Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Wednesday, February 3, 2010

Part 7 : Pertempuran Merebut Cinta Pertempuran Keenam Qawadih (Pencacat Ibadah)


Arwah datuk ku pernah berpesan : Bila hamba berlagak hamba, Raja akan sayang kepadanya. Tetapi bila Raja berlagak hamba, RAJA KEPADA SEGALA RAJA (ALLAH) akan sayang kepadanya.



Pertempuran ke 6 : A'qabatul Qawadih : Pencacat Ibadah

1. Muqaddimah Perkara Mencacatkan Ibadah
2. Riyak
3. Ujub
4. Perkara Yang Mendorong Kepada Ujub dan Riyak
5. Kesan Sifat Riyak & Ujub Ke Atas Diri dan Masyarakat
6. Jalan Penyelesaian : Ubat Kepada Penyakit Riyak & Ujub

1. Muqaddimah Perkara Yang Mencacatkan Ibadah

Dalam menyelusuri perjalanan menghampirkan diri kepada Allah SWT, seseorang muslim yang telah berjaya melalui 5 halangan yang menagih pertempuran, terpaksa pula melalui dan menempuh halangan yang ke-6. Halangan yang ke-6 ini juga terpaksa ditempuhi dengan usaha yang gigih bagai seorang tentera bertempur di medan perang. Malah halangan yang ke-6 inilah yang menjadi titik tolak, sama ada, 5 pertempuran yang pernah di menangi sebelum ini, dapat digunakan dalam mentaati Allah SWT serta menjauhi larangan Nya. Kegagalan dan kekalahan dalam pertempuran yang ke-6 ini menyebabkan si pejuang terpaksa berundur semula ke titik permulaan. Dan mendaki semula tangga pertempuran dari awal satu per satu. Inilah kesan kekalahan dalam pertempuran yang ke-6. Halangannya tidak banyak. Hanya dua. Namun impak yang berlaku amat besar, mendalam serta merugikan individu. Maka dengan itu pertempuran yang ke-6 ini dinamakan sebagai pertempuran berhadapan dengan perkara yang mencacatkan ibadah. Ada dua perkara yang menyebabkan ibadah seseorang menjadi cacat. Yang pertama ialah riyak dan yang kedua ialah ujub. Andainya pada pertempuran yang ke-6 ini kita tertewas, maka kita terpaksa mengulangi kembali kesemua pertempuran yang sebelumnya dalam menghampirkan diri kepada ALLAHSWT demi merebut cinta dan kasih-sayang dari-NYA.

2. RIYAK

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al Baqarah ayat 264)

Apakah makna riyak ? Riyak ialah ungkapan atau pekerjaan yang dilakukan dengan niat selain dari mengharapkan keredaan Allah. Membuat sesuatu kerana ingin dipuji atau takut dikeji. Setiap amal dilakukan demi mengharap penghargaan dari makhluk dan bukan Al Khaliq Yang Maha Agung. Lebih malang, sifat riyak ini sanggup menafikan kebenaran, walaupun dirinya tahu apa yang dilakukan itu suatu kemungkaran. Dan yang paling hina dan malang, bukan setakat sanggup menafikan kebenaran dan mendewakan kemungkaran, Mereka yang mempunyai sifat riyak ini kerana kerakusan sanggup menentang kebenaran walaupun dirinya tahu, kebenaran itu adalah hakiki. Inilah yang berlaku kepada Azazil.

Kisah

Azazil adalah Tok Guru kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan : Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat.

Maka menangislah Israfil kerana khuatir, makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang untung nasib mereka.

Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi tok guru kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)

Malangnya, kerana ego dan sombong, serta merasakan dirinya sudah selamat, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat.

Berkatalah Azazil kepada Allah dalam keadaan tak sedar, hamba terlaknat yang dimaksudkan itu adalah dirinya. Kata Azazil : Ya Rabbi ! Izinkanlah aku melaknat hamba mu itu.

Dan Azazil melaknat dirinya tanpa disedarinya selama 1000 tahun.

Dan tatkala Allah menciptakan Adam dari segumpal tanah, lalu Allah memerintahkan seluruh makhluk untuk tunduk menghormati Adam, maka tunduklah segala makhluk menuruti perintah Allah KECUALI Azazil. Azazil rasa maruahnya tercabar kerana dirinya yang dicipta dari api sangkaannya lebih mulia dari Adam yang dicipta dari tanah. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis.

Apabila Iblis diturunkan ke bumi, berkata Iblis kepada Allah :

Iblis : Demi kemuliaan Engkau dan kebesaran Engkau Ya Allah, akan aku sesatkan seluruh anak Adam selagi ada roh di jasad mereka.

Dan Allah berfirman : Demi kemuliaan Ku dan Kebesaran Ku, tidak aku halang mereka yang engkau sesatkan dari melakukan taubat selagi tiada nafasnya di ghargharah (suara orang ketika nazak) iaitu tiada nyawanya di halkum.


Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekamunya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Al Baqarah 34)

Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Sesungguhnya yang paling saya takutkan pada kamu adalah syirik paling kecil" Para sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan syirik paling kecil itu?" Baginda menjawab: "Riyak." Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari semua amal hamba dibalas (hari kiamat): "Datangilah orang yang dulu kamu tunjukkan amal kamu padanya di dunia, lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan daripada mereka." (Hadis riwayat Ahmad dan Al Baghawi. Syekh al Albani berkata: sanadnya baik (jayyid)," lihat Salasilah Hadis Sahih)

Azazil tahu bahawa Adam AS adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, dan Azazil juga tahu bahwa hanyasanya Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa, namun Azazil sanggup menjadikan dirinya Iblis laknatullah. Iblis menentang kebenaran yang sememangnya diketahui olehnya, semata-mata kerana riyak dan merasakan diri sempurna. Apa yang dilakukan oleh Iblis ialah kerana ingin mengharapkan penghargaan makhluk, kerana dulu dia merupakan Tok Guru kepada para malaikat. Mana mungkin Tok Guru kepada para Malaikat mesti tunduk menghormati seorang manusia yang dibuat dari tanah yang hina bernama Adam ? Seandainya penghargaan makhluk yang dicari, nah inilah natijahnya, kemurkaan Allah yang diperolehi. Oleh itu marilah kita berusaha untuk mengikhlaskan hati. Kerana lawan kepada sifat riyak adalah ikhlas.

Diriwayatkan, apabila hamba Allah yang riyak menuntut pahala amalannya pada hari Kiamat, Allah Taala lalu berfirman: “Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?”

Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas. Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.

Diriwayatkan lagi, bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:

“Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu) mengerjakan amalan itu bukan kerana-Ku”.

Mengikut riwayat yang lain: Pada hari Kiamat, kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk, “Hai, orang-orang yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu. Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada-Ku”.

Seterusnya diriwayatkan lagi, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya, ‘Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riyak, pengadu-domba dan pendengki”.

Mengikut Imam al-Ghazali: “Bakhil dalam Hadis tersebut membawa maksud, bakhil yang sejahat-jahat bakhil, iaitu bakhil daripada mengucapkan La ilaha illallah, Muhammadun Rasulullah. Manakala riyak itu pula ialah sejahat-jahat riyak, iaitu riyak orang munafik, menunjuk-nunjuk imannya dan tauhidnya dengan kata-kata dan perbuatan, tetapi di dalam hatinya berlainan.

Orang yang tidak mengatasi bakhil dan riyak tersebut atau tidak membebaskan diri daripada serangan kedua-duanya, akan menerima kecelakaan dan akan terjatuh dalam kekufuran, lalu terluput daripada syurga dan berhak kekal dalam neraka”.

Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari Kiamat ialah:

· lelaki yang membaca / menghafaznya al-Quran,
· lelaki yang banyak harta,
· lelaki yang terkorban dalam perang sabil.

Kepada lelaki yang membaca / menghafaz al-Quran, Allah Taala berfirman, “Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?”.

Apabila lelaki itu menjawab, “Ya, wahai Tuhanku”, Allah berfirman lagi, “Apa yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur’an itu?”.

Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya, “Engkau dusta!”. Para Malaikat juga turut berkata demikian. “Engkau sebenarnya mahukan sebutan / pujian orang. Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran untukmu”.

Kepada orang kaya pula Allah berfirman, “Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?”.

Jawab orang kaya, “Ya, wahai Tuhanku”. Lalu Allah berfirman lagi, “Apakah yang engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?”.

Jika orang kaya itu menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. “Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!”.

Demikianlah juga, firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil, apabila dia berbohong dengan mengatakan, “Engkau perintah kami berjihad fi sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku dibunuh”.

Ibnu ‘Abbas pula meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya neraka dan penghuninya menjerit-jerit kerana orang-orang riyak”.

Ibnu ‘Abbas bertanya, “Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab, “Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riyak”.

Orang yang mengerjakan amal kebajikan kerana berkehendakkan manfaat dunia, walaupun manfaat itu diharapkan daripada Allah (bukan daripada manusia) adalah juga termasuk dalam riyak, iaitu riyak khusus.

Menurut ulama, “riyak” itu adalah berdasarkan apa yang dikehendaki, bukan daripada siapa kehendak itu diminta. Tak kira, sama ada daripada Allah Taala atau daripada manusia, jika manfaat dunia yang dikehendaki, maka itu dikira riyak. Habuannya hanyalah di dunia semata-mata. Oleh sebab itu Rasulullah S.a.w memberi amaran bahawa riyak itu merupakan SYIRIK yang terkecil.

Firman Allah Taala, mafhumnya:

“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah As Syuura : Ayat 20

Jika manfaat dunia yang dikehendaki untuk dijadikan bekalan beribadat, maka itu tidak dikira riyak, kerana manfaat itu bukan bersifat duniawi semata-mata, tetapi bercampur dengan manfaat ukhrawi.

Jadi, niat untuk mencapai matlamat kebajikan ke jalan akhirat bukan dikira riyak. Umpamanya, kita berusaha mencari pengaruh atau berusaha untuk mendapat penghormatan orang ramai dengan cara meninggikan taraf hidup kita, semata-mata dengan tujuan agar kerja kebajikan kita, misalnya kegiatan dakwah, mendapat sokongan dan sambutan yang akan mendatangkan hasil yang diharapkan atau mendapat kejayaan yang cemerlang.

Hal seperti itu dikatakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat kebajikan (untuk akhirat), kecuali jika pengaruh dan penghormatan itu untuk memperolehi kemuliaan, kebesaran, kemasyhuran, kemegahan dan keadaan yang bersifat duniawi yang lainnya.

Peringkat Riyak

1- Riyak Akbar (Besar)

Riyak akbar ialah melakukan ibadat kerana mahu sesuatu dari manusia dan bukannya kerana Allah SWT. Riyak ini adalah berpaling terus daripada Allah secara keseluruhannya. kerana ia berkiblatkan manusia sepenuhnya.

2- Riyak Asghar (Kecil)

Riyak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan sesuatu dari Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riyak ini lebih ringan daripada riyak akbar kerana orang itu masih menghadap pada Allah, cuma ada juga berharap pada manusia dari sudut lain.

3- Riyak Jali ( yang terang )

Riyak ini ialah menggalakkan seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riyak ini dia tidak berminat atau tidak mahu langsung untuk melakukan amal ibadat.

4- Riyak Khafi ( yang tersembunyi )

Riyak ini pula ialah riak yang tersembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat. Jika tidak ia akan malas-malas dan tidak bersungguh untuk beribadah.


Melindungi diri dari penyakit Riyak

Sesungguhnya penyakit yang paling besar serta mematikan yang menimpa hati manusia , serta dapat menjadikan amalan-amalan sia-sia, juga merosakkan seluruh perbuatan manusia serta melahirkan kekerasan dan kekejian ialah riyak.

Riyak adalah sebahagian dari perbuatan syirik menyekutukan Allah, dan sikap ini bersatu dalam diri orang yang takabbur. Banyak nas yang mencela sikap ini, antaranya;

Sabda Rasulullah S.a.w dalam hadith Haritsah bin Wahab, “Mahukah kalian aku beritahu tentang penghuni neraka, iaitu setiap orang yang berperangai jahat serta kasar, orang gemuk yang berlebih-lebihan dalam berjalannya dan orang-orang yang sombong.” Hadith Riwayat Bukhari

Dan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim



3. UJUB

Rasulullah SAW bersabda :Sekairanya kamu tidak pernah berdosa, tentulah aku takut kalau kamu ditimpa dosa yang lebih besar iaitu ujub (rasa kagum dengan diri sendiri = syok sendiri) (Riwayat Al Bukhari)

Apakah makna ujub ? Ujub ialah suatu perasaan yang menjadikan seseorang itu rasa hairan dengan dirinya. Rasa dirnya amat istimewa lain dari yang lain. Atau dalam istilah kasar Melayu, syok sendiri atau perasan. Akhirnya sifat ini akan menjadikan yang empunya diri terlalu membesar-besarkan diri hingga melupakan hak Allah SWT. Sifat ujub inilah juga yang menjadi sifat Azazil. Disebabkan diri Azazil yang menjadi Tok Guru kepada para Malaikat, maka Azazil merasakan dirnya sudah hebat. Maka dia engkar kepada kebenaran, walaupun dia tahu kebenaran itu adalah hakiki yang dating dari Allah SWT. Azazil sanggup menjadi Iblis laknatullah semata-mata kerana merasakan dirinya Maha Hebat dan Maha Pandai.

Maka wajib ke atas setiap muslim untuk mengabdikan diri kepada Allah menjauhi sifat ujub kerana :

a. Ujub menghalang taufik dan rahmat Allah. Apabila tiada taufik dan rahmat dari Allah, maka hinalah manusia dan binasalah hidupnya dunia dan akhirat.
b. Ujub merosakkan amal soleh.

Sebab itu, dalam kitab-kitab kuning, ada disebut ; Ketahuilah olehmu, bahawasanya ujub itu ialah menganggap agung atas amal soleh, ilmu yang diperbuat oleh dirinya sendiri. Contohnya dengan mengatakan "Akulah yang paling soleh, tidak ada orang lain yang melebihi kesolehanku". Menurut perkiraan si hamba bahawa yang menjadi sebab berhasilnya kemuliaan amal soleh itu ialah dengan sebab adanya suatu perkara, bukan dengan pengantaraan Allah, atau dengan sebab manusia itu sendiri.

Imam Al Ghazali dalam Minhajul Abidin menyatakan. Walaupun ada factor-faktor lain yang boleh mencacatkan ibadah, tetapi pokok kepada factor-faktor yang lain adalah riyak dan ujub.

4. Perkara-perkara Yang Boleh Mendorong Kepada Sifat Ujub & Riyak


Sifat riyak dan ujub ini ada dalam diri setiap manusia. Dan kedatangannya bagai angin bayu tanpa kesedaran kita. Setiap kelebihan dan nikmat anugerah Allah yang ada dalam diri kita walaupun sedikit, mampu mencetus rasa riyak. Lebih-lebih lagi jika kelebihan dan nikmat yang menjadi milik kita bukan sedikit. Antara nikmat dan kelebihan yang boleh menjadi asbab ke arah sifat riyak ialah :


a. Darah keturunan : Yaitu keluarga dan lingkungan tempat seseorang itu membesar. Seorang insan biasanya tumbuh sesuai dengan olesan tangan kedua orang tuanya. Ia akan menyerap kebiasaan-kebiasaan keduanya atau salah satunya yang positif maupun negatif, seperti sikap senang dipuji, selalu menganggap diri suci dan lain-lain lagi.

Dalam sebuah kisah pada zaman kekhalifahan Umar radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahwa ketika Jabalah bin Al-Aiham memeluk Islam, ia mengunjungi Baitullah Al-Haram. Sewaktu tengah melakukan thawaf, tanpa sengaja seorang Arab badui menginjak kainnya. Tatkala mengetahui seorang Arab badui telah menginjak kainnya, Jabalah langsung melayangkan tangannya memukul si Arab badui tadi hingga terluka hidungnya. Si Arab badui itu pun melapor kepada Umar radhiyallahu ‘anhu mengadukan tindakan Jabalah tadi. Umar radhiyallahu ‘anhu pun memanggil Jabalah lalu berkata kepadanya: “Engkau harus diqishash wahai Jabalah!” Jabalah membalas: “Apakah engkau menjatuhkan hukum qishash atasku? Aku ini seorang bangsawan sedangkan ia (Arab badui)orang pasaran !".

Saidina Umar menjawab, "Islam telah menyamaratakan antara kalian berdua di hadapan hukum! Tidakkah engkau ketahui ? Islam telah meninggikan darjat Salman Al Farisi seorang pemuda Parsi dan menghinakan Abu Lahab kerana syirik yang dilakukan olehnya.

b. Jawatan pangkat kebesaran : Sedarlah bahawa jawatan, pangkat dan segala kebesaran tidak akan kekal pada diri mu. Akan sampai masanya, gelaran, sanjungan dan jawatan itu akan terlerai atau dileraikan dari diri mu. Tatkala itu, diri mu sudah lagi tiada di mata masyarakat, lebih-lebih lagi tiada di hati masyarakat. Maka kekalkanlah sifat kehambaan. Arwah datuk ku pernah berpesan :

Jika hamba berlagak hamba, Raja akan sayang kepadanya. TETAPI, jika raja berlagak hamba, RAJA KEPADA SEGALA RAJA (ALLAH) akan sayang kepadanya.

c. Harta yang menggunung : Harta yang dimiliki juga tidak akan kekal. Apabila saat kematian menjemput, tiga perkara akan mengiringi diri mu ke pusara. Harta mu, keluarga mu dan amalan mu. Tatkala engkau sudah bersemadi di alam barzakh, kembalilah kaum keluarga mu dan harta mu meninggalkan diri mu bersendirian di pusara. Yang hanya menemani mu adalah amalan mu. Andainya harta yang ada tidak mampu menyelamatkan diri mu, untuk apa engkau berlaku ujub dengan banyaknya harta yang menggunung ? Insaflah wahai diri. Sesungguhnya harta yang paling berharga ialah anak yang soleh yang bakal menyambung amal jariah mu setelah engkau bersemadi di alam barzakh.

d. Ilmu yang banyak, tetapi tidak beramal dengannya : Ilmu yang tidak diamal bagaikan, nasi yang tidak dimakan, akhirnya akan basi dan menjadi sumber penyakit. Mereka yang beramal dengan ilmunya akan dapat melihat kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Tatkala itu tiada masa untuk dirinya berlaku ujub dan riyak. Kerana ilmu yang diamalkannya sering membayangkan siksaan api neraka andainya perlakuan dosa dilakukan.

e. Wajah dan paras rupa yang indah dan cantik : paras rupa yang indah dan cantik tidak akan bertahan lama. Akan sampai masanya, rupa paras akan pudar dan dimamah usia. Namun kecantikan hati yang melahirkan akhlak mulia jua kan kekal di hati masyarakat. Sifat kehambaan antara keindahan yang terhasil dari kecantikan hati. Maka kekalkanlah rasa kehambaan dalam diri mu agar engkau sedar bahawa diri mu kaya dengan sifat-seifat kelemahan dan mengharap kasih sayang dan rahmat ALLAH Yang Maha Sempurna lagi Maha Kaya.

f. Pengikut yang ramai : Pengikut yang ramai hanya menjadi bebanan kepada diri mu kerana engkau bertanggungjawab ke atas setiap diri mereka. Saidina Abu Bakar pernah berkata ketika dirinya dilantik menjadi Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW. Katanya : "Wahai diri ku. Aku dilantik menjadi khalifah bukanlah kerana diri ku layak. Sebaliknya jawatan khalifah ini meletakkan sebelah kaki ku di syurga dan sebelah lagi kaki ku di neraka. Andainya aku berjaya melaksanakan amanah sebagai khalifah, maka syurgalah balasan ku. Andainya aku gagal melaksanakan amanah ini, maka amat celakalah diri ini". Wahai diri, ingatlah. Bahawa ramainya pengikut datang bersamanya amanah yang sukat untuk engkau tunai. Maka bersandarlah dan bermunajatlah kepada ALLAH agar engkau diberi kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada diri mu.

g. Kelebihan-kelebihan yang pada kebiasaan yang tidak terdapat pada orang lain : Kelebihan-kelebihan yang ALLAH anugerahkan sebenarnya adalah suatu ujian kepada diri mu apakah engkau mampu bersyukur atas nikmat-NYA, atau apakah jalan kekufuran yang engkau pilih.

Ingatlah janji ALLAH : "Andainya engkau bersyukur atas nikmat-nikmat KU, nescaya akan aku tambah nikmat KU kepada mu. Tetapi andainya engkau kufur, ingatlah sesungguhnya azab KU amat pedih"

Maka bersyukurlah atas nikmat anugerah ALLAH agar diri mu akan dilimpahi dengan nikmat-nimat yang lain. Antara nikmat yang paling besar dan agung ialah nikmat iman dan Islam. Tidak ramai manusia yang dianugerahkan nikmat iman dan Islam oleh ALLAH. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang ALLAH berikan nikmat iman dan Islam.

Abu Talib, ayah saudara Rasulullah SAW. Beliau merupakan manusia yang paling kuat mempertahankan Rasulullah SAW. Pernah Abu Talib membuat deklarasi di Darun Nadwah kepada pembesar-pembesar Quraisy. Katanya " Andainya ada sesiapa yang ingin membunuh anak saudara ku Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib, hendaklah dia membunuh diri ku terlebih dahulu." ... walau sebegitu optimis pembelaan Abu Talib, namun ALLAH tidak rezkikan dirinya dengan iman dan Islam. Abu Talib menghembuskan nafasnya sebagai seorang musyrik.

Maka jagailah dan suburkanlah nikmat iman dan Islam ini agar ianya tidak ditarik kembali oleh ALLAH dari diri kita.

5. Kesan Ujub Dan Riyak Kepada Diri dan Masyarakat

Sabda Rasulullah SAW;Tiga perkara yang membinasakan manusia(Pertama) Kikir yang diikuti(dan Kedua) Hawa nafsu yang diikuti yakni mengikut perbuatan yang disukai oleh nafsunya(dan Ketiga) rasa ujub seorang akan dirinya.

Kesan dua sifat mazmumah ini terhadap diri pemiliknya ada dua jenis kerosakan yang akan menimpa dirinya.Pertama ialah pembuat ujub dan riyak akan menerima 2 keaiban. Kedua ialah pembuat riyak akan menerima 2 musibah.

Dua keaiban itu ialah :Keaiban secara samar iaitu diaibkan Allah di hadapan para malaikat. Amal ibadahnya tidak diterima oleh Allah SWT. Malah Allah memerintahkan para malaikat mencampakkan amal ibadah tersebut ke muka si pembuat ujub dan riyak.Keaiban di hadapan seluruh manusia di Padang Mahsyar, dari manusia pertama yang hidup dimukabumi iaitu Nabi Adam AS, hinggalah manusia yang terakhir hidup di kala Israfil meniup semboyan sangkakala. Maka tidak hairanlah ada juga berlaku manusia yang ujub dab riyak, diaibkan Allah di dunia lagi sebelum diaibkan di akhirat.


Dua musibah ialah :Syurga haram ke atasnya, kerana pembuat ujub dan riyak menanggung akibat buruk dari perlakuannya sehingga terjerumus ke dalam kekafiran sebagaimana yang berlaku kepada Azazil. Lantas tercabutlah iman dan terjerumus ke dalam neraka.Neraka tempat perhentiannya. Inilah tempat perhentian yang sewajarnya buat manusia yang ujub dan riyak.


Seandainya hati tidak dididik dengan iman, maka kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada kita akan menjadi asbab untuk seseorang manusia berlaku riyak.


Apabila seseorang berlaku ujub dan riyak, maka wujudlah jurang perbezaan antara orang yang menerima nikmat Allah dan orang yang kurang beroleh nikmat. Yang menerima nikmat akan memandang rendah kepada yang hidup dalam kekurangan. Maka jurang perbezaan dan jurang perpecahan semakin besar. Hancurlah ukhwah, justeru itu memberi ruang kepada musuh Islam untuk menakluki umat Islam.


Hakikatnya, kelebihan dan nikmat yang dianugerahkan Allah buat kita di dunia ini, bukanlah wasilah untuk kita menunjuk-nunjuk dan berlakuujub atau pun riyak, sebaliknya adalah ujian dari Allah sama ada kita mampu mensyukuri nikmat tersebut dan berkongsi kelebihan yang kita miliki bersama-sama dengan orang yang kurang bernasib baik. Agar nantinya, berputik bunga ukhwah dan kasih sayang, serta hubungan sesama manusia saling lengkap-melengkapi.

Ingin ditegaskan, sifat ujub dan riyak ini mampu menyerang sesiapa sahaja. Orang yang tidak mempunyai sebarang kelebihan juga mampu menjadi ujub dan riyak. Tetapi malang dan bodohlah dirinya kerana berlaku ujub dan riyak dalam keadaan serba kekurangan. Bak kata pepatah melayu, menjadi seorang yang bodoh sombong. Dan sifat ujub dan riyak yang paling hina ialah apabila telah nyata akan kebenaran, maka kita memalingkan diri dari kebenaran, malah kita menentang dan memusuhi kebenaran. Di kala ini, martabat kita saling tidak tumpah sifat si iblis yang dilaknati Allah. Maka memang sewajarnyalah, manusia yang bersifat ujub dan riyak ini, dijerumuskan ke lembah penghinaan di dunia dan dibakar di neraka.

Seandainya seseorang Muslim benar-benar yakin dengan akhirat dan rukun iman yang lain, pastinya mereka tidak akan celupar untuk berlaku riyak. Kerana mereka sedar hakikat kejadian manusia adalah dari setitis air mani yang hina lalu dijadikan batang tubuh jasad manusia. Dan kejadian manusia itu sendiri adalah sebagai seorang HAMBA. Tidak lebih dari itu. Maka sewajarnyalah setiap perlakuan si Hamba, adalah untuk mendapat keredhaan dari Tuhannya dan bukan untuk hidangan hamba-hamba yang lain. Maka dengan sebab itulah, untuk mengatasi sifat riyak, hendaklah seseorang itu berlaku ikhlas.

6. Ubat Riyak dan Ujub serta Cara Membersihkan Hati Daripada Riyak dan ujub

Kita telah mengetahui bahawa riyak dan ujub menghapuskan amal, mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan merupakan pembinasa yang paling besar. Kalau memang begitu keadaannya, maka sudah sepatutnya kita sungguh-sungguh mengatasinya. Untuk mencabut akar umbi riyak dan ujub, maka hendaklah seseorang muslim mempunyai sifat ikhlas. Ikhlas adalah lawan kepada sifat riyak sementara tawadduk adalah lawan kepada sifat ujub. Ada beberapa peringkat untuk memperolehi sifat ikhlas dan tawadduk.

Pertama: Memotong akar atau asal-usul datangnya penyakit ini iaitu suka dipuji, terasa amat pahit sekiranya dicela dan sangat tamak untuk dimiliki apa yang dimiliki orang lain. Tiga perkara inilah yang menggerakkan seseorang bersifat riyak dan ujub. Cara mengatasinya: Kita perlu sedar bahaya riyak dan ujub dan akibat yang ditimbulkannya seperti menghalang seseorang memperoleh hati yang baik (bersih), mendapatkan taufik di dunia, tidak mendapatkan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat nanti, balasan yang akan diterima berupa seksaan kemurkaan yang dahsyat dan kehinaan yang nampak. Bagaimanapun, jika seorang hamba memikirkan kehinaan tersebut, kemudian membandingkan apa yang didapatkannya berbanding akibat yang diperoleh, ia dengan mudah akan menghilangkan keinginan tersebut. Seperti seseorang yang mengetahui bahawa madu itu lazat, tetapi sekiranya di dalamnya terdapat racun yang boleh mendatangkan keburukan, ia akan meninggalkan madu tersebut.

Kedua: Menghilangkan pelbagai (bisikan) yang datang mengganggunya ketika melakukan ibadah. Orang yang inginkan kebaikan akan memerangi penyakit di dalarn jiwanya dengan memotong punca-punca riyak dan ujub, menghilangkan rasa tamak dan menganggap hina pujian dan celaan orang. Jika terbetik dalam benaknya bahawa orang-orang sedang melihatnya, ia akan melawannya dengan mengatakan pada dirinya: Apa keperluan mu dengan orang-orang itu, sama ada mereka tahu. atau tidak keadaan dirimu, yang pasti Allah SWT mengetahui keadaan dirimu. Apa faedahnya orang mengetahui amal kita? Jika keinginan untuk mendapatkan pujian sedang bergejolak, ingatlah akan penyakit riyak dan ujub yang ada dalam hati yang akan menyebabkan seseorang mendapatkan murka Allah SWT dan kerugian yang besar di akhirat nanti.

Oleh itu, untuk memotong akar asal usul ujub dan riyak, serta untuk menghilangkan bisikan yang datang, seseorang muslim hendaklah :


1. Memperkemaskan ilmu Fadhu Ain dan beramal dengannya. Dengan itu seseorang muslim akan sedar bahwa dirinya adalah hamba Allah yang hina. Hanya Allah tempat dipersembahkan segala amalan, bukan kepada makhluk. Hanya kepada Allah seseorang mengharapkan balasan dan bukannya mengharap anugerah pemberian makhluk.
2. Apabila menerima nikmat, segeralah mengingati Allah dan ucapkan kesyukuran atas nikmat yang diperolehi. Lantas segeralah beristighfar kepada Allah kerana takut nikmat yang bakal diperolehi menjadikan kita lupa bahawa nikmat itu merupakan ujian bujat diri kita. 3. Bersegeralah mengucapkan la haula wala quwata illa billah sebagai tanda kelemahan kita sebagai makhluk Allah.
4. Apabila menerima nikmat, segeralah juga kita bandingkan nikmat yang kita perolehi itu dengan nikmat orang lain yang lebih besar dan berharga. Agar kita sedar bahwa nikmat yang kita perolehi itu tidak seberapa dan bila-bila masa sahaja Allah mampu menariknya semula. Dengan itu kita mampu bersyukur.
5. Apabila ditimpa musibah, segeralah kita membandingkan musibah tersebut dengan musibah orang yang lebih teruk dari kita. Agar nantinya kita akan bersabar dan redha dengan ketentuan Allah atas kita.
6. Sentiasalah menggauli orang yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Kerana ianya menjadikan kita insaf akan kedudukan kita sebagai makhluk Allah yang lemah. Maka tidak hairanlah ulamak-ulamak sufi dalam mendidik murid mereka agar tidak berlaku riyak dan ujub, anak-anak murid mereka dihina oleh mereka di khalayak ramai. Ini jelas diceritakan dalam kisah Sheikh Abu Yazid Al Bustami dan Sheikh Hassan Al Basri, mereka menghina dan mengaibkan orang-orang yang ujub dan riyak yang sedar mereka berbuat kemungkaran tetapi tidak mahu tunduk dan patuh kepada kebenaran. Maka AL Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub menegaskan, harus mengaibkan orang yang ujub dan riyak di khalayak ramai sebagaimana harus seorang yang zalim diumpat, agar tindak tanduk mazmumahnya tidak diikuti oleh orang lain.
7. Bermujahadatunnafsi melalui tiga peringkat yang pernah dibincang dalam pertempuran yang lalu iaitu Takhalli, Tahalli dan Tajalli. Bertafakur. Memikir akan kebesaran Allah SWT.Semoga syarahan yang ringkas ini mampu kita jadikan panduan untuk terus menghampirkan diri kepada Allah SWT.


Salah Meninggalkan Ketaatan kerana Takut Riyak dan ujub

Ada orang yang meninggalkan amal kebajikan kerana takut riyak dan ujub. Ini satu sikap yang salah, sesuai dengan keinginan syaitan untuk mengajak manusia malas (beramal) dan meninggalkan kebaikan. Jika dorongan hati untuk beramalnya adalah benar dan sesuai dengan tuntunan syariat, maka jangan meninggalkan amal kerana ada bisikan yang takutkan jika beramal kerana riyak dan ujub. Yang baiknya, seseorang itu berusaha mengatasi bisikan tersebut dan menanamkan dalam dirinya malu terhadap Allah SWT dan mengganti harapan mendapat pujian manusia dengan harapan kerana Allah SWT, Fudhail bin Iyadl berkata: "Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak dan ujub dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut. "Hukamak juga ada berkata: "Barang siapa yang meninggalkan amal kerana takut tidak ikhlas maka ia telah meninggalkan ikhlas dan amal."


Thursday, January 14, 2010

Wahai Diri Ku, Berjuanglah .... Berjuanglah .... Berjuanglah ........


ALLAH SWT berfirman yang artinya : "Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam" (Ali Imran : 19)



Tinggallah ayah tinggallah ibu,
Relakan kami pergi berjuang,
Kami meninggalkan kemewahan,
Untuk maju terus berjuang.

Andainya masa telah berlalu,
Khabar berita tidak kunjung tiba,
Anggaplah diri ku telah gugur,
Di medan jihad,
Sebagai syahid.

Jangan kembali pulang,
Andai sebelum menang
Walau jasad ku terdampar di medan juang
Tak mungkin ku menyerah kalah.

Mengapa ku harus putus asa
Kerana dunia sementara
Esok lusa kita kan kembali
Bertemu Allah Rabbul Izzati

Begitulah bait-bait puisi yang aku ajarkan kepada semua anak-anak ku.

Hari ini hari kedua aku di bumi India. India yang menjadikan agama Hindu sebagai agama rasmi.

Suatu ketika dulu, aku pernah berhujjah dengan seorang chatter yang muslim yang berkata :

Chatter : Apa salah Kristian gunakan perkataan ALLAH ? Dalam Quran pun ada sebut ; Segala puji bagi ALLAH, Tuhan kepada sekelian alam. (Surah Al Fatihah :2). Jelas kat situ, ALLAH tuhan kita, tuhan untuk orang Kristian, untuk Hindu, Yahudi, Buddha. Apasal nak kecoh ?

Chatter lagi : Lagi pun agama Kristian lebih lama dari agama Islam. Orang Kristian lebih lama guna perkataan ALLAh dari orang Islam. Agama Kristian dah 2000 tahun, Islam baru 1400 tahun. Kalu nak tengok lama, Hindu lagi lama. Agama menyembah berhala lagi lama dari Kristian dan Islam.

Astaghfirullahalazim. Bagi ku, orang yang bersetuju kalimah jalallah ALLAH digunakan oleh kaum musyrikin adalahorang yang TIDAK BERMARUAH dan DAYUS walau apa jua jawatan yang mereka pegang, walau apa jua title yang mereka sandang. Baik ustaz, engineer, ulamak, mufti, mantan mufti, jutawan, Profesor, Doktor dll. Sekali lagi ingin ku ulang kata-kata ku ;

Orang yang bersetuju kalimah jalallah ALLAH digunakan oleh kaum musyrikin adalahorang yang TIDAK BERMARUAH dan DAYUS walau apa jua jawatan yang mereka pegang, walau apa jua title yang mereka sandang.

Hujjah Pertama Ku : Nama ALLAH ada banyak. Dalam Al Quran ada disebut 99 nama ALLAH. Kalimah jalallah ALLAH adalah nama yang paling agung. Hanya ALLAH sahaja yang tahu makna kalimah jalallah. Hanya umat Islam sahaja yang layak menggunakan kalimah jalallah ALLAH.

Kalimah jalallah ALLAH hanya untuk umat Islam. Dalam kitab-kitab Bible Kristian dan Yahudi, tidak terdapat kalimah ALLAH di dalamnya. Yang ada hanyalah hotheos, tontheos, elohim, el eyon, eloah, elohim, eli yg jika diterjemahkan adalah tuhan. Bukannya ALLAH.

Mengikut sejarah Kristian, Jesus disalib dan dibunuh pada tahun 30-AD. Pada tahun 1611 Masehi, King James mengarahkan agar Bible dikumpul. Saint Paulus diarahkan untuk menulis Bible berdasarkan cerita yang datang dari 12 orang pengikut Jesus. Cerita tersebut diperturunkan dari satu generasi ke generasi, dari tahun 30-AD hinggalah tahun 1611-Masehi. Berdasarkan Bible Perjanjian Lama King James, TIDAK ADA SATU PUN NAMA KHAS BAGI TUHAN tercatat di dalamnya. Lebih-lebih lagi di dalam Perjanjian Baru, tak akan ada nama khas bagi Tuhan. Yang ada hanyalah hotheos, tontheos, elohim, el eyon, eloah, elohim, eli yg jika diterjemahkan adalah tuhan. DAN HAKIKAT tuhan bagi Kristian adalah Tuhan yang bersifat Triniti, boleh disalib, boleh dibunuh, tuhan yang lemah sehingga perlu meminta tolong dan merayu kepada manusia, tuhan yang bodoh sehingga boleh ditipu oleh manusia. Hakikat tuhan bagi Kristian AMAT BERTENTANGAN dengan hakikat tuhan bagi umat Islam.

Begitu juga, dalam kitab Brahma Hindu, Kitab Buddha, Kitab Sikh, Kitab Yahudi. Tidak ada nama khusus bagi tuhan dinaytakan. Lebih-lebih lagi tidak disebut kalimah jalallah ALLAH di dalam kitab kaum musyrikin.

Hanya umat Islam sahaja yang berhak ke atas kalimah jalallah ALLAH.

Hujjah Kedua Ku : Hakikat tuhan bagi Islam berbeza dengan hakikat tuhan bagi kafir musyrik. Hakikat tuhan bagi Islam, ALLAH bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.

Hakikat tuhan bagi kafir musyrikin, tuhan boleh bersifat dengan sifat kelemahan. Tuhan boleh bersifat dengan sifat imperfect.

Sebagai contoh :

Agama Buddha wujud dari ajaran Gautama Buddha. Gautama Buddha sendiri adalah manusia biasa yang mengalami konflik jiwa, lantas mencari ketenangan. Setelah lama bertapa, barulah Gautama Buddha mendapat ketenangan. Sejarah menyatakan Gautama Buddha mati disebabkan termakan racun. Pengikutnya membina berhala Buddha dan menyembah Buddha. Timbul persoalan berikut :

1. Gautama Buddha dilahirkan, ada keluarga. Adakah Tuhan dijadikan oleh manusia ? Tak masuk akal. Buddha adalah manusia biasa. Bukan tuhan.

2. Gautama Buddha mengalami konflik jiwa. Adakah Tuhan boleh mengalami sakit jiwa ? Mustahil. Tuhan mestilah berkuasa, powerful. Very powerful. Bersifat qudrah. Buddha bukan tuhan.

3. Gautama Buddha perlukan makanan untuk hidup. Malangnya dia termakun racun dan mati. Tuhan perlu makanan macam manusia ? Tuhan boleh mati ? Kalau Tuhan boleh makan macam manusia dan boleh mati. Itu bukan Tuhan. Itu manusia. Buat apa hendak sembah manusia ? Dia sama macam kita.

Membenarkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum musyrik, sebenarnya meredhai mereka menghina ALLAH Yang Maha Esa yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang selayak bagi-NYA. Di manakah maruah kita ? Tidak cacatkah aqidah kita ?

Agama Hindu pula tuhannya ada bermacam-macam. Ada yang berkepala gajah. Ada yang berperut boroi. Ada yang bertangan lapan. Dari mana datangnya rupa yang pelbagai bentuk ? Aku pun tak tahu. Soalnya :

1. Cuba ukur satu belalai tuhan gajah di satu kuil di Perak, kemudian ukur pula satu lagi belalai tuhan gajah dikuil di Seremban. Aku yakin ukurannya berbeza. Begitu juga, sila ukur pinggang tuhan boroi di satu kuil di Tanjung Malim, kemudian ukur pula lilitan pinggang tuhan boroi di kuil Port Dickson. Ukuran lilit pinggang juga berbeza. Bagi tuhan gajah yang sama tetapi berbeza di berlainan lokasi. Inikah Tuhan ? Berbeza-beza. Tak stabil. Sesuatu yang tak stabil, bolehkah jadi tuhan ? Akal yang waras akan kata, mustahil tuhan tak stabil dan boleh berubah. Sedangkan orang yang tak stabil pun tak layak jadi Perdana Menteri, lebih-lebih lagi berhala yang dibuat oleh manusia dan sifatnya tak stabil, mana layak jadi tuhan.

2. Tuhan sepatutnya mencipta manusia. Berhala siapa yang buat ? Manusia yang membuat dan mengukir berhala. Berhala tidak ada kuasa. Jadi mengapa manusia buat berhala, lepas itu jadikan berhala Tuhan ? Tak masuk akal. Berhala itu bukan tuhan. Berhala hanyalah patung yang dibuat oleh manusia.

3. Nanti orang Hindu akan kata, berhala itu adalah simbol untuk Tuhan. Perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Tanya pula kepada mereka ;

i. Kalau perantaraan manusia kepada Tuhan, apa nama Tuhan ? Hindu akan kata BRAHMA, KRISHNAN dan lain-lain lagi. Hindu akan sebut satu per satu nama Tuhan mereka tetapi tidak satu pun nama tuhan agama Hindu adalah ALLAH. Hindu tak layak guna kalimah jalallah ALLAH.

ii. Try pula tanya Hindu. Mana tahu sifat tuhan itu ada yang rupa macam gajah, ada yang perut boroi, ada yang tangan lapan dan lain-lain lagi ? Tanya pula, dari kitab Hindu mana yang cerita tuhan rupa begitu ? Hindu akan kata “ Sorry, dalam kitab sanskret pun tak ada tulis.”

Membenarkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum musyrik, sebenarnya meredhai mereka menghina ALLAH Yang Maha Esa yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang selayak bagi-NYA. Di manakah maruah kita ? Tidak cacatkah aqidah kita ? Kepada golongan ulamak, ustaz, mufti dan mantan mufti yang menghalalkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum kafir musyrik. Aku ingin bertanya; “MENGAPA ENGKAU TERGAMAK MEMBENARKAN KALIMAH JALALLAH ALLAH DIGUNAKAN BAGI TUJUAN UNTUK DIGAMBARKAN SEBAGAI GAJAH YANG BOROI BERTANGAN LAPAN ?


Agama Kristian pula, juga menggambarkan Tuhan itu bersifat dengan sifat kelemahan. Bukti hakikat tuhan bagi Kristian kaya dengan sifat kelemahan yang tidak sepatutnya ada bagi Tuhan yang selayaknya disembah :

1. Hakikat Tuhan bagi Kristian ialah Tuhan itu lemah :

After Judas sold Jesus for thirty pieces of silver, the price of a common slave (Zech. 11:12; Matt. 26:14-16), he purchased a field with the money (Acts 1:18-19). When the “good opportunity” came, he acted on his evil intent and delivered Jesus to the Jewish authorities in the Garden of Gethsemane (Matt. 26:46-50)

Dalam Bible sendiri menceritakan betapa lemahnya Jesus (Nabi Isa AS). Jesus versi Kristian ditipu oleh Judas. Jesus dijual oleh Judas kepada penguatkuasa Yahudi pada harga 30 keping perak, harga seorang hamba abdi yang biasa. Akhirnya Jesus ditangkap oleh tentera Yahudi. Dengan membenarkan Kristian menggunakan kalimah jalallah ALLAH, bermakna kita meredhai kaum musyrik menghina ALLAH bersifat lemah sedangkan ALLAH wajib bersifat qudrat (berkuasa).

Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu [Surah Ali 'Imran: 29]

2. Hakikat Tuhan bagi Kristian adalah Tuhan itu bodoh :

After Judas sold Jesus for thirty pieces of silver, the price of a common slave (Zech. 11:12; Matt. 26:14-16), he purchased a field with the money (Acts 1:18-19). When the “good opportunity” came, he acted on his evil intent and delivered Jesus to the Jewish authorities in the Garden of Gethsemane (Matt. 26:46-50)

Dari Bible Kristian, Jesus (Tuhan sembahan Kristian) adalah seorang yang bodoh sehingga boleh ditipu oleh Judas. Jesus juga digambarkan sebagai seorang yang lemah hingga boleh ditangkap oleh tentera Yahudi.

Apakah Tuhan boleh bersifat dengan sifat LEMAH ?

Apakah Tuhan boleh bersifat dengan sifat BODOH ?

Wajib ALLAH bersifat dengan sifat Qudrat (Berkuasa) dan sifat Ilmu (Mengetahui)

Mustahil ALLAH bersifat dengan sifat lemah dan bodoh.

Dalam Islam, Tuhan (ALLAH) bersifat dengan segala sifat kesempurnaan (perfect). Tuhan (ALLAH) mustahil bodoh dan mustahil lemah.

Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu [Surah Ali 'Imran: 29]

Ini menjadi hujjah, mengapa kalimah ALLAH HANYA LAYAK DIGUNAKAN OLEH ISLAM.

Sebab perbezaan sifat Tuhan. Islam menyatakan bahawa ALLAH bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang selayak untuk NYA. Sedangkan agama lain terutamanya Kristian mengatakan tuhan boleh bersifat dengan sifat kelemahan seperti dilahirkan, dibunuh, mati dan bodoh. Hakikat Tuhan bagi Islam adalah berbeza dengan hakikat tuhan oleh Kristian.

3. Hakikat Tuhan bagi Kristian ialah tuhan bersifat triniti.

Therefore go and make disciples of all nations, baptizing them in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit (Matt. 28 : 19)

Sedangkan dalam Islam, ALLAH bersifat esa (tunggal).

Katakanlah (Wahai Muhammad), ALLAH itu esa. (Al Ikhlas : 1)

Membenarkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum musyrik, sebenarnya meredhai mereka menghina ALLAH Yang Maha Esa yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang selayak bagi-NYA. Di manakah maruah kita ? Tidak cacatkah aqidah kita ? Kepada golongan ulamak, ustaz, mufti dan mantan mufti yang menghalalkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum kafir musyrik. Aku ingin bertanya; “MENGAPA ENGKAU TERGAMAK MEMBENARKAN KALIMAH JALALLAH ALLAH DIGUNAKAN BAGI TUJUAN UNTUK DIGAMBARKAN SEBAGAI LEMAH, BODOH, BERSIFAT TRINITI, BOLEH MATI DIBUNUH, BOLEH DIBERANAKKAN DAN LAIN-LAIN SIFAT KELEMAHAN ?


Hujjah ketiga ku : Jawapan kepada umat Islam yang jahil, menggunakan ayat kedua dari surah Al Fatihah, “Segala puji bagi ALLAH, Tuhan bagi sekelian alam”. Sebagai dalil menghalalkan kaum kafir musyrikin menggunakan lafaz jalallah ALLAH sebagai tuhan yang bersifat dengan sifat kelemahan.

Ayat tersebut BUKAN ayat berbentuk arahan. Ayat tersebut memperjelaskan bahawa ALLAH yang mencipta alam ini. Ianya ayat penjelasan, bukan ayat arahan. Ayat tersebut tidak menghalalkan kaum musyrik menggunakan kalimah jalallah ALLAH bagi mewakili Tuhan Triniti Kristian, tuhan Brahma Hindu, tuhan Gautama Buddha dan lain-lain kafir musyrik.

Andainya ayat kedua dalam Surah Al Fatihah dijadikan dalil oleh ulamak, ustaz, mufti atau mantan mufti untuk menghalalkan penggunaan kalimah Jalallah ALLAH oleh kaum kafir musyrikin. Bagaimana pula nanti kalau dia bertemu ayat ke 88 dari surah Maryam yang berbunyi :

“Dan mereka (kaum Kristian) berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.” (Maryam : 88)

Adakah ini bermakna, ALLAH itu ada anak bernama Jesus ?

Sebab itu, JANGAN MAIN TERJEMAH TANPA ILMU. Ada adab-adab atau peraturan dalam mentafsir dan menterjemah ayat-ayat Al Quran. Kalau setakat jawatan mantan mufti yang tak mahu disambung kontrak kerjanya oleh kerajaan, aku rasa belum layak untuk menggunakan satu ayat Al Quran bagi menyokong Kristian menggunakan kalimah jalallah ALLAH.

Ada banyak ayat-ayat yang melarang umat manusia tak kira agama mensyirikkan-NYA, melarang umat manusia tak kira agama memujassimahkan-NYA. Allah berfirman dalam Al Quran ;

1. Janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan. (Bani Israil : 22) ... notes Surah Bani Israil juga dikenali sebagai Surah Al Israa.

2. “Dan mereka (kaum Kristian) berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.” * Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar * hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh * karena mereka menda’wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak.” (Surah Maryam : 88-91)


Membenarkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum musyrik, sebenarnya meredhai mereka menghina ALLAH Yang Maha Esa yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang selayak bagi-NYA. Di manakah maruah kita ? Tidak cacatkah aqidah kita ? Kepada golongan ulamak, ustaz, mufti dan mantan mufti yang menghalalkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum kafir musyrik. Aku ingin bertanya; “MENGAPA ENGKAU TERGAMAK MEMBENARKAN KALIMAH JALALLAH ALLAH DIGUNAKAN BAGI TUJUAN UNTUK DIGAMBARKAN SEBAGAI LEMAH, BODOH, BERSIFAT TRINITI, BOLEH MATI DIBUNUH, BOLEH DIBERANAKKAN DAN LAIN-LAIN SIFAT KELEMAHAN ?


Hujjah Keempat Ku : Kalimah jalallah ALLAH hanya terdapat dalam Al Quran. AL Quran adalah untuk umat Islam. Dalam Bible Kristian, baik Old Testament atau New Testament atau International Version, tidak terdapat kalimah jalallah ALLAH didalamnya. Begitu juga kitab agama Yahudi. Yang ada dalam kitab Kristian dan Yahudi ialah hotheos, tontheos, elohim, el eyon, eloah, elohim, eli yg jika diterjemahkan adalah tuhan. Bukannya ALLAH.

Sheikh Muhammad Taha As Suhaimi, Presiden Pertama Hakim Mahkamah Syariah Singapura, menulis dalam bukunya Ilmu Tauhid : Ada orang mengatakan bahawa perkataan ALLAH itu berasal dari perkataan Al Ilah yg ertinya "Tuhan itu" atau "Tuhan yg tertentu itu" Tetapi ulama telah menjawab bahawa di dalam ilmu saraf, tidak terdapat kaedah atau cara yg membolehkan di tukar Al Ilah itu kapada ALLAH..... Semoga ALLAH merahmati Almarhum Sheikh Muhammad Taha As Suhaimi.

Kesimpulannya, kalimah jalallah ALLAH hanya layak untuk umat Islam SAHAJA.

Dalam kitab Hindu, Buddha, Sikh, Tao dan lain-lain agama kafir musyrik, lebih-lebih lagi tak ada disebut kalimah jalallah ALLAH.

Hujjah Kelima Ku : ALLAH adalahTuhan. Isa, Muhammad, Ibrahim, Asri, Zainal, Meor, Patrick, Mutusamy, David, Jesus, Ah Chong, pokok, durian, kupu-kupu, lembu, beruk adalah makhluk ciptaan Tuhan.

Katakanlah, seorang bernama, Asri Bin Zainal. Asri adalah makhluk ciptaan Tuhan. Ayahnya yang bernama Zainal juga adalah makhluk ciptaan Tuhan.
Kalau ada ustaz, ulamak, mufti atau mantan mufti mengatakan ALLAH itu sama saja maknanya dengan tuhan Kristian, tuhan Hindu, tuhan Buddha.

Maka tak ada beza, Asri Bin Zainal dengan Asri Bin Ah Chong.

Tak ada beza, Asri Bin Zainal dengan Asri Bin Kumari.

Juga tak ada beza juga Asri Bin Zainal dengan Asri Bin Beruk.

Sebab Zainal ada 2 mata, 2 tangan, 2 kaki. Beruk pun ada 2 mata, 2 tangan dan 2 kaki. Kedua-duanya, Asri dan Beruk adalah makhluk ciptaan Tuhan. Jadi tidak ada beza Asri Bin Zainal dengan Asri Bin Beruk.

Boleh ke ?

Kalau pergi ke mana-mana pejabat Pendaftaran Kementerian Dalam Negeri mana-mana negara. Semua akan kata, Asri Bin Zainal TAK AKAN SAMA dengan Asri Bin Beruk.

Kalau dengan nama KHAS manusia pun tak boleh sama, lebih-lebih lagilah dengan nama khas bagi Tuhan iaitu kalimah jalallah ALLAH. Begitu juga, ALLAH adalah nama kalimah jalallah bagi umat Islam, TAK AKAN SAMA dengan tuhan Kristian yang triniti. Tak akan sama dengan tuhan Hindu yang berkepala gajah, berperut boroi dan bertangan lapan. Takkan sama dengan tuhan Buddha yang mati termakan racun.



Membenarkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum musyrik, sebenarnya meredhai mereka menghina ALLAH Yang Maha Esa yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang selayak bagi-NYA. Di manakah maruah kita ? Tidak cacatkah aqidah kita ? Kepada golongan ulamak, ustaz, mufti dan mantan mufti yang menghalalkan penggunaan kalimah jalallah ALLAH oleh kaum kafir musyrik. Aku ingin bertanya; “MENGAPA ENGKAU TERGAMAK MEMBENARKAN KALIMAH JALALLAH ALLAH DIGUNAKAN BAGI TUJUAN UNTUK DIGAMBARKAN SEBAGAI LEMAH, BODOH, BERSIFAT TRINITI, BOLEH MATI DIBUNUH, BOLEH DIBERANAKKAN DAN LAIN-LAIN SIFAT KELEMAHAN ?


Hujjah keenam ku : Ada juga ustaz, ulamak, mufti dan mantan mufti yang mengatakan negara Arab dan Indonesia sudah lama membenarkan Kristian guna kalimah ALLAH. Apasalah Malaysia benarkan Kristian menggunakan kalimah ALLAH ? Malah di Sarawak, sudah 150 tahun Kristian guna kalimah ALLAH.

Soalnya ; SEJAK BILA NEGARA ARAB DAN INDONESIA JADI SUMBER HUKUM ?

Lihatlah apa yang jadi di negara Arab ?

Lihatlah apa yang jadi di negara Indonesia ?

Kristian berleluasa menggunakan kalimah ALLAH disebabkan umat Islam tidak berjuang. Sebab itu negara-negara Arab yang kaya menjadi boneka kuffar Amerika dan Yahudi. Sebab itu negara Arab hina, diinjak-injak dan dipijak-pijak kepala mereka. Sebab mereka tidak berjuang.

Begitu juga di Indonesia. Suatu ketika dulu, Indonesia menjadi pusat agama pagan, menyembah pokok, busut dan memuja roh dan jin. Kemudian agama Hindu bertapak di Indonesia. Kedatangan pendakwah Islam pada abad ke 7 masehi membuka tapak perkembangan Islam. Sehinggalah pada abad ke 13 masehi, Indonesia menjadi empayar Islam yang gemilang dengan lahirnya kerajaan Islam Perlak dan Pasai. Tokoh-tokoh seperti Sunan Kalijaga, Sunan gersik, Sunan Gunung Jati, Sunan Bonang, Sheikh Muhammad Arshad Al Banjari, Sheikh Umar Abdul Rahim Sutrodono Asy Syaibani, Sheikh Abdul Samad AL Falembani dan banyak lagi nama-nama ulamak yang berjuang mendidik masyarakat dan membina tamadun di Indonesia. Namun kedatangan Kristian dan penjajah membunuh nama-nama dan sejarah ulamak pejuang ini. Syariat Islam diganti dengan fahaman liberal. Lantas berlakulah seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Indonesia merupakan negara umat Islam yang terbesar di dunia. Tetapi peratus yang berjuang bagi memartabatkan syariat dan syiar Islam amat sedikit.

Andainya kita di bumi Malaysia ini tidak berjuang dari sekarang mempertahankan hak kita sebagai umat Islam. Tak hairan, suatu masa nanti di bumi Malaysia ini akan berlaku kalimah ALLAH tertera di gereja, kuil dan tokong.

Andainya kita umat Islam di Malaysia ini tidak berjuang mempertahankan hak kita sebagai hamba ALLAH, tidak hairan suatu masa nanti bangunan masjid akan di kongsi bersama dengan gereja, kuil dan tokong. Tidak mustahil zuriat kita akan menganuti agama Kristian, Hindu dan Buddha. (Semoga dijauhkan ALLAH SWT).

Apakah kita ingin menuruti jejak langkah negara yang sudah hancur musnah ?

Tidak hairan banyak berlaku malapetaka bencana di Indonesia. Sesuai dengan firman ALLAH SWT :

Dan mereka (kaum Kristian) berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.” * Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar * hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh * karena mereka menda’wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak.” (Surah Maryam : 88-91)


Kepada saudara se-Islam ku.

Aku bukanlah seorang yang alim. Aku bukan juga seorang yang mendapat pengajian agama Islam secara formal. Aku tidak layak untuk memperkatakan semua ini kerana aku bukanlah seorang yang mendapat tauliah dari mana-mana Majlis Agama. Aku bukanlah seorang ustaz. Jawatan mufti bagi ku adalah jauh sekali.

Aku hanyalah manusia biasa yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Aku tidak pernah malu untuk menceritakan kehidupan ku yang daif dalam kemiskinan sewaktu kecil kepada murid-murid ku. Aku pernah bercerita kepada murid ku, aku ke sekolah dengan berkaki ayam. Suatu hari dalam perjalanan pulang aku terjumpa sepasang kasut sekolah yang koyak di tempat pembuangan sampah. Kasut itu lalu ku kutip dan ku jahit dengan tali jala. Kasut buruk yang ku jahit itu lalu ku pakai untuk ke sekolah dengan rasa bangga. Begitulah antara salah satu cerita kepada murid-murid ku. Dan aku tidak pernah malu dengan kemiskinan ku.

Aku hanyalah insan biasa seperti kalian semua. Namun walau aku tahu aku tidak punya apa-apa, aku ada cita-cita untuk berjuang. Aku ada cita-cita untuk mempertahankan hak aku sebagai seorang Islam. Aku ada cita-cita untuk melihat kaum keluarga ku, zuriat ku untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Aku ada cita-cita untuk melihat masyarakat ku hidup aman damai dan tenang di bawah naungan Islam. Aku ada cita-cita untuk melihat syariat ALLAH diamalkan. Maka sebab itulah aku berjuang.

Wahai para ustaz, ulamak dan mufti,

Mengapa kamu tidak mahu berjuang ? Mengapa kamu biarkan orang-orang jahil seperti ku berdiri tanpa ilmu berdepan dengan kafir musyrik yang ingin menyesatkan generasi dan zuriat kami. Mengapa kamu berselindung di sebalik jawatan anugerah majikan, payslip dan title Master & PhD kamu untuk TIDAK BERJUANG ? Tidakkah kamu malu melihat kami yang jahil-jahil ini, berdepan dengan musuh Islam demi kesucian dan kemuliaan Islam. BUKAN UNTUK INI ALLAH MENCIPTAKAN KAMU !!! Mungkin diri mu sudah berstatus ustaz, ulamak dan mufti, tetapi andainya diri mu tidak mahu berjuang, bersembunyi di dalam kepompong payslip dan wang ringgit, tidak mustahil satu hari nanti zuriat mu sendiri akan menjadi pejuang agama musyrik. Andainya amarah majikan yang menyebabkan engkau bersembunyi, ingatlah bahawa rezeki itu datangnya dari ALLAH. Tidak yakinkah engkau dengan janji ALLAH ? Berjuanglah. Amanah ini terpikul di pundak bahu mu sebenarnya, bukan di pundak kami yang jahil-jahil dan banyak dosa ini.

Wahai saudara ku di Indonesia,

Di manakah generasi baru Sheikh Muhammad Arshad Al Banjari ? Di manakah generasi baru Sheikh Abdus Samad Al Falembani ? Di manakah generasi baru Imam Bonjol ? Mengapa kamu tidak bangkit seperti nenek moyang mu dulu melawan penjajahan oleh kafir musyrik ? Apakah kamu sudah menjadi manusia DAYUS ? Bangkitlah berjuang. Masih belum terlambat untuk kalian menyahut seruan jihad ini. Pertahankanlah syariat Islam yang suci. Bina kembali Serambi Mekah yang telah dimusnahkan oleh penjajah. Semarakkan semula syiar Islam di Nusantara ini. AKU BERSAMA DENGAN MU. Biar kita sama-sama mati demi perjuangan ini.

Wahai sahabat-sahabat ku,

Aku berterima kasih kerana kalian sudi bersahabat dengan ku yang jahil dan banyak dosa ini. Tetapi aku lebih bersyukur andainya engkau semua mahu bersama dengan ku berjuang mempertahankan syariat Islam yang diinjak-injak oleh kafir dan munafik laknatullah. Gunakanlah kelebihan dan kepakaran yang engkau miliki demi mendaulatkan syariat Islam di bumi ini. Pertahankanlah hak kita sebagai muslim yang beriman walau pelbagai ujian dan cercaan melanda diri mu.

Berjuanglah .... Berjuanglah .... Berjuanglah ....

Agar hidup mu mulia dan mati mu syahid.

Tinggallah ayah tinggallah ibu,
Relakan kami pergi berjuang,
Kami meninggalkan kemewahan,
Untuk maju terus berjuang.

Andainya masa telah berlalu,
Khabar berita tidak kunjung tiba,
Anggaplah diri ku telah gugur,
Di medan jihad,
Sebagai syahid.

Jangan kembali pulang,
Andai sebelum menang
Walau jasad ku terdampar di medan juang
Tak mungkin ku menyerah kalah.

Mengapa ku harus putus asa
Kerana dunia sementara
Esok lusa kita kan kembali
Bertemu Allah Rabbul Izzati

Monday, December 21, 2009

Part 6 : Pertempuran Merebut Cinta ; Pertempuran Kelima Bawa'ith (Pendorong Ibadah)


Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku



Setelah jalan yang ditempuh begitu lurus, halangan telah dilewati, maka perjalanan ibadah diteruskan dengan disertai khauf dan raja`. Khauf ialah takut Allah tidak senang kepadanya, raja` ialah rasa optimis Allah akan senang padanya. Makanya khauf dan raja` harus seimbang.

Tahap ini adalah tahap bonus, bukan penyulit. Ramai muslim yang tatkala sampai pada tahap ini lantas terlena, tahu-tahu pada tahap enam ibadahnya rosak kerana sifat riya`.

KHAUF bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain".
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )


Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Sesungguhnya takut (khauf)ialah yang dapat menggerakkan kepada amal, megeruhkan semua nafsu syahwat, dan mengejutkan hati dari kencenderungan kepada dunia dan membawanya kepada berjalan dari negeri ketertipuan. Maka itulah takut yang terpuji, bukan bisikan hati yang tidak membekas pada pengekangan- nafsu syahwat - atau menggerakkan - kepada amal-, dan bukan pula pemutus asaan – dari rahmat Allah Ta’ala yang menyebabkan putus asa.


PENTINGNYA RASA KHAUF

Pertama : Agar terhindar dari kemaksiatan. Sebab nafsu yang ada pada diri kita sangat cenderung melakukan perbuatan jahat, dan selalu bermain mata dengan fitnah. Seperti tidak ada henti-hentinya nafsu ini mendorong dan menarik kita pada perbuatan demikian. Oleh kerana itu kita harus mengancam dan membuat nafsu itu menjadi takut, dengan cara menyiksa dan mendera nafsu, baik berupa ucapan tindakan maupun fikiran. Sebagaimana yang dituturkan seorang soleh, "Suatu ketika nafsuya mengajak berbuat maksiat, lalu ia keluar dan berguling- guling di atas pasir yang panas seraya berkata kepada nafsunya: "Rasakanlah! Neraka jahanam itu lebih panas dari pada apa yang anda rasakan ini. Pada malam hari engkau menjadi bangkai, sementara siang harinya menjadi pemalas."

Kedua : Agar tidak ujub atau berbangga diri/sombong pada ketaatan dan amal soleh yang mampu dilakukannya. Sebab jika sampai bersikap ujub, maka dapat menyebabkan celaka. Sekalipun kita sedang berbuat ketaatan, kita harus selalu waspada terhadap nafsu. Nafsu harus tetap dipaksa dengan dicela dan dihinakan tentang apa yang ada padanya, berupa kejahatannya, dosa-dosa dan berbagai macam bahayanya.

Bagaimana nak dapat sifat khauf ?

1. Selalu mengingati dosa2 yang pernah dilakukan.
2. Selalu mengingati azab siksa dari Allah.
3. Selalu ingat yang diri kita terlalu lemah untuk menerima siksa di akhirat.
4. Selalu ingat yang Allah Maha Berkuasa dan mampu melakukan apa saja kepada kita.

Pernah tak kita buat keempat2 perkara di atas ?


Diriwayatkan bahwa ‘Ali KarramaLlahu Wajhah berakta kepada putera beliau : Wahai anakku, takutlah kepada Allah dengan perasaan takut "apabila engkau datang kepada Allah dengan membawa kebaikan seluru penduduk bumi nescaya tidak akan diterima-Nya semua itu darimu". Dan berharaplah kepada Allah dengan melihat jika engkau datang kepada Allah dengan membawa kejahatan seluruh penduduk bumi maka Allah akan mengampunimu.

Saidina Umar RA. pernah berkata, “Jika seluruh manusia diseru untuk masuk neraka kecuali satu orang, maka aku berharap bahawa akulah satu orang itu, dan apabila diseru kepada seluruh manusia untuk memasuki surga kecuali satu orang, maka takutlah aku jika akulah seorang itu”.

RAJA' bererti bergantungnya hati dalam meraih sesuatu di kemudian hari. Raja` merupakan ibadah yang mencakup kerendahan dan ketundukan, tidak boleh ada kecuali kepada Allah 'Azza wa Jalla. Memalingkannya kepada selain Allah adalah kesyirikan, yang boleh berupa syirik besar atau pun syirik kecil tergantung apa yang ada dalam hati orang yang tengah mengharap.

Raja' (harapan/mengharap) tidaklah menjadikan pelakunya terpuji kecuali bila disertai amalan.

Allah berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah Al-Baqarah: 218].

Allah juga berfirman, "Barang siapa mengharap perjumpaan dengan tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shaleh dan janganlah ia mempersekutukan sesuatupun dalam beribadah kepada tuhannya." [Surah Al-Kahfi: 110].

Berkata Ibnul Qoyyim dalam "Madarijus-Salikin": "Orang-orang yang mengerti telah bersepakat bahwa raja` tidak akan sah kecuali jika disertai dengan amalan. Oleh kerana itu, tidaklah seseorang dianggap mengharap apabila tidak beramal".


Dengan demikian, raja` kepada Allah akan tercapai dengan beberapa hal, diantaranya:

Pertama, senantiasa menyaksikan kurniaan-Nya, kenikmatan-Nya, dan kebaikan-kebaikan-Nya terhadap hamba;

Kedua, jujur dalam mengharap apa yang ada di sisi Allah dari pahala dan kenikmatan;

Ketiga, membentengi diri dengan amal soleh dan tidak bertangguh dalam melakukan kebaikan.

Ibnul Qayyim -rahimahullah- membahagi raja` kepada tiga bagian, dua di antaranya raja`,yang benar dan terpuji pelakunya, sedang yang lainnya tercela. Raja` yang menjadikan pelakunya terpuji,

Pertama: seseorang mengharap disertai dengan amalan taat kepada Allah, di atas cahaya Allah, ia senantiasa mengharap pahalaNya;

Kedua: seseorang yang berbuat dosa lalu bertaubat darinya, dan ia senantiasa mengharap ampunan Allah, kebaikan-Nya dan kemurahan-Nya.

Adapun yang menjadikan pelakunya tercela: seseorang terus-menerus dalam kesalahan-kesalahannya lalu mengharap rahmat Allah tanpa disertai amalan; raja` yang seperti ini hanyalah angan-angan belaka, sebuah harapan yang dusta.

Adapun pentingnya sifat raja' disebabkan oleh :

Pertama : Agar bersemangat dalam melakukan ketaatan. Sebab berbuat baik itu adalah kebencian syaitan dan syaitan senantiasa mencegahnya, hawa nafsu tak pernah henti-hentinya mengajak kepada selain yang baik. Seperti keadaan kebanyakan orang yang lalai, mereka mempunyai watak menuruti hawa nafsu secara terang-terangan.Sedang pahala yang dicari dengan ketaatan itu tidak kelihatan di mata dan bersifat ghaib. Lebih-lebih lagi jalan untuk memperoleh pahala itu begitu jauh. Apabila demikian keadaannya, tentu nafsu tidak bersemangat dalam mengerjakan kebaikan, tidak menyukai dan tidak pula mahu bergerak ke arah melakukan kebaikan. Dalam menghadapi hal ini, harus dihadapi dengan raja' yang kuat, mengharap rahmat Allah dan kebaikan pahala-Nya.

Guru Imam Ghazali berkata: "Kesedihan itu dapat mencegah manusia dari makan. Khauf dapat mencegah orang berbuat dosa. Sedang raja' boleh menguatkan keinginan untuk melakukan ketaatan. Ingat mati dapat menjadikan orang bersikap zuhud dan tidak menganbil kelebihan harta duniawi yang tidak perlu."

Kedua : Agar merasa ringan menanggung berbagai kesulitan dan kesusuhan. Barang siapa telah mengetahui kebaikan akan sesuatu yang menjadi tujuan, tentu menjadi ringan untuk mengeluarkan apa yang perlu diberikan. Ketika orang benar-benar menyukai sesuatu, tentu dia sanggup memikul beban beratnya dan tidak akan peduli apa yang akan dia hadapi dan berapapun mahar yang perlu dibayarnya. Jika seorang telah benar-benar mencintai orang lain, tentu ia dengan senang hati ikut menanggung penderitaan dan kesusahan orang yang dia cintai itu. Bahkan merasa senang dengan kesusahan itu.


Cuba lihat orang yang mengambil madu di sarang lebah, dia tidak mempedulikan sengatan lebah itu. kerana ingat akan manisnya madu. Begitu pula orang-orang yang tekun beribadah, mereka bersungguh-sungguh apabila ia teringat syurga yang indah dengan berbagai kenikmatannya, kecantikan bidadari-bidadarinya, kemegahan istananya, kelazatan makanan dan minumannya, keindahan pakaian dan keelokan perhiasannya dan semua apa yang disediakan Allah di dalam syurga. Mereka merasa ringan menanggung beban kepayahan dalam beribadah, walaupun tidak sempat merasakan kenikmatan dan kelazatan dunia

Untuk memiliki sifat raja' lakukanlah :

1. Ingatlah nikmat2 Allah yang telah dan sedang kita kecapi. Terlalu banyak nikmat Allah. Walau gaji kita sedikit, tak ada increment yang banyak, tapi kita masih mampu membina dan menyara hidup keluarga.
2. Mengingati janji Allah akan anugerah pahala dan manisnya syurga.
3.Mengingati kurniaan Allah yang kita terima watu tak disangka. Mungkin kita pernah ditimpa musibah dan masalah, tetapi dengan takdir Allah, kita ditemukan jalan untuk menyelesaikannya atau meringankannya tanpa kita sangka. Ingatilah ia sebagai kaedah memiliki rasa harap.
4. Mengingati betapa luasnya rahmat Allah untuk hamba NYA kerana pintu taubat sentiasa dibuka selagi nyawa belum sampai ke ghargharah

Kedua-dua sifat khauf dan raja' ini perlulah diimbangi antara satu sama lain. Tidak boleh terlalu banyak khauf kerana dikhuatiri akan menyebabkan putus asa dan putus harap atas rahmat dan bantuan Allah.

Begitu juga seseorang tidak boleh raja' saja tanpa diimbangi dengan rasa khauf kerana dikhuatiri akan rasa terlalu yakin dan memperkecilkan rahmat Allah. Ertikata lain, over-confident dengan kehidupan duniawi sehingga dosa dianggap kecil.

Yahya bun Mu’adz RA berkata, “Barang siapa yang beribadah kepada Allah Ta’ala atas dasar khauf/takut semata, maka ia akan tenggelam ke lautan fikir (putus asa). Dan barang siapa yang menyembah-Nya atas dasar raja’/harap semata maka ia akan berjalan dalam padang pasir ketertipuan (syok sendiri)”. Dan barang siapa yang mneyembah-Nya dengan khauf dan raja’ maka ia berjalan lurus pada tempat beralasannya dzikir.

Raja` menuntut adanya khauf dalam diri seorang mukmin, yang dengan itu akan memacunya untuk melakukan amalan-amalan soleh; tanpa disertai khauf, raja` hanya akan bernilai sebuah fatamorgana. Sebaliknya khauf juga menuntut adanya raja`; tanpa raja`; khauf hanyalah berupa keputusasaan tak bererti. Jadi, khauf dan roja` harus senantiasa menyatu dalam diri seorang mukmin dalam rangka menyeimbangkan hidupnya untuk tetap istiqomah melaksanakan perintahNya dan menjauhi larangan-larangan-Nya, mengharap pahala dan takut akan siksa-Nya. Keduanya (khauf dan roja`) ibarat dua sayap burung yang dengannya ia dapat menjalani kehidupannya dengan sempurna.

Khauf (takut) dan raja' (berharap) seumpama dua sayap burung, apabila keduanya sempurna, maka sempurnalah burung itu dan sempurnalah terbangnya. Dan apabila satu dari kedua (sayap) nya kurang, maka terjadilah kekurangan padanya (burung itu). Dan apabila kedua (sayap)nya tiada. jadilah burung itu di ambang kematian

Memiliki rasa takut pada azab Allah yang amat pedih (khauf), dan harapan akan janji pahala surga yang penuh kenikmatan (raja'), agar tujuan ibadah yang dimaksud dapat tercapai. Dan kita pun menjadi merasa ringan dalam menjalani ibadah. Kepada Allah kita memohon petunjuk, dengan anugerah dan rahmat-Nya.

Bagaimana ingin mengekalkan rasa khauf dan raja’ agar tidak luntur dari dalam diri ?

1. Sentiasa mengingatkan diri dengan Akhirat. Ingatkan diri tentang azab siksaan Allah. Ingatkan kenikmatan syurga Allah.
2. Sentiasa ingatkan diri bahawa Allah Maha Hebat dan Allah Maha Pengampun.
3. Sentiasa berzikir
4. Membaca kisah para Nabi, Rasul, Para Sahabat dan orang di zaman salafussoleh.

Kisah-Kisah

Kisah mempunyai pengaruh yang kuat terhadap jiwa, maka seorang pendidik selayaknya memperbanyak kisah-kisah yang bermanfaat. Dan itu banyak sekali terdapat dalam Al Qur'an dan Sunnah yang suci. Diantaranya:

1. Kisah Ashabul Kahfi (penghuni surga), bertujuan untuk membentuk generasi yang beriman kepada Allah, cinta kepada tauhid dan benci kepada kemusyrikan
2. Kisah Nabi Isa AS, bertujuan unutk menjelaskan bahwa ia adalah hamba Allah dan bukan Anak Allah sebagaiman anggapan kaum nasrani.
3. Kisah Yusuf AS, diantara tujuannya adalah untuk mengingatkan agar jangan sampai terjadi pergaulan campur aduk antara laki-laki dan perempuan sebab akan memberi akibat yang sangat hina.
4. Kisah Yunus, bertujuan agar kita selalu beristianah (meminta pertolongan) hanya kepada Allah saja, lebih-lebih ketika di timpa musibah.
5. Kisah orang-orang yang treperangkap dalam gua . Diambil hikmahnya yaitu agar kita hanya bertawasul kepada Allah dengan amal-amal shalehnya. Seperti membantu orang tua, menjauhi zina karena Allah.
6. Dan lain-lain lagi

Walaubagaimanapun, ketika di saat ambang kematian, hendaklah seseorang tersebut meletakkan rasa raja' 100% akan keampunan Allah. Berbaik sangka dengan Allah, agar dihujung kalimah kita nanti, Allah mengampuni diri kita dan memasukkan kita di dalam golongan kekasih Allah SWT. Insya Allah.

HIKAYAT 1

Kisah " Taubat seorang lelaki "


Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, “Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal.” Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi.

Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, “Tinggalkan yang haram, dapat yang halal.”Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain.

Namun, sebelum dia beredar…datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, ” Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal.”
Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya.

Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman

Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapatkan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu.

Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. “Saya seorang duda,” jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.

Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.







Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH



Allah akan mengsilihgantikan antara kegembiraan dan kesedihan dalam kehidupan hamba-hamba NYA. Agar manis senyum kesyukuran dapat diimbangkan dengan air mata taubat



Masih basah diingatan ku sewaktu aku di Medan di penghujung tahun 2005, aku menginap di Hotel Novotel, Medan. Sahabat ku, Pak Saiful Nazli yang merupakan menantu kepada Direktor Universiti Al Azhar cawangan Medan. Dialah yang menemankan aku di bilik hotel tu. Kebetulan yang sponsor aku bercuti di Medan adalah seorang Datuk yang memegang high position di Putrajaya. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh sponsor aku bercuti di Medan selama seminggu.

Kebetulan sambutan 1 January 2006, aku berada di Kota Medan. Pak Saiful membawa aku ke satu tempat kalau di Malaysia macam KLCC, tempat para remaja Kota Medan menyambut tahun baru. Aku tengok ramai anak2 muda, remaja yang menanti countdown 1 January 2006. Apabila jam menunjukkan tepat 12 tghmalam, maka mereka bersorak. Pesta LIAR pun bermula. Kita boleh lihat remaja, minum arak dengan bebas sebebasnya. Bukan setakat minum arak, MANDI arak pun ada. Botol arak di goncang agar terhasil gas, kemudian dipancutkan ke tubuh gadis2 comel. Gadis2 comel dan murahan pula terkinja-kinja, tergedik-gedik disirami arak.

Bukan setakat itu, mereka menyanyi .... biasalah

Mereka menari .... ini pun biasa

Mereka berpelukan .... ermmm errmmm .... alamak

Mereka berkucupan .... ermmmm errmmmmm errmmmm ..... alabapak

Mereka berbogel dan melakukan sex beramai2 di padang sambil disinari cahaya neon dan bunga api ... MASYA ALLAH

Begitulah yang terjadi di sana.

Di Malaysia bagaimana pula ?

Sebenarnya tak kurang hebat.

Nak tau tak ?

Pada malam sambutan tahun 2006, hospital di tempat isteri ku yang cantik bagaikan Nicole Kidman berkerja mengendalikan 18 kes "rogol" yang kesemuanya membabitkan remaja wanita MELAYU ?

Pada malam sambutan tahun 2007, sepital yang sama mengendalikan 42 kes "rogol" yang kesemuanya membabitkan remaja wanita MELAYU ?

Kes ROGOL ... tapi kalau ditanya betul2 .... si awekz tu akan kata :

"Saya & teman lelaki saya keluar ke XXXXXX untuk sambutan malam tahun baru. Lepas tu kami enjoy, makan2, minum2. Lepas tu terlanjur... bla bla bla "

HAH ini bukan kes rogol .. ini zina.

Kendian mak bapaknya lak, datang sepital bebel, bising2, marah2 ... kengkadang sampai dia org datang rumah aku cari bini aku nak suruh make confidential ... TAKUT MALU.

Kat orang ramai dia malu. Kat Allah dia tak malu.

Kalau tahu jaga anak, yang izinkan anak dara dia keluar rumah malam2 buta dengan jantan sapa suruh ?

Tu tak malu lak ?

Yang jadi isu KES ROGOL, ialah bila si balakz tadi dah dapat memuaskan nafsunya kepada si awekz, balakz pun cabut lari, lebih2 lagi bila dapat tahu si awekz dah bunting.

Cuba tak bunting, atau balakz tu tak cabut lari. Awekz tu pun aku rasa tak akan buat repot polis, malah keep on berzina sampai dia bunting atau sampai balakz dia cabut lari.

Sebab apa aku cakap cam tu ? Sebab, kebanyakan kes "rogol" itu dilaporkan setelah masuk bulan Februari atau March. Kalau betul kes rogol, Malam 1 January kena main, pagi 1 January terus buat report.

Dan malam tahun baru nanti , akan berlaku lagi insiden yang sama yang melibatkan remaja Melayu.

OK

Aku sambung balik pengalaman aku di Medan bersama Pak Saiful sambil menyaksikan pesta “haiwan” di Kota Medan.

Pak Saiful berkata : Begitulah yang terjadi setiap kali tahun baru.

Kebetulan, Pak Saiful menerima SMS. Dia tunjukkan SMSnya pada ku

SELAMAT TAHUN BARU 2006. SEMOGA PANJANG UMUR DI MURAHKAN RIZQI

Pak Saiful kata, SMS tu dari seorang rakannya yang mengajar disebuah pesantren (sekolah pondok). Kemudian Pak Saiful suruh aku jawab SMSnya. Aku tanya apasal ? Pak Saiful kata, aku ni pakar dalam membuat provokasi kuang kuang kuang

Aku pun menerima handphone-nya, termenung kejap cari idea dan mula menaip reply SMS :

SEMOGA JESUS KRISTUS MERAHMATI KITA BERSAMA .....

send .....

Pak Saiful senyum dengan reply SMS aku. Kejap lagi masuk pula SMS baru dari penghantar yang sama kpd Saiful

POL !!! APA KERNA DGN KAMU? KAMU UDAH KRISTIAN ?

Pak Saiful menyerahkan henfonnya dan suruh aku reply. Dia kata, ikut suka hati akulah nak jawab macam mana. Dan seperti yang aku rancang, aku me-reply

SETAHU SAYA HANYA PENGIKUT JESUS KRISTUS SAJA YG MENYAMBUT THN BARU ROMAWI. KITA UMAT ISLAM SAMBUT MAAL HIJRAH. BAPAK SAMBUT THN BARU ROMAWI KUANG KUANG KUANG

Pak Saiful tergelak sama dengan reply SMS ku

Gitulah mentaliti orang kita. Masih tidak mempunyai identiti dan menumpang budaya orang. Kita ada budaya sendiri, sebaliknya budaya kita, kita tinggalkan sampai ianya tidak terasa di hati dan menjadi hambar.

Dari segi lahiriah sendiri, kita tahu dan sedar, setiap malam tahun baru, ramai remaja kita menjadi rosak dan dirosakkan. Dan pada malam umat Islam rosak itulah yang kita rai dan kita bergembira.

SEDIHKAN ?

Masuknya waktu Maghrib pada 17 Disember 2009, bermulalah lembaran tahun baru Hijrah 1431 Hijrah bagi umat Islam. Itulah tahun baru yang selayaknya kita raikan dan syukuri.

Ayuh kita lihat dan tunggu serta bandingkan, bagaimana PERASAAN KITA dalam menyambut tahun 2010 dan 1431H. YANG MANA SATUKAH HATI KITA LEBIH GEMBIRA ?

Simpanlah jawapannya dalam diri sendiri dan gunakanlah untuk bermuhasabah.

Ramai antara kita yang lebih mengagungkan syiar orang Romawi berbanding syiar Islam. Maka tak hairanlah ramai orang Melayu yang mengaku Islam yang sudah tak solat, sudah buat dosa dan kemungkaran yang dilakukan oleh orang Kristian. Sebab azam tahun baru mereka didasarkan pada kalendar Kristian.

Malah ada dikalangan kawan-kawan aku pernah berkata kepada aku :

Member : Mie, ko punya zodiac ialah LEO. Leo ni singa. Singa ni garang.

Aku : Aku kalau jadi singa, orang pertama yang aku baham dan telan ialah engkau. Sebab dalam Islam melarang kita tilik menilik ni. Melihat sifat dan watak menggunakan zodiac adalah HARAM.

Oleh itu jangan percaya kepada ilmu ramalan dan tilik menilik ni.

Kalau engkau nak sangat tahu apa akan berlaku di masa akan datang,kau orang buatlah solat ISTIKHARAH.

Kalau kau tak percaya, kau boleh try buat solat istikharah untuk tahu bola sepak Liga Inggeris yang akan datang, siapa yang menang ? Boleh. InsyaAllah , nanti akan ditunjukkan kepada engkau oleh Allah, siapa yang akan jadi juara liga.

Atau kepada student yang nak sangat “soalan bocor exam”. Kalau kau nak tahu soalan apa yang keluar dalam exam, buatlah istikharah. Allah akan tunjukkan.

DAN ….

Sikap orang kita ni, terlalu percaya kepada perkara2 mistik dan paranormal sehingga membelakangkan Allah.

Dulu aku pernah bertemu dua orang adik beradik yang datang ke Muar untuk bertemu seorang tua untuk mendapatkan TARIKH KAHWIN. Maka orang tua itu pun mencongak akan tarikh lahir, tarikh kahwen etc. Kemudian dua tarikh diperolehi. Tarikh tersebut diberikan kepada kedua-dua beradik tersebut.

Mereka datang dan ceritakan kepada aku tentang usaha mereka tersebut. Tapi gerak hati aku kata, antara dua beradik yang akan kahwin tu, abang akan kekal dengan perkahwinannya. Adiknya pula akan berkrisis dan bercerai-berai. Aku suarakan gerak hati aku ni kepada sahabat-sahabat rapat aku, sebab aku tengok dia orang ni percaya sangat bab congak mencongak serta ramal meramal ni dan percaya yang bulan, bintang dan matahari mempengaruhi nasib untung dan sial seseorang.

Dua tahun selepas kedua beradik tersebut berkahwen, aku dapat berita yang si adik bergaduh dengan isterinya. Lepas 4 tahun berkahwin, aku dapat berita yang si adik bercerai dengan isterinya. Sahabat-sahabat aku rasa takjub dengan gerak hati aku. Dan aku pun buat2 terrer kuang kuang kuang.

Tak lama lepas dapat berita perceraian mamatz tu, aku dapat tahu dia pergi lagi untuk bertemu seorang tua kat Muar untuk minta tarikh baru untuk kahwen lagi dengan bini baru. Aku bagitau lagi, perkahwinan mamatz tu takkan kekal dan akan bercerai berai lagi. Akhirnya mamatz tu kahwen gak lagi pada tarikh yang telah di congak oleh orang tua tu. Lepas dua tahun, dia bercerai lagi. Sahabat2 aku yang pernah mendengar “ramalan” aku tentang mamatz tu semakin kagum. Aku pun semakin EKSYEN hehehehe.

Tak lama lepas tu, sahabat aku bagi tau si mamatz tu pergi lagi ke Muar untuk mendapatkan tarikh dengan orang tua tu bagi melangsungkan perkahwinan kali keTIGA. Seperti biasa bila si mamatz tu lalu kat tempat kami melepak, aku kata lagi “ Ko orang tengok lerr gerenti dia bercerai berai lagi” .. dan kali ketiga perkahwinan mamatz tu runtuh dan hancur dengan krisis tak sudah.

Maka sahabat2 aku semakin takjub dengan aku. Dia kata aku ni lebih hebat dan lagi terre dari orang tua yang dianggap alim, warak dan soleh kat Muar tu.

TAPI ….

Aku cakap kat member2 aku tu …. BUKAN AKU YANG TERRE, tapi sebab kau orang yang bodoh kuang kuang kuang

Kau orang nak tau tak, macam mana aku tahu yang rumahtangga mamatz tu akan hancur musnah ?

Senang je ……..

Apasal perkahwinan abang dia kekal dan bahagia. Sedangkan perkahwinan mamatz tu penuh krisis, kawen cerai, kawen cerai.

Nak tahu rahsia dia ?

Rahsia dia adalah ………..

Abang dia seorang yang baik, Solat tak tinggal. Tahu tanggungjawab sebagai seorang Islam. Abang dia pun pilih perempuan yang beragama. Jadi hidup berumahtangga dapat dihadapi bersama. Susah senang bersama.

Adik dia pulak, TAK SOLAT, TAK PUASA, KAKI JUDI, MAK BAPAK DIA KELENTONG, KAKI ZINA. Carilak bini yang perangai serupa dengan dia. Kawen atas dasar nafsu, bukan dasar iman. Kalau diri sendiri pun dah hancur, dah rosak, TAK ADA JAMINAN perkahwinan yang dibina akan kekal utuh.

Jadi aku menyimpulkan, KEBAHAGIAAN SESUATU PERKAHWINAN ITU TAK ADA KENA MENGENA DENGAN TAHUN, TARIKH KERAMAT, ATAU UPACARA2 TERTENTU.

Tetapi kebahagiaan perkahwinan itu bergantung kepada IMAN. Kalau baik dan beriman seseorang balakz dan awekz, maka baiklah perkahwinan.

DAN ….

Nak tahu baik dan berimannya seseorang balakz/awekz, lihatlah amal ibadahnya.

Inilah kebodohan orang tua di Muar dalam mencari tarikh keramat untuk perkahwinan mamatz tu serta MERAMAL kebahagiaan rumahtangga.

Sekali lagi aku nak tegaskan.

JANGAN terlalu percaya kepada ramalan, horoscope, tarikh keramat dan sebagainya. Kerana ianya HARAM dalam ajaran Islam.

Nak tahu untung nasib seseorang ? Lihatlah ibadahnya. Lihatlah sejauh mana dia mampu menuruti segala suruhan Allah dan sejauh mana dia mampu menghindari segala larangan Allah.

Dan …

Kalau kau tak nampak amal ibadahnya, maka gunalah kaedah mencungkil rahsia di dalam Islam. Iaitu ....... ISTIKHARAH.

Sempena 1431H yang bakal menjelma ni, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kat ko orang semua.

Jangan sampai ko orang merasakan tahun lepas merupakan tahun yang malang buat diri kau orang sebab terlalu banyak musibah dan suwey yang ko orang lalui.

ATAU …

Jangan sampai ko orang kata tahun lepas merupakan tahun yang paling best sebab kau dapat terlalu banyak nikmat pada tahun lepas.

INGATLAH !!!!

Untung nasib serta musibahnya diri kau orang tu TAK ADA KENA MENGENA dengan masa, tahun atau tarikh.

TETAPI …

Ada kena mengena dengan apa yang kau orang lakukan.

Kalau Allah datangkan bala dan kesusahan kat kau orang, biasanya adalah disebabkan kau orang ada buat DOSA dengan Allah atau dosa dengan manusia. Maka Allah datangkan musibah dan kesusahan agar kau orang INSAF dan kembali ke jalan yang benar.

Kalau Allah datangkan nikmat kat engkau orang, itu tandanya Allah sayangkan kau, dan Allah nak kau kongsi nikmat engkau dengan orang yang tak bernasib baik.

MUHASABAHlah diri sendiri.

Gitu gak,

ANDAINYA ...

Di awal tahun baru ini, engkau menerima musibah dan engkau bersedih, BUKAN BERMAKNA tahun itu adalah tahun yang sial buat engkau orang. Sebaliknya bermuhasabahlah dan bermunajatlah kepada Allah SWT agar engkau dilindungi dari godaan nafsu dan syaitan.

Bermuhasabah dan bermunajatlah, agar diberi kekuatan baru untuk melalui hidup ini sebagai HAMBA ALLAH yang taat kepada perintah NYA. Kerana sejauh mana kita taat kepada Allah, sejauh itulah kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat.

Aku ingin berpesan >>>>> Allah akan mengsilihgantikan antara kegembiraan dan kesedihan dalam kehidupan hamba-hamba NYA. Agar manis senyum kesyukuran dapat diimbangkan dengan air mata taubat

Di sini aku sertakan dua doa, doa akhir tahun yang dibaca pada saat hujung waktu Asar 17 Disember 2009. Satu lagi Doa awal tahun yang dibaca selepas Solat Maghrib 17 Disember 2009 nanti.

DOA AKHIR TAHUN : dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.

DOA AWAL TAHUN : dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.

SELAMAT MAAL HIJRAH 1431 Hijrah


Friday, December 4, 2009

Part 5 : Pertempuran Merebut Cinta : Pertempuran Keempat Awarid (Pemesong Ibadah)


Firman Allah, Al Baqarah : 137 :

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Dalam seseorang berusaha untuk beribadah kepada Allah, bukan setakat perkara yang menghalang dari beribadah perlu dihadapi. Perkara-perkara yang melalaikan dia dari beribadah juga perlu dihadapi dalam waktu yang sama. Walaupun berhadapan dengan perkara yang melalaikan tidaklah sesukar berhadapan dengan perkara yang menghalang, namun mutu ibadah boleh cacat disebabkan tipu daya kerna hilang tumpuan ketika beribadah.

Dalam pertempuran yang lalu, kita berhadapan perkara yang menghalang seseorang secara total untuk beribadah. Kalau boleh perkara-perkara tersebut iaitu manusia(fasiq, kafir harbi dan munafik), dunia, syaitan dan nafsu ; seboleh-bolehnya tidak mahu seseorang muslim itu untuk beribadah. Namun, jika seseorang mampu menewaskan keempat-empat tentera musuh ini, seorang muslim masih belum lepas dari perkara-perkara yang melalaikan dia dari beribadah. Perkara yang melalaikan ini menyebabkan seseorang muslim, walaupun beribadah, namun ibadahnya tidak sempurna. Kalau bersembahyang, sembahyangnya tidak khusyuk atau di akhir waktu. Kalau berpuasa, puasanya hanyalah menahan lapar dan dahaga, tidak berpuasa hati dan anggota tubuh badan.

Ada empat tentera musuh yang melalaikan seseorang dari beribadah. Keempat-empat perkara yang sering melalaikan ialah :

1. Rezeki
2. Khuatir
3. Musibah
4. Qadha & Qadar


A. REZEKI

Firman Allah Al An’am : 140 Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya) dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.

Dalam ayat diatas jelas membuktikan, kedapatan orang-orang yang mencari rezeki melakukan perkara terlarang. Rezeki menjadi factor yang melalaikan. Kita akan sibuk memikirkan dan membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki. Kerana sibuk mencari rezeki, seseorang muslim sering mentakkhirkan(melewatkan) solat dan ibadah yang lain. Malah dalam mencari rezeki juga, sering seseorang terjerumus ke kancah rasuah yang haram demi mencapai cita-cita menjadi kaya dengan jalan singkat. Dalam usaha mencari rezeki, jangan sampai kita menafikan bahawa Allah yang memberi bekas atas hasil usaha yang kita lakukan. Tulang empat kerat yang dikerah dan keringat yang tumpah, belum tentu menjamin kejayaan jika tanpa izin Allah. Namun usaha dan ikhtiar adalah wajib, dan mesti selari dengan sunnatullah. Jika inginkan rezeki yang banyak maka perlulah bekerja keras dan bijak. Hasil dan natijahnya, kita serahkan kepada Allah. Barulah nanti rezeki yang diperolehi diberkati Allah walaupun sedikit. Rezeki yang diberkati Allah, walaupun sedikit tetapi mencukupi. Rezeki yang tidak mendapat keberkatan, walaupun banyak masih tidak mampu memuaskan hati seseorang.

Sabda Rasulullah SAW :

Apabila telah tetap nutfah dalam rahim selama 72 pagi datang malaikat rahmat, maka dibentuk dagingnya, tulangnya dan pendengaran dan penglihatannya, kemudian dia berkata wahai tuhan celaka atau bahagia? Maka tuhanmu menentukan apa yang dia hendak, dan malaikat menulis semua itu, kemudian dia menulis rezekinya, tempoh ajalnya, dan amalannya kemudian malaikat itu keluar.

Sabda Rasulullah SAW lagi :

Apabila berlalu ke atas nutfah 45 malam malaikat bertanya adakah dia lelaki atau perempuan, maka Allah menentukannya, maka malaikat menulis. Malaikat bertanya lagi adakah celak atau bahagia, maka Allah tentukan, dan malaikat menulis dan seterusnya berkata; bagaimana rezekinya, ajalnya dan amalnya? Maka Allah menyebutnya dan malaikat menulisnya, kemudian ditutup helaian itu, tidak ditambah padanya dan tidak dikurangkan.

Antara perkara yang berkait rapat dengan rezeki adalah jodoh, ajal dan maut. Dalam Al Quran Allah SWT menceritakan akan proses kejadian manusia....


PERINGKAT PERTAMA : NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :

”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.



PERINGKAT KEDUA : ‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

•sesuatu yang bergantung atau melekat
•pacat atau lintah
•suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.


PERINGKAT KETIGA : MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


PERINGKAT KEEMPAT : IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.


PERINGKAT KELIMA : NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


PERINGKAT KEENAM : NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

VIDEO ASAL KEJADIAN MANUSIA

Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta’ala berfirman.

Yang bermaksud: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatit semasa dalam perut ibunya lagi.

Dengan ayat-ayat dan hadis diatas yakinlah Allah itu Maha Pencipta

Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.
Link ke artikel :
Rahsia Menjadi Pandai
Rahsia Di Permudahkan Jodoh

B. KHUATIR

Firman Allah, Al Baqarah : 137. Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Khuatir merupakan salah satu sifat yang lahir dalam diri seseorang manusia. Ianya akan menimbulkan kebimbangan dan was-was kepada seseorang. Sifat ini melahirkan perasaan kebimbangan yang bukan-bukan seperti takut datangnya sakit. Takut kepada kepapaan. Takut kepada kesusahan. Bimbang kepada masa depan dan sebagainya. Sedangkan perkara atau amal ibadah belum lagi dilaksanakan. Antara perkara kebimbangan yang sering ditimbulkan oleh sifat khuatir contohnya ialah :“Kalau aku ada anak yang ramai, nanti aku susah nak cari rezeki”“Kalau aku bersedekah, nanti aku tak ada duit”“Kalau aku berjuang dan berjihad, nanti aku akan rasa susah”“Kalau aku asyik berpuasa, nanti badan aku lemah”“Kalau aku tak turut serta pesta maksiat, nanti aku tak ada jodoh”“Kalau aku menutup aurat, nanti kena label pengganas Islam”Dan sebagainya


C. MUSIBAH

Rasulullah SAW bersabda :

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya. (Muslim)

Apabila musibah atau bala bencana menimpa kita, sering kita akan mengalami rasa kemurungan. Fikiran bercelaru. Hati tidak tenang. Mudah rasa marah. Hilang rasa sabar. Hilang rasional, lahirlah emosional. Inilah antara situasi yang sering timbul disebabkan kelemahan iman kita. Musibah yang melanda, menyebabkan kita hilang pertimbangan akal. Tidak mustahil, kita menyalahkan takdir. Justeru itu, kita lalai untuk beribadah kepada Alllah.


D. QADHA ALLAH

Qadha dan Qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib dipercayai dan diyakini oleh setiap muslim. Apa makna Qadha ? Qadha ialah perlaksanaan ke atas penentuan atau keputusan yang telah sedia dibuat oleh Allah sejak azali bagi segala yang akan ada atau yang akan berlaku. Apa dimaksudkan dengan azali ? Azali ialah masa silam yang tidak ada permulaannya. Masa sebelum terciptanya makhluk. Itulah azali.

Pendekata, sebelum Allah mencipta makhluk, Allah telahpun menetapkan Qadha Nya, atas apa yang akan berlaku.Qadar pula bermakna perlaksanaan Qadha. Iaitu segala yang telah ditentukan oleh Allah Taala sejak azali pasti akan ada atau akan berlaku dengan tepat. Qadha & Qadar Allah membabitkan ketentuan Allah terhadap seseorang manusia sama ada baik atau pun buruk. Apabila terjadinya ketentuan Allah, maka seorang muslim yang rapuh imannya akan sering lalai untuk meletakkan diri sebagai hamba Allah. Seandainya Qadha dan Qadar Allah berupa ketentuan yang baik buat dirinya, sering kita lihat mereka yang beroleh nikmat ini lupa mensyukurinya dan terus kufur dalam kenikmatan anugerah Allah. Jika ketentuan yang menimpa dalam bentuk kesukaran dan kepayahan, sering kita temui manusia akan keluh kesah, jadi pemarah hingga mengabaikan tuntutan beribadah.

Takdir ada 4: kenikmatan, kesengsaraan, kebaikan, keburukan. Kata Al-Ghazali, redha terhadap takdir penting, karena:
1) Jika tidak redha terhadap takdir, selamanya hatimu akan resah,
2) Engkau akan takut pada amarah Allah.

Jalan penyelesaian kepada keempat-empat masalah di atas :

1. Hendaklah kita bertawakal kepada Allah SWT setelah kita berusaha dan berikhtiar. Tawakal menjadikan seseorang bebas dari beban duniawi sehingga ia dapat beribadah dengan tenang, sedangkan orang yang tidak bertawakal atau tidak menggantungkan dirinya kepada Allah tidak akan beribadah dengan baik karena pikirannya terpusat pada rezeki.Orang bertawakal tidak akan pernah takut kekurangan rezeki. Jadi rezeki memang merupakan penghalang. Keinginan meraih tujuan ternyata dapat menjadi penghalang beribadah. Untuk menghilangkan ini kita harus menyerahkan segala persoalan kepada Allah.
2. Berserah diri kepada Allah SWT kerana sebagai Yang Maha Pencipta, Allah lebih tahu akan masa depan kita. Allah yang Maha Mengathui masa depan kita dan Allah yang mentadbir kehidupan kita.
3. Hendaklah bersabar dengan musibah yang melanda. Kuatkan pautan hati dengan Allah, dan ingatkan diri bahwa sebagai makhluk yang lemah tidak ada daya upaya kita untuk mengelakkannya melainkan dengan kudrah dan iradah Allah SWT.
4. Sentiasalah mengucapkan Innalillahi wainna ilai hirajiun (Dari Allah aku datang dan kepada Allah aku kembali”
5. Sentiasa mengucapkan La haula wala quwwata illah billah sebagai tanda kelemahan kita sebagai makhluk.
6. Anggaplah musibah yang melanda sebagai kifarah dosa kita didunia dan sebagai ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat kita disisi Allah SWT.
7. Apabila ketentuan Allah datang berbentuk nikmat, ucapkanlah istighfar dan alhamdulillah. Syukurilah nikmat Allah dan ingatkan diri sendiri, seandainya nikmat yang hadir gagal ditadbir dengan hukum Allah, hakikatnya kita telah kufur nikmat.
8. Bersabar dan redha dengan ketentuan Allah yang tidak kita ingini. Ingatkan diri bahwa kita adalah makhluk yang lemah dan Allah saja yang menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat.

Semoga kita beroleh iktibar dari tazkirah ini. Lantas kita berusaha menjadikan diri kita lebih baik berbanding hari-hari yang telah berlalu.