Tinggallah ayah tinggallah ibu
Izinkan kami pergi berjuang
Kami meninggalkan kemewahan
Untuk maju terus berjuang
Andainya masa telah berlalu
Khabar berita tidak kunjung tiba
Anggaplah diri ku telah gugur
Di medan juang sebagai syahid
Jangan kembali pulang
Kalau sebelum menang
Biar jasad ku terdampar di medan juang
Tak mungkin ku menyerah kalah
Mengapa ku harus putus asa
Dunia hanya sementara
Esok lusa kita kan kembali
Bertemu ALLAH Rabbul Izzati
Begitulah antara bait-bait puisi atau nasyid yang pernah diajarkan oleh arwah datuk ku kepada cucu-cucunya. Hasrat datuk ku, ialah untuk melihat zuriatnya terus berjuang dan menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. Pernah datuk ku berpesan kepada kami adik beradik pada malam terakhir kami bersama. Katanya ....
Atok ingin zuriat tok berjiwa besar dan mempunyai cita-cita besar. Agar mereka akan menjadi mujahid dan mujtahid. Agar zuriat tok, hidup mulia, mati syahid. Mujahid orang yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan memusnahkan kemungkaran. Mujtahid, orang yang melahirkan buah fikiran bernas untuk membangun dan memperbaiki kerosakan masyarakat.
Masih basah diingatan ku saat kami adik beradik bersama-sama atok buat kali terakhir. Malam itu, pondok tok dipenuhi dengan murid-muridnya yang hampir kesemuanya adalah anak yatim yang menumpang hidup di pondok madrasah atok. Tiada wajah ceria yang dapat ku lihat. Kesemuanya sugul. Seorang demi seorang murid tok menziarahi tok yang terbaring lesu di atas tilam usang. Malam itu tiada lagi cerita yang dilafazkan oleh tok buat halwa telinga kami sebagai teman tidur.
Sepertiga malam berlalu, dengan bantuan ibu ku, atok menunaikan solat malam dalam keadaan berbaring. Dan di subuhnya, atok telah pergi kembali ke rahmat ALLAH meninggalkan kami .... Al Fatihah buat Almarhum Haji Ehsan Bin Haji Harun ... ( di kenali sebagai Tuan Guru Haji Omar di Besut, dan dikenali sebagai Embah Kassan oleh muridnya, Kiai Shamsuddin di Muar, Johor)
Berkat puisi nasyid yang di ajar oleh arwah tok, kami adik beradik berani meninggalkan kampung laman semata-mata untuk menuntut ilmu. Kami merantau nun jauh ke negara orang. Aku sendiri pernah bekerja di Zuellig Pharma yang beribupejabat di Switzerland, merantau dari satu negara ke satu negara atas urusan kerja sambil menimba ilmu dan pengalaman.
Saudara seperjuangan sekelian,
Hari ini 28 hb October 2009, merupakan hari terakhir aku di KPJIC. Insya-Allah, suatu hari nanti kita akan ketemu kembali jika diizinkan Allah. Yang pasti, kita akan berkumpul jua di satu hari yang telah ditetapkan Allah. Di hari itu, manusia pertama yang wujud di mukabumi juga akan bersama-sama berkumpul dengan kita. Dan manusia terakhir yang hidup di muka bumi tatkala Israfil meniup Sangkakala juga akan bersama-sama dengan kita. Di hari itu juga, kita sudah tidak punya masa untuk memikirkan apakah yang sedang dan bakal terjadi kepada saudara-mara kita. Yang hanya terlintas di kotak fikiran kita hanyalah satu persoalan, "Apakah untung nasib ku di mahkamah Allah ini ?". Itulah perkumpulan yang akbar, perhimpunan di Padang Mahsyar. Di mana segala amal kebajikan dan amal kemungkaran mendapat perhitungan dan dinilai di mizan. Di situlah nanti akan terbukti sama ada ke syurgakah atau ke nerakakah tempat perhentian kita di negara yang kekal abadi.
Sahabat seperjuangan yang dikasihi sekelian.
Aku ingin mengambil kesempatan di hari terakhir kita bersama kali ini di KPJIC, untuk berkongsi sebuah lagi kisah yang pernah di ceritakan oleh arwah datuk ku sewaktu kami kecil.
HIKAYAT
Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW telah meyusun satu angkatan tentera untuk berhadapan dengan tentera Rom. Rasulullah SAW juga telah melantik Usamah Bin Zaid sebagai pemimpin bala tentera Muslim. Antara para sahabat yang terpilih untuk menjadi tentera muslimin untuk ke medan jihad ialah Saidina Omar Al Khattab. Namun ketentuan Allah mendahului segalanya, sebelum tiba tarikh keberangkatan bala tentera tersebut, Allah telah menjemput kekasih-Nya untuk kembali ke sisi-Nya. Kewafatan baginda Rasulullah SAW, meninggalkan jutaan kenanangan buat umat baginda. Perginya Rasulullah SAW dalam linangan air mata sambil melafazkan "Umat Ku, Umat Ku, Umat Ku" sebagai tanda kecintaan baginda buat umatnya. Begitulah pengorbanan seorang pemimpin.
Setelah jasad Rasulullah SAW diuruskan, maka berhimpunlah ahlul hilli wal aqdi untuk melantik pemimpin bagi umat Islam. Berikutan syura yang dijalankan, keputusan diambil dan Saidina Abu Bakar As Siddiq telah dilantik oleh ahlul hilli wal aqdi sebagai khalifah. Setelah perlantikan dirasmikan, maka berucaplah Saidina Abu Bakar As Siddiq. Setelah tamat ucapannya, Saidina Abu Bakar As Siddiq telah didatangi oleh Saidina Omar Al Khattab. Maka berlakulah dialog antara kedua orang sahabat sejati Rasulullah SAW yang diredhai Allah itu.
Omar : Wahai Abu Bakar, Rasulullah SAW baru saja meninggalkan kita. Sebelum kewafatan baginda, telah disusun satu angkatan tentera bagi berhadapan dengan tentera Rom. Memandangkan tarikh keberangkatan angkatan tentera kita agak hampir, apakah pandangan mu, andainya kita tangguhkan dulu keberangkatan tentera kita ke suatu tarikh yang lain ?
Dengan nada yang tegas, Saidina Abu Bakar As Siddiq menjawab usulan yang dimajukan oleh Saidina Omar Al Khattab.
Abu Bakar : Wahai sahabat ku Omar. Belum berubah pusara Rasulullah(SAW), maka engkau sudah mahu mengubah arahan Rasulullah SAW ? Demi Allah dan Rasul-Nya. Aku akan tetap menghantar tentera muslimin untuk berhadapan dengan tentera musyrikin.
Jawapan Saidina Abu Bakar As Siddiq yang tegas telah menamatkan dialog tersebut. Saidina Omar Al Khattab akur dengan keputusan sahabatnya.
Setelah tarikh keberangkatan tiba, maka berbarislah para tentera muslimin. Antara yang turut berbaris ialah Saidina Omar Al Khattab. Setelah khutbah dan nasihat dibacakan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq selaku khalifah. Saidina Abu Bakar As Siddiq telah turun dari mimbar Masjid Nabi dan berjalan menuju barisan tentera yang bakal bertolak ke medan jihad. Maka berjalanlah Saidina Abu Bakar As Siddiq menemui ketua tentera muslim, Saidina Usamah Bin Zaid rhu. Lalu berkatalah Saidina Abu Bakar As Siddiq dalam nada perlahan, tawaddhuk dan penuh rasa kehambaan kepada Saidina Usamah bin Zaid.
Abu Bakar : Sahabatku Usamah. Kau dilantik oleh Rasulullah SAW untuk mengepalai bala tentera ini, maka kekalkanlah diri mu disana. Tidak akan ku ubah apa yang telah diisyaratkan oleh baginda Rasulullah SAW atas mu. Namun aku hanyalah seorang manusia yang lemah. Dan jawatan khalifah yang baru ku sandang ini, amat berat dan merupakan suatu ancaman buat diri ku. Ianya suatu amanah yang haram untuk aku khianati. Tiada daya ku atas usaha ku, melainkan dengan izin Allah. Maka ku harap belas ihsan mu, agar Omar Al Khattab diberi kelonggaran untuk tidak turut serta dalam angkatan perang ini. Agar dapat aku berbincang dengannya tentang hal ehwal pengurusan negara kita.
Kata-kata Abu Bakar As Siddiq itu mengundang linangan air mata keseluruhan umat Islam di Madinah. Manakah dapat dicari, seorang khalifah berjawatan tinggi, tetapi masih mengekalkan sifat tawadduk dan menjaga adab sesama pengikut ? Berkatalah Usamah :
Usamah : Wahai Abu Bakar Amirul Mukminin, jika begitu kehendak mu, Demi Allah dan Rasul-Nya, ku izinkan Saidina Omar untuk tinggal bersama mu di kota Madinah agar dapat dia menjadi pembantu mu, sebagaimana engkau pernah menjadi pembantu kepada Rasul kecintaan ku suatu masa dulu.
Maka tinggallah Sadina Omar Al Khattab di kota Madinah membantu Saidina Abu Bakar menjalankan urusan pentadbiran negara.
Sahabat seperjuangan sekelian.
Walaupun kisah ini amat singkat. Namun disebalik kisah ini terdapat banyak suri teladan yang mampu kita pelajari. Antara teladan yang mampu kita pelajari ialah :
1. Peranan jemaah Ahlul Hilli Wal Aqdi dalam menentukan kepimpinan.
2. Sifat seorang pemimpin dan hamba Allah yang tawadduk dan dengan rasa kehambaan sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq kepada umat Islam di kala itu, juga Saidina Omar Al Khattab yang menjadi sahabat utama Rasulullah SAW, bersedia menjadi tentera biasa dibawah pimpinan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.
3. Ketegasan dan kelembutan dalam melaksanakan titah perintah dari Rasulullah SAW sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq.
4. Pentingnya syura dalam mencari sesuatu keputusan sebagaimana ditunjukkan oleh Ahlul Hilli Wal Aqdi, Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.
5. Pentingnya sahabat yang sejati dalam melaksanakan sesuatu mekanisme menuju matlamat.
6. Jawatan pemimpin bukanlah tiket untuk memperhambakan rakyat, tetapi merupakan suatu amanah yang HARAM untuk dikhianati.
7. Pentingnya mempunyai sahabat-sahabat yang sama-sama bersatu dari segi aqidah, ibadah, akhlak, hal khilafiah dan penentuan kawan/lawan dalam pentadbiran sebagai mana di tunjukkan oleh Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Sasidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid.
Dalam kisah tersebut juga, didedahkan kepada kita betapa sistematiknya sistem yang telah dijadikan blueprint oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh para sahabat.
Dinyatakan dengan jelas, Rasulullah SAW telah memilih sahabat-sahabatnya untuk pergi ke medan jihad, diketuai oleh Saidina Usamah Bin Zaid rhu. Antara tentera yang bakal ke medan jihad ialah Saidina Omar Al Khattab. Namun Saidina Abu Bakar As Siddiq, tidak menggunakan kuasa mutlaknya sebagai khalifah untuk menjadikan Saidina Omar Al Khattab sebagai pembantunya dalam mentadbir negara. Saidina Abu Bakar As Siddiq telah menemui Saidina Usamah Bin Zaid, dan mereka bermesyuarat, agar kesefahaman dicapai antara mereka. Ini sebagai tanda kepada kita yang lemah iman ini, Sedangkan orang yang telah dijamin syurga dan sahabat uatama Rasulullah SAW pun bermesyuarat dalam menentukan sesuatu keputusan, apatah lagi orang yang macam muka kita ini, memang patut kita semua bermesyuarat.
Kisah ini juga menunjukkan jalan kepada kita, kaedah untuk over-ride sesuatu arahan dengan cara yang berakhlak. Rasulullah SAW telah menamakan Saidina Usamah bin Zaid sebagai ketua tentera dan Saidina Omar Al Khattab sebagai salah seorang tentera. Saidina Abu Bakar As Siddiq, mengekalkan perintah dasar iaitu Usamah Bin Zaid sebagai ketua tentera. Untuk mendapatkan khidmat Saidina Omar Al Khattab dalam pentadbirannya, Saidina Abu Bakar As Siddiq telah menemui ketua tentera untuk "meminjam" Saidina Omar Al Khattab dalam menjalankan pentadbiran negara.
Dalam kisah tersebut banyak pengajaran yang dapat kita perolehi. Aku hanya menyebut sebahagian dari pengajaran yang tersurat. Namun disebalik kisah tadi, masih ada banyak pengajaran yang tersurat dan yang tersirat boleh kita ambil darinya. Sama-samalah kita jadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan. Tidak lupa, bahawa sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah bagaikan bintang-bintang dilangit. Pilihlah salah satu antara mereka, nescaya kita beroleh petunjuk.
Aku tamatkan qalam ku dengan satu lagi pesanan dari arwah atok ku :
" Bila hamba berlagak hamba, Raja akan sayang kepadanya. Tetapi bila Raja berlagak hamba, Raja kepada segala Raja (ALLAH Yang Maha Berkuasa) akan sayang kepadanya. Waktu itu segala urusannya adalah didalam pimpinan dan perlindungan ALLAH SWT."
Madrasah Darussyifa
28 October 2009
3.18 am