Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Monday, August 15, 2011
Di Ambang Ramadhan Part 4 : Soal Jawab Berkenaan Puasa
Soalan: Waktu saya tengah syok makan sahur sesambil layan mata yang kuyu tiba-tiba terdengar azan Subuh, Sah tak puasa saya ?
Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.
Soalan: Sir, Bulan puasa tak leh minum air, kalau orang tu dia kumpul air liur dia banyak-banyak dalam mulut kemudian dia telan, batal tak puasa dia ?
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.
Soalan: Saya sokmo terlupa pada hari pertama puasa. Bangun pagi, pergi ke dapur, terus buat Milo dan minum. Dah habis satu mug Milo baru teringat dah masuk 1 Ramadhan. Saya terlupa. Macam mana puasa saya ?
Jawapan: Puasa awak SAH. Kira rezki ALLAH untuk awak ler tu. Jadi teruskan berpuasa. Sabda Rasullah SAW yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.
Soalan: Saya kena posting jauh dalam hutan. Nak cari bahan herba untuk Investigational Product yang sir suruh. Tak cari kang, sir hangin satu badan. Dalam hutan, TV tak de, radio tak de, internet & facebook pun tak der. Jadi 30 Syaaban tu, malamnya saya puasa. Tapi hati was-was sama ada esok 1 Ramadhan. Sah ke niat saya ?
Jawapan: Niat awak TAK SAH. Awak kena yakin sudah masuk 1 Ramadhan baru dikira niat sah.
Soalan: Sir, saya pregnan. Apa hokum kalau saya yang bunting ni atau orang perempuan yang menyusukan anak batalkan puasanya ?
Jawapan: Perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan baby, HARUS membatalkan puasa mereka dengan dua sebab atau keadaan :
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri, tak larat, lemah longlai, letih lesu, anaemia.
b. Kerana menjaga kesihatan anak, khuatir baby dalam perut tak cukup zat atau susu ibu tak cukup untuk anak yang menyusu.
TETAPI bila berlaku salah satu sebab atau kedua-dua sebab di atas, awak kenalah …..
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qadha’ sahaja.
Soalan: Sir, kalau orang yang tinggalkan puasa sebab keuzuran, orang tu lak tak berdaya nak puasa, boleh tak orang yang berdaya yang power-power ni qadhakan untuk dia ?
Jawapan: Walau macam mana power pun awak, hokum menyatakan TIDAK boleh mengqadhakan puasa orang yang masih hidup. Jadi dia kena bayar fidyah kalau tak mampu berpuasa.
Soalan: Apa hukum bersahur ?
Jawapan: Hukumnya SUNAT.
Soalan: Sir, kami ni bulan puasa kena posting dalam hutan. Tau-atu ajelaa dalam hutan bukan senang nak masak-masak. Kalau masuk waktu berbuka, kita orang delay sikit atau kita orang tak berbuka bila masuk waktu, sah tak puasa ?
Jawapan: Puasa awak SAH, tapi disunatkan SEGERA berbuka bila masuk waktu.
Soalan: Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?
Jawapan: Pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan adalah berganda.
Soalan: Sir, kita orang bulan puasa ni sir hantar kita orang pergi cari bahan reserach dalam Laut China Selatan. Kena scuba tu. Kalau saya terkentut dalam air batal tak puasa saya ?
Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.
Soalan: Sir, saya pregnan. Kalau bulan puasa ni saya bersalin macam mana?
Jawapan: Bila awak bersalin, awak aka nada darah nifas, maka WAJIB awak berbuka puasa dan WAJIB QADHA puasa awak pada bulan lain. Tapi kalau awak bersalin dan taka da darah nifas, HARUS awak berbuka dan WAJIB QADHA puasa yang awak tinggalkan.
Soalan : Sir, niat puasa dalam hati. Perlu ke kita lafazkan niat tu ?
Jawapan : Rukun puasa ialah niat. Niat itu di hati. Apa itu niat ? Niat adalah rencana yang tegas untuk melakukan sesuatu. Nah kalau rencana sudah dianggap mantap dalam hati, maka niat tidak perlu diucapkan. Tetapi ada orang yang sering merasa ragu [pendapat dalam ilmu kejiwaan, ianya merupakan penyakit,yang disebut sebagai neurosis] jika niatnya tidak diucapkan. Oleh sebab itu, dalam hal seperti ini, niat ada baiknya dilafazkan, agar anda dapat betul-betul yakin terhadap apa yang akan anda buat. Maka sebab itu Imam Syafie, menyatakan SUNAT kita melafazkan niat. Agak-nya Imam Syafie ni tahu pasal penyakit neurosis hehehe.
Soalan : Saya confuselaa. Ada orang kata … Kalau kita bersahur, otomatik merupakan niat dan tidak perlu lafaz niat. Cam mana kes ni sir ?
Jawapan : Ada dua pendapat :
Pendapat pertama, mengatakan, jika kita bangun untuk bersahur, pastinya adalah untuk berpuasa. Jadi aktiviti bersahur itu adalah faktor yang menggerak keinginan untuk puasa. Secara tak langsung ia merupakan satu niat. Ertinya, secara tidak langsung, sahur itu merupakan salah satu bentuk kita berniat mahu berpuasa. Jadi, sahur dapat dijadikan sebagai niat untuk puasa.
TETAPI
Pendapat yang MAHSYUR mengatakan bagun sahur itua niatnya bersahur BUKAN berpuasa. Lebih-lebih lagi NIAT dalam beribadah ada tiga rukun iaitu Qasad, Ta’arrudh dan Ta’yin.
Qasad adalah penetapan yang kita ini menuju kepada ALLAH.
Ta’arrudh adalah kita membentangkan apakah amalan kita kepada ALLAH
Ta’yin adalah penetapan bahawa kita mengenali ALLAH Yang maha Esa sebagai Tuhan yang hanyasanya layak di sembah.
Sebagai contoh, dalam niat solat Subuh. Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat kerana ALLAH Taala.
Qasad = Sahaja aku
Ta’arrudh = Solat
Ta’yin = fardhu Subuh
Jadi dalam ibadah puasa, niat kita berpuasa hendaklah sekurang-kurangnya. Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan, fardhu atas ku kerana ALLAH Taala.
Qasad = sahaja aku
Ta’arrudh = puasa
Ta’yin = fardhu Ramadhan
Begitulah kesempurnaan niat dalam beribadah.
Kita hidup di dunia hendakkan sesuatu yang glamer dan mahsyur. Kalau nak kereta, antara Proton dengan Ferrari, kita akan pilih Ferrari sebab Ferrari lebih mahsyur. Kalau ada hendak beristeri antara artis dengan ustazah, orang lelaki akan pilih artis dari pilih ustazah, sebab artis lebih mahsyur. Kalau hendak makan ayam goring, antara KFC dengan ayam goring pasar malam, orang akan pilih KFC walau pun banyak isu kebersihan sebab KFC lebih mahsyur.
Jadi dalam beribadah, kita carilah dan amalkanlah pendapat yang mahsyur.
Ryga, Latvia
19 July 2011
2.15am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment