Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Friday, July 8, 2011

Akulah Ar Raihul Ahmar


Arwah atok ku dan dua orang sahabatnya pernah menceritakan kepada ku satu kisah …. Akan hukuman dan seksaan yang ALLAH datangkan kepada manusia yang merampas hak-NYA … Kisahnya bermula di zaman Nabi Sulaiman AS ……………



Suatu ketika …. Tatkala Nabi Sulaiman AS sedang bersedia untuk menerima hamba rakyat dibawah jajahannya mengadap. Telah terdetik di hatinya …. Apakah ada makhluk lain yang mampu merajai segala makhluk, sama ada manusia, jin, haiwan, angin, api, air dan tumbuh-tumbuhan seperti aku ? … Sebaik sahaja detik hatinya berkahir …. Seketika itu juga muncul satu lembaga seperti manusia yang besar, gagah, hebat dan garang di hadapannya. Terkejut Nabi Sulaiman AS dengan kemunculan makhluk itu yang merenung tajam ke arahnya … Menggeletar seluruh anggota dan gementar hati Nabi Sulaiman AS. Lalu Nabi Sulaiman AS bertanya … Siapakah kamu ?



Pertanyaan Nabi Sulaiman AS itu dijawab dengan tegas dan kasar sambil renungan matanya yang tajam tepat kea rah Nabi Sulaiman AS …. AKULAH AR RAIHUL AHMAR. Akulah ibu kepada segala penyakit yang mudarat. Aku ditugaskan untuk mendatangkan penyakit yang mudarat dan sukar disembuhkan. Hampir-hampir saja aku menjangkiti mu atas lintasan hati mu yang menyuruh mu bersifat ujub dan riya’. Aku diberi kuasa oleh ALLAH untuk mendatangkan penyakit yang sukar ditemui penawarnya. Aku mampu meresap ke dalam urat saraf dan aliran darah. Aku juga mampu meresap ke dalam otak hingga menyebabkan seseorang itu gila …………..



Nabi Sulaiman AS segera memerintahkan segala bala tenteranya dari golongan manusia dan jin untuk memerangi dan memusnahkan Ar Raihul Ahmar. Namun usaha Nabi Sulaiman AS itu hanyalah sia-sia. Segala bala tentera Nabi Sulaiman AS dari golngan jin dan amnesia tertewas dengan mudah oleh Ar Raihul Ahmar. Dek kerana kemenangannya ke atas bala tentera Nabi Sulaiman AS, Ar Raihul Ahmar berpaling kepada Nabi Sulaiman AS sambil memijak jasad-jasad tentera yang terkorban seraya berkata …. Tiada siapa makhlk yang mampu membunuh ku. Aku diutus sebagai menghukum manusia yang ujub, riya’ dan takabbur. Hampir-hampir sahaja aku meragut keistimewaan mu kerana lintasan sifat ujub di hati mu. Andainya engkau berlaku ujub, riya’ dan takbur, ingatlah bahawa engkau pastinya menjadi habuan ku ………. Sejurus itu Ar Raihul Ahmar hilang dari pandangan. Nabi Sulaiman AS terus sujud syukur kerana terselamat dari lintasan mazmumah yang mendorongnya untuk berlaku ujub, riya’ dan takabbur.



Ulas arwah atok ku dan dua sahabatnya … jauhilah sifat ujub, riya’ dan takabbur kerana Al Raihul Ahmar ditugaskan untuk mendatangkan seksaan di dunia sebelum menerima azab di akhirat.



Di zaman Rasulullah SAW, Saidina Hassan Bin Ali pernah hampir-hampir diserang oleh Ar Raihul Ahmar yang mengakibatkan segala rongga-rongganya berdarah. Pada saat itu Jibril muncul di hadapan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya sama ada terdapat penawar bagi penyakit Saiyidina Hassan ? Lalu Jibril ghaib dan muncul semula bersama satu doa yang amat mustajab dalam merawat Ar Raihul Ahmar…..



Sebagai menuruti sunnah Rasulullah SAW, marilah kita berusaha membaca dan mengamalkan doa bagi mengelakkan angin ahmar walau sekali seumur hidup. Sesungguhnya penyakit angina ahmar (Ar Raihul Ahmar) adalah penyakit yang amat sukar diubati.



Semoga kita berusaha menjauhi sifat ujub, riya’ dan takabbur agar kita terhindar dari penyakit angin ahmar …………..

1 comment: