mula-mula tiada, kemudian baharu ada.
Perkara yang baharu adalah perkara yang mengalami perubahan. Perkara yang mengalami perubahan adalah sebagai tanda ianya lemah dan bersifat makhluk.
Contohnya : Dinosaur besar. Dinosaur adalah zat yang mempunyai jirim iaitu berdaging, berdarah dan memakan ruang. Besar adalah sifat. Dinosaur bermula dengan sebiji telur dan menetas. Kemudian dinosaur membesar, jadi tua dan mati. Dinosaur tidak bersifat qidam sebab Dinosaur ada permulaan, iaitu menetas dari telur. Dinosaur tidak bersifat baqa’ sebab dinosaur ada akhir iaitu mati. Dinosaur tidak bersifat mukhalafatuhu lil hawadith sebab Dinosaur melalui perubahan iaitu dari tiada lalu menetas kepada ada, membesar, jadi tua dan mati. SEDANGKAN … ALLAH tidak sebegitu.
Dan sifat ALLAH itu takluknya melengkapi, sedangkan sifat makhluk atau sifat segala yang baharu, takluknya tidak melengkapi.
Apa makna takluk ? Pengertian istilah "takluk" di sini secara bahasa pasarnya diertikan sebagai "yang menuntut sesuatu akan perkara yang bertambah".
Anda pening lagi ? Hehehehe … jangan risau. Jom kita membahasa pasarkan agar kita lebih mudah faham.
Dalam hal ini, ia diertikan sebagai sifat yang menuntut perkara yang bertambah yang berdirinya pada zat. Misalnya, bagi sifat Basar (Melihat) pada zat ALLAH SWT, ada benda yang kena lihat. Inilah yang dikatakan sifat bertakluk.
Dan takluk bagi sifat ALLAH SWT adalah melengkapi dalam ertikata ia bertakluk kepada "segala yang ada", sama ada ia (segala yang ada itu) berupa perkara yang wajib ataupun perkara yang harus. Segala yang ada yang berupa perkara yang wajib ialah zat dan sifat ALLAH SWT, manakala segala yang ada yang berupa perkara yang harus ialah makhluk dan segala yang baharu ini. Jadi, takluk bagi sifat ALLAH yang demikian, dikatakan takluk yang melengkapi.
Bandingan Takluk ALLAH Dengan Takluk Makhluk
Misalnya, katalah sifat Sama' (Maha Mendengar) bagi ALLAH SWT. Sifat ini bertakluk kepada segala yang ada, sama ada yang wajib mahupun yang harus. Ertinya, ALLAH boleh mendengar semuanya melalui sifat Sama'-Nya, tidak kira takluk-Nya itu pada yang wajib seperti zat dan sifat ALLAH SWT sendiri, ataupun pada yang harus iaitu seluruh yang baharu. Dan mendengarnya ALLAH SWT pula tidak mengira sama ada takluk-Nya itu bersuara atau tidak bersuara, sama ada yang didengar itu jauh atau dekat, dan sebagainya. Hatta degupan jantung kita pun boleh didengar oleh ALLAH SWT.
Berlainan halnya dengan mendengarnya makhluk seperti kita ini. Kalau yang kita dengari itu tidak bersuara, takluk pendengaran kita juga akan terbatas; sama ada suara itu tidak kita dengari langsung atau kita dengar tetapi tidak jelas. Misalnya, kalau kita bayang-bayangkan, tentulah di Amerika sana pada ketika ini hingar-bingar dengan bermacam-macam bunyi, tetapi sedikit pun kita tidak mendengarnya. Oleh itu, takluk sifat mendengar makhluk tidak melengkapi; tidak seperti takluk yang berlaku pada sifat ALLAH SWT.
Begitu jugalah dengan sifat melihat bagi Allah SWT, takluk-Nya tidak terbatas sama ada yang dilihat itu jauh atau dekat, sama ada dalam gelap ataupun terang, sama ada yang tersembunyi atau yang terdedah, dan sebagainya. Semuanya Allah SWT boleh lihat melalui sifat Basar-Nya.
Sebaliknya, sifat melihat kita, takluknya amat terbatas kerana makhluk hanya boleh melihat bila ada cahaya, dan makhluk hanya boleh melihat yang dekat sahaja. tetapi yang jauh sudah tidak dapat dilihat; kalaupun boleh dilihat, namun tidak terang. Yang tersembunyi, makhluk tidak boleh melihatnya.
Lawan sifat mukhalafatuhu lil hawadith bagi ALLAH adalah sifat yang mustahil bagi ALLAH iaitu Mumathalatuhu lilhawadith iaitu menyamai dengan sesuatu yang baharu/makhluk.
Dalil naqli bagi sifat mukhalafatuhu lilhawadith adalah Firman ALLAH SWT :
Tiada yang menyerupai-NYA segala sesuatu (As Syura : 11)
Sementara dalil aqli telah banyak kita bahaskan dalam notes ini termasuklah kisah di inter-faith gathering.
Jadi kesimpulannya, ALLAH SWT tidak sama dengan makhluk dalam apa jua segi.
OK kita cernakan dulu ….
To be continue …………….
Rumah Persatuan PERIPENSIS
Singapore
6 Ogos 2011
11.25am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment