Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Monday, June 15, 2009

Rahsia Air Mutlak : Bab Taharah Ringkas


" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "

Surah Al Anfal Ayat ke 11



Aku teringat sebuah kisah sewaktu Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Waktu tu Rasulullah SAW berada di Mekah. Lalu telah datang wakil dari Madinah untuk menjemput Rasulullah SAW untuk berhijrah ke Yathrib (nama lama Madinah).

INFO

Nama lama Madinah adalah Yathrib. Yathrib dihuni oleh dua kaum iaitu Kaum Auz & Hazraj. Dua kaum itulah yang menjadi majoriti penduduk Madinah. Kaum minoriti di Madinah adalah kaum Yahudi dari suku Nadir, Quraizah & Qainukak.

WALAUpun yahudi adalah kaum minoriti, tetapi kaum Yahudilah yang memonopoli ekonomi dan mencatur pentadbiran Madinah.

Bukan setakat ekonomi, sistem pengairan pun dikuasai oleh kaum Yahudi.

Bila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, para sahabat yang berhijrah digelar kaum MUHAJIRIN sementara kaum Auz & Khazraj digelar golongan ANSAR. Rasulullah SAW berasa sedih kerana keperluan asas yang utama iaitu air dikuasai oleh Yahudi. Yahudi menjual air kepada umat Islam pada harga yang mahal.

Antara langkah awal Rasulullah SAW dalam memperbaiki mutu kehidupan umat Islam ialah menyediakan kemudahan asas kepada umat Islam di Madinah. Oleh itu Rasulullah SAW telah mengarahkan Saidina Osman mencari Yahudi yang memiliki telaga yang paling sengkek. Dan Saidina Osman diarahkan untuk membeli telaga tersebut. Setelah telaga tersebut dibeli, seluruh umat Islam diarahkan untuk mendapatkan bekalan air dan membeli air dari telaga yang dibeli oleh Saidina Osman. Telaga air Yahudi yang lain dipulaukan oleh umat Islam. Akhirnya perniagaan telaga Yahudi bankrupt. Satu persatu telaga milik Yahudi dibeli oleh umat Islam.

Begitulah nilai rasa ukhwah dan kasih sayang sesama umat Islam di zaman Rasulullah SAW.

Mereka sanggup bersusah payah memulaukan telaga milik Yahudi semata2 untuk mendapatkan bekalan air dari telaga milik umat Islam.

Cuba kita muhasabah diri kita. Kita camana ?

Sanggup ker kita memulaukan produk2 kafir semata2 kepentingan umat Islam ?

Aku pernah terbaca dalam majalah Far Eastern Economic Review pada tahun 1998. World Tobacco Organisation (WTO) membuat deklarasi, cukai yang dikutip hasil dari penjualan produk tembakau (termasuklah ROKOK), 15% akan disalurkan kepada Majlis Gereja Sedunia di Vatican dan 8% disalurkan untuk pembinaan semula negara Israel Zionis.

Sanggup ker para pejuang Islam meninggalkan rokok kerana tindakan mereka menghisap rokok itu menyumbang kepada pemurtadan umat Islam kepada kristian ?

Sanggup ker para pejuang Islam meninggalkan rokok kerana tindakan mereka menghisap rokok itu menyumbang kepada pembelian senjata oleh Yahudi untuk menembak umat Islam di Palestine ?

Tepuk dada .... tanyalah iman.

Sejarah membuktikan, Rasulullah SAW menitikberatkan keperluan asas iaitu air.

Dengan air kita boleh minum. Kita boleh basuh baju. Boleh berwuduk. Boleh mandi wajib. Dan lainlain lagi.

BILA disebut tentang mandi wajib .... aku nak sentuh sikit tentang cara mandi wajib yang betul.

Mandi wajib, satu perkataan yang ringkas dan sempoi utk disebut, nampak senang. Tapi jangan terkejut kalau aku kata, RAMAI UMAT ISLAM di tanahair kita yang TAK SAH MANDI WAJIB.

Mandi wajib, satu perkataan yang ringkas dan sempoi utk disebut, nampak senang. Tapi jangan terkejut kalau aku kata, RAMAI UMAT ISLAM di tanahair kita yang TAK SAH MANDI WAJIB.

Nak mandi wajib cara yg betul, kita tak boleh lakukannya dengan HANYA berdiri atau duduk ( mencangkung ) sahaja, SEBALIKNYA kena lakukan dengan berdiri DAN mencangkung. Ini adalah agar air dapat diratakan keseluruh tubuh badan.

Ko orang nak tau tak ?

Bila ko orang berak, ko orang akan meneran. Bila ko orang meneran, kulit bahagian DALAM dubur tu akan terkeluar bersama najis sewaktu meneran. Kulit yang terzahir keluar sewaktu meneran termasuk kulit tubuh yang WAJIB disampaikan air sewaktu mandi wajib. Dan kulit tersebut hanya dapat disampaikan air waktu ko orang duduk mencangkung SAMBIL meneran.

Berapa ramai orang kita yang mengaku Islam mandi wajib tapi tak menyampaikan air ke kulit dalam dubur yang terzahir sewaktu meneran ? RAMAI.

Ada gak orang Islam kita yang mandi wajib, menggunakan air yang KURANG dari dua kolah. Untuk menyucikan hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar (mandi wajib, mestilah menggunakan air yang SUCI LAGI MENYUCIKAN, iaitu air mutlak. Air yang suci tetapi TIDAK MENYUCIKAN ialah air mustakmal. Air mutlak ialah air yang sukatannya dua kolah, yang sifatnya tidak berubah (sifat air ialah bau, warna dan rasa). Air yang kurang dua kolah atau air yang lebih dua kolah tetapi berubah sifat ( warna, bau dan rasa) adalah air yang TIDAK MUTLAK.

DUA KOLAH tu sukatannya sebanyak ....

1. 230 liter air ..... ATAU

2. 52 gelen ..... ATAU

3. Dalam satu bekas empat segi sama yang ukuran panjang X lebar X tingginya ialah
1 1/4 hasta X 1 1/4 hasta X 1 1/4 hasta ..... ATAU

4. Kalau bekas selinder ....ukuran diameter ialah = 1 hasta ..... sementara ukuran tinggi selinder = dua hasta

Untuk makluman ko orang ... satu hasta bersamaan dengan 23 inci

Ramai orang Islam kita yang tak tahu pasal ni. Mandi wajib main taram jerk. Bila mandi wajib tak memenuhi rukun mandi wajib, mandi wajib tak sah. Bila mandi wajib tak sah ibadat yang dilakukan oleh seseorang juga jadi tak sah.

Mandi wajib yang juga dikenali sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Aku nak ulang bab mandi wajib ni kat dalam posting merapu aku ni, walau pun aku tau ko orang semua dah tua bangka.

Mandi wajib ada dalam dibincangkan dalam juzuk pertama iaitu bab Taharah (bersuci) kitab Feqah dan merupakan perkara yang amat dititikberatkan kerana menyucikan diri dari hadas.

Rukun mandi wajib ada 3.

1. niat.
2. menghilangkan najis dibadan.
3. meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Rukun mandi wajib pertama ialah niat. Niat mandi wajib : Sahaja aku mengangkat hadas yang besar kerana Allah Taala. Ko orang tak tahu bahasa Arab, guna bahasa Melayu pun tak apa. Disunatkan melafazkan niat dengan lidah dan WAJIB berniat didalam hati ketika air mencecah tubuh. Bagi awekz yang baru habis haid, niat mandi ialah : Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala. Bagi awekz yang baru habis nifas, niatnya ialah : Sahaja aku menganagkat hadas nifas kerana Allah Taala.

Kalau ko orang dah habis membasuh salah satu anggota badan, baru ko orang niat. Maknanya ko lambatkan niat sehingga ko habis membasuh satu anggota badan,ini juga menyebabkan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.

Kalau dia berniat SEBELUM air sampai ke badan, niat juga tak sah. Bila niat tak sah, mandi wajib juga tak sah.

Sekiranya dia berniat sebelum air sampai kebadan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Jadi niat di hati hendaklah dilakukan ketika kali pertama air mencecah ke tubuh badan.

JELAS ???

Rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya sesambil ko orang mandi wajib, ko orang boleh membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada dibadan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Orang yang bertocang, jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air kedalamnya, tocang atau sanggul itu wajib lah dibuka.

Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Pasal kuku lak, kalau kuku panjang macam kuku pontianak, ada kekotoran yang lekat dicelah/bawah kuku, WAJIBLAH dibersihkan kekotoran itu agar sampai air. Sebab itu dalam Islam kita disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Agar kekotoran tak melekat bawah kuku.

Kat awekz yang tak ada kuku sebab asyik gigit kuku jerk kira orait lerr.

Kendian ... pasal rambut yang diwarna.

Dulu sebelum aku nak ke UK, ada sorang patient yang dah nazak kat ICU. Anak dia semua datang ziarah. Anak2 dia semua ada, baik yang balakz, baik yang awekz. Aku hulurkan Surah Yaasin kat mereka, aku kata kat dia orang, bacalah surah Yaasin tu dan sedekahkan kat mak, agar Allah permudahkan urusan mak. Seorang pun tak ambil Surah Yaasin tu. Semua tersengih2 macam kerang busuk. Sorang kata ..”Sorilah I tak reti nak baca” ..... Sorang kata ....”Nak buat apa baca Yaasin, mak belum mati” ...... Bila dia orang cakap cam tu, memang patutler patient tu kalau tengah sakit kat rumah, kol 2-3 pagi dia call aku mina nasihat. Anak pompuan dia yang datang ziarah. PERRGGHHHHH rambut perang siootttt.

Ko orang nak tau tak ?

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Jadi orang yang mewarnakan rambut dia dengan pewarna rambut selain inai, kalau dia nak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna rambutnya terlebih dahulu.

Nanti ko orang tanya lak .... nak buang camana ? Bukan senang nak buang warna rambut.
Maka aku jawab balik : YANG KO GI GATAL WARNAKAN RAMBUT TU PEHAL ? hehehehe

Ko orang nak tahu tak ?

Pewarna rambut SELAIN inai, dia mewarnakan rambut dengan MENYALUT rambut ko orang ?

Kalau pewarna tu menyalut rambut ko orang, air TAK SAMPAI ke rambut. Mandi wajib TAK SAH. Kalau mandi wajib tak sah, camana ko beribadat ?

Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang sampai ke rambut.

Nanti ko orang akan kata lak, TAK KAN MANDI TAK SAH, SEBAB KAT KOTAK PEWARNA RAMBUT TU ADA LOGO HALAL DARI JAKIM.

Maka aku jawab lak : Logo HALAL sebab pewarna tu ta dicampur najis. Tapi disebabkan pewarna tersebut menyalut rambut dan menghalang air sampai ke rambut, MAKA pewarna tersebut masih tetap HARAM hehehe

JADI janganlah disebabkan ko orang dilahirkan dalam keadaan TAK CUKUP MELANIN, kulit ko putih lepuh, rambut ko ala2 blonde, ko gi gatal perangkan rambut ko terus. Tak pepasal mandi wajib tak sah.


Gitu gak dalam usaha menyampaikan air keseluruh anggota tubuh. Ko orang sambil mandi berdiri, ko orang kena gak mandi mencangkung dan meneran, AGAR kulit bahagian dalam dubur yang terzahir sewaktu meneran sampai air.

Bagi awekz, aku tak segan silu untuk nyatakan, ko orang kena gak sampaikan air dicelah lipatan kulit faraj ko orang.

Gitu gak orang yang kulit dia berlipat2 macam orang obese. Make sure air sampai ke bahagian yang berlipat.

Ok sekian dulu .

Ko orang fikir2 kanler

Kita berubah ke arah yang lebih baik dari hari2 yang telah berlalu


Rahsia NAFSU


Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu) sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

Surah Yusuf : Ayat 23



Firman ALLAH SWT dalam Al Quran, surah Yusuf ... diceritakan bahawa Nabi Yusuf AS yang menjadi hamba Perdana Menteri, digoda oleh Zulaikha yang menjadi isteri Perdana Menteri.

Zulaikha seorang yang cun melecun, husband dia lak encem macho, husband dia lak orang kenamaan, orang kaya lagi ... TETAPI .... bila setan & nafsu dah pengaruhi kepala hotak dia yang mereng tu ... Zulaikha lupa sapa diri dia , lupa kedudukan dirinya, lupa kedudukan husband dia. Lantas tindakannya menurut nafsu dan tak masuk akal. Dah ada laki pun dia nak merendek gak dengan Nabi Yusuf AS. Yang akhirnya memalukan dirinya sendiri.

Kalau Setan & Nafsu dah masuk campur dalam kehidupan kita, iman dan akal akan diketepikan. Rosaklah hidup kita sebab kita akan lalai mentaati Allah. Nafsu diperkuatkan dengan setan akan memusnahkan insan. Musuh nafsu dan setan adalah akal dan iman. Akal yang diperkuatkan dengan imanlah yang bakal membenteng dan menjadi perisai kepada manusia dari ancaman nafsu dan setan.

Nafsu kena ada dalam diri kita. Kalau tak ada nafsu, kita tak jadi manusia. Allah jadikan makhluk yang ada akal tetapi tak ada nafsu bernama MALAIKAT. Allah jadikan makhluk yang tak ada akal tetapi ada nafsu, bernama HAIWAN. Dan Allah jadikan makhluk yang ADA akal & ADA nafsu bernama manusia.

Oleh itu nafsu yang ada dalam diri kita hendaklah dididik agar mendengar nasihat akal yang dibimbing dengan iman.

Nafsu ada berperingkat-peringkat. Yang arwah Tok aku citer dulu, nafsu ni ada 7 peringkat

1. Ammarah
2. Lauwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah

Tingkatan yang terendah dan terhina ialah Ammarah. Dan tingkatan yang termulia ialah Kamilah. Amarah ni nafsu paling hina hehehe. Orang nama Amarah ni pun memang hina hehehe

Jadi aku nak share dengan ko orang semua ilmu yang arwah tok aku ajar, manaler tau kot kot kita leh aik pengajaran demi keselamatan kita dan usaha kita dalam menuju ke arah keredhaan Allah SWT.

CIRI-CIRI NAFSU

Nafsu Ammarah ialah nafsu yang paling hina, paling buruk dan paling jahat. Orang yang bersifat dengan nafsu Ammarah, dia akan rasa bangga bila buat dosa. Kalau dia boleh togok araj, dia akan canang kat orang yang dia tu "power giler" sebab minum 5 tin Carlsberg masih tak mabuk. Dia rasa heppi giler dan kelazatan yang amat sangat bila ada peluang buat dosa. Bukan takat tu jerk, orang nafsu Ammarah ni, dia akan ajak orang lain buat dosa gak. Kalau mereka nak tengok VCD lucah, dia ajak member2 dia sekali. Kalau dia ada gambar blue, dia sebarkan orang lain. Andainya, ada usaha yang dilakukan untuk mencegah kemungkaran, mereka-mereka inilah yang menjadi manusia-manusia durjana yang mengong yang menghalang kepada program menyeru yang makruf dan mencegah kemungkaran. Andainya ada orang yang menegur kemungkaran dan maksiat yang dilakukannya, orang yang menegur itu dimusuhi. Orang yang bernafsu Ammarah inilah yang sentiasa jadi batu api, melaga-lagakan orang demi kepentingan diri mereka. Mereka jugalah agen kepada kesesatan yang dibawa oleh musuh-musuh Islam. Tak hairanlah kalau mereka boleh dilabel sebagai hamba nafsu atau pun hamba syaitan. Orang yang bernafsu Ammarah, tempatnya tidak lain dan tidak bukan ialah di neraka. Muktamad, kalau dia mati akan ke neraka. Dan dosa-dosa orang yang menyahut seruannya untuk melakukan maksiat juga, dia akan dapat saham darinya. Jadi cuba kita cek diri kita. Kita muhasabah. Ada tak sifat orang nafsu ammarah dalam diri kita ?Kalau ada, bersiap sedialah untuk dibakar di neraka.

Tingkatan kedua nafsu ialah Lawwamah. Orang yang ada nafsu Lawwamah sedar bahawa diri dia sering terlibat dengan dosa, dan dia sering kritik diri dia bila terlibat dengan dosa. Mereka sentiasa melakukan dosa. Waktu melakukan dosa, mereka tak fikir apa-apa pun. Tak ingat kat Allah, tak ingat kat syurga dan neraka. Yang dia ingat hanyalah nikmat ketika berbuat dosa yang hakikatnya adalah nikmat yang sementara. Sebaik saja habis buat dosa, baru dia sedar yang dia telah terlanjur. Dia menyesal dan mengkritik diri dia sendiri di atas keterlanjurannya. Waktu dia berzina, dia tak ingat langsung yang zina tu berdosa, tapi bila dah shoot, dah lesu, baru sedar diri yang dibuat tu dosa. Tapi setelah masa berlalu, dia buat balik dosa yang jadi favourite dia. Orang bernafsu Lawwamah ini , bila berjaya buat kebaikan, maka senanglah timbul riyak dan ujub dalam dirinya. Dirasakan dialah yang paling arif dalam bab-bab benda kebaikan ni. Syok sendiri. Perasan. Dirasakan dialah yang paling mulia dan suci. Perasan dan syok sendiri. Inilah antara ciri-ciri yang ada pada orang yang bernafsu Lawwamah.

Beza antara orang nafsu Ammarah dan Lawwamah, orang di nafsu Lawwamah tak rasa bangga bila buat dosa, dia tak pula ajak orang lain turut sama membuat dosa dengannya dan dia tak pula menghalang usaha-usaha mencegah kemungkaran. Tapi dia sering terjebak dengan dosa, sebab tak mampu meninggalkan nikmat dunia ketika membuat dosa. Contohnya, dia sudah merasa kelazatan zina, maka dia terus melakukan zina walau dia tahu ianya berdosa. Tingkatan nafsu Lawwamah lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah, tetapi nafsunya masih belum terdidik dan rakus. Masih bersarang dengan sifat mazmumah. Cuma diri orang yang bernafsu Lawwamah ini sudah mudah ditegur dan hatinya mudah didorong ke arah ibadah dan kebaikan. Nafsunya masih belum dididik sepenuhnya. Syurga untuk orang di nafsu Lawwamah masih jauh panggang dari api. Nafsu yang camni masih belum dapat menyelamatkan yang empunya diri dari api neraka.

Tingakatan yang ketiga ialah nafsu Mulhamah. Orang yang bernafsu Lawwamah, bila dia sedar dia buat dosa, hasil dia mengkritik diri dia setelah dia terlanjur melakukan dosa, dia akan berusaha menghisab diri dan berusaha memperbaiki diri. Dia mempelajari ilmu Fardhu Ain dan mula mengamalkannya. Berdasarkan ilmu tasawwuf yang dia pelajari, dia berusaha menyucikan hatinya. Orang yang bernafsu Mulhamah, dia masih terlibat dengan dosa. Tetapi dosa yang dilakukannya tidak sebanyak dosa yang dilakukan oleh orang di tingkatan nafsu Lawwamah. Namun dosa, walau sekecil mana pun, balasannya di akhirat tetap ke neraka.

Andainya orang nafsu Lawwamah, terjebak kepada dosa kerana inginkan kelazatan nikmat kemungkaran yang sementara, orang bernafsu Mulhamah melakukan dosa kerana tidak sengaja. Bukan dia suka-suka cari. Andainya orang di tingkatan nafsu Lawwamah setelah melakukan dosa, baru dia sedar akan kejinya perbuatannya itu. Orang bernafsu Mulhamah sewaktu buat dosa, sedang dia buat dosa, dia dah terasa betapa kejinya perlakuan maksiat yang sedang dia lakukan. Andainya orang bernafsu Lawwamah setelah melakukan dosa, dia mengkritik diri dia. Orang yang bernafsu Mulhamah bukan setakat kritik diri dia, malahan dia mencari kaedah untuk tidak melakukan dosa dan menghindarkan dari jalan-jalan yang mengundang dosa . Namun orang di tingkatan Mulhamah ini, masih belum sunyi dari melakukan dosa. Hati dia pedih bila melakukan dosa, walau pun tidak sengaja. Namun usaha dilakukan untuk tidak mengulangi perlakuan dosa itu lagi.

Tingkatan yang keempat ialah nafsu Mutmainnah. Orang yang bernafsu Mulhamah, hasil usahanya mencari jalan keluar dari melakukan dosa yang istiqamah dan sungguh-sungguh, maka Allah akan tingkatkan nafsunya ke tingkatan Mutmainnah. Orang yang telah mencapai ke tingkatan ini, hatinya sudah suci dan tenang. Datanglah 1001 macam ujian musibah melanda, hatinya tidak tergugat. Dia sabar dan redha dengan segala ketentuan yang datang dari Allah. Dia sujud dan syukur di atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. Ujian musibah yang melanda dianggap sebagai kifarah dosa di dunia dan wasilah untuk menghampirkan diri kepada Allah. Nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya dikongsi bersama dengan saudara semuslim dengannya agar nikmat itu dapat diedarkan ke seluruh pelusuk alam. Orang yang bernafsu Mutmainnah inilah yang dikatakan orang-orang bertaqwa. Orang yang mampu melaksanakan segala titah perintah Allah dan mampu meninggalkan segala larangan Allah. Mereka inilah yang dijamin akan selamat dari siksaan neraka Allah di akhirat. Mereka inilah juga yang bakal menjadikan syurga yang penuh dengan kemanisan nikmat yang berkekalan sebagai tempat rehatnya nanti di akhirat.

Nafsu Radiah. Nafsu inilah yang tingkatannya menjadikan pemilik nafsu ini bukan sekadar dapat mencapai tingkatan ketenangan, ketenteraman dan kesucian, malah meredhai akan setiap musibah bala bencana yang diturunkan Allah ke atasnya. Bagi mereka ujian dan musibah dari Allah itu adalah sesuatu yang dinantikan. Ujian bagaikan sesuatu alat untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah yang amat dikasihi dan sebagai salah satu wadah untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada NYA.

Nafsu Mardiah. Nafsu inilah yang tingkatannya menjadikan pemilik nafsu ini berada kategori para wali Allah.

Nafsu Kamilah. Nafsu inilah yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.

Ituler serba sedikit yang aku ingat dari apa yang arwah tok aku citer. Ko orang tengokler apa yang ada dalam diri ko orang. Dalam tujuh jenis nafsu tu, yang mana satu ciri2 nafsu yang ko orang ada. Kalau dapat nafsu yang baik, kira orait pe. TAPI kalau kena nafsu yang hampeh cam AMMARAH, malang ler nasib. Kena banyak mujahadah untuk perbaiki mutu nafsu.

Sunday, June 14, 2009

Rahsia Sebuah Kematian


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda.

Hadis dari Aisyah r.a. Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a (Bab Kelebihan Fatimah Puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) hadis no. 4486



Tarikh : 14 Mac 2008
Masa : Selepas Solat Asar
Lokasi : Dalam perjalanan pulang ke Tampin dari Kole Besut

Selepas solat Asar, aku memulakan perjalanan bersama isteri & anak2 ku balik ke Tampin selepas majlis pertunangan adik sepupu ku. Sepanjang perjalanan, yang hanya bermain di kotak fikiran aku ialah titisan air mata adik sepupu ku yang berlinang sepanjang majlis pertunangannya. Isteri ku berkata, itu adalah tangisan gembira adik sepupu ku kerana majlis pertunangan dengan jejaka yang baik dan soleh walau tidak berharta. Sedangkan hati ku tahu yang linangan air mata adik sepupu ku adalah kerana insan yang disayanginya tidak bersama menyaksikan majlis pertunangannya. Dan aku semakin sayu dan sebak bila mengenangkan arwah2 kaum kerabat ku yang telah kembali ke rahmatullah. Terus aku maklumkan kepada isteri ku dan anak2 ku, selepas asar kita bertolak pulang. Sebab aku tak mahu emosi ku semakin terganggu dengan pemergian orang2 yang rapat dengan ku.Sebab bila emosi terganggu, macam2 hal aku boleh lakukan dengan hasutan setan.

Kematian adalah sesuatu yang pasti. Bila berlaku saat kematian, tidak akan dilewatkan walau sesaat dan tidak pula dicepatkan walau sesaat.

Dari alam roh kita beralih ke alam rahim.

Dari alam rahim kita dilahirkan ke dunia ini.

Kemudian setelah sampai ajal, berpindahlah kita ke alam barzakh dengan sebuah kematian.

Seterusnya ke alam Mahsyar di mana segala amal perbuatan hidup kita di dunia diperhitungkan. Andainya banyak amal taqwa kita, ke syurgalah tempat perhentian kita. Andainya miskin kita dengan amal taqwa di dunia, celakalah kita kerana neraka menjadi tempat perhentian kita.

Dan begitulah perjalanan kembara roh kita dalam kehidupan yang fana' ini sehinggalah kita kembali ke alam baqa'.

Selama kita belum berada di syurga ALLAH, tidak ada seorang pun yang boleh mendabik dada bahawa dirinyalah yang terbaik. Dan tidak ada seorang pun di antara kita yang masih hidup ini telah dijamin syurga.

Pendekata, kita yang sentiasa berdosa ini belum terselamat dari ancaman neraka ALLAH.

Namun demi sifat kasih sayang dan pemurahnya ALLAH, disediakan pintu TAUBAT untuk kita, agar kembalinya kita kepada NYA dalam keadaan bersih dan suci dari dosa.

Sejauhmanakah kita mengambil kesempatan ini memohon ampunan ALLAh dan menerima keampunan ALLAH dengan penuh rasa kehambaan ?

Saidina Ali karamallahuwajhah berkata :

Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam. Rugilah orang yang hari ini sama dengan hari semalam. Celakalah orang yang hari ini lebih jahat dari semalam.

INGATLAH !!!!

Taubat perlu diiringi dengan rasa kekesalan. Tiada taubat tanpa rasa kesal. Tiada kesal tanpa rasa berdosa. Tiada rasa berdosa jika tidak berusaha membuat perubahan ke arah yang lebih baik.

Setiap saat yang berlalu bermakna semakin hampirlah kita dengan kematian. Kematian adalah sesuatu yang pasti dan janji yang tak akan di mungkiri. Apakah kita sudah bersiap sedia denngan bekalan melangkah ke alam barzakh menuju ke negara yang kekal abadi ? Dan sebaik-baik bekalan ialah IMAN. Kerana iman walau sebesar zarah, mampu menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Alam barzakh merupakan jambatan yang menghubungkan alam dunia dan alam akhirat sambil menanti tiba saat sangkakala ditiup Israfil sebagai petanda bermulanya alam akhirat. Di alam barzakh jasad yang terbujur kaku akan di datangi Mungkar & Nakir untuk di soal jawab. Andainya banyak amalan iman, berbahagialah jasad bersemadi tenang di pusara. Andainya banyak amalan kemungkaran, celakalah jasad dihimpit bumi dan disiksa Mungkar & Nakir.

Dulu aku pernah bertanya kepada atok ku, bagaimanakah keadaannya ketika nyawa di cabut Izrail ?

Katanya sakit.

Aku bertanya lagi sakit yang macam mana ?

Katanya sakit yang amat sangat. Sakit yang paling sakit ialah sakit ketika nyawa dicabut oleh Izrail. Dalam kitab ada menulis, sakit ketika nyawa dicabut bagaikan libasan tetakan ribuan pedang ke isi daging. Aku tak pernah menerima tetakan pedang. Tapi aku pernah menerima libasan rotan dan tali pinggang. Itu pun aku sudah tak mampu menanggung sakitnya. Inikan pula libasan tetakan ribuan pedang.

Aku pernah membaca sebuah kitab akan detik2 terakhir kehidupan Rasulullah SAW. Diceritakan oleh Fatimah Az Zahra, puteri kesayangan Rasulullah SAW bahawa wajah Rasulullah SAW berkerut menahan sakit ketika rohnya dicabut oleh Izrail sehingga Izrail pun terpaksa memalingkan mukanya, tak sanggup melihat wajah Rasulullah SAW menahan sakit akibat rohnya dicabut.

Andainya Rasulullah SAW, seorang yang maksum yang terpelihara dari dosa, seorang yang mulia, seorang yang dicintai ALLAH, seorang yang menjadi rahmat bagi sekelian alam ini pun merasa sakit ketika dicabut rohnya.

Apatah lagi diri kita yang bergelumang dosa.

Bila aku memikirkan hal ini, kadang2 hati aku tersentuh. Aku jadi semakin sebak dan sayu. Ada di kalangan ahli keluarga ku kembali ke haribaan ALLAH dalam keadaan sedih kerana dihina manusia. Bila berhadapan dengan Izrail dan dicabut rohnya, alangkah seksanya mereka. Dah ler perginya mereka mengadap ALLAH dalam keadaan sedih kerana dihina, terpaksa pula berhadapan dengan kesakitan ketika roh dicabut jdari jasad.

Tapi setelah aku timbang2kan, biarlah mereka kembali ke sisi ALLAH sebab dengan kembalinya mereka ke sisi ALLAH, tamatlah penderitaan hidup mereka. Tiada lagi penghinaan. Tiada lagi kesedihan. Namun aku masih rasa bersalah kerana sebagai salah seorang ahli keluarga mereka, aku masih tidak berupaya mempertahankan maruah mereka dari di hina sewaktu hidup mereka.

Khamis pagi, 13hb March 2008. Antara jam 9.00am ke 11.00am. Aku ke Pasar Payang untuk berbelanja barang keperluan dapur untuk majlis pertunangan adik sepupu ku. Bila aku jejakkan kaki ku ke bahagian jualan ikan, aku rasakan suasana di situ terasa sunyi. Beberapa peniaga yang mengenaliku menghampiri ku dan memeluk ku. Mereka juga terasa kehilangan seseorang yang menjadi "penghidup" suasana di pasar tersebut dengan cerita lawak jenakanya. Tiada lagi rasa ceria di kalangan peniaga. Tiada lagi penghibur yang menjadi "celebrity" di kalangan peniaga di pasar tersebut. Tiada lagi muazzin yang melaungkan azan ketika masuk waktu zohor dan asar di Surau Pasar Payang. Tak lama kemudian, tampil seorang gadis yang ayu dan comey, tetapi kudung kaki dan tangannya di atas kerusi roda elektriknya. Dia juga salah seorang peniaga di situ. Dia bersuara : "Sabarlah Cikmie. ALLAH sayae ke dio. Dio derito dok oh. Dio hibur ati orae. Tapi orae dok tau ati dio sedih. Dio susup sedih dio ngae melawok. Itu mulionyo dio. Dio nok orae suko, biar dio teriak sorae..." ... (Sabarlah Cikmie. ALLAH lebih sayangkan dia. Dia dah teruk menderita. Dia hiburkan hati orang. Tetapi orang tak tahu hati dia bersedih. Dia tutup kesedihan dia dengan lawak jenakanya. Itulah kemuliaan dirinya. Dia gembirakan org tapi tak mahu org susah sebab dia. ) ... hati aku terubat sedikit kerana seorang gadis ayu dan comey walau kudung tangan dan kakinya menghargai nilai sebuah persahabatan dan faham isi hati seorang teman yang telah pergi mengadap ILAHI.

Rata2 di antara kita mengaku kita ada ramai kawan2 yang baik dan setia kepada kita. Aku nak tanya kat ko orang semua.

1. Ada tak di antara kawan2 ko orang yang ko kata baik tu, menegur dan menasihatkan diri ko org bila ko org buat sesuatu kesalahan dan maksiat ?

2. Pernah tak ko panggil kawan2 yang ko kata baik tu dan ko tanya dia orang APA KELEMAHAN & KESILAPAN YG KO DAH BUAT ? Takkan ko tak ada kelemahan dan kesilapan.

3. Pernah tak ko marah kawan2 ko orang yang ko kata baik tu sebab biarkan ko buat maksiat ?

Sebab apa aku kata cam ni ?

Sebab kalau ko orang nak jadi baik, ko orang kenalah ada sahabat. Sahabat yg sejati, dia tak mo ko orang susah kat dunia, lebih2 lagi susah kat akhirat. Sahabat sejati dia akan tegur & nasihatkan ko orang bila ko orang buat sesuatu perkara yg salah dan menyalahi syariat. Mereka memperjudikan talian persahabatan sebab tak mahu sahabatnya terus tenggelam dalam maksiat. Sahabat sejati tahu, kalau dia tegur kesilapan & kelemahan ko orang, ko orang akan marah & melenting. Silap2 dia akan masuk dalam senarai musuh ko orang sebab tegur kesilapan. Tapi itulah keIKHLASAN hati seorang sahabat sejati. Kadang2 kita terlupa sebab pengaruh setan & nafsu. Lalu kita jadikan sahabat yang ikhlas menegur kita sebagai musuh kita. Inilah kesilapan kita. Kita akan terasa bila sahabat tersebut telah tiada, bila dia dah kembali ke sisi ALLAH. Barulah kita terasa kekosongan dan kerinduan.

Sebab itu sebelum sahabat ko orang mati, ko orang fikir2kanler apa yang ditegur oleh sahabat ko orang. Sebab bila dia dah tak ada kat dunia ni baru ko orang tahu betapa bernilainya harga sebuah persahabatan.

Gitu juga dengan ibu, ayah, suami atau isteri ko orang. Berilah khidmat yang tak ternilai kepada mereka sementara mereka masih bernyawa. Didik dan bimbinglah mereka ke jalan iman dan islam. Hiburkanlah hati mereka walau diri mu derita. Jangan diguris hati mereka agar perginya mereka mengadap ALLAH nanti dalam keadaan tersenyum ria melihat diri mu dalam rahmat ALLAH.

Kematian inilah yang menjadi pemisah. Kematian yang menjadikan anak2 seorang yatim. Menjadikan isteri sebagai balu. Menjadikan sahabat hilang teman ketawa dan menangis.

Andainya matinya kita dalam kesudahan yang baik, berbahagialah diri kita. Walau kita miliki seribu satu nikmat duniawi, tetapi yang akan ikut bersama kita ke pusara hanyalah doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.

Sebaliknya andainya hidup kita di dunia penuh dengan perkara yang ALLAH murka, mati dan kembalinya kita ke hadrat ALLAH dalam keadaan insan yang bergelumang dosa, waktu itu tak berguna air mata di dalam pusara. Tidak berguna harta berjuta. Tidak berguna rumah2 mewah yang ada swimming pool, tidak berguna syarikat perniagaan yang menjana pendapatan mewah. Sebab kesemuanya tidak akan turut sama jasad kaku yang menjadi mayat tertanam ke liang lahad. Lebih menakutkan, alam barzakh merupakan tempat siksaan pertama sebelum disiksa di neraka.

Rasulullah SAW pernah berpesan, Manusia yang pandai ialah yang selalu mengingat mati.

Berapa ramaikah antara kita menjadi orang pandai kerana mengingati mati ?

Dan saban hari dan ketika, kita berhadapan dengan kematian demi kematian orang2 yang kita kenali dan sayangi. Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari kematian demi kematian lantas membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Agar kembalinya kita ke sisi ALLAH dalam keadaan disayangi dan diampuni NYA.

Muhasabahlah diri kita.

Gunakanlah masa untuk memperbaiki diri kita sebelum terlambat. Tak ada seorang pun di antara kita sudah berjanji dengan ALLAH untuk hidup hingga 1000 tahun lagi. Malah tak ada seorang pun yang berjanji dengan ALLAH untuk hidup hingga esok hari. Andainya kita dipanggil pergi mengadap ALLAH dalam keadaan berdosa, malanglah nasib kita. Bila jasad kaku kita diusung ke pusara, diiringi tangisan sanak saudara, waktu itu nak menyesal sudah tak berguna .............

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Monday, June 8, 2009

Rahsia Kasih Sayang Seorang Ibu


Hari ini genaplah 150 hari ibu susuan ku yang aku panggil UMMI kembali ke rahmat ALLAH setelah bertarung nyawa di CCU Hospital Kuala Terengganu. Siang tadi aku berada di Pameran Buku Antarabangsa di PWTC. Banyak peristiwa silam yang bermain di fikiran ku ketika di PWTC. Kebanyakannya menyentuh hati ku. Sayu jadinya walau aku boleh lihat ramai kanak2 riang gembira dihiburkan oleh gimik2 peniaga yang turut serta membuka gerai pameran. Lantas aku beritahu kepada staff ku, aku nak balik ke Tampin. Agak lama aku tak balik ke sana. Lagi pun aku perlu menghantar beras yang disedekahkan orang ramai ke madrasah. Aku takut nanti kampit beras tersebut bocor atau pecah dan beras tersebut tercicir, nanti aku dipersoalkan lak kat akhirat. Lalu aku bertolak balik.



Sesampai saja aku di madrasah, aku disambut oleh Ustaz warden dan anak2 yang menumpang kasih di madrasah buruk tersebut. Namun perasaan sayu aku sejak di PWTC masih lagi mengganggu hati ku. Aku lihat ke arah bangunan Madrasah yang tertegak di kaki Gunung Tampin serta dikelilingi hutan. Tak sangka dari 14 anak yatim yang tumpang berteduh, kini telah ada 112 orang. Malam ini anak2 akan berriadah pencak sambil di awasi oleh ustaz. Setelah selesai riadah, anak2 akan bersama-sama dengan aku di dewan solat madrasah untuk mendengar kisah nabi atau orang salafussoleh sebelum mereka melelapkan mata di malam hari. Begitulah rutin yang aku lakukan setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Dulu, arwah atok aku, setiap malam sebelum kami adik beradik tidur, arwah atok akan menceritakan kisah2 Nabi, kisah para sahabat, kisah wali-wali, kisah orang2 soleh. Ada kalanya kisah2 yang diceritakan arwah atok, mengundang lelehan air mata kami adik beradik kerana tersentuh hati bila arwah atok bercerita. Aku tak mampu untuk bercerita kepada mereka setiap malam. Tapi aku jadikan Sabtu pertama setiap bulan sebagai aktiviti bercerita kepada mereka.

Malam itu sesudah habis sessi bercerita, anak2 sudah kembali ke dorm masing2.
Ustaz2 dan petugas madrasah juga sudah kembali ke rumah masing2. Hanya tinggal aku sendirian sambil ditemani laptop. Dan di ruang solat itulah nanti akan menjadi tempat tidur ku, bertilamkan lantai, berbantalkan lengan sehinggalah dini hari.

Aku masih ingat, sewaktu madrasah tersebut mula beroperasi. Ia hanya sebuah bangunan separa kayu, separa bata simen. Waktu itu tak ada lagi katil2, tak ada lagi tilam empuk dan bantal untuk anak2 yatim. Batch pertama anak2 yatim seramai 14 orang tidur bersama ustaz, petugas dan aku di atas lantai simen beralaskan carpet lama yang disedekahkan oleh pihak masjid. Aku masih ingat salah seorang anak malang itu, mengigau memanggil2 nama ibunya yang telah kembali ke rahmat ALLAH dalam suatu nahas jalanraya yang mengorbankan kedua orang tuanya beberapa minggu sebelum anak itu tumpang berteduh di madrasah tersebut.

Masih basah diingatan ku, waktu aku tidur bersama mereka, ada seorang anak yatim tersebut mengigau dalam tidurnya, memeluk tubuh ku dan menangis sambil berkata dalam tidurnya " ... Ayah, jangan tinggalkan Amin. Amin janji tak akan jahat lagi. Ayah jangan mati ...."

Pernah juga berlaku, seorang penghuni baru yang kematian ibunya akibat kanser payudara, datang kepada ku sebaik sahaja aku habis mengimami solat Maghrib, lalu dia memeluk aku dan menangis sambil bertanya .... "Pakcik ... saya ada banyak dosa dengan ibu saya. Saya tak sempat minta ampun dengan ibu. Bagaimana saya nak minta ampun dengan ibu, sebab saya banyak dosa dengan ibu? "

Dan kalau hendak aku senaraikan .... rasanya lebih 1000 insiden dan scenario yang boleh aku tulis yang kesemuanya akan menyentuh perasaan dan mengundang linangan air mata sama ada disedari atau tidak.Kebanyakannya berlaku dan dapat dilihat apabila ada kehadiran penghuni baru di madrasah tersebut.

Arwah atok aku pernah berpesan : Bila hati keras, lunakkanlah hati mu dengan penderitaan yang dialami oleh insan lain agar terbuka pintu hati mu untuk merasai keinsafan dan kekerdilan keupayaan mu dalam berhadapan dengan takdir ILAHI.

Ayah ku sudah kembali ke rahmat ALLAH. Namun aku masih punya ibu. Tapi aku macam dapat merasai kesedihan dan kerinduan anak2 tersebut. Lebih2 lagi, akhir2 ini aku banyak kehilangan orang2 yang aku kasihi sama ada ahli keluarga mahu pun sahabat rapat. Penderitaan dan kerinduan anak2 ini, memang amat2 aku rasai

Sebagaimana aku bercerita kepada anak2 di Madrasah, aku nak ulang cerita yang sama dalam emel merapu ini. Mudah2an kita boleh mengambil iktibar dalam kehidupan kita.

Dulu aku pernah menulis dalam emel merapu aku akan seorang hamba ALLAH yang tak glamer di dunia TETAPI amat glamer di akhirat. Namanya Uwwais AL Qarni. Aku banyak bercerita kisah hidup Uwwais AL Qarni kepada anak2 di madrasah, sebab Uwwais adalah anak yatim. Uwwais juga seorang yang fakir miskin. Uwwais juga seorang yang TIDAK hensem, tidak macho pada pandangan manusia.

TETAPI ....

Uwwais walaupun bukan celebrity di dunia, sejak Rasulullah SAW hidup lagi baginda sudah memaklumkan kepada para sahabat bahawa Uwwis adalah seorang celebrity di akhirat. Dia tidak terkenal di bumi tetapi amat terkenal oleh penduduk di langit serta disegani oleh SELURUH PARA MALAIKAT.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali , dua orang sahabat Nabi bertaraf Al mubasyirun bil jannah ( mereka yang dijamin syurga) .... "Akan lahir di kalangan Tabiin seorang hamba ALLAH yang doanya sangat makbul bernama Uwwais Al Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu berdua. Kamu carilah dia. Dia dilahirkan di Yaman dan akan datang kepada kamu dari arah Yaman.Dia pernah sakit sopak tetapi penyakitnya sudah sembuh hanya meninggalkan bekas sopak sebesar dua dinar. Dia tak terkenal di bumi TETAPI amat terkenal di kalangan penduduk langit. Bila kamu bertemu dengannya, mintalah dia mendoakan keampunan untuk mu" ..... begitulah isyarat dari Rasulullah SAW akan kelahiran seorang insan mulia yang tak pernah ditemui.

Sejak dari peristiwa itu, Saidina Umar dan Saidina Ali tidak jemu2 menunggu kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah dan terintai2 andainya ada dikalangan yang datang itu Uwwais Al Qarni

Siapakah Uwwais Al Qarni ?

Uwwais dilahirkan dalam keluarga miskin. Menjadi yatim ketika masih kecil. Ibunyalah yang bertindak menjadi ibu dan ayah membesarkan Uwwais. Dalam susah payah, dalam penderitaan hidup dalam kemiskinan, si ibu membesarkan Uwwais, seorang anak yang dilahirkan dengan penyakit sopak. Walau dicemuh oleh masyarakat kerana kemiskinan dan keadaan anak yang berpenyakit, ketabahan si ibu memberikan pendidikan agama dan doa, agar anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan diredhai ALLAH.

Penderitaan ibu Uwwais menyebabkan aku terkenang arwah UMMI. Sejak kematian pakcik ku, dialah yang membesarkan sepupu2 ku . Arwah UMMI lah yang menjadi tempat susuan ku bila ibu dan ayah aku menunaikan Haji di Mekah ketika usia ku belum pun satu tahun. Namun cara arwah UMMI mendidik anaknya agar menjadi insan berguna, saling tak tumpah penderitaan ibu Uwwais.

Uwwais berpenyakit sopak sejak dari dilahirkan ke dunia. Seluruh badannya putih. Sopak sejenis penyakit yang amat tak digemari oleh masyarakat waktu itu bagaikan penyakit kusta. Maka tidak hairanlah Uwwais sentiasa menjadi cemuhan masyarakat. TETAPI, walaupun dia sopak, Uwwais adalah seorang yang soleh berkat didikan agama dan doa si ibu. Dia terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya.

Satu hari, ibunya menyatakan hasrat kepada Uwwais untuk mengerjakan Haji di Mekah. Si Ibu berharap agar Uwwais berusaha dan mengikhtiarkan agar dirinya dapat menunaikan rukun Islam kelima. Walaupun Uwwais sedar yang dirinya miskin dan untuk menyediakan perbelanjaan bagi ibunya menunaikan Haji amat berat baginya, NAMUN Uwwais TIDAK PERNAH mengeluh dan gusar dengan permintaan ibunya yang lumpuh. Uwwais sedar perjalanan dari Yaman ke Mekah mengambil masa yang lama dan perlukan unta yang sihat dan kuat sebagai kenderaan serta bekalan makanan yang mencukupi. Dan Uwwais tidak mampu menyediakan unta sebagai kenderaan dari Yaman ke Mekah.

Aku masih ingat, tahun 1969 arwah atok aku ke Mekah menunaikan Haji dengan kapal laut. Arwah atok aku kata, dari Mekah ke Madinah dengan unta memakan masa hampir 3 minggu. Jadi aku bayangkan dari Yaman ke Mekah mungkin memakan masa berbulan-bulan.Jadi aku tak dapat bayangkan, bagaimana susah agaknya Uwwais & ibunya bertolak dari Yaman ke Mekah.

Bagi Uwwais, demi melaksanakan hajat ibunya yang uzur dan lumpuh, kesukaran, kemiskinan tidak dijadikan alasan dan halangan untuk menunaikan hajat ibu. lebih2 lagi pabila si ibu berkata : Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji

Demi menunaikan hasrat ibu, dalam kedaifan Uwwais telah membeli seekor anak lembu yang baru dilahirkan dan habis menyusu. Uwwais membuat kandang lembunya di atas bukit berhampiran rumahnya. Setiap pagi Uwwais akan mendokong anak lembu tersebut turun ke tanah rendah untuk meragut rumput. Setiap petang Uwwais akan mendokong anak lembu tersebut naik ke kandangnya. Begitulah rutin Uwwais. Hal sedemikian menyebabkan masyarakat lebih menganggap Uwwais seorang yang tidak waras. Namun Uwwais memekakkan telinga terhadap kata2 gossip dari masyarakat..... Biarlah apa orang nak kata tentang diri ku. Yang penting aku dapat menunaikan hasrat ibu ku .... begitulah bisikan hati Uwwais.

Masa berlalu ....... Usia lembu semakin meningkat 6 bulan, begitu juga berat lembu tersebut bertambah dengan usianya, dan bertambah juga bebanan yang Uwwais hadapi ketika mendokong lembu tersebut pagi dan petang. Secara tak langsung otot-otot tangan Uwwais semakin kuat dan terbentuk. Masuk bulan kelapan, musim Haji bermula. Dengan kudrat kekuatan otot kedua-dua tangannya itulah Uwwais mendokong ibunya yang lumpuh, berjalan dari Yaman menuju ke Mekah. Bekalan makanan dikendongnya di belakang.Dengan kudrat itu jugalah Uwwais mendokong ibunya melakukan ibadah tawaf, saie, wukuf dan lain2 ibadah Haji di Mekah. Begitulah pengorbanannya demi ibu yang mengandung dan melahirkannya ke dunia ini. Biar susah dan derita, namun untuk mengguris hati ibu TIDAK SESEKALI.

Musim Haji pun tamat. Uwwais dan ibunya selamat kembali ke kampung halaman di Yaman. Mak berkatalah ibu kepada Uwwais :

Ibu : Wahai anakku, apakah yang engkau doakan sepanjang kita di berada di Mekah ?

Uwwais menjawab : Aku berdoa dan minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu.

Ibunya bertanya lagi : Bagaimana pula dengan dosa kamu?

Uwais menjawab : Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan diri ku maka aku juga akan masuk syurga.

Ibunya berkata lagi : Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit sopak kamu ini

Uwais kata : Aku keberatan untuk berdoa kerana penyakit ku ini adalah anugerah Allah. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam aku tidak bersyukur dengan anugerah Allah.

Ibunya menanbah : Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang diminta oleh ibunya, dia minta supaya ALLAH sembuhkan putih yang luar biasa yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa

Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit agar aku ingat bahawa ENGKAU pernah menganugerahkan penyakit ini dalam hidup ku.

ALLAH sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya.

Tidak lama Uwwais berdoa yang demikian, ibunya pun kembali ke rahmat ALLAH dalam keadaan tenang dan redha ke atas anaknya. Dalam keadaan daif dan kesukaran, Uwwais telah menunaikan kesemua permintaan ibunya.

Ketika Uwwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata : Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Begitulah serba sedikit kisah Uwwais Al Qarni.

Seorang yang tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit sehingga para malaikat pun malu kepadanya.

Andainya ibu dan ayah ko orang masih ada, berilah khidmat kepada mereka sebaik mungkin. Hiburkanlah hati mereka. Jangan diguris hati dan perasaan mereka. Andainya ada kesalahan mereka, gunalah hikmah dalam memberi teguran.

Andainya ibu mu atau ayah mu sudah kembali ke rahmat ILAHI, perbanyakkanlah doa dan kirimkanlah pahala amal jariah buat mereka sebagai tanda diri mu pernah dilahirkan kedunia oleh mereka, sebagai tanda bahawa air susu mereka pernah kau teguk untuk meneruskan kehidupan mu di dunia ini.

Andainya ibu atau ayah mu sudah lama bersemadi di pusara. Ziarahilah pusaranya dan kirimlah sekalung doa agar rohnya aman tenteram serta ditempatkan di sisi roh orang yang muqarrabin.

Kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan

Madrasah
7 Apr 2008
00.52 am

Sunday, June 7, 2009

Rahsia Aku Adalah Seorang Hamba



Kisah Cinta Rasulullah SAW.

Aku sering terbayang dan terfikirkan, bagaimanakah rasa cinta Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW.

Dan aku sering cuba berangan untuk berada di tempat ketika Rasulullah SAW melafazkan tarbiah kepada isterinya dengan kalimah-kalimah cinta nan indah, kepada anak2nya, kepada cucu2nya, kepada para sahabatnya.

Maka aku ingin coretkan sebuah kisah benar tapi diolah dan disampaikan dengan cara ku yang tersendiri, sebagaimana Saidina Jaafar Al Barzanji menyusun kisah Rasulullah SAW dengan caranya yang tersendiri, dalam bentuk puisi syair yang indah.



HIKAYAT SATU

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW berqiamullail. Dalam solat tahajudnya, Rasulullah SAW sujud agak lama kerana hatinya merintih memohon ampunan Allah. Saiyidatina Aishah merasa gusar. Mana tidaknya kerana sujud Rasulullah SAW kali ini amat luar biasa panjangnya. Jelas kelihatan kaki Rasulullah SAW bengkak2 disebabkan terlalu lama berdiri dalam menunaikan solat Tahajud. Kerana rasa kasih dan cintanya Aisyah kepada Rasulullah SAW, khuatir Rasulullah SAW telah wafat dalam sujudnya, Aisyah menggerak2kan tubuh Rasulullah SAW. Terbatallah solat Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersimpuh di hadapan Aisyah sambil tersenyum :

Rasulullah SAW : Untuk apa engkau mengganggu aku dalam munajat ku wahai Humaira ku sayang ?

Aisyah : Aku bimbang engkau telah pergi meninggalkan ku dan umat ini kembali ke rahmatullah.Maka hilanglah sumber kecintaan ku dan umat ini.

Rasulullah SAW : Sayang ku, Aku hanya ingin mendampingi Allah SWT yang amat aku cintai.

Aisyah : Ya Rasulullah SAW, bukankah engkau seorang Rasul? Bukankah engkau paling dicintai Allah ? Mengapa harus diri mu bersusah-susah menunaikan ibadah sedangkan Allah telah jamin kedudukan mu amat mulia dan tinggi di sisi-NYA berbanding makhluk2 lain ciptaan-NYA ?

Rasulullah SAW : Wahai Humaira ku sayang. Aku hanyalah seorang HAMBA. Sebagai seorang hamba, memang sewajarnya aku mengabdikan diri ku kepada ALLAH yang amat ku cintai dalam ibadah ku. Salahkah aku menzahirkan sifat ku sebagai seorang hamba ?

####### END #######

HIKAYAT DUA

Di suatu ketika, Siti Fatimah binti Muhammad SAW melihat ayahandanya duduk keseorangan di hadapan rumahnya. Dari jauh Sii Fatimah melihat air mata ayahnya menitis dari celah kelopak mata baginda yang mulia dan mengalir halus ke pipi. Maka berjalanlah Siti Fatimah kepada ayahnya. Di dakap tubuh ayahnya sambil disandarkan kepalanya ke dada ayahnya yang amat disayangi.

Siti Fatimah : Wahai ayah ku sayang. Apakah yang menyedihkan diri mu ? Luahkanlah kepada anak mu ini agar kesedihan ayah dapat anak mu kongsi bersama.

Rasulullah SAW : Fatimah puteri ku sayang. Hati ku sayu kerana mengenangkan dosa2 yang aku telah lakukan kepada Allah dan mengharapkan keampunan Allah SWT.

Siti Fatimah : Ayah ku sayang, bukankah engkau seorang Rasul yang maksum yang terpelihara dari dosa ? Gembiralah hati mu kerana engkau lah yang menjadi rahmat kepada sekelian alam, dan tempat mu di sisi Allah amat mulia.

Rasulullah SAW : Puteri ku sayang, aku hanyalah seorang HAMBA. Sewajarnyalah seorang hamba sentiasa merasai diri berdosa. Sehari semalam tidak kurang aku memohon taubat kepada Allah sebanyak 70 kali.

##### END #####

HIKAYAT Tiga

Saidina Omar Al Khattab, sewaktu menjadi khalifah, dia sering berjalan malam ketika rakyatnya nyenyak tidur diulit mimpi2 yang indah. Dengan menyamarkan dirinya sebagai seorang pengemis, Saidina Omar berjalan memasuki lorong2 sunyi, kampung dan desa yang berada di dalam wilayah pentadbirannya sambil diiringi oleh seorang sahabat bernama Aslam.

Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan bahawa, pada suatu malam, ketika mereka berdua sedang meronda dari pintu ke pintu, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang di nyalakan api, apabila di tanya oleh Saidina Omar RA kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa? Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan merebus batu-batu jalanan hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak;..

Tersentak jantung Saidina Omar RA. Dia yang merupakan seorang khalifah Islam pada waktu itu tidak menyangka masih ada golongan daif yang tidak terbela dalam wilayah jajahannya. Sambil beristighfar kepada Allah, Saidina Omar terus berlari ke BAITUL MAL di tengah-tengah kegelapan malam.

Di depan pintu Baitul Mal, dengan lantang dan tegas Saidina Omar bersuara : Siapakah Omar yang menjadi khalifah sedangkan ada dikalangan rakyatnya yang menderita. Omar hanyalah seorang HAMBA yang daif. Tanpa pimpinan Allah tidak mungkin Omar dapat melihat kelemahan dirinya sebagai seorang HAMBA.

Lalu dihunus pedangnya dan ditetakkan ke rantai kunci pintu Baitul Mal. Terlerai putus rantai kunci dengan sekali libasan pedang Omar Al Farouk.

Tanpa lengah, Saidina Omar mencapai seguni gandum yang berada di simpanan Baitul Mal. Guni yang berat itu dipikulnya sendiri ditengah belakangnya dan dia bergegas kembali membawa seguni gandum kepada keluarga yang ditemuinya tadi.

Pernah Aslam menawarkan diri untuk menolong memikul gunigandum tersebut, tapi di bantah oleh Saidina Omar dengan soalan: “Adakah kau nak pikul dosa aku kat akhirat kelak?.”

Setibanya Saidina Omar kepada ibu tua dan anak-anaknya, Saidina Omar RA sendiri memasak makanan utnuk keluarga tersebut dan menurut Aslam r.a, ketika melihat saidina Omar memasak sambil menuip bara api, “aku lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.

Saidina Omar juga yang melayan dan menyuapkan makanan kepada keseluruhan anak-anak ibu tua tersebut.

Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam.

Ketika keluarga itu selesai makan, saidina Omar melepak berehat sebentar sambil berkata:
“Tadi aku telah lihat mereka manangis, sekarang aku berehat sebentar kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”

Begitulah hati yang dididik oleh iman. Walau berada di puncak kekuasaan, namun hatinya tetap tunduk dengan jiwa HAMBA. Hamba kepada Allah SWT.

##### END #####

Arwah datuk ku pernah berpesan : Kalau hamba berlagak hamba, raja akan sayang padanya. Tapi kalau raja berlagak hamba, ALLAH akan sayang padanya

Dan Firman Allah dalam Surah Al Fajr ayat 27 - 30 :

Wahai jiwa-jiwa yang tenang (27), kembalilah kepada Tuhanmu dengan rela dan diridlai (28), masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (29), masuklah ke dalam sorga-Ku (30).

Dan itulah JAWATAN PALING MULIA milik manusia di sisi Allah iaitu sebagai HAMBA.

Jawatan HAMBA ALLAH saja yang menjamin hati-hati menjadi tenang.

Allah menyeru manusia yang di KASIHI sebagai HAMBA-NYA.

Allah mempersilakan HAMBA-NYA untuk memasuki syurga -NYA

Sebagai seorang HAMBA memang sewajarnya kita merasakan diri berdosa dan bersalah. Kerana dengan rasa diri berdosa dan bersalah itulah maka kita tidak akan putus-putus memohon ampunan dan bertaubat.

Kerana dengan rasa diri berdosa dan bersalah itulah maka kita tak akan berputus asa dengan rahmat dan ampunan ALLAH.

Kerana merasa diri berdosa dan bersalah itulah yang menjadi pendorong kepada kita untuk menghindarkan kemungkaran dan mendorong kita melakukan kebajikan.

Kerana merasa diri berdosa dan bersalah itulah yang menjadi benteng dan perisai untuk kita agar tidak mengulangi kesilapan silam.


Fikir-fikirkanlerr

Madrasah Darul Syifa
Repah, Tampin
6 June 2009
3.08am