Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Friday, July 8, 2011

Salam Atas Mu Wahai Nabi ALLAH. Salam Atas Mu Ya Kekasih ALLAH. Salam Atas Mu Ya Rasulullah SAW



Indikator Pelan Lantai Raudah dan Maqam Rasulullah SAW

1. Pentas tempat muazzin melaungkan azan.
2. Mimbar Rasulullah SAW.
3. Mihrab tempat Rasulullah SAW solat.
4. Tiang Al Mukhallaqah
5. Tiang Aisyah
6. Tiang Taubat
7. Maqam Rasulullah SAW
8. Maqam Saiyidina Abu Bakar As Siddiq ra
9. Maqam Saiyidina Omar Al Khattab ra
10. Ada dua ruang maqam yang dikosongkan. Ada pendapat ianya untuk Nabi Isa AS. Ada pendapat ianya untuk Imam Mahdi rh.
11. Dinding bilik Siti Aisyah yang dibina sendiri oleh Rasulullah SAW.
12. Tempat Malaikat Jibrail datang membawa wahyu.
13. Rumah Siti Fatimah Az Zahra.
14. Mehrab tempat Rasulullah SAW bersolat tahajjud seorang diri.
15. Ruang ahli suffah bersolat tahajjud bersama Rasulullah SAW.
16. Mehrab tempat Rasulullah SAW bersolat tahajjud bersama ahli suffah.
17. Ruang tempat memberi salam kepada Rasulullah SAW, Saiyidina Abu bakar As Siddiq dan Saiyidina Omar Al Khattab.
18. Ruangan berwarna hijau adalah kawasan Raudah.



Alhamdulillah .... baru-baru ini aku telah direzkikan untuk menjadi tetamu ALLAH.



30 May 2011 - Aku bertolak dari KLIA menuju ke Jeddah. Pesawat kami transit di Jakarta. Aku, isteri ku, ibu ku bersama-sama 16 orang ahli jemaah dengan rasa sayu dan sebak kerana terpilih untuk menjadi tetamu Tanah Haram.



12-30 tengahmalam. 31 May 2011 - Jemaah kami menjejakkan kami di Jeddah. Tepat jam 2.30am kami berlepas dari lapangan terbang Jeddah menuju ke Madinah. Sepanjang perjalanan, hati ku semakin sayu. Tak tahu mengapa.



Selepas solat Subuh di sebuah masjid, perjalanan diteruskan menuju Madinah.



Selepas Check In hotel. Destinasi pertama ku ...menziarahi Rasulullah SAW.



Aku berjalan sendirian menuju Masjid Nabawi. Kubah Hijau yang tersergam menjadi panduan hala tuju ku. Nun dari jauh ... ku lihat Pintu Baqi' tempat keluar para jemaah sebaik sahaja menziarahi Rasulullah SAW. Perlahan aku melangkah menuju ke pintu Baqi'. Sejurus ternampak maqam Rasulullah SAW dari luar, tangan ku lambai kepada baginda sambil mengucapkan salam.... "Assalamu a'laika Ya Rasulullah. Assalamu a'laika Ya Nabiyallah. Assalamu a'laika Ya Habiballah. Umat mu yang banyak dosa ini berdatang ingin menziarahi mu. Izinkanlah umat mu yang hina ini memasuki masjid mu. Izinkanlah umat mu yg daif ini menziarahi taman Raudah mu. Izinkanlah umat mu yang sedang merindui mu ini manatap wajah mu. Dengan Izin ALLAH ......."



Masjid Nabawi, di dalam menyaksikan penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Malah didalamnya juga tersimpan 1001 kisah suka dan duka perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan nikmat iman dan Islam kepada umat manusia. Rata-rata di kalangan kita hanya tahu akan kewujudan maqam Rasulullah SAW, maqam Saidina Abu Bakar ra dan maqam Saidina Omar Al Khattab ra serta kewujudan Raudah (Taman Syurga) di dalam Masjid Nabawi.




Secara bahasa “raudhah” berarti kebun atau taman. Sedangkan yang dimaksud Raudhah di sini adalah suatu tempat yang berada di antara mimbar dan makam Muhammad SAW. Tempat ini selalu digunakan oleh Nabi SAW untuk melakukan solat sampai akhir hayat beliau. Nabi SAW bersabda :


عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجِنَانِ



“Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun surga”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)

Amat dianjurkan untuk mendatangi Raudhah guna memperbanyak solat dan doa di sana kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dari Rasulullah SAW, bahwa beliau bersabda, “Tempat yang diantara kuburku dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) diantara beberapa kebun syurga”. Seseoarang juga dianjurkan untuk berdo’a di depan mimbar Nabi SAW. Sesuai dengan sabda Nabi SAW, “Mimbarku ini berada di atas telagaku.” (al-Hajj wa al-‘Umrah Fiqhuh wa Asraruh, 237)



Dengan pandangan yang berbeza, al-Imam ar-Rabbani Yahya bin Syarf al-Nawawi dalam kitabnya Kitab al-Idhah fi Manasik al-Hajj menjelaskan, dalam sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah, dari Rasulullah SAW bersabda, “Mimbarku ini berada di atas telagaku”. Imam al-Khathabi berkata, “Maksud hadis di atas adalah bahawa ‘orang yang selalu istiqamah melaksanakan ibadah di depan mimbarku, maka kelak di hari kiamat, ia akan minum air dari telagaku‘ ”. (al-Idhah fi Manasik al-Hajj wal ‘Umrah, 456)




(السلام عليك يا رسول الله, السلام عليك يا نبي الله السلام عليك يا حبيب الله, السلام عليك يا خيرة خلق الله, السلام عليك يا صفوة الله, السلام عليك يا سيد المرسلين وخاتم النبيين, السلام عليك يا قائد الغر المحجلين, السلام عليك وعلى أهل بيتك الطيبين الطاهرين, السلام عليك وعلى أزواجك الطاهرات أمهات المؤمنين, السلام عليك وعلى أصحابك أجمعين, السلام عليك وعلى سائر عباد الله الصالحين, جزاك الله يا رسول الله أفضل ما جزى نبياً ورسولاً عن أمته, وصلى الله عليك كلما ذكرك الذاكرون, وغفل عن ذكرك الغافلون. أشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أنك عبده ورسوله, وأمينه وخيرته من خلقه, وأشهد أنك قد بلغت الرسالة, وأديت الأمانة, ونصحت الأمة, وجاهدت في الله حق حهاده).

Selain Raudah, di dalam Masjid Nabawi ini juga bersemadinya jasad Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Omar Al Khattab ra.



Maqam (pusara) Rasullullah SAW terletak di sebelah Timur Masjid Nabawi. Di tempat ini dahulu terdapat dua rumah, yaitu rumah Rasulullah SAW bersama Aisyah dan rumah Ali dengan Fatimah.





Sejak Rasulullah SAW wafat pada tahun 11 H (632 M), rumah Rasullullah `SAW terbahagi dua. Bagian arah kiblat (Selatan) utk makam Rasulullah SAW dan bagian Utara utk tempat tinggal Aisyah.



Sejak tahun 678 H. (1279 M) di atasnya dipasang Kubah Hijau (Green Dome). Dan sampai sekarang Kubah Hijau tersebut tetap ada. Jadi tepat di bawah Kubah Hijau itulah jasad Rasullullah SAW dimakamkan. Di situ juga dimakamkan kedua sahabat , Abu Bakar ra (Khalifah Pertama) dan Umar ra (Khalifah Kedua) yang dimakamkan di bawah kubah, berdampingan dengan makam Rasulullah SAW.



Kedudukan maqam Rasulullah SAW dan kedua sahabat baginda adalah bagaikan kedudukan Imam dan Makmum. Rasulullah SAW menjadi imam bagi Saidina Abu Bakar ra. Saidina Abu Bakar menjadi imam kepada Saidina Umar ra. Namun tidak ramai yang tahu bahawa di dalam maqam itu juga terdapat ruangan kosong. Satu ruangan sebaris dengan jasad maqam Rasulullah SAW terletak di kaki Rasulullah SAW. Dan satu lagi terletak di belakang maqam Saidina Umar Al Khattab ra.



Namun, tidak ramai yang tahu akan sejarah yang lebih banyak tersimpan di Masjid Nabawi. Terlalu banyak petanda-petanda yang telah dihapuskan oleh puak Wahabi. Lantas kisah-kisah yang mampu menambahkan keyakinan umat Islam akan mukjizat Rasulullah SAW terus terpadam dari hati nurani umat Islam.



Antaranya ialah Tiang Mukhallaqah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari disebutkan sebuah kisah:


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلَى شَجَرَةٍ أَوْ نَخْلَةٍ فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ أَوْ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَجْعَلُ لَكَ مِنْبَرًا قَالَ إِنْ شِئْتُمْ فَجَعَلُوا لَهُ مِنْبَرًا فَلَمَّا كَانَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ دُفِعَ إِلَى الْمِنْبَرِ فَصَاحَتْ النَّخْلَةُ صِيَاحَ الصَّبِيِّ ثُمَّ نَزَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَمَّهُ إِلَيْهِ تَئِنُّ أَنِينَ الصَّبِيِّ الَّذِي يُسَكَّنُ قَالَ كَانَتْ تَبْكِي عَلَى مَا كَانَتْ تَسْمَعُ مِنْ الذِّكْرِ عِنْدَهَا

( صحيح البخارى )

Dari Jabir ibn Abdillah RA, ia berkata : Rasulullah SAW ketika berkhutbah, Beliau bersandar pada pelepah kurma yang menjadi tiang masjid. Ketika dibuatkan mimbar, lalu itu digunakan tiba-tiba terdengar suara tangisan seperti rengekan unta sehingga semua orang yang ada di masjid mendengar. Sampai akhirnya Rasulullah datang dan menghampirinya,



Beliau meyakinkannya dan akhirnya pelepah ini diam.



Hadis ini juga diriwayatkan oleh An Nasai dan Ahmad. (lihat Sahih Mukjizat al Nabi, Hal 149-161)



Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru. Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun. Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia menangis. Pelepah tamar tersebut mengatakan dia menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat ALLAH SWT. Rasulullah SAW kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia. Tempat tumbuh pohon tamar tersebut didirikan sebuah tiang dan dinamakan tiang Mukhallaqah. Kerana sejak Rasulullah SAW memujuk pohon tamar tersebut, pewangi bernama Khaluq sering disapukan kepadanya. Setelah pohon tamar tersebut mati. Sebatang tiang didirikan sebagai penanda kewujudan pohon tamar yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.





Selain Tiang Mukhallaqah, juga terdapat Tiang Abu Lubabah atau lebih dikenali sebagai Tiang Taubat.




Tertulis padanya. Seperti disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir, Rasulullah SAW bersabda untuk menghukum bani Quraizah (sebuah suku Yahudi) atas pengkhianatannya kepada Rasulullah SAW dalam Perang Ahzab. Abu Lubabah bin Mundzir ra dilantik sebagai orang tengah perundingan antara Rasulullah SAW dan Yahudi Bani Quraizah.



Abu Lubabah, adalah salah seorang sahabat yang turut serta dalam peperangan Badar. Rasulullah SAW melantik beliau untuk mewakili baginda bagi mendengar permintaan keturunan Quraizah. Dalam pertemuan antara Abu Lubabah dan Bani Quraizah, mereka bertanya kepada Abu Lubabah apakah perkara yang perlu mereka buat.



Abu Lubabah berkata, "Tidak ada jalan lain melainkan kamu semua menyerah diri kepada Muhammad."



Mereka bertanya lagi, "Wahai Abu Lubabah, kalau kami menyerah, apa yang Muhammad akan buat kepada kami."



Secara tidak sedar, Abu Lubabah mengisyaratkan jarinya ke lehernya. la bermaksud kamu semua akan dihukum mati. Pada masa itu, baru Abu Lubabah teringat yang dia telah membuka rahsia Nabi. Terus dia meninggalkan orang-orang Yahudi dan pergi ke masjid Nabawi.



Dia meminta isterinya mengikatnya di tiang masjid Nabawi kerana mengkhianati Allah dan rasulnya. Dengan tangisan dan rasa insaf bersalah, Abu Lubabah berkata ... Jangan ada siapa yang melepaskan aku sehingga Rasulullah mengampunkan aku ..... Abu Lubabah juga berkata bahawa dia tidak akan meninggalkan tempat dia diikat sehinggalah Allah mengampuninya dan tidak akan berpijak di bumi Bani Quraizah yang merupakan tempat dia melakukan pengkhianatan kepada Allah dan Rasul-NYA.



Apabila berita ini sampai kepada Nabi Nabi dengan turunnya Surah Al-Anfal : 27 yang bermaksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".



Ianya merupakan teguran Allah terhadap perbuatan Abu Lubabah dan Nabi berkata berkata "Aku tidak akan maafkan Abu Lubabah sehinggalah Allah mengampunkan dia. Jadi, Abu Lubabah terus diikat selama enam hari. Sepanjang masa itu, dia merintih dan bertaubat hinggalah Allah menurunkan wahyu mengampunkan Abu Lubabah dengan turunnya ayat 102 surah At-Taubah.



Dia secara tidak sengaja membocorkan rahasia Nabi SAW kepada suku Yahudi itu. Abu Lubabah segera menyadari kesalahannya dan mengikat dirinya sendiri pada tiang ini, hingga Allah SWT menerima taubatnya. Setelah tujuh hari, Nabi SAW menerima wahyu mengenai diterimanya taubat Abu Lubabah. Berita keampunan ALLAH atasnya dimaklumkan kepada Abu Lubabah, tetapi Abu Lubabah hanya ingin Rasulullah SAW yang melepaskan dirinya. Selepas solat Subuh, Rasulullah SAW mendatangi Abu Lubabah dan melepaskan ikatanya dengan tangan beliau sendiri. Tiang tempat Abu Lubabah terikat, dikenali sebagai Tiang Taubat.



TIANG AISYAH



Imam Tabrani menyebutkan Aisyah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar dapat bersolat di sana”.





Suatu hari para Sahabat bertanya kepada Aisyah RA tentang tempat ini. Beliau menolak untuk memberitahukan tempat tersebut. Akhirnya para Sahabat pergi, sedangkan Aisyah RA masih bersama dengan anak saudaranya Abdullah bin Zubair RA. Dari jauh para Sahabat memperhatikan bahwa Abdullah bin Zubair RA melakukan solat dekat dengan tiang Aisyah. Para Sahabat meyakini bahwa Aisyah RA memberitahukan tempat tersebut secara rahsia kepada Abdullah Bin Zubair RA.



Rasulullah SAW pernah mengimami solat dari titik ini selama beberapa hari setelah perubahan qiblat dari Masjid Al Aqsa ke Ka’bah di Makkah. Kemudian, beliau selalu mengimami solat dari titik yang sekarang dikenal sebagai Mihrab Nabawi As Syarif.



To Be Continue

Genentech Ltd

27 June 2011

No comments:

Post a Comment