Dulu waktu aku kecik2, aku pernah membelasah anak-anak orang kaya di kampung ku kerana mereka membuli abang ku. Anak-anak orang kaya tu cemburu kepada abang ku yang pandai sebab abang aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Australia selepas keputusan SPM dikeluarkan. Kebetulan aku memang berada di tempat kejadian sewaktu mereka membuli abang ku. Aku pun masuk campur, dan teruk aku belasah anak-anak orang kaya tu.
Selepas insiden tu ayah aku ada problem nak pinjam duit dari orang kaya di kampung ku sebab anak dia patah tangan kena belasah dengan aku. Jadi ayah aku cukup tension sebab urusan nak hantar abang aku sambung belajar ke Australia bermasalah. Ayah aku rembat belakang aku dengan tali pinggang. Kemudian arwah atok aku yang pujuk aku. Atok aku ajak aku gi candat sotong waktu malam gelap sambil memujuk aku. Lalu dia ijazahkan aku 7 lagu selawat.
Aku ingat lagi kata2 arwah atok aku memujuk sewaktu sedang mencandat sotong di tengah laut yang tenang, dalam sampan kecil. Antara kata2 pujukannya :
Atok bangga melihat diri kamu derita dalam kesakitan dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Atok bangga mndengar tangisanmu kerana pengorbanan terhadap abang mu dari melihat tawamu kerana pngkhianatan. Atok bangga melihat kamu berdiri megah berdepan musuh dari berpaling lari kedayusan. Atok bangga melihat diri mu bersedih kerana menanggung musibah dari engkau kufur kepada ALLAH ketika beroleh nikmat ....
Selain kata2 pujukan dan lagu2 selawat, arwah atok aku juga benyak menceritakan tentang isi kandungan Kitab Hembusan Kasturi yang membicarakan tentang bacaan berzanji dan mawlidurrasul.
Antara yang diceritakannya dan yang masih aku ingat ialah :
Ibnul Jauzi (seorang ulamak besar di zaman salafussoleh) berkata bahawa salah satu daripada perkara-perkara yang AMAT MUJARRAB ( iaitu telah dicuba dan terbukti keberkesanannya ) ialah meraikan atau merayakan Maulid Nabi SAW. Katanya, dengan merayakan Mawlid Nabi SAW, akan mendatangkan keamanan yang penuh sepanjang tahun ditempat diadakan keramaian Mawlid itu.
Ada satu hadis Nabi SAW bermaksud :
Barangsiapa membesarkan hari kezahiran ku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk Mawlid ku, maka seolah-olah ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untk ugama ALLAH
Banyak lagi khasiat dalam merayakan Mawlid Nabi SAW sambil dibacakan kitab Berzanji atau Daiba'i.
Arwah atok ku pernah bercerita, yang pernah gurunya tidur dan bermimpi. Dalam mimpi, gurunya melihat Rasulullah SAW dan Habib Noh (seorang wali ALLAH di Singapura) berjalan di hadapan rumahnya. Habib Noh mempelawa Rasulullah SAW untuk menziarahi guru tersebut. Tapi Rasulullah SAW enggan dan berkata, yang guru tersebut tidak cintakan Rasulullah SAW kerana tidak meraikan Mawlid. Bila guru tersebut tersedar dari mimpi, dia terus membaca kitab Mawlid Berzanji dan Daiba'i setiap hari.Sehinggalah sekarang, arwah atok aku akan menyuruh ahli keluarganya membaca Mawlid Berzanji setiap malam Jumaat dan membaca kitab Mawlid Daiba'i setiap malam Isnin. Kerana menuruti jejak langkah gurunya.
Antara fadilat meraikan Mawlid Nabi SAW ialah memurahkan rezeki seperti yang tertera dalam kitab2 lama.Seperti yang diperkatakan oleh Imam Syafie, Barangsiapa mengumpulkan orang untuk menyambut Mawlid Nabi SAW dengan membaca Mawlid, dan mengadakan syarahan2 berkenaannya, serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat kebajikan , nescaya ALLAH Ta'ala akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama-sama dengan wali-wali, para syuhada dan orang yang soleh. Dan dia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.
Berkata pula Saidina Abu Bakar As Siddiq, Barangsiapa meraikan Mawlid Nabi SAW, maka sesungguhnya dia akan menjadi teman ku di dalam syurga.
Berkata pula Saidina Omar Al Khattab, Barangsiapa meraikan Mawlid Nabi SAW, maka sesungguhnya ia menghidupkan ugama Islam.
Berkata pula Saidina Osman, Barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk membaca Mawlid Nabi SAW, maka seolah2 dia mati syahid di dalam peperangan Badar & Hunain.
Berkata pula Saidina Ali, Barangsiapa membesarkan perayaan Mawlid Nabi SAW, maka ia tidak akan meninggal dunia, melainkan keadaannya di dalam iman.
Rasulullah SAW bersabda lagi : Barangsiapa mencintai diri ku, nescaya dia akan bersama ku di dalam syurga.
Dan di dalam bacaan Mawlidur Rasul sama ada Mawlid Berzanji atau pun Mawlid Daiba'i, susunan kisah sejarah kelahiran Rasulullah SAW disusun dalam bentuk puisi sambil diselang selikan dengan selawat. Ada rentak yang lembut dan mendayu seperti yag dipaparkan oleh bacaan lagu Sikah dan Raghbi. Ada yang tegas dan keras seperti bacaan Dukah. Dan ada yang menstabilkan emosi seperti bacaan Rast.
Keempat2 lagu Mawlid itu diperindahkan dengan tujuh lagu selawat, agar roh dan jiwa berbekas dengan bacaan sejarah kehidupan Rasulullah SAW.
ALLAH dan malaikat sendiri mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW, maka kita sebagai makhluk yang hina, lebih2 lagilah sepatutnya mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW.
Firman ALLAH : Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat NYA berselawat ke atas Nabi (Muhammad SAW) ; wahai mereka yang beriman, banyakkanlah oleh mu mengucapkan selawat dan salam ke atasnya.
Rasulullah SAW bersabda : Banyakkanlah mengucapkan selawat kepada ku kerana mengucap selawat kepada ku itu ialah menjadi kafarah (iaitu menebus dosa) dan zakat bagi mu. Maka barangsiapa mengucap selawat kepada ku sekali nescaya ALLAH Ta'ala memberi selawat kepadanya sepuluh kali.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Ada tiga golongan manusia yang akan berada di dalam perlindungan Tuhan Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Tingi pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan pada NYA. Lalu Rasulullah SAW di tanya " Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW?" . rasulullah SAW menjawab : Mereka ialah orang yang menghilangkan kesusahan dari orang yang susah dari kalangan umat ku, orang yang menghidupkan syariat ku dan orang yang banyak mengucapkan selawat bagi ku.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Barangsiapa menulis selawat bagi ku di dalam sebuah kitab nescaya malaikat-malaikat akan sentiasa memintakan ampun baginya selagi tulisan nama ku itu ada di dalam kitab.
Ditusnya Rasulullah SAW sebagai rahmat ke atas sekelian alam. Antara rahmat baginda ialah nama baginda sendiri Muhammad. Terdapat hadis yang menyatakan kelebihan bagi menamakan anak2 yang bernama Muhammad.
Rasulullah SAW bersabda :
Akan berdiri dua orang hamba ALLAH di hadapan ALLAH Ta'ala di padang Mahsyar. Lalu ALLAH memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga. Maka berkatalah mereka berdua ..... "Wahai TUHAN kami, bagaimanakah kami berhak masuk syurga?" ...... Lalu ALLAH berfirman .... Wahai hamba-hamba KU berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam syurga kerana AKU bersumpah kepada diri KU bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk neraka"
Maka aku menyeru, agar didiklah diri kita untuk memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW di bulan ini, semoga kita beroleh syafaat baginda Rasulullah SAW.
Aku juga mengambil kesempatan untuk menjemput ke majlis Mawlidur Rasul di rumah aku pada tempat, tarikh dan masa berikut :
Tarikh : 9 Mac 2009

Tempat : Balai Tunku Besar Tampin, 73000 Tampin
Masa : Selepas Solat Maghrib
Harap sesiapa yang tak kerja dan free, silalah datang bagi meraikan majlis hari lahir Nabi kita SAW

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD WA A'LA ALIHI SAIYIDINA MUHAMMAD
Askm. Saya dan kawan-kawan mengadakan majlis maulidir Rasul s.a.w setiap malam Jumaat. Salahuddin al-Ayyubi adalah pahlawan Islam yang gemar membesarkan Maulidur rasul s.a.w.
ReplyDeletejazakallah pg metassan
ReplyDeletesemoga kita sama2 dirahmati ALLAH
subhanallah.....pulanglah...pulanglah...wahai kaum muslimin ke pangkuan allah....
ReplyDelete