Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Saturday, July 10, 2010
Rindu Ini Untuk Siapa ?
Sayang,
Hari ini genaplah 60 hari diri mu meninggalkan abang
Tipulah kalau abang kata abang tak rindukan mu
Namun itulah yang telah ditaqdirkan Ilahi
Sesingkat ini jodoh antara kita
Kerana diri mu lebih Allah cintai
Maka engkau dijemput kembali
Yang tinggal cuma
Hanya rumah kita yang kosong dan lengang
Tiada lagi suara bacaan Berzanji dan Al Quran
Yang sering menyambut diri ku ketika pulang
Serta kamar yang sepi
Dan memori indah saat kita bersama
Kenangan manis menjadi hambar dan pahit
Sayang,
Abang amat rindu
Rindu digerakkan mu untuk bersolat malam bersama
Rindu untuk menjadi imam dalam qiamul lail kita bersama
Rindu mendengar suara sayang sewaktu kita bertadarus bersama
Rindu untuk bersahur dan berbuka puasa bersama
Rindu membisikkan kisah-kisah para kekasih Allah kepada mu yang manja
Namun kerinduan abang tidak setanding
rindunya Rasulullah SAW terhadap umat baginda di akhir zaman
Sayang,
Abang merasa malu
Tatkala menyingkap lembaran sejarah silam
Pernah para malaikat, anbiya dan sahabat terasa malu dan tersisih
pabila Rasulullah SAW berkata bersama linangan air mata kasih
Baginda amat merindui umatnya di akhir zaman
melangkaui rindunya kepada para malaikat, anbiya dan sahabat sekelian
Mengapa ?
Kerana umat baginda di akhir zaman
amat merindui baginda SAW
Mereka berjuang dan berkorban
Dengan harta, masa dan tenaga
Hatta dengan darah dan nyawa
Agar seruan Rasulullah tersebar serata dunia
Agar Islam terus mulia dek usaha mereka
walau mereka tidak pernah melihat sosok tubuh baginda.
Lantas
Air mata abang menitis
Bukan kerana merindui mu, sayang
Tetapi kerana abang malu
Rasulullah SAW menitiskan air matanya kerana merindui KITA
Sedangkan kita tidak merindui baginda …..
Sayang,
Selingkar kisah lagi ku singkap
Buat memujuk hati ku yang merindu ini
Agar subur kembali jiwa jihad ku yang semakin kelam
Kelam dek bujukan nafsu dan godan syaitan
Kisah syahidnya Gregory Theodore di medan Yarmuk
Tatkala perang makin berkecamuk
Gregory Theodore panglima Romawi mendakap sinaran hidayah
Hanya sempat bersolat dua rakaat selepas melafaz syahadah
Mentauhidkan Allah dan mencintai Rasulullah
Mengejar syahid walau dirinya dan Rasulullah tak pernah bersua
Gugur dirinya sebagai perwira
Agar kalimah Allah terus terbela
Sayang
Walau abang telah kau tinggalkan
Bersaksilah engkau di alam sana
Akan abang usahakan perjuangan ini hingga ke akhirnya
Agar rindu ini hanya milik Allah dan Rasul-NYA
Prince Court Medical Centre
6 Julai 2010
3.15am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment