Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH



Allah akan mengsilihgantikan antara kegembiraan dan kesedihan dalam kehidupan hamba-hamba NYA. Agar manis senyum kesyukuran dapat diimbangkan dengan air mata taubat



Masih basah diingatan ku sewaktu aku di Medan di penghujung tahun 2005, aku menginap di Hotel Novotel, Medan. Sahabat ku, Pak Saiful Nazli yang merupakan menantu kepada Direktor Universiti Al Azhar cawangan Medan. Dialah yang menemankan aku di bilik hotel tu. Kebetulan yang sponsor aku bercuti di Medan adalah seorang Datuk yang memegang high position di Putrajaya. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh sponsor aku bercuti di Medan selama seminggu.

Kebetulan sambutan 1 January 2006, aku berada di Kota Medan. Pak Saiful membawa aku ke satu tempat kalau di Malaysia macam KLCC, tempat para remaja Kota Medan menyambut tahun baru. Aku tengok ramai anak2 muda, remaja yang menanti countdown 1 January 2006. Apabila jam menunjukkan tepat 12 tghmalam, maka mereka bersorak. Pesta LIAR pun bermula. Kita boleh lihat remaja, minum arak dengan bebas sebebasnya. Bukan setakat minum arak, MANDI arak pun ada. Botol arak di goncang agar terhasil gas, kemudian dipancutkan ke tubuh gadis2 comel. Gadis2 comel dan murahan pula terkinja-kinja, tergedik-gedik disirami arak.

Bukan setakat itu, mereka menyanyi .... biasalah

Mereka menari .... ini pun biasa

Mereka berpelukan .... ermmm errmmm .... alamak

Mereka berkucupan .... ermmmm errmmmmm errmmmm ..... alabapak

Mereka berbogel dan melakukan sex beramai2 di padang sambil disinari cahaya neon dan bunga api ... MASYA ALLAH

Begitulah yang terjadi di sana.

Di Malaysia bagaimana pula ?

Sebenarnya tak kurang hebat.

Nak tau tak ?

Pada malam sambutan tahun 2006, hospital di tempat isteri ku yang cantik bagaikan Nicole Kidman berkerja mengendalikan 18 kes "rogol" yang kesemuanya membabitkan remaja wanita MELAYU ?

Pada malam sambutan tahun 2007, sepital yang sama mengendalikan 42 kes "rogol" yang kesemuanya membabitkan remaja wanita MELAYU ?

Kes ROGOL ... tapi kalau ditanya betul2 .... si awekz tu akan kata :

"Saya & teman lelaki saya keluar ke XXXXXX untuk sambutan malam tahun baru. Lepas tu kami enjoy, makan2, minum2. Lepas tu terlanjur... bla bla bla "

HAH ini bukan kes rogol .. ini zina.

Kendian mak bapaknya lak, datang sepital bebel, bising2, marah2 ... kengkadang sampai dia org datang rumah aku cari bini aku nak suruh make confidential ... TAKUT MALU.

Kat orang ramai dia malu. Kat Allah dia tak malu.

Kalau tahu jaga anak, yang izinkan anak dara dia keluar rumah malam2 buta dengan jantan sapa suruh ?

Tu tak malu lak ?

Yang jadi isu KES ROGOL, ialah bila si balakz tadi dah dapat memuaskan nafsunya kepada si awekz, balakz pun cabut lari, lebih2 lagi bila dapat tahu si awekz dah bunting.

Cuba tak bunting, atau balakz tu tak cabut lari. Awekz tu pun aku rasa tak akan buat repot polis, malah keep on berzina sampai dia bunting atau sampai balakz dia cabut lari.

Sebab apa aku cakap cam tu ? Sebab, kebanyakan kes "rogol" itu dilaporkan setelah masuk bulan Februari atau March. Kalau betul kes rogol, Malam 1 January kena main, pagi 1 January terus buat report.

Dan malam tahun baru nanti , akan berlaku lagi insiden yang sama yang melibatkan remaja Melayu.

OK

Aku sambung balik pengalaman aku di Medan bersama Pak Saiful sambil menyaksikan pesta “haiwan” di Kota Medan.

Pak Saiful berkata : Begitulah yang terjadi setiap kali tahun baru.

Kebetulan, Pak Saiful menerima SMS. Dia tunjukkan SMSnya pada ku

SELAMAT TAHUN BARU 2006. SEMOGA PANJANG UMUR DI MURAHKAN RIZQI

Pak Saiful kata, SMS tu dari seorang rakannya yang mengajar disebuah pesantren (sekolah pondok). Kemudian Pak Saiful suruh aku jawab SMSnya. Aku tanya apasal ? Pak Saiful kata, aku ni pakar dalam membuat provokasi kuang kuang kuang

Aku pun menerima handphone-nya, termenung kejap cari idea dan mula menaip reply SMS :

SEMOGA JESUS KRISTUS MERAHMATI KITA BERSAMA .....

send .....

Pak Saiful senyum dengan reply SMS aku. Kejap lagi masuk pula SMS baru dari penghantar yang sama kpd Saiful

POL !!! APA KERNA DGN KAMU? KAMU UDAH KRISTIAN ?

Pak Saiful menyerahkan henfonnya dan suruh aku reply. Dia kata, ikut suka hati akulah nak jawab macam mana. Dan seperti yang aku rancang, aku me-reply

SETAHU SAYA HANYA PENGIKUT JESUS KRISTUS SAJA YG MENYAMBUT THN BARU ROMAWI. KITA UMAT ISLAM SAMBUT MAAL HIJRAH. BAPAK SAMBUT THN BARU ROMAWI KUANG KUANG KUANG

Pak Saiful tergelak sama dengan reply SMS ku

Gitulah mentaliti orang kita. Masih tidak mempunyai identiti dan menumpang budaya orang. Kita ada budaya sendiri, sebaliknya budaya kita, kita tinggalkan sampai ianya tidak terasa di hati dan menjadi hambar.

Dari segi lahiriah sendiri, kita tahu dan sedar, setiap malam tahun baru, ramai remaja kita menjadi rosak dan dirosakkan. Dan pada malam umat Islam rosak itulah yang kita rai dan kita bergembira.

SEDIHKAN ?

Masuknya waktu Maghrib pada 17 Disember 2009, bermulalah lembaran tahun baru Hijrah 1431 Hijrah bagi umat Islam. Itulah tahun baru yang selayaknya kita raikan dan syukuri.

Ayuh kita lihat dan tunggu serta bandingkan, bagaimana PERASAAN KITA dalam menyambut tahun 2010 dan 1431H. YANG MANA SATUKAH HATI KITA LEBIH GEMBIRA ?

Simpanlah jawapannya dalam diri sendiri dan gunakanlah untuk bermuhasabah.

Ramai antara kita yang lebih mengagungkan syiar orang Romawi berbanding syiar Islam. Maka tak hairanlah ramai orang Melayu yang mengaku Islam yang sudah tak solat, sudah buat dosa dan kemungkaran yang dilakukan oleh orang Kristian. Sebab azam tahun baru mereka didasarkan pada kalendar Kristian.

Malah ada dikalangan kawan-kawan aku pernah berkata kepada aku :

Member : Mie, ko punya zodiac ialah LEO. Leo ni singa. Singa ni garang.

Aku : Aku kalau jadi singa, orang pertama yang aku baham dan telan ialah engkau. Sebab dalam Islam melarang kita tilik menilik ni. Melihat sifat dan watak menggunakan zodiac adalah HARAM.

Oleh itu jangan percaya kepada ilmu ramalan dan tilik menilik ni.

Kalau engkau nak sangat tahu apa akan berlaku di masa akan datang,kau orang buatlah solat ISTIKHARAH.

Kalau kau tak percaya, kau boleh try buat solat istikharah untuk tahu bola sepak Liga Inggeris yang akan datang, siapa yang menang ? Boleh. InsyaAllah , nanti akan ditunjukkan kepada engkau oleh Allah, siapa yang akan jadi juara liga.

Atau kepada student yang nak sangat “soalan bocor exam”. Kalau kau nak tahu soalan apa yang keluar dalam exam, buatlah istikharah. Allah akan tunjukkan.

DAN ….

Sikap orang kita ni, terlalu percaya kepada perkara2 mistik dan paranormal sehingga membelakangkan Allah.

Dulu aku pernah bertemu dua orang adik beradik yang datang ke Muar untuk bertemu seorang tua untuk mendapatkan TARIKH KAHWIN. Maka orang tua itu pun mencongak akan tarikh lahir, tarikh kahwen etc. Kemudian dua tarikh diperolehi. Tarikh tersebut diberikan kepada kedua-dua beradik tersebut.

Mereka datang dan ceritakan kepada aku tentang usaha mereka tersebut. Tapi gerak hati aku kata, antara dua beradik yang akan kahwin tu, abang akan kekal dengan perkahwinannya. Adiknya pula akan berkrisis dan bercerai-berai. Aku suarakan gerak hati aku ni kepada sahabat-sahabat rapat aku, sebab aku tengok dia orang ni percaya sangat bab congak mencongak serta ramal meramal ni dan percaya yang bulan, bintang dan matahari mempengaruhi nasib untung dan sial seseorang.

Dua tahun selepas kedua beradik tersebut berkahwen, aku dapat berita yang si adik bergaduh dengan isterinya. Lepas 4 tahun berkahwin, aku dapat berita yang si adik bercerai dengan isterinya. Sahabat-sahabat aku rasa takjub dengan gerak hati aku. Dan aku pun buat2 terrer kuang kuang kuang.

Tak lama lepas dapat berita perceraian mamatz tu, aku dapat tahu dia pergi lagi untuk bertemu seorang tua kat Muar untuk minta tarikh baru untuk kahwen lagi dengan bini baru. Aku bagitau lagi, perkahwinan mamatz tu takkan kekal dan akan bercerai berai lagi. Akhirnya mamatz tu kahwen gak lagi pada tarikh yang telah di congak oleh orang tua tu. Lepas dua tahun, dia bercerai lagi. Sahabat2 aku yang pernah mendengar “ramalan” aku tentang mamatz tu semakin kagum. Aku pun semakin EKSYEN hehehehe.

Tak lama lepas tu, sahabat aku bagi tau si mamatz tu pergi lagi ke Muar untuk mendapatkan tarikh dengan orang tua tu bagi melangsungkan perkahwinan kali keTIGA. Seperti biasa bila si mamatz tu lalu kat tempat kami melepak, aku kata lagi “ Ko orang tengok lerr gerenti dia bercerai berai lagi” .. dan kali ketiga perkahwinan mamatz tu runtuh dan hancur dengan krisis tak sudah.

Maka sahabat2 aku semakin takjub dengan aku. Dia kata aku ni lebih hebat dan lagi terre dari orang tua yang dianggap alim, warak dan soleh kat Muar tu.

TAPI ….

Aku cakap kat member2 aku tu …. BUKAN AKU YANG TERRE, tapi sebab kau orang yang bodoh kuang kuang kuang

Kau orang nak tau tak, macam mana aku tahu yang rumahtangga mamatz tu akan hancur musnah ?

Senang je ……..

Apasal perkahwinan abang dia kekal dan bahagia. Sedangkan perkahwinan mamatz tu penuh krisis, kawen cerai, kawen cerai.

Nak tahu rahsia dia ?

Rahsia dia adalah ………..

Abang dia seorang yang baik, Solat tak tinggal. Tahu tanggungjawab sebagai seorang Islam. Abang dia pun pilih perempuan yang beragama. Jadi hidup berumahtangga dapat dihadapi bersama. Susah senang bersama.

Adik dia pulak, TAK SOLAT, TAK PUASA, KAKI JUDI, MAK BAPAK DIA KELENTONG, KAKI ZINA. Carilak bini yang perangai serupa dengan dia. Kawen atas dasar nafsu, bukan dasar iman. Kalau diri sendiri pun dah hancur, dah rosak, TAK ADA JAMINAN perkahwinan yang dibina akan kekal utuh.

Jadi aku menyimpulkan, KEBAHAGIAAN SESUATU PERKAHWINAN ITU TAK ADA KENA MENGENA DENGAN TAHUN, TARIKH KERAMAT, ATAU UPACARA2 TERTENTU.

Tetapi kebahagiaan perkahwinan itu bergantung kepada IMAN. Kalau baik dan beriman seseorang balakz dan awekz, maka baiklah perkahwinan.

DAN ….

Nak tahu baik dan berimannya seseorang balakz/awekz, lihatlah amal ibadahnya.

Inilah kebodohan orang tua di Muar dalam mencari tarikh keramat untuk perkahwinan mamatz tu serta MERAMAL kebahagiaan rumahtangga.

Sekali lagi aku nak tegaskan.

JANGAN terlalu percaya kepada ramalan, horoscope, tarikh keramat dan sebagainya. Kerana ianya HARAM dalam ajaran Islam.

Nak tahu untung nasib seseorang ? Lihatlah ibadahnya. Lihatlah sejauh mana dia mampu menuruti segala suruhan Allah dan sejauh mana dia mampu menghindari segala larangan Allah.

Dan …

Kalau kau tak nampak amal ibadahnya, maka gunalah kaedah mencungkil rahsia di dalam Islam. Iaitu ....... ISTIKHARAH.

Sempena 1431H yang bakal menjelma ni, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kat ko orang semua.

Jangan sampai ko orang merasakan tahun lepas merupakan tahun yang malang buat diri kau orang sebab terlalu banyak musibah dan suwey yang ko orang lalui.

ATAU …

Jangan sampai ko orang kata tahun lepas merupakan tahun yang paling best sebab kau dapat terlalu banyak nikmat pada tahun lepas.

INGATLAH !!!!

Untung nasib serta musibahnya diri kau orang tu TAK ADA KENA MENGENA dengan masa, tahun atau tarikh.

TETAPI …

Ada kena mengena dengan apa yang kau orang lakukan.

Kalau Allah datangkan bala dan kesusahan kat kau orang, biasanya adalah disebabkan kau orang ada buat DOSA dengan Allah atau dosa dengan manusia. Maka Allah datangkan musibah dan kesusahan agar kau orang INSAF dan kembali ke jalan yang benar.

Kalau Allah datangkan nikmat kat engkau orang, itu tandanya Allah sayangkan kau, dan Allah nak kau kongsi nikmat engkau dengan orang yang tak bernasib baik.

MUHASABAHlah diri sendiri.

Gitu gak,

ANDAINYA ...

Di awal tahun baru ini, engkau menerima musibah dan engkau bersedih, BUKAN BERMAKNA tahun itu adalah tahun yang sial buat engkau orang. Sebaliknya bermuhasabahlah dan bermunajatlah kepada Allah SWT agar engkau dilindungi dari godaan nafsu dan syaitan.

Bermuhasabah dan bermunajatlah, agar diberi kekuatan baru untuk melalui hidup ini sebagai HAMBA ALLAH yang taat kepada perintah NYA. Kerana sejauh mana kita taat kepada Allah, sejauh itulah kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat.

Aku ingin berpesan >>>>> Allah akan mengsilihgantikan antara kegembiraan dan kesedihan dalam kehidupan hamba-hamba NYA. Agar manis senyum kesyukuran dapat diimbangkan dengan air mata taubat

Di sini aku sertakan dua doa, doa akhir tahun yang dibaca pada saat hujung waktu Asar 17 Disember 2009. Satu lagi Doa awal tahun yang dibaca selepas Solat Maghrib 17 Disember 2009 nanti.

DOA AKHIR TAHUN : dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.

DOA AWAL TAHUN : dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.

SELAMAT MAAL HIJRAH 1431 Hijrah


3 comments:

  1. Saya suka mendapatkan amalan. Tetapi bila tidak merujuk kepada ajaran Rasulullah, rasa ada khawatir. Melihat tampilan do'a awal dan akhir tahun Saudaraku, sedikit jua aku tak lihat berasal dari siapa ia gerangan, tak ada perawi hadits untuk buktikan itu berasal dari Rasulullah, boleh nak tambah hadits kah ini atau hanya kumpulan karangan ulama saja ?
    Salam kenal dari Muhammad Nasir Siregar (Jakarta)

    ReplyDelete
  2. Thought provoking... Salam Maal Hijrah permulaan yang baik untuk umat yang satu umat Madinah di mana yang menyambut Rasulullah SAW adalah semua tanpa pengecualian.

    Kalau di Malaysia semuanya Malaysian, America semuanya American, maka yang berserah kepada Negara Islam Madinah semuanya Muslim kan... termasuklah orang orang yang beriman dan tidak beriman yang berserah kepada ketentuan negara Islam.

    "Wahai orang-orang beriman masuklah ke dalam Islam keseluruhannya"

    Marilah bersama-sama seperti orang Madinah- Ansar, Khazraj, Yahudi, Cina, Melayu dan India bersama menyambut kesatuan Islam yang di sampaikan oleh Rasulullah tanpa pengecualian.

    Hehehe saja nak share your thoughts on the matter...

    ReplyDelete
  3. Wasalam

    MNSIREGAR : saya perolehi doa tersebut dari internet dan bila saya bandingkan doa tersebut dengan doa yang terkandung dalam sebuah kitab kecil HIMPUNAN DOA yang dicetak oleh Pustaka Nasional, saya yakin doa tersebut tidak salah untuk diamalkan. Malah dalam kehidupan kita sendiri, terlalu banyak perkara yang kita lakukan yang TIADA SANDARAN DALIL AL QURAN & SUNNAH NABI SAW. Sebagai contoh : bila kita memandu kereta, kita tiba di persimpangan jalan yang ada lampu isyarat (traffic light), bila lampu yang menyala adalah lampu merah, kita menghentikan kereta kita. Bila lampu yang menyala adalah lampu hijau, maka kita menggerakkan kereta kita. Di mana sandaran dalil tentang lampu isyarat ini ?

    Begitu juga, bila kita demam, kita akan bertemu doktor dan menelan ubat Panadol agar kita sihat dan senang untuk beribadat. Di mana sandaran dalil bila demam makan panadol ?

    Maka TIDAK salah kita melakukan sesuatu selama mana ianya TIDAK BERCANGGAH dengan syariat. Lebih-lebih lagi melibatkan soal furu' atau ranting-ranting ibadah. Masih ramai umat Islam yang mendedahkan aurat, yang tidak bersolat dan lain-lain lagi.

    RITZ : Thanks for the thought. I pray one day Malaysia will be the Madinah where all races will unite and definitely the best if everybody unite under one kalimah tauhid ;-)

    ReplyDelete