Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى فِيْ مَسْجِدِيْ أَرْبَعِيْنَ صَلَاةً لَا تَفُوْتُهُ صَلَاةٌ كُتِبَ لَهُ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَ بَرَاءَةٌ مِنَ الْعَذَابِ وَ بَرِيْءٌ مِنَ النِّفَاقِ –مسند أحمد بن حنبل
“Dari Anas bin Malik, bahawa Rasululliih SAW bersabda, “Barangsiapa solat di masjidku ini (masjid Nabawi) selama empat puluh waktu berturut-turut, maka dicatat baginya kebebasan dari neraka, selamat dari azab, serta terbebas dari kemunafikan.” (Musnad Ahmad bin Hanbal).
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلاَةٌ فِيْ مَسْجِدِيْ هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيْمَا سِوَاهُ إلاَّ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَ صَلاَةٌ فِيْ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفٍ فِيْمَا سِوَاهُ –مسند أحمد بن حنبل
“Dari Jabir RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Melakukan solat satu kali di masjidku ini lebih utama dari solat seribu kali di tempat lain, kecuali Masjidil Haram. Dan melakukan solat satu kali di Masjidil Haram lebih utama dari pada melakukan solat seratus ribu kali di tempat lainnya.” (Musnad Ahmad bin Hanbal)
عَنْ أبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَاتَشُدُّ الرِّحَالَ إلاَّ فِيْ ثَلَاثٍ: الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِيْ هَذَا
وَاْلمَسْجِدِ الْأقْصَى –صحيح البخاري
“Dari Abli. Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW beliau bersabda, ‘Janganlah kamu bersifat keras untuk berkunjung kecuali pada tiga tempat, yaitu Masjidil Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi), serta Masjidil Aqsa.’” (HR Bukhari)
Andainya diri mu dijemput ALLAH bertamu di dua Tanah Haram, gunalah kesempatan yang ada untuk melakukan ibadah di Raudhah milik Rasulullah SAW.
قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي (صحيح البخاري
Sabda Rasulullah saw :“Diantara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman syurga, dan mimbarku diatas telaga Haudh” (Sahih Bukhari)
Al Imam Ibn Hajar Al Asqalani didalam kitabnya Fathul Bari yang merupakan kitab syarah bagi Sahih Bukhari menjelaskan bahawa makna dari hadis ini adalah pendapat mereka yang mengatakan bahwa raudhah yang ada di Masjid Nabawi antara mimbar dan kubur Rasulullah SAW itu lebih afdhal, dari Masjidil Haram di Mekkah Al Mukarramah. Begitulah sebagian pendapat yang mengatakan demikian tapi yang diluar dari Raudhah itu tentunya adalah Masjid Al Haram lebih afdhal. Kerana apa? Kerana ada hadis yang menjelaskan bahwa raudhah itu adalah taman taman syurga.
Al Imam Ibn Hajar mengatakan sebahagian ulama menjelaskan raudhah itu kelak akan dimunculkan oleh ALLAH dan dipindahkan ke dalam syurga ALLAH SWT. Dan mimbarku berada diatas telaga haudh. Namun kesimpulan daripada hadis ini bahawa perjuangan Rasulullah SAW tidak akan luput dan keberkanannya akan berterusan dan berpanjangan sehinggalah hari kiamat. Bagi mereka mereka yang ingin meneruskan perjuangan baginda SAW, ingatlah dan yakinlah bahawa kemenangan akan selalu menjelang..
Seseorang juga dianjurkan untuk berdoa di depan mimbar Rasulullah SAW. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Mimbarku ini berada di atas telagaku.” (al-Hajj wa al-‘Umrah Fiqhuh wa Asraruh, 237)
Dengan pandangan yang berbeza, al-Imam ar-Rabbani Yahya bin Syarf al-Nawawi dalam kitabnya Kitab al-Idhah fi Manasik al-Hajj menjelaskan, dalam sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah, dari Rasulullah SAW bersabda, “Mimbarku ini berada di atas telagaku”. Imam al-Khathabi berkata, “Maksud hadis di atas adalah bahwa ‘orang yang selalu istiqamah melaksanakan ibadah di depan mimbarku, maka kelak di hari kiamat, ia akan minum air dari telagaku‘ ”. (al-Idhah fi Manasik al-Hajj wal ‘Umrah, 456)
Pada waktu permulaan Rasulullah SAW berkhutbah, baginda tidak berkhutbah di atas mimbar, sebaliknya baginda hanya bersandar pada sebatang pohon kurma. Keadaan demikian berpanjangan sehingga beberapa ketika. menurut riwayat dalam sahih Al Bukhari, seorang perempuan dari golongan Ansar datang menghadap Rasulullah dan berkata,
"wahai Rasulullah, adakah Rasulullah bersetuju kalau saya buatkan sesuatu yang dapat Rasulullah gunakan untuk duduk sewaktu berkhutbah, ketahuilah bahawa saya mempunyai seorang anak lelaki yang menjadi tukang kayu."
Jawab Rasulullah, bahawa baginda bersetuju . Lalu perempuan itu membuat sebuah mimbar yang sederhana besarnya untuk baginda menggunakannya.
Setelah mimbar tersebut siap dan digunakan oleh Rasulullah SAW, berlaku keajaiban mukjizat Rasulullah SAW yang disaksikan oleh para sahabat. Pohon kurma tempat Rasulullah SAW bersandar menangis terisak-isak. Bila Rasulullah SAW menghampiri pokok tersebut dan bertanya kepadanya. Pokok kurma tersebut berkata bahawa dirinya sedih kerana Rasulullah SAW tidak lagi menggunakannya untuk bersandar sewaktu memberi khutbah. Lantas Rasulullah SAW memujuk poohon kurma tersebut. Sejak itu pohon tersebut disapu dengan sejenis pewangi yang bernama Khaluq. Setelah pohon kurma tersbut mati. Tapak pohon tersebut dibina sebuah tiang kecil dinamakan Tiang Mukhallaqah. Kedudukannya benar-benar bersebelahan kanan mihrab Rasulullah SAW.
Menurut riwayat Al Waqidi bahawa Rasulullah mula menggunakan mimbar ketika berkhutbah ialah pada tahun ke 8 hijrah dan pada masa itu mimbar tersebut mempunyai dua anak tangga sahaja. Kemudian pada masa pemerintahan Mu'awiyah bin Abi SufianRA, beliau memerintah mimbar ini diperbaharui dan ditambah menjadi sembilan anak tangga. Adapun mimbar yang ada sekarang adalah hasil sumbangan Sultan Murad Al Othmani yang ketiga pada tahun 998 Hijrah.
Gambar-gambar lokasi tempat bersejarah di Masjid Nabawi.
No comments:
Post a Comment