Berlalu sudah 10 Ramadhan ... berlalu juga fasa pertama di bulan Ramadhan. Fasa yang mana ALLAH menjanjikan rahmat ......
Wahai diri ku yang hina lagi banyak dosa ....
Sejauh manakah engkau berusaha meraih rahmat ALLAH di bulan Ramadhan ini ?
Wahai diri ku,
Betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya ALLAH atas dir mu, lantas diciptakan satu bulan yang diawalnya terkandung rahmat, dipertengahannya keampunan dan dikhatamkannya dengan pembebasan dari api neraka. ALLAH ciptakan ini semua, buat menyelamatkan diri mu dari menjadi bahan bakaran api neraka. Sejauh manakah diri mu berusaha bagi meraih ketiga-tiga janji ALLAH di bulan Ramadhan ? Sedarilah ... sesungguhnya janji ALLAH itu pasti dan tidak akan di mungkiri ... Namun mengapa diri mu masih lalai dan alpa ? Sedangkan di saat ini syaitan-syaitan dirantai dan nafsu-nafsu dibelenggu, justeru itu itu membuka ruang bagi diri mu untuk melaksanakan amal ibadah seluas-luasnya dengan hati yang khusyuk dan tawadduk ....
Wahai diri ku,
Andainya kasih sayang ALLAH yang engkau dambakan ..... inilah saatnya tatkala tabir hijab dek godaan syaitan dan bujukan nafsu disingkap...... Tatkala syaiatan-syaitan dirantai dan nafsunafsu dibelenggu .....Tatkala pintu langit terbula seluas-luasnya di sepertiga malam bagi menerima rintihan munajat mu ... MENGAPA ENGKAU MASIH LALAI MERAIH KASIH SAYANG ALLAH ?
Wahai diri ku,
Lupakah engkau akan kisah kebangkitan semula di mahsyar ? .... Lupakah engkau bahwa manusia yang pertama sekali dibangkitkan di mahsyar adalah baginda Rasulullah SAW ? ..... Lupakah engkau akan perkara pertama yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW tatkala dibangkitkan di mahsyar adalah MENANGIS ? ...... Dan lupakah engkau bahawa tangisan baginda Rasulullah SAW di mahsyar itu adalah kerana merindui umat baginda ? .... Tidak sudikah engkau menjadi umat baginda ? .... Lantas mengapa engkau masih tidak membina mahligai kecintaan kepada Rasulullah SAW di bulan yang penuh berkat lagi penuh rahmat ini ?
Wahai diri ku,
Sedarilah … Tatkala baginda Rasulullah SAW dibangkitkan di Mahsyar…. Baginda SAW melihat ke kiri dan ke kanan … apa yang dilihat hanya kekosongan dan kehampaan …. “Dimanakah umat ku ?” … mungkin itulah bisik hati baginda SAW …... Lantas baginda terjelepuk bersimpuh di bumi …. Wajahnya ditundukkan … Baginda SAW MENANGIS terisak-isak keseorangan …. Mengalirlah air matanya yang mulia bagai titisan mutiara membasahi pipi dan janggut baginda ….
Wahai diri ku,
Lupakah engkau akan kata-kata baginda Rasulullah SAW dalam sedu-sedannya kepada Jibrail tatkala baginda di bangkitkan di Mahsyar ? Kata baginda …..
Wahai Jibrail, bersaksikanlah. Demi keagungan Tuhan ku. Bahawasanya akan kuatlah pertolongan ku ke atas umat ku pada hari ini. SESUNGGUHNYA AKU AKAN MENSYAFAATKAN UMAT KU PADA HARI INI.”
Wahai diri ku,
Begitu kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada umat baginda….. Saat baginda SAW masih bernyawa, baginda sering menangis kerana kecintaan dan kerinduannya kepada umatnya …… Saat baginda SAW di ambang sakaratul maut, kalimah yang hanya mampu diucap dalam keadaan sebak dan duka hanyalah “Umat ku, Umat ku, Umat ku” ….. Dan saat bangkitnya baginda di Mahsyar, hanya linangan air mata dan esak tangisan baginda kerana kerinduan kepada umat baginda yang menemani baginda yang keseorangan …… TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADA RASULULLAH SAW ?
Wahai diri ku,
Munculnya 10 Ramadhan bukan sekadar menjadi peringatan bahwa Hari Lebaran bakal menjelang lagi 20 hari, tetapi ianya juga sebagai petanda bahawa sudah 10 hari kita melalui Ramadhan yang mulia ini dan fasa pertama yang menjanjikan rahmat ALLAH di bulan Ramadhan akan berakhir.
Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menilai keberkesanan tarbiah yang sedang kita lalui bersama. Apakah tarbiah yang kita lalui bersama ini memberi bekas ke atas diri kita. Di fasa kedua Ramadhan, dijanjikan oleh Allah akan keampunan dan maghfirah. Sejauh manakah kita mengalirkan air mata taubat kita untuk merebut janji Allah yang sememangnya pasti ini ? Sejauhmanakah kita berusaha memohon ampunan Allah dan berusaha meninggalkan dosa dan maksiat yang menjadi pakaian hidup kita ?
Ramadhan yang menjelang menjanjikan 1001 macam jenis tarbiah dan kesedaran. Di bulan yang penuh barokah inilah syaitan-syaitan di belenggu dan nafsu-nafsu dikekang. Sayugialah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan pelajaran dari madrasah Ramadhan yang hanya muncul sebulan dalam setahun.
Antara tarbiah yang seharusnya dijadikan pakaian hidup ialah sifat "empathy", merasakan kesusahan dan penderitaan manusia yang lain di dalam diri kita. Kesukaran menahan lapar dan dahaga. Juga menahan kemahuan duniawi. Tarbiah di madrasah Ramadhan ini seharusnya berjaya mendidik kita untuk merasai penderitaan dan kedaifan insan lain yang kurang bernasib baik dari kita. Sifat ini tidak akan dapat dirasai seandainya kita menjalani ibadah puasa tanpa ada rasa tawaddhuk dan hina diri kepada Allah. Seandainya dalam timbangan perasaan kita, Ramadhan yang ke 10 ini masih belum berjaya menjadikan kita insan yang tawadhuk dan empathy, maka usahakanlah dengan segera agar sisa-sisa baki Ramadhan 1432H ini dapat dimanfaatkan untuk mendidik hati kita. Kerana kedua-dua sifat inilah yang bakal membantu kita mengungkai dua sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita iaitu sifat ujub dan riyak.
Kepada saudara-saudari yang ikhlas nak bersahabat dengan aku yang jahat ni.
Aku hargai persahabatan ikhlas anda. Mungkin Idilfitri yang bakal menjelang 20 hari lagi ni akan kita sambut dengan gelak hilai tawa anak-anak, saudara-mara, handai taulan. Tetapi ingatlah, dalam kegembiraan dan kesenangan kita meraikan hari lebaran sambil diulit dendangan takbir raya, selawat dan marhaban. Masih ada diantara kita yang meraikan hari lebaran dengan kesedihan dan kesyahduan. Kehidupan mereka yang daif, serta perginya insan yang tersayang, menjadikan hari lebaran merupakan hari yang hambar.
Malah tak mustahil jika aku katakan, hari lebaran merupakan hari kesedihan dan tangisan buat mereka. Kerana di hari itulah kenangan bersama insan tersayang datang mengundang. Sang isteri terasa kekosongan dan anak-anak hilang tempat bermanja.
Kasihilah fakir miskin kerana mereka akan bangkit bersama-sama Rasulullah SAW di Mahsyar nanti. Kasihilah anak-anak yatim kerana mereka adalah kecintaan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW sendiri adalah anak yatim ….
Marilah kita bersama-sama membuktikan sifat ukhwah Islamiah yang sering kita canangkan dan perkatakan di sama ada di email, di coretan blog, dalam sembang2 kita dan perbualan kita. Buktikanlah rasa ukhwah Islamiah ini wujud dalam diri kita. Hulurkanlah bantuan dan sedekah jariah buat mereka, agar kedukaan mereka terubat sedikit dengan rasa kasih sayang ukhwah yang kita tunjukkan.
Aku pernah menukilkan bait-bait munajat seorang anak yatim di Madrasah Darus Syifa yang sempat aku rakam secara rahsia pada malam bulan Ramadhan 1430H. Maka izinkan aku menukilkannya semula di sini. Mudah-mudahan hati kita menjadi lunak atas rintihan mereka ………….
"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ayah dan ibu ... Besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ayah dan ibu ku walau mereka tidak membesarkan aku ...
Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ayah dan ibu telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini.
Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ayah dan ibu .... aku ingin bermanja dengan ayah dan ibu ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ayah dan ibu ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ayah dan ibu ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku.
Ya Allah .... walau KAU jemput ayah dan ibu sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi
Ya Allah .... aku amat merindui ayah dan ibu ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku
Ya Allah ... aku rindu pada ayah dan ibu ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ "
Madrasah Darus Syifa
10 Ogos 2011
5.10am
No comments:
Post a Comment