Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Saturday, May 23, 2009

Rahsia Hantu (Edisi Histeria)



Anda pernah jumpa hantu ?

Anda takut hantu ?

Dalam Islam, kalau disebut aje pasal makhluk ghaib, maka orang yang beriman dan bertaqwa akan menggambarkan tentang jin, syaitan, iblis (sambil memohon perlindungan dengan Allah dari bencana dan godaan mereka) dan malaikat (sambil berdoa kepada Allah agar diberi izin agar berdampingan dengan makhluk yang kerjanya HANYA beribadah kepada Allah)

TETAPI ...

Di alam Melayu, bila disebut aje tentang makhluk ghaib, yang terlintas adalah hantu, jerangkung, bunian, toyol, pontianak, hantu raya, pocong, langsuir, jenglot, CEPLUS dan macam-macam lagi.



Begitulah mentaliti orang Melayu yang sebelum dimuliakan dengan iman dan Islam, berpegang kepada agama pagan yang memuja pokok, busut, batu dan lain-lain lagi.

Kedatangan Islam telah merobah MAJORITY cara hidup orang Melayu, tapi tidak dinafikan masih ada yang menganut agama pagan dengan memuja batu demi mendapat nombor ekor.

Kadang2 ... kita lihat seorang melayu yang mengaku Islam, tapi dia gi puja batu, dia main judi, dia tak solat, dia tak bayar zakat, dia minum arak, dia zina. .... kita jumpa dia dan kita cakap kat dia ... ENGKAU NI NAMA AJE MUSLIM, TAPI SEBENARNYA KAU NI KAFIR SEBAB KAU BUAT AMALAN ORANG KAFIR YANG TAK DI BUAT AMALAN OLEH ORANG ISLAM ..... aku jamin, dia mesti marah tahap gaban .... WALAU ... dia memang berjudi, berzina, tak solat, dan sebagainya.

Waktu aku di zaman kanak-kanak, aku pernah tanya arwah atok aku, .... "PONTIANAK NI ADA KE?" ... atok aku senyum jer ... kemudian dia kata ... "ADA YANG LEBIH BAHAYA DARI HANTU, IAITU ORANG YANG MELAKUKAN DOSA2 BESAR" ....aku termenung lama dengan jawapan atok aku.

Tapi bila aku fikir-fikir balik ..... memang betul kata atok aku.

Dulu di kampung ku, ada seorang ibu yang kematian anak lelakinya. Kemudian selepas dikebumikan si ibu terdengar suara anaknya menjerit2 minta tolong. Kemudian si ibu bercerita kepada atok aku, yang "arwah anak"nya setiap malam mengetuk pintu rumahnya sambil menangis dan meminta tolong. Lepas di "soal siasat" ibu tersebut, rupa-rupanya anak dia tu RAJA segala maksiat. Tak solat, main judi, minum arak, zina, derhaka kat mak ayah dia dan lain-lain lagi.

Lepas tu aku fikir-fikir balik .... orang lain mati gak, apesal tak jadi hantu macam anak ibu tua tadi ?


Kemudian aku terjumpa satu hadis (maaf aku tak ingat hadis tu bunyi camana) yang maksudnya lebih kurang .... ORANG YANG MELAKUKAN DOSA BESAR, BUMI TAK TERIMA JASAD DIA. ....bab dia kena belasah dan balun dengan malaikat waku di alam kubur tu, tak payah ler aku nak cakap.

Jadi aku buat kesimpulan, bila orang yang buat dosa besar ni mati, bila masuk aje kat dalam kubur dia akan terus disiksa. Bumi akan himpit jasad dia sampai jasad dia hancur. Kemudian bumi dah tak mahu terima jasad orang yang buat dosa yang berlambak2 ni, maka tu agaknya "jasad" dia yang dah berubah rupa fizikal merayau2 waktu malam jadi hantu (agak-agak aku ajelaa).... hehehehe

Aku nak senaraikan dosa2 besar yang tertulis dalam kitab seperti yang disebutkan oleh seorang ulamak ahlul bait iaitu Imam Jaafar as Sadiq antaranya :

1. Syirik
2. Berputus asa dari rahmat Allah
3. Merasa aman dari ancaman siksaan Allah
4. Derhaka kepada ibu bapa.
5. Membunuh
6. Menuduh wanita yang beriman berzina
7. Makan riba
8. Lari dari medan perang
9. Makan harta anak yatim
10. Berzina
11. Menymebunyikan persaksian
12. Bersumpah dengan sumpah palsu.
13. Khianat
14. Minum arak
15. Tak solat
16. Melanggar janji dan memutuskan silaturrahim.

Kemudian dalam satu kitab lagi menyusun dosa-dosa besar ni seperti berikut :

1. Syirik
2. Meninggalkan solat
3. Berzina
4. Minum arak
5. Berjudi
6. Derhaka kepada ibu bapa
7. Derhaka kepada suami


HAH ... kat sesapa yang ada buat dosa besar yang aku senaraikan ini, cepat2 TAUBAT. Kalau tak bila kau mati, kau akan kena belasah dalam kubur, lepas tu bumi tak terima jasad kau, dan jasad kau akan merayau jad hantu. hehehehe

Tak lama dulu kecoh di kampung Labu, ada pasangan kembar perempuan. Salah seorangnya berkahwin, tetapi bila suami dia tak ada di rumah, dia berzina dengan lelaki lain. Akhirnya dia membuntingkan anak zina. Suaminya tahu lalu bunuh isterinya yang curang. Suami tu kena tangkap. Kemudian kecoh kat Labu, perempuan yang kena bunuh tu jadi pontianak. Waktu aku & kawan ku, Budin berenti bersarapan kat sebuah gerai makan kat Labu, dia orang cerita pasal pontianak ni. Muka tukang cerita punyalerr real takut. Yang mendengar pun aku tengok, meremang bulu roma. Aku rasa bulu ketiak dia pun meremang gak.

Habis dia cerita aku menyampuk ...." Tak yah ler nak takut dengan "pontianak" tu. Memangler muka dia hodoh, gigi bertaring, lidah terjelir sebab dalam kubur tak ada Revlon, kemudian dia dah kena belasah oleh bumi. Memang ler rambut dia mengerbang, sebab dalam kubur tak ada sikat kuang3". .....

kemudian adalak sorang tu marah aku .. "Sedara jangan cakap besar. Ekau tak jumpo lagi"....

Aku jawab balik "Bukan cakap besar. Kalau jumpa pontianak, JANGAN lari. Sebaliknya marah pontianak tu balik.... "PADAN MUKA. DAH ADA LAKI MASIH CARI JANTAN LAIN. DAH ADA CARA HALAL, PERGI BUAT BENDA HARAM, BERZINA" ....... Perempuan lain ada gak mati kena bunuh, tak jadi pontianak pun ..... hehehehe

OK aku dah jauh melalut dari tajuk asal ni hehehehe

Kau orang tau tak, bila kita lahir ke dunia ni, kita dilahirkan bersama-sama jin pendamping ?

Hah ???? Tak tau ????

OK lerr bab jin pendamping ni aku akan cerita lain kali hehehe

Dari Kitab Permata Pemberian Yang Indah kali ini aku nak ceritakan pasal hantu/setan.

Aku mulakan dengan memperkenalkan BAPAK KEPADA SEGALA SETAN, iaitu IBLIS.

AZAZIL adalah salah satu dari malaikat ciptaan Allah. Azazil dijadikan dari api sedangkan malaikat dari cahaya. Azazil yang dijadikan dari api yang akhirnya memancarkan cahaya, maka Azazil telah dilantik menjadi penghulu kepada segala malaikat. Azazil juga adalah Tok Guru kepada segala malaikat. Azazil mengajar segala malaikat dalam tempoh 40 ribu tahun. Azazil-lah yang mengajar malaikat setelah ALLAH menciptakan malaikat dari cahaya. Sejak diciptakan, Azazil telah beribadah kepada Allah selama 80 ribu tahun. Tidak ada tempat di bumi ini yang tidak menjadi tempat sujud Azazil kepada Allah.

Suatu hari malaikat Israfil telah terbaca suratan di Loh Mahfuz, "Ada satu hamba yang beribadah selama 80 ribu tahun, tetapi disebabkan dia engkar kepada SATU suruhan Allah, maka Allah menolak segala ibadahnya dan Allah melaknatkan dia" Maka menangislah Israfil kerana takut "hamba" yang dimaksudkan adalah dirinya.

Para malaikat yang lain kehairanan bila melihat Israfil menangis. Bila ditanya, Israfil menceritakan pengalamannya melihat suratan di Loh Mahfuz, maka menangislah sekelian malaikat kerana takut merekalah yang menjadi "hamba yang derhaka" tersebut. Berkatalah malaikat, " Marilah kita bertemu Tuan Guru Azazil kerana doanya mustajab. Kita minta dia mendoakan keselamatan kita". Seluruh malaikat pergi bertemu Azazil. Mereka menceritakan pengalaman Israfil di Loh Mahfuz, dan meminta Azazil mendoakan keselamatan mereka. Lalu Azazil pun mendoakan keseluruhan malaikat :

YA ALAH , JANGANLAH ENGKAU MURKA TERHADAP MEREKA

Malangnya Azazil lupa untuk mendoakan dirinya. Sejurus selepas dia mendoakan keseluruhan malaikat, Azazil telah pergi menemui Allah dan berkata :

"Ya Rabbi !! Izinkan oleh mu untuk aku melaknat akan hamba mu yang derhaka itu"


Maka Azazil pun melaknat hamba tersebut tanpa disedari bahawa hamba itu adalah dirinya.

Ketika Allah memerintahkan segala makhluk untuk tunduk hormat kepada Nabi Adam AS, seluruh makhluk tunduk hormat KECUALI Azazil.

Azazil merasakan dirinya lebih mulia kerana diciptakan dari api, sedangkan Nabi Adam AS dicipta dari tanah yang kotor. Maka Allah melaknat Azazil dan mengubah nama Azazil kepada Iblis dan tertolak Iblis dari segala pintu rahmat Allah selama2nya.

Namun Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak Adam AS sehingga hari kiamat.

Dan itulah yang terjadi sejak Nabi Adam AS di syurga, kemudian dikeluarkan dari syurga turun ke bumi, kemudian sehinggalah zaman kita ini. Iblis dan kuncu-kuncunya tidak habis2 berusaha untuk menyesatkan anak2 Adam AS.

Iblis yang dibuat dari api, kemudian mencari jalan untuk melahirkan zuriat iblisnya agar senang menyesatkan umat manusia. Iblis mencari jin kafir betina yang juga dibuat dari api. Disetubuhinya, lalu melahirkan jin/setan. Maka jin/setan inilah yang menjadi musuh kepada umat Islam yang beriman.

Dalam kitab Permata pemberian Yang Indah ada disebutkan nama setan-setan yang dilahirkan dari keturunan Iblis serta tugasnya. Kitab tersebut memetik kata-kata Saidina Omar Al Khattab. Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa Omar Al Khattab adalah orang yang amat ditakuti oleh setan. Jalan yang dilalui oleh Saidina Omar Al Khattab, tidak akan dilalui oleh setan.

Antara setan2 yang tertulis dalam kitab tersebut serta yang disebut oleh Saidina Omar Al Khattab ialah :

1. Tsabar : kerjanya mendekati orang yang ditimpa musibah, kemudian menghasud orang tersebut untuk menyalahkan ketentuan (takdir) Allah. Orang yang menerima bisikan dan godaan Tsabar, akan melakukan maksiat dan dosa atas alasan "NAK RELEASE TENSION" apabila ditimpa musibah.Sebab itu kadang2 kita boleh lihat, pasangan suami isteri atau pasangan kekasih. Apabila ditimpa musibah, suami atau isteri atau pasangan kekasih tersebut berlaku CURANG pada pasangannya. Banyak kita lihat. Aku sendiri pernah terbabit dalam satu tangkapan khalwat yang melibatkan isteri VVIP. Bila ditanya mengapa si isteri berlaku curang pada suaminya ? Isteri menjawab, suaminya lambat datang menjemputnya shopping, lalu ditelefon "teman lelakinya" lalu berlakulah perzinaan di sebuah hotel terkemuka. Musibahnya HANYA lewat dijemput oleh Tan Sri untuk bershopping. Astaghfirullahalazim.

2. Dasim : tugasnya memporak-perandakan isi rumah. Tak kiralah rumah orang dah kahwen ke atau rumah orang bujang. kalau dia kacau rumah orang dah kahwen, rumahtangga yang dibina sampai suami & isteri bercerai-berai. Kalau dia kacau rumah orang bujang, seisi rumah tu boleh gaduh dan berselisih faham. Macam-macam dibuatnya oleh si Dasim. Tempat dia paling suka lepak ialah kat pintu rumah. Dasim akan menyuburkan rasa cemburu buta, curiga dan perasaan benci dalam hati suami dan isteri. Maka berlakulah krisis rumahtangga yang akhirnya membawa perceraian. Robohlah masjid yang dibina. Maka tertawalah setan dan iblis. Jadi sebelum masuk ke rumah, BERILAH SALAM, walau pun rumah tersebut tak ada orang. Sebab malaikat rahmat dan jin Islam akan menjawab salam ko orang.

3. Al A'war : bertanggungjawab menyuburkan perzinaan. Ia menjadikan kemaluan wanita nampak indah lebih2 lagi apabila wanita itu mendedahkan aurat ATAU wanita yang menutup aurat tetapi tidak pandai menjaga akhlak dan maruah diri. Al Awar mampu memasuki mimpi seseorang untuk merangsang nafsu seseorang agar melakukan perzinaan. Pernah berlaku Al Awar memasuki mimpi seorang wanita dan menyebabkan wanita tersebut bermimpi sedang bersetubuh dengan kekasihnya, kemudian Al Awar memasuki mimpi kekasih wanita tersebut dan menampakkan seluruh tubuh wanita tersebut tanpa seurat benang agar wanita dan kekasihnya terjebak dalam perzinaan. Al A'war cukup suka berada di dalam rumah yang memiliki bahan2 lucah yang boleh menjurus kepada perzinaan. HAH ... ko orang yang ada simpan VCD atau DVD Chua Soi Lek atau seumpamanya (Wan Nor Azlin, Peramugara Terlampau) etc. Kat penyimpan VCD 18SX ni, AKU JAMIN, antara benda yang bertenggek kat bumbung dapur rumah ko orang tu adalah Al Awar kuang3

4. Maswath : Setan ni di train oleh Iblis untuk menggoda orang agar buat pendustaan. Orang yang termakan godaan Maswath akan reka pelbagai cerita kelentong dan menabur fitnah agar masyarakat rosak dan bergaduh. Orang yang menjadikan bisikan Maswath inilah yang menjadi punca perselisihan dan pergaduhan sesama kawan2. Kawan jadi lawan etc.

5. Masuud : Iblis train setan ni untuk bersosial. Masuud ni akan lepak kat tepi mulut orang agar orang tu akan selalu buat kelentong, buat fitnah, buat gossip. Masuud ni akan bisikkan ke dalam hati orang yang berhubung dengan masyarakat agar KHIANAT kepada amanah yang masyarakat harapkan dari dirinya. Masuud juga akan membisikkan agar timbul perasaan hasad dengki sesama manusia. Tak boleh tengok orang dapat nikmat, yang tak dapat nikmat ada aje yang nak di songelkan.

6. Zalituun : Iblis train setan ni untuk membisikkan dihati manusia agar membazir. Dia selalu lepak kat pasar/kedai/hypermarket. Kalau dia dah goda manusia, manusia akan berbelanja atas perkara yang TIDAK diperlukan.

7. Wathiin : Tugas dia lebih kurang tugas Tsabar, cuma cara dia menyesatkan orang lagi kaw kaw dari Tsabar. Wathiin akan menghasud orang yang ditimpa musibah agar terus keluar dari jalan iman dan Islam iaitu menjadi kafir. Kalau Tsabar membisikkan orang yang ditimpa musibah agar menyalahkan takdir Allah, lalu mendorong mangsanya melakukan maksiat seperti zina, curang dan sebagainya. Tugasnya disambung pula oleh Wathiin agar mangsanya terus kufur dan murtad sama ada disedari atau tidak kerana menyalahkan takdir Allah.

8. A'awan : Iblis train dia agar menghasud golongan pemimpin. Tak kiralah sama ada Manager ke, HOU ke, Line leader ke atau apa saja. A'awan akan menghasud golongan boss2 agar eksyen tahap gaban dengan orang bawahan. Boss2 akan rasa syok dan perasan best dengan kedudukannya sampai lupa menjaga kebajikan orang bawahan. Lantas boss2 akan berlaku zalim dengan orang bawahan.

9. Haffaf : Inilah member kamceng kaki minum arak dan judi. Orang yang suka minum arak dan berjudi, Haffaf akan bertenggek atas kepala dia dan Haffaf akan membisikkan pelbagai alasan di hati orang tu untuk terus minum arak dan berjudi. Minum arak untuk enjoy dan lupakan masalah yang dihadapi. Main judi untuk jadi kaya dan bayar hutang.

10. Murrah : Iblis train setan ini agar menjadikan orang syok giler dengan muzik. Bila syok giler dengan muzik, tu yang sanggup buat apa saja untuk dapat kahwen dengan artis kuang3. Sanggup buat apa saja agar jadi celebrity atau sanggup buat apa saja asal dapat lepak dengan celebrity. Rasa diri glamour. Kalau nak cari suami, suami kena pandai karaoke, bukannya pandai mengaji Quran. Lepas tu bila dah kahwen dengan celebrity, lalu timbul krisis sebab kahwen atas dasar nafsu bukannya atas dasar iman. Lalu bercerai. Ketawalah iblis.

11. Walahaan : kerja dia ialah untuk timbulkan rasa was was khususnya dalam berwudhuk dan solat. Kadang-kadang dalam soal urusan hidup dan perhubungan pun Walahaan akan meniupkan rasa was-was. Contohnya, katakanlah ko orang ada awekz/balakz dan ko orang plan nak bertunang, tapi Walahaan yang tak mahu lihat wujudnya rumahtangga Islam akan menghalang berlakunya pernikahan yang HALAL. Ditiupnya rasa was was dalam hati awekz/ balakz tu lalu timbullah rasa curiga, tidak yakin, tak setia kepada pasangannya. Lalu berlakulah kecurangan. Awekz/balakz dalam diam mencari orang lain. Kemudian setelah awekz/balakz mengetahui dirinya dicurangi, timbul krisis, putuslah perhubungan dan terbengkalai proses pernikahan yang diibaratkan bagai membina masjid.

12. Lakhuus : Iblis ni menjadikan setan ni member kamceng orang Majusi yang menyembah api. Tapi dia juga berperanan untuk menyesatkan orang dengan membisikkan keraguan kepada kekuasaan Allah. Dia bisikkan dalam hati agar menyembah selain Allah. Contohnya, dibisikkan agar orang memuja batu agar dapat nombor ekor secara tak langsung menafikan kekuasaan Allah. Inilah tugas Lakhuus

13. Ummu As Syibyan : Iblis train setan ni untuk mengganggu dan memberi mudarat kepada kanak2 khususnya bayi yang baru lahir. Sebab itu kadang2 kanak2 atau baby akan meraung sebaik aje maghrib menjelma. Sebab Ummu As Syibyan tengah menyakat dia. Kadang2 sampai kol 3pagi mak & ayah tak dapat tidur sebab anak dia menangis meraung. Lebih malang anak/baby nya jadi public toilet Ummu As Syibyan. Ummu As Syibyan kencing, berak dan ludahkan baby dia. Sebab itu dalam Islam, bila menyambut kelahiran bayi, disunatkan untuk azan ke telinga kanan bayi, di qamatkan di telinga kiri bayi, kemudian dibacakan Surah Al Qadr dan Surah Al Ikhlas ke telinga bayi. Ini adalah sebagai pendinding bayi tersebut dari terkena gangguan Ummu As Syibyan.

Kadang2, setan2 ni melakukan kerja secara berjemaah bukan sendirian.

Sebagai contoh.

Dasim tugasnya untuk memporakperandakan isi rumah. Tsabar dan Wathiin lak tugasnya menjadikan orang melakukan maksiat bila ditimpa musibah lalu menjadi kufur kepada Allah. Tsabar, Wathiin dan Dasim lepak kat sebuah rumah bujang. Kebetulan ada orang yang nak kahwen sedang bertunang, maka setan2 ni curi dan sembunyikan cincin tunang (inikan sejenis musibah). Kemudian Tsabar dan Wathin akan membisikkan ... "Isshhh aku dah bertunang, tapi cincin tunang aku hilang. Ini alamat tak baik ni" ..... kendian Dasim akan menjalankan peranannya agar seisi rumah rasa risau, tak aman lalu berlaku tekanan dan berkrisis.

Begitulah yang aku ingat cerita dari arwah atok aku berdasarkan kitab Permata Pemberian Yang Indah.

Jadi kalau ko orang bawak cerita hantu jerangkung ke, hantu pontianak ke, jenglot ke ..... TAK YAH lerrr ko orang takut tu semua sebab tu semua mainan dan bisikan dari ke-13 setan yang aku sebutkan tadi.

Elok kita sibukkan diri dengan menguatkan iman agar kita tidak menjadi mangsa tipu daya dan godaan ke-13 setan tu.

Kegagalan kita menguatkan iman, menyebabkan kita sentiasa diekori dan tubuh kita ditumpangi oleh setan2 ni. Lalu mereka akan membisikkan perkara-perkara yang menyebabkan kita lupa akan keagungan ALLAH dan tanggungjawab kita untuk menjadi hamba ALLAH.

Sama2 fikirkan

Madrasah Darus Syifa, Repah
21 january 2008
12.30 tengahmalam

Panduan Melahirkan Zuriat Perjuangan


Dalam melahirkan generasi perjuangan yang mencintai Allah, bukan semudah melafazkan akad nikah tatkala diijabkabul oleh tok kadi. Arwah Tok aku pernah berpesan. Dalam melahirkan zuriat perjuangan, ianya bermula dari sebelum si ayah dan si ibu diijabkabulkan.

Antara kaedah yang dilakukan oleh orang dizaman salafussoleh dalam melahirkan zuriat perjuangan yang bakal menyambung lidah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :





1. Menjaga keturunan.

Firman Allah SWT :

"Jikalau ada penduduk kampung yang beriman dan bertaqwa, maka akan dibukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi" ( Al A'araf : 96 )

Anak keturunan zina amat payah dididik untuk menerajui sesuatu perjuangan. Sebab itu anak keturunan zina tidak ada yang menjadi Rasul, Nabi atau pun waliyullah. Malah anak zina juga tidak berhak diwalikan oleh lelaki yang menjadi benih kepada kelahirannya dan tidak berhak menerima harta pesaka lelaki tersebut. Bukanlah bermakna kita ingin menanamkan kebencian kepada keturunan zina. Tetapi begitulah hukum yang termaktub dalam Islam.

Ini juga tidak bermakna orang yang berketurunan mujahid atau ulamak mampu meneraju sesuatu perjuangan. Ini disebabkan iman itu bukan sesuatu yang boleh di warisi dan dipesakai. Sejarah membuktikan, Sultan Muhammad Al Fateh yang menjadi wira empayar Osmaniah dihina oleh keturunannya sendiri yang juga berdarah Osmaniah. Sewaktu Italy menjajah Libya, keturunan Turki Osmaniah melarikan diri dari medan jihad dan berlindung dan hidup mewah dibawah panji Wahabi di Saudi meninggalkan Gerakan Sanussi pimpinan Omar Mokhtar bersendirian menghadapi tentangan tentera kafir musyrik Italy. Mereka melarikan diri ke tempat yang mampu menjamin kehidupan dan kemewahan peribadi mereka. Ada juga keturunan yang berhati dayus ini melarikan diri ke bumi Malaya.

Sejauhmana kelayakan sesuatu keturunan untuk meneraju perjuangan ialah sejauh mana berkesan dan sistematiknya proses ta'alim dan tarbiyah yang dilakukan ke atasnya oleh penjaga atau murabbinya. Sejarah juga membuktikan bahawa keturunan yang baik andainya dididik dengan ta'alim dan tarbiyah oleh para murabbi dengan betul mampu melahirkan manusia yang hidup untuk syahid sebagaimana lahirnya Sultan Muhammad Al Fateh dari benih Sultan Murad. Sebagaimana lahirnya Syeikh Abdul Kadir Jailani dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dan Fatimah binti Abdullah Saumi.

Terjadinya anak zina bukan sahaja disebabkan bersekedudukan tanpa nikah, tetapi juga terjadi disebabkan pernikahan yang rosak dan cacat. Nikah menjadi rosak apabila wali nikah dan saksi terdiri dari orang yang fasiq dan perjalanan majlis walimah dipenuhi dengan kemungkaran.

Maka dalam membentuk generasi perjuangan, maka pernikahan hendaklah dilakukan dengan mematuhi syariat.

2. Memilih Pasangan

Percantuman antara satu benih pokok yang baik dengan satu lagi benih pokok yang baik akan menghasilkan pokok cantuman baka bermutu tinggi. Begitulah juga dalam perjuangan. Percantuman benih dari satu keturunan yang baik dengan satu lagi keturunan yang baik, akan melahirkan zuriat keturunan yang lebih baik.

Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama. Yang diutamakan ialah agamanya.

Nabi Muhammad SAW lahir dari percantuman benih Abdullah bin Abdul Mutallib yang amat mulia akhlaknya serta berwibawa dengan benih Aminah yang mulia dan terpelihara maruahnya. Nabi Ismail AS terhasil dari benih Nabi Ibrahim AS yang bersifat kholilullah dengan Siti Hajar seorang wanita soleha yang mentaati suaminya dan sanggup berkorban agar ditinggalkan bersama bayinya di bumi gersang Mekah demi tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Abu Salleh Janghidost yang berketurunan Imam Hassan ketika bermusafir, telah termakan sebiji buah yang ditemuinya. Atas rasa bersalah dan ingin minta dihalalkan dari pemilik buah tersebut. Abu Salleh Janghidost sanggup menjadi pekerja kepada Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin selama 12 tahun dan mengahwini anak gadis Abdullah Saumi yang buta matanya, pekak telinganya, bisu lidahnya, kudung tangan dan kakinya. Setelah diakad nikah, ternyata anak gadis bernama Fatimah Binti Abdullah Saumi hanyalah buta dari penglihatan maksiat, pekak dari pendengaran maksiat, bisu dari membicarakan maksiat dan kudung tangan dan kaki dalam melakukan maksiat. Maka lahirlah Syeikh Abdul Kadir Jailani yang menjadi Qutubul Auliya dari percantuman benis Abu Salleh dan Fatimah.

Omar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah mengamalkan berjalan malam untuk melihat kondisi rakyatnya. Satu malam dia terdengar dialog antara seorang ibu tua bersama anak gadisnya yang juga bernama Fatimah. Fatimah dinikahkan dengan anak Saidina Omar Al Khattab kerana Fatimah melarang ibunya mencampurkan air dalam susu untuk jualan, kerana ianya adalah menjadi satu kesalahan walau pun Khalifah Omar tidak melihatnya kerana Allah masih melihat. Dari zuriat anak Saidina Omar dan Fatimah ini maka lahir Omar Bin Abd Aziz, cicit kepada Saidina Omar Al Khattab.

3. Memasang Niat

Memasang niat untuk memperolehi anak yang beriman dan bertaqwa ketika mula mendirikan rumahtangga dan disusul pada setiap kali berjimak. Lakukan hubungan suami dan isteri dalam keadaan hati yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah SWT, bukan semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu. Jaga adab-adab berjimak terutama membaca doa jimak { Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan hindarkanlah syaitan dalam apa yang engkau rezekikan kepada kami } agar terhindar dari campur tangan syaitan.

Niat untuk beroleh zuriat yang beriman dan bertaqwa boleh dikuatkan dengan doa dan nazar. Niat yang disusuli dengan doa dan nazar memberi pengaruh yang besar dan kuat dalam pembentukan jiwa dan roh zuriat yang bakal dilahirkan. Firman Allah SWT :

Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa. ( Al Furqaan : 74 )

Nabi Zakaria AS berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang mampu menyambung perjuangannya. Allah nukilkan doa Nabi Zakaria AS dalam Al Quran :

Ya Tuhan ku, berilah aku di sisi ENGKAU seorang anak yang baik. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar ( Al Imran : 38 )

( Ia Berkata ) "Ya Tuhan ku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepala ku dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhan ku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mewaliku ( orang yang menyambung perjuangan) sepeninggalanku, sedangkan isteri ku seorang yang mandul, amaka nugerahilah aku disisi Mu seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dab jadikanlah ia Ya Tuhanku seorang yang diredhai. ( Maryam : 4 - 6 )

Dan bernazarlah sebagaimana isteri Imran. Nazar ialah menunaikan janji apa bila niat terkabul. Setelah nazarnya terkabul, maka isteri Imran menyerahkan anaknya Maryam untuk berkhidmat untuk semata-mata beribadah kepada Allah SWT.

Ingatlah ketika isteri Imran berkata " Ya Tuhanku sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat 9 di Baitul Maqdis), kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Ali imran : 35 )

Inilah peranan Niat, doa dan nazar dalam membentuk jiwa perjuangan zuriat yang bakal di lahirkan. Agar nantinya kelahiran zuriat itu memberi manfaat kepada sekelian alam. Sabda Rasulullah SAW :

Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Niat, doa dan nazar hendaklah dikekalkan setelah kelahiran zuriat, sebagaimana berdoanya Nabi Ibrahim AS

Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata " Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan cucu ku daripada menyembah berhala. (Ibrahim : 35 )

Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. ( Ibrahim : 40)

Ternyata niat sambil disusuli doa dan nazar merupakan amalan orang yang muqarrabin. Jika golongan muqarrabin pun berniat, berdoa dan bernazar dalam melahirkan zuriat yang beriman dan bertaqwa, lebih-lebih lagilah orang awam yang banyak dosa seperti kita, jika inginkan zuriat yang beriman dan bertaqwa memang sewajarnya kita melakukan niat, berdoa dan bernazar dengan sungguh-sungguh.

4. Memberi Ta'alim dan tarbiyah

Dalam menyambut kelahiran zuriat, sambil mengekalkan niat, doa dan nazar, usaha lahiriah perlu disusul.

a. Tarbiah di dalam kandungan
Pengalaman dan perasaan ibu perlu dikawal sewaktu hamil, kerana ianya memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan sikap, akal dan jiwa si anak. Ketenangan jiwa ibu yang sedang mengandung membantu pembentukan ketenangan jiwa pada si anak. Bagaimana ingin mendapat ketenangan ? Ialah dengan mengingati Allah SWT. Ingatilah Allah melalui zikir, pembacaan Al Quran dan ibadah-ibadah sunat yang lain.

Kepatuhan Nabi Ismail AS untuk dikorbankan oleh Nabi Ibrahim AS lahir dari ketabahan Siti Hajar yang sanggup ditinggalkan di bumi gersang Mekah kerana perintah Allah SWT.

Begitu juga halnya dengan si bapa. Aktivitinya juga mempengaruhi pembentukan jiwa anak di dalam kandungan. Watak yang ditonjolkan oleh Muhammad Al Fateh adalah disebabkan pengaruh roh jihad dan roh sufi ayahnya Sultan Murad. Maka lahirlah Sultan Muhammad Al Fateh yang sewaktu berusia 13 tahun sudah merancang untuk menumbangkan Kota Konstantinopel.

Malangnya, kini tidak ramai keturunan Turki Osmaniah yang mewarisi roh jihad dan sufi Muhammad Al Fateh. Ada yang sehingga sanggup mendayuskan diri menipu isteri tua untuk beristeri muda. Saya yakin mereka ini tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Muhammad Al Fateh. Sebaliknya mereka ini mungkin keturunan hamba sahaya atau keturunan penjenayah di era Turki Osmaniah, maka tidak hairanlah mereka ini bersifat bacul dan dayus.

Proses tarbiah di dalam kandungan akan berterusan sehinggalah tempoh kelahiran ke dunia nyata. Susah atau senang dalam kelahiran menggambarkan peribadi yang dilahirkan. Aminah, ibunda kepada junjungan besar SAW tidak pernah merasa kepayahan sewaktu melahirkan manusia termulia ini. Begitu juga Maryam yang melahirkan Isa AS tidak merasa kesukaran dan kepayahan sewaktu melahirkan. Begitu juga Khadijah yang melahirkan Fatimah Az Zahra.

b. Tarbiah di luar kandungan

Sabda Rasulullah SAW :

Awal-awal agama mengenal Allah

Tiap-tiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah ( suci bersih ), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi ( Bukhari dan Muslim )

Tunaikanlah hak ke atas bayi yang dilahirkan. Berikan nama yang baik. Di aqiqahkan, dicukur rambutnya dan dididik dengan ayat-ayat Al Quran, selawat serta zikir terutama sewaktu didodoikan. Ingatlah kata-kata bidalan bahawa tangan yang menghayun buaian itu yang bakal menggemparkan dunia. Andainya dodoian yang menjurus kepada ketaqwaan, maka anak itu nanti bakal menggemparkan dunia sebagai mujahid yang sejati. Andainya dodoian yang menjurus kepada kemungkaran, maka dunia akan digemparkan dengan maksiat dan fasad yang dilakukan oleh anak itu.

Kawal alam persekitaran dan rakan-rakan anak-anak untuk membentuk fizikal, akal dan jiwa anak-anak agar mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Wujudkan alam sekiling mereka dengan suasana majlis ilmu, muzakarah dan zikrullah. Susun program agar sentiasa berlangsung majlis zikir, ta'alim dan muzakarah di rumah agar fizikal, akal dan jiwa anak ini sebati dengan majlis di taman syurga. Walaupun anak-anak kurang memahami, tetapi suasana yang wujud dapat mencorak pemikiran dan jiwa anak-anak. Anak-anak yang tidak terdedah dan ditarbiyah dengan suasana majlis ilmu, apabila dewasa akan biadap dan kurang ajar sewaktu majlis ilmu berlangsung. Maka tidak hairan kita boleh melihat kini bahawa amat ramai orang yang mengaku cintakan Islam, tetapi berlaku biadap sewaktu majlis ilmu berlangsung.

Hidangkan anak-anak dengan kisah-kisah orang dizaman salafussoleh. Tonjolkan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai wira yang sebenar dan bukannya watak-watak kartun ciptaan barat dan kuffar seperti ditayangkan di media massa. Bentuk akal dan jiwanya dengan bercerita. Kerana cerita-cerita tersebut akan meresap masuk ke dalam akal dan jiwa justeru menjadi azam dan cita-cita si anak untuk menjadi seperti tokoh dan watak utama dalam cerita tersebut.

5. Menjaga Makanan

Jagalah pemakanan anak-anak dari perkara yang haram, makruh mahupun syubahah. Makanan yang haram menjadi hijab kepada hati. Makanan yang makruh tempat kebencian Allah. Yang syubahah pula menghampiri perkara yang haram. Ketiga-tiganya menjadi penghalang bagi hati untuk bertaqarrub dan bermusyahadah kepada Allah SWT. Bila hati terhijab, tidak ada tempat untuk iman bertapak.

Ibu Imam Syafie, pernah menjolok tekak anaknya kerana meminum susu yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Omar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah pernah merampas buah milik Baitul Mal dari tangan anaknya yang kelaparan kerana merasakan sebagai seorang khalifah HARAM bagi dirinya dan keluarganya mengambil hak rakyat. Abu Bakar memuntahkan semula susu yang diminum kerana susu itu dibeli menggunakan wang zakat.

6. Menyerahkan Anak kepada Murabbi

Murabbi adalah guru yang mentarbiyah kehidupan duniawi dan yang paling penting mentarbiyah kehidupan ukhrawi. Guru hanya boleh memberi ilmu. Ilmu yang diberi belum tentu mampu diamalkan oleh si murid. Di sini letaknya peranan murabbi. Untuk membimbing dan mentarbiyah murid untuk beramal dengan ilmu yang diperolehi, sama ada dari guru atau pun dari murabbi itu sendiri.

Bai'ah antara murid dengan murabbi adalah langkah pertama, sebagaimana ditunjukkan oleh Jibrail dan Rasulullah SAW kepada Saidina Omar Al Khattab dan sahabat yang lain sewaktu Jibrail menyampaikan ilmu tentang Iman, Islam dan Ihsan. Dalam pembai'ahan tangan berjabat mesra, lutut bertemu lutut dan antara hati mekar rasa kasih sayang antara murid dan murabbinya. Ianya adalah suatu simbolik pautan hati antara murabbi dan muridnya, yang memeterai suatu perjanjian bahawa murabbi akan berusaha sepenuh jiwa untuk mentarbiyah muridnya dengan penuh keikhlasan dan muridnya akan sepenuh jiwa menerima ilmu dan beramal dengan murabbinya demi menegakkan hukum-hakam Allah di muka bumi. Murabbi menyalurkan ilmu dan membimbing untuk beramal dengan ikhlas. Murid menerima ilmu dan rela dibimbing dengan ikhlas. Maka terzahirlah manusia-manusia yang mengabdikan diri kepada Allah dan berlumba-lumba menjadi khalifah Allah untuk mentadbir alam ini dengan hukum yang telah disyariatkan Allah SWT.

Demi menjaga rantaian barokah, maka murid akan menyebut nama murabbinya sewaktu menyampaikan ilmu kepada keluarga, sahabat atau masyarakatnya. Sebagaimana murabbi akan menyebut nama gurunya kepada si murid sewaktu berta'alim dan mentarbiyah. Guru murabbi pula akan menyebut nama gurunya kepada murabbi sewaktu murabbi menjadi muridnya. Dan begitulah rantaian rawi ilmu guru-guru atau murabbi sehinggalah ianya bersambung kepada tabiin kemudian bersambung kepada sahabat dan seterusnya kepada Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW dididik sendiri oleh Allah SWT. Begitulah rantaian ilmu yang berkat yang memudahkan murid untuk beramal, bagaikan rantaian perawi hadis yang meriwayatkan hadis yang akhirnya bersambung kepada Rasulullah SAW.

Maka tidak hairanlah, Imam Asy Syafie sering menyebut nama gurunya, Imam Malik dalam tarbiyah kepada muridnya. Muhammad Al Fateh menyebut nama gurunya, Shiekh Shamsudin Wali kepada tenteranya.

Organisasi Syarikat VS Organisasi Perjuangan


Saya yakin, rata-rata diantara kita pernah mendengar atau terbaca ungkapan berikut :

"Perjuangan yang haq, tetapi tidak bersistem, akan ditewaskan oleh perjuangan yang bathil yang mempunyai sistem"

Jika kita sorot sejenak dalam kehidupan sehari-hari. Kita boleh lihat, perjuangan yang bertemakan maksiat dan mungkar sering mendapat tempat di tengah masyarakat. Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita sering melihat gaya hidup yang bertentangan syariat mendapat tempat di hati masyarakat berbanding gaya hidup muslim. Mengapakah terjadi demikian ?





Jawapannya, ayuh kita intai sejenak satu contoh. Ayoh kita kaji struktur organisasi sesebuah syarikat. Kemudian kita cuba bandingkan dengan realiti yang ada. Semoga kita mampu menimba pengajaran dan iktibar darinya.

Secara amnya, dalam struktur sesebuah organisasi syarikat terdapat 3 lapisan struktur dalam organisasinya. Pertama Jemaah Lembaga Pengarah. Kedua Team Pengurusan. Ketiga Group-group Teknokrat (kakitangan).

Jemaah atau Lembaga Pengarah merupakan lapisan struktur yang membuat dasar syarikat. Segala polisi, target jualan dan keuntungan ditetapkan oleh mereka.

Team Pengurusan pula membuat perancangan dan strategi, untuk mencapai target syarikat di samping mengekalkan polisi dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan. Mereka akan develop atau membangunkan metode atau uslub ke arah mencapai matlamat syarikat. Metode/uslub ini akan dianalisa dari masa ke semasa, sejauhmana keberkesanannya.

Group-group teknokrat atau kakitangan pula bertanggungjawab melaksanakan metode/uslub yang telah digubal oleh Team Pengurusan. Sejauhmana mereka cekap memahami, menggunakan kreativiti mereka untuk melaksanakan uslub tersebut, menentukan kecepatan, ketepatan dan juga kadar kejayaan.

Mari kita lihat di dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan ini, kita suda punya Dasar dan untuk mewujudkan Lembaga Jemaah tidak perlu. Allah SWT telah pun membuat dasar. Dasar-dasar tersebut terkandung di dalam AL Quran dan disampaikan juga secara terperinci oleh sunnah Rasulullah SAW. Bukankah kerja perjuangan kita sudah mudah ? Kita tidak perlu memerah otak demi mencipta sesuatu dasar dan matlamat, kerana apa yang telah dihidangkan oleh Allah melalui firman Nya di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, merupakan suatu dasar yang menjamin matlamat keselamatan dan kesejahteraan didunia dan akhirat.

Dasar-dasar dan matlamat yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, diterjemahkan pula oleh para ulama Mujtahidin. Mereka inilah yang bertindak sebagai Team Pengurusan yang membangunkan metode/uslub perjuangan, agar tidak lari dari dasar dan matlamat perjuangan yang telah digariskan oleh pembuat dasar iaitu Allah Rabbul Alamin.

Setelah metode/uslub ini disediakan, terpulanglah kepada diri kita yang menjadi mujahid/mujahidah untuk melaksanakan metode/uslub perjuangan. Nah !!! Mudah bukan.

Inilah sistem yang perlu kita sedari, fahami, yakini dan amalkan untuk berjuang secara bernizam, secara sistematik, secara bijak. Kerana perjuangan ini bukan untuk orang diluar sana ashaja, tetapi ianya lebih khusus buat diri kita sendiri. Seterusnya kepada keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan akhirnya masyarakat.

Yang menyebabkan sistem perjuangan kita gagal, ialah apabila kita menafikan keupayaan ulamak Mujtahidin dalam membangunkan metode/uslub perjuangan. Sebaliknya kita menceduk metode/uslub musuh-musuh Islam di dalam perjuangan kita. Mana mungkin kita ingin memperjuangkan suatu dasar yang pasti menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat, yang digubal sendiri oleh Allah dan Rasulullah SAW, menggunakan metode/uslub musuh Islam yang memang ingin melihat Islam itu hancur lebur ?

Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, May 20, 2009

Pengertian Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 3


Setelah seseorang mempelajari syariat, serta mengamalkan hukum syariat bersungguh-sungguh dalam setiap aspek kehidupan ( atau dalam erti kata lain dia telah bersyariat dan bertarikat ). Maka Allah akan campakkan ke dalam dirinya rasa kehambaan dan rasa kesyukuran ke dalam dirinya.Mereka rasa lazat dalam beribadah dan merasa azab dalam melakukan dosa dan kemungkaran

Firman Allah : Hanyasanya orang mukmin yang sebenar itu, apabila disebut sahaja nama Allah, gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Tuhan mereka (Allah) sahajalah mereka menyerah diri.” Al Anfal : 2.



Inilah yang dinamakan HAKIKAT. Hakikat ialah gerak rasa hati yang Allah campakkan ke dalam hati hambanya yang bersungguh-sungguh bersyariat dan mengamalkan syariat ( bertarikat ). Allah akan hapuskan sifat mazmumah (sifat hati yang terkeji) dalam hatinya dan Allah gantikan dengan sifat mahmudah (sifat hati yang terpuji ). Hakikat ini bukan ilmu yang boleh dipelajari, tetapi ianya anugerah Allah ke atas hamba NYA yang bersungguh-sungguh mempelajari, memahami, meyakini ilmu syariat secara ilmiah.serta melaksanakan hukum-hakam NYA (bersyariat dan bertarikat).

Bersesuaian dengan firman Allah : “Orang-orang yang bermujahadah pada jalan KAMI, KAMI tunjukkan jalan KAMI, Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang baik” Al Ankabut : 69.

Maka akan lahirlah manusia yang hatinya terpaut kecintaan kepada Allah. Manusia yang apabila disebut nama Allah, maka akan gementarlah seluruh jasad dan rohaninya. Akan lahirlah manusia yang memenuhi tuntutan konsep ibadah secara global yang mampu melaksanakan konsep ibadah menurut Islam yang merangkumi ibadah Asas, ibadah fadailul a’mal ( yang terkandung didalamnya amalan fardhu kifayah ) dan ibadah yang umum. Akan lahirlah manusia yang cantik dan anggun akhlaknya sebagaimana memenuhi tuntutan perutusan Rasul ke mukabumi untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Ingin diulangi bahawa hakikat adalah perasaan rasa hati yang telah Allah campakkan kepada hamba NYA yang berusaha gigih untuk mendekatkan diri kepada NYA.Allah hapuskan sifat mazmumah dan Allah gantikan dengan sifat mahmudah. Maka lahirlah dan hiduplah manusia itu dengan keadaan yang tenang dan berkhlak mulia, Inilah buah kepada pengamalan syariat. Inilah buah kepada iman & dan ibadah kepada Allah. Akhlak terpuji seperti sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”.

Dalam ertikata lain, hakikat adalah buah dari syariat dan tarikat. Atau lebih tepat, hakikat adalah buah kepada pengabdian diri kepada Allah. Allah hapuskan sifat mazmumah dalam dirinya dan Allah gantikan dengan sifat mahmudah. Agar seseorang itu merindui saat beribadah bersama Allah. Dalam erti kata lain, hakikat adalah buah kepada ibadah. Hakikat adalah hasil seseorang beribadah kepada Allah dengan kesungguhan hati. Ianya adalah anugerah Allah SWT. Maka akan lahir rasa takut kepada Allah, rasa tawakal dengan Allah, rasa harap kepada Allah, dan setiap amal perbuatan, perkataan dan gerak hati mereka sentiasa di pautkan kepada Allah. Setiap kejadian dan penciptaan alam dihubungkaitkan dengan kekuasaan dan keagungan Allah bagi menambah keimanan kepada Allah. Setiap kejadian musibah dan bala juga dihubungkaitkan dengan kekuasaan Allah dan kelemahan manusia sebagai makhluk bagi menyuburkan sifat sabar dan redha kepada Allah. Setiap kejadian nikmat dihubungkaitkan juga dengan kekuasaan Allah dan kelemahan manusia sebagai makhluk bagi menyuburkan rasa kesyukuran dan kehambaan. Disinilah tahap keimanan seseorang telah terserlah. Dia bukan sahaja mengenal Allah dengan akal fikiran melalui ilmu tauhid, tetapi juga secara keyakinan hati. Inilah yang diistilahkan sebagai makrifat. Makrifat ialah keyakinan yang memperkuatkan keimanan kepada Allah setelah menempuh syariat dan tarikat, serta mencapai rasa hakikat. Orang yang memiliki makrifat inilah yang dinyatakan sebagai orang yang mengenal Allah dengan mata hati, ainul yakin. Orang yang sebeginilah yang diisyaratkan sebagai memiliki sifat yang disebut dalam Al Quran :

Al Anfal : Ayat 2-3 :Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.

Apabila seseorang telah menempuh syariat dan beramal dengan ilmu syariat ( bertarikat ) serta diberi hakikat, maka lahirlah sifat makrifat. Sifat makrifat kepada Allah Taala yang akan memancarkan berbagai perasaan yang baik dan dasar semangat untuk menuju ke arah perbaikan. Makrifat ini dapat pula mendidik hati untuk senantiasa menyelidiki dan meneliti mana yang salah dan tercela, malah dapat menumbuhkan kemauan untuk mencari keluhuran, kemuliaan dan ketinggian budi dan akhlak dan sebaliknya juga menyuruh seseorang supaya menghindarkan dirinya dari amal perbuatan yang hina, rendah dan tidak berharga sedikit pun.

Orang yang telah mencapai tingkatan makrifat , Allah ilhamkan jalan yang mampu membawanya ke arah kecemerlangan agar dia dapat menempuhnya dengan mudah. Dia juga akan Allah ilhamkan kepadanya jalan yang membawa kemusnahan agar dapat dia hindari sebagaimana firman Allah :

“Maka Allah ilhamkan kepada jiwa itu, jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang –orang yang mensucikan jiwa (nafsu) nya itu . Dan sesungguhnya merugilah ( celakalah ) orang yang mengotorinya.” As Syams : 8 - 10..

Orang yang mendapat hakikat dan makrifat, dia akan merasa dirinya sebagai hamba Allah yang hina. Tidak akan terlafaz dari lidahnya bahawa dialah yang paling bertaqwa. Tidak akan terlafaz dari perbuatannya tanda-tanda riak. Tidak terlintas di hatinya bahawa dialah yang paling kuat iman dikalangan manusia dan yang paling banyak amal ibadah dia antara makhluk Allah yang hidup di dunia. Seandainya ada di kalangan manusia yang memuji akan keupayaannya beribadah kepada Allah SWT, pujian itu dianggap suatu ancaman yang bakal merosakkan hubungan antara dia dan Allah. Dia akan segera menghentikan puji-pujian tersebut demi menjaga hatinya dengan Allah. Inilah sifat orang yang benar-benar memiliki hakikat dan makrifat. Seandainya dia merasa senang dan selesa dengan pujian tersebut , serta tidak menghentikannnya, nyatalah apa yang alami bukanlah hakikat mahupun makrifat, sebaliknya adalah tipu daya syaitan dan nafsu dalam amalannya. Hancur dan binasalah amalan itu kerana ujub. Orang yang telah beroleh hakikat dan makrifat, tidak sama sekali menceritakan keseronokan bersama Allah kerana ianya adalah rahsia antra orang yang merasa kasih sayang Allah. Ianya juga disebabkan orang yang "sedang asyik bercinta" tidak ada masa untuk menceritakan rasa cinta yang dirasai kepada orang lain. Inilah cara membezakan sama ada seseorang yang pada zahirnya cantik akhlaknya, benar-benar telah memiliki hakikat dan makrifat, atau sebenarnya sedang berlakon memiliki hakikat dan makrifat. Atau dalam istilah lain, sedang ujub, atau istilah melayunya syok sendiri. Malanglah bagi mereka yang telah menempuh syariat dan tarikat, tetapi merasa ujub dan menyangka diri telah mencapai hakikat dan makrifat. Tertipu dalam beribadah.

Mudah-mudahan penerangan ilmiah ini akan mendorong kita untuk terus mempertingkatkan amalan kita ke arah ketaqwaan.

Pengertian Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 2


Bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan dan melaksanakan hukum syariat, inilah yang dinamakan TARIKAT atau disebut dalam bahasa arab ialah TAREKAH. Tarikat dari segi bahasa ialah jalan. Ingin diulang lagi agar lebih jelas. Apabila seseorang telah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu syariat, lalu dia meLAKSANAKAN atau BERAMAL dengan ilmu syariat tersebut, maka itulah yang diertikan dengan TARIKAT. Melaksanakan atau beramal dengan syariat. Oleh itu apabila seseorang menjalankan atau melaksanakan hokum syariat dengan bersungguh-sungguh, setiap suruhan Allah sama ada yang wajib dan yang sunat dilaksanakan sungguh-sungguh. Setiap larangan Allah sama ada yang haram atau yang makruh ditinggalkan sungguh-sungguh. Maka mereka telah dikatakan telah BERTARIKAT.



Contohnya ; Abu telah ke madrasah dan mempelajari cara sembahyang. Dia telah mempelajari rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, perkara yang sunat dilakukan dalam sembahyang, syarat sah sembahyang dan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Setelah dia mempelajarai dan memahami ilmu tersebut, dia pun beramal dengan ilmunya untuk menunaikan sembahyang. Maka Abu telah dikatakan telah berTARIKAT di bidang sembahyang.

Tarikat pada erti kata yang pertama ini hukumnya adalah WAJIB. Inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta tabiin dan orang dizaman salafussoleh. Jalan inilah juga yang patut kita lalui, iaitu jalan yang menjadikan kita melaksanakan segala perintah yang disuruh Allah dan meninggalkan perintah yang dilarang oleh Allah. Inilah perkara yang wajib kita lakukan sebagai makhluk yang dicipta Allah dan mahu menjadi hamba kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.

Adapun Tarikat dari istilah yang kedua, ialah apabila seseorang menyusun ayat-ayat Al Quran tertentu, zikir-zikir tertentu, salawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan diamalkan secara berjadual dalam kehidupan sehari-harian. Tarikat yang diertikan disini hokum asalnya hanyalah SUNAT. Dari sinilah lahir jemaah-jemaah zikir atau dipanggil orang sebagai jemaah tarikat. Antara jemaah zikir atau jemaah tarekat yang kita sering dengar ialah Tarikat Ahmadiah, Tarikat Naqsyabandiah, Tarikat Samaniah, Tarikat Syazaliah, Tarikat Kadiriah, Aurad Muhammadiah dan lain-lain lagi. Jadi termasuk jugalah di dalam kategori ini ialah pengamalan Al Ma'thurat. Tujuan mereka menghimpun dan beramal adalah untuk mendidik diri untuk berdisiplin dalam beramal dengan ketiga-tiga juzuk ilmu Islam iaitu Tauhid, Feqah & Tasauf

Secara tak langsung memberi kekuatan jiwa tambahan untuk beramal dengan hukum syariat secara keseluruhan, dalam kehidupan sehari-hari. Sama ada dalam diri, dalam keluarga, dalam masyarakat hingga ke peringkat negara. Sebab itu jika disingkap lembaran sejarah, tunggak perjuangan sesuatu gerakan Islam adalah disokong oleh jemaah zikir atau tarekat. Sultan Muhammad Al Fateh, sultan yang berjaya menawan Kota Konstantinopel dan pengasas Kekhalifahan Osmaniah adalah ahli zikir ( ahli tarikat ) , Begitu juga As Syahid Omar Mokhtar pejuang terakhir Gerakan Sanusi yang merupakan benteng pertahanan terakhir khalifah Osmaniah adalah pengamal Tarekat As Sanussiah. Imam Bonjol di Aceh yang menentang penjajahn Belanda adalah ahli tarekat Naqsyabandiah. Mat Kilau dan datok Bahaman yang berguru dengan Tokku Paloh adalah pengamal tarekat Naqsyabandiah. Malah As Syahid Hassan Al Banna dari Ikhwan Muslimin adalah ahli tarekat aliran Al Ma’thurat.

Tidak lupa disebut Almarhum Tok Kenali yang berguru dengan Sheikh Ahmad Al Fathani dari aliran Tarekat Syattariah dan Al Marhum Tokku Paloh dari aliran Tarekat Naqsyabandiah. Tokku Paloh yang melindungi Mat Kilau dan Datok Bahaman sewaktu diburu British. Tokku Paloh yang melarikan kedua-dua anak muridnya dan disembunyikan di Hulu Besut. Mereka ini bukan sekadar menyumbang di dalam perjuangan Islam menentang penjajah, malah mereka juga membangunkan pendidikan Islam serta menghasilkan kitab-kitab ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf yang menjadi sumber rujukan kepada umat Islam di nusantara. Antaranya ialah :

a. Sheikh Daud bin Abdullah Al Fathani menghasilkan kitab Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid yang membicarakan ilmu tauhid dari aliran tarekat Syatariah.
b. Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang menulis kitab Risalah Tauhid dan Hidayatus Salikin Fisuluki Maslakil Muttaqin kitab ilmu Tauhid dan Tasauf; adalah dari aliran tarekat Samaniah.
c. Sheikh Ahmad Al Fathani yang menulis kitab Faridatul Faraid yang juga kitab ilmu tauhid yang memperjelaskan aqidah ahlus sunnah wal jamaah, adalah ahli tarekat
d. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Pengarang Sabilal Muhtadin

Malangnya, kita dizaman moden ini, telah dijauhkan dengan istilah tarekat oleh orientalis. Apatah lagi wujud fahaman Islam yang menyeleweng. Kononnya mereka adalah pejuang kemerdekaan. Sebaliknya sejarah telah JELAS membuktikan fahaman tersebut lahir untuk membantu negara kuffar menjatuhkan empayar Osmaniah yang merupakan sistem kekhalifahan Islam terakhir serta menghalang segala usaha gerakan-gerakan Islam yang cuba membangunkan semula system khalifah Islam. Fahaman inilah yang sering memomok-momokkan umat Islam, bahawa jemaah tarekat adalah bidaah dan menyesatkan, kerana disebalik amalan zikir yang membawa ketenangan hati, disitulah lahirnya rasa kehambaan dan cinta kepada Allah Yang Maha Agung. Maka terciptalah manusia-manusia yang cintakan syahid dan merindui pertemuan dengan Allah Yang Amat Dicintai, yang mampu berjuang dan berkorban demi keagungan Islam terserlah kembali. Inilah yang amat ditakuti oleh fahaman terseleweng tersebut kerana akan hilang imbuhan menjadi boneka negara kuffar.

Tidak kurang juga, orang yang belajar sedikit-sedikit tentang ilmu tarikat, dan sedar kelebihan ilmu tarikat ini. Mereka mengambil kesempatan dengan memperbodohkan para pengikutnya yang sedia jahil. Bab dan persoalan ilmu syariat yang menjadi asas kepada perlaksanaan dan pengamalan Fardhu Ain dia abaikan dalam mendidik murid dan pengikutnya, agar dia boleh terus mempunyai para pengikut yang taksub buta yang jahil tentang syariat. Ini bagi memudahkan dia mempunyai kuasa dan menghimpunkan kepentingan duniawi termasuk mengaku dirinya wali Allah yang dijanjikan. Seandainya para pengikutnya arif dibidang agama khususnya ilmu asas Fardhu Ain, pastinya dia akan kehilangan pengikut. Jadi dia akan berusaha untuk menjauhkan para pengikutnya dari ilmu asas Fardhu Ain, sebaliknya dia sibuk menceritakan hal-hal kerohanian ciptaannya yang kononnya diterima dari Rasulullah dan secara langsung dari Allah. Manusia-manusia durjana sebeginilah yang mendatangkan fitnah ke atas jemaah tarikat yang haq.

Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa antara kedua pengertian tarikat yang dibentang tadi, antara keduanya, pengerian yang pertama ( mengamalkan syariat secara keseluruhan ) adalah WAJIB, sementara tarikat dari pengertian kedua ( himpunan ayat Al Quran tertentu, zikir-zikir tertentu, selawat dan diamalkan secara berjadual dalam kehisupan harian) adalah SUNAT. Antara hukum yang WAJIB dan hokum yang SUNAT, tuntutan hukum yang WAJIB adalah lebih utama. Jangan sampai kerana hendak bertarikat dengan pengertian kedua yang kedudukannya SUNAT, lantas kita mengabaikan tarikat dalam pengertian yang pertama yang kedudukannya WAJIB. Kiasannya, perlaksanaan hokum yang wajib adalah KERJA FULLTIME, sementara pengamalan hokum yang sunat adalah OVER-TIME. Kalau kerja FULL-TIME tak dibuat, layakkah pekerja buat tuntutan kerja OVER-TIME ? Pastinya tidak layak, malah pekerja tersebut layak untuk diambil tindakan tatatertib. Kerana pengabaian untuk beramal dengan syariat menurut pengertian pertama tadilah maka munculnya fitnah ke atas jemaah-jemaah tarikat yang menurut pengertian kedua. Tetapi ingin ditegaskan juga, seandainya tarekat dari pengertian pertama dan dari pengertian kedua itu dilaksanakan atau diGABUNGkan, maka akan lahirlah manusia yang ingin sentiasa bertaqarrub kepada Allah. Akan lahirlah manusia yang akan menunaikan titah perintah Allah, dalam dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan seterusnya di dalam ummahnya.

Bersambung .....


Pengertian Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 1


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" ( Surah Al Baqarah :30)




Diciptakan manusia oleh Allah dimukabumi bukanlah hanya untuk bersenang-lenang mengecapi tipu daya dunia, tetapi Allah telah datangkan manusia ini di muka bumi sebagai khalifah NYA untuk mentadbir dunia ini agar mematuhi hukum-hakam dan peraturan yang telah Allah tetapkan. Allah sahaja yang layak menentukan peraturan bagi setiap ciptaan NYA. Ibarat sebuah televisyen jenama SONY, adalah mustahil manual pengguna dari jenama SAMSUNG digunapakai oleh pengguna untuk mengoperasikan peralatan tersebut. Begitu jugalah dunia dan alam ini, ianya ciptaan Allah, maka Allah sahajalah yang selayak menentukan peraturan yang wajib dipatuhi oleh makhluk ciptaan NYA. Peraturan selain dari apa yang Allah telah tetapkan adalah peraturan yang tidak mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Manusia kini kerana keegoan, mereka menilai sesuatu bukan menggunakan neraca hukum-hakam yang telah Allah sediakan, sebaliknya mereka menggunakan rasa naluri keseronokan nafsu ke atas duniawi sebagai kayu pengukur kebenaran dan kebatilan. Sebab itu tidak hairan di dunia kini, kita dapat saksikan dengan mata kepala kita sendiri, apabila hukum-hakam Allah diketepikan, dan peraturan ciptaan akal fikiran manusia yang lemah digunapakai, maka lahirlah kerosakan di lautan dan didaratan oleh hasil tangan manusia itu sendiri.Segala-galanya ialah kerana mereka tidak mahu menghukum dengan hukum-hakam yang telah Allah tetapkan. Hukum-hakam inilah diertikan dengan syariat.

Syariat ialah hukum hakam Allah atau peraturan-peraturan yang telah Allah tetapkan melalui firman NYA di dalam Al Quran dan disampaikan oleh Sunnah Rasulullah SAW.

Untuk lebih mudah difahami dan diamalkan oleh umat yang terkemudian, syariat yang menjadi peraturan atau hukum hakam Allah yang terkandung didalam Al Quran & Sunnah Rasulullah SAW , telah diterjemahkan oleh ulamak Imam mazhab yang empat dan diberi contoh dengan qias. Adapun hukum syariat itu terbahagi kepada lima. Setiap tindak tanduk, amal perbuatan dan percakapan dalam kehidupan sehari-harian kita tidak terlepas dari 5 hukum syariat ini. Kelima-lima hukum dalam syariat itu adalah seperti berikut :

1. Wajib = dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya MESTI buat
2. Sunat = dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa . kedudukannya ELOK buat
3. Haram = dibuat berdosa, ditinggalkan dapat pahala, kedudukannya MESTI tinggal
4. Makruh = ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa, kedudukannya ELOK tinggalkan
5. Harus = dibuat atau ditinggalkan dosa tak dapat, pahala pun tak dapat, kedudukannya terpulang pada diri sendiri tempoh 5 syarat ibadah , beroleh pahala. Lima syarat tersebut ialah :

a) Niat mesti betul
b) Perlaksanaan mesti selaras dengan syariat
c) Natijah mesti betul tidak bertentangan syariat
d) Perkara yang dibuat dan dilaksanakan dibenarkan oleh syariat
e) Tidak meninggalkan ibadah yang asas

Apabila Syariat menyuluh/ mengatur hal ehwal keyakinan dan keimanan, dinamakan Usuluddin / Tauhid. Apabila Syariat menyuluh hal ehwal lahiriah, peraturan yang zahir, dinamakan Feqah. Dan apabila Syariat menyuluh / mengatur hal ehwal hati , sifat-sifat hati, dinamakan Tasauf/Akhlak

Inilah yang disebutkan di dalam Hadis Rasulullah SAW berkenaan Iman, Islam dan Ihsan.

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. ( Sahih Bukhari )

Maka sebagai khalifah Allah yang telah diamanahkan untuk melaksanakan hukum-hakam Allah dimukabumi, tanngungjawab ke arah perlaksanaan hukum syariat tersebut hendaklah dilaksanakan. Perlaksanaan hokum syariat dari perkara yang remeh temeh seperti qadha hajat hinggalah ke aspek kehidupan yang lain seperti membangunkan institusi kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan kenegaraan. Perlaksanaan hukum syariat ini adalah WAJIB bagi setiap muslim. Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum-hakam atau peraturan yang telah Allah tetapkan, maka akan jatuh ke atas mereka salah satu dari tiga hukum iaitu FASIQ, ZALIM atau KAFIR wal iyazubillahi min zalik

Maka kesimpulannya, SYARIAT lah yang menjadi kayu ukuran dan piawai untuk menilai sejauh mana benar sesuatu amalan, sejauh mana kebenaran sesuatu keprcayaan, sejauhmana kebenaran sesuatu amal perbuatan, perkataan dan sebagainya. Inilah neraca yang perlu digunakan oleh umat Islam dalam menempuh kehidupan di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi. Syariat inilah yang menjadi titik tolak dalam kita mengatur setiap langkah-langkah menyelusuri perjalanan ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jika Syariat diabaikan, walau pun kita mengaku pandai, kita mengaku hamba Allah, walau kita mengaku pejuang Islam, walau kita mengaku ahli tarikat, mengaku ahli hakikat dan ahli makrifat, mengaku waliyullah dan sebagainya, pengakuan kita hanyalah sia-sia. Tiada nilai disisi Allah SWT.

Bersambung .....


Friday, May 1, 2009

Rahsia Sebatang Pohon Yang Sempurna


Aku teringat akan dua potong ayat Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 24 hingga 25 yang bermaksud :

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. ALLAH membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat


Hari ni aku balik agak awal. Kol 5pm dah cabut dengan Budin. Sampai Rembau terus aku drive keter Ferrari ku yang rupa cam Kancil balik Madrasah. Sempat solat Maghrib bersama penghuni madrasah. Selepas solat Isya aku lepak di ruang solat bersama ustaz2 dan para penghuni madrasah. Rata2 penghuni madrasah tu tertunggu2 aku membuka cerita. Aku dah jadi macam tukang karut lak kat madrasah tu.

Antara perkara yang diutarakan ialah tentang SUFIAH, seorang anak kelahiran Malaysia yang berada dalam kategori genius matematik sehingga diterima masuk ke Universiti terkenal pada usia 13 tahun. Tetapi akhirnya Sufiah menjadi pelacur dan Sufiah dikatakan merasa bangga menjadi pelacur.

Sufiah bukan kanak2 pertama yang digelar genius. Sebelum ini SHUKRI HADAFI yang penah menjadi anak angkat kepada Prof Diraja Ungku Aziz juga dikategorikan sebagai genius. Tetapi akhirnya beliau terjebak dengan dadah. Hidupnya rosak. Kadang2 kita pelik .... mereka pandai, tetapi kenapa mereka bodoh memilih jalan yang merosakkan diri sendiri di dunia & akhirat ?


Aku rasa nak salahkan mak pak dia pun, boleh gak pe. Dia orang didik anak kaw kaw suruh kejar ilmu dunia, TETAPI lupa nak suruh kejar ilmu akhirat. Sebab itu bila dah dapat kuasai ilmu dunia, tetapi disebabkan ilmu akhirat tak ada, maka jiwa dan hati kosong. Tak kenal ALLAH, tak kenal Rasulullah SAW, tak kenal syurga dan neraka, tak kenal akhirat, tak solat, tak puasa etc. Sebab itu bila mereka ada masalah, mereka buat perkara yang dirangsang oleh nafsu. Mereka minum arak, berzina, judi etc. Akhirnya rosak binasalah individu tersebut. Kesimpulannya, orang pandai tetapi kalau TAK ADA IMAN, memang tak berguna.

Waktu aku temui DDDD dan ayahnya tempohari pun aku pernah berkata kepada mereka : 


Apa guna jadi kaya kalau hati tak bahagia. Apa guna hidup senang kalau hati tidak tenang. Apa guna rupa ayu kalau iman sudah layu.

Teringat aku akan sebuah hadis Rasulullah SAW : Orang yang pandai ialah orang yang mengingati MATI.

Apa guna masuk ke Oxford Univ atau Harvard Univ jika tak ingat mati ?

Apa guna ada anak2 yang pandai dalam ilmu dunia jika tak tak mengingati mati ?

Sebab apa orang yang pandai itu ialah orang yang mengingati mati ?

Sebab orang yang sentiasa mengingati mati, akan berusaha melakukan sesuatu yang mengundang redha dan ampunan ALLAH. Mereka jadikan dunia ini hanya batu loncatan untuk ke negara akhirat kerana nikmat di dunia ini sementara tetapi nikmat di akhirat berkekalan.
Cuba bayangkan, kalau kita ingat akan mati, kita akan berusaha untuk mengumpul bekalan untuk kembali kepada ALLAH. Kalau kita hidup di dunia, banyak bergantung kepada kafir mulhid, kita akan berusaha membebaskan diri dari pergantungan kepada kafir. kalau kafir keluarkan air Coca Cola, F&N, Pepsi .... untuk membebaskan pergantungan kepada produk mereka, kita hasilkan sendiri air MADURIA ( ceeeeewaaaahhhhh - kempen produk nampak ??? kuang kuang kuang ). Kalau kafir keluarkan cili sos, tomato sos, kicap, cuka, black pepper sos, sos tiram jenama Heinz atau Kimball ... maka untuk membebaskan pergantungan kepada kafir, kita hasilkan produk berjenama INDAHRASA ( hek eleh kempen produk lagi ni ... kuang kuang kuang .... tak pe, sebab produk umat Islam )

Itu dari sudut kehidupan yang berhubung kait dengan manusia di dunia, dari sudut hubungan dengan ALLAH pula, bila kita ingat mati, kita akan melaksanakan ibadah dengan sempurna. Kita laksanakan tuntutan yang wajib, tak tinggal solat, tutup aurat, tak main judi, tak minum arak, tak zina etc.

Aku teringat akan dua potong ayat Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 24 hingga 25 yang bermaksud :

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. ALLAH membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

Aku masih ingat, waktu tu aku berada di tingkatan lima, dan sedang menunggu keputusan SPM. Arwah UMMI membawa aku bersama sepupu2 ku ke sebatang pokok mangga yang agak besar, rendang dan tengah berbuah.

Ummi berkata .... cuba tengok pokok ni .... perumpamaan kalimah yang baik ialah kalimah Tauhid. Pendekata kehidupan seorang Islam yang beriman mestilah macam pokok yang baik. Pokok yang baik mesti ada akar tunjang yang mencengkam bumi agar tak mudah tumbang. Mesti ada batang yang kuat agar tak goyah dan mampu menjadi penyokong dan tempat dahan, ranting, daun menumpang tumbuh. Mesti ada dahan, ranting dan daun yang rimbun bagi membolehkan orang berteduh. Mesti ada buah yang manis dan sedap bagi membolehkan orang makan.

Pokok yang baik, mesti ada akar tunjang yang kuat mencengkam bumi. Datang ribut taufan pokok akan tetap terpacak di bumi kerana akar tunjang yang mencengkam bumi. Akar tunjang itu diibaratkan sebagai pegangan TAUHID dan ucapan kalimah syahadah seseorang muslim. Sejauhmana keyakinannya kepada rukun iman yang enam iaitu percaya kepada ALLAH, percaya malaikat, percaya kepada Nabi & Rasul, percaya kepada Kitab2, percaya kepada Hari Kiamat, percaya kepada Qadak & Qadar. Kuat pegangan tauhid seseorang, datanglah bala dan musibah, mereka akan tetap sabar dan redha dengan ketentuan ALLAH.

Pokok yang baik juga mesti mempunyai batang yang besar, kuat dan teguh. Tak boleh ditebuk tupai, tak boleh ditebuk ulat, tak boleh dirosakkan oleh makhluk perosak. Kerana batang itulah yang akan menyokong dahan besar, dahan kecil, ranting2, daun2 yang rimbun, bunga dan buah pada pokok. Tanpa batang pokok, kesemua nya takkan dapat berdiri dan bersokong. Batang itulah diibaratkan bagai SOLAT yang wajib 5 waktu sehari semalam. Andainya ada dikalangan umat Islam yang tidak mendirikan solat,ibarat mereka adalah bagai tunggul pokok yang mati.
Dahan-dahan besar bagi sebatang pokok diibaratkan bagai rukun Islam yang lain iaitu puasa, zakat, mengerjakan haji. Andainya ada yang tak dilaksanakan oleh umat Islam, pokok yang ditanam bagaikan tak berdahan. kalau tak berdahan, camana ranting, daun, bunga dan buah hendak menumpang tumbuh ? Pokok tersebut bagaikan pokok mati yang hanya layak dijadikan bahan bakaran atau kayu api.

Dahan2 kecil diibaratkan tuntutan perintah wajib yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam selain rukun iman dan rukun Islam iaitu menutup aurat, menjaga maruah diri, keluarga, harta dan agama, berlaku amanah dan lain-lain tuntutan yang wajib.Termasuk juga perkara yang menjadi fardhu kifayah seperti solat jenazah, membangunkan ekonomi Islam, membangunkan kilang makanan Islam, membangunkan syarikat percetakan islam, membangunkan syarikat penerbitan buku Islam etc.

Ranting-ranting pula diibaratkan bagaikan amalan2 sunat yang dilaksanakan. Contohnya berselawat, berzikir, bersedekah, solat sunat tahajud etc.

Daun2 lak diibaratkan perkara yang harus yang dijadikan ibadah. Perkara harus, jika dilaksanakan, pahala tak dapat, dosa pun tak dapat. tetapi jika kita laksanakan bersesuaian dengan kehendak Rasulullah SAW, kita boleh dapat pahala. CONTOH perkara harus ialah, ko orang nak berak. Nak berak ni perkara harus. Tapi kalau ko orang ikut sunnah Rasulullah SAW, ko orang gi berak boleh dapat pahala. Caranya .... bila nak masuk ke tandas, ko orang baca doa. Kalau tak tahu baca doa masuk tandas, ko orang baca A'uzubillahi minasy syaitanirrajim pun dah cukup. kemudian langkah masuk tandas kaki kiri. Langkah keluar tandas kaki kanan. Bila nak masuk tandas ko orang pakai alas kaki iaitu selipar. Kemudian ko orang tutup kepala walau pun dengan tapak tangan, tapi kat mana2 tandas awam ada tisu paper. Ko orang amik jerk tisu paper tu sehelai wat tutup kepala. DAN YANG PALING PENTING BILA KO ORANG NAK BERAK IKUT CARA RASULULLAH SAW ialah JANGAN LUPA TUTUP PINTU TANDAS, nanti orang tau ko orang wat pe dalam tandas kuang kuang kuang. kendian bila dah selesai berak kau orang berdehem 3 kali, barulah beristinjak dengan air mutlak. TERUS DAPAT PAHALA. Senangkan Islam ?

Kendian, bila pokok dah ada akar tunjang yang kuat, batang yang kuat, dahan, ranting serta daun yang rimbun. Maka dari pokok yang sihat dan kuat, lahirlah buah yang manis yang tak berpenyakit. Buah itulah akhlak mulia yang lahir dari hati yang beriman yang penuh dengan amalan soleh.

Dan kemudian Ummi menyimpulkan. ..... Apa yang kamu semua belajar di sekolah kerajaan HANYALAH SATU DARI DAHAN2 YANG KECIL. Ingatlah kalau tiada akar, tiada batang, tiada dahan besar ..... TIADA TEMPAT UNTUK DAHAN KECIL menumpang hidup.

Gitulah yang diceritakan oleh arwah Ummi dulu waktu aku kecik2.

Kita belajar dari darjah satu ke darjah enam. Dari Tingkatan satu ke Tingkatan Lima. Kemudian ada yang buat matrikulasi, ada yang buat Diploma. Kemudian ada yang sambung buat Degree walau memohon untuk sambung belajar selepas tarikh tutup. Ada yang sambung buat Master dan PhD. Tapi itu semua hanyalah salah satu dari beberapa cabang dahan yang kecil. Andainya kita abaikan iman, kita abaikan solat, kita abaikan puasa, zakat, kita abaikan perintah fardhu ain dan fardhu kifayah. Semua ilmu yang kita belajar TIADA MAKNA dan TIADA NILAI DI SISI ALLAH.

Renungkanlah pesanannya dan amalkanlah, mudah-mudahan ianya menjadi ilmu yang bermanfaat dan jariah buat arwah Ummi di akhirat sana. InsyaALLAH.

Tapi Ummi dah kembali ke rahmat ALLAH, begitu juga anaknya menuruti jejak ibunya kembali ke rahmat ALLAH. Namun pesanan2nnya masih segar di ingatan ku. Gamitan rindu pada Ummi membuatkan aku mencoret emel merapu aku kali ini sebagaimana yang aku ceritakan kepada penghuni madrasah sebentar tadi. Walau hati ku menahan sebak dan sayu kerana merindui mereka ketika berbicara kepada mereka, namun ku luahkan deraian air mata ku bersendirian di bilik suluk ku bersama sekalung doa buat Ummi dan anaknya. Semoga di akhirat sana, aku akan bertemu dengan mereka dalam suasana yang diredhai dan diampuni ALLAH

AL FATIHAH BUAT UMMI & ANAKNYA.

Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut di arus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu
Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas di dada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata
Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu
Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati
Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu?

Madrasah Darus Syifa
8 April 2008
00.21am