8 Tips Kecantikan Muslimah
1) Jadikan "ghaddul basar" sebagai hiasan mata nescaya mata anda akan kelihatan bening dan jernih buat selama-lamanya.
2) Oleskan lipstik kejujuran pada bibir nescaya bibir semakin manis dan memikat semua hati orang.
3) Gunakan pemerah pipi dengan kosmetik yang diperbuat dari rasa malu yang boleh didapati secara langsung di salun keimanan nescaya pipi anda akan kelihatan bersih dan suci serta menyenangkan hati semua orang.
4) Gunakan sabun istighfar yang amat mujarab untuk menghilangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan nescaya anda lebih berseri, memikat dan menyenangkan hati semua orang.
5) Rawatlah rambut anda dengan jibab Islam yang dapat mengelakkan dari pandangan ajnabi nescaya rambut anda akan kelihatan lebih bermaya dan menawan.
6) Hasilkan kedua tangan anda dengan gelang tawadhu’ dan jari-jemari dengan cincin ukhwah nescaya tangan dan jari anda lebih manis dan cantik.
7) Kalungkan leher dengan kalung kesucian nescaya anda akan kelihatan lebih berseri.
8) Bedakilah wajah anda dengan air wudhu’ nescaya wajah anda akan lebih bercahaya dan anggun walaupun anda telah mengembara hingga ke akhirat.
** Ghaddul Basar = menundukkan pandangan
Pada 31 January 1992, aku didatangi oleh sahabat ku, Raja Chulan yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Antarabangsa dalam sebuah organisasi d Malaysia. Bersama-samanya ialah saudara Muhamad Siddiq Bin Ahmad.
Biodata Muhammad Siddiq Bin Ahmad
Dia adalah anak kepada salah seorang bekas rektor di UIA. Berdarah Pakistan. Warganegara Malaysia. Beliau mempunyai kelulusan dibidang undang-undang, tetapi bekerja di London dibawah organisasi yang digerakkan oleh Yusuf Islam. Pendekata saudara Muhamad Siddiq Bin Ahmad adalah orang kanan Yusuf Islam. Antara aktiviti Yusuf Islam ialah memungut zakat dari hartawan dan ahli perniagaan Islam di Eropah. Duit zakat itu akan diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah agama Islam seluruh dunia khususnya negara-negara Islam yang miskin.
Misi Muhamad Siddiq Bin Ahmad bersama Raja Chulan adalah untuk meng"explore" pesantren-pesantren di Sumatera Utara bagi penyaluran dana.
Raja Chulan menghubungi ku di USM. Katanya ada urusan penting, dan dia memerlukan khidmat ku. Masih basah dalam ingatan ku, nota ringkas yang ditinggalkan untuk ku melalui seorang siswi USM. Nota itu diserahkan kepada ku di library USM pada 31 Januari 1992. Nota berbunyi :
Assalamu a'laikum (dalam tulisan jawi). Kita perlu ke Sumatera Utara segera. Raja Chulan.
Sewaktu menerima nota tersebut, aku agak rungsing. Berdasarkan berita yang baru aku baca di beriteks, Sumatera Utara sedang bergolak oleh pemberontak Aceh. Urusan kali ini agak sukar, dan aku berniat untuk menolak saja tawaran kerja tersebut atas dasar keselamatan walaupun upahnya lumayan. Atas dasar persahabatan, aku gagahkan untuk bertemu Raja Chulan di rumah sewa ku yang berhantu.
(untuk makluman, rumah sewa ku di Taman Century, Penang itu dikatakan berhantu oleh penduduk taman tersebut. Sudah agak lama rumah tersebut kosong.Rumah berkembar tiga tingkat. Master bed roomnya tempat kami bermain badminton. Menurut penduduk setempat, penyewanya tak bertahan lama. Paling lama pun seminggu. Lalu rumah itu kosong selama hampir 3 tahun. Disebabkan aku dan sahabat-sahabat ku terdiri dari golongan fuqara wal masakin, kami sewa rumah tersebut dengan harga sewa yang amat murah)
Dalam pertemuan dengan Raja Chulan, belum sempat aku bersuara menyatakan niat ku, Raja Chulan terus memperkenalkan aku kepada Muhamad Siddiq Ahmad dan misi operasi kali ini; menyalurkan dana kepada pesantren-pesantren yang memerlukan bantuan. Selesai Raja Chulan menyatakan misi operasi kali ini, tak sampai hati pula untuk aku menolak.Dalam hati ku, walaupun berrisiko, tapi dapat membantu pesantren-pesantren yang ada di Sumatera. Hmmmm .... terpaksa tuang kuliah lagi. Tapi tak pelah, upahnya lumayan dan yang paling penting, dana dapat disalurkan kepada pesantren.
4 Februari 1992, aku, Raja Chulan, Mohamad Siddiq Ahmad dan Hanif Abd Rahman, menaiki ferry dari Penang ke Medan. Ketibaan kami disambut oleh Pak Saiful Nazli, orang hubungan ku di Medan. Kami akan bermalam di rumahnya di Sei Asahan.
Malam itu, aku, Raja Chulan dan Pak Saiful merancang perjalanan mengelilingi Sumatera Utara. Selepas solat Subuh, kami bertolak dengan Super Kijang. Pak Saiful, bersama dua orang pembantunya, Hermanto dan Nasir. Dari Kota Medan kami bergerak menuju Banda Aceh. Kami melalui Beras Tagi, lalu bermalam di Pesantren Pak Udin Shamsudin di atas gunung yang berjeram di Kota Canai.
Sepanjang perjalanan banyak pesantren dan peristiwa yang kami lalui dan tempohi.Antara pengalaman menarik dalam operasi kali ini ialah, dalam perjalanan ke Banda Aceh, kami berhenti di sebuah masjid untuk bersolat pada jam 12 tengah malam. Belum sempat aku berwudhu, rombongan kami di kepung oleh ABRI (Angkatan Bersenjata Republik Indonesia = tentera ). Muncung M16 dihalakan ke arah kami. Barang-barang dan kenderaan digeledah. Ketua ABRI, membuat kesimpulan ... "Wajah salah seorang dari bapak (Muhamad Siddiq Ahmad) menyerupai wajah suspek Arab yang membekalkan senjata kepada pemberontak Aceh. Sila ke berek tentera untuk disoal siasat"
(Muhammad Siddiq Ahmad berdarah Pakistan, kulit cerah, tinggi, handsome, berjanggut, berjambang, macam rupa Sami Yusuf)
Malam itu juga kami di masukkan ke dalam bilik tahanan di kem tentera ABRI. Bilik tahanan bersebelahan dengan surau. Seorang demi seorang dari kami di panggil untuk disoal siasat. Mula-mula di panggil ialah Pak Saiful, kemudian Pak Udin Shamsudin (dia ikut dalam XPDC kami sewaktu kami singgah di pesantrennya), kemudian Raja Chulan, kemudian giliran aku. Begitulah turutan orang yang disoal siasat berdasarkan cerita Hermanto. Terus terang aku nyatakan, sesampai saja aku di bilik tahanan kem tentera, aku terus berwudhu, terus solat jamak qasar, terus tidur keletihan sehingga aku dibangunkan untuk disoal siasat.
Banyak soalan yang ditanya dalam sesi soal siasat. Tapi aku hanya ingin menceritakan pengalaman ku berhadapan dengan satu soalan provokasi.
Dalam bilik soal siasat, ada 3 orang tentera. Mukanya tak pernah senyum dan bengis. Salah seorangnya berpangkat jeneral, yang dua lagi tu aku tak tahu pangkat amender.
Biliknya kecil, ada satu lampu mentol, ada satu meja, satu kerusi. Aku didudukkan di atas kerusi sambil tentera yang 3 orang itu berlegar-legar dalam bilik sambil mengajukan soalan. Antara soalan yang menarik ialah .......
Penyoal : Rakan anda menyatakan bahawa anda ini semua pendakwah Islam, bukannya pemberontak. Apakah benar ?
Aku : Ya benar
Penyoal : Mengapa Islam meletakkan taraf seorang wanita terlalu hina ?
Aku : Itu suatu kenyataan yang salah. Islam amat memuliakan taraf wanita.
Penyoal : Kalau Islam memuliakan wanita, mengapa jika seorang lelaki yang sudah berwudhu, terbatal wudhunya jika bersentuhan dengan wanita. Jika lelaki menyentuh babi, wudhunya tak pula batal. Bukankah Islam meletakkan taraf wanita lebih rendah dari babi ?
Aku : Silap tu. Bila lelaki yang telah berwudhu menyentuh wanita yang bukan muhrim, wudhunya lelaki itu terbatal, tetapi jika lelaki itu menyentuh babi wudhunya tak terbatal. Itulah bukti betapa mulianya wanita.
Penyoal : Apa alasan anda kata begitu ?
Aku : Wudhu sesuatu yang mulia. Dengan berwudhu, kita boleh berhubung dengan ALLAH dalam solat. Bila lelaki berwudhu, lelaki tersebut di kira berada di dalam keadaan suci dan mulia. Tetapi jika dia menyentuh wanita yang bukan muhrim, lelaki itu telah menceroboh kehormatan wanita tersebut maka terbatallah wudhunya. Bila terbatal wudhu, hilanglah kesucian dan hilanglah kemuliaan seorang lelaki. Hanya kerana lelaki tersebut menyentuh wanita yang tak halal baginya. Dengan menyentuh wanita, lelaki telah mencemar kemuliaan yang ada pada dirinya sendiri. Jadi, bila lelaki menyentuh perempuan sehingga terbatal wudhu, itulah bukti betapa mulianya wanita. Jika seorang lelaki yang berwudhu, yang suci, yang mulia, menceroboh kemuliaan wanita walau hanya dengan satu sentuhan, hilanglah kesucian, hilanglah kemuliaan lelaki itu disebabkan wudhunya telah terbatal. Itulah bukti Islam memuliakan wanita.
Aku : Dalam Islam taraf wanita sentiasa tinggi mulia. Sama sekali babi itu hina dan tak pernah menjadi mulia. lebih-lebih lagi mustahil babi menjadi lebih mulia dari wanita.
Penyoal : Tapi kalau lelaki yang berwudhu menyentuh babi, wudhunya tidak batal.
Aku : Benar, lelaki yang berwudhu bila menyentuh babi, wudhunya tidak batal. Tapi, lelaki tersebut wajib menyamak anggota yang menyentuh babi. Mana lebih susah ? Nak berwudhu ? Atau nak menyamak ? Nak berwudhu cukup dengan air. Nak menyamak, kena ada air dan tanah, dibasuh tujuh kali. Susah bukan ? Sebab babi itu terlalu hina, nak menyucikannya sangat susah.
Begitulah antara sessi soal siasat yang kami alami. Sekembalinya aku ke bilik tahanan sekitar jam 5.00 pagi, aku lihat Hanif Abd Rahman sedang menangis. Aku tanya Hermanto, Hermanto kata, Hanif menangis ketakutan sejak awal tadi, sejak masuk ke bilik tahanan. Aku pula tak ambil pusing waktu itu sebab keletihan, sesudah solat terus aku bantai tidur sebelum dibangunkan jam 3.00 pagi untuk di soal siasat hehehe.
Tepat jam 12 tengahari kami dibebaskan. Sebelum keluar dari kem, Jeneral tersebut berkata :
"Bapak beruntung. Tiada yang keluar dari kem ini hidup-hidup melainkan dimasuk dalam guni lalu dicampak ke laut, atau ditanam hidup-hidup atau ditembak di kepala"
..... barulah aku tahu mengapa Hanif tu menangis meraung ketakutan, sedangkan aku lena tidur berdengkur hehehehe .....
wahai wanita , jagalah aurat mu kerana ia adalah maruah diri mu ..............
salam
ReplyDeletesedikit pembetulan kepada perkataan ni.. ghaddul basar/ ghaddu al-basar = menundukkan pandangan.
jazakallah
ReplyDelete