Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Wednesday, July 29, 2009

Hulurkanlah Lebihan Rezeki Anda Untuk Amal Jariah


"Ilmu itu cahaya. Jahil itu merbahaya"

"Orang yang pandai ialah orang yang selalu mengingat mati"

Itulah antara ungkapan-ungkapan yang sering kita dengar. Ilmu yang menjadi cahaya penyuluh jalan untuk menuju kepada Allah SWT. Namun kepandaian seseorang bukanlah terletak kepada sejauhmana bertimbunnya Sijil dan Ijazah, tetapi adalah sejauhmana seseorang itu dapat mengingati mati. Kerana mereka yang sering mengingati mati, akan berusaha bersungguh-sungguh di kehidupan dunia ini untuk mencari keredhaan Allah demi kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana.



Oleh itu saudara dan saudari sahabat seperjuangan sekelian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara- saudari untuk bersama-sama melakukan amal jariah. Demi memangkinkan seruan Islam yang suci ini di muka bumi. Untuk mendidik anak bangsa kita untuk tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah SWT serta menjauhi laranganNya. Maka dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Madrasah Tahfiz Al Quran Darussyifa, ingin memohon keikhlasan hati saudara-saudari untuk memberi bantuan dan sumbangan dalam membangunkan Madrasah Tahfiz Al Quran Darussyifa, Repah, Tampin.

P/S jika anda ingin berbuat amal jariah kepada anak-anak yang fakir miskin dan yatim, sedekah anda boleh disalurkan ke :

Madrasah Tahfiz Al QUran Darussyifa
Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tampin
A/C No : 05-021-01-0023102



No comments:

Post a Comment