Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Monday, August 15, 2011

Tazkirah ramadhan 8 : Peringatan Buat Hawa




Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang soleha buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH.





Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhram
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan
sekaligus disusuli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhramnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang
memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah ALLAH di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia
juga yang mengoncang iman lelaki.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

Tazkirah ramadhan Khas Buat Isteri Ku : Beruntungnya Menjadi Seorang Isteri




Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.





Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan `peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw: "Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan


Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti `kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.

Kepada isteri ku,

Selamat Ulang Tahun .....terima kasih kerana menemani diri ku dalam perjuangan ini.


Tazkirah Ramadhan 7 : Muhasabah DI 10 Ramadhan



Berlalu sudah 10 Ramadhan ... berlalu juga fasa pertama di bulan Ramadhan. Fasa yang mana ALLAH menjanjikan rahmat ......


Wahai diri ku yang hina lagi banyak dosa ....


Sejauh manakah engkau berusaha meraih rahmat ALLAH di bulan Ramadhan ini ?





Wahai diri ku,


Betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya ALLAH atas dir mu, lantas diciptakan satu bulan yang diawalnya terkandung rahmat, dipertengahannya keampunan dan dikhatamkannya dengan pembebasan dari api neraka. ALLAH ciptakan ini semua, buat menyelamatkan diri mu dari menjadi bahan bakaran api neraka. Sejauh manakah diri mu berusaha bagi meraih ketiga-tiga janji ALLAH di bulan Ramadhan ? Sedarilah ... sesungguhnya janji ALLAH itu pasti dan tidak akan di mungkiri ... Namun mengapa diri mu masih lalai dan alpa ? Sedangkan di saat ini syaitan-syaitan dirantai dan nafsu-nafsu dibelenggu, justeru itu itu membuka ruang bagi diri mu untuk melaksanakan amal ibadah seluas-luasnya dengan hati yang khusyuk dan tawadduk ....


Wahai diri ku,


Andainya kasih sayang ALLAH yang engkau dambakan ..... inilah saatnya tatkala tabir hijab dek godaan syaitan dan bujukan nafsu disingkap...... Tatkala syaiatan-syaitan dirantai dan nafsunafsu dibelenggu .....Tatkala pintu langit terbula seluas-luasnya di sepertiga malam bagi menerima rintihan munajat mu ... MENGAPA ENGKAU MASIH LALAI MERAIH KASIH SAYANG ALLAH ?


Wahai diri ku,


Lupakah engkau akan kisah kebangkitan semula di mahsyar ? .... Lupakah engkau bahwa manusia yang pertama sekali dibangkitkan di mahsyar adalah baginda Rasulullah SAW ? ..... Lupakah engkau akan perkara pertama yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW tatkala dibangkitkan di mahsyar adalah MENANGIS ? ...... Dan lupakah engkau bahawa tangisan baginda Rasulullah SAW di mahsyar itu adalah kerana merindui umat baginda ? .... Tidak sudikah engkau menjadi umat baginda ? .... Lantas mengapa engkau masih tidak membina mahligai kecintaan kepada Rasulullah SAW di bulan yang penuh berkat lagi penuh rahmat ini ?


Wahai diri ku,


Sedarilah … Tatkala baginda Rasulullah SAW dibangkitkan di Mahsyar…. Baginda SAW melihat ke kiri dan ke kanan … apa yang dilihat hanya kekosongan dan kehampaan …. “Dimanakah umat ku ?” … mungkin itulah bisik hati baginda SAW …... Lantas baginda terjelepuk bersimpuh di bumi …. Wajahnya ditundukkan … Baginda SAW MENANGIS terisak-isak keseorangan …. Mengalirlah air matanya yang mulia bagai titisan mutiara membasahi pipi dan janggut baginda ….


Wahai diri ku,


Lupakah engkau akan kata-kata baginda Rasulullah SAW dalam sedu-sedannya kepada Jibrail tatkala baginda di bangkitkan di Mahsyar ? Kata baginda …..


Wahai Jibrail, bersaksikanlah. Demi keagungan Tuhan ku. Bahawasanya akan kuatlah pertolongan ku ke atas umat ku pada hari ini. SESUNGGUHNYA AKU AKAN MENSYAFAATKAN UMAT KU PADA HARI INI.”


Wahai diri ku,


Begitu kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada umat baginda….. Saat baginda SAW masih bernyawa, baginda sering menangis kerana kecintaan dan kerinduannya kepada umatnya …… Saat baginda SAW di ambang sakaratul maut, kalimah yang hanya mampu diucap dalam keadaan sebak dan duka hanyalah “Umat ku, Umat ku, Umat ku” ….. Dan saat bangkitnya baginda di Mahsyar, hanya linangan air mata dan esak tangisan baginda kerana kerinduan kepada umat baginda yang menemani baginda yang keseorangan …… TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADA RASULULLAH SAW ?


Wahai diri ku,


Munculnya 10 Ramadhan bukan sekadar menjadi peringatan bahwa Hari Lebaran bakal menjelang lagi 20 hari, tetapi ianya juga sebagai petanda bahawa sudah 10 hari kita melalui Ramadhan yang mulia ini dan fasa pertama yang menjanjikan rahmat ALLAH di bulan Ramadhan akan berakhir.


Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menilai keberkesanan tarbiah yang sedang kita lalui bersama. Apakah tarbiah yang kita lalui bersama ini memberi bekas ke atas diri kita. Di fasa kedua Ramadhan, dijanjikan oleh Allah akan keampunan dan maghfirah. Sejauh manakah kita mengalirkan air mata taubat kita untuk merebut janji Allah yang sememangnya pasti ini ? Sejauhmanakah kita berusaha memohon ampunan Allah dan berusaha meninggalkan dosa dan maksiat yang menjadi pakaian hidup kita ?


Ramadhan yang menjelang menjanjikan 1001 macam jenis tarbiah dan kesedaran. Di bulan yang penuh barokah inilah syaitan-syaitan di belenggu dan nafsu-nafsu dikekang. Sayugialah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan pelajaran dari madrasah Ramadhan yang hanya muncul sebulan dalam setahun.


Antara tarbiah yang seharusnya dijadikan pakaian hidup ialah sifat "empathy", merasakan kesusahan dan penderitaan manusia yang lain di dalam diri kita. Kesukaran menahan lapar dan dahaga. Juga menahan kemahuan duniawi. Tarbiah di madrasah Ramadhan ini seharusnya berjaya mendidik kita untuk merasai penderitaan dan kedaifan insan lain yang kurang bernasib baik dari kita. Sifat ini tidak akan dapat dirasai seandainya kita menjalani ibadah puasa tanpa ada rasa tawaddhuk dan hina diri kepada Allah. Seandainya dalam timbangan perasaan kita, Ramadhan yang ke 10 ini masih belum berjaya menjadikan kita insan yang tawadhuk dan empathy, maka usahakanlah dengan segera agar sisa-sisa baki Ramadhan 1432H ini dapat dimanfaatkan untuk mendidik hati kita. Kerana kedua-dua sifat inilah yang bakal membantu kita mengungkai dua sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita iaitu sifat ujub dan riyak.


Kepada saudara-saudari yang ikhlas nak bersahabat dengan aku yang jahat ni.


Aku hargai persahabatan ikhlas anda. Mungkin Idilfitri yang bakal menjelang 20 hari lagi ni akan kita sambut dengan gelak hilai tawa anak-anak, saudara-mara, handai taulan. Tetapi ingatlah, dalam kegembiraan dan kesenangan kita meraikan hari lebaran sambil diulit dendangan takbir raya, selawat dan marhaban. Masih ada diantara kita yang meraikan hari lebaran dengan kesedihan dan kesyahduan. Kehidupan mereka yang daif, serta perginya insan yang tersayang, menjadikan hari lebaran merupakan hari yang hambar.


Malah tak mustahil jika aku katakan, hari lebaran merupakan hari kesedihan dan tangisan buat mereka. Kerana di hari itulah kenangan bersama insan tersayang datang mengundang. Sang isteri terasa kekosongan dan anak-anak hilang tempat bermanja.


Kasihilah fakir miskin kerana mereka akan bangkit bersama-sama Rasulullah SAW di Mahsyar nanti. Kasihilah anak-anak yatim kerana mereka adalah kecintaan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW sendiri adalah anak yatim ….


Marilah kita bersama-sama membuktikan sifat ukhwah Islamiah yang sering kita canangkan dan perkatakan di sama ada di email, di coretan blog, dalam sembang2 kita dan perbualan kita. Buktikanlah rasa ukhwah Islamiah ini wujud dalam diri kita. Hulurkanlah bantuan dan sedekah jariah buat mereka, agar kedukaan mereka terubat sedikit dengan rasa kasih sayang ukhwah yang kita tunjukkan.


Aku pernah menukilkan bait-bait munajat seorang anak yatim di Madrasah Darus Syifa yang sempat aku rakam secara rahsia pada malam bulan Ramadhan 1430H. Maka izinkan aku menukilkannya semula di sini. Mudah-mudahan hati kita menjadi lunak atas rintihan mereka ………….


"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ayah dan ibu ... Besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ayah dan ibu ku walau mereka tidak membesarkan aku ...


Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ayah dan ibu telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini.


Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ayah dan ibu .... aku ingin bermanja dengan ayah dan ibu ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ayah dan ibu ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ayah dan ibu ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku.


Ya Allah .... walau KAU jemput ayah dan ibu sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi


Ya Allah .... aku amat merindui ayah dan ibu ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku


Ya Allah ... aku rindu pada ayah dan ibu ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ "



Madrasah Darus Syifa
10 Ogos 2011
5.10am


Tazkirah Ramadhan 7 : Muhasabah DI 10 Ramadhan

Berlalu sudah 10 Ramadhan ... berlalu juga fasa pertama di bulan Ramadhan. Fasa yang mana ALLAH menjanjikan rahmat ......


Wahai diri ku yang hina lagi banyak dosa ....


Sejauh manakah engkau berusaha meraih rahmat ALLAH di bulan Ramadhan ini ?





Wahai diri ku,


Betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya ALLAH atas dir mu, lantas diciptakan satu bulan yang diawalnya terkandung rahmat, dipertengahannya keampunan dan dikhatamkannya dengan pembebasan dari api neraka. ALLAH ciptakan ini semua, buat menyelamatkan diri mu dari menjadi bahan bakaran api neraka. Sejauh manakah diri mu berusaha bagi meraih ketiga-tiga janji ALLAH di bulan Ramadhan ? Sedarilah ... sesungguhnya janji ALLAH itu pasti dan tidak akan di mungkiri ... Namun mengapa diri mu masih lalai dan alpa ? Sedangkan di saat ini syaitan-syaitan dirantai dan nafsu-nafsu dibelenggu, justeru itu itu membuka ruang bagi diri mu untuk melaksanakan amal ibadah seluas-luasnya dengan hati yang khusyuk dan tawadduk ....


Wahai diri ku,


Andainya kasih sayang ALLAH yang engkau dambakan ..... inilah saatnya tatkala tabir hijab dek godaan syaitan dan bujukan nafsu disingkap...... Tatkala syaiatan-syaitan dirantai dan nafsunafsu dibelenggu .....Tatkala pintu langit terbula seluas-luasnya di sepertiga malam bagi menerima rintihan munajat mu ... MENGAPA ENGKAU MASIH LALAI MERAIH KASIH SAYANG ALLAH ?


Wahai diri ku,


Lupakah engkau akan kisah kebangkitan semula di mahsyar ? .... Lupakah engkau bahwa manusia yang pertama sekali dibangkitkan di mahsyar adalah baginda Rasulullah SAW ? ..... Lupakah engkau akan perkara pertama yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW tatkala dibangkitkan di mahsyar adalah MENANGIS ? ...... Dan lupakah engkau bahawa tangisan baginda Rasulullah SAW di mahsyar itu adalah kerana merindui umat baginda ? .... Tidak sudikah engkau menjadi umat baginda ? .... Lantas mengapa engkau masih tidak membina mahligai kecintaan kepada Rasulullah SAW di bulan yang penuh berkat lagi penuh rahmat ini ?


Wahai diri ku,


Sedarilah … Tatkala baginda Rasulullah SAW dibangkitkan di Mahsyar…. Baginda SAW melihat ke kiri dan ke kanan … apa yang dilihat hanya kekosongan dan kehampaan …. “Dimanakah umat ku ?” … mungkin itulah bisik hati baginda SAW …... Lantas baginda terjelepuk bersimpuh di bumi …. Wajahnya ditundukkan … Baginda SAW MENANGIS terisak-isak keseorangan …. Mengalirlah air matanya yang mulia bagai titisan mutiara membasahi pipi dan janggut baginda ….


Wahai diri ku,


Lupakah engkau akan kata-kata baginda Rasulullah SAW dalam sedu-sedannya kepada Jibrail tatkala baginda di bangkitkan di Mahsyar ? Kata baginda …..


Wahai Jibrail, bersaksikanlah. Demi keagungan Tuhan ku. Bahawasanya akan kuatlah pertolongan ku ke atas umat ku pada hari ini. SESUNGGUHNYA AKU AKAN MENSYAFAATKAN UMAT KU PADA HARI INI.”


Wahai diri ku,


Begitu kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada umat baginda….. Saat baginda SAW masih bernyawa, baginda sering menangis kerana kecintaan dan kerinduannya kepada umatnya …… Saat baginda SAW di ambang sakaratul maut, kalimah yang hanya mampu diucap dalam keadaan sebak dan duka hanyalah “Umat ku, Umat ku, Umat ku” ….. Dan saat bangkitnya baginda di Mahsyar, hanya linangan air mata dan esak tangisan baginda kerana kerinduan kepada umat baginda yang menemani baginda yang keseorangan …… TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADA RASULULLAH SAW ?


Wahai diri ku,


Munculnya 10 Ramadhan bukan sekadar menjadi peringatan bahwa Hari Lebaran bakal menjelang lagi 20 hari, tetapi ianya juga sebagai petanda bahawa sudah 10 hari kita melalui Ramadhan yang mulia ini dan fasa pertama yang menjanjikan rahmat ALLAH di bulan Ramadhan akan berakhir.


Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menilai keberkesanan tarbiah yang sedang kita lalui bersama. Apakah tarbiah yang kita lalui bersama ini memberi bekas ke atas diri kita. Di fasa kedua Ramadhan, dijanjikan oleh Allah akan keampunan dan maghfirah. Sejauh manakah kita mengalirkan air mata taubat kita untuk merebut janji Allah yang sememangnya pasti ini ? Sejauhmanakah kita berusaha memohon ampunan Allah dan berusaha meninggalkan dosa dan maksiat yang menjadi pakaian hidup kita ?


Ramadhan yang menjelang menjanjikan 1001 macam jenis tarbiah dan kesedaran. Di bulan yang penuh barokah inilah syaitan-syaitan di belenggu dan nafsu-nafsu dikekang. Sayugialah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan pelajaran dari madrasah Ramadhan yang hanya muncul sebulan dalam setahun.


Antara tarbiah yang seharusnya dijadikan pakaian hidup ialah sifat "empathy", merasakan kesusahan dan penderitaan manusia yang lain di dalam diri kita. Kesukaran menahan lapar dan dahaga. Juga menahan kemahuan duniawi. Tarbiah di madrasah Ramadhan ini seharusnya berjaya mendidik kita untuk merasai penderitaan dan kedaifan insan lain yang kurang bernasib baik dari kita. Sifat ini tidak akan dapat dirasai seandainya kita menjalani ibadah puasa tanpa ada rasa tawaddhuk dan hina diri kepada Allah. Seandainya dalam timbangan perasaan kita, Ramadhan yang ke 10 ini masih belum berjaya menjadikan kita insan yang tawadhuk dan empathy, maka usahakanlah dengan segera agar sisa-sisa baki Ramadhan 1432H ini dapat dimanfaatkan untuk mendidik hati kita. Kerana kedua-dua sifat inilah yang bakal membantu kita mengungkai dua sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita iaitu sifat ujub dan riyak.


Kepada saudara-saudari yang ikhlas nak bersahabat dengan aku yang jahat ni.


Aku hargai persahabatan ikhlas anda. Mungkin Idilfitri yang bakal menjelang 20 hari lagi ni akan kita sambut dengan gelak hilai tawa anak-anak, saudara-mara, handai taulan. Tetapi ingatlah, dalam kegembiraan dan kesenangan kita meraikan hari lebaran sambil diulit dendangan takbir raya, selawat dan marhaban. Masih ada diantara kita yang meraikan hari lebaran dengan kesedihan dan kesyahduan. Kehidupan mereka yang daif, serta perginya insan yang tersayang, menjadikan hari lebaran merupakan hari yang hambar.


Malah tak mustahil jika aku katakan, hari lebaran merupakan hari kesedihan dan tangisan buat mereka. Kerana di hari itulah kenangan bersama insan tersayang datang mengundang. Sang isteri terasa kekosongan dan anak-anak hilang tempat bermanja.


Kasihilah fakir miskin kerana mereka akan bangkit bersama-sama Rasulullah SAW di Mahsyar nanti. Kasihilah anak-anak yatim kerana mereka adalah kecintaan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW sendiri adalah anak yatim ….


Marilah kita bersama-sama membuktikan sifat ukhwah Islamiah yang sering kita canangkan dan perkatakan di sama ada di email, di coretan blog, dalam sembang2 kita dan perbualan kita. Buktikanlah rasa ukhwah Islamiah ini wujud dalam diri kita. Hulurkanlah bantuan dan sedekah jariah buat mereka, agar kedukaan mereka terubat sedikit dengan rasa kasih sayang ukhwah yang kita tunjukkan.


Aku pernah menukilkan bait-bait munajat seorang anak yatim di Madrasah Darus Syifa yang sempat aku rakam secara rahsia pada malam bulan Ramadhan 1430H. Maka izinkan aku menukilkannya semula di sini. Mudah-mudahan hati kita menjadi lunak atas rintihan mereka ………….


"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ayah dan ibu ... Besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ayah dan ibu ku walau mereka tidak membesarkan aku ...


Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ayah dan ibu telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini.


Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ayah dan ibu .... aku ingin bermanja dengan ayah dan ibu ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ayah dan ibu ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ayah dan ibu ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku.


Ya Allah .... walau KAU jemput ayah dan ibu sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi


Ya Allah .... aku amat merindui ayah dan ibu ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku


Ya Allah ... aku rindu pada ayah dan ibu ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ "



Madrasah Darus Syifa
10 Ogos 2011
5.10am


Tazkirah Ramadhan 6 : Nilai Sebuah Persahabatan




Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri? Tetapi, dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana apa? Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.




Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa? Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita? Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat? Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat?

Sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu? Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan... Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan? Kita tidak tahu? Tetapi? jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu...

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA...

Tazkirah Ramadhan 5 : Demi Cinta Ku Pada MU, Ku Korbankan Nafsu Ku




Sulaiman bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, ia bersama seorang kawannya berniat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di suatu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Dia tinggal di khemah sementara kawannya pergi berbelanja.

Dalam keadaan dia bersendirian di khemah, tiba-tiba muncul di hadapan Sulaiman seorang wanita cantik, seraya berkata: “Beri saya....”




Segera Sulaiman berganjak mengambil makanan, lalu diberikannya kepada wanita itu. Tetapi alangkah terkejutnya Sulaiman atas jawaban wanita itu: “Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian dari lelaki yang biasa ia berikan kepada isterinya.”

Mendengar itu Sulaiman tersentak. Lalu ia berkata, “Engkau telah dipersiapkan iblis untuk menggodaku.”

Betapa gelisahnya hati Sulaiman. Ia menunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan demikian, gadis penggoda itu segera beredar meninggalkan Sulaiman. Tak lama kemudian terdengar langkah temannya datang. Mata sembab Sulaiman belum sempat terhapus.

“Ada apakah gerangan wahai Sulaiman?” tanyanya.

“Aku teringat puteriku,” kata Sulaiman cuba berbohong.


“Tidak mungkin. Demi Allah, engkau pasti menyembunyikan sesuatu,” bujuk si teman. Kerana didesak terus, akhirnya Sulaiman menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, temannya yang mendengar cerita itu malah menangis terisak-isak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya.

“Mengapa engkau pula yang menangis?” tanya Sulaiman.

“Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi,” ucapnya.

Kemudian sampailah Sulaiman di kota Makkah, bertawaf dan bersa’i di Kaabah. Ketika telah letih dan lelah, ia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Dalam tidurnya ia bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Ia berkata kepada lelaki itu: “Siapakah Tuan? Semoga tuan mendapat curahan rahmat.”

“Aku Nabi Yusuf As-Siddiq,” jawabnya.

“Sungguh, engkau mengagumkan wahai Nabi.... Engkau menang melawan godaan isteri Tuanmu,” kata Sulaiman.

“Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula!” Jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan bahawa Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik

Tazkirah Ramadhan 4: Sebak Di Hati Siapa Yang Tahu .....




Firman ALLAH SWT :

”Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.” (Al Maun : Ayat 1 – 3)


Rasulullah SAW bersabda :


”Sebaik-baik rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diasuh dengan baik. Dan sejelek-jelek rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang tidak diasuh dengan baik.”



Rasulullah SAW bersabda lagi :


Sesungguhnya di dalam syurga terdapat rumah yang disebut “Rumah Kesenangan”. Tidak ada yang dapat memasukinya, kecuali orang yang menyenangkan anak-anak yatim mukmin


Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub Al Muqarrabu Ilaa Allamul Ghuyub ada memuatkan hadis-hadis berikut :


Sabda Rasulullah SAW : Anak yatim apabila dipukul maka asrasy Ar Rahman bergoncang kerana tangisan mereka. Allah SWT berkata kepada para malaikat “Wahai malaikat ku, siapa yang membuat anak yang sudah kematian ayah ini menangis?”


Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa menanggung makan dan minum anak yatim, Allah menjamin dirinya masuk syurga.


Rasulullah SAW bersabda : Segala sesuatu ada kuncinya. Kunci syurga, salah satunya ialah mencintai kaum miskin dan fakir lantaran kesabaran mereka. Mereka itulah orang-orang yang dekat dengan Allah pada hari kiamat.


Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Kelantani dalam kitabnya Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat AL Qulub menukilkan sebuah kisah .....


Rasulullah SAW berkata di dalam doanya :


Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan himpunkanlah aku di mahsyar bersama-sama orang yang miskin.


Lantas Aisyah rha bertanya : Mengapa engkau meminta begitu ya Rasulullah SAW ?


Rasulullah SAW menjawab : Kerana mereka itu masuk ke syurga 40 tahun lebih dahulu dari orang yang kaya. Wahai Aisyah, jangan engkau nafikan dan tolak permintaan orang yang miskin. Bersedekahlah kepda mereka walau dengan sebelah tamar sekalipun. Wahai Aisyah, kasihlah oleh mu akan segala orang miskin dan hampirkanlah diri mu akan mereka, nescaya ALLAH akan hampir dengan mu di hari qiamat.


Rasulullah saw bersabda, “Aku bersama orang yang mengurus anak yatim di syurga seperti ini- Nabi mengisyaratkan dua jarinya, telunjuk dan jari tengah, atau jari telunjuk dan ibu jari.” (HR Malik dalam Al-Muwaththa’ bab 6 halaman 8)


Dituturkan dari Ibn Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memelihara anak yatim di tengah kaum muslim dengan memberi makan dan minum, maka Allah akan memasukkannya ke syurga kecuali ia melakukan dosa yang tidak diampuni Allah (dosa musyrik).” ( Al-Tirmizi)


Dituturkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang mengutusku dengan hak, Allah tidak akan menyiksa pada Hari Kiamat pada orang yang mengasihi anak yatim, ramah, manis tutuk katanya dan benar-benar menyayangi anak yatim dan mengambil peduli kelemahannya. Juga tidak menyombongkan diri terhadap tetangganya dengan kekayaan yang diberikan Allah kepadanya.” ( Al-Baihaqi )


Setiap kali kemunculan Ramadhan … antara insan yang paling gembira menanti kedatangannya adalah adalah golongan fakir miskin dan anak yatim asnaf zakat. Kerana kemunculan Ramadhan membawa bersama sedikit kegembiraan kepada mereka. Walau pun kegembiraan yang mampu mereka nikmati itu hanya bersifat sementara, namun itu sudah cukup untuk membuat mereka tersenyum dan melupakan seketika penderitaan dan kesedihan yang mereka alami.


Saudara-saudari yang ikhlas bersahabat dengan diri ku yang hina lagi banyak dosa ini,


Kita sewajarnya bersyukur. Walau ada di antara kita dihimpit dengan pelbagai masalah dan bebanan hidup. Namun kita masih mampu untuk hidup senang walau pun tidak semewah jutawan. Sesukar-sukarnya kehidupan kita di dunia, kita masih mampu memandu kereta walaupun buatan Malaysia. Kita masih mampu lagi berbelanja walau hanya di hypermarket atau pasar malam. Kita masih lagi mampu bergurau senda dan berFacebook bersama teman-teman.


Namun di sebalik kesenangan dan nikmat yang kita kecapi ini, kadang-kadang kita terlepas pandang akan kehadiran insan-insan yang kurang bernasib baik dari kita.


Mungkin …sewaktu kita berbelanja di pasar raya bersama teman-teman, mereka memandang kita dari jauh sambil hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan mampu berbelanja di pasar raya”.


Mungkin juga sewaktu kita atau anak-anak kita sedang tekun belajar di sekolah-sekolah modern atau IPTA yang punya perpustakaan ber-air-cond …. Mereka memandang kita dari kejauhan dan hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan itu mampu mendapat pendidikan yang sempurna berbanding diri ku ….”

Mungkin sewaktu kita menikmati kelazatan ayam goreng KFC sambil menjilat jari, nun jauh di sana mereka memandang kita sambil mereka berbisik ... "Beruntungnya si polan dapat menikmati makanan yang lazat dan enak, sedangkan aku hanya menikmati nasi berlaukkan ikan masin dan berulamkan kangkung ..."


Mungkin juga … sewaktu kita bergurau senda bersama anak-anak dan family di taman permainan … mereka melihat ita dari jauh … dan hati mereka berbisik …”Beruntung sungguh si polan, punya ayah, punya ibu tempat untuk bermanja dan dibelai … sedangkan aku hidup sebatang kara …” … Lantas air mata mereka mengalir … hati mereka terhiris … NAMUN … kepada siapa hendak mereka mengadu ? …. MELAINKAN ….. kepada ALLAH ………


Terlalu banyak janji yang ditaburkan kepada mereka yang berbuat baik kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Tidak kecil dan sedikit fadhilatnya. Malahan yang menabur janji itu adalah ALLAH. Pastinya janji ALLAH itu tetapkan termeteri.


Sempena Ramadhan yang bertamu … aku menyeru kepada diri ku dan anda semua . Ambillah kesempatan untuk menambah amal kebajikan sebagai bekalan kita untuk kembali ke hadrat ALLAH nanti. Ambillah kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh berkat di mana amal perbuatan digandakan ganjaran pahalanya. Ayuhlah kita bersama-sama mengukirkan senyuman di wajah mereka walau pun hanya seketika, mudah-mudahan ALLAH akan mengukir senyuman di wajah kita di akhirat sana. Dan pastnya senyuman yang terukir di akhirat akan berkekalan.


Tuan dan Puan yang dikasihi
Kasihanilah kami yang hidup sendiri
Bantulah kami tolonglah kami
Belaian kasih mu sangat kami hargai


Sedihnya rasa pilunya hati
Ingatkan nasib diri sendiri
Ditinggalkan ayah dan ibu begini
Perginya merreka tidak kembali lagi

Kami tiada tempat bergantung
Untuk menyerah nasib dan untung
Gelap gelita berdebar jantung
Bagaikan cahaya diliputi mendung

Sumbangan ikhlas seumpama pelita
Menghapus kegelapan menyinari cahaya
Membimbing kami hidup bahagia
Ke arah membina kesucian agama

Sumbangan tuan sangat bermakna
Mengangkat darjat kami yang hina
Kami berdoa kepada ALLAH Yang Maha Esa
Agar mencucuri rahmat kepada tuan sepanjang masa ....


Moscow
4 Ogos 2011
4.45am

Tazkirah Ramadhan 3 : Kerinduan yang Subur




ALLAH menjanjikan melalui idah Rasul-NYA :

Awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka.

Sedar tidak sedar, sudah tiga hari berlalu di bulan Ramadhan kali ini. Sudah tiga hari yang dijanjikan rahmat dari ALLAH meninggalkan kita. Kita masih berbaki tujuh hari lagi untuk kita meraih rahmat ALLAH di awal Ramadhan. Yang mana rahmat ALLAH di bulan Ramadhan terlalu istimewa berbanding bulan-bulan yang lain.





Sejauhmanakah usaha yang telah kita lakukan selama tiga hari yang telah berlalu ini dalam merebut rahmat ALLAH ? Sempena bulan Ramadhan yang merupakan bulan ibadah dan bulan mujahadah. Aku ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama bermuhasabah.

ALLAH menjanjikan melalui kekasihnya Rasulullah SAW, bahawa awal Ramadhan yang mulia ini, ALLAH melimpahkan rahmat-NYA Yang Maha Agung. Ayuh, marilah kita bersama-sama melihat di dalam diri sendiri, apakah tujuh hari yang telah kita sama-sama lalui ini, telah kita gunakan untuk meraih rahmat dan kasih sayang Ilahi, Tuhan yang menjadikan diri ku, menjadikan diri mu dan juga menjadikan setiap mahkluk di alam ini.

Apakah tiga hari yang telah kita lalui bersama-sama ini, kita pergunakan untuk meraih kasih sayang dan kecintaan ALLAH SWT ? Lihatlah ke dalam diri. Terutama tatkala kita bersendirian bersama kesunyian malam, tanyailah diri kita apakah mutu ibadah kita sebelum dan setelah kedatangan Ramadhan ada menampakkan peningkatan ?

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan ..., di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih ALLAH....

Wahai diri ku,

Adakah diri mu merindui Rasulullah SAW setiap hari ? Apakah kehadiran Ramadhan ini, kerinduan mu kepada baginda semakin mendalam ?

Kenangkanlah saat di mana Rasulullah SAW berlinangan air mata tatkala merindui umat baginda yang hidupnya sangat jauh dari zaman baginda …………Dalam satu majlis …. Sedang Rasulullah SAW di kelilingi oleh para sahabat yang sedang menikmati kehangatan layanan mesra seorang kekasih ALLAH yang mulia … tiba-tiba Rasulullah SAW terdiam sejenak ….tampak genangan air mata mengalir perlahan di wajah insan yang mulia yang menjadi rahmat buat seluruh alam ini.

Keadaan baginda mengundang kegusaran di kalangan para sahabat. Lantas Abu Bakar RA selaku sahabat yang paling akrab menghampiri baginda…. Pertanyaan dilontar oleh Abu Bakar RA kepada baginda … Apakah yang membuat engkau bersedih wahai kekasih ALLAH ? ….

Rasulullah SAW menjawab …. Aku merindui saudara-saudara ku. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka".....

Suasana yang tadinya ceria menjadi muram dan hening. Kemurungan baginda SAW mengundang kesedihan para sahabat …

Abu Bakar bersuara tenang memujuk ….Ya Rasulullah SAW .. Bukankah kami ini saudara-saudara mu?

Rasulullah SAW bersuara bernada lemah sambil air mata baginda masih mengalir dan menitis di pipi … Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudara ku.


Kami juga adalah saudara-saudara mu, wahai Rasulullah SAW … seorang sahabat mencelah …


Dengan sayup pandangan mata yang redup, Rasulullah SAW menatap satu per satu wajah sahabat-sahabat baginda dengan pandangan kasih sayang ….. Sambil tersenyum … Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya ….. Saudara-saudara ku ialah mereka yang tidak pernah bertemu dengan ku tetapi mereka beriman dengan ku dan mereka sangat mencintai ku. Malah …Kecintaan mereka kepada ku melebihi cinta mereka kepada anak-anak. Melebihi kecintaan kepada ibu bapa mereka. Malah melebihi kecintaan kepada dunia dan segala isinya ………. Maka bersaksilah kalian bahawa aku juga amat merindui dan mencintai mereka ………..


Maka berderailah air mata baginda SAW menanggung kerinduan kepada umat baginda di akhir zaman …………


Dalam satu majlis yang lain …….. Baginda bertanya kepada para sahabat …. Tahukah kamu siapakah hamba ALLAH yang paling kukuh imannya ?

Seorang sahabat menjawab …. MALAIKAT …

Rasulullah SAW tersenyum ….Bagaimana para malaikat tidak kukuh imannya kepada ALLAH sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah, mereka sentiasa bertasbih dan ibadah. Tetapi masih ada lagi hamba ALLAH yang kukuh imannya ….. jelas Rasulullah.


Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka menjawab …. Apakah para Rasul dan nabi-nabi Ya Rasulullah SAW ?
Rasulullah SAW tersenyum lagi …. Bagaimana para Rasul dan nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.


Para sahabat terdiam sekali lagi. Saling berpandangan antara satu sama lain. Seorang sahabat menjawab …Mungkinkah kami ya Rasulullah SAW ?


Sekali lagi Rasulullah SAW tersenyum …. Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kalian dan kalian berjuang dan berkorban di sisi ku ….. pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


Suasana menjadi hening seketika ……



Tiba-tiba Rasulullah tertunduk. Cuba menyembunyikan riak di wajahnya. Abu Bakar RA menghampiri baginda. Ternyata Rasulullah SAW sedang menangis …… Para sahabat menjadi cemas …..


Perlahan Rasulullah SAW mengangkatkan kepalanya menampakkan linangan air mata baginda… Di tatap wajah para sahabat satu per satu …. Andainya kamu ingin tahu siapakah yang paling kukuh imannya ? Mereka ialah umat ku yang hidup setelah lama wafatnya diri ku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku. Maka bersaksilah kamu. Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka….. ucap Rasulullah SAW dalam keadaan sayu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu

Tidak rindukah engkau pada Rasulullah SAW ?


Moscow
3 Ogos 2011
4.15am

Tazkirah Ramadhan 2 : Jangan Engkau Berhenti Berdoa




Banyak orang yang tidak mampu memanfaatkan kesempatan untuk berdoa, padahal boleh jadi seseorang itu tergolong yang mustajab doanya tetapi kesempatan baik itu banyak disia-siakan. Maka seharusnya setiap muslim memanfaatkan kesempatan tersebut untuk berdoa sebanyak mungkin baik memohon sesuatu yang berhubungan dengan dunia atau akhirat.




Di antara orang-orang yang doanya mustajab.

1. Doa Seorang Muslim Terhadap Saudaranya Dari Tempat yang Jauh Dari Abu Darda' bahwa dia berkata bahwasanya NabiShallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Artinya : Tidaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak di hadapannya, maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata : "Amin, dan bagimu seperti yang kau doakan". (ShahihMuslim, kitab Doa wa Dzikir bab Fadli Doa fi Dahril Ghalib).

Imam An-Nawawi berkata bahwa hadits di atas menjelaskan tentang keutamaan seorang muslim mendoakan saudaranya dari tempat yang jauh, jika seandainya dia mendoakan sejumlah atau sekelompok umat Islam, maka tetap mendapatkan keutamaan tersebut. Oleh sebab itu sebagian ulama salaf tatkala berdoa untuk diri sendiri dia menyertakan saudaranya dalam doa tersebut, karena disamping terkabul dia akan mendapatkan sesuatu semisalnya.(Syarh Shahih Muslim karya Imam An-Nawawi 17/49)

Dari Shafwan bin Abdullah bahwa dia berkata : Saya tiba di negeri Syam lalu saya menemui Abu Darda' di rumahnya, tetapi saya hanya bertemu dengan UmmuDarda' dan dia berkata : Apakah kamu ingin menunaikan haji tahun ini ? Sayamenjawab : Ya. Dia berkata : Doakanlah kebaikan untuk kami karena RasulullahShallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Artinya : Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya terkabulkan dan disaksikan oleh malaikat yang ditugaskan kepadanya, tatkala dia berdoa untuk saudaranya, maka malaikat yang di tugaskan kepadanya mengucapkan : Amiin da bagimu seperti yang kau doakan".Shafwan berkata : "Lalu saya keluar menuju pasar dan bertemu dengan AbuDarda', beliau juga mengutarakan seperti itu dan dia meriwayatkannya dari Nabi. (Shahih Muslim, kitab Dzikir wa Doa bab FadludDoa Lil Muslimin fiDahril Ghaib 8/86-87)

Syaikh Al-Mubarak Furi berkata bahwa jika seorang muslim mendoakan saudaranya kebaikan dari tempat yang jauh dan tanpa diketahui oleh saudara tersebut, maka doa tersebut akan dikabulkan, sebab doa seperti itu lebih berbobot dan ikhlas karena jauh dari riya dan sum'ah serta berharap imbalansehingga lebih diterima oleh Allah. (Mir'atul Mafatih7/349-350) Catatan. Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata bahwa Imam Karmanimenukil dari Al-Qafary bahwa ucapan doa seorang : "Ya Allah ampunilah dosa semua kaum muslimin" adalahdoa terhadap sesuatu yang mustahil sebab pelaku dosa besar mungkin masuk Neraka dan masuk Neraka bertolak belakang dengan permohonan pengampunan,bisa saja pelaku dosa besar di doakan, sebab yang mustahil adalah mendoakan pelaku dosa besar yang kekal di Neraka, selagi masihbisa keluar karena syafaat atau dimaafkan, maka itu termasuk pengampunan secara keseluruhan.

Ucapan orang di atas bertentangan dengan doa Nabi Nuh 'Alaihis Salam dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. "Artinya : Ya Rabb! Ampunilah aku, ibu bapakku,orang-orang mukmin yang masuk ke rumahku dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan".(Nuh : 28). Dan juga bertentangan dengan doa Nabi Ibrahim 'AlaihisSalam dalam firmanAllah Subhanahu wa Ta'ala. "Artinya : Ya Rabbi, ampunilah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab".(Ibrahim : 41)

Serta Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga diperintahkan seperti itu yang terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. "Artinya : Dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi(dosa)orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan".(Muhammad : 19) Yang jelas permohonan dengan lafazh umum tidak mengharuskan permohonan untuk setiap orang secara kolektif. Mungkin yang dimaksud oleh Al-Qafary bahwa mendoakan kaum muslimin secara kolektif dilarang bila seorang yang berdoa menginginkan keseluruhan tanpa pengecualian dan bukan pelarangan terhadap syariat doanya. (Fathul Bari 11/202)

2. Orang yang Memperbanyak Berdoa Pada Saat Lapang dan Bahagia Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Artinya :Barangsiapa yang ingin doanya terkabul padasaat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang". (Sunan At-Tirmidzi, kitab Da'awaat bab Da'watil Muslim Mustajabah 12/274. Hakim dalam Mustadrak. Dishahihkan oleh Imam Dzahabi 1/544. Dan di hasankan oleh Al-Albani No. 2693).

Syaikh Al-Mubarak Furi berkata bahwa makna hadits diatas adalahhendaknya seseorang memperbanyak doa pada saat sehat, kecukupan dan selamat dari cobaan, sebab ciri seorang mukmin adalah selalu dalam keadaan siaga sebelum membidikkan panah. Maka sangat baik jika seorang mukmin selalu berdoa kepada Allah sebelum datang bencana berbeda dengan orang kafir dan zhali sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Ertinya : Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya ; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu".(Az-Zumar : 8). Dan firman Allah.

"Artinya : Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui(jalannya yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya". (Yunus : 12. Mir'atul Mafatih7/360).

Wahai orang yang ingin dikabulkan doanya, perbanyaklah berdoa pada waktu lapang agar doa Anda dikabulkan pada saat lapang dan sempit.

JANGAN SESEKALI BERHENTI DARI BERDOA

Orang bijak mengatakan, doa tanpa usaha adalah bohong dan usaha tanpa doa adalah sombong. Doa dan usaha adalah dua aktifitas yang tidak bisa dipisahkan. Kita tidak bisa hanya berdoa saja tanpa melakukan usaha semaksimal mungkin untuk mengapai tujuan kita. Kita juga tidak bisa hanya berusaha saja, tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu berhasil atau tidaknya tujuan kita.

Doa adalah permohonan, pengharapan seorang hamba kepada Sang Khaliq. Doa itu intinya adalah ibadah, doa adalah senjata, doa adalah obat, doa adalah pintu segala kebaikan. Seluruh hamba sangat bergantung kepada penciptanya. Setiap hamba memang harus berdoa, sebab kita diciptakan dalam keadaan penuh dengan keterbatasan-keterbatasan. Manusia memang ditakdirkan sebagai makhluk yang paling sempurna dengan segala kelebihan-kelebihannya, namun dibalik kelebihan itu manusia juga memiliki segudang kelemahan.

Bayangkan jika kita sedang berada ditengah lautan. Tiba-tiba kapal yang kita tumpangi terhoyong -hayang ke kanan dan ke kiri kerana badai yang tiba-tiba saja datang menghantam. Nahkoda memberi peringatan tanda bahaya. Tidak ada tempat kita meminta bantuan karena seluruh alat komunikasi terputus. Apakah yang akan kita lakukan pada saat itu? Masih pentingkah gelar, kedudukan, pangkat, jabatan, harta kekayaan yang melimpah, serta kecantikan? Tentu tidak, bagi kita keselamatan menjadi puncak harapan. Namun siapakah yang dapat memberikan keselamatan kala itu, kalau bukan kepada Allah SWT kita meminta?

Dibalik kelebihan-kelebihan yang kita miliki, kita menyimpan kelemahan-kelemahan yang tidak dapat kita tutupi, untuk itu kita perlu meminta kepada Allah SWT, berdoa dengan penuh kekhusuan, penuh harapan, tulus, pasrah dan ikhlas, seperti yang difirmankan Allah, "Hai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) Yang Maha Terpuji." (QS Faathir: 15).

Ada sebuah kisah tentang masyarakat Basrah yang waktu itu sedang dilanda kemelut sosial. Kebetulan mereka kedatangan ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Masyarakat Basrah pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham, "Wahai Abu Ishak (panggilan Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam Al-Quran agar kami berdoa. Kami warga Basrah sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi kenapa doa kami tidak dikabulkan Allah?"

Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai penduduk Basrah, karena hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dikabulkan Allah! Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya. Setipa hari kalian membaca Al-Quran, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya. Kalian selalu mengaku cinta kepada rasul, tetapi kalian meninggaklan pola prilaku sunnah-sunnahnya. Setiap hari kalian membaca ta’awudz, berlindung kepada Allah dari setan yang kalian sebut sebagai musuhmu, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan setan dan mengikuti langkahnya. Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justru bertentangan dengan keinginan itu. Katanya kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justru mencampakkan dirimu sendiri kedalamnya. Kalian mengakui bahwa maut adalah keniscayaan, tetapi nyatanya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya. Setiap saat kalian menikmati karunia Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya. Kalian sering menguburkan jenazah saudaramu, tetapi kalian tidak bisa mengambil pelajaran dari peristiwa itu."

Terakhir ia mengatakan, "Wahai penduduk Basrah, ingatlah sabda nabi, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dikabulkan. Hanya saja kalian harus tahu bahwa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main."

Apapun persoalan hidup kita, apakah kita sedang bahagia atau sedih, tetaplah berdoa kepada Allah. Jangan pernah berhenti memanjatkan doa kepada Allah, karena doa adalah masa depan kita. Doa adalah kekuatan kita, doa adalah senjata kita. Perhatikan ada-adab berdoa, dan bersabarlah menunggu dikabulkan-Nya .....!

Ambillah kesempatan di Ramadhan yang penuh berkat dan bulan di mustajabkan doa untuk memperbanyakan berdoa....

Tazkirah Ramadhan 1 : Akademi Ramadhan 1432H

Syahrul azim mubarak, itulah Ramadhan yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Penghulu kepada segala bulan yang didalamnya penuh dengan keberkatan dan keampunan. Manusia yang cintakan dunia, menghadapi Ramadhan dengan keluh kesah kerana di bulan Ramadhan lah waktu kegembiraan pimpinan nafsu dibatas. Manusia yang cinta dan ingin menjadikan diri mereka lebih hampir kepada ALLAH demi meraih kasih sayang dan keampunan ALLAH, menanti ketibaan Ramadhan bagaikan menanti kekasih yang amat dirindu. Kerana 10 hari pertama Ramadhan menjanjikan curahan rahmat dari ALLAH. Sepuluh hari kedua limpahan keampunan. Sepuluh hari ketiga pembebasan dari api neraka. Amat rugilah orang yang tidak mengambil kesempatan untuk memperoleh tiga anugerah ALLAH buat hamba-hamba NYA.





Setiap kali Ramadhan, itulah ungkapan-ungkapan yang sentiasa disebut dan diingatkan kepada umat Islam tatkala Ramadhan menjelma. Kadang-kadang aku terfikir, sejauhmanakah diri aku dan anda semua ambil serius tentang ungkapan dan peringatan tersebut ? Apakah ungkapan dan peringatan tersebut benar-benar kita laksanakan tuntutannya atau hanyalah untuk menjadi penyedap bicara dan halwa telinga ?

Di bulan Ramadhan, alhamdulillah kita boleh menambah amalan sunat kita kerana tidak disibukkan dengan tugasan di rumah seperti ke pasar, memasak dan sebagainya. Lebih banyak ruang dan masa untuk kita bertadarus Al Quran, berzikir, bersolat sunat, bersedekah dan melakukan ibadah sunat yang lain. Tetapi apakah amalan sunat yang kita lakukan itu hanya bermusim di bulan Ramadhan ? Setelah berlalu Ramadhan maka ibadah sunat tersebut kita lupakan. Kita kembali ke sifat asal kita sebagai manusia yang hidup untuk bergelumang dengan maksiat.

Apakah niat kita dalam melangkah ke gerbang Madrasah Ramadhan ? Apakah kita berpuasa untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa kita juga mampu berpuasa dalam erti kata menahan diri dari lapar dan dahaga semata ? Sedangkan hati kita masih ternanti-nanti bilakah ada peluang untuk kita melayan hawa nafsu yang sememangnya berselera dan merasa nikmat dengan dosa dan kemungkaran.

Bagi mereka yang ikhlas. Ingin menjadikan Ramadhan sebagai Madrasah yang mentarbiah dirinya agar lebih merasa cinta kepada ALLAH dan Rasul-Nya, insya-ALLAH segala niat murninya akan termakbul. Akan terasalah kemanisan dalam beribadah. Akan terasalah kelazatan hidup dalam cahaya keimanan. Bagi mereka yang melalui Ramadhan hanya sebagai syarat menunjukkan kepada manusia lain bahwa diri mereka juga berpuasa, maka itulah juga yang akan diperolehi mereka. Manusia akan kata "Ya, benar. Si Polan itu seorang Islam sebab dia berpuasa". tetapi puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga kerana anggota tubuhnya yang lain masih melakukan kemaksiatan kepada ALLAH.

Mata, masih memandang yang haram. Mulut, masih membicarakan yang haram. Telinga, masih mendengar bunyian yang haram. Tangan, masih melakukan perkara yang haram. Kaki masih berjalan ke arah yang haram. HATI, masih belum mahu tunduk dan patuh kepada hukum syariat ALLAH.

Alangkah hipokritnya kita dengan ALLAH. Itu pun kita masih merasakan bahwa kitalah manusia paling baik di seluruh pelusuk dunia.

Pernah suatu ketika aku dan sahabat-sahabat membuat XPDC di utara tanah air untuk mendekati orang yang kurang bernasib baik dari kita. Mungkin ada di antara kita yang mengaku susah dan sesak. Tapi dalam kesusahan dan kesesakan kita, kita masih mampu berinternet dan berchatting. Hasil perjalanan kami menamatkan musafir kami di sebuah rumah beratap nipah, berlantaikan tanah. Ketibaan kami disambut oleh seorang anak kecil berusia lingkungan 12 tahun.

"Assalamu alaikum" sahabat ku memberi salam

"wa alaikumsalam" terdengar suara kecil di balik daun pintu. Tak lama lepas tu muncul seorang budak lelaki di muka pintu.

"Ayah ada ?" tanya sahabat ku

"Ayah tak dak, dia pi ke utan. Tiga hari sekali baru balik" jawab anak kecil tu

"Ayah tak ada, adik tinggal dengan sapa?"

"Tinggal dengan akak. Dia pun tak dak, pi angkat ayaq di telaga"

"Mak ada ?"

Anak kecil tu terdiam. Lama kami tunggu jawapannya, barulah dia bersuara.

"Mak dah lama meninggal, waktu saya kecik"

"Adik tak gi sekolah ?"

"Saya tak pi sekolah. Cuti setahun"

"Apasal cuti sampai setahun ?" tanya sahabat aku, hairan.

"Kami orang miskin, ayah pi utan cari pucuk kayu, rotan jual di pekan. Tak cukup duit. Kakak sakit. Belanja tak cukup. Saya minta cuti tolong ayah"

Begitulah antara dialog kami yang masih basah dalam ingatan aku.

Saudara-saudari sekelian.

Inilah antara wajah-wajah rakyat Malaya yang pernah aku jumpa. Dalam kita mendabik dada bahwa Malaya adalah negara maju. Masih ada lagi insan manusia yang seagama dan seaqidah dengan kita yang terpinggir dalam kedaifan.

Rasailah kelaparan insan yang kurang bernasib baik dari kita. Rasailah penderitaan mereka, agar kita dapat merasakan keinsafan bahwa nikmat yang ALLAH kurniakan buat kita terlalu banyak dan kita masih lagi kufur dengan nikmat-nikmat tersebut. Andainya kita sedar bahwa nikmat yang ALLAH curahkan kepada kita terlalu banyak sedangkan kesyukuran kita masih belum setimpal dengan nikmat pemberian-NYA, ayuh usahakanlah di madrasah Ramadhan ini untuk mengorak langkah perubahan dalam diri kita.

Saudara-saudari sekelian. Saban hari dan masa. Kehidupan kita dicemari dengan daki maksiat dan kemungkaran. Akibat perlakuan maksiat kita, kita dimarah, kita dicemuh, kita di hina. Kita rasa kurang selesa dengan cemuhan, kutukan dan hinaan tersebut walaupun di lubuk hati kita, kita akui bahwa apa yang kita lakukan adalah bertentangan dengan syariat. Apakah kita tidak takut penderitaan dan siksaan api neraka di akhirat nanti ? Apakah kita sangka ALLAH itu tidak tahu apa maksiat yang kita lakukan dalam keadaan nifaq? Apakah kita sangka kepanasan api neraka ALLAH itu bagaikan kepanasan puntung rokok yang saban hari menjadi nikmat bibir kita ? Andainya kita benci di caci dan dimaki akibat maksiat yang kita lakukan, mengapakah kita tidak berusaha meraih keampunan ALLAH dan berusaha menjadi hamba ALLAH yang mendapat kasih sayang dan rahmat Ilahi ? Ayuhlah kita bersama-sama berusaha meraih keampunan ALLAH di Ramadhan yang penuh berkat ini. Perbaikilah diri kita dengan ikhlas agar kembalinya kita nanti ke pangkuan ALLAH sebagai hamba yang diredhai-NYA dengan hati yang tenang. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk kita terus meninggalkan kefasadan dan berusaha melaksanakan makrufat. Sebagai bukti bahwa kita ini seorang hamba ALLAH.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menyelusuri Ramadhan yang bakal menjelang ini dengan rasa kehambaan. Rebutlah peluang tatkala syaitan-syaitan dibelenggu, nafsu-nafsu dikekang, pintu rahmat, pintu keampunan dibuka, pintu-pintu neraka ditutup. Bersama iringan doa para malaikat untuk hamba ALLAH yang berpuasa dengan penuh keikhlasan. Jadikanlah Madrasah Ramadhan ini sebagai titik permulaan lembaran baru buat diri kita sebagai hamba ALLAH yang benar-benar mengharapkan keampunan dan kasih sayang ALLAH. Semoga tarbiyah kita kali ini membuahkan hasil yang bakal dituai dengan penuh keuntungan di akhirat

SALAM RAMADHAN buat diri ku dan semua ..........


Tangisan Penawar Hati Yang Luka




FIRMAN ALLAH SWT : Terjemahannya : Hampir-hampir langit itu pecah dari sebelah atasnya (karena kebesaran Tuhan) dan malaikat-malaikat bertasbih memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang yang ada di bumi. Ingatlah bahwa sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Asy Syura : 5)




Langit berserta isinya sungguh takut pada Allah karena kebesaran-Nya, sebab itu langit seperti menangis. Dan malaikat-malaikat tidak berhenti-henti menghambakan diri untuk memuji Allah dan mendoakan keselamatan manusia di bumi.

Sedangkan makhluk-makhluk bumi hanya sebagian kecil saja yang menyadari kebesaran kerajaan langit lalu turut mengabdikan diri sebagai penyerahan total pada Allah SWT. Mereka itu sangat membesarkan Allah dalam setiap tindakan mereka. Imam Bukhari misalnya telah mengungkapkan rasa kehambaannya pada Allah SWT dalam sajaknya. Rintihannya lebih kurang begini :

Di kala malam yang sunyi sepi
sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi,
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.
Lemah lutut berdiri di hadapanMu
sedu-sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan,
hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini.
Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan.
Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu pernah mengatakan:

"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan".

Hamba percaya pada tutur kepastian itu.
Sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan muthmainnah.

Demikianlah bila hati sudah kembali kepada fitrahnya, maka manusia menjadi makhluk yang paling sempurna (insaanul kamil). Tetapi alangkah ruginya karena tidak semua manusia memilih jalan itu.

Di akhir zaman ini rasa kehambaan dalam hati hamba-hamba Allah sudah sangat kurang. Hati mereka jadi keras seperti batu.

Allah menggambarkan hal itu dengan firman-Nya :

Terjemahannya : Kemudian setelah itu hati kamu menjadi keras seperti batu atau lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar mata air lalu mengalir dan sesungguhnya sebagian dari batu itu ada yang retak dan pecah lalu keluar air dari dalamnya. Dan ada pula batu yang jatuh meluncur karena takut kepada Allah. Dan tidaklah Allah lalai terhadap apa yang kamu kerjakan. (Al Baqarah : 74)

Mereka bukan lagi memuja Allah tetapi memuja diri (nafsu) sendiri. Allah SWT tidak dibesarkan dengan selayaknya. Dan syariat Tuhan lahir maupun batin dijadikan bahan gurauan dan mainan mereka semata-mata.

Tetapi selamat dan bahagiakah hidup mereka?

Damaikah negara mereka?

Amankah masyarakat mereka?

Tenangkah rumah tangga mereka?

Lapangkah dada mereka?

Puaskah nafsu mereka?

Dan di manakah syurga dunia yang mereka impi-impikan?

Hidup di tengah-tengah gelombang nafsu ego dan rakus, hasad dengki, gila dunia, dendam, bakhil, riya', ujub dan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin. Manusia bukan saja tidak dapat memberi ketenangan pada masyarakat sekitarnya bahkan diri dan keluarga sendiri pun gagal mereka letakkan dalam keadaan tenang. Kuman-kuman hasad dengki, takabur, gila dunia, bakhil, riya' dan lain-lain itu penuh mengerumuni hati mereka. Hal tersebut makin memusnahkan kemurnian rasa kemanusiaan dan pasti tidak akan membiarkan hati manusia itu dalam keadaan tenang dan tentram. Kejahatan-kejahatan itu akan senantiasa menggigit hati nurani manusia hingga hati itu selalu sakit.

Sudah kaya tidak puas apalagi kalau miskin. Sudah mempunyai pengikut tidak puas apalagi kalau sendirian. Sudah sehat tidak puas apalagi kalau sakit. Sudah disanjung tidak puas apalagi kalau dihina.

Di dalam kubur nanti kuman-kuman itu akan menjelma menjadi ular dan kalajengking yang menggigit dan mengunyah sekujur tubuh manusia. Sampai di Akhirat mereka akan menyerupai api yang akan membakar dan melumatkan lahir dan batin manusia.

Ketenangan hati hanya akan diperoleh dengan mengakui kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadirat Allah yang Maha Tinggi. Mengaku berdosa lahir dan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum-hukum Allah, mengharapkan kebahagiaan Akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang sesama manusia, zuhud terhadap dunia, ikhlas beramal semata-mata karena Allah dan lain-lain rasa hati yang telah saya uraikan sebelum ini.

Kebahagiaan di dunia ini adalah ketenangan hati. Dan hati yang tenang adalah hati yang selamat dari kejahatan-kejahatan. Bila hati selamat, barulah manusia akan dipanggil Allah untuk menikmati kebagiaan abadi dalam Syurga Jannatun Naim.

Firman Allah SWT : Terjemahannya : Pada hari manusia meninggalkan dunia ini tidak berguna harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat. (Asy Syuara: 88-89)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita taufik dan hidayah untuk memperoleh hati yang selamat sebagaimana yang Dia maksudkan. Amin.


Madrasah Tahfiz Darus Syifa
30 July 2011
5.42pm

Menangislah Diri Ku




Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada ALLAH sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."





Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T, maka ALLAH mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya ALLAH S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamatlah ia sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).

Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya ALLAH) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi MuhammadS.A.W. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W". Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W. meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah S.A.W., ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Ramadhan yang bakal menjelma, terkandung di dalamnya rahmat di awalnya, pengampunan di pertengahannya dan pembebasan dari api neraka di akhirnya.

Wahai diri ku yang penuh dosa,

Persiapkanlah diri mu untuk merebut rahmat, ampunan dan pembebasan dari api neraka ALLAH di Ramadhan yang bakal bertandang. Anggapkanlah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan mu yang terakhir kerana engkau tidak pernah punya perjanjian dengan ALLAH untuk hidup sehingga keesokan hari .....

JSC Olainfarm
Ryga, Latvia
21 July 2011
11.05am

Di Ambang Ramadhan Part 4 : Soal Jawab Berkenaan Puasa




Soalan: Waktu saya tengah syok makan sahur sesambil layan mata yang kuyu tiba-tiba terdengar azan Subuh, Sah tak puasa saya ?



Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.







Soalan: Sir, Bulan puasa tak leh minum air, kalau orang tu dia kumpul air liur dia banyak-banyak dalam mulut kemudian dia telan, batal tak puasa dia ?



Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.




Soalan: Saya sokmo terlupa pada hari pertama puasa. Bangun pagi, pergi ke dapur, terus buat Milo dan minum. Dah habis satu mug Milo baru teringat dah masuk 1 Ramadhan. Saya terlupa. Macam mana puasa saya ?



Jawapan: Puasa awak SAH. Kira rezki ALLAH untuk awak ler tu. Jadi teruskan berpuasa. Sabda Rasullah SAW yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.



Soalan: Saya kena posting jauh dalam hutan. Nak cari bahan herba untuk Investigational Product yang sir suruh. Tak cari kang, sir hangin satu badan. Dalam hutan, TV tak de, radio tak de, internet & facebook pun tak der. Jadi 30 Syaaban tu, malamnya saya puasa. Tapi hati was-was sama ada esok 1 Ramadhan. Sah ke niat saya ?



Jawapan: Niat awak TAK SAH. Awak kena yakin sudah masuk 1 Ramadhan baru dikira niat sah.



Soalan: Sir, saya pregnan. Apa hokum kalau saya yang bunting ni atau orang perempuan yang menyusukan anak batalkan puasanya ?



Jawapan: Perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan baby, HARUS membatalkan puasa mereka dengan dua sebab atau keadaan :

a. Kerana keuzuran dirinya sendiri, tak larat, lemah longlai, letih lesu, anaemia.
b. Kerana menjaga kesihatan anak, khuatir baby dalam perut tak cukup zat atau susu ibu tak cukup untuk anak yang menyusu.


TETAPI bila berlaku salah satu sebab atau kedua-dua sebab di atas, awak kenalah …..


a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qadha’ sahaja.



Soalan: Sir, kalau orang yang tinggalkan puasa sebab keuzuran, orang tu lak tak berdaya nak puasa, boleh tak orang yang berdaya yang power-power ni qadhakan untuk dia ?



Jawapan: Walau macam mana power pun awak, hokum menyatakan TIDAK boleh mengqadhakan puasa orang yang masih hidup. Jadi dia kena bayar fidyah kalau tak mampu berpuasa.



Soalan: Apa hukum bersahur ?



Jawapan: Hukumnya SUNAT.



Soalan: Sir, kami ni bulan puasa kena posting dalam hutan. Tau-atu ajelaa dalam hutan bukan senang nak masak-masak. Kalau masuk waktu berbuka, kita orang delay sikit atau kita orang tak berbuka bila masuk waktu, sah tak puasa ?


Jawapan: Puasa awak SAH, tapi disunatkan SEGERA berbuka bila masuk waktu.


Soalan: Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?


Jawapan: Pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan adalah berganda.


Soalan: Sir, kita orang bulan puasa ni sir hantar kita orang pergi cari bahan reserach dalam Laut China Selatan. Kena scuba tu. Kalau saya terkentut dalam air batal tak puasa saya ?


Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.


Soalan: Sir, saya pregnan. Kalau bulan puasa ni saya bersalin macam mana?


Jawapan: Bila awak bersalin, awak aka nada darah nifas, maka WAJIB awak berbuka puasa dan WAJIB QADHA puasa awak pada bulan lain. Tapi kalau awak bersalin dan taka da darah nifas, HARUS awak berbuka dan WAJIB QADHA puasa yang awak tinggalkan.


Soalan : Sir, niat puasa dalam hati. Perlu ke kita lafazkan niat tu ?


Jawapan : Rukun puasa ialah niat. Niat itu di hati. Apa itu niat ? Niat adalah rencana yang tegas untuk melakukan sesuatu. Nah kalau rencana sudah dianggap mantap dalam hati, maka niat tidak perlu diucapkan. Tetapi ada orang yang sering merasa ragu [pendapat dalam ilmu kejiwaan, ianya merupakan penyakit,yang disebut sebagai neurosis] jika niatnya tidak diucapkan. Oleh sebab itu, dalam hal seperti ini, niat ada baiknya dilafazkan, agar anda dapat betul-betul yakin terhadap apa yang akan anda buat. Maka sebab itu Imam Syafie, menyatakan SUNAT kita melafazkan niat. Agak-nya Imam Syafie ni tahu pasal penyakit neurosis hehehe.


Soalan : Saya confuselaa. Ada orang kata … Kalau kita bersahur, otomatik merupakan niat dan tidak perlu lafaz niat. Cam mana kes ni sir ?

Jawapan : Ada dua pendapat :

Pendapat pertama, mengatakan, jika kita bangun untuk bersahur, pastinya adalah untuk berpuasa. Jadi aktiviti bersahur itu adalah faktor yang menggerak keinginan untuk puasa. Secara tak langsung ia merupakan satu niat. Ertinya, secara tidak langsung, sahur itu merupakan salah satu bentuk kita berniat mahu berpuasa. Jadi, sahur dapat dijadikan sebagai niat untuk puasa.


TETAPI


Pendapat yang MAHSYUR mengatakan bagun sahur itua niatnya bersahur BUKAN berpuasa. Lebih-lebih lagi NIAT dalam beribadah ada tiga rukun iaitu Qasad, Ta’arrudh dan Ta’yin.

Qasad adalah penetapan yang kita ini menuju kepada ALLAH.
Ta’arrudh adalah kita membentangkan apakah amalan kita kepada ALLAH
Ta’yin adalah penetapan bahawa kita mengenali ALLAH Yang maha Esa sebagai Tuhan yang hanyasanya layak di sembah.

Sebagai contoh, dalam niat solat Subuh. Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat kerana ALLAH Taala.

Qasad = Sahaja aku
Ta’arrudh = Solat
Ta’yin = fardhu Subuh

Jadi dalam ibadah puasa, niat kita berpuasa hendaklah sekurang-kurangnya. Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan, fardhu atas ku kerana ALLAH Taala.

Qasad = sahaja aku
Ta’arrudh = puasa
Ta’yin = fardhu Ramadhan

Begitulah kesempurnaan niat dalam beribadah.

Kita hidup di dunia hendakkan sesuatu yang glamer dan mahsyur. Kalau nak kereta, antara Proton dengan Ferrari, kita akan pilih Ferrari sebab Ferrari lebih mahsyur. Kalau ada hendak beristeri antara artis dengan ustazah, orang lelaki akan pilih artis dari pilih ustazah, sebab artis lebih mahsyur. Kalau hendak makan ayam goring, antara KFC dengan ayam goring pasar malam, orang akan pilih KFC walau pun banyak isu kebersihan sebab KFC lebih mahsyur.

Jadi dalam beribadah, kita carilah dan amalkanlah pendapat yang mahsyur.


Ryga, Latvia
19 July 2011
2.15am

Di Ambang Ramadhan Part 3 : Apakah Ramadhan Tahun Ini Ramadhan Terakhir Bagi Ku ?




Ramadhan bakal menjelang. Namun kita belum pasti dipertemukan dengan Ramadhan yang hanya beberapa hari sahaja lagi. Namun hendaklah kita memanjatkan doa agar direzkikan bertemu dengan Ramadhan yang penuh berkat. Lantas hendaklah kita perkemaskan diri agar Ramadhan yang bakal kita tempohi ini tidak dipersia-siakan. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Kerana kita belum tentu bertemu di Ramadhan yang akan dating. Maka hendaklah kita jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling bermutu, paling berkualiti dalam hidup kita.






Marilah kita mengulangkaji bersama-sama beberapa adab dalam berpuasa semoga puasa kita itu nanti menjadi penanda aras kepada mutu Ramadhan yang kita tempohi.



ADAB-ADAB SUNAT PUASA


1. Bersahur dan mengakhirkan sahur : Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur. Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata:


“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian kami bangkit untuk solat (subuh). Dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w.:

“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air.” (Riwayat Ahmad)

2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Kekallah umatku dengan kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka.

3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.

4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa. Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan. Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang ia tinggalkan dari makanan dan minumannya.” (Riwayat al-Bukhari)


Rasulullah s.a.w. juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah ia sabar dan berkata: “Aku berpuasa.”

5. Tadarus Al-Quran. Jibrail a.s. bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah s.a.w. pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.




PERKARA YANG HARUS KETIKA BERPUASA

1. Menjirus kepala: Ini kerana terdapat hadith yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi s.a.w. menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menjirus air ke atas kepalanya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan.” (Riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)


2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak. Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibn Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Ata’, Hassan, Al-Nakhaie serta Al-Auzai’e Inilah juga pendapat Daud Al-Zaahiri.


3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar. Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifas, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannya. Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah. Kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari dari merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa.”


PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERPUASA


1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudu’ secara berlebih-lebihan. Imam Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhab telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika berwudu’ tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhab Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadith:

“Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwudu’) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa.”

2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut. Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie pula ialah hukumnya haram.
3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana ditakuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.

4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Imam Syafie dan Ahmad.

Semoga kita memperbaiki mutu puasa kita di ramadhan yang bakal menjelang.

Saturday, August 13, 2011

Di Ambang Ramadhan 1432H Part 2





ALLAH telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana ALLAH, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan). (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)





Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan pula akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

Dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan2, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara keistimewaan puasa juga, ALLAH SWT. akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh ALLAH. Sabda Rasulullah SAW:

“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, ALLAH Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-KU dan AKU sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua ke-gembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau Musk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebihbesar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut : “Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat.

Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa.

Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari ALLAH secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari ALLAH dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata:
Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian ALLAH dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap para Rasulullah, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para Rasulullah, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”
Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu :
1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati ALLAH SWT..

2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, ALLAH menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” (Surah al-Maidah: 42)

4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh ALLAH dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.

6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada ALLAH, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh ALLAH dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

Justeru itu, apakah tingkatan puasa yang ingin kita laksanakan nanti ? Puasa khusus al-khusus ? Puasa al-khusus ? Atau sekadar puasa al-umum sahaja ?

Terakhirnya, ayuh kita sambung mengulangkaji lagi akan bab Puasa sebagai persiapan kita di ambang Ramadhan ini.

Puasa ertinya: Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan. Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Syarat Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukallaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Syarat Sah Puasa :
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Syaaban).

Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnyamfajar sampai terbenamnya matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa:
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hokum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Orang Yang Diizinkan Berbuka dan Tidak Berpuasa
1. Orang yang sakit
2. Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 2 marhalah atau 91km
3. Orang tua yang sudah lemah
4. Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Kita stop dulu, dah time boarding. InsyaALLAH kita sambung lagi nanti dengan soal jawab Frequently Asked Questions tentang bab puasa.
Sebar-sebarkanlah info ini jika ada manfaat.


KLIA
13 Julai 2011
7.27 am