Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Thursday, August 5, 2010
Rindu, Sayang & Cinta ini hanya pinjaman ........
Sayang,
Semalam genaplah 90 hari kau kembali ke rahmat Allah. Hari ini hari jadi abang. setelah dua tahun dikau meraikan hari jadi abang bersama, pada tahun ini abang meraikan hari jadi abang tanpa diri mu di sisi.
Tiada lagi selawat dan qasidah yang biasa kau dendangkan.Tiada lagi bacaan Berzanji dan Marhaban yang kau lagukan, setiap kali hari jadi abang menjelang. Malah pemergian mu amat terasa.
Abang masih ingat tanggal 3 April 2010. Bicara mu bersama adik mu. Kisah Ummu Sulaim yang pernah ku bisikkan kepada mu, menjadi modal bicara penguat ukhwah antara diri mu dan adik mu.
######################################
Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Angsana, Johor Baru
Masa : 5.15pm
Perlahan tubuh munggil itu dibaringkan di atas katil. Di usap rambut anak kecil tersebut. Satu kucupan kasih diberikan di dahi si anak. Di renung jasad si anak dengan senyuman sambil air mata kasih mengalir di pipi. Baru siang tadi si anak kegeringan yang amat berat. Menjelang senja si anak semakin tenang dari rengekan dek sakit yang di tanggung. Dan kini, si anak memang benar-benar tenang dan damai. Jasad si anak lalu diselimuti dengan gebar yang nyaman agar tidak kesejukan dek suasana malam yang sepi.
Yang hanya terucap olehnya hanyalah .......
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raji’uun Allohumma’jurnii fi mushiibati wa akhlif li khoiron minha
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku).”( HR. Muslim 2/632 )
Menjelang malam, suami tercinta kembali dari menunaikan ibadah di masjid.
“Sayang ku, bagaimanakah keadaan putera kesayangan kita ?” tanya Abu Talhah
“Alhamdulillah. Anak kita semakin tenang. Dia sudah berhenti menangis.” Jawab Ummu Sulaim bersama senyuman manis buat suami tercinta.
Terhibur hati si ayah mendengar perkembangan kesihatan si anak di bawah jagaan isterinya yang penyayang. Lantas Ummu Sulaim menghidangkan makanan istimewa yang lazat-lazat buat si suami.
"Malam ini, malam istimewa buat kita. Sayang hidangkan makanan yang lazat-lazat kerana sayang tahu, diri abang kepenatan dek mencari rezeki buat kami siang tadi. Makanlah sayang ku. Akan ku layan diri mu umpama seorang dayang melayan seorang raja yang mulia." ujar Ummu Sulaim sambil membelai tubuh suaminya.
Tersenyum Abu Talhah. Direnung wajah ayu si isteri. Diusap pipi si isteri dan dikucup dahinya sebagai tanda terima kasih.
Layanan Ummu Sulaim bukan sekadar hidangan yang enak dan lazat. Malah dihiasi dirinya dengan dandanan yang cantik dan mengghairahkan, agar si suami terlupa akan masalah yang dihadapinyai siang tadi. Hidangan yang istimewa dan berdandan serta berhias dengan wangi-wangian, membuat Abu Thalhah tertarik dan mengajaknya tidur bersama.
Setelah suaminya terlelap, Ummu Sulaim memuji kepada Allah karena berhasil mententeramkan suaminya perihal musibah yang menimpa putera kesayangan mereka, kerana dia menyedari Abu Thalhah telah mengalami keletihan seharian, sehingga dia membiarkan suaminya tidur dalam keadaan terhibur dan puas.
Menjelang subuh, Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya,
"Wahai kasih ku, apa pendapatmu jika ada seseorang meminjamkan barang kepada jirannya lalu dia meminta kembali barang tersebut di pulangkan, adakah perbuatan meminta untuk dipulangkan oleh si pemberi pinjam itu salah ?"
"Tidak," jawab Abu Talhah.
"Bagaimana pula jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?"
"Pastinya si peminjam bukan seorang yang mulia dan tidak amanah." Abu Talhah menukas.
"Sayang ku, begitu juga dengan putera kesayangan kita. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia kembali ke sisi Allah," kata Ummu Sulaim dengan tenang.
Ummu Sulaim memang seorang ibu mukminah yang sabar. Ia menerima peristiwa kembalinya putera tersayang ke hadrat Allah dengan sabar dan tenang. Ummu Sulaim bukan hanya seorang ibu yang mukminah yang sabar, dia juga seorang isteri yang soleha dan pandai menghibur hati si suami, Kedudukan Abu Talhah sebagai salah seorang kaum Ansar yang paling berjaya dibidang perniagaan.
Saat Ummu Sulaim dilamar oleh Abu Talhah, Abu Talhah masih lagi belum beriman.Pun begitu, bukan kekayaan yang dijadikan ukuran. Juga bukan rupa paras ketampanan mahu pun keupayaan bermain ayat-ayat cinta yang diinginkan. Melainkan mahar yang paling mahal iaitu ucapan kalimah syahadah dan keimanan yang dijadikan dambaan. Kerana hanya IMAN yang teguh mampu menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Lantaran masih hijau dan muda keislaman si suami, Ummu Sulaim menunjukkan jalan bimbingan agar si suami mendapatkan didikan langsung dari Rasulullah SAW. Agar iman yang terpahat bak akar tunjang yang teguh mencengkam ke bumi, tidak kan tumbang pokok dek desakan sang badai.
Di saat suami perlukan sokongan, Ummu Sulaim hadir bersama sandaran iman. Agar hati suami tidak goyah dek ujian dan godaan yang mendatang. Hati si suami diingatkan akan kebesaran Allah agar terhibur dan bangkit semula roh Islami si suami.
Inilah Ummu Sulaim. Wanita mukminah yang soleha.
#############################
Begitulah bicara mu kepada adik mu.
Kau mengakhiri bicara dengan adik mu bersama satu pesanan .... "Jadikanlah Ummu Sulaim sebagai teladan. Kita tak kan rugi."
Dan pada 6th May 2010, jam 7.47am (Washington) bersamaan 10.47pm (Malaysia), abang menerima panggilan telefon dari adik mu.
Sungguh, adik mu mengikuti pesanan mu .... menuruti dan meneladani Ummu Sulaim .....
Di sebelah sana panggilan telefon tersebut ... abang mendengar suara adik mu yang tersedu-sedu dan terisak-isak berkata .......
"Abang .... Kak Iena ...... Kak Iena yang Allah pinjamkan kepada kita ...... sudah diambil kembali oleh Allah ......"
Al Fatihah buat isteri tercinta.
Rasah Kemayan
7th August 2010
00.46am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
asallamualaikum w.b.r kepada tuan, sy ucapkan jutaan terima kasih atas penulisan tuan yg amat memberi kesan kpd sy. tercuit isi hati ini. sy seorg yg byk dosa dgn ALLAH dan manusia, selama ni sy byk berhutang dgn manusia dan ALLAH, sy rasa semakin jauh dgn ALLAH disbbkan perbuatan sy yg lampau dgn manusia yg slama ni teraniaya dgn perbuatan sy,apa yg sy terima skrg apa2 yg sy buat berniaga semuanya tak menjadi, hutang semakin bertambah, tlg bantu sy
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi. Semoga ramai yg membaca and be reminded that all that we see and "possess" are not ours, but HIS. Selamat berpuasa, ari tu gi Jasin-talk tak?
ReplyDeleteSalam Ramadhan Doc. Awalnya nak pergi ke Jasin-talk tapi terpaksa out-station. Tapi ditakdirkan, anak saudara meninggal. Lastly, Jasin-talk tak gi, out-station job pun tak gi.
ReplyDeleteAllah2..sungguh terharu.speechless
ReplyDelete