Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Saturday, August 13, 2011

Di Ambang Ramadhan 1432H Part 1




Nisfu Syaaban semakin hampir, ini juga bermakna Ramadhan juga semakin hampir. Pesta Ibadah 1432 bakal menjelang. Pesta yang penuh berkat yang diawalnya dijanjikan rahmat, pertengahannya dijanjikan keampunan dan penghujungnya dijanjikan pembebasan dari api neraka.





Setiap kali hari-hari kebesaran Islam muncul, maka berbondong-bondonglah umat Muhammad SAW yang mengharapkan rahmat dan ampunan ALLAH membuat persediaan untuk mendidik hati dan minda untuk menambah amal taqwa sebagai bekalan untuk kembali ke hadrat ALLAH. an setiap kali kemunculan hari-hari kebesarn Islam itu juga akan muncaul suara-suara sumbang dari mereka-mereka yng KONONnya mengaku ingin memperjuangkan sunnah tetapi membidaahkan amal ibadah muslim yang lain atas alasan, hadis yang di amalkan adalah hadis daif.

Dalam notes aku yang lalu, aku sudah pun menghuraikan secara ringkas akan kedudukan hadis daif dan kedudukan hadis palsu (maudu'). Kesimpulannya, tidak salah beramal dengan hadis daif kerana ianya juga masih dari sabdaan Rasulullah SAW cacatnya hanya pada perawi. Dan bagi mereka yang cukup anti kepada hadis daif, berhati-hatilah. Jangan sampai anda menjadi seorang HERO yang kembali ke hadrat ALLAH dalam keadaan ZERO.

Bagi ku, mereka yang menyuarakan kesumbangan ini hanyalah golongan yang dahagakan perhatian. Mereka inginkan attention dari masyarakat. Lantas menimbulkan isu-isu remeh agar mereka nampak GAH di mata masyarakat.

Sebab apa aku mengatakan demikian ? Hujjah aku senang saja. Mereka ini cukup benci dan marah orang beramal dengan hadis daif, tetapi mereka tidak pula beramal dengan sesuatu amalan yang jelas disebut dalam hadis sahih. Sebagai contoh. Dalam Kitab Syamail Nabi Muhamamd oleh Imam At Termizi, jelas dihimpunkan hadis-hadis sahih akan amalan Rasulullah SAW. Antaranya disebut bahawa Rasulullah SAW memakai serban, dan Rasulullah SAW memakai serban di atas kopiah (maksudnya Rasulullah SAW melilit serban di kepala selepas memakai kopiah). tetapi ahli-ahli yang suka membidaahkan orang ini, tidak pula beramal dengan memakai kopiah dan serban WALAU PUN di dalam solat. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri bersabda, menyuruh umat baginda solat sebagaimana baginda solat. pastinya Rasulullah SAW bersolat memakai kopiah dan serban. Lazimnya ahli-ahli bidaah ini kebanyakkan yang aku temui, solat pun kepala terdedah tak berkopiah. Jadi di manakah keikhlasan mereka dalam memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW ? Nasihat ku, janganlah kita bersifat talam dua muka. Inilah antara ciri-ciri pejuang yang jahil atau pejuang yang berjuang tanpa matlamat, serta berjuang bukan atas landasan iman sebaliknya atas landasan emosi.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, Mawlid Nabi itu bidaah. Setiap bidaah akan masuk ke neraka. Bidaah bermakna apa yang Rasulullah SAW tak lakukan. Kalau begitu, menggunakan internet dan berdakwah juga bidaah. Sesiapa saja yang menggunakan internet akan masuk ke neraka sebab dakwah itu adalah ibadah. Sebab itu istilah bidaah yang di larang itu, PERLU diperincikan. Bidaah yang ditegah ialah yang menjurus kepada yang haram. Bukan yang menjurus kepada yang halal.

Ada juga yang mengatakan, umat Islam ini lemah kerana dipayahkan dengan amalan ibadah yang di tokok tambah antaranya baca Yaasin malam Jumaat, membaca Mawlid Berzanji, bertariqat, membaca qunut dalam solat subuh dan sebagainya yang pada kaca mata mereka adalah amalan yang Rasulullah SAW tak buat. TETAPI mereka tak pula mengatakan umat Islam lemah kerana dipayahkan dengan mengadaptasi cara perjuangan jahiliah Rom. Mereka tidak pula mengatakan umat Islam lemah sebab berhimpun ramai-ramai bergaul lelaki dan wanita yang bukan mahram sambil menzahirkan emosi yang ternyata di luar batas akhlak Rasulullah SAW. Sebab itu, aku mengatakan, ramai orang sekarang berjuang bukan atas dasar iman tetapi atas dasar emosi.

Kadang-kadang pejuang ahli bidaah ini akan menyindir sinis ... "Apasal baca Malam Jumaat saja ? Bacalah malam-malam yang lain juga. .... Dan aku menjawab juga secara sindiran yang lebih sinis serta pedas, kepada mereka ... "Iman aku lemah, mujur ada malam Jumaat. dapat gak aku baca Yaasin. Itu lebih baik dari suka komplen tapi tak baca Yaasin langsung" ...

Ada juga yang menyindir .... "Dari baca Mawlid Berzanji, baik baca Al Quran." .... dan aku menjawab ... "Betul tu, aku memang ada jadual baca Al Quran, dan sekarang jadual aku baca Mawlid Berzanji. Mawlid Berzanji ini sebenarnya adalah sejarah kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW dalam bentuk puisi dan di sulam dengan selawat. Jadi membaca Mawlid Berzanji ini lebih baik dari membaca majalah Mangga untuk tau cerita Norman Hakim dan Memey atau baca Majalah Bola atau mendengar lagu Justin Bieber" .... dan kebiasaannya orang yang menerima jawapan dari aku akan mencari topik baru agar kebodohannya tak semakin terdedah. Tapi seperti biasa ... orang yang bermasalah dengan aku akan menjadi provokasi aku hehehehe .... Ohhh jahatnya aku ... Ya ALLAH .. ampunkanlah dosa ku.

Jadi tanggung jawab orang yang tahu untuk menegur dan menasihati pejuang ahli bidaah dan ahli emosi ini agar kembali ke manhaj perjuangan Islam yang sebenar. Agar mereka membuka tempurung kelapa yang menutup minda mereka agar mereka tidak menjadi seperti katak yang menyangkakan tempurung kelapa itulah dunia yang maha luas. Sedangkan keluasan akhirat ALLAH itu lebih luas dari apa yang mampu dilihat dengan jangkauan mata.

Menjelang Nisfu Syaaban, masyarakat Melayu khususnya di negara kita akan membaca surah yaasin di malam Nisfu Syaaban. Ramai yang bertanya, adakah sandaran dalil terhadap membaca surah Yaasin sebanayak tiga kali di malam Nisfu Syaaban ?

Maka aku menjawab ... TIDAK.

Tiada amalan khusus di malam Nisfu Syaaban. Tetapi hadis menyatakan malam Nisfu Syaaban adalah malam yang amat utama untuk melaksanakan amal ibadah. Masyarakat Melayu menjadikan amalan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali kerana MUNGKIN itulah yang termampu bagi mereka. Lantas bagi kita yang ingin berjuang, sayugia dianjurkan agar ibadah di malam Nisfu Syaaban itu tidak terhenti sehingga di situ. perbanyakkanlah solat sunat yang lain. Perbanyakkanlah solat tahajjud, tasbih, taubat, hajat, witir dan lain-lain. Perbanyakkanlah membaca Al Quran. Perbanyakkanlah zikir wirid dan selawat. Hiasi malamnya dengan ibadah sebelum kita memasuki fasa Pesta Ibadah yang sebenar di bulan Ramadhan. Oleh itu, dari orang-orang mengadap Facebook berchatting, eloklah masa itu digunakan untuk membaca Yaasin tiga kali. Sekurang-kurangnya masa untuk mereka membuat dosa mengumpat di kurangkan hehehe.

Dan seperti di bulan-bulan yang lain dan hari kebesaran Islam yang lain, Ramadhan juga tidak terkecuali menjadi mangsa suara-suara sumbang pejuang yang emosi/ yang inginkan perhatian/ ahli bidaah ini. Setaip kali solat Terawikh, akan berlaku pertelingkahan. Ada yang mengatakan solat terawikh 8 rakaat, siapa buat selain 8 rakaat adalah bidaah dan masuk neraka. Ada yang kata 18 rakaat. Ada yang kata 21 rakaat. Solat terawikh ni sunat saja. Mereka yang mendirikan solat terawikh lebih dari 8 rakaat, mereka ada sandaran dalil. Jangan marah mereka.

Pertelingkahan solat terawikh ini bukan pada bilangan rakaat saja, malah pada bacaan selawat antara solat itu pun jadi isu yang diperbesarkan. Dulu pernah aku di marahi oleh seorang Ustaz bertaraf PhD sebab berselawat antara solat terawikh. Katanya itu adalah bidaah. Lantas aku jawab ...."Ustaz tak bawa anak-anak ke untuk solat terawikh di Masjid ? Tolong inform anak-anak ustaz yang kat rumah tu, menonton ASTRO waktu orang solat Terawikh itu lagi jelas bidaahnya. Kami berselawat sebab kami cintakan Rasulullah SAW bukannya cintakan ASTRO." ... Sejak malam itu, Ustaz PhD itu tidak datang bersolat terawikh di masjid qariah aku .... uh jahatnya aku lagi .... Ya ALLAH ampunkanlah dosa ku.

Jadi kepada para pejuang emosi/ yang inginkan perhatian/ ahli bidaah, diharap janganlah merosakkan amal ibadah orang lain di bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini. Bahkan jangan juga merosakkan amal ibadah orang lain di bulan-bulan yang lain. Selagi TIDAK bertentangan dengan syariat, selagi tidak melakukan perkara yang haram, biarlah mereka yang ingin beramal dengan perkara yang khilaf itu dengan amalan mereka. Itu lebih baik dari mereka menonton ASTRO, lepak di kedai mamak, menonton bola sepak dan lain-lain lagi. Usah digusarkan perkara khilaf.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini, InsyaALLAH aku akan membuat siri notes berkenaan puasa berdasarkan mazhab Syafie. InsyaALLAH.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa


Puasa wajib :

Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :
a) Puasa dalam bulan Sya’ban (dalam mazhab Syafie, puasa selepas 15 Syaaban adalah HARAM dan tidak sah melainkan mereka yang telah menjadikan puasa itu sebagai wirid dirinya)

b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal

c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah

d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram

f) Puasa pada hari Isnin & Khamis

g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15

h) Puasa satu hari berbuka satu hari

i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.

j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :

a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja

b) Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :

a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya

b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban

c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik

d) Puasa perempuan haid & Nifas

e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa.



OK laah nak siap-siap untuk bermusafir esok. InsyaALLAH akan disambung.



Semoga kita dipanjangkan suia untuk bertemu Ramadhan yang akan datang. Amieen.



Gersik, Muar

12 Julai 2011

9.52pm

Apa Sepeselnya Malam Nisfu Syaaban ?




Ramai students bertanya, apakah kelebihan Malam Nisfu Syaaban ? Begitulah generasi kita zaman sekarang. Tak salahkan mereka, disebabkan mereka tak dimaklumkan sejak dari kecil malah ibu dan ayah mereka juga barangkali tidak didedahkan akan hal ini. Di ambah pula wujud golongan Ahli Bidaah yang suka membidaahkan amalan yang mereka tak belajar. Maka kelebihan dan kisah tentang malam nisfu syaaban ni terus tenggelam.




Seorang sahabat dari Maahad Tahfiz Al Quran At Tanwiriah, Muar, Johor menulis dalam blognya akan kelebihan Nisfu Syaaban.



1. Malam Nisfu Syaaban


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu." Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin

2. Penukaran Arah Kiblat


Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis. Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah. Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.


3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)


Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq. Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.


Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal. Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.


Sempena Ramadhan yan bakal menjelang, Syaaban adalah fasa persediaan setelah kita berlazat-lazatan selama setahun menjamu hidangan dan nafsu. Maka jadikanlah Syaaban ini fasa latihan untuk kita terus istiqamah dalam beramal ibadah walau Syaaban dan Ramadhan terus berlalu. Semoga kita akan dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan yang bakal menjelma.


Aku juga menyeru kepada sahabat-sahabat untuk menghulurkan sedekah jariah sekadar ikhlas kepada pembinaan Maahad Tahfiz Al Quran At Tanwiriah, Muar Johor. Sedekah jariah yang akan berkekalan. Ambillah kesempatan ini sementara kita masih dipinjamkan nyawa sebelum Izrail datang bertandang untuk menjemput kita kembali ke rahmat ALLAH.


Arwah datuk ku selalu berpesan, kerapkanlah melakukan sedekah jariah. Kerana ianya amalan yang berkekalan walau kita sudah terbaring kaku di dalam liang lahad.


Bersedekahlah walau dengan RM1. InsyaALLAH ada kebaikan dan kelebihan yang bakal kita saksikan di akhirat nanti. InsyaALLAH.


kepada mereka yang ingin menyumbang, disertakan no account bagi Maahad Tahfiz Al Ai Quran At Tanwiriah seperti berikut :


Bank Islam Malaysia Berhad : 010-230100-69514
Maybank Berhad : 5510- 4303-1018


Semoga jasa baik dan usaha saudara dan saudari dinilai sebagai amal taqwa oleh ALLAH SWT


Wassalam


Gersik, Muar, Johor
11 Julai 2011
12.30 tghri

Malam Nisfu Syaaban




15 Syaaban 1432 semakin hampir. Bermakna Ramadhan juga semakin hampir. Di tahun nan lalu, sebaik berakhirnya Ramadhan, maka berdoalah insan-innsan yang mengharap akan satu doa sebagai penutup bulan Ramadhan. Doa yang memohon ke hadrat ALLAH agar dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Kerana di bulan ramadhan terkandung di dalamnya rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Namun tidak semua yang berdoa direzkikan untuk bertemu Ramadhan.





Sepanjang dua minggu ini. Aku kehilangan dua orang yang amat aku kenal. Allayarham Jen (B) Tan Sri Zain Hashim, salah seorang jiran ku di Kota Damansara yang kembali ke rahmat ALLAH pada 30 Jun 2011, serta Allahyarham Mohamad Haziri Zulkifli yang merupakan murid ku di KPJIC yang dijemput ALLAH mengadap-NYA pada 4 Julai 2011. Kedua-duanya tidak direzkikan bertemu dengan Ramadhan, sebaliknya direzkikan untuk kembali ke rahmat ALLAH Yang Maha Pengasih.

Setiap kali menjelang 15 Syaaban, umat Islam akan bersedia menyambut satu malam yang amat istimewa di bulan Syaaban kerana pada malam itu ALLAH melimpahkan keampunan-NYA yang tiada tara sebagaimana Rasulullah SAW bersabda :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-NYA kecuali orang yang menyekutukan ALLAH atau orang yang bermusuhan." (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban
Diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya daripada Kathir bin Murrah berkata: Sabda Nabi SAW :
"Sesungguhnya ALLAH menilik kepada hamba-NYA pada malam Nishfu Syaaban, maka ALLAH mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia: (i) orang musyrik (yang mensyirikkan ALLAH) dan (ii) musyahin (orang yang suka bermusuhan).

Malam Nisfu Syaaban bukan sekadar malam pengampunan. Di dalamnya juga terkandung kemujaraban doa. Imam As Syafie menulis dalam kitab beliau Al UMM :

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban."

Maka hendaklah kita berusaha memperbanyakkan amal ibadah di bulan Syaaban sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadhan. Antara amal ibadah yang amat disukai oleh kekasih ALLAH< Rasulullah SAW adalah berpuasa.

Usamah bin Zaid RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Rasulullah SAW menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai )

Aisyah RA juga menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sayugia hendaknya kita selaku insan yang sering terpalit dengan dosa dan mungkar, mengambil kesempatan yang ada khususnya di malam Nisfu Syaaban yang bakal menjelang untuk meraih keampunan sambil memanjatkan doa, bermunajat kepada ALLAH di malam tersebut. Lantas gunakanlah peluang yang ada agar amal ibadah di malam-malam yang penuh berkat itu dapat diistiqamahkan pada malam-malam yang lain. Agar terdidik hati dan roh kita untuk terus tunduk dan patuh kepada perintah ALLAH. Melaksanakan segala arahan dan tuntutan-NYA sebagai mana yang difirmankan-NYA dan disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW. Menjauhi dan meninggalkan segala tegahan-NYA.
Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang bakal menjelang.
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya ALLAH swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu AKU mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu AKU memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu AKU menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya ALLAH aku pohonkan kemaafan-MU daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaan-MU daripada kemurkaan-MU dan aku berlindung kepadd-MU daripada-MU. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadap-MU seperti KAMU memuji diri-MU sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kepadd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya ALLAH Azzawajjala telah datang kepada hamba-NYA pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Kelebihan bulan Sya`ban.

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing).
Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

-------------------

KELEBIHAN BULAN SYABAAN

Sabda Nabi SAW : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah SAW ialah bulan Sya'aban.

Sabda Nabi SAW: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi SAW: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah SAW: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi SAW: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah SAW kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:

1. Orang yang kekal minum arak.

2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.

3. Orang yang kekal dalam zina.

4. Orang yang banyak berkelahi.

5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.

6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi SAW: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad SAW terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad SAW

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.

Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)

Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

--------------------

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic41_2003.htm

BULAN SYA'BAN :

Persediaan Di Ambang Ramadhan

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.

Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya

Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.

Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.

Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.

Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:

Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:

Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.

Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:

Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.

Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:



Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban

Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban

Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:

1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.

Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban

Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bid‘ah.

Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tsabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur'an atau pun hadis.

Jika seseorang itu masih juga ingin untuk melakukan sembahyang, maka sayugialah dia mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat Awwabin (di antara waktu maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq bukan sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban atau pada malam-malam yang lain.

Adalah mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan keampunan itu, wujud perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu adanya orang yang membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu Sya‘ban. Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan berdoa pada malam tersebut. Perbuatan seumpama ini setentunya menyumbang kepada maksiat.

Sesunguhnya bulan Sya‘ban itu adalah bulan di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak berpuasa sunat dibandingkan pada bulan-bulan yang lain, iaitu sebagai persiapan dan persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Amalan Baginda itu sewajarnya dicontohi oleh sekalian umat Islam disamping bulan Sya‘ban itu sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti Malam Nisfu Sya‘ban.

*********

FADHILAT SYA'BAN

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah SAW berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda SAW berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda SAW banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sahihnya dan imam Muslim di dalam sahihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina 'Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi SAW tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban, dan baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda SAW bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda SAW apabila mendirikan sembahyang maka baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sahihnya dan imam Muslim di dalam sahihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin 'Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina 'Aishah tentang puasa Rasulullah SAW maka dia menjawab : Adalah baginda SAW berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda SAW telah berpuasa dan baginda SAW berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda SAW berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda SAW pada bulan Syaaban. Kadang-kadang baginda SAW berpuasa Syaaban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda SAW berpuasa sedikit daripadanya.

(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sahihnya)

4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah SAW yang mana baginda SAW berpuasa padanya adalah bulan Syaaban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.

( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah SAW : Bulan apa? Aku telah berkata: Syaaban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda SAW : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.

( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )

Semoga kita merebut peluang ini dalam persediaan kita menghadapi Ramadhan 1432H.


Gersik, Muar
10 Julai 2011 / 7 Syaaban 1432
8.26 am

Saturday, July 9, 2011

Mayat Dan Persoalannya


Mayat dan Persoalannya

Setiap yang hidup pasti menemui maut. Sakhir-akhir ini, aku kehilangan dua orang yang aku kenal. Pertama ialaj Jen (B) Tan Sri Zain Hashim, yang menjadi jiran serta ahli qariah Masjid Kuning di Kota Damansara. Kedua ialah Mohamad Haziri Zulkifli, murid ku di KPJ International College. Semoga ALLAH mencucuri rahmat-NYA ke atas roh mereka. Al fatihah.



Apabila sampainy ajal seseorang, lalu bertamulah Izrail kepadanya bagi menjemput rohnya kembali ke hadrat ALLAH. Maka terpisahlah roh dari jasad. Terbujur kaku jasad lesu, menanti diuruskan. Maka wajib atas yang hidup mengurskan empat perkara bagi mayat orang Islam yan tidak di dalam ihram, tidak mati syahid dan bukan bayi yang gugur. Empat perkara tersebut adalah :

Memandikannya.
Mengkafankannya.
Mensolat jenazahkannya.
Menanamkannya.


Bagi mayat kafir harbi ( kafir yang memusuhi Islam ), harus dimandikan tetapi haram disembahyangkan serta tidak wajib ditanam. Hukum menanam mayat kafir harbi adalah harus.



Bagi mayat kafir zimmi ( kafir yang membayar ufti ), harus dimandikan, wajib dikafankan, haram disembahyangkan, wajib ditanam. Demikian juga bagi mayat kafir mua’aman (kafir yang diberi perlindungan di bawah kerajaan islam) dan kafir mua’had ( kafir yang ada perjanjian persahabatan dengan umat Islam).



Bagi mayat orang Islam yang murtad, hukumnya sama seperti hokum mengurus mayat kafir harbi.



Bagi mayat orang Islam yang di dalam ihram, semasa mengkafankannya, tidak boleh menutup kepalanya jika lelaki dan tidak boleh menutup muka bagi mayat perempuan. Tidak harus digunakan benda-benda wangi-wangian.



Bagi mayat orang yang mati syahid, tidak wajib dimandikan dan tidak wajib disembahyangkan atasnya bahkan ianya HARAM lagi tidak sah. Yang wajib hanyalah mengkafankannya dan ditanam. Sebaik-baiknya dikafankan dengan pakainnya yang berlumuran darah.



Bagi mayat bayi yang gugur, sekiranya bayi itu gugur dalam kandungan berumur bawah dari enam bulan, yang tidak diketahuikan hidupnya dengan menjerit atau bergerak atau bernafas sedang rupanya pun belum ada, tiadalah wajib padanya sesuatu malahan haram disembahyangkan, Cuma sunat sahaja dibungkus dengan kain dan ditanam.



Sebaliknya jika diketahui hidupnya dengan adanya salah satu dar tanda-tanda yang tersebut di atas tadi, maka hukumnya sama seperti orang dewasa. Wajib dimandikan, wajib dikafankan, wajib di sembahyangkan dan wajib ditanam.



Tetapi jika diketahui bayi tersebut hanya ada rupa manusia, tidak ada tanda-tanda pernah hidup (iaitu mati dalam rahim kandungan) maka hukumnya wajib dimandikan, wajib dikafankan, wajib ditanam dengan tidak payah disembahyangkan.

Jika bayi yang gugur jika sudah sempurna umurnya enam bulan, hukumnya sama seperti hokum menguruskan mayat orang dewasa. Iaitu wajib dimandikan, wajib dikafankan, wajib disembahyangkan dan wajib ditanam.



Mandi Mayat



Sekurang-kurangnya memandikan mayat itu dengan menjiruskan air merata badannya denagn sekali jirus sekalipun ia berjunub dengan demikian cukup untuk junub dan mandi.



Sebaik-baik cara pengurusan mandi mayat ialah dimandikan di dalam bilik dengan dipakaikan kain basahan, diletakkan atas tempat yang tinggi seperti pangkin atau meja dan airnya air sejuk biasa. Kemudian didudukkan mayat itu melentik ke belakang sambil tangan kanan tukang mandi memeluk belikat si mayat, dan ibu jari pada tengkuknya dan tangan kiri menekan-nekan perut si mayat seberapa kuat dari atas ke bawah beberapa kali supaya habis keluar baki-baki najis di dalam perutnya.



Orang yang menolong tukang mandi sentiasa menjiruskan air di mana tempat yang dikehendaki. Kemudian mayat ditelentangkan. Tukang mandi menggunakan sarung tangan kain dan membasuh qubul dan dubur si mayat. Kemudian ambil perca kain yang bersih dan suci untuk dibuat alat untuk membersihkan gigi dan hidung si mayat. Kemudian ambilkan wudhuk untuk si mayat dengan niat :



Sahaja aku mengambilkan wudhuk yang sunat bagi mayat ini kerana ALLAH Ta’ala.



Setelah itu, barulah mandi mayat yang sebenar bermula. Mulakan mandi mayat ini dengan niat :



Sahaja aku memandikan mandi yang wajib bagi mayat ini kerana ALLAH Taala.



Semasa berniat sambil menjiruskan air ke kepala dan janggutnya dengan air sabun dan air bidara kemudian dihuraikan rambutnya yang kusut dengan sikat perlahan-lahan. Mana rambut yang gugur dan jatuh, dikumpulkan agar boleh dimasukkan ke dalam kafan.



Sekiranya sewaktu mandi, ada keluar najis, maka wajib dibasuh sehingga hilang ainnya.

HARAM melihat aurat si mati melainkan ada hajat. Sunat tukang mandi mayat memandang ke tempat lain sewaktu membasuh bahagian aurat si mati.

Wajib meratakan air hingga apa yang zahir pada faraj perempuan yang janda ketika mencangkung (kerana ianya akan menzahirkan tempat yang tersembunyi dalam lipatan faraj). Wajib juga meratakan air ke bawah kelopak kulub zakar dengan menselselkan supaya dapat dibasuh dan dibersihkan dibawahnya (bagi lelaki yang belum khatan atau yang terlalu gemuk).

Sekiranya tidak boleh kerana dharurat, hendaklah ditayammmkan, kemudian dikafankan, disembahyangkan dan ditanam.



Hendaklah yang memandikan mayat si mati itu seorang yang amanah. Jika ia ternampak apa yang baik pada mayat itu sunat iceritakan kepada orang lain dan jika ternampak sesuatu yang aib padanya haram disebut kepada orang lain kecuali ada muslihat seperti bida’ah yang terang lagi nyata.



Bagi mayat yang uzur, seperti terbakar dan lemas tenggelam dan tidak boleh dimandikan hendaklah ditayammumkan. dikafankan dan disembahyangkan dan ditanam.



Orang lelaki lebih utama memandikan mayat lelaki. Orang perempuan lebih utama memandikan mayat perempuan. Tetapi harus si suami memandikan mayat isterinya dengan tangan bersampul dan harus juga isteri memandikan mayat suaminya dengan tangan bersampul.



KAFAN

Sekurang-kurangnya sehelai kain yang boleh menutup seluruh badan mayat. Tetapi seelok-eloknya tiga lapis kain bagi lelaki, tiap-tiap selapis menutup seluruh badan. Inilah yang paling afdal. Harus juga ditambah baju dan serban. HARAM mayat lelaki dikafankan dnegan kain sutera.



Bagi mayat perempuan dan khunsa, seelok-eloknya kafannya terdiri dari lima lapis kain iaitu sehelai kain dari pinggang ke bawah, sehelai baju, sehelai tudung dan dua helai kain panjang yang meliputi seluruh badan. Cara inilah yang afdal.



SEMBAHYANG JENAZAH



Rukun solat jenazah ada tujuh.

Niat : Sahaja aku sembahyang atas mayat yang hadir ini fardhu kifayah, empat takbirkerana ALLAH Taala. AllahuAkbar.
Berdiri bagi orang yang berkuasa beriri.
EMpat takbir bersama takbiratul ihram.
Membaca Al fatihah pada takbir pertama, sunat membaca A’uzubillah… Tidak sunat membaca doa iftitah dan tidak sunat juga membaca surah.
Membaca selawat atas Nabi selepas takbir yang kedua, sekurang-kurangnya …. Allahumma salli alaihi Muhammad.
Membaca doa selepas takbir ketiga, sekurang-kurangnya ….. Allahummaghfirlahu.
Memberi salam selepas takbir keempat … Assalamu alaikum warahmatullah.


MENANAM MAYAT



Mayat ditanam di dalam kubur. Kubur ialah satu lubang yang boleh menegah baud dan menegah dari dibongkar oleh binatang buas. Diletakkan mayat berbaring di atas rusuknya yang kanan dengan perlahan-lahan sambil membaca :

Bismillahi wa a’la millati Rasulillahi Sallallahu a’laihi wa sallam

Wajib mengadapkan wajah mayat kea rah qiblat. Jika tertanam, wajahnya membelakangkan qiblat atau terlentang atau tertiarap, maka wajiblah digali semula dan membetulkan kedudukan wajah mayat.

HARAM ditanam dua mayat dalam satu kubur sama ada lelaki keduanya atau perempuan keduanya atau seorang lelaki dan seorang perempuan walaupun mahram, melainkan ada hajat seperti tanah perkuburan terhad, maka harus ditanam beberapa mayat dalam satu liang.



HARAM memindahkan mayat ke tempat yang lebih jauh dari tanah perkuburan di mana tempat mayat itu mati. Kecuali mereka yang mati di kampong-kampung yang berhampiran dengan Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis.

Makruh diletakkan tikar atau hamparan atau bantal bersama mayat di dalam kubur. Makruh juga ditanam menggunakan keranda. Kubur tersebut hendaklah dikambus dan ditinggikan tanahnya. DIsunatkan ditanam pokok-pokok hijau yang hidup dan wangi. Disunatkan dijiruskan air sejuk dari arah kepala membawa ke kaki dan diletakkan batu atau kayu bertentang pada kepala si mayat.

Equatorial Penang
8 Julai 2011
3.00pm

Talqin Untuk Diri Ku


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA.


Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.





Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:


■Siapakah Tuhan kamu?

■Siapakah Nabi kamu?

■Apakah agama kamu?

■Apakah kiblat kamu?

■Siapakah saudara kamu?

■Apakah pegangan iktikad kamu?

■Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:


■Allah Ta’ala Tuhanku.

■Muhammad Nabiku.

■Islam agamaku.

■Baitullah itu kiblatku.

■Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.

■Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

■Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.


Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr

Wahai sahabat dan murid ku sekelian.

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Dan kita tidak pernah berjanji dengan ALLAH untuk hidup 1000 tahun lagi. Kita juga tidak pernah berjanji dengan ALLAH untuk hidup 100 tahun lagi. Kita juga tidak pernah berjanji dengan ALLAH untuk hidup setahun lagi. ..... MALAH ... kita juga tidak pernah berjanji dengan ALLAH untuk hidup hingga keesokan hari.

Lantas persiapkanlah bekalan untuk kita kembali ke hadrat ALLAH. Dan sebaik-baik bekalan adalah amal taqwa. Andainya banyak bekalan yang dibawa, maka berbahagialah kita kembali ke rahmat ALLAH. Tetapi andainya sedikit amal yang dibawa, amat celakalah diri kita. Justeru itu marilah kita bersama-sama berusaha ke arah ketaqwaan. perbanyakkan amal ibadah dan menjauhi larangan ALLAH kerana di situ letaknya kasih sayang dan ampunan ALLAH. Setiap kita akan kembali menyusul saudara/ sahabat/ kaum keluarga yang telah pergi mengadap ILAHI. Semoga kita akan bertemu dengan mereka di akhirat sana di dalam syurga ALLAH. Amieen Y Rabbal A'lamieen.

Nota: Selepas mati, seorang yang beragama Islam akan disebut namanya dan di’bin’kan kepada nama ibunya, yakni yang melahirkannya.



ENGLISH VERSION



O Myself who was born by my mother. O Myself who was born by my mother. O Myself who was born by my mother.



You shall remember the promises of ALLAH, which you have brought together from this world. Now you have entered the country of Hereafter. You have been admitted as there is no God that is to be worshiped in good faith EXCEPT ALLAH, and Prophet Muhammad is the messenger of ALLAH.





O myself who was born by my mother. Please remember. When it comes to you two angels that are similar to you specifically Munkar and Nankir, then do not feel afraid and scared. Do not you grieve and worry. And do not be surprised. O myself who was born by my mother, please know that Munkar and Nankir are the servants of ALLAH, as also you who serve and worship ALLAH. If they ask you to sit down, then they will also questioning you.





They say:





Who is your Lord?

Who is your Prophet?

What is your religion ?

What is your qiblah ?

Who is your brother?

What is your faith ?

And what is the kalimah that you brought with you ?





At the time ye ought to answer the questions given by them carefully and clearly, precise and correct. Do not tremble, and do not hastily. Please be calm and serene.





You shall answer this way:





ALLAH is the God Almighty.

Muhammad is my Prophet.

Islam my religion.

Baitullah is my qiblah.

All Muslims and believers are brothers to me.

Holy book Quran is my path to follow, even prayer five times, fasting during Ramadhan, alms and pilgrimage issue required upon me.

Of life until I die I say, "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".





O myself who’s was born by my mother, stick with your heart. This is the biggest challenge. Please remember you are now living in the in Barzakh the transition world. Until one period later, you will be raised again to gather at Mahsyar.





O myself who’s was born by my mother. Please realize. Indeed, die this is true. Interrogation by the angels, Munkar and Nankir in the tomb is true. Rising from the grave and then we live again in our original form is true. Gathered and assembled in Padang Mahsyar is true. Brought to account and thought all the deeds you have done is true. Drinking water in the pool of the Prophet is true. The Heaven and Hell are true. Indeed, Doomsday will still be there, as well as the Supreme Sovereign God, ALLAH who will resurrect the people from the graves.





In the end, we say farewell and goodbye to you in the sight of ALLAH Ta'ala. Hopefully ALLAH will give prosperity to you. Likewise ALLAH who sets your heart to calm and serene. We all prayed to ALLAH Almighty to tame your wild heart and have mercy on you who left alone in this tomb. Hopefully God will give you forgiveness and forgive mistakes and accept all your good deeds.

"O ALLAH, O Lord, we beg to YOU not to torture to this body with the grandeur of our prophet, Muhammad. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin ".





All living things will face death - "Kullu nafsin zaa iqatul maut".





Allah SWT says: "For the future, the real man really is in loss, except those who believe with faith and do pious, who remember to obey the truth, remembrance, and the recall-remembrance with patience." - Surah Al- A'sr





O my friends and students





Every animate doomed to die. And we never promised ALLAH to live 1000 years. We also never promised ALLAH to live another 100 years. We also never promised ALLAH to live another year. ..... In fact ... we also never promised ALLAH to live until the next day.





Then prepare ourselves to return back to ALLAH. And best preparation is taqwa. If many taqwa deeds we prepared to return, then blessed are we back to the grace of ALLAH. But supposing that brought a little charity, so woe to us. Indeed, let us together seek the direction of faith. Increase our deeds and turning away from something prohibits by ALLAH. Because, there lies compassion and forgiveness of ALLAH. Each of us will return following a brother / friend / the family that has gone to be in the custody of ALLAH. Hopefully we will meet them in the afterlife there in the heaven of ALLAH. Amieen Ya Rabbal A'lamieen.