Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Monday, March 15, 2010

Lantas .... Untuk Apa Manusia Itu Di Hidupkan ?




“Dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-KU.” (QS. Adz Dzariyat: 56)



Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah :

Lafaz Dua Kalimah Syahadah

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).

Maksud Dua Kalimah Syahadah :

Syahadah yang pertama bermaksud meyakini bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT. Dialah yang berhak disembah, dan segala yang disembah selain Allah adalah salah dan palsu. Syahadah pertama menafikan segala apa yang disembah selain Allah dan juga menetapkan bahawa ibadah atau penyembahan hanya layak untuk Allah SWT. Syahadah kedua bererti mengakui kerasulan Nabi Muhammad dan menerima segala ajaran baginda, kerana baginda adalah utusan Allah kepada manusia.

Syarat Sah Syahadah “La ilaha illallah” :

Seseorang yang mengucapkan syahadah, tidak akan sempurna syahadahnya melainkan dengan syarat-syarat berikut:-
1- Ilmu (Mengetahui dan memahami makna syahadah itu)
2- Yakin dengan apa yang difahami itu.
3- Menerima kandungan kalimah syahadah itu dengan hati dan lidah.
4- Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara yang membatalkannya.
5- Membenarkan hati dengan apa yang disebutkan lidah
6- Ikhlaskan syahadah hanya kepada Allah dan menjauhkan kesyirikan.
7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu.
8- Menolak segala yang bertentangan dengan tuntutan syahadah.

Syarat Tambahan Tentang Syahadah Kenabian :
Syahadah yang kedua mengandungi pengiktirafan bahawa Nabi Muhamad adalah hamba pilihan Allah dan merupakan Rasul iaitu utusan Allah kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Allah SWT. Syahadah kedua tidak lengkap melainkan dengan:
1- Mengiktiraf dan meyakini kerasulan Nabi Muhammad
2- Melafazkan pengiktirafan tersebut dengan lidah
3- Mengikuti baginda dengan mengamalkan kebenaran yang dibawanya dan meninggalkan kebatilan yang dilarang oleh baginda.
4- Membenarkan segala ajaran baginda
5- Mempercayai segala perkara ghaib yang dibawa oleh baginda
6- Mencintai baginda melebihi segalanya, termasuk diri sendiri, anak isteri & ibu bapa.
7- Mendahulukan ajaran baginda berbanding ajaran orang lain dan mengamalkan sunnah baginda.

Kelebihan Dua Kalimah Syahadah :

Tidak ada satu kalimah yang lebih hebat daripada mengaku ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan inilah asas pertama yang membezakan antara Islam dan kufur. Orang yang enggan mengakuinya merupakan penderhaka yang memilih jalan ke neraka. Ubadah bin as-Somit r.a. meyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ شَهِدَ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ، حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ النَّارَ. رَوَاهُ مُسْلِم.

Ertinya: “Sesiapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, maka Allah akan mengharamkannya daripada neraka”. Riwayat Muslim.

Setelah kita sedar bahawa diri kita seorang muslim, maka kita dipertanggungjawabkan untuk membuktikan keIslaman kita.

Allah mencipta makhluk bernama manusia di dunia ini, bukan untuk suka-suka. Malahan kejadian kita di muka umi ini mempunyai matlamat.

APAKAH MATLAMAT HIDUP MANUSIA DI DUNIA ?

Hari ini manusia amat kurang memahami ajaran Islam, oleh kerana itu manusia hidup dalam kegelapan, dalam suasana yang tidak ada panduan.

Suatu hal yang menjadi asas dalam ajaran Islam, yaitu mengapa manusia hidup. Merupakan satu pertanyaan yang memerlukan satu jawaban yang tepat. Kerana jika manusia yang hidup di muka bumi Allah ini tidak dapat memberi jawapan yang betul, manusia itu tak pandai hidup. Mereka sekedar pandai maju, pandai berkebudayaan tapi tak pandai hidup.

Buktinya lihat saja negara-negara Barat, tidak dinafikan mereka maju dengan teknologi, mereka maju dibidang ilmu pengetahuan, mereka maju di bidang ekonomi, tetapi mereka juga mempunyai gejala sosial yang teruk. USA, negara yang mendakwa diri mereka negara termaju, namun keruntuhan akhlak remaja, perlakuan sex bebas, pencerobohan negara-negara yang berdaulat dan membunuh orang awam seperti yang berlaku di Afghanistan dan Iraq, mencerminkan mereka walau pun maju, tetapi tidak pandai untuk hidup. Akhirnya mereka dipandang hina, bukan sahaja oleh penduduk dunia, malah oleh penduduk warganegara mereka sendiri.

Jika manusia gagal hidup di dunia, maka manusia akan gagal hidup di akhirat.

Bagaimana kita memperoleh jawapan yang tepat ? Ada orang mengatakan, kita tanya saja pendapat akal. Kalau kita lihat pertanyaan itu mudah tapi jawapannya berat. Bukan saja akal tidak mampu memberikan jawapan yang tepat. Bahkan bila beberapa orang memberikan jawapan menurut akal masing-masing, maka akan timbul perbedaan pendapat.

a. Ahli politik akan mengatakan matlamat hidup di dunia adalah untuk menjadi pemimpin.
b. Ahli sains akan mengatakan matlamat hidup di dunia adalah untuk mencipta peralatan baru.
c. Cikgu akan mengatakan matlamat hidup di dunia adalah mengajar.
d. Penulis akan mengatakan matlamat hidup didunia adalah untuk menghasilkan seberapa banyak buku.
e. Perompak akan mengatakan matlamat hidup di dunia adalah merompak sebanyak mungkin harta awam.

Jadi kalau kita bertanya pada akal, maka akal tidak mampu memberikan jawapan yang tepat kerana akal kedudukannya lemah, tidak semua dapat difikirkan terutama yang berkait dengan hal-hal yang ghaib, hari akhirat, syurga neraka dan lain-lain lagi, walaupun manusia itu mempunyai akal yang pintar sekalipun.

Kita sebagai orang Islam memiliki panduan hidup yang diberikan Allah kepada kita, yaitu yang terdapat di dalam AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW. Jadi supaya kita tidak meraba-raba, supaya tidak letih akal kita berfikir, supaya kita tidak mencari-cari, lebih baik kita bersandar dengan apa yang telah Allah beri kepada kita. Itulah jawaban yang tepat menurut Al Quran yang patut menjadi pegangan kita, yang menjadi keyakinan kita, serta amalan perjuangan kita, supaya kita mendapat keselamatan.Sebab itu kita terima sajalah jawapan dari Allah. Semoga dengan begitu kita dapat keselamatan di dunia dan akhirat, Iaitu untuk menjadi HAMBA KEPADA ALLAH, sebagaimana firman Allah SWT , Surah Adz Dzariyaat ayat 56 :


“Dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-KU.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

Dengan ayat Al Quran tersebut yang merupakan wahyu yang diturunkan kepada Rasul untuk umat yang paling akhir, disebutkan kita diciptakan oleh Allah adalah untuk beribadah, ataupun untuk mengabdikan kepada Allah, dengan kata lain untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Dengan ayat tersebut, maka dalilnya kuat, hujjahnya pun kuat. Tapi yang sebenarnya kalau kita bahas secara akal, secara mantiq atau secara psikologi, maka akal kita pun mengakui patut manusia menyembah Allah. Akal menyatakan setuju, bahkan hati kecil juga ikut setuju untuk menyembah Allah

Alasan dan dalil, mengapa manusia ini dicipta oleh Allah untuk menjadi hamba yang beribadah kepada NYA amat kuat. Bukan sahaja Allah menyatakannya di dalam Al Quran, malah akal fikiran dan fitrah naluri kita sendiri suka dan gembira menerima yang kita ini adalah hamba Allah. Fitrah naluri dan akal fikiran kita tidak boleh menerima kita menjadi hamba selain Allah.

Secara akal, secara perasaan, secara mudah, dapat dibuktikan bahwa akal setuju dan hati pun setuju manusia menyembah Allah, selain dalil yang kuat dari Al Quran.

Buktinya; andai ada seseorang datang kepada anda dan memanggil anda dengan panggilan ... "Wahai saudara, saudara ini hamba Allah." .... Bagaimana perasan anda ? ..... " Wahai saudara, saudara ini ahli ibadah." ..... Gembirakan bila dipanggil ahli ibadah ? .....

Bagaimana perasaan kita, bagaimana rasa hati kita kalau orang panggil kita hamba Allah. Akal mau menerima, hati kecil juga turut setuju, walaupun pada pelaksanaannya kita tidak pernah menyembah Allah. Walaupun kita tidak pernah membesarkan Allah, tak pernah patuh, tapi hati kita terhibur dengan sebutan hamba Allah.

Mengapa akal setuju, dan hati kecil dapat menerima, sebab karena Allah jadikan kita memang untuk menjadi hambaNya. Jadi apa yang disetujui oleh Allah, disetujui oleh akal dan hati. Sebaliknya apa yang disetujui oleh akal dan hati, disetujui oleh Allah.

TETAPI

Andainya ada seseorang datang kepada anda dan memanggil anda dengan panggilan .... "Wahai saudara, saudara ini hamba kereta." .... Bagaimana perasaan kita ? Tentu ada sedikit terguris di hati .... Cuba pula andainya anda di panggil .... "Wahai saudara, saudara ini hamba dunia" .... Saya yakin anda sudah rasa tidak selesa .... Apatah lagi andainya ada seseorang yang memanggil anda .... "Wahai saudara, saudara ini hamba syaitan, hamba nafsu, hamba dajjal" ..... saya yakin anda akan jadi marah.

Bagaimana pendapat akal kita, bagaimana rasa hati kita. Akal kita tak setuju, bahkan hati tak setuju. Bukan hanya tak setuju, tapi hati pun rasa sakit. Kalau orang tuduh kita hamba selain Allah, kalau selama ini sudah sakit, bahkan mungkin dapat meninggal dengan seketika.

Mengapa ? Akal tidak setuju, hati tak setuju, kerana Allah tidak setuju apa yang tidak disetujui oleh akal dan hati. Dan sebaliknya apa yang tidak disetujui oleh akal dan hati, tidak disetujui oleh Allah.

Nah !!! Inilah buktinya bahawa kita dijadikan di dunia ini adalah untuk menjadi hamba Allah dan bukannya hamba kepada selain Allah, lebih-lebih lagi bukan untuk menjadi hamba nafsu atau hamba syaitan.

Untuk menjadi hamba Allah, maka kita dipertanggungjawabkan untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Hal ini sesuai dengan wahyu, dibenarkan juga oleh akal dan hati manusia. Dengan menyembah dan beribadah kepada Allah, manusia mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat


Kerana itu mau tidak mahu, kita mesti menyembah Allah karena Allah bersetuju, akal bersetuju dan hati bersetuju. Jadi kalau manusia tidak mau menyembah Allah, tidak mau mengabdikan diri pada Allah, tidak mau tunduk dan patuh pada Allah, dia bukan saja menentang Allah, bahkan menentang akal dan hatinya, hakikatnya orang itu menentang dirinya sendiri. Kalau orang itu menentang dirinya sendiri, dia tidak akan dapat kebahagiaan, walaupun pangkatnya tinggi, rumahnya besar, jabatannya tinggi dan hartanya banyak. INILAH PUNCA HATI TIDAK MENDAPAT KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN, kerana manusia melakukan perkara mungkar dan engkar dengan perintah Allah.

Buktinya banyak. Kita lihat hari ini bangsa-bangsa yang dikagumi karena banyak kemajuan di bidang ekonomi, membangun, banyak orang terkenal, tapi sebagian besar penduduknya mati bunuh diri, ada yang 50 %, 60 %, bahkan 75 %. Mereka sudah kehilangan kebahagiaan. Kebanyakan mereka orang yang terkenal tapi hidupnya penuh dengan kekecewaan.

a. Elvis Presley - dia kaya, dia kacak tampan, tetapi kematiannya kerana dadah.
b. Paris Hilton - dia kaya, dia cantik, tetapi tubuhnya bersilih ganti ditiduri oleh ramai lelaki.
c. Bruce Lee - dia kuat, dia kaya, dia tampan, tetapi dia mati kerana dadah.
d. Mustafa Kamal At Tarturk - dia kaya, dia berkuasa, tetapi dia mati terhina.
e. Adolf Hitler - dia kaya, dia berkuasa tetapi dia mati membunuh diri.
f. Heath Ledger - dia tampan, dia kaya tetapi dia mati membunuh diri

Mengapa terjadi demikian ? Kerana mereka sama sekali tak mengenal Allah, tidak mau menyembah Allah. Mereka menentang dirinya sendiri sehingga tak dapat kebahagiaan. Kerana itu kita mesti mengenal dan menyembah Allah, untuk selamat di dunia dan akhirat.

Fikir-fikirkanlah ........


No comments:

Post a Comment