Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Saturday, August 13, 2011

Di Ambang Ramadhan 1432H Part 1




Nisfu Syaaban semakin hampir, ini juga bermakna Ramadhan juga semakin hampir. Pesta Ibadah 1432 bakal menjelang. Pesta yang penuh berkat yang diawalnya dijanjikan rahmat, pertengahannya dijanjikan keampunan dan penghujungnya dijanjikan pembebasan dari api neraka.





Setiap kali hari-hari kebesaran Islam muncul, maka berbondong-bondonglah umat Muhammad SAW yang mengharapkan rahmat dan ampunan ALLAH membuat persediaan untuk mendidik hati dan minda untuk menambah amal taqwa sebagai bekalan untuk kembali ke hadrat ALLAH. an setiap kali kemunculan hari-hari kebesarn Islam itu juga akan muncaul suara-suara sumbang dari mereka-mereka yng KONONnya mengaku ingin memperjuangkan sunnah tetapi membidaahkan amal ibadah muslim yang lain atas alasan, hadis yang di amalkan adalah hadis daif.

Dalam notes aku yang lalu, aku sudah pun menghuraikan secara ringkas akan kedudukan hadis daif dan kedudukan hadis palsu (maudu'). Kesimpulannya, tidak salah beramal dengan hadis daif kerana ianya juga masih dari sabdaan Rasulullah SAW cacatnya hanya pada perawi. Dan bagi mereka yang cukup anti kepada hadis daif, berhati-hatilah. Jangan sampai anda menjadi seorang HERO yang kembali ke hadrat ALLAH dalam keadaan ZERO.

Bagi ku, mereka yang menyuarakan kesumbangan ini hanyalah golongan yang dahagakan perhatian. Mereka inginkan attention dari masyarakat. Lantas menimbulkan isu-isu remeh agar mereka nampak GAH di mata masyarakat.

Sebab apa aku mengatakan demikian ? Hujjah aku senang saja. Mereka ini cukup benci dan marah orang beramal dengan hadis daif, tetapi mereka tidak pula beramal dengan sesuatu amalan yang jelas disebut dalam hadis sahih. Sebagai contoh. Dalam Kitab Syamail Nabi Muhamamd oleh Imam At Termizi, jelas dihimpunkan hadis-hadis sahih akan amalan Rasulullah SAW. Antaranya disebut bahawa Rasulullah SAW memakai serban, dan Rasulullah SAW memakai serban di atas kopiah (maksudnya Rasulullah SAW melilit serban di kepala selepas memakai kopiah). tetapi ahli-ahli yang suka membidaahkan orang ini, tidak pula beramal dengan memakai kopiah dan serban WALAU PUN di dalam solat. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri bersabda, menyuruh umat baginda solat sebagaimana baginda solat. pastinya Rasulullah SAW bersolat memakai kopiah dan serban. Lazimnya ahli-ahli bidaah ini kebanyakkan yang aku temui, solat pun kepala terdedah tak berkopiah. Jadi di manakah keikhlasan mereka dalam memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW ? Nasihat ku, janganlah kita bersifat talam dua muka. Inilah antara ciri-ciri pejuang yang jahil atau pejuang yang berjuang tanpa matlamat, serta berjuang bukan atas landasan iman sebaliknya atas landasan emosi.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, Mawlid Nabi itu bidaah. Setiap bidaah akan masuk ke neraka. Bidaah bermakna apa yang Rasulullah SAW tak lakukan. Kalau begitu, menggunakan internet dan berdakwah juga bidaah. Sesiapa saja yang menggunakan internet akan masuk ke neraka sebab dakwah itu adalah ibadah. Sebab itu istilah bidaah yang di larang itu, PERLU diperincikan. Bidaah yang ditegah ialah yang menjurus kepada yang haram. Bukan yang menjurus kepada yang halal.

Ada juga yang mengatakan, umat Islam ini lemah kerana dipayahkan dengan amalan ibadah yang di tokok tambah antaranya baca Yaasin malam Jumaat, membaca Mawlid Berzanji, bertariqat, membaca qunut dalam solat subuh dan sebagainya yang pada kaca mata mereka adalah amalan yang Rasulullah SAW tak buat. TETAPI mereka tak pula mengatakan umat Islam lemah kerana dipayahkan dengan mengadaptasi cara perjuangan jahiliah Rom. Mereka tidak pula mengatakan umat Islam lemah sebab berhimpun ramai-ramai bergaul lelaki dan wanita yang bukan mahram sambil menzahirkan emosi yang ternyata di luar batas akhlak Rasulullah SAW. Sebab itu, aku mengatakan, ramai orang sekarang berjuang bukan atas dasar iman tetapi atas dasar emosi.

Kadang-kadang pejuang ahli bidaah ini akan menyindir sinis ... "Apasal baca Malam Jumaat saja ? Bacalah malam-malam yang lain juga. .... Dan aku menjawab juga secara sindiran yang lebih sinis serta pedas, kepada mereka ... "Iman aku lemah, mujur ada malam Jumaat. dapat gak aku baca Yaasin. Itu lebih baik dari suka komplen tapi tak baca Yaasin langsung" ...

Ada juga yang menyindir .... "Dari baca Mawlid Berzanji, baik baca Al Quran." .... dan aku menjawab ... "Betul tu, aku memang ada jadual baca Al Quran, dan sekarang jadual aku baca Mawlid Berzanji. Mawlid Berzanji ini sebenarnya adalah sejarah kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW dalam bentuk puisi dan di sulam dengan selawat. Jadi membaca Mawlid Berzanji ini lebih baik dari membaca majalah Mangga untuk tau cerita Norman Hakim dan Memey atau baca Majalah Bola atau mendengar lagu Justin Bieber" .... dan kebiasaannya orang yang menerima jawapan dari aku akan mencari topik baru agar kebodohannya tak semakin terdedah. Tapi seperti biasa ... orang yang bermasalah dengan aku akan menjadi provokasi aku hehehehe .... Ohhh jahatnya aku ... Ya ALLAH .. ampunkanlah dosa ku.

Jadi tanggung jawab orang yang tahu untuk menegur dan menasihati pejuang ahli bidaah dan ahli emosi ini agar kembali ke manhaj perjuangan Islam yang sebenar. Agar mereka membuka tempurung kelapa yang menutup minda mereka agar mereka tidak menjadi seperti katak yang menyangkakan tempurung kelapa itulah dunia yang maha luas. Sedangkan keluasan akhirat ALLAH itu lebih luas dari apa yang mampu dilihat dengan jangkauan mata.

Menjelang Nisfu Syaaban, masyarakat Melayu khususnya di negara kita akan membaca surah yaasin di malam Nisfu Syaaban. Ramai yang bertanya, adakah sandaran dalil terhadap membaca surah Yaasin sebanayak tiga kali di malam Nisfu Syaaban ?

Maka aku menjawab ... TIDAK.

Tiada amalan khusus di malam Nisfu Syaaban. Tetapi hadis menyatakan malam Nisfu Syaaban adalah malam yang amat utama untuk melaksanakan amal ibadah. Masyarakat Melayu menjadikan amalan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali kerana MUNGKIN itulah yang termampu bagi mereka. Lantas bagi kita yang ingin berjuang, sayugia dianjurkan agar ibadah di malam Nisfu Syaaban itu tidak terhenti sehingga di situ. perbanyakkanlah solat sunat yang lain. Perbanyakkanlah solat tahajjud, tasbih, taubat, hajat, witir dan lain-lain. Perbanyakkanlah membaca Al Quran. Perbanyakkanlah zikir wirid dan selawat. Hiasi malamnya dengan ibadah sebelum kita memasuki fasa Pesta Ibadah yang sebenar di bulan Ramadhan. Oleh itu, dari orang-orang mengadap Facebook berchatting, eloklah masa itu digunakan untuk membaca Yaasin tiga kali. Sekurang-kurangnya masa untuk mereka membuat dosa mengumpat di kurangkan hehehe.

Dan seperti di bulan-bulan yang lain dan hari kebesaran Islam yang lain, Ramadhan juga tidak terkecuali menjadi mangsa suara-suara sumbang pejuang yang emosi/ yang inginkan perhatian/ ahli bidaah ini. Setaip kali solat Terawikh, akan berlaku pertelingkahan. Ada yang mengatakan solat terawikh 8 rakaat, siapa buat selain 8 rakaat adalah bidaah dan masuk neraka. Ada yang kata 18 rakaat. Ada yang kata 21 rakaat. Solat terawikh ni sunat saja. Mereka yang mendirikan solat terawikh lebih dari 8 rakaat, mereka ada sandaran dalil. Jangan marah mereka.

Pertelingkahan solat terawikh ini bukan pada bilangan rakaat saja, malah pada bacaan selawat antara solat itu pun jadi isu yang diperbesarkan. Dulu pernah aku di marahi oleh seorang Ustaz bertaraf PhD sebab berselawat antara solat terawikh. Katanya itu adalah bidaah. Lantas aku jawab ...."Ustaz tak bawa anak-anak ke untuk solat terawikh di Masjid ? Tolong inform anak-anak ustaz yang kat rumah tu, menonton ASTRO waktu orang solat Terawikh itu lagi jelas bidaahnya. Kami berselawat sebab kami cintakan Rasulullah SAW bukannya cintakan ASTRO." ... Sejak malam itu, Ustaz PhD itu tidak datang bersolat terawikh di masjid qariah aku .... uh jahatnya aku lagi .... Ya ALLAH ampunkanlah dosa ku.

Jadi kepada para pejuang emosi/ yang inginkan perhatian/ ahli bidaah, diharap janganlah merosakkan amal ibadah orang lain di bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini. Bahkan jangan juga merosakkan amal ibadah orang lain di bulan-bulan yang lain. Selagi TIDAK bertentangan dengan syariat, selagi tidak melakukan perkara yang haram, biarlah mereka yang ingin beramal dengan perkara yang khilaf itu dengan amalan mereka. Itu lebih baik dari mereka menonton ASTRO, lepak di kedai mamak, menonton bola sepak dan lain-lain lagi. Usah digusarkan perkara khilaf.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini, InsyaALLAH aku akan membuat siri notes berkenaan puasa berdasarkan mazhab Syafie. InsyaALLAH.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa


Puasa wajib :

Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :
a) Puasa dalam bulan Sya’ban (dalam mazhab Syafie, puasa selepas 15 Syaaban adalah HARAM dan tidak sah melainkan mereka yang telah menjadikan puasa itu sebagai wirid dirinya)

b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal

c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah

d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram

f) Puasa pada hari Isnin & Khamis

g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15

h) Puasa satu hari berbuka satu hari

i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.

j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :

a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja

b) Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :

a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya

b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban

c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik

d) Puasa perempuan haid & Nifas

e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa.



OK laah nak siap-siap untuk bermusafir esok. InsyaALLAH akan disambung.



Semoga kita dipanjangkan suia untuk bertemu Ramadhan yang akan datang. Amieen.



Gersik, Muar

12 Julai 2011

9.52pm

No comments:

Post a Comment