Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Tuesday, August 17, 2010

Rahsia Nafsu


Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu) sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". Surah Yusuf : Ayat 23



Firman ALLAH SWT dalam Al Quran, surah Yusuf ... diceritakan bahawa Nabi Yusuf AS yang menjadi hamba Perdana Menteri, digoda oleh Zulaikha yang menjadi isteri Perdana Menteri.



Zulaikha seorang yang jelita rupawan, suaminya pula seorang yang kacak dan tampan lagi berharta serta orang kenamaan ... TETAPI .... bila syaitan dan nafsu dah menguasai hati yang sunyi dari iman ... Zulaikha lupa siapa dirinya , lupa kedudukan dirinya, lupa kedudukan suaminya. Lantas tindakannya menurut nafsu dan tidak masuk akal. Walau sudah bersuami, dia masih mengharapkan cintanya terhadap Nabi Yusuf AS berbalas. Yang akhirnya memalukan dirinya sendiri.



Jika Syaitan dan Nafsu sudah mencampuri dalam urusan kehidupan kita, iman dan akal akan diketepikan. Rosaklah hidup kita sebab kita akan lalai mentaati Allah. Nafsu diperkuatkan dengan hasutan syaitan akan memusnahkan insan. Musuh nafsu dan syaitan adalah akal dan iman. Akal yang diperkuatkan dengan imanlah yang bakal membenteng dan menjadi perisai kepada manusia dari ancaman nafsu dan syaitan.



Nafsu kena ada dalam diri kita. Kalau tak ada nafsu, kita tak jadi manusia. Allah jadikan makhluk yang ada akal tetapi tak ada nafsu bernama MALAIKAT. Allah jadikan makhluk yang tak ada akal tetapi ada nafsu, bernama HAIWAN. Dan Allah jadikan makhluk yang ADA akal & ADA nafsu bernama manusia.



Oleh itu nafsu yang ada dalam diri kita hendaklah dididik agar mendengar nasihat akal yang dibimbing dengan iman.

Nafsu ada berperingkat-peringkat. Tersebut dalam kitab Minhajul Abidin oleh Imam Al Ghazali rahmatullah a'laihi.

1. Ammarah

2. Lauwamah

3. Mulhamah

4. Mutmainnah

5. Radhiah

6. Mardhiah

7. Kamilah



Tingkatan yang terendah dan terhina ialah Ammarah. Dan tingkatan yang termulia ialah Kamilah.



CIRI-CIRI NAFSU




Nafsu Ammarah
ialah nafsu yang paling hina, paling buruk dan paling jahat. Orang yang bersifat dengan nafsu Ammarah, dia akan rasa bangga bila buat dosa. Kalau dia boleh togok arak, dia akan canang kat orang yang dia tu "power giler" sebab minum 5 tin Carlsberg masih tak mabuk. Dia rasa gembira dan kelazatan yang amat sangat bila ada peluang buat dosa. Bukan setakat tu sahaja, orang nafsu Ammarah ni, dia akan ajak orang lain buat dosa juga. Andainya, ada usaha yang dilakukan untuk mencegah kemungkaran, mereka-mereka inilah yang menjadi manusia-manusia durjana yang menghalang kepada usaha menyeru yang makruf dan mencegah kemungkaran. Andainya ada orang yang menegur kemungkaran dan maksiat yang dilakukannya, orang yang menegur itu dimusuhi. Orang yang bernafsu Ammarah inilah yang sentiasa jadi batu api, melaga-lagakan orang demi kepentingan diri mereka. Mereka jugalah agen kepada kesesatan yang dibawa oleh musuh-musuh Islam. Tak hairanlah kalau mereka boleh dilabel sebagai hamba nafsu atau pun hamba syaitan. Orang yang bernafsu Ammarah, tempatnya tidak lain dan tidak bukan ialah di neraka. Muktamad, kalau dia mati akan ke neraka. Orang yang berada di peringkat nafsu Ammarah tak peduli dengan Akhirat. Mudah kecewa tidak tahan bila diuji. Allah panjangkan umur mereka, agar puas dengan maksiat, bila mati dengan mudah Allah akan lemparkan ke dalam api Neraka. Orang yang mempunyai nafsu Ammarah adalah nafsu ahli Neraka. Dan dosa-dosa orang yang menyahut seruannya untuk melakukan maksiat juga, dia akan dapat saham darinya. Jadi cuba kita muhasabah diri kita. Ada tak sifat orang nafsu ammarah dalam diri kita ?Kalau ada, bersiap sedialah untuk dibakar di neraka.



Tingkatan kedua nafsu ialah Lawwamah. Orang bernafsu Lawwamah ialah orang yang sudah ada bunga kesedaran, keinsafan, dia sedar kejahatan itu berdosa dan kebaikan itu pahala, dia ingin berbuat baik, tetapi tidak tahan lama, waktu jatuh dalam kejahatan dia resah tak tentu arah, walaupun dia puas dengan kejahatan tapi hati menderita dengan kejahatan. Rasa berat untuk keluar dari kejahatan. Dia sedar bahawa diri dia sering terlibat dengan dosa, dan dia sering mengkritik diri dia bila terlibat dengan dosa. Mereka sentiasa melakukan dosa. Waktu melakukan dosa, mereka tak fikir apa-apa pun. Tak ingat kat Allah, tak ingat kat syurga dan neraka. Yang dia ingat hanyalah nikmat ketika berbuat dosa yang hakikatnya adalah nikmat yang sementara. Sebaik saja habis buat dosa, baru dia sedar yang dia telah terlanjur. Dia menyesal dan mengkritik diri dia sendiri di atas keterlanjurannya. Waktu dia berzina, dia tak ingat langsung yang zina tu berdosa, tapi bila dah shoot, dah lesu, baru sedar diri yang dibuat tu dosa. Tapi setelah masa berlalu, dia buat balik dosa yang jadi favourite dia. Orang bernafsu Lawwamah ini , bila berjaya buat kebaikan, maka senanglah timbul riyak dan ujub dalam dirinya. Dirasakan dialah yang paling arif dalam bab-bab benda kebaikan ni. Syok sendiri. Perasan. Dirasakan dialah yang paling mulia dan suci. Perasan dan syok sendiri. Inilah antara ciri-ciri yang ada pada orang yang bernafsu Lawwamah.



Beza antara orang nafsu Ammarah dan Lawwamah, orang di nafsu Lawwamah tak rasa bangga bila buat dosa, dia tak pula ajak orang lain turut sama membuat dosa dengannya dan dia tak pula menghalang usaha-usaha mencegah kemungkaran. Tapi dia sering terjebak dengan dosa, sebab tak mampu meninggalkan nikmat dunia ketika membuat dosa. Contohnya, dia sudah merasa kelazatan zina, maka dia terus melakukan zina walau dia tahu ianya berdosa. Tingkatan nafsu Lawwamah lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah, tetapi nafsunya masih belum terdidik dan rakus. Masih bersarang dengan sifat mazmumah. Cuma diri orang yang bernafsu Lawwamah ini sudah mudah ditegur dan hatinya mudah didorong ke arah ibadah dan kebaikan. Nafsunya masih belum dididik sepenuhnya. Syurga untuk orang di nafsu Lawwamah masih jauh panggang dari api. Nafsu yang begini masih belum dapat menyelamatkan yang empunya diri dari api neraka.



Tingakatan yang ketiga ialah nafsu Mulhamah. Orang bernafsu Mulhamah apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan-kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga. Dalam hatinya masih banyak sifat-sifat mazmumah. Dia sudah dapat mengenali penyakit yang ada dalam dirinya. Cuma tidak boleh lawan. Dia mencuba beribadah dengan sabar. Orang yang bernafsu Mulhamah, bila dia sedar dia buat dosa, dia rasa menyesal dan mengkritik diri sendiri. Tetapi usahanya tidak henti di situ, dia usahakan untuk perbaiki diri. Dia akan berusaha menghisab diri dan berusaha memperbaiki diri. Dia mempelajari ilmu Fardhu Ain dan mula mengamalkannya. Berdasarkan ilmu tasawwuf yang dia pelajari, dia berusaha menyucikan hatinya. Inilah beza antara orang bernafsu Mulhamah dengan orang bernafsu Lawwamah. Orang yang bernafsu Mulhamah, dia masih terlibat dengan dosa. Tetapi dosa yang dilakukannya tidak sebanyak dosa yang dilakukan oleh orang di tingkatan nafsu Lawwamah. Namun dosa, walau sekecil mana pun, balasannya di akhirat tetap ke neraka.



Andainya orang nafsu Lawwamah, terjebak kepada dosa kerana inginkan kelazatan nikmat kemungkaran yang sementara, orang bernafsu Mulhamah melakukan dosa kerana tidak sengaja. Bukan dia suka-suka cari. Andainya orang di tingkatan nafsu Lawwamah setelah melakukan dosa, baru dia sedar akan kejinya perbuatannya itu. Orang bernafsu Mulhamah sewaktu buat dosa, sedang dia buat dosa, dia dah terasa betapa kejinya perlakuan maksiat yang sedang dia lakukan. Andainya orang bernafsu Lawwamah setelah melakukan dosa, dia mengkritik diri dia. Orang yang bernafsu Mulhamah bukan setakat kritik diri dia, malahan dia mencari kaedah untuk tidak melakukan dosa dan menghindarkan dari jalan-jalan yang mengundang dosa . Namun orang di tingkatan Mulhamah ini, masih belum sunyi dari melakukan dosa. Hati dia pedih bila melakukan dosa, walau pun tidak sengaja. Namun usaha dilakukan untuk tidak mengulangi perlakuan dosa itu lagi.



Tingkatan yang keempat ialah nafsu Mutmainnah. Orang yang bernafsu Mulhamah, hasil usahanya mencari jalan keluar dari melakukan dosa yang istiqamah dan sungguh-sungguh, maka Allah akan tingkatkan nafsunya ke tingkatan Mutmainnah. Orang yang telah mencapai ke tingkatan ini, hatinya sudah suci dan tenang. Hatinya puas jika dapat beribadah kepada Allah. Selalu rindu dengan kebaikan dan amal soleh. Datanglah 1001 macam ujian musibah melanda, hatinya tidak tergugat. Dia sabar dan redha dengan segala ketentuan yang datang dari Allah. Dia sujud dan syukur di atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. Ujian musibah yang melanda dianggap sebagai kifarah dosa di dunia dan wasilah untuk menghampirkan diri kepada Allah. Nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya dikongsi bersama dengan saudara semuslim dengannya agar nikmat itu dapat diedarkan ke seluruh pelusuk alam. Orang yang bernafsu Mutmainnah inilah yang dikatakan orang-orang bertaqwa. Orang yang mampu melaksanakan segala titah perintah Allah dan mampu meninggalkan segala larangan Allah. Mereka inilah yang dijamin akan selamat dari siksaan neraka Allah di akhirat. Mereka inilah juga yang bakal menjadikan syurga yang penuh dengan kemanisan nikmat yang berkekalan sebagai tempat rehatnya nanti di akhirat.



Nafsu Radiah. Nafsu inilah yang tingkatannya menjadikan pemilik nafsu ini bukan sekadar dapat mencapai tingkatan ketenangan, ketenteraman dan kesucian, malah meredhai akan setiap musibah bala bencana yang diturunkan Allah ke atasnya. Bagi mereka ujian dan musibah dari Allah itu adalah sesuatu yang dinantikan. Ujian bagaikan sesuatu alat untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah yang amat dikasihi dan sebagai salah satu wadah untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada NYA. Mereka menlaksanakan yang wajib sepenuh hati dan meninggalkan yang haram juga sepenuh hati. Orang bernafsu Radhiah akan menjaga amal ibadahanya sunguh-sungguh. Perkara yang sunat dianggap wajib lalu diamalkan sungguh-sungguh, kerana disitulah letaknya cinta Allah kepadanya. Perkara yang makruh dianggap haram, lalu ditinggal sungguh-sungguh kerana di situ letaknya kebencian Allah. Mereka juga banyak mendapat pertolongan dari Allah, di antaranya firasat yang Allah berikan, mereka mudah kenal dengan orang yang berbuat maksiat atau tidak. Mereka mudah pimpin masyarakat, sebab dia kenal sifat-sifat hati. Orang yang dia didik nasehat-nasehatnya tepat, bila mereka dihalau dari masyarakat, tunggulah bala Allah akan turun. Banyak lahir karamah-karamah dari mereka, mulutnya masin apa yang disebut insya Allah akan terjadi.



Nafsu Mardiah. Nafsu inilah yang tingkatannya menjadikan pemilik nafsu ini berada kategori para wali Allah. Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: "Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan." Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.



Nafsu Kamilah. Nafsu inilah yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.



Ayuh kita muhasabah diri kita.



Di tingkatan mana nafsu kita ?



Andainya di tingkatan rendah, ayuh kita usahakan melalui mujahadatanunafsi agar nafsu kita terdidik.



Madrasah Darus Syifa
13 Ogos 2010
10.22am


Rahsia Iman .... Kunci Cinta Sejati


Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan ..., di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah....


Mungkin kita terlupa pada pengorbanan Abu Talib, pamannya kepada baginda Rasulullah SAW. Tatkala datang kafir Quraisy hendak membunuh Rasulullah SAW, berdirilah Abu Talib antara mereka menghalang.... "Andainya engkau menyentuh tubuh anak saudara ku, akan ku isytiharkan perang dengan kalian dan zuriat kalian. Seluruh Bani Hasyim akan akan memerangi diri kalian." .... ujarnya. Tatkala kafir Quraisy memulaukan Rasulullah SAW, Abu Talib membuka gudang kekayaan miliknya untuk dicurahkan kepada Rasululah SAW. Walau banyak pengorbanannya untuk nabi kita, namun Allah tidak merezkikannya dengan nikmat iman dan Islam. Maka matilah dirinya dalam keadaan yang tidak beriman kepada Allah.

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan ..., di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah....

Mungkin juga kita terlupa akan kisah sejarah Saidina Umar Al Khattab. Sebelum beriman, arak menjadi togokkan. Membunuh bagaikan mainan. Anak gadisnya ditanam hidup-hidup di tengah padang pasir walau pun anaknya itu membantu mengesat peluhnya tatkala sedang menggali lubang. Hidupnya ketika itu hanya bercita-cita untuk membunuh Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib, pemuda yang membawa ajaran yang bertentangan dengan agama nenek moyangnya. Namun dalam kejelikan akhlak dan keganasan peribadi, Allah rezkikannya dengan iman dan Islam. Surah Taha yang dibaca adik perempuannya mengundang hidayah. Maka berimanlah Saidina Umar Al Khattab di tangan Rasulullah SAW. Sejak itu peribadinya berubah. Dari pembengis kepada penyantun. Lantas jadilah dia salah seorang sahabat Rasulullah SAW yg utama. Inilah kekuatan nikmat iman dan Islam anugerah ILAHI.

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan ..., di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah....

Mungkin juga kita terlupa akan kisah sejarah Saidina Hamzah Bin Abd Mutalib. Seorang yang menyendiri. Yang tika matanya tercelik di pagi hari, urusannya hanya di padang pasir yang gersang. Berbekalkan sebilah pedang dan sebusur panah, dia memburu singa di adang pasir sebagai mata pencarian. Sekembalinya ke kota Mekah, sesudah menjual hasil buruannya di pasar, dia kembali ke rumah untuk beristirehat. Dia tidak ambil peduli tentang perjuangan dan seruan tauhid anak saudaranya. Dia juga tidak ambil pusing akan ancaman dan tekanan kafir Quraisy Mekah terhadap anak saudaranya. Dunianya hanyalah memburu singa, menjual hasil buruan di pasar, balik ke rumah, dan istirehat seblum rutin yang sama berulang keesokan harinya. Namun Allah telah merezkikannya dengan iman dan Islam. Hanya disebabkan menerima khabaran, Rasulullah SAW dicela dan dipukul di depan Kaabah oleh Abu Jahal, Saidina Hamzah yang baru kembali dari perburuan telah menerima Islam. Berimanlah Saidina Hamzah dan menjadi barisan hadapan pejuang Islam di sisi Rasulullah SAW. Lantas ALLAH muliakannya sebagai penghulu para syuhada.

Begitulah bukti Maha Kudrat dan Maha Iradat nya ALLAH. DIA memberikan nikmat iman dan Islam kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Maka syukurilah nikmat iman dan Islam ini. Agar nikmat iman dan Islam ini akan ALLAH tambah dengan nikmat-nikmat yang lain. Jangan pula kita kufur, kerana kekukufuran menjadi penyebab nikmat iman dan Islam ditarik kembali. Andainya nikmat iman dan Islam ini ditarik, maka rugilah kita di dunia dan akhirat.

Aku sering menasihati student ku .... antara ungkapan-ungkapan nasihat ku :

Iman adalah harta yang paling berharga ... iman walau sebesar zarah mampu menyelamatkan dari api neraka ... begitulah nilai iman ..

JANGANLAH kita gadaikan iman & islam kita hanya semata2 nak kaya....

Sebab majoriti kita bercinta atas dasar nafsu ... bila bercinta atas dasar nafsu , bukan atas dasar iman ... maka berlakulah krisis demi krisis .. akhirnya mengakibatkan perpecahan, perbalahan dan perseteruan ... Cinta atas dasar nafsu hanya melihat wajah fizikal yang bersifat sementara. Sedangkan cinta berdasarkan iman akan menilai sejauh mana quality seseorang sehingga mampu membawa orang lain untuk hampir kepada Allah.

Orang yang bercinta atas dasar iman ... dia akan mencintai seseorang kerana orang yang dicintainya itu mencintai Allah & Rasul-Nya. Dia tidak akan mencintai seseorang atas dasar pangkat, harta, kehenseman, kejelitaan. Kerana cinta berlandaskan iman ini akan menjamin kebahagiaan & ketenangan di dunia dan di akhirat. Inilah yang terjadi dalam kehidupan Handzalah sahabat Rasulullah SAW.

Kita beruntung menjadi orang Islam yang beriman, sebab bila kita menerima nikmat kita akan bersyukur. Bersyukur itu menghampirkan diri kita kepada Allah. Sebagai orang Islam yang beriman kita juga beruntung kerana apabila kita ditimpa musibah, kita sabar dan redha. Sabar dan redha itu juga menghampirkan diri kepada Allah.

Biarlah yg cacat itu anggota tubuh badan. Asalkan yang cacat itu bukan keimanan. Kalau cacat anggota tubuh badan, ko hanya tak dapat bergerak. Tapi kalau cacat keimanan, hilanglah kebahagiaan & ketenangan di dunia & akhirat.


Begitulah antara pesanan-pesanan yang pernah aku sampaikan kepada student ku.

Begitulah nilai iman .... Ianya harta yang amat berharga

Kerana IMAN ... si miskin boleh sabar dan redha dengan kemiskinannya

Kerana IMAN ... si kaya menjadi dermawan

Kerana IMAN ... hati menjadi aman, bahagia dan tenang bila ditimpa musibah

Tanpa IMAN ... si kaya jadi tidak bahagia ... lebih malang kalau dirinya papa ... dua kali malang ... malang didunia kerana kepapaan, malang di akhirat kerana diazab

Tanpa IMAN ... orang yang hidup senang, tapi hatinya tidak tenang .... takut kesenangan yang datang dirampas orang

Tanpa IMAN ... celebrity ramai yang jadi susah hati ....SEBAB APA ? ... sebab inginkan perhatian manusia BUKAN perhatian dari Allah ... maka Allah berlepas tangan darinya

IMAN ... perkataan yang ringkas ... TETAPI ... memberi kesan yang besar pada kehidupan manusia.

Soalan : Mengapa orang yang sudah beristeri/bersuami sanggup berzina ?

Jawapannya : Kerana tak ada iman.


Soalan : Mengapa orang yang kaya, diberi nikmat dunia berlagak sombong dan angkuh ?

Jawapannya : Kerana tak ada iman.


Soalan : Mengapa orang sanggup menjadikan kawannya sebagai pelacur ?

Jawapannya : Kerana tak ada iman


Soalan : Mengapa orang sanggup menjual maruah dan harga diri dengan nilai yang murah ?

Jawapannya : Kerana tak ada iman


Soalan : Mengapa si papa kedana, malas berusaha sebaliknya berjudi sambil berangan menjadi kaya ?

Jawapannya : Kerana tak ada iman.


Soalan : Mengapa si kaya masih rakus nak kaut harta dunia sampai melakukan rasuah ?

Jawapannya : Kerana tak ada iman.


Dan ajukanlah 1001 soalan tentang masalah dan kerosakan yang timbul di dunia ini .... jika diikut salur galur SUMBER MASALAH ... akhirnya jawapannya tetap sama ... KERANA TAK ADA IMAN.

Saidina Ali Karamallahuwajhah berkata :

Iman itu adalah dibenarkan dengan hati, dilafazkan dengan lidah dan diamalkan dengan perbuatan.

Hati kita meyakini dan membenarkan.

Lidah kita melafazkan apa yang kita yakin.

Amal perbuatan dan tindakan kita menzahirkan apa yang kita yakin di hati dan dilafazkan oleh lidah.

Kita yakin Allah itu ujud ... WALAU .... Allah tu tak kelihatan ... Lantas kita melafazkan syahadah .. mensaksikan bahawa Allah adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan tiada tuhan selain Allah .... dan amal perbuatan kita hendaklah selaras dengan hukum syariat, kita laksanakan apa yang Allah perintahkan dan kita hindari dan tinggalkan apa yang Allah larang...... Inilah contoh termudah dari kata-kata Saidina Ali berkenaan iman.


Dan iman itu ada lima bahagian/peringkat



1. Iman taqlid ... orang yang mengaku percaya Allah tu ujud tapi tak ada dalil. Iman ikut-ikutan, prinsip islam nya, juga rukun imanya tidak kuat dan kukuh. iman yang selalu tertewas dengan nafsu. juga iman ini juga ia tidak tahu kenapa ia bersolat, ia tidak tahu dan mengerti kenapa ia beribadah dan yang lain-lain rukun itu ia tidak tahu, tidak tahu bila di tanya tentang dalil Allah itu ada dan lain-lain ia tidak tahu. Dia ikut cakap orang membuta tuli. Taqlid buta. Kalau orang kata Allah tu ujud, dia kata Allah tu ujud. Kalau orang kata Allah tu tak ujud, dia pun kata Allah tu tak ujud. Ciri-ciri orang yang beriman taqlid, macam lalang. Dia akan mengikut saja arah tiupan angin. Kalau dia beribadah, ibadahnya tak ikhlas. Ibadah yang dilakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Jika dia bersendirian, dia tak solat, dia minum arak. Dia boleh tunjuk pada orang ramai dia orang baik, bila dia bersendirian, dia buat dosa2 besar. Kalau dia berada di kalangan orang Islam, dia akan kata dia juga Islam. Tapi jika berada di kalangan orang kafir, dia akan melakukan perkara2 yang dilakukan oleh orang kafir. Orang yang beriman taqlid, hidupnya penuh dengan lakonan dan kepura-puraan. TETAPI ... ramai juga yang terpedaya dengan lakonan mereka. Orang yang beriman Taqlid, ialah imannya tak sah. Hakikatnya dia kafir.



2. Iman Ilmu ... orang yang beriman dengan tingkatan iman ilmu, dia sudah mempelajari tentang dalil-dalil perkara-perkara yang wajib diimani. Dia dah belajar sifat yang wajib bagi Allah (20sifat), sifat yang mustahil bagi Allah (20 sifat), sifat yang harus bagi Allah (satu sifat), sifat yang wajib bagi Nabi/Rasul (4 sifat), sifat yang mustahil bagi Nabi/Rasul (4 sifat) dan sifat yang harus bagi Nabi/Rasul (satu sifat) beserta dalil akal dan dalil dari Al Quran. Dia faham dan dia yakin akan perkara2 yang wajib diimani. Dia sudah mampu mendatangkan hujjah dan dalil. TETAPI keimanannya hanya bertunjang di otak bukan di hati. Iman yang bertunjangkan pada ilmu semata-mata.yang mana segala ilmu agama itu mereka tahu dan megerti dan kenal dan belajar secara rasmi tentang Allah dan rukun iman yang lain. Mereka juga tahu selok belok agama dengan baik dan sehingga sampai ke taraf ph.D, M.A. dan BA dalam agama. namun keyakinannya berasas kuat pada fikirannya sahaja. imannya belum berada dalam hati, segala yang dia yakini itu hanya dalam bentuk pengetahuan dan belum dalam bentuk kejiwaan. Hatinya belum ada hubungan dengan Allah dan belum lagi terpaut dengan Allah, hatinya belum merasai kebesaran Allah. kerna itu ia tidak kasih dan rindu pada Allah, andai ingat pun di waktu paksa-paksa dan di waktu di timpa kesakitan. Iman ini masih berani darhaka pada Allah dengan buat segala larangannya. walapun ia tahu dan sedar dosa yang dilakukan namun, kekuatan iman ilmu yang dimiliki belum mampu melawan nafsu dan syaitan yang merajai hati dan jiwa mereka. Iman yang ada tidak sekuat nafsu yang menggila, kerna itu sering tewas dalam kelemahan dosa. Iman ini tidak sabar ketika berdepan dengan ujian, tidak reda dengan ketentuan ketika ujian yang Allah beri dengan kesusahan dan kerumitan hidup itu buat mereka resah,cemas, gelisah juga hilang pertimbangan dan bertindak di luar syariat. Sebaliknya bila Allah uji dengan kesenangan dan keseronokan hidup mereka akan lupa daratan juga hilang pertimbangan serta hilang pertimbangan serta mudah terjebak dalam tipuan nafsu dan syaitan.Sebab itu ramai orang boleh cerita dan syarah bab agama, tetapi masih lagi bergelumang dengan dosa ... sebab ... imannya pada ilmu ... bukannya pada amal .... lebih kepada teori, kurang di segi praktikal.



Ciri-ciri Orang yang beriman pada tahap ilmu ini, WALAU pada zahirnya nampak dia orang yang beragama, tapi jika ditimpa musibah dan masalah atau kesedihan, mereka akan lalai dan melakukan perkara-perkara yang negatif. Mereka tidak sabar dengan musibah yang melanda. Mereka lupa untuk sandarkan masalah mereka pada Allah dengan muhasabah diri dan munajat. Bila mereka menerima nikmat pula, mereka berasa sombong dan angkuh. Ini jelas kita boleh saksikan dalam hidup kita seharian. Baru Allah beri rupa paras lebih sikit dari orang lain, kita dah perasan kitalah yang terhensem atau tercantik, lalu kita mempamerkan aurat kita. Baru diberi gaji lebih sikit dari orang lain, kita dah berlagak sombong, tayangkan cek yang enam angka kat orang lain dengan rasa bangga. Orang yang beriman Ilmu ini, walaupun mereka berilmu, tetapi mereka masih tidak mampu berhadapan dengan godaan nafsu dan syaitan. Mereka masih BELUM SELAMAT dari neraka. Mereka masih belum benar2 rasa takut kepada Allah. Mereka masih buat dosa dan mereka masih belum rasa berdosa bila buat dosa. Mereka buat fitnah, mereka ubah istilah fitnah kepada "gossip" agar kurang sikit rasa berdosa. Padahal sama aje besar dosanya. Inilah sifat orang iman ilmu. Iman orang beriman ilmu sah di sisi Islam, tetapi masih belum dapat menyelamatkan dari api neraka.



3. Iman 'iyaan ... orang yang beriman ilmu, jika dia berusaha sungguh2 memperbaiki diri, banyak tafakur, banyak mujahadah melawan nafsu, banyak ibadah, banyak berdoa munajat pada Allah .... dia akan merasa kebesaran Allah dalam hatinya. Ilmu yang dipelajarinya bukan saja ada di akal, tetapi sudah meresap ke dalam hati dan jiwa. Mereka sentiasa merasai kebesaran Allah dan mereka sentiasa ingat kepada Allah. Waktu itu, mereka tak ada masa dah nak buat gossip, tak ada masa dah nak melaga2kan orang, tak ada masa dah nak perasan jadi orang besar, orang berkuasa, orang selebriti, orang hebat.... SEBAB .... mereka tahu yang selayaknya mempunyai kuasa, kehebatan dan keselebritian adalah Allah. Iman ini keyakinannya bertempat di hati, dengan selalu memikirkan kebesaran Allah iman mula meresap dalam hatinya, mula merasai akan kewujudan Allah dalam hatinya, punyai hubungan hati dengan Allah dan sentiasa mengingati Allah. Setiap kali iman ini merenung segala kejadian bumi juga ciptaan Allah hatinya kagum dan memuji-muji kebijaksanaan Allah lalu terasa lah gagah akan Allah dan menjadikan mereka sedar yang mereka itu hanya hamba yang lemah dan berbisiklah hati mereka dengan mengajak diri menyembah, menyerah dan mengabdikan diri pada Allah tanpa syak dan ragu lagi. Iman ini taat segala perintah Allah sama ada kecil atau besar semua larangan itu ditinggalkan dengan penuh rela. di iman ini terasa berbuat sedikit dosa itu terasa seperti gunung yang besar hendak menimpa mereka. Di iman ini ia mula rasa takut dengan Allah. Golongan ini golongan orang-orang soleh, abrar, muflihuun, al –faizuun, ashabul yamiin. Golongan ini sangat berhati-hati dalam buat dosa. walupun ada kala mereka terlalai dan terbuat dosa kecil tapi mereka segera menyesal dan bertaubah memohon ampun.Orang yang beriman 'iyaan ini, akan mujahadah menahan nafsu dan perasaan dalam meninggalkan dosa. Dia tau kalau dia dedah aurat, dia nampak cantik, TAPI ... disebabkan dia tahu dedah aurat tu berdosa, dia kawal nafsu dia untuk tidak mendedahkan aurat. Orang byang beriman 'iyaan ni, kalau dia buat dosa, dia rasakan bagai gunung hempap diri dia. Dia rasa resah dan gelisah bila wat dosa. TAK MACAM KITA ... kita buat macam2 dosa besar pun boleh perasan kita baik. Kita togok arak kat ZOUQ sambil joget tergedik-gedik dengan betina pun kita rasa kita orang baik.



Ciri-ciri orang beriman 'iyaan. Orang yang beriman dengan tingkatan 'iyaan, akan meletakkan dirinya sebagai seorang hamba walau di dunia dia memiliki pangkat dan jawatan yang tinggi pada kaca mata manusia. Hatinya sentiasa ingat pada Allah. Ketika bersendirian, dia mampu mengalirkan air mata kerana ingat kepada Allah. Ibadahnya khusyuk, tak leka dalam solat. Hati mereka sensitif dengan Allah. Mereka akan bersifat zuhud. Mereka mampu mendidik diri, ahli keluarga dan masyarakat untuk mengamalkan Islam. Mereka sentiasa dibantu oleh Allah jika berdepan dengan masalah. Jika berlaku musibah dia bersabar dan redha. Jika diberi nikmat, dia bersyukur dan tidak sombong. Mereka sentiasa merasakan diri mereka hina dan berdosa sambil terus memohon dan bermunajat pada Allah tanpa rasa putus asa. Jika berlaku masalah atau ditimpa musibah, dia akan muhasabah diri untuk menilai kejahatan diri sendiri. Jika dia melakukan dosa, dia akan segera bertaubat tanpa lengah. Mereka inilah yang DIPERMUDAHKAN hitungan amal mereka di akhirat dan dipermudahkan bagi mereka untuk memasuki syurga Allah.



4. Iman hak ialah ialah tingkatan iman yang dimiliki oleh wali-wali Allah. Orang yang berada pada tingkatan iman hak, setiap lontaran pandangannya akan melihat kebesaran dan keagungan Allah. Kerana setiap makhluk adalah ciptaan Allah. Maka penglihatannya hanya menampakkan kebesaran dan kekuasaan Allah. Hatinya tak lekang dari mengingati Allah. Tak macam kita, kita dalam solat yang sepatutnya wajib ingat kat Allah pun, kita boleh fikir nak makan apa malam ni. Kengkadang dalam solat, sambil baca fatihah, kita boleh plan lepas solat nak gi tengok wayang. Lagi malang ada di antara kita yang solat hanya untuk ditontonkan kat orang. Kat khalayak ramai, dia tunjuk kat orang ramai dia bersolat. TAPI ... Kat rumah tak solat langsung. Kalau solat subuh tu, rasanya gajah pun solat awal lagi dari dia. Ciri-ciri Orang yang berada pada tingkatan iman ini, sentiasa tenang, gembira dan bahagia di dunia. Sebab dia yakin setiap yang berlaku adalah percaturan dari Allah. Dia zuhud, warak, tawadduk, mampu melaksanakan APA YANG ALLAH SURUH dan mampu menghindarkan APA YANG ALLAH LARANG. Hati mereka tidak berbunga bila dipuji. Juga hati mereka tidak merasa hina bila dicaci. Bagi mereka kebahagiaan hati lebih diutamakan dari kemewahan duniawi. Hati mereka dihiasi oleh sifat2 terpuji seperti ikhlas, tawadduk.Malah hati mereka tidak terjejas oleh sebarang perubahan emosi dan suasana sekeliling. tetap tenang, aman, damai dan sejahtera. Mereka lebih mencintai akhirat berbanding mencintai dunia yang fana ini.



5. Iman hakikat ... ialah tingkatan iman milik para Nabi dan Rasul. Orang yang memiliki tingkatan iman ini akan mewarisi sifat Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fatanah. Inilah iman kemuncak dalam kehidupan yang mungkin di capai oleh manusia ia iman yang teragung dan tertinggi. Iman yang paling sempurna ini milik rasul-rasul, nabi-nabi, khulafa-ur rashidin dan wali-wali besar. Iman yang akan Allah tempatkan mereka di syurga tertinggi tanpa melalui sebarang hisab atau perkiraan. Kehidupan seharian mereka iman ini mereka tenggelam dalam kerinduan, asyik dan mabuk dengan Allah. 24 jam mereka isi sepenuhnya dengan kerinduan dan kecintaan pada Allah. Hati mereka kekal dengan Allah dalam tidur atau jaga. Gerak geri mereka, tutur kata, makan minum, senyum tawa dan seluruh perbuatan mereka semuanya dalam ibadah dan bakti kepada Allah. Budi mereka dan akhlak mereka adalah terbaik dan termulia, budi bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai. Kewaraqkan mereka juga ibadah mereka sehingga bengkak-bengkak kaki kerana lamanya berdiri, makannya sedikit, kehidupanya sederhana. Iman ini menjadikan mereka betul-betul mabuk dengan Allah. Hati yang penuh rindu dan cintakan Allah menjadikan mereka lupa diri, lupa makan minum dan tidak pedulikan orang lain selain Allah. Kadang-kadang mereka di lebel gila dan sebagainya dan kerna tidak tahan menanggung rindu itu sampai mereka mati, maka bertemulah dengan Allah kekasih yang dirinduinya. Di akhirat, Allah tempatkan orang ini di syurga tertinggi. Merekalah "super scale"akhirat. Hidup dalam syurga yang maha indah dan maha lazat. Allah kurniakan Sebagai membalas cinta dan pengorbanan mereka yang sungguh besar.



Cuba kita bermuhasabah diri masing-masing .... antara ciri-ciri yang disebutkan berdasarkan kitab Jauhar Al Mauhub ni ... apakah tingkatan iman kita?



Kalau iman Taqlid... cepat-cepatlah bertaubat dan berusaha mempelajari ilmu tentang iman agar aqidah dan iman kita sah disisi Allah dan kita tak mati sebagai kafir.



Kalau iman Ilmu .. banyak-banyaklah ibadah, muhasabah, mujahadah lawan kehendak nafsu dan berdoa kepada Allah agar ditingkatkan iman kita ke tingkatan yang lebih tinggi dan lebih kuat.



Kalau iman 'iyaan ... banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah kerana mendamaikan kita didunia dengan kasih sayang-NYA sehingga kita merasakan kita ini HAMBA walau kita seorang yang merdeka dan berjawatan tinggi.



Nanti orang tanya lak .... BAGAIMANA NAK TINGKATKAN IMAN ? Kalau nak upgred iman bagaimana ? Nak naikkan darjat dari iman taqlid ke iman ilmu. Dari iman ilmu ke iman 'iyaan. Darti iman 'iyaan ke iman hak. Dari iman hak ke iman hakikat ....



Bagaimana nak dapatkan iman ... atau bagimana nak kuatkan iman .... atau bagaimana nak tingkatkan iman ?



Untuk meningkatkan iman .... ialah dengan melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Allah suruh kita solat, kita tunaikan solat walau pun kengkadang waktu solat tu laa kita nak ke pasar malam, kita nak gi tengok wayang, kita nak gi sukan etc. Allah suruh kita bayar zakat, kita bayar zakat. Allah larang kita dedah aurat, kita tak dedah aurat. Allah larang kita berzina, kita tak zina. Dan lain-lain lagi.



Dan kena ingat ... iman ni boleh meningkat dan menurun. Adalah penting kita kita mempastikan iman kita tidak menurun sebab andainya iman kita menurun, bila-bila masa aje amal kebajikan yang kita lakukan boleh musnah dan rosak. Dan kita terpaksa memulakan semula amal ibadah kita bagi meraih kasih sayang Allah. Iman yang dibina masih boleh diruntuhkan. Musuh-musuh Islam khasnya syaitan dan nafsu akan berusaha agar iman yang dibina roboh dan musnah. Oleh itu amatlah perlu iman yang dibaja, dipupuk dan dibina dilindungi, dibenteng dan dan diperisai dari segala ancaman yang boleh memusnahkannya. Cara untuk melindungi iman dari musnah ialah :



1. Beramal dengan ilmu Fardhu Ain yang dimiliki. Setiap muslim wajib mempelajari ilmu fardhu ain iaitu ilmu Tauhid, ilmu Feqah dan ilmu Tasauf. Ilmu yang diplejari hendaklah diamalkan.

2. Banyakkan ibadah sunat

3. Banyakkan zikir dan doa munajat kepada Allah

4. Banyakkan bertafakur tentang kebesaran Allah melalui makhluk ciptaan Allah

5. Bermujahadah melawan nafsu. Nafsu ajak buat maksiat, kita lawan perasaan untuk tidak membuat maksiat. Dan sebagainya.



Setelah kekuatan iman dimiliki dan terbina, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat. Allah akan hilangkan rasa sedih dan gantikan dengan ketenangan. Dan di akhirat Allah akan menilai segala usaha dilakukan untuk membina iman dengan pandangan-NYA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Akhirnya, Allah menjadikan syurga sebagai tempat rehat kita.



Waktu itulah barulah kita akan temui cinta sejati kita iaitu Allah SWT.



Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan


Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora



Madrasah Darus Syifa
Tampin
4.52am
12 Ogos 2010


Thursday, August 5, 2010

Rindu, Sayang & Cinta ini hanya pinjaman ........


Sayang,

Semalam genaplah 90 hari kau kembali ke rahmat Allah. Hari ini hari jadi abang. setelah dua tahun dikau meraikan hari jadi abang bersama, pada tahun ini abang meraikan hari jadi abang tanpa diri mu di sisi.

Tiada lagi selawat dan qasidah yang biasa kau dendangkan.Tiada lagi bacaan Berzanji dan Marhaban yang kau lagukan, setiap kali hari jadi abang menjelang. Malah pemergian mu amat terasa.



Abang masih ingat tanggal 3 April 2010. Bicara mu bersama adik mu. Kisah Ummu Sulaim yang pernah ku bisikkan kepada mu, menjadi modal bicara penguat ukhwah antara diri mu dan adik mu.

######################################

Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Angsana, Johor Baru
Masa : 5.15pm

Perlahan tubuh munggil itu dibaringkan di atas katil. Di usap rambut anak kecil tersebut. Satu kucupan kasih diberikan di dahi si anak. Di renung jasad si anak dengan senyuman sambil air mata kasih mengalir di pipi. Baru siang tadi si anak kegeringan yang amat berat. Menjelang senja si anak semakin tenang dari rengekan dek sakit yang di tanggung. Dan kini, si anak memang benar-benar tenang dan damai. Jasad si anak lalu diselimuti dengan gebar yang nyaman agar tidak kesejukan dek suasana malam yang sepi.

Yang hanya terucap olehnya hanyalah .......

Innaa lillahi wa innaa ilaihi raji’uun Allohumma’jurnii fi mushiibati wa akhlif li khoiron minha

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku).”( HR. Muslim 2/632 )

Menjelang malam, suami tercinta kembali dari menunaikan ibadah di masjid.

“Sayang ku, bagaimanakah keadaan putera kesayangan kita ?” tanya Abu Talhah

“Alhamdulillah. Anak kita semakin tenang. Dia sudah berhenti menangis.” Jawab Ummu Sulaim bersama senyuman manis buat suami tercinta.

Terhibur hati si ayah mendengar perkembangan kesihatan si anak di bawah jagaan isterinya yang penyayang. Lantas Ummu Sulaim menghidangkan makanan istimewa yang lazat-lazat buat si suami.

"Malam ini, malam istimewa buat kita. Sayang hidangkan makanan yang lazat-lazat kerana sayang tahu, diri abang kepenatan dek mencari rezeki buat kami siang tadi. Makanlah sayang ku. Akan ku layan diri mu umpama seorang dayang melayan seorang raja yang mulia." ujar Ummu Sulaim sambil membelai tubuh suaminya.

Tersenyum Abu Talhah. Direnung wajah ayu si isteri. Diusap pipi si isteri dan dikucup dahinya sebagai tanda terima kasih.

Layanan Ummu Sulaim bukan sekadar hidangan yang enak dan lazat. Malah dihiasi dirinya dengan dandanan yang cantik dan mengghairahkan, agar si suami terlupa akan masalah yang dihadapinyai siang tadi. Hidangan yang istimewa dan berdandan serta berhias dengan wangi-wangian, membuat Abu Thalhah tertarik dan mengajaknya tidur bersama.

Setelah suaminya terlelap, Ummu Sulaim memuji kepada Allah karena berhasil mententeramkan suaminya perihal musibah yang menimpa putera kesayangan mereka, kerana dia menyedari Abu Thalhah telah mengalami keletihan seharian, sehingga dia membiarkan suaminya tidur dalam keadaan terhibur dan puas.

Menjelang subuh, Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya,

"Wahai kasih ku, apa pendapatmu jika ada seseorang meminjamkan barang kepada jirannya lalu dia meminta kembali barang tersebut di pulangkan, adakah perbuatan meminta untuk dipulangkan oleh si pemberi pinjam itu salah ?"

"Tidak," jawab Abu Talhah.

"Bagaimana pula jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?"

"Pastinya si peminjam bukan seorang yang mulia dan tidak amanah."
Abu Talhah menukas.

"Sayang ku, begitu juga dengan putera kesayangan kita. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia kembali ke sisi Allah," kata Ummu Sulaim dengan tenang.

Ummu Sulaim memang seorang ibu mukminah yang sabar. Ia menerima peristiwa kembalinya putera tersayang ke hadrat Allah dengan sabar dan tenang. Ummu Sulaim bukan hanya seorang ibu yang mukminah yang sabar, dia juga seorang isteri yang soleha dan pandai menghibur hati si suami, Kedudukan Abu Talhah sebagai salah seorang kaum Ansar yang paling berjaya dibidang perniagaan.

Saat Ummu Sulaim dilamar oleh Abu Talhah, Abu Talhah masih lagi belum beriman.Pun begitu, bukan kekayaan yang dijadikan ukuran. Juga bukan rupa paras ketampanan mahu pun keupayaan bermain ayat-ayat cinta yang diinginkan. Melainkan mahar yang paling mahal iaitu ucapan kalimah syahadah dan keimanan yang dijadikan dambaan. Kerana hanya IMAN yang teguh mampu menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.



Lantaran masih hijau dan muda keislaman si suami, Ummu Sulaim menunjukkan jalan bimbingan agar si suami mendapatkan didikan langsung dari Rasulullah SAW. Agar iman yang terpahat bak akar tunjang yang teguh mencengkam ke bumi, tidak kan tumbang pokok dek desakan sang badai.

Di saat suami perlukan sokongan, Ummu Sulaim hadir bersama sandaran iman. Agar hati suami tidak goyah dek ujian dan godaan yang mendatang. Hati si suami diingatkan akan kebesaran Allah agar terhibur dan bangkit semula roh Islami si suami.

Inilah Ummu Sulaim. Wanita mukminah yang soleha.

#############################

Begitulah bicara mu kepada adik mu.

Kau mengakhiri bicara dengan adik mu bersama satu pesanan .... "Jadikanlah Ummu Sulaim sebagai teladan. Kita tak kan rugi."

Dan pada 6th May 2010, jam 7.47am (Washington) bersamaan 10.47pm (Malaysia), abang menerima panggilan telefon dari adik mu.

Sungguh, adik mu mengikuti pesanan mu .... menuruti dan meneladani Ummu Sulaim .....

Di sebelah sana panggilan telefon tersebut ... abang mendengar suara adik mu yang tersedu-sedu dan terisak-isak berkata .......

"Abang .... Kak Iena ...... Kak Iena yang Allah pinjamkan kepada kita ...... sudah diambil kembali oleh Allah ......"

Al Fatihah buat isteri tercinta.

Rasah Kemayan
7th August 2010
00.46am




Friday, July 23, 2010

Mengejar Cinta Hakiki


Sayang,

Petang tadi, sebaik sampai mendarat di KLIA, abang dijemput oleh sahabat-sahabat abang dan kami terus bertolak menuju ke pusara mu. Dalam perjalanan dari KLIA ke pusara mu, abang minta sahabat yang memandu Pajero tu melencong ke rumah kita. Sebaik sampai di hadapan rumah kita, abang keluar dari Pajero. Abang renung rumah yang sudah tidak berpenghuni.

Sunyi dan sepi ....




Perlahan-lahan abang berjalan ke arah pondok gazebo di taman rumah kita.

Abang masih ingat. Saat abang kembali dari pejabat, di situlah tempat sayang duduk sambil membaca Al Quran atau kitab Berzanji. Tersedia kuih-muih dan air teh-O panas yang menanti kepulangan abang. Kita akan minum petang bersama-sama, sambil bercerita dan bergurau senda. Terhibur hati abang, lupa akan masalah di pejabat dek layanan mu.

Begitulah setiap kali abang kembali pulang ke rumah selepas mencari rezeki.

Pernah terjadi, kepulangan abang disambut suasana sunyi. Tak terdengar suara mu. Yang kelihatan hanya diri mu di pondok gazebo sendirian, termenung keseorangan. Bila diri mu sedar kehadiran abang, pantas tangan mu mengusap air mata di pipi mu, sambil mengukir senyuman, cuba menyembunyikan tangisan mu. Diri mu bangkit dan menjabat tangan abang sambil tangan abang kau kucup. Lantas abang bertanya :

Tengah buat apa tu sayang ? Sayang sakit ke?

Tidak ...... Sedang baca surat cinta dari kekasih


Jawab mu, sambil melontarkan senyuman manis kepada ku dan ditangan mu tergenggam Al Quran Terjemahan.

Dan ku lihat, yang terpapar di halaman Al Quran itu adalah surah Al Maidah sambil bucunya terlipat, menunjukkan tempat terhenti bacaan mu di ayat 118.

Dan ingatan abang mengimbas kenangan silam. Telinga abang seolah-olah mendengarkan alunan suara mu membaca Al Quran .....

Lokasi : Bagan Lalang
Tarikh : 1 December 2008
Masa : Selepas solat Maghrib
Event : Bisikan Cinta

Malam itu kita solat berjemaah. Dan surah Al Maaidah ayat 118 itulah yang abang baca di dalam solat.

Seusai solat, hikayat ini pun bermula ................

##################################

Lokasi : Kota Madinah
Tarikh : Selepas Hijrah
Masa : Sepertiga Malam
Event : Rintihan Kekasih


Dalam kegelapan pekat malam. Sambil muka langit dihiasi bintang-bintang yang bertaburan di sisi bulan yang bagaikan tersenyum. Di kala insan sedang nyenyak dibuai mimpi. Di sebuah rumah kecil, kelihatan seorang insan yang mulia menzahirkan kekerdilannya, berdiri mengadap Sang Kekasih yang dirinduinya.

Dicelah kesunyian malam, bergema dan bergentar suara insan mulia yang sedang enak dilamun cinta membaca warkah cinta dari Sang Kekasih ...mendayu dengan suara yang sayu .....



رَبِّ إِنَّہُنَّ أَضۡلَلۡنَ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ‌ۖ فَمَن تَبِعَنِى فَإِنَّهُ ۥ مِنِّى‌ۖ وَمَنۡ عَصَانِى فَإِنَّكَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

Bergentar hati insan yang mulia tatkala warkah cinta Sang Kekasih di tatap dengan penuh kehambaan ... penuh rasa pengharapan ... harap akan ampunan ALLAH ... buat dirinya ..... buat umatnya .........

Kemudian lembaran warkah cinta itu diselak satu persatu oleh tangannya mulus .... lantas dibacanya pula suatu ayat dari warkah cinta tersebut dengan rasa gentar dek sifat kehambaan ....... warkah cinta titipan dari Sang Kekasih.


إِن تُعَذِّبۡہُمۡ فَإِنَّہُمۡ عِبَادُكَ‌ۖ وَإِن تَغۡفِرۡ لَهُمۡ فَإِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ


Jika engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Maaidah : 118)

Semakin pilu dirasainya........ Air matanya sudah lama mengalir sejak awal tadi.......... Tubuhnya menggigil kegerunan dek ancaman oleh Sang Kekasih........... Selesai membacanya, si pemuda terus mengangkat tangan tinggi menadah ke langit dan merintih bersama tangisan kepada Sang Kekasih :

"Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku"
"Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku"
"Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku"
...........................


Insan mulia ini terus-terusan merintih tanpa henti ... dengan nada yang sayu ...... merintih kepada Sang Kekasih . Terasa betapa lemah dan hina dirinya di hadapan Sang Kekasih ....

Kepada siapa tempat hendak ku mengadu kalau bukan pada MU ....
hanya ENGKAU yang punya iradah ....
hanya pada ENGKAU yang punya kudrah ....
hanya ENGKAU yang punya kekuasaan ....
maka hanya pada ENGKAU tempat ku meminta .....
dengarlah rintihan dari hamba MU yang lemah lagi hina ini .....
andainya bukan pada MU , kepada siapa lagi harus ku mengadu ...
kerana sesungguhnya ENGKAU-lah yang Maha Mendengar ...
maka dengarilah rintihan hamba MU yang lemah ini ....
lindungilah umat ku ...
kasihanilah umat ku ...
kerana sungguh ...
aku amat mencintai umat ku ....
Umat ku ... umat ku ... umat ku ..............

Sang Kekasih Yang Maha Mengetahui apa yang dirasai oleh kekasih-NYA, maka utusan diutus menemui insan kerdil yang mulia ...

Jibrail : Wahai Muhammad kekasih ALLAH, apakah yang menggusarkan hati mu sehingga rintihan mu tidak bisa dibendung, menggentarkan isi langit dan bumi tempat mu bersujud pula basah dek siraman air mata mu?

Rasulullah SAW : Wahai Jibrail ... aku merindui dan mencintai umat ku. Tatkala aku membaca firman Tuhan ku, akan kekuasaan-NYA, akan iradah-NYA, akan kudrat-NYA ..., aku khuatir umat ku akan mendapat siksaan di akhirat sana. Maka untuk itu aku merintih dan merayu kepada kekasih ku, ALLAH Rabbul Jalil, agar dilindungi dan diampunilah umat ku. Sesungguhnya aku rindu dan cintakan mereka."

Semakin berderai air mata milik insan mulia.

ALLAH Yang Maha Pengasih Maka ALLAH berfirman kepada Jibrail :

Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau redha pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau."

####### END ########

Oh .........

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya :

Wahai sayang ku,

Di manakah hendak engkau cari seorang insan mulia yang tak pernah marah kepada umatnya, bahkan tidak pernah mendoakan kemusnahan kepada umatnya ,walau umatnya sering alpa dan lalai, mengguris hati baginda ? Yang ada hanyalah bimbingan dan doa, agar umatnya selamat di dunia dan di akhirat .....

Wahai sayang ku,

Dimanakah hendak engkau cari, seorang insan mulia yang berusaha berkorban dengan masa, tenaga, harta dan nyawa untuk menjauhkan diri kita dari menjadi bahan bakaran api neraka? Usaha baginda bagaikan menghalang kelkatu senja mengerumuni api yang membakar. Walau begitu gigih usahanya menjauhkan kielkatu dari api neraka, namun kelkatu, datang semula mengerumuni api tanpa sedar, perbuatannya itu hanya mengundang duka nestapa. Itulah diri kita, bagaikan kelkatu senja yang mengerumuni api yang sedang membakar ........ Namun tanpa rasa jemu, baginda berusaha menyelamatkan kita, dengan penuh rasa kasih sayang dan kecintaan baginda kepada kita, walau berkali-kali hati baginda kita lukai dengan perbuatan kita .....Alangkah mulianya baginda ........

Tidak cukup setakat itu ... ditinggalkan kepada kita Al Quran dan Sunnahnya sebagai panduan ... agar perjalanan kita di dunia ini diterangi nur iman. Maka tidaklah kita teraba-raba dalam gelap pekat zulumat, yang sentiasa menyesatkan manusia ke arah gamitan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Hatta, doa mustajab anugerah ALLAH yang khusus untuk diri baginda, disimpan rapi untuk digunakan di yaumil mahsyar ... buat menebus umatnya yang dimurkai ALLAH .... Inilah pengorbanan seorang insan kerdil yang lemah yang kaya dengan rasa kehambaan ... bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib ......

TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADA NYA ?

Sayang,

Masih ingatkah sayang akan kata-kata abang di malam itu ?

Abang kata : Andainya sayang menemui cinta hati sayang yang boleh menjamin cinta terhadap Allah dan Rasul, abang redha sayang meninggalkan abang. Asalkan sayang gembira dan bahagia di bawah naungan iman.

Jawab mu lunak : Iena dah pun temui insan yang boleh menjamin cinta Iena terhadap Allah dan Rasul. Dia ada di depan mata Iena. Iena akan tinggalkan abang, hanya untuk kembali kepada Allah. Untuk dapatkan cinta Allah & Rasulullah SAW.

Dan kita tergelak bersama, kerana melayan seloroh suami isteri.

Benar sungguh,

Sayang mengejar cinta hati sayang, dan meninggalkan abang. Sayang mengejar cinta Allah dan Rasulullah SAW.

Dan pastinya, sayang sudah temui cinta hati sayang.

Semoga beroleh cinta Allah dan Rasulullah SAW di alam yang baqa sana.

############################################

Sebak dan sayu ketika berada di anjung gazebo ......

Dari pondok gazebo, abang berjalan ke arah pantai yang terhampar.

Terasa kelembutan hembusan angin bayu laut di situ. Terdengar desiran ombak yang menghempas pantai. Kelihatan camar-camar laut berterbangan sambil mengejar ikan di muka air. Sungguh mendamaikan.

Semakin sebak dan sayu .....

Lantas abang memasuki Pajero semula, meninggalkan rumah kita bersama 1001 kenangan yang tak mungkin abang lupakan.

Pajero tersebut terus bergerak dipandu sahabat abang, menuju ke pusara, buat abang mengirimkan serangkai doa buat diri mu ...........

Al Fatihah buat mu, semoga beroleh syafaat Rasulullah SAW


Mutiara Damansara
23 July 2010
4.45am






Friday, July 16, 2010

Bisikkan Cinta Buat Kekasih



Sayang,

Maghrib tadi, Haji Ramli minta abang untuk melaungkan azan. Dah lama tak dengar suara abang azan pintanya. Kata-katanya terus meruntun hati abang. Memori silam waktu kita bersama bertandang.

Abang masih ingat, 10 Januari 2009 sewaktu kita dalam perjalanan pulang dari Taman Seri Empangan, Putrajaya, sayang pernah buat permintaan yang sama pada abang :

“Dah lama tak dengar abang azan. Rindulah nak dengar suara abang azan.”




Abang hanya tersenyum…… Dan Maghrib itu abang melaungkan azan. Selepas itu abang lihat sayang tersenyum manis bersama air mata yang bergenang. Abang harap rindu sayang terubat dengan laungan azan abang.

Dan sebelum tirai malam dilabuhkan, kisah cinta Saidina Bilal ra menjadi halwa telinga sayang sambil abang menggengam erat tangan sayang dan tubuh sayang didakap. Begitulah rutin tatkala kita bersama. Hikayat dan kisah yang pernah arwah atok hidangkan kepada abang sementara menanti mata terpejam lena, abang olah bersama imaginasi dan abang hidangkan kepada sayang sebagai santapan cinta kita. Agar matlamat kita disatukan tak lari dari meraih keredhaan Allah. Agar zuriat yang bakal kita lahirkan nanti punya keimanan yang mantap yang berjuang bagaikan abid di malam hari dan singa di siang hari.

Sayang,

Abang masih ingat lagi permintaan sayang pada tanggal 29 April 2010, tujuh hari sebelum sayang meninggalkan abang. Sayang kata :

“Abang dah lama tak menuliskan ? Rindulah nak baca tulisan abang. Kawan-kawan tempat kerja pun selalu tanya, mengapa abang dah tak menulis ? Blog tak update?”

Insya-Allah sayang. Abang sudah mula menulis kembali. Blog abang pun sudah di update. Cuma bezanya ….. andai dulu abang menulis sambil bertemankan kertas dan pena …. Tetapi kali ini abang menulis bertemankan air mata ………………………………………….

Sayang,

Kali ini abang akan menulis kisah cinta seorang insan yang hodoh, tidak tampan, miskin dan hina pada pandangan ahli dunia. Kisah yang pernah abang bisikkan ke telinga sayang pada tanggal 10 Januari 2009 ………….

***********************************************

Lokasi : Di sebuah rumah di Rasah Kemayan
Tarikh : 10 Januari 2009
Masa : melewati tengah malam
Event : Bisikan Cinta


Pernahkah engkau terfikir akan kisah cinta seorang hodoh, tidak tampan di kaca mata manusia, hitam legam dan miskin ?

Pernahkah engkau terfikir cinta seorang yanghodoh, tidak tampan, hitam legam dan miskin itu berbalas dari insan yang cantik mengalahkan sinaran purnama yang dipagari bintang ?

Cintanya berbalas dari dari insan mulia mengatasi kemuliaan seorang bangsawan dan kenamaan?

Cintanya berbalas dari insan yang hakikatnya kaya mengatasi kekayaan seorang hartawan dan jutawan ?

Dan hikayat ini pun bermula ......
.......................................................................................................................

Lewat dinihari itu, seorang lelaki terjaga dari tidurnya. Keringat peluh tampak membasahi tubuhnya. Dengan wajah yang cemas, tasbih, tahlil dan tahmid terlafaz dari lidahnya. Kedua telapak tangannya ditekup ke muka, menyembunyikan air mata yang mengalir deras. Kerinduan menggamit hatinya. Rasa ingin sahaja diteriakkan sekuat-kuat hatinya …..

“MUHAMMAD , AKU MERINDUI MU !!!!!!”

Teresak-esak si lelaki menangis sambil duduk tunduk bersimpuh di tempat yang pernah menjadi tempat pembaringannya sebentar tadi. Perasaan rindunya sudah tidak tertahan lagi. Bagai duri-duri yang menikam-nikam hati sanubarinya. Perit, pedih dan hancur luluh hatinya dimamah kerinduan. Mimpi yang bertandang sebentar tadi, lebih menambah pilu dan hiba hati yang lara.

“Apakah hati mu sudah keras wahai kekasih ku ? Apakah saatnya belum tiba untuk kau menziarahi ku bagi mengubat rindu di hati mu ?”

Terngiang-ngiang di telinga si lelaki, kata-kata Rasulullah SAW yang menutur dengan suara yang lemah lembut, penuh kemesraan dan kasih sayang di dalam mimpinya tadi.

“ Wahai Rasulullah. Bukan aku tidak merindui mu. Namun kenangan suka dan derita saat kita bersama menyiksa hati dan minda ku. Lantas ku tinggalkan Kota Madinah bersama-sama kenangan pahit manis kita untuk bermukim di Syam, agar sepi hati ku dari kepedihan menahan rindu sambil lidah perjuangan mu dapat ku sambung dan wariskan kepada umat mu nanti.”

Bisik rintihan si lelaki dalam nada sayu dan sendu , bersendirian di kamar usang, bersama kegelapan yang menyelubungi malam.

Lantas dia bangkit.

Selepas melaksanakan solat malam, kudanya dipecut pantas meninggalkan desa Badariaan, Syam menuju ke Madinah. Sepanjang perjalanan, memori saat berjuang bersama Rasulullah tergambar satu persatu. Hanya bertemankan air mata dan selawat, tanpa kenal letih dan lesu, dia terus memacu kudanya menuju Kota Madinah, kota yang menjadi saksi bersatunya persaudaraan sesama Islam atas dasar kalimah Tauhid, serta memori yang terindah bersama Kekasih Allah teragung, Muhammad Bin Abdullah SAW.

******* KOTA MADINAH *******

Tika insan lain masih sedang enak di ulit mimpi indah, kelihatan seorang lelaki turun dari kudanya. Nyata, ianya baru tiba dari suatu perjalanan yang jauh.

Perlahan langkahnya di atur, setapak demi setapak ....berjalan menuju ke Masjid Nabawi tempat bersemadinya jasad insan yang dirinduinya, Muhammad Bin Abdullah SAW.

Semakin hampir dirinya dengan pusara sang kekasih, semakin lemah-longlai langkahnya, semakin deras aliran air matanya. Semakin dekat dirinya dengan pusara Rasulullah SAW, semakin kuat kesedihan dan rindu melanda. Kisah pahit manis perjuangan bersama insan termulia telah meletakkan cintanya kepada Rasulullah SAW melebihi segala-galanya. Memori suka duka yang terpahat di hatinya semakin jelas terbayang …… semakin sayu hatinya … semakin sebak dadanya …. semakin deras aliran air matanya…

Di pusara Rasulullah SAW …. tubuh lesu si musafir jatuh berlutut, tertunduk … menahan sebak. Tangan kirinya melekap di dada menahan sebak ....Tangan kanannya mendakap nesan milik insan termulia bagaikan menjabat tangan. Perlahan, dikucup nesan yang terpacak sepi bagai mengucup tangan insan teragung. Semakin sayu hatinya … lalu beliau berbisik di pusara itu …

“Wahai kekasih yang ku rindu … betapa aku merindui saat kita bersama . Hingga kini masih terdengar lunaknya suara mu berbicara mentarbiah diri ku, membelai roh dan jiwa ku. Di kala aku di hina, engkau datang memberi kemuliaan. Di kala aku miskin engkau hadir memberi kekayaan iman. Di kala aku luka berdarah engkau hadir merawat duka. Di kala aku kesempitan engkau hadir memberi kelapangan. Di kala aku terancam engkau hadir memberi perlindungan. Di kala aku kecewa engkau hadir memberi harapan. Di kala aku berduka engkau hadir untuk menangis bersama. Sungguh, aku merindui mu. Rindukan senyuman mu. Rindukan kasih sayang mu. Rindukan belaian mu. Rindukan perjuangan mu. Rindu untuk bertemu dengan mu. Kerana segala yang datang dari mu tiada lain melainkan keikhlasan yang mendamaikan hati setiap insan.”


Suara tangis teresak-esak kedengaran dari si musafir. Di belai pusara tersebut penuh kasih sayang bak membelai tubuh sang kekasih lantaran rindu dan cinta yang mendalam. Amat berat penderitaan yang di alaminya selama ini lantaran rindu kasih yang menghimpit. Hatinya hancur luluh bak di hiris sembilu.Sedih pilu yang ditanggung hanya Allah yang tahu ......

Tanpa di sedari, sepasang tangan mendakapnya dari belakang. Si lelaki berpaling. Tampaklah olehnya akan dua insan yang memang tidak asing baginya. Dua insan kecil yang merenungnya bersama linangan air mata sambil tersenyum manis. Saidina Hasan dan Saidina Hussin.

Lantas dipeluk kedua-duanya sambil menangis. Di cium dan dikucup pipi dan dahi kedua anak-anak kecil tersebut sebagai ganti kepada insan mulia yang bersemadi di pusara. Mereka inilah yang menjadi kegembiraan Rasulullah SAW, sehingga dapat beliau melihat raut wajah Rasulullah yang tersenyum bermain dengan cucu-cucunya ini. Pertemuan syahdu ini membangkitkan kerinduan yang tak dapat dibendung terhadap Rasulullah SAW.

Maka berkatalah Hasan dan Husin :

“Wahai Bilal, manusia teguh aqidah. Manusia yang lisannya tetap dengan kalimah Ahad saat diseksa dan maut menjelma. Sungguh kami merindui suara azanmu di sini. Suara yang pernah dikumandangkan pada zaman datuk kami. Wahai Bilal, kami mohon, atas dasar kerinduan diri mu dan kami, serta seluruh penduduk Madinah, gemakanlah Kota Cahaya ini dengan suara azanmu.”

Tersentak si musafir atas permintaan dua anak kecil tersebut. Sejak kewafatan kekasih tercinta, sejak itulah dia tidak melaungkan azan disebab sayu hatinya mengenang kekasih yang sudah tiada.

Namun, permintaan iu datangnya dari cucu insan tercinta. Cahaya hati dan sumber keceriaan Rasulullah SAW di kala berduka. Tidak pernah Rasulullah SAW menghampakan mereka bila mereka meminta. Hatta Rasulullah SAW bisa memanjangkan sujud dalam solatnya agar cucu-cucunya enak bermain di atas belakangnya. Walau permintaan mereka amat berat untuk di tunai, tapi digagahinya jua. Tidak sanggup beliau melukakan hati permata kesayangan Rasulullah SAW, anak kepada Fatimah, mutiara yang paling di kasihi baginda. Menolak permintaan Hasan dan Husin samalah menolak permintaan Rasulullah SAW.

Perlahan dia melangkah lemah mendaki tangga-tangga menuju ke menara Masjid Nabi.

Dengan seluruh jiwanya, menguatkan hatinya yang lembut untuk berdiri di tempat yang pernah menjadi kenangannya melaungkan azan pada zaman Rasulullah. Terlalu sebak hatinya untuk memulakan laungan azan ini. Namun digagahi dirinya sambil air mata mengalir berjurai-juraian membasahi pipi dan janggutnya menahan syahdu. Nafas ditarik perlahan-lahan …………..

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

Bergema Kota Madinah di subuh itu dek suara seorang insan yang pernah melaungkan azan buat Rasulullah SAW suatu masa dahulu …… sayu dan syahdu ………. sambil bersulamkan suara esak tangisan si musafir …….

Tergamam dan terpegun seluruh penduduk Madinah. Bagaikan masa terhenti seketika. Terpegun hiba.

Inilah suara yang pernah berkumandang di Masjid Nabi suatu ketika dahulu, ketika Rasulullah masih hidup.

Suara inilah yang telah membangkitkan semangat seluruh manusia yang beriman menuju kepada kejayaan, berkumpul di Masjid Nabi, solat bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Alangkah bahagianya pada waktu itu, Rasulullah sebagai imam kaum muslim, memimpin solat jemaah, dan mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada suara Rasul yang mulia itu, pemberi syafaat kepada umatnya. Nostlagia bersama Rasulullah SAW hadir satu per satu dari lubuk nurani seluruh penduduk Madinah. Sayu …… pilu ….. hiba ….dalam kerinduan ….. kehilangan insan tercinta …. selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW ……………

Satu per satu penduduk Madinah mengalirkan air mata kerinduan. Sedih dan hiba datang melanda. Baru semalam mereka bergurau senda di jalan-jalan di kota dengan ceria. Subuh ini keceriaan bertukar kerinduan. Rindu yang tidak mungkin terubat kerana sumber kerinduan sudah tiada.

ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH

Suara si musafir berkumandang di langit Kota Madinah. Suara yang semakin sebak ... menyayat hati dan meruntun jiwa ....

Makin deras air mata penduduk Madinah mengalir. Batin mereka menjerit seolah-olah melaungkan:

WAHAI RASULULLAH
AKU MERINDUI MU
AKU MENYAYANGI MU
AKU MENCINTAI MU ………………

Suasana kepiluan itu menyelubungi Madinah. Tiada lagi hilai tawa anak-anak muda. Tiada lagi senda gurau menghias jenaka. Si musafir terus jatuh terduduk dek tangisan dan kesedihan yang membungkam jiwanya. Tidak mampu meneruskan laungan azan kerana dirinya sudah tidak tertanggung rasa rindu di hati bagai jiwanya dilanda badai gelora.

Di subuh yang hening lagi syahdu itu …. yang ada cuma sedih .... pilu .... dan hiba.


Terkenangkan nostalgia lama dan detik-detik manis bersama-sama insan teragung dan termulia, Rasulullah SAW.

...........................................................................................................

Wahai Rasulullah ...
Aku rindukan mu
Aku sayangkan mu
Aku cintakan mu .......................

******************** END *************************

Ku lihat diri mu tersenyum manja. Diri ku kau dakap sambil pipi ku kau kucup.

“Terima kasih abang” …. itulah kata mu

Lantas ku tatap wajah mu yang ayu sambil membelai rambut mu ..... dan ku alunkan nasyid kegemaran mu, mendodoikan diri mu hingga diri mu terlena …………..

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati, ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu…


Sayang ku , semoga syafat Rasulullah SAW buat diri mu


*************** Wahai Rasulullah SAW***************
***************** Aku rindu diri mu******************
*****************Aku sayang diri mu****************
******************Aku cinta diri mu*****************




MUTIARA DAMANSARA
14 Julai 2010
4.40 am