Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Sunday, June 24, 2012

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 2



Kitab Risalah Tauhid oleh Syeikh Abdul Ghani Yahya dan Syeikh Omar Bin Yusof

Memahami Konsep Tauhid

Dalam bahasa Arab, TAUHID diertikan "mengesakan". Maka dalam ilmu Tauhid, ianya memberi erti mempercayai Tuhan itu esa. Oleh itu Ilmu Tauhid ialah ilmu yang menerangkan segala kepercayaan-kepercayaan dan hukum-hukumnya di dalam Islam termasuk hukum mempercayakan Tuhan itu esa.



Seandainya terdapat orang yang tidak mempercayai perkara-perkara yang menjadi asas Ilmu Tauhid, nescaya orang itu bukanlah seorang Islam bahkan gelaran kafir adalah yang selayak bagi dirinya. Begitu juga halnya, sekiranya seorang Islam menukar kepercayaan dari mempercayai perkara-perkara yang asas, kedudukannya juga adalah kafir.

Perkara yang asasi yang wajib dipercayai dalam ilmu Tauhid ialah perkara yang dalilnya atau buktinya cukup terang dan kuat yang terdapat di dalam Al Quran atau Hadis yang sahih. Perkara yang dipercayai ini tidak boleh dita'wil (ditukar) maknanya yang asli dengan makna yang lain.

Perkara-perkara dan hukum-hukum yang dinyatakan di dalam Ilmu Tauhid itu terkandung di dalam Rukun Iman.
Rukun Iman dan Pengertiannya : Rukun iman adalah akar tunjang kepada keimanan dan kepercayaan seseorang. Sejauh mana kuatnya iman, sejauh itulah keyakinan dalam hidupnya. Sebagai seorang Islam, kita wajib beriman dengan rukun iman yang enam. Keenam-enam rukun inilah yang wajib dijadikan akar tunjang dalam beraqidah.

Rukun Iman adalah :
Percaya kepada Allah
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Kitab
Percaya kepada Rasul
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qadha’ dan Qadar

Muqaddimah Ilmu Tauhid

Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid : Perkataan ‘ Mabadi ‘ itu bahasa Arab jama’ daripada perkataan mabda’ Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :

1) Nama ilmu ini : Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu ‘Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.

2) Tempat ambilannya : Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadis.

3) Kandungannya : Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I’ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.

4) Tempat bahasannya ( Maudhu’nya )kepada empat tempat :

Pertama : Pada zat Allah Ta’ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagi-Nya, Sifat-sifat yang mustahil atas-Nya dan sifat yang harus pada-Nya.

Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib baginya, Sifat-sifat yang mustahil atasnya dan sifat yang harus padanya.

Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.

Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.

5) Faedah Ilmu Tauhid : Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.

6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain : Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.

7) Yang menghantarkan : Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta’ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.

Hukumnya : Iaitu fardhu A’in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .

9) Kelebihannya : Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

” Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya.”
( Riwayat Hakim )

10) Kesudahan ilmu ini : Iaitu dapat membezakan di antara ‘aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.


Dengan ilmu tauhid kita mampu menyuluh, sejauh mana aqidah kita selaras dengan aqidah milik Rasulullah SAW dan para sahabat seperti yang dikehendaki oleh ALLAH.

Bukti kejahilan atas ilmu Tauhid amat berleluasa bila hukum yang termaktub dalam Al Quran diubah sesuka hati. Bila ALLAH dan Rasul-NYA menetapkan hukum, haram, terbatal syahadah dan rosak aqidah jika meredhai makhluk sujud kepada selain ALLAH. Tetapi ada segelintir manusia yang mengaku ingin memperjuangkan tuhan mengatakan dia berasa bangga jika ada manusia sujud ke kubur tok gurunya. Nyata sekali, TELAH TERBATAL SYAHADAH orang tersebut. Nyata sekali TELAH ROSAK AQIDAH orang tersebut. Nyata sekali tuhan yang diperjuangkan BUKANLAH Tuhan yang selayaknya disembah iaitu ALLAH Rabbul Jalil.

Begitu juga bukti rosaknya aqidah umat ini bila sesuatu yang telah jelas qat'ie hukum dari Al Quran dan Sunnah, tetapi diubah dan ditafsirkan tanpa menurut disiplin ilmu syarie. Menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA. Sebagai contoh, Al Quran dan Sunnah telah menetapkan bahawa takrifan bagi anak yatim ialah anak yang sudah kematian ayahnya. Itulah tafsiran anak yatim berdasarkan syarak. Tetapi ada pihak yang mengubah makna tafsiran anak yatim kepada "anak yang tidak berbapa kerana bapanya jarang ada di rumah" semata-mata menghalalkan perbuatan mereka memakan harta anak yatim.

Malah lahir juga ajaran yang menolak akal atas dasar ingin menjadi "orang roh". Sedangkan antara syarat wajib solat dan puasa ialah BERAKAL. Apakah menafikan akal merupakan suatu usaha awal untuk memansuhkan ibadah solat dan puasa oleh golongan yang sesat lagi menyesatkan ?

Usaha menafikan dalil akal atas alasan yang datang dari akal adalah palsu kesemuanya, secara tidak langsung menafikan HUKUM AKAL dalam ilmu Tauhid. ALLAH itu wajib wujud. Sedangkan ALLAH yang wajib wujud, dituntut bagi setiap mukallaf WAJIB mendatangkan dalil Naqli dan Dalil AKAL bagi mengesahkan aqaidul iman. APAKAH ALASAN PEMBAWA AJARAN YANG SESART LAGI MENYESATKAN SERTA ROSAK AQIDAH INI INGINKAN ? Apakah usaha menolak dalil akal oleh golongan yang sesat, menyesatkan, rosak aqidah dan terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah merupakan langkah awal untuk terus merosakkan aqidah remaja-remaja di Malaysia ?

Gersk, Muar
23 Julai 2011
2.45pm

Thursday, October 6, 2011

ALLAH Berkuasa : Mengapa ALLAH tak buat anak-NYA ?





Doreen : Sir …. Kita dah sampai.


Pendakwah yang duduk di seat belakang Estima membuka matanya. Nampak di wajahnya keletihan. Father Patrick (bukan nama sebenar) dari Gereja ZZZZ yang memandu Estima tersenyum melihat tetamunya itu.




Father Patrick : The journey really suck out your energy level, ya bro. (sambil ketawa)


Pendakwah hanya tersenyum. Menggenyeh-genyeh biji matanya. Lantas melihat persekitaran luar melalui tingkap Estima.


Karamjit Singh (bukan nama sebenar), yang duduk di sebelah Pendakwah memicit-micit bahu Pendakwah.


Karamjit Singh : You shouldn’t attend this event. Furthermore, it is just a Charity Sale for the Church.


Pendakwah : But it is still an IFC gathering isn’t it ? Hehehe


Father Patrick : Sekarang pukul 8.40pm. Charity Sale starts pagi tadi. Kita ada lebih kurang satu jam setengah sebelum this event ends. This event akan ditutup dengan sessi pengajian kitab Bible secara ringkas.


Karamjit Singh menghampirkan diri kepada Pendakwah sambil berbisik : Dia kata pengajian kitab Bible ringkas. Tapi kasi hentam agama lain juga.


Pendakwah hanya tersenyum HEHEHE.


Mereka berempat keluar dari Estima dan berjalan menuju ke dalam dewan Gereja. Suasana di luar gereja tersebut macam Fun-fair. Banyak gerai-gerai jualan. Sambil berjalan Father Patrick memberi penerangan ringkas.


Father Patrick : Charity Sale ini untuk mengutip derma bagi aktiviti gereja. Di hadiri oleh ketua-ketua gereja dari semua daerah. Juga dihadiri oleh missionary dari seluruh negeri. Jangan hairan jika awak akan lihat orang Melayu yang jadi ketua gereja dan missionary. (sambil tersenyum)


Pendakwah : Saya hanya nak lihat suasana. Saya tak boleh lama. Saya dapat email dari Doreen pasal event ni. Saya travel dari Latvia ke Moscow. Dari Moscow ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur ke sini. Perjalanan selama 37 jam tanpa henti, amat memenatkan. Saya belum mandi. Pakaian saya tak berganti. Saya memang benar-benar keletihan. Tetapi sebagai menghormati jemputan, saya datang juga untuk hadir event ini.


Father Patrick : Kami amat berbesar hati dengan kehadiran awak. Kami dengar kehebatan Ustaz Muhammad Taha Suhaimi sehingga beliau mendapat gelaran Ahmad Deedat Dunia Melayu. Kami tak berpeluang berbincang dengannya. Tapi kami bangga kerana orang yang menjual buku-bukunya datang pada hari ini.


Pendakwah melontarkan senyuman sinis atas sindiran Patrick. Di pintu gereja, mereka disambut oleh Father Alexander (bukan nama sebenar).


Father Alexander : Apa khabar tuan XXXX. (Sambil berjabat tangan dengan Pendakwah). Selamat datang ke Gereja ZZZZ.


Pendakwah : Bagaimana dengan sambutan jualan Charity ?


Father Alexander : Good. Kami sudah kumpul RM 1.4 juta.


Pendakwah : Wow. That is great. Barang apa yang paling mahal ?


Father Alexander : Actually, Charity Sale ni lebih macam auction. Banyak barang-barang peribadi milik orang-orang yang banyak berjasa kepada gereja dijual. So far, yang paling mahal ialah Tactical Boot kepunyaan mendiang Missionary Foo (bukan nama sebenar). Kasut itu digunakan dalam usaha missionary di pedalaman Borneo selama 8 tahun. Dijual pada harga RM 115,000.00. Tactical Boot tu akan kami masukkan dalam glass display bersama biodata pemiliknya. Agar ahli-ahli gereja kenal orang yang berjasa dalam menyebarkan agama Kristian. (Ulas Father Alexander dengan bangga). Jualan barang terakhir baru saja habis. Sekarang time break. Kejap lagi kita buat pengajian kitab. Just nice. Tuan XXXX sudah datang. Boleh jadi panel dialog.


Pendakwah termanggu dengan kata-kata Father Alexander. Tak terlintas di fikirannya akan di adakan dialog.


Karamjit Singh : (berbisik kepada Pendakwah) I’ve told you.


Pendakwah merenung wajah Karamjit Singh sambil tersenyum. Dengan tenang Pendakwah berjalan naik ke atas pentas di dalam dewan tersebut sambil diiringi oleh Father Patrick. Di bawah pentas, di barisan hadapan, duduk paderi-paderi besar dan missionary-misssionary dari seluruh negeri. Di belakang mereka pula ahli-ahli gereja tersebut. Pendakwah dipersilakan duduk di kerusi panel dialog.


Father Alexander memulakan pembacaan kitab Bible. Kemudian mengulas tentang kekuasaan Lord Jesus dalam memberikan harapan kepada manusia dan menyelamatkan manusia dari neraka. Kemudian father Alexander memperkenalkan profile Pendakwah kepada hadirin. Sejurus itu, Father Alexander dengan dibantu Father Patrick memulakan sessi soal jawab. Hinggalah ke satu soalan ……


Father Alexander : Kita ada menerima satu soalan tentang Islam. Saya akan bacakannya. Soalannya berbunyi :


Islam mengatakan ALLAH itu bersifat dengan sifat kudrat yang bermakna berkuasa. Jika ALLAH itu benar-benar berkuasa, bolehkah ALLAH membuat anak-NYA sendiri ? Jika ALLAH tidak boleh membuat anak NYA sendiri, mengapa orang Islam mengatakan ALLAH itu bersifat kudrat ?


Father Alexander tersenyum. Hadirin yang dibawah pentas juga tersenyum. Karamjit Singh yang duduk di sebelah Pendakwah mendekatkan dirinya kepada Pendakwah dan berbisik.


Karamjit Singh : I have told you. This is a trap. Feel sorry for you for becoming the victim.


Pendakwah : (Hanya tersenyum) Hehehehe


Father Alexander : Satu soalan yang menarik. Saya menjemput Tuan XXXX untuk menjawab bagi pihak agama Islam. (Sambil menghulurkan microphone kepada Pendakwah)

Perlahan dengan tenang Pendakwah bangkit dari sofa dan berjalan ke arah rostrum dan menyambut microphone dari Father Alexander.


Pendakwah : Hellooo … Apa khabar semua ? … Hehehe


Sebelum saya menjawab soalan yang diutarakan, saya memohon maaf kerana kehadiran saya mengganggu majlis jualan amal ini. Masa yang diperuntukkan kepada saya selama 30 minit bagi menjawab soalan ini kalau digunakan untuk menjual satu lagi barang koleksi peribadi, pasti akan memberi keuntungan kepada gereja. Saya dimaklumkan bahawa jualan amal ini melibatkan barangan dan koleksi peribadi. Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk menjual barangan koleksi peribadi milik saya di majlis ini. Saya rasa itu lebih baik dari menjawab soalan tersebut tanpa sebarang sumbangan bercorak peribadi.


Father Alexander : Tuan XXXX, adakah dengan menjual barangan peribadi awak sebagai jalan untuk melarikan diri dari menjawab soalan yang diajukan ?


Kata-kata Father Alexander mendapat tepukan gemuruh dari hadirin. Ada yang bersorak kegembiraan. Sayup-sayup dari bawah pentas juga kedengaran orang melaungkan …. “May Lord Jesus F**K this guy.” ….. Nampak sangat soalan tersebut berbentuk provokasi. Namun Pendakwah tetap tenang dan tersenyum.


Pendakwah : Saya akan jawab soalan itu. Tapi saya juga ingin menjual barangan koleksi peribadi untuk majlis jualan amal ini. Sambil menjual barang. Sambil menjawab soalan. Bak kata pepatah Melayu. Sambil menyelam, minum air. Saya lihat disini ramai juga orang Melayu. Tak salah kita guna pepatah Melayu. Hehehehe


Father Alexander : Baiklah kalau begitu. Dipersilakan.


Pendakwah : Ermmmm … tapi …. Tapi …. (Kata-kata pendakwah tergagap-gagap) …. Ermmmm …. Boleh tak saya ke toilet kejap ? … Perjalanan 37 jam dari Latvia ke sini tak izinkan saya ke toilet.


Kata-kata pendakwah disambut gelak ketawa hadirin. Father Alexander tersenyum sinis. Mungkin pada tanggapannya,seolah-olah Pendakwah itu cuba mencari alasan untuk mengelak dari menjawab soalan.


Father Alexander : Di belakang stage ada toilet. Sila Father Patrick tunjukkan.


Pendakwah, diiringi Father Patrick berjalan ke arah toilet di backstage sambil tersenyum HEHEHE.


Di dalam toilet …. Sambil menguncikan diri di dalam toilet … Pendakwah melihat dirinya di cermin sambil tersenyum. Perlahan Pendakwah menanggalkan seluar dalamnya. Hehehe


Selepas berpakaian lengkap dan mengambil wudhuk, Pendakwah keluar dari toilet bersama seluar dalam yang tergenggam kemas. Perlahan dia berjalan kembali ke rostrum bagi menjawab soalan Father Alexander.


Pendakwah : Sebelum saya menjawab soalan yang ditanya. Izinkan saya menjual barangan koleksi peribadi saya dalam majlis jualan amal gereja ZZZZ ini.


Pendakwah pun mengangkat tinggi seluar dalam yang ditanggalkannya dan menayangkan kepada seluruh hadirin. Dewan mulai gamat.


Pendakwah : Saya ingin menjual barangan koleksi peribadi saya ini yang berupa seluar dalam. Sedikit tentang sejarah seluar dalam ini. Saya membelinya di sebuah shopping complex di Penang tiga bulan yang lalu. Kali terakhir saya memakainya ialah lebih kurang 37 jam yang lalu. Dalam tempoh 37 jam ini, seluar dalam ini sudah berada sekurang-kurangnya di tiga buah bandaraya dunia. Bandar Ryga di Latvia, Moscow di Russia dan Kuala Lumpur di Malaysia. Dan saya baru saja menanggalkannya. Ianya masih tidak berbasuh. Saya ingin menjualnya pada harga bidaan permulaan RM 500. Siapa yang berani membida harga yang lebih tinggi ? Sebagaimana kasut Tactical Boot milik mendiang Father Foo. Saya juga berharap seluar dalam saya ini akan dibeli pada harga RM 115,000, di masukan dalam glass display dan ditayangkan kepada ahli-ahli gereja. Dipersilakan kepada sesiapa yang berminat membelinya …. hehehe


Majlis menjadi bising, kecoh dan gawat. Masing-masing yang hadir bersuara. Ada juga yang ketawa dan gelak dengan riak wajah penghinaan. Ada juga yang berwajah masam purit menandakan kemarahan. Pendakwah di atas pentas masih tenang, tersenyum HEHEHE, sambil menayang-nayangkan seluar dalamnya yang penuh memori bersejarah.


Father Alexander : Tuan XXXX. Apa maksud Tuan ini ? (Dengan nada marah). Tuan melakukan sesuatu yang memalukan dan tidak senonoh.


Pendakwah : Ishhh … saya ikhlas ni. Saya cuma datang ke sini sehelai sepinggang. Baju-baju saya masih ada di bilik hotel di Latvia. Sebaik saja mendapat email jemputan dari Miss Doreen, saya terus bergegas ke airport dan tidak sempat ambil baju-baju saya. Jadi koleksi yang ada pada saya untuk dijual hanyalah seluar dalam. Kalau saya bagi baju, nanti saya tidak berbaju. Kalau saya bagi seluar, nampak kekok pula bila ada orang pakai baju tak berseluar. Jadi saya jualkan seluar dalam saya agar saya tak nampak canggung dan orang pun tak tahu saya tak berseluar dalam. Tapi saya memang ikhlas untuk menjual koleksi peribadi dalam jualan amal ini.


Father Alexander : Apakah ini cara untuk Tuan XXXX mengubah isu sebenar agar Tuan tak perlu menjawab soalan yang dikemukakan ?


Pendakwah : Oooohhhh … bukan begitu niat saya. Saya tetap akan jawab soalan Father Alexander. Seperti saya nyatakan di awal tadi. Saya akan jawab sambil saya jual barangan koleksi peribadi saya. Jadi saya masih menunggu pembida tertinggi. Atau apakah pihak gereja ZZZZ ni sendiri akan membeli seluar dalam saya ?


Keadaan dalam dewan semakin gawat. Semakin kecoh. Semakin bising. Ada hadirin yang berdiri dan memaki-maki. Ada hadirin yang menayangkan penumbyk, sambil jari tengah dijulurkan ke depan. Dan bermacam-macam aksi lagi dapat dilihat.


Father Alexander : Tuan XXXX. Untuk apa gereja ini beli seluar dalam Tuan. Ianya tidak ada faedah kepada gereja.


Pendakwah : Father Alexander. Apakah gereja ZZZZ ini merupakan gereja yang kedekut ? Atau Apakah gereja ZZZZ ini gereja yang sengkek, papa kedana sehingga tak mampu keluarkan duit RM500 untuk membeli barang dalam jualan amal ?


Father Alexander : Oh Lord Jesus. (Dengan nada kesal dan tinggi) … Gereja ZZZZ adalah gereja yang pemurah. Sebab itu kami anjurkan jualan amal agar kami boleh beri sumbangan kepada rumah anak yatim milik gereja. Gereja ZZZZ juga gereja yang kaya. Hasil jualan amal hari ini saja sudah mencecah RM 1.4 juta. Itu belum lagi bantuan-bantuan luar dan kewangan dari Majlis gereja.


Pendakwah : Kalau begitu pemurah dan kayanya gereja ZZZZ, mengapa tak mampu beli seluar dalam saya yang baru berharga RM 500 ?


Father Alexander : Kami tak beli bukan disebabkan kami kedekut atau kami miskin. Tapi untuk apa kami beli sesuatu yang tak berfaedah dan hina ? Hanya orang bodoh saja yang akan beli seluar dalam awak. Apa yang awak lakukan hanyalah menghina rumah tuhan yang suci ini. For god sake, please stop it. (Father Alexander menjawab dengan nada marah)


Pendakwah tersenyum hehehe.


Pendakwah : ALHAMDULILLAH ….. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Berkuasa lagi Maha Esa, saya akan jawab soalan awak sekarang.


Gereja ZZZZ adalah gereja yang pemurah, tetapi gereja ZZZZ tidak mahu membantu dalam jualan amal. Adakah gereja ZZZZ itu kedekut kerana tidak mahu membeli seluar dalam ? Father Alexnader mengatakan TIDAK. Alasannya, seluar dalam itu tidak ada manfaat dan sesuatu yang hina. Gereja ZZZZ adalah gereja yang pemurah kerana mereka masih membeli barangan lain dan mendermakan duit jualan ke rumah anak yatim milik gereja. Kesimpulannya Gereja ZZZZ adalah gereja yang kaya walau tak bantu membeli seluar dalam dalam jualan amal.


Gereja ZZZZ adalah gereja yang kaya raya, tetapi gereja ZZZZ tidak mampu membeli seluar dalam yang bersejarah dan penuh nostalgia dengan harga RM 500. Adakah gereja ZZZZ merupakan gereja yang miskin, sengkek dan papa kedana ? Father Alexander mengatakan TIDAK. Alasannya gereja ZZZZ mampu kumpulkan duit RM 1.4 juta dalam masa sehari dalam jualan amal. Gereja ZZZZ juga ada menerima sumbangan duit luar dan dari Majlis Gereja. Kesimpulannya, gereja ZZZZ adalah gereja yang kaya raya walaupun tak mampu beli seluar dalam yang banyak sejarah dan memori indah pada harga RM 500.


Berbalik kepada soalan Father Alexander. Saya menjawab ….


ALLAH bersifat dengan sifat KUDRAT. Kudrat ertinya BERKUASA. Sifat berkuasa menafikan sifat kelemahan. Antara sifat kelemahan adalah mempunyai anak.


Adakah ALLAH itu lemah kerana tidak mempunyai anak ? Jawapannya TIDAK. Alasannya …. mempunyai anak itu adalah sifat kelemahan yang berlawanan dengan kudrat. Yang mempunyai kudrat mustahil memiliki kelemahan. Tidak memiliki kelemahan BUKAN bermakna tidak mempunyai kudrat atau kekuasaan.


Jika gereja ZZZZ menolak tuduhan gereja ZZZZ kedekut dan sengkek kerana tidak membeli seluar dalam yang hina. Jika membeli seluar dalam yang hina adalah perbuatan orang bodoh.


Maka …


ALLAH itu Maha Berkuasa lagi Maha Esa. Maka tuduhan ALLAH itu lemah kerana tidak mempunyai sifat kelemahan juga tidak boleh diterima akal. Sebab hanya orang bodoh dan tidak waras saja yang kata ALLAH Maha Berkuasa tetapi ada kelemahan.


ALLAH Yang Maha Berkuasa tidak menjadikan anak-NYA bukan disebabkan ALLAH itu lemah. tetapi sebab ALLAH Maha Berkuasa dan ALLAH mustahil memiliki sifat kelemahan seperti ada anak.


Kesimpulannya, ALLAH itu Maha Berkuasa lagi Maha Esa. Kekuasaan ALLAH itu tiada kena mengena dengan sifat kelemahan iaitu mempunyai anak. Sesungguhnya mempunyai anak itu adalah sifat kelemahan. Mustahil ALLAH Yang Maha Berkuasa mempunyai kelemahan.


Dewan menjadi senyap-sunyi dengan jawapan Pendakwah …..


Pendakwah : Ada sesiapa yang mahu membeli seluar dalam saya ? Sekarang saya naikkan harganya kepada RM 20,000 muktamad …………


@@@@@@@@


Malam itu ….. Dalam perjalanan pulang ke hotel dari gereja ZZZZ …..


Suasana dalam Estima tak seceria waktu kedatangan. Father Patrick senyap membisu sambil memandu. Doreen disebelahnya juga membisu. Yang kedengaran …. Suara Karamjit Singh menyanyi seorang diri lagu Punjabi di seat belakang sekali. Happy nampaknya dia ni.


Pendakwah : Doreen, sampai hotel nanti jangan lupa kejutkan saya jam 4.00am. Saya keletihan sangat, takut saya tak terjaga untuk tahajjud dan bersahur. And tomorrow morning please remind me to drop by a supermarket.


Doreen : Sir nak beli apa ?


Pendakwah : Saya nak beli underwear baru laaa. Tak selesalah bila tak pakai underwear hehehehe



The Montcalm, London
6 September 2011
3.01pm


Monday, September 12, 2011

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 1



Aku mengambil kesempatan di hari Jumaat yang mulia ini untuk membahaskan secara ringkas akan hal ehwal Ilmu Tauhid berdasarkan tiga buah kitab Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Persoalan aqidah/ tauhid adalah persoalan yang TIDAK BOLEH diqias, TIDAK BOLEH dikhilaf. Kerana ianya adalah suatu pegangan yang qati'e lagi jazam.



Kitab yang menjadi rujukan ku adalah :

1. Risalah At Tauhid oleh Ustaz Abdul Ghani Yahya dan Ustaz Omar Bin Yusuf
2. Faridah Al Faraid oleh Syeikh Ahmad Al Fathoni Rahimahumullah
3. Nuruz Zulam oleh Syeikh Nawawi Al Bantani Rahimahumullah

Ketiga-tiga kitab tersebut boleh diperolehi di Syarikat Jaafar Rawwas, Jalan Dato Pati, Kota Baru, kelantan Darul Naim dengan harga RM 1.50 untuk Risalah At Tauhid, RM 2.00 untuk Faridah Al Faraid dan RM 3.00 untuk Nuruz Zulam.

Andainya ada kebaikan dari imu ini, semoga ia menjadi amal jariah sebagai ilmu yang bermanfaat buat guru ku Almarhum Ustaz Muhammad Taha Suhaimi Bin Muhamamd Fadlullah As Suhaimi, buat arwah datuk ku Almarhum Embah Kassan (Haji Ehsan Bin Haji Harun) juga buat arwah ayah ku Almarhum Haji Ali Bin Haji Ehsan.

Ilmu Tauhid adalah ilmu yang menerangkan perkara berkaitan persoalan tauhid/aqidah.

Tauhid ertinya meng-ESA-kan ALLAH serta mengiktiqadkan dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH SWT adalah Tuhan yang menciptakan alam ini beserta bukti-bukti dan dalil-dalil yang jelas.

Ilmu Tauhid ialah satu ilmu Ketuhanan untuk mengenal ALLAH dengan sifat-sifat-NYA yang wajib, mustahil dan harus.

Selain itu Ilmu Tauhid juga satu ilmu yang membahaskan segala rukun-rukun Iman yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam.

Kepentingan Mendalami Ilmu Tauhid

Ilmu Tauhid perlu dipelajari sedalam-dalamnya bertujuan, antaranya :

1. Membetulkan kepercayaan dan keyakinan terhadap ZAT PENCIPTA, iaitu ALLAH.
2. Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari ALLAH SWT.
3. Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari ALLAH SWT.
4. Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya.

Perbezaan Iman, Islam, Murtad, Kafir, Munafik dan Syirik

A. Pengertian Iman : Iman ertinya percaya dengan penuh keyakinan tentang adanya Tuhan yang menciptakan alam dan membenarkan Nabi Muhammad SAW, sebagai nabi yang diutuskan oleh ALLAH serta juga mempercayai kesemua rukun-rukun Iman yang enam.

Saidina Ali Karamallahu wajhah mejelaskan pengertian iman ini dengan makna mengakui dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan mengamalkan dengan perbuatan segala-gala rukun-rukun iman.


B. Pengertian Islam : Islam ertinya tunduk dan patuh menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan menunaikan kewajipan, iaitu melaksanakan dengan perbuatan lahir. Selain dari Islam, adalah kafir termasuklah orang yang tidak ada agama adalah kafir.

Perbezaan antara Iman dan Islam adalah dijelaskan dalam Al Quran, surah Al Hujurat ayat ke-14.

Orang Badwi itu berkata : Kami telah beriman. Katakanlah( wahai Muhamad) kepada mereka : Kamu belum beriman, tetapi katalah kami telah tunduk (Islam), kerana iman itu belum masuk ke hati kamu.

C. Pengertian Murtad : Murtad ialah keluar dari agama Islam. Tidak setia kepada Islam atau menjadi Kafir setelah Islam. Firman ALLAH, Surah Al Baqarah ayat ke -217 :

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya (Islam) kemudian dia mati di jalan kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan di akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.

Di antara sebab seseorang itu menjadi murtad ialah :

Sujud kepada selain ALLAH tanpa dipaksa oleh sesiapa atau membesarkan agama lain sekaligus memperkecilkan Islam atau redha makhluk lain sujud kepada selain ALLAH. Contohnya sujud ke kubur. Malah orang yang redha atau bangga, orang lain sujud ke kubur juga jatuh hokum Murtad.

Mengiktiqadkan bahawa alam ini tidak ada penciptanya ataupun pencipta alam ini iaitu ALLAH tidak berkuasa. Contohnya bila mengatakan ALLAH wajib jadikan aku ahli syurga, seolah-olah ALLAH itu lemah kerana terpaksa mengikut kata-kata makhluk.
Mengharamkan sesuatu yang dihalalkan ALLAH. Contoh : ALLAH menghalalkan jual beli tetapi ada pihak mengatakan jual beli adalah haram.

Menghalalkan sesuatu yang diharamkan ALLAH. Contoh : ALLAH mengharamkan isteri berlaku nusyuz, tetapi ada pihak menghalalkannya atas alasan yang tiada sandaran dalil Al Quran dan Hadis. ALLAH mengharamkan memakan harta anak yatim, tetapi ada pihak menghalalkannya dengan mentakrifkan anak yatim tanpa menurut takrifan syarak.
Memandang remeh akan hukum syariat. Contoh mengatakan tak wajib belajar ilmu Fardhu Ain.

Dan lain-lain lagi.


D. Pengertian Kafir : Selain dari Islam adalah kafir. Kafir ialah orang yang mengingkari tentang ketuhanan ALLAH dan ke-esaan-NYA dan JAHIL mengenai kerasulan Nabi Muhamamd SAW. Seseorang yang kafir boleh di-Islamkan dengan mengucap dua kalimah syahadah serta mengetahui syarat-syarat sahnya.


E. Pengertian Munafik : Munafik ialah orang yang menzahirkan dirinya beragama Islam tetapi sebenarnya mereka tidak beriman. Atau dengan kata-kata lain, mereka ini berpura-pura Islam tetapi hakikatnya menentang sama ada secara zahir atau sembunyi. Mereka mengaku mereka pejuang Islam, tetapi mereka lakukan perkara yang haram di sisi syariat ALLAH. Allah berfirman dalam Surah At Taubah ayat ke-68 :


ALLAH SWT telah menjanjikan orang-orang Munafik lelaki dan perempuan, begitu juga orang-orang kafir akan dimasukkan ke dalam api neraka jahanam, kekal mereka di dalamnya. Itu cukup untuk mereka. ALLAH mengutuk mereka dan bagi mereka itu diberikan siksa yang kekal.

F. Pengertian Syirik : Syirik ialah menyamakan ALLAH dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan ALLAH baik pada sifat, perbuatan atau perkataan.

Contoh Syirik :

Sujud kepada selain ALLAH seperti sujud kepada kubur, sujud kepada manusia. Malah jika ada manusia yang redha atau bangga dengan perbuatan makhluk lain sujud kepada selain ALLAH, orang yang redha/bangga itu jatuh murtad. Terbatal syahadahnya. Hakikatnya dia telah menjadi KAFIR.

Mendewakan makhluk bagaikan Tuhan. Segala-galanya adalah dari makhluk bukan dari ALLAH. Mahu taubat, mohon pada makhluk bukan pada ALLAH. Mahu berdoa, berdoa pada makhluk bukan pada ALLAH. (Sayugia diingatkan : bahawa konsep tawasul tidak sama sekali menghalalkan berdoa kepada makhluk).

ALLAH berfirman dalam Al Quran surah An Nisa’ ayat ke-36

Sembahlah ALLAH dan janganlah kamu syirikkan dengan-NYA sesuatu.


To be continue

KLIA
22 Julai 2011
12 20 tghri

Maut Pun Tidak Mampu Memisahkan Ku Dengan Amanah Mu



Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.



“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu
hari.

“Betul begitu?” tanya Auf.

“Betul.” jawab Sha’b.

Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.

“Benar.” jawab Sha’b.

“Bagaimana keadaan dirimu?”

“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.

“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.

“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.

Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.

Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.



“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu
hari.

“Betul begitu?” tanya Auf.

“Betul.” jawab Sha’b.

Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.

“Benar.” jawab Sha’b.

“Bagaimana keadaan dirimu?”

“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.

“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.

“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.

Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.