Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Wednesday, March 23, 2011

Inilah Kisah Ku .... Part 1



Setiap insan tak terlepas melakukan dosa. Yang sunyi dari dosa hanyalah para Nabi dan Rasul. Selain mereka, hanyalah insan-insan yang terpalit dengan dosa. Dan di kalangan insan-insanyang lemah ini, terdapatnya insan yang sering menangis kerana mengharapkan ampunan ALLAH di kala duduk bersendirian. Tidak kurang juga di kalangan insan ini yang terus-terusan bergelumang dan berlazat-lazatan dengan dosa dan kemungkaran.



Januari 2008 … tahun baru. Tirai pengajian bagi student-student baru bermula. Aku menerima 110 orang pelajar baru di IPTS tempat aku bertugas. Pelbagai rupa, pelbagai latar belakang, pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Seperti biasa sessi taaruf dan ukhwah dimulakan. Selama seminggu para pelajar di orientasi. Dalam tempoh yang singkat itu, aku berusaha mengenal hati budi mereka, perwatakan mereka dan yang paling penting adalah untuk aku mengenali kekuatan akal, kekuatan perasaan dan kekuatan jiwa mereka. Kerana dari situ aku mampu meletakkan diri ku di kalangan mereka agar mereka akan bersama-sama dengan ku untuk saling ingat-mengingati dan saling nasihat-menasihati. Sejurus minggu orientasi berakhir, maka sessi pengajian akademik pun bermula.


Setelah hampir dua bulan sidang akademik bermula ……


Suatu malam ……. 16 February 2008 ..… jam 11.53pm ….. aku menerima satu SMS …. Dari seorang student ku … SMSnya berbunyi ……….


SIR, I FEEL SO DEPRESS. I WANT TO COMMIT SUICIDE


Aku termanggu. Yang terpancar dari mulut ku hanyalah tasbih dan istighfar. Segera aku dail no handphonenya. Tiada jawapan. Aku dail lagi. Tiada response. Aku dail lagi. Tiada response. Aku hantar SMS ….


SABAR YA. SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIAN. SAYA AKAN USAHA BANTU AWAK. PLEASE PICK UP MY CALL.


Aku dail semula nombornya. Tiada jawapan. Aku dail lagi. Hampa. Apakah dia sudah bunuh diri ? Aku cuba menghubungi rakan-rakannya di kolej, namun semuanya tidak tahu ke manakah student itu menghilang diri sejak 14 Februari 2008 jam 6.00 pm. Jam menunjukkan pukul 3.20am. Aku baring sejenak untuk mendapat sepicing lena. Aku terjaga jam 4.00 am. Ku tunaikan rutin hidup ku. Dan selepas sujud akhir ku, ku tadah tangan ku tinggi ke atas …. Dan aku berbisik ……….


Ya ALLAH
Sebagaimana aku kasih kepada anak-anak ku
Kasih ku juga kepada para pelajar ku
Maka sebab itu ku kembarkan doa untuk anak ku bersama dengan para pelajar ku
Sebagaimana aku inginkan keselamatan dunia dan akhirat untuk anak-anak aku
Aku juga bermohon kepada MU Ya ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Agar ENGKAU selamatkanlah juga para pelajar ku di dunia dan di akhirat


YA ALLAH
Student ku bernama AAAAA dalam kesusahan
Walaupun dirinya seorang Cina dan beragama Kristian
Dia tetap student ku dan menjadi tanggungjawab ku
Maka aku berdoa kepada MU Ya ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang
ENGKAU berilah hidayah dan taufiq kepadanya
ENGKAU selamatkanlah dirinya
ENGKAU rezkikanlah dirinya dengan iman …………..



Jam 7.00 am
17 Februari 2008



Aku sudah pun berada di pintu pagar kolej. Menanti ketibaan pelajar. Pak Guard tercengang dan agak kaget dengan kehadiran ku. Tak pernah ada sebarang Pensyarah menanti kedatangan pelajar. Aku risau. AAAA tak muncul …. Jam 8.30 am …. AAAA tak hadir …. Aku berusaha menelefon handphonenya. Masih tidak berjawab. Aku terus menemui Dekan dan menunjukkan SMS AAAA kepadanya. Dekan terkejut, dia meminta aku berusaha mencari AAAA.



Akhirnya sekitar jam 11.00 am. AAAA membalas SMS ku, minta aku menelefonnya. Aku dail nombor handphonenya. Yang kedengaran di sebelah sana hanyalah esak tangis. Aku kata kepadanya aku ingin bertemu dengannya secara empat mata. Dia SMS kepada ku alamat rumahnya dan kami bersetuju bertemu di sebuah restoran mamak jam 9.00pm malam itu.

Jam 9.00pm
17 Februari 2008


Setibanya aku di Restoran Mamak, AAAA sudah sedia menanti di satu sudut. Aku pergi kepadanya dan duduk bertentangan dengannya.


APA KHABAR ? … ku mulai komunikasi ku. Wajahnya nampak sembab, cuba diselindungkan dengan rambutnya yang panjang. Matanya merah dan bengkak. Terlalu banyak menangis ???


Aku : Sudah makan ?


AAAA hanya menggeleng.


Aku : Awak kena makan. Kalau awak tak makan, awak tak cukup tenaga. Nanti awak kurus. Hilang kecantikan awak.


Aku memujuk.


AAAA : Sir …. (dia bersuara lemah)


AAAA : Saya nak bunuh diri …. (dia terus menekup mukanya dan kedengaran esakan kecil datang darinya).


Aku : Sabar AAAA. Sabar ya. InsyaALLAH, kalau awak ada masalah, saya akan usaha bantu awak sebaik mungkin dan semampu saya. (Aku mula memujuk)


AAAA mula nampak tenang semula. Tangan yang ditekup ke muka dialihkan. Tampak juraian air mata mengalir di pipinya walau wajahnya tunduk.


Aku : Awak tahu tak mengapa saya tak bagi awak bunuh diri ?


AAAA terpegun. Dia merenung wajah ku sambil menanti jawapan dari ku.


Aku : Saya tak bagi awak bunuh diri sebab ….. MAMAK TEH O KOSONG PANAS GELAS BESAR SATU.


Aku sengaja tidak menyambung jawapan ku. Biarkan AAAA ternanti-nanti dan jadi lebih tenang.


Aku : Saya sengaja tak bagi awak bunuh diri sebab …. ( aku hentikan ayat ku sambil merenung AAAA. Ku lihat AAAA juga ternanti-nanti jawapan dari ku. Umpan ku sudah mengena, bisik hati ku. Aku hanya perlu jadikan dia rasa dirinya berharga agar dia tidak putus asa ) Saya sengaja tak bagi awak bunuh diri sebab … di kolej kita awak adalah salah seorang gadis yang cantik, ayu dan manis. Saya tak mahu kolej kita kehilangan gadis secantik Nicole Kidman seperti awak ( Kuang Kuang Kuang hati aku gelak sendiri)


AAAA tersenyum tersipu-sipu. Wajahnya nampak merah menahan malu. Alhamdulillah … senyuman adalah tanda hatinya sudah semakin tenang. Hati ku terus berdoa semoga komunikasi ku semakin lancar.


Aku : Betul awak tak mahu makan ? Makanlah sikit. Saya tak mahu student saya kelaparan dan sakit. Saya dari keluarga miskin. Waktu balik sekolah, jalan kaki, lalu depan restoran besar, teringin nak makan sedap-sedap. Tapi saya waktu kecik-kecik dulu, tak ada orang nak belanja saya makan. Sekarang saya nak belanja awak makan. Awak kira nasib baik ni. Awak kena makan. Awak order OK ? Saya belanja.


AAAA senyap. Dia hanya menganggukkan kepala. Aku panggil pelayan restoran. Aku pesan ayam tandoori dan roti nan beserta apple juice untuk AAAA. Sambil makan aku bertanya khabar keluarganya, Tanya tentang pelajarannya, Tanya tentang assignment dia. Seusai makan, AAAA nampak lebih tenang dan lebih banyak bercakap berbanding di awal pertemuan.


Aku : OK jom. Kita discuss, apa masalah awak ? Kita sama-sama cari jalan penyelesaian.


Wajah AAAA mula berubah sedikit. Hendak menangis semula.


Aku : Saya pensyarah awak. Saya bertanggungjawab atas semua student saya. Jika saya tak mampu selesaikan masalah awak, saya gagal menunaikan tanggungjawab saya. Hakikatnya gaji yang saya terima adalah HARAM untuk saya. Kalau awak kasihankan saya, bantulah saya menghalalkan gaji saya dengan membantu saya menyelesaikan masalah awak. ( Aku berkata kepadanya dengan bersungguh-sungguh )


AAAA bersuara lemah : Sir …. I am not a virgin … SOB … SOB … SOB (menangis) … I had sex with my boyfriend last Valentine night …. SOB …. SOB … SOB ….


#####################


Seorang gadis Tionghua beragama Kristian yang menjadi student ku, telah hilang daranya pada malam Valentine. Dan dia merasa kesal atas perlakuannya dan hampir-hampir untuk membunuh diri. Aku bersama dengannya hingga jam 1.30am.

Alhamdulillah. Kini dirinya sudah memeluk Islam dan sudah bernkah dengan seorang pemuda India yang juga memeluk Islam. Semoga Nur Sakinah Wong Abdullah dan Muhammad Hafiz Abdullah dirahmati ALLAH.

Sebentar lagi ... Valentine 2011 akan bermula. Dan lebih ramai gadis-gadis yang akan hilang daranya di tangan lelaki-lelaki durjana.


Wahai gadis ku,
Ingatlah pesanan ku
Perawan mu adalah mahkota agung milik mu
Ianya cermin kemuliaan maruah diri mu
Peliharalah ianya sebaik mungkin
Jangan engkau musnahkannya
Jangan engkau serahkannya kepada lelaki durjana


Saban hari dan masa
Terlalu ramai gadis-gadis yang ku temui
Maruah tergadai di tangan lelaki durjana
Diri mereka terkulai layu
Dek kata-kata manis berbunga bersulam nafsu
Lantas engkau serah pusaka maruah milik mu


Wahai gadis ku,
Ingatlah ...
Andainya si priya kasih dan cinta kepada mu
Pasti akan dijaga maruah mu
Bak menatang minyak yang penuh
Mahkota perawan mu hanya akan diambilnya
Secara sah dan mulia
Agar diri mu dan dirinya
Bersanding di atas pelamin ketaqwaan
Sambil selawat dan salam didendang
Mengundang rahmat dan keberkatan
Menutup pintu nafsu dan hasutan syaitan
Inilah yang ALLAH dan Rasulullah SAW inginkan



Wahai gadis ku,
Pintu kebahagiaan itu bukanlah sex semata
Bukan juga kejelitaan dan ketampaan si dara atau teruna
Tidak juga pada kekayaan dan timbunan harta
Tetapi ....
Kebahagiaan itu bila iman bertakhta di hati
Agar ALLAH dan Rasulullah SAW dijadikan matlamat cinta hakiki
Maka ketenangan, kedamaian dan keampunan menyirami diri




To be continue .......




Madrasah Darus Syifa
13 Februari 2010
23.42pm


No comments:

Post a Comment