Coretan perjalanan hidup ku menuju titik noktah di dunia ini sebelum menanti di barzakh menuju ke alam akhirat untuk diperhitung segala amalan .....
Firman ALLAH SWT
Sabda Rasulullah SAW
Kalam Tinta Dari Ku
Sunday, April 12, 2009
Rahsia Mendidik Hati
Hikayat …. Cerita ni digarap dari Hadis Sahih Bukhari
Suatu hari Nabi Musa AS telah memberikan ceramah dalam satu majlis ilmu. Sesudah dia menyampaikan ilmu, bangunlah seorang lelaki dan bertanya :
Wahai Musa, adakah manusia yang paling pandai dan bijak dalam menguasai ilmu pengetahuan selain engkau ?
Maka Nabi Musa AS menjawab : TIDAK !!! Akulah yang paling pandai dan yang paling bijak yang menguasai segala intipati ilmu.
Jawapan Nabi Musa AS itu telah mendapat teguran dari ALLAH. ALLAH berfirman dalam Surah Al Kahfi ayat 60 hingga 82. ALLAH menyatakan ada lagi hamba NYA yang lebih pandai dan bijak dar Nabi Musa AS. Iaitu seorang lelaki yang tinggal di sebuah tempat di mana bertemunya dua lautan. ALLAH memberitahu kepada Nabi Musa AS kalau nak kenal dengan lelaki yang menguasai segala ilmu itu, Nabi Musa kenalah bawa ikan di dalam sangkar. Bila ikan dalam sangkar itu tiba2 ghaib, maka disitulah tempat tinggal orang yang menguasai intipati segala ilmu.
Lalu Nabi Musa AS pun mulalah bermusafir bersama seorang sahabatnya Yusak Bin Nuh bin Ifraim bin Yusuf AS ( Yusyak ni cicit kepada Nabi Yusuf AS) untuk mencari lelaki yang paling berilmu tersebut. Apabila mereka sampai ke tempat di mana bertemunya dua lautan ( Teluk Suez & Teluk Akabah di Laut Merah ), Nabi Musa AS telah bertemu dengan Nabi Khidir AS.
Nabi Musa AS pun menyatakan hasrat ingin berguru dengan Nabi Khidir AS. Tapi Nabi Khidir AS kata…. Aku menjangkakan bahawa engkau tak akan tahan dan tak sabar dengan cara didikan aku.
Nabi Khidir AS pun kata lagi : Ilmu yg aku ada ni adalah kurniaan dari ALLAH, dan ilmu aku ni lebih tinggi sebab ilmu yang ALLAH beri pada aku, tidak diberi pada kamu. Kamu pun ada ilmu yang ALLAH beri tapi aku tak ada. (Nota : ALLAH kurniakan kelebihan ke atas setiap orang untuk MENGHAMPIRKAN diri kepada NYA & membantu orang lain untuk menghampirkan diri kepada ALLAH)
Nabi Musa AS berkata : Ajarlah aku ilmu yang Tuan ada. Aku akan sabar mempelajarinya. (Nota : Untuk belajar ilmu yang power yang boleh dekatkan diri dengan ALLAH syaratnya adalah SABAR)
Setelah melihat kesungguhan Nabi Musa AS nak menuntut ilmu, Nabi Khidir AS pun berkata : Baiklah jika begitu. Kamu boleh ikut aku, TAPI kamu tak boleh tanya apa yang aku buat HINGGAlah aku sendiri yang terangkan kepada mu. (Nota : Kalu kamu tau Tok Guru kamu amat berilmu, JANGAN pertikai apa yg dia buat selagi tak bertentangan dengan Quran & Sunnah)
Dan bermulalah musafir Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS utk menuntut ilmu …. (Nota : Kaedah terbaik mendidik hati seseorang ialah dengan ajak dia bermusafir)
Dalam musafir, Nabi Musa AS lihat banyak benda pelik yang diakukan oleh Nabi Khidir AS. Antara benda pelik yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS ialah :
1st ..... Nabi Khidir AS & Nabi Musa AS menumpang sebuah perahu untuk menyeberangi sungai. Sesudah sampai ke seberang, Nabi Khidir AS menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka. Tersentak Nabi Musa AS. Dia bertanya Nabi Khidir AS, pehal dihancurkan perahu ? Nabi Khidir AS bagi warning kat Nabi Musa AS, …. Kamu kan dah janji tak kan tanya apa yg aku buat …. Lalu Nabi Musa AS minta maaf dan terus senyap. (Nota : Kalau ko dah tahu yang Tok Guru ko terror tahap gaban & siap dapat certification dari ALLAH, ko jangan banyak songel nak pertikai apa dia buat)
2nd ..... Sampai di daratan, mereka bertemu sekumpulan budak2 yang tengah bermain. Nabi Khidir AS berjalan menuju kepada seorang budak dan terus membunuhnya. Terkejut Nabi Musa AS, dia tanya lagi pehal Nabi Khidir AS bunuh budak tu ? Nabi Khidir AS ingatkan Nabi Musa AS tentang janjinya. Ini last warning kata Nabi Khidir AS.
3rd ..... Mereka sampai disebuah wilayah dalam keadaan keletihan yang rakyatnya masih menyembah berhala. Mereka meminta penduduk di wilayah tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada mereka dengan air dan makanan. Tapi penduduk di situ tidak melayani permintaan Nabi Khidir AS & Nabi Musa AS. Nabi Musa AS cukup marah, tapi Nabi Khidir AS mengingatkan agar mereka bersabar. Nabi Khidir AS ajak Nabi Musa AS ke sebuah kampung yang miskin lagi daif dan menuju ke sebuah rumah yang hampir roboh milik dua orang budak perempuan yang yatim piatu. Kemudian Nabi Khidir AS mengajak Nabi Musa AS membaiki tembok dan dinding rumah dua orang anak yatim tersebut. Nabi Musa AS tidak berpuas hati lalu menyatakan hasrat ketidak puas hati beliau kepada Nabi Khidir AS. Dia kata .. penduduk sini tak mahu membantu kita, mengapa pula kita perlu membantu keluarga wilayah ni repair tembok dan dinding rumah ? Kata2 Nabi Musa AS itu telah menyebabkan Nabi Khidir AS bersuara …. Sudah aku katakan, kamu tak akan bersabar dengan cara didikan aku. Aku tak sanggup terima kamu sebagai murid ku. Sampai di sini saja aku mengajar mu.
Barulah Nabi Khidir AS ceritakan motif ketiga2 tindakannya :
1st ..... Perahu yang dimusnahkan oleh Nabi Khidir AS disebabkan perahu dan tuan punya perahu itu berada di wilayah Raja yang zalim (lanun) yang suka merampas perahu dan membunuh tuanpunya perahu. Dengan memusnahkan perahu, tuan punya perahu itu terselamat dari dibunuh oleh Raja Lanun tersebut. Perahu boleh dibuat balik.
2nd ..... Budak yang dibunuh itu, mempunyai ibu bapa yang soleh TETAPI Nabi Khidir AS tahu yang bila budak tu dah besar remaja, dia akan menjadi seorang yang kufur kepada ALLAH serta mendorong mak ayah dia jadi kufur juga serta anak itu membunuh mak ayahnya. Jadi sebelum budak tu jadi makhluk perosak aqidah dan pembunuh, eloklah dibunuh. Mak & ayahnya boleh berusaha untuk mendapat seorang anak yang soleh sebagai ganti.
3rd ..... Walaupun penduduk wilayah tersebut memberikan hospitaliti yang negatif kepada Nabi Khidir AS dan Nabi Musa AS, TAPI di tapak rumah anak yang yatim piatu tu tersimpan harta untuk anak yatim yang tidak diketahui orang ramai. Nabi Khidir AS ajak Nabi Musa AS membaiki dinding dan tembok rumah tersebut agar harta anak yatim yang tertanam itu terjaga dan terpelihara sehinggalah dua anak yang yatim piatu itu besar dewasa dan mampu menguruskan harta tersebut.
Sebelum berpisah, Nabi Khidir AS memberi pesan kepada Nabi Musa AS :
“Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kesilapan, engkau, berputus asa dengan kesilapan yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kesilapan yang kamu lakukan, wahai Ibn `Imran.”
Begitulah kesah yang tertulis dalam Permata Pemberian Yang Indah yang aku olah dalam versi ku dan ditokok tambah dengan cerita yang sama yang pernah disampaikan oleh arwah atok aku.
Morale of the stori
1. Seterror mana ilmu kita dan segaban mana ilmu kita, masih ada orang yang lebih terror dan lebih gaban. Jadi tak yah ler kau orang nak eksyen tahap gaban cam aku hehehehe
2. Untuk mendidik hati, syarat yang paling utama ialah SABAR. Kalau tak sabar, hati tidak dididik. Bila hati tidak dididik, maka akan lebih jauhlah seseorang dari rahmat ALLAH. Bila jauh dari rahmat ALLAH, maka hidupnya akan hilang ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
3. Syarat untuk sabar pula ialah kenalah sabar menghadapi musibah, sabar dalam melaksanakan perintah ALLAH dan sabar dalam MENINGGALKAN larangan ALLAH.
Kat Opis farmasi
12.22 tghari
1 March 2008
Saturday, April 11, 2009
Selangkah Ke Alam Batin
Arwah datuk aku pernah bercerita.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib mempercayai bahawa setiap makhluk yang bernyawa akan mati apabila sampai ajalnya, iaitu masa yang Allah sudah tentukan baginya akan saat kematiannya. Malaikat Izrail akan datang kepadanya. Lalu Izrail akan mencabut roh dari jasadnya. Tidak kira di mana orang itu berada. Sama ada dia seorang yang kaya, atau pun seorang yang papa kedana. Tak kira dia seorang yang berilmu, ataupun seorang yang jahil muraqab. Saat sampai ajalnya tidak pernah terlewat walau sesaat, mahu pun tercepat walau sesaat.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib mempercayai bahawa setiap makhluk yang bernyawa akan mati apabila sampai ajalnya, iaitu masa yang Allah sudah tentukan baginya akan saat kematiannya. Malaikat Izrail akan datang kepadanya. Lalu Izrail akan mencabut roh dari jasadnya. Tidak kira di mana orang itu berada. Sama ada dia seorang yang kaya, atau pun seorang yang papa kedana. Tak kira dia seorang yang berilmu, ataupun seorang yang jahil muraqab. Saat sampai ajalnya tidak pernah terlewat walau sesaat, mahu pun tercepat walau sesaat.
Setelah roh berpisah dari jasadnya, roh dibawa ke alam barzakh tatkala jasad dikuburkan di alam yang zahir, tak kira sama ada berkubur di daratan mahu pun di lautan. Alam barzakh. Alam yang menjadi jambatan penghubung antara alam dunia dan alam akhirat.
Setiap Muslim wajib percaya bahawa apabila mayat telah dikuburkan, maka datanglah Mungkar dan Nakir kepadanya dan menyoalnya mengenai tuhannya, agamanya, nabinya, kepercayaannya dan lain-lain lagi. Orang yang Islam dan beriman akan menjawab soalan-soalan dua malaikat itu dengan tenang dengan sebaik-baik jawapan. Orang Islam yang tidak beriman akan menjawab soalan dua malaikat itu dengan rasa gementar, dan setiap kali jawapannya tersasar dan salah maka dia akan dipukul oleh dua Malaikat tersebut. Orang kafir dan munafik (orang yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran), mereka tidak akan dapat menjawab soalan tersebut dan disiksa di alam barzakh dengan teruk oleh Mungkar & Nakir.
Selepas disoal, orang Islam yang telah dapat menjawab soalan-soalan itu akan tidur dengan aman hinggalah sampai Hari Ba'ats atau Hari Kebangkitan, iaitu hari yang padanya dibangkitkan semula sekelian yang telah mati. Tetapi orang yang tidak dapat menjawab soalan Mungkar & Nakir dengan betul serta orang kafir dan munafik, mereka tidak akan aman di alam barzakh dan diazab di alam kubur, sehinggalah Hari Kebangkitan.
Sebahagian ulamak berkata bahawa soalan dan azab itu berlaku pada roh si mati sahaja di alam barzakh. Ada pula ulamak yang mengatakan soalan dan azab itu berlaku kepada roh & jasad si mati. Allah juga Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Arwah datuk aku bercerita lagi tentang roh.
Setiap Muslim wajib mempercayai bahawa diri manusia dijadikan dari roh dan jasad. Jasad dibentuk dari daging, tulang, lemak, darah dan lain-lain jisim yang zahir. Roh pula ialah satu zat yang halus yang tidak boleh dilihat oleh orang-orang kebanyakan. Ia ada di dalam jasad setiap manusia yang hidup. Dengan perantaraan roh itulah manusia hidup. Roh asal kejadian sebelum di tiupkan ke dalam jasad manusia, roh sudah pun mengenal Allah sebagai Tuhan yang Maha Agung. Malah Al Quran menukilkan perjanjian antara roh untuk tunduk mentaati Allah SWT seperti dalam surah Al A'raf ayat 172 :
" (Allah bertanya kepada roh) Bukankah AKU tuhan kamu ? (Roh menjawab) Benar kami bersaksikan (ENGKAU Tuhan kami)"
Namun setelah roh ditiup kedalam jasad, roh terpaksa berhadapan dengan bujukan nafsu dan syaitan yang bersenjatakan nikmat duniawi. Maka lalailah roh untuk mentaati Allah.
Apabila sampai ajal, Izrail akan mencabut roh dari jasad dan dibawa ke alam barzakh sehingga Hari Kiamat. Tetapi ada juga roh-roh tertentu yang boleh keluar ke alam zahir. Rasulullah SAW ketika Isra', telah dapat melihat roh-roh para anbiyak wal mursalin datang kepadanya di Masjidil Aqsa lalu bersolat berjemaah dengan Rasulullah SAW sebagai imam, dan roh para anbiyak wal mursalin bermakmum dibelakang Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, hakikat roh itu hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Mereka menanya engkau, (Muhammad SAW) mengenai roh. Katakanlah : roh itu urusan Tuhan ku. Dan kamu tidak diberi ilmu melainkan sedikit sahaja ( Al Isra' : 85 )
Dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Wajib bagi Allah bersifat dengan Al Qadim dan Al Baqa'. Allah tidak ada permulaan dan baqa' (kekal). Dan Allah berkuasa mencipta 10 makhluk NYA bersifat dengan sifat ada permulaan dan kekal wujudnya sehingga bila-bila. 10 makhluk adalah :
1. A'rasy
2. Kursi
3. Syurga
4. Neraka
5. Loh mahfuz
6. Qalam
7. Roh
8. Jasad para Rasul & Nabi
9. Jasad para syuhada
10. 'Ajbuz zanab ( iaitu seketul tulang belakang manusia yang paling bawah sekali atau STEM CELL)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa haiwan pun ada roh tetapi roh itu tidak kekal. Roh haiwan lenyap apabila haiwan itu mati.
Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah percaya, walaupun Nabi-nabi dan waliyullah sudah wafat, tetapi rohnya masih boleh menolong orang-orang yang masih hidup, kerana ada dalil-dalil yang kuat menunjukkan demikian. Dan orang Islam yang masih hidup boleh menolong orang islam yang sudah mati, dengan izin Allah Ta'ala. Ini semua merupakan perkara yang harus bagi Allah.
Kelebihan dalam bentuk luar biasa yang dikurniakan Allah kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi dinamakan mu'jizat. Contohnya, Nabi Ibrahim AS tidak hangus dibakar api. Nabi Daud AS mampu meleburkan besi. Timbul pula persoalan. Itu kelebihan sewaktu menjadi Nabi & Rasul, bagaimana pula kejadian luar biasa sewaktu belum ditabal menjadi Nabi & Rasul ? Apakah itu juga mu'jizat ? Arwah datuk ku menjawab : Kejadian yang luar biasa yang pernah berlaku sebelum ditabal menjadi Rasul atau Nabi dinamakan IRHAS. Contohnya ialah seperti sewaktu Rasulullah SAW dibawa oleh Abu Talib berdagang ke negeri Syam, ada awan yang melindungi Rasulullah SAW dari kepanasan.
Kelebihan-kelebihan dalam bentuk luar biasa yang berlaku bukan kepada Rasul atau Nabi, tetapi kepada seorang muslim yang soleh yang digelar waliyullah, dinamakan karomah. Sebagai contoh, kekaromahan seorang wazir Nabi Sulaiman AS diceritakan dalam surah 27, ayat ke 40. Kekaromahan wazir Nabi Sulaiman AS yang bernama 'Asif Bin Barkhaya sebagaimana yang ceritakan oleh ulamak tafsir, mampu memindahkan mahligai Puteri Balqis di Yaman ke Palestine dalam sekelip mata. Andainya ada di dunia ini seorang yang alim, wara' lagi soleh seperti 'Asif Bin Barkhaya, tak perlulah kita bersusah payah membuat ceramah berkenaan Palestine dan mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestine. Cukup dengan karomah, Swiss Bank mampu dipindahkan dari Switzerland ke Palestine.
Jika kelebihan & kejadian luar biasa yang dilakukan oleh orang kafir, atau munafik atau ahli maksiat dan mereka mampu melakukannya dengan perantaraan syaitan atau jin kafir atau jin Islam yang 'asi, maka itu dinamakan SIHIR.
Begitulah serba ringkas, cerita-cerita yang cuba aku sampaikan di sini berdasarkan cerita-cerita arwah datuk aku. Aku susun semula dalam bahasa modern untuk mensesuaikan cerita tersebut dengan suasana cyber. Semoga ada ilmu yang boleh kita timba bersama untuk dijadikan panduan dalam menjejaki perjalanan Rasulullah SAW untuk mendapat kasih sayang dan maghfirah Allah SWT. Andainya ada manfaat ilmu yang dihidangkan ini, semoga menjadi jariah buat ibu & almarhum ayah ku, juga arwah datuk ku, serta guru-guru ku.
Dialog Dengan Missionarist Kristian
Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa
Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan
Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama
Tiada sia-sia menyintai diri mu
Sempurna sejahtara
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa
Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan
Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama
Tiada sia-sia menyintai diri mu
Sempurna sejahtara
Ya Rasulullah
Ya Nabi Allah
Ya Habib Allah
Aku cinta pada Mu
Dulu .....
Sewaktu aku bekerja di tempat lama ku, aku sempat bertemu seorang missionarist Christian yang mengidap penyakit kanser paru-paru. Pesakit tu aku tengok memang famous. Dengar ceritanya, pesakit tu selalu masuk rancangan ASTRO, artikel tulisannya selalu keluar kat STAR, New Straits Times dan Berita Harian. Kebetulan aku jumpa dia waktu pagi.
Tengaharinya ada beberapa wartawan dari stesen TV nak interview dia.
Waktu aku jumpa dia, sembang-sembang dengan dia. Dia sendiri mengaku sudah Kristiankan tak kurang 30,000 orang Melayu kat Malaysia sepanjang dia jadi missionarist.
So kalu sekor missionarist boleh murtadkan 30,000 Melayu dalam masa 8 tahun. Kau orang kiralah sendiri berapa ramai sebenarnya yang betul-betul dah murtad.
Sepanjang aku sembang dengan dia, dia sibuk mengeluh. Dia kata apasal tuhan (Jesus Christ) siksa dia macam tu ( kena kanser ) ?. Dia membebel, kata Jesus Christ kejam & zalim, sedangkan dia punyalah tungkus lumus ajak orang jadi Kristian.
Aku dengar ajerlerr dia membebel. Belum mati lagi dia dah frust menonggeng. Kalau dah mati nanti, baru dia tahu siksa kat akhirat macam mana.
Dia habis membebel sambil menangis, aku pun mencelah. Aku cakap kat dia, dia dapat penyakit tu sebenarnya bukan tanda Tuhan ( Allah) itu zalim, tetapi itulah tanda Allah tu Maha Penyanyang. Sebab kalau lagi lama dia hidup, lagi ramai yang jadi murtad disebabkan dia.
Lepas tu aku kata kat dia, apasal dia nak takut mati, bukankah Kristian juga mengatakan Jesus juga mati sebab disalib. Bila dia mati, bermakna dia boleh berjumpa Jesus di syurga nanti. Boleh dia masuk syurga dan duduk sebelah Jesus sebab Kristiankan ramai orang Melayu. Patutnya dia kena happy and happy andhappy and happy gilerrrr tahap gaban bila tau dia akan mati.
Terkebil-kebil dia dengar aku beleter. Dia tanya aku balik " Awak ni gilakah ? ".
Aku jawab , aku tak gila, tapi aku gila-gila kuang kuang kuang. Aku jawab, bagi seorang Islam, kematian itu merupakan syarat untuk menemui cinta. Cinta yang paling hakiki dan sejati ialah kecintaan kepada Allah SWT. Sebab itu dalam Islam, umat diajar untuk mencintai akhirat dan menghindarkan cinta kepada dunia. Sebab akhirat yang abadi bukan dunia. Dunia ni tempat kita melabur. Hasil pelaburan akan dituai di akhirat. Jadi kenalah cintakan akhirat dan tidak cintakan dunia. Jangan tertipu dengan kehidupan di dunia yang sementara ini sedangkan kejidupan yang akhiratlah yang kekal abadi.
Dia kata kat aku balik : Islam mengatakan Muhammad kekasih Tuhan (Allah). Tetapi mengapa Tuhan membiarkan kekasih Nya dibaling batu hingga berdarah ?
Jawapan aku : Saya tak hairan kalau setakat kekasih dibaling batu sampai berdarah. Yang saya tidak faham tentang Kristian, mengapa Tuhan Ruhul Qudus Kristian membiarkan anaknya (Jesus) dipaku sampai mati ? Lagi teruk dari membiarkan kekasih dibaling batu sampai berdarah. Bolehkah Tuhan dibunuh oleh makhluk ciptaannya ? Jika Jesus anak Tuhan boleh dibunuh oleh makhluk ciptaan Tuhan, ini bermakna makhluk yang dicipta lebih kuat dari Pencipta. Masuk akalkah ? Contohnya, awak membuat sebuah kerusi. Bolehkah kerusi yang awak buat, bergerak sendiri membunuh awak ? Oleh itu, Tuhan menciptakan manusia, bolehkah manusia membunuh Tuhan ? Tak masuk akal.
Aku menyambung bebelan aku ......
Dalam Islam, Isa AS adalah Rasul yang diutuskan ALLAH, begitu juga dengan Muhammad Bin Abdullah SAW, salah seorang Rasul yang diutuskan ALLAH untuk memberi pesanan kepada umat manusia agar mentaati ALLAH dan kembali kepada ALLAH dalam keadaan jiwa yang tenang dan dikasihi ALLAH.
Dia tanya aku lagi "Apa pasal awak tak mahu mati ? Pergi bunuh dirilah supaya awak boleh temui cinta awak."
Aku jawab balik, ajal maut seseorang sudah ditetapkan Allah SWT. Tak perlu untuk bunuh diri. Sebab Allah jadikan manusia untuk mengabdikan diri kepada NYA dan untuk menjadi khalifah Allah, untuk mentadbir dunia dengan hukum syariat Allah.
Aku ulang kat dia ayat yang terakhir.
Aku kata : Allah jadikan kita untuk mentadbir dunia dan bukan mencintai dunia. Maka sebab itulah, umat Islam yang mencintai Allah dan akhirat akan berusaha kaw kaw tahap gaban macam dia hidup 1000 tahun lagi sebab dia ada tanggungjawab untuk tadbir dunia dengan hukum Allah, dan beribadah pun kaw kaw macam nak mati esok. Ini yang tak diajar dalam Bible dan ajaran Kristian. Sebab itu umat Islam yang beriman akan berhadapan dengan maut dalam rasa tenang dan gembira.
Dia terdiam.
Aku lak bebel kat dia.
Itulah antara perbezaan Kristian & Islam. Walaupun Kristian pun percaya adanya syurga & neraka, tetapi Kristian tak pernah ajar umatnya untuk menjadikan dunia tempat membuat pelaburan untuk ke akhirat. Sebab tu, missionarist Kristian sendiri memurtadkan orang berdasarkan wang ringgit yang dibayar oleh pihak Gereja. Ajaran Islam kalau nak mengIslamkan orang, tak payah bayar duit sesen pun kat pendakwah.
Yang penting, mereka yang memeluk Islam bersedia menjadi saudara seIslam dan sahabat kita dalam perjuangan mendaulatkan hukum syariat di muka bumi ini serta menyebarkan keselamatan dan kesejahteraan kepada umat manusia.
Aku tanya dia apsal dia takut sangat nak mati ?
Dia jawab " I belum puas enjoy. Belum puas tengok dunia. Dying is so embarassing. Especially if you got this disease which is incureable. I feel shame to myself. Waktu sihat, badan I tegap, handsome. Tapi bila kena kanser, I kurus, lemah, rambut gugur "
Aku bebel balik kat dia. Aku cakap, arwah Tok aku pernah berpesan kat aku :" Sebagai umat Islam, kita kena menjadikan hidup dan mati kita dalam kemuliaan. Hidup mulia, mati syahid "
Hidup dalam kemuliaan apabila kita mampu menjadikan diri kita seorang hamba Allah yang sentiasa beribadah kepada Allah serta melaksanakan hukum-hukum yang telah Allah syariatkan kepada hamba-hamba NYA, kerana itulah nilai manusia disisi Allah. Bagaikan seorang Raja yang punya rakyat. Raja akan lebih menyayangi rakyatnya yang mampu mematuhi undang-undang yang telah dibuat oleh Raja. Lagi banyak peraturan yang rakyat patuhi, lagi sayang Raja kepada rakyatnya. Rakyat yang engkar, dianggap penjenayah. Jadi dalam Islam, sejauh mana manusia mampu mematuhi ajaran Islam, sehampir itulah hubungan hamba dengan Allah, sekuat itulah kasih Allah kepadanya. Semulia itulah nilai manusia di dunia, dan di akhirat akan mendapat kecintaan Allah yang hakiki. Bila Allah sudah sayang kepadanya, urusannya di dunia akan dipermudahkan Allah dan di akhirat Allah kurniakan ketenangan dan kebahagiaan yang kekal abadi.
Bila matinya, walau apa jua keadaan jasadnya, sama ada hodoh, sama ada jasadnya hancur, atau menjadi debu, kemuliaan tetap bertakhta di hati manusia. Kerana Allah sendiri memuliakannya. Sebab itu sebagai seorang Islam, kematian dianggap sebagai jalan penghubung antara dua cinta yang sejati lagi hakiki. Cinta antara hamba dengan Pencipta-nya. Lebih-lebih lagi jika mati dalam menegakkan syariat Allah. Maka kematiannya adalah syahid. Itulah puncak kemuliaan dalam kematian. Iaitu mati dalam penderitaan serta kepayahan demi mendaulatkan syariat Allah.
Aku bagitau kat dia, Islam mengajar umatnya terus berjuang menegakkan syariat Allah sehinggalah hujung kalimat di akhir hayat. Itu semua bukan untuk Allah, tetapi untuk diri sendiri. Agar meraih keampunan dan keredhaan Allah , Tuhan sekelian alam. Tuhan kepada aku, Tuhan kepada dia, Tuhan kepada Jesus Christ. Bagi seorang Islam, mati ketika melakukan kerja membuat seruan dan mencegah kemungkaran adalah kematian yang amat mulia dan tidak perlu dimalukan.
Dia jawab balik , "Sebagai org Islam, you tak terasa ke ? You buat kerja tuhan, lepas tu tuhan balas you dengan penyakit ? "
Aku jawab balik kat dia.
Apa nak dihairankan. Kita makhluk yang Allah cipta. Kita tak pernah buat kerja Allah sebab kita makhluk yang dicipta oleh Tuhan, kita bukan Tuhan. Kita hanya buat apa yang disuruh oleh Allah. Allah suruh manusia melakukan ibadah dan menjadi khalifah Allah. Allah lantik Nabi Muhammad SAW sebagai rasul. Jadi apa yang para dai'e buat adalah membuat kerja yang Rasul buat iaitu menyeru ke arah iman dan Islam. Itu kerja Rasul. Rasul adalah makhluk ciptaan Allah yang menjadi Tuhan untuk sekelian alam. Umat Islam yang beriman tak pernah buat kerja Allah dan tak layak buat kerja Allah. Mereka hanya menjalankan titah perintah Allah seperti yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah Rasul-NYA.
Itu bezanya fahaman Kristian dengan Islam. Islam meletakkan Nabi Isa AS sebagai seorang pesuruh Allah. Nabi ISA AS adalah manusia biasa. Jadi bila Nabi Isa AS menyeru untuk mengesakan Allah, itu adalah tanda Nabi Isa AS menjalankan suruhan Allah, bukannya membuat kerja Tuhan lalu dijadikan Tuhan oleh penganut Kristian.
Pengikut Kristian terpesong, mereka mengatakan mengajak orang masuk Kristian adalah kerja Tuhan sebab dia fikir Nabi Isa AS yang buat kerja tu. Sebab tu mereka promote orang masuk kristian dan sembah Jesus Christ.
Satu lagi, dalam Islam umat Islam dituntut untuk yakin Qadha & Qadar dari Allah. Setiap sesuatu yang berlaku adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah. Kalau penyakit yang kita dapat, itu maknanya Allah nak bagi kita pahala sabar dan redha. Bukan senang nak dapat pahala sabar dan redha. Terutama bila kena sakit, kemudian kita tahu usia kita tak panjang. Bukan senang kita nak tahu bila kita nak mati. Jadi gunakanlah masa tu untuk menghisab diri dan siapkan diri secukupnya sebelum mati. Ini merupakan nikmat Allah, bukannya bala dari Allah. Ini yang tidak di ajar dalam ajaran Kristian.
Sebab itu dalam Islam ada syarat-syarat untuk jadi Islam melalui rukun Islam. Ada juga syarat-syarat untuk mengesahkan iman melalui rukun iman. Senang bagi umat Islam untuk menjadikan dirinya umat yang mematuhi ajaran yang Allah wahyukan. Sebab ajaran Islam dipersembahkan dengan cara yang jelas dan mudah.
Nak jadi Kristian tak ada rukun-rukun cenggitu. Tak ada rukun-rukun nak jadi Kristian. Tak ada rukun untuk sahkan iman Kristian. Malah dalam Kristian tak diajar macam mana nak kenal Tuhan melalui nama Tuhan, perbuatan Tuhan, sifat Tuhan. Tak macam ajaran Islam, umat Islam diajar mengenal Allah melalui nama-nama Allah, melalui sifat yang wajib dan mustahil bagi Allah, melalui kejadian alam yang diciptakan Allah. Jadi umat Islam amat-amat kenal Tuhan berbanding orang Kristian.
Itu bezanya fahaman Kristian dengan Islam. Islam meletakkan Nabi Isa AS sebagai seorang pesuruh Allah. Nabi ISA AS adalah manusia biasa. Jadi bila Nabi Isa AS menyeru untuk mengesakan Allah, itu adalah tanda Nabi Isa AS menjalankan suruhan Allah, bukannya membuat kerja Tuhan lalu dijadikan Tuhan oleh penganut Kristian.
Pengikut Kristian terpesong, mereka mengatakan mengajak orang masuk Kristian adalah kerja Tuhan sebab dia fikir Nabi Isa AS yang buat kerja tu. Sebab tu mereka promote orang masuk kristian dan sembah Jesus Christ.
Satu lagi, dalam Islam umat Islam dituntut untuk yakin Qadha & Qadar dari Allah. Setiap sesuatu yang berlaku adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah. Kalau penyakit yang kita dapat, itu maknanya Allah nak bagi kita pahala sabar dan redha. Bukan senang nak dapat pahala sabar dan redha. Terutama bila kena sakit, kemudian kita tahu usia kita tak panjang. Bukan senang kita nak tahu bila kita nak mati. Jadi gunakanlah masa tu untuk menghisab diri dan siapkan diri secukupnya sebelum mati. Ini merupakan nikmat Allah, bukannya bala dari Allah. Ini yang tidak di ajar dalam ajaran Kristian.
Sebab itu dalam Islam ada syarat-syarat untuk jadi Islam melalui rukun Islam. Ada juga syarat-syarat untuk mengesahkan iman melalui rukun iman. Senang bagi umat Islam untuk menjadikan dirinya umat yang mematuhi ajaran yang Allah wahyukan. Sebab ajaran Islam dipersembahkan dengan cara yang jelas dan mudah.
Nak jadi Kristian tak ada rukun-rukun cenggitu. Tak ada rukun-rukun nak jadi Kristian. Tak ada rukun untuk sahkan iman Kristian. Malah dalam Kristian tak diajar macam mana nak kenal Tuhan melalui nama Tuhan, perbuatan Tuhan, sifat Tuhan. Tak macam ajaran Islam, umat Islam diajar mengenal Allah melalui nama-nama Allah, melalui sifat yang wajib dan mustahil bagi Allah, melalui kejadian alam yang diciptakan Allah. Jadi umat Islam amat-amat kenal Tuhan berbanding orang Kristian.
Jadi pegangan ajaran Kristian itu sendiri very fragile dan tidak akan mampu melahirkan prinsip yang baik. Kristian, semua depend on "APA KATA GEREJA". Malah antara satu gereja dengan satu gereja pun tak sama. Bible Kristian tidak dijadikan sumber hukum yang mutlak, sebaliknya Gereja yang menentukan hukum. Ini menyukarkan penganut Kristian itu sendiri. Akhirnya, penganut Kristian beramal ikut apa yang ada dalam akal fikiran mereka yang lemah. Hakikatnya, jiwa mereka kosong. Sebab itu missionarist Kristian, menKristiankan orang sebab imbuhan wang. Bukannya atas dasar ingin menegakkan hukum syariat Kristian. Sebab apa ? Sebab Kristian mana ada hukum syariat. Sebab itu, yang menjadi modal mereka untuk ajak orang murtad dan jadi Kristian ialah pergaulan SOSIAL tanpa batasan. Bukannya kebenaran.
Berbeza dengan Islam. Al Quran menjadi sumber hukum yang mutlak. Dan Al Quran hanya ada satu saja yang diwahyukan Allah melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW, tak seperti bible Kristian ada banyak versi . Antara satu versi dengan satu versi banyak percanggahan. Silalah rujuk kepada mana-mana Bible yang ada di dunia ini, tidak ada satu pun Bible yang menyatakan bahawa Isa anak kepada Maryam adalah Tuhan.Ini lah realiti dan inilah fakta yang menunjukkan Kristian bukanlah agama yang sebenar.
Mamat missionarist tu terkebil-kebil mendengar bebelan aku.
Aku berpaling dari dia, selepas membaca laporan Oncologist dalam folder pesakit, aku pun keluar dari bilik dia dan kembali ke bilik Cytotoxic Reconstitution Lab.
Subscribe to:
Posts (Atom)