Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Wednesday, March 23, 2011
Mahram & Batas-batas Aurat
Mahram (Bahasa Arab: محرم ), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. Ianya terbahagi kepada dua larangan iaitu :-
1.Larangan kekal (Muabbad)
2.Larangan sementara (Muaqqat
Larangan kekal (Muabbad) : Larangan kekal (Muabbad) ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
•ibu-ibu kamu, dan
•anak-anak kamu, dan
•saudara-saudara kamu, dan
•saudara-saudara bapa kamu, dan
•saudara-saudara ibu kamu dan
•anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
•anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
•ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
•saudara-saudara susuan kamu, dan
•ibu-ibu isteri kamu, dan
•anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
•Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
•Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)
Larangan sementara (Muaqqat) : Larangan Muaqqat ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.
Mahram muaqqat ini terdiri dari :
1.Adik ipar atau kakak ipar.
2.Isteri kepada bapa saudara (emak saudara "sabit").
Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan Mahram sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan Mahram.
Termasuk bukan Mahram ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan Mahram. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.
Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas. Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.
BATAS-BATAS AURAT
Aurat wanita Islam yang wajib ditutup supaya tidak dilihat lelaki yang bukan mahram dan juga wanita yang bukan muslim ialah seluruh badannya, kecuali muka, dua tangan dan dua tapak kaki menurut sesetengah pendapat. Selain itu, ada lagi pendapat yang agak keras iaitu wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali sebelah mata kiri sahaja yang harus dibuka bagi keperluan bergerak ke sana sini. Bagi memenuhi keperluan ini, mereka perlu memakai pakaian seperti niqab yang menutup muka, di samping jilbab yang biasa dipakai wanita. Ini adalah pendapat yang mahsyur dalam mazhab Syafie.
Secara ringkas, batas-batas aurat ialah seperti di bawah ni:
1. Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya hendaklah menutup anggota tubuh badan supaya nampak lebih sopan.
2. Aurat perempuan dengan perempuan Islam ialah antara pusat dan lutut manakala aurat perempuan dengan perempuan yang bukan Islam adalah seperti aurat perempuan dengan lelaki yang ajnabi (lelaki yang boleh dikahwini) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan
Siapa yang boleh tengok aurat seseorang wanita ? Berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur kat atas tu. Mereka ialah:
1.Suami
2.Ayah kandung
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki kandung
5.Anak-anak lelaki tiri
6.Abang atau adik lelaki
7.Anak-anak saudara yang lelaki
8.Wanita-wanita Islam
9.Pembantu yang dimiliki (zaman dulu ada khadam tak boleh disamakan dengan pembantu rumah zaman sekarang.)
10.Pembantu-pembantu lelaki yang tiada nafsu lagi.
11.Kanak-kanak yang belum mengerti pasal aurat. (Kalau dia tahu beza, wajib tutup aurat).
Aurat antara ipar duai serta sepupu sama seperti aurat dengan bukan mahram. Berkenaan sepupu pula. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:
1.tutup aurat sebaik-baiknya
2.haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita.
BAPA SAUDARA SABIT / IBU SAUDARA SABIT : Iaitu suami kepada mak saudara atau isteri kepada ayah saudara, sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut (bagi muslimah) dia tak boleh lihat. Tubuh badan juga sejak akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya. TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa kandung kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salma..bole sy tnya..sblum ini sy seorang yg free hair dan stelah itu sy bru mula mahu blajar utk mnutup aurat dgn smpurna dan dgn itu sya sudah mula memakai hijab.antara aurat sya dgn abg ipar sya..sbelum sy berhijab,abg ipar sya tinggal serumah dgn kami sekeluarga.maksudnya dia dan kakak saya telah berpindah ke rumah mak saya sementara menunggu utk bpindah ke rumah baru mreka.abg ipar sy tggl di sini sblum sy berhijab dan telah berhijab.sudah setahun agaknya abg ipar saya tggl brsama kami..sebelum ini sya tidak ttik beratkn tntg aurat saya dimana saya tidak memakai hijab sepanjang dirumah diwaktu adanya abg ipar saya.hal ini krn saya pkir abg ipar sya tu dah lama tinggal dgn kami so dh mnjadi kebiasaan kpd sya..selama ini sy xsedar tntg batas2 aurat sy..sy nk minta pndgn bgaimana utk sy truskn berhijab wlupun sy dkehendaki utk berhijab didalam rumah sy sndiri bersama abg ipar sy yg sy pkir agak lama mereka akan tggl disitu..sy hrp dpt mklum bls..
ReplyDeleteWa alaikumsalam. Batas aurat dgn abag ipar juga wajib dijaga. tak boleh dedah aurat kpd abang ipar walau pun di dalam rumah.
Deleteanis_cute has left a new comment on your post "Mahram & Batas-batas Aurat":
ReplyDeletesalam..kalau abg tiri dgn adik perempuan?boleh bersentuh atu tdk?batas nye?ayah tiri dengan ank??
JAWAPAN
Pembagiannya, ada mahram muaqqot (mahram sementara/ terbatas waktunya),
Hukum yang terkait dg mahram ini: tidak boleh terjadinya pernikahan.
tidak boleh buka sebagian aurat, tidak boleh berkhalwat, tidak boleh sentuhan dan bepergian.
Contoh:
- Bapak tiri yang belum jima’ dengan ibu saudari.
- Saudara ipar.
Jika bapak tiri yang BELUM jima’ dg ibu saudari itu cerai atau ibu meninggal, maka bekas ayah tiri itu berubah jadi NON-MAHROM, boleh menikah dengan saudari. Begitu juga jika kita cerai atau suami/istri kita mati,maka saudara ipar kita yang sebelumnya mahrom muaqqat berubah menjadi NON-MAHROM, boleh kita nikahi. Itulah kenapa disebut mahrom sementara (muaqqot).
Ada mahram muabbad (mahram yang bersifat selama-lamamnya).Hukum yang terkait dg mahram ini : haram menikahi, dibolehkan terlihatnya sebagian aurat, berkhalwat, sentuhan kulit, berpergian dan lainnya.
Contoh:
- Bapak tiri yang sudah jima’ dg ibu.
- Bapak, paman, saudara, dll.
Jawaban:
1. Sepupu termasuk NON MAHRAM MUABBAD (selamanya)bagi saudari,
shg berlaku hukum-hukum yang terkait dg non-mahrom spt di atas.
Sebagaimana di al-ahzab: 50.
Hai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu
isteri-isterimu yang telah kamu berikan mas kawinnya dan
hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang
kamu peroleh dalam peperangan yang dikaruniakan Allah
untukmu, dan anak-anak perempuan dari saudara laki-laki
bapakmu, anak-anak perempuan dari saudara perempuan
bapakmu, anak-anak perempuan dari saudara laki-laki ibumu
dan anak-anak perempuan dari saudara perempuan ibumu ….
(QS. Al-Ahzab: 50)
Aurat yang saudari tutup di depan sepupu sama dengan non-mahrom
yang lain, yaitu selain wajah dan kedua tangan.
2. Menqasar solat adalah: meringkas sholat fardhu yang raka’atnya 4
menjadi 2 raka’at saja karena sedang safar (bepergian). Para ulama’ sepakat bahwa mengqashar sholat adalah salah satu RUKHSHAH (keringanan/ kemurahan syar’i).
Contoh Rukhshah yang lain: boleh tidak puasa karena bepergian,
men jama’ sholat karena bepergian dll.
Rukhshah (keringanan syar’i) itu sebaiknya diambil, meski boleh juga tidak diambil. Jadi kurang tepat kalau rukhshah itu hukumnya wajib.
3. Ayah tiri adalah MAHROM MUABBAD bagi saudari jika ia sdh
berhubungan (jima’) dengan ibu saudari. Sehingga berlaku hukum-
hukum seputar nikah MUABBAD di atas untuk selamanya, baik ketika
ibu sdh meninggal atau terjadi perceraian antara bapak tiri dg ibu.
Tapi jika ayah tiri belum jima’ dg ibu anti, maka ayah tiri masih
MAHROM MUAQQOT. Hukum-hukum seputar mahrom muaqqat pun berlaku.
Allah berfirman di An-nisa’: 32:
Diharamkan atas kamu ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu; anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu, maka tidak berdosa kamu mengawininya; isteri-isteri anak kandungmu; dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS An-Nisa: 23)
ReplyDeleteSewaktu bapa tiri saudari masih lagi suami kepada ibu saudari, memamg syariat telah memberi kelonggaran kepada saudari untuk mendedahkan aurat yang ringan. Ulamak menyebut bahawa anak tiri hanya boleh mendedahkan rambutnya sahaja ( selain itu muka dan dua tangan) . Selain daripada itu dilarang untuk mendedahkan dihadapan bapa tiri. Kelonggaran ini adalah satu kemudahan yang diberikan oleh syariat memandangkan kepada berlakunya pergaulan antara bapa tiri dan anak tiri dirumah dan juga anak tiri dianggap seperti anak sendiri ( diharamkan berkahwin) setelah bapa tiri bersetubuh denan ibu saudari.. Perli dingatkan, jukalau bapa tiri saudari belum bersetubuh dengan ibu saudari, maka dari sudut hukum, bapa tiri saudari berhak untuk berkahwin dengan saudari jika dia bercerai ( sebelum hubungan kelamin) dengan ibu saudari. Begitu juga juga wudhuk tidak batal jika bersentuhan kalau bapa saudari telah bersetubuh dengan ibu saudari.
Jika bapa tiri saudari bercerai dengan ibu saudari, hukum tersebut masih kekal dan bapa tiri saudari adalah haram bagi saudari hingga keakhir hayat. Ini bermaksud saudari diharamkan untuk berkahwin dengannya hingga ke akhir hayat begitu juga air sembahyang tidak batal kalau bersentuhan. Manakala aurat pula hanya rambut saja boleh didedah. Tapi nasihat saya, kalau bapa tiri saudari telah bercerai denga ibu saudari agar saudari menutup aurat kalau berjumpa dengannya untuk menjaga maslahat.