Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Wednesday, July 4, 2012

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 7




Sifat WUJUD dan QIDAM bagi ALLAH

SIFAT WUJUD BAGI ALLAH. Wujud artinya ALLAH itu ada, mustahil ALLAH tidak ada.

Sungguh Maha Besar dan Pengasihnya ALLAH kepada manusia karena ia telah memperkenalkan kewujudan dan sifat-sifat diri-NYA melalui nabi-nabi dan rasul-rasul-NYA. Inilah nikmat yang terbesar bagi manusia.





Cuba tanya kepada paderi Kristian atau sami Hindu atau tokcha Buddha, apakah agama mereka mengajar mereka sifat-sifat TUHAN, sambil di sokong dalil-dalil dari kitab suci mereka, bagi memudahkan penganut agama mereka senang beribadah kepada tuhan mereka ? Jawapannya, TIDAK. Sebab apa ? Sebab agama mereka bukan agama kebenaran.

Bukti atas adanya ALLAH ialah adanya diri kita, makhluk-makhluk dan alam semessta ini. Kalau ALLAH yang menjadikan alam ini tidak ada, tentukah alam ini juga tidak akan ada. Kajian-kajian ilmiah modern membuktikan bahwa tidak mungkin diri kita, makhluk-makhluk dan alam semesta terjadi secara kebetulan saja. Ia mesti melalui proses penciptaan pentadbiran yang sangat luar biasa. Kita melihat dengan mata kepala adanya diri kita, makhluk-makhluk dan alam, ini suatu bukti bahwa ada yang menjadikan. Yang menjadikannya itulah ALLAH, Tuhan kita.

Kalau kita melihat suatu rumah yang sudah jadi, bagus kelihatannya sudah barang tentu kita yakin bahwa ada tukang yang membuatnya. Kita yakin tidak mungkin rumah itu akan jadi sendiri tanpa ada tukang membuatnya. Begitu juga dengan dunia dan alam semesta ini, sudah tentu ada yang menjadikannya.

Firman ALLAH dalam Quran:

Artinya: ”Tiada yang berbisik bertiga melainkan Ia yang keempat, tiada yang berbisik berempat melainkan Ia yang kelima, tiada yang berbisik berlima melainkan Ia yang keenam, tiada kurang dari itu, tiada lebih dari itu melainkan Ia bersama dimana mereka berada”
(Al-Mujadalah: &)

Teranglah bahwa ALLAH ada dan Ia mengetahui apa yang terjadi di langit dan di bumi. Ia mengetahui bisikan-bisikan hati seseorang. Untuk lebih mengenali dan menghayati wujudnya ALLAH, Rasulullah menyuruh kita untuk bertafakur:

Terjemahan; Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.

Anjuran berfikir bertujuan menyadarkan manusia tentang sifat wujud dan Maha kuasanya ALLAH.

Ada pun sifat yang pertama yang wajib bagi ALLAH SWT ialah sifat wujud. Ia adalah dalam bahasa Arab dan dalam bahasa kita ertinya ada. Sifat ini wajib bagi kita mempelajari serta memahami dan meyakininya. Telah kita katakan bahawa sifat wujud adalah wajib bagi ALLAH SWT. Ertinya, wajib ALLAH SWT itu ada. Atau dalam ertikata yang lain, wajib adanya atau wujudnya ALLAH SWT itu.

Di dalam pengajian tauhid, wajib adalah bermaksud wajib pada akal iaitu menghukumkan sesuatu itu tentang adanya dengan bersandar kepada perbahasan akal fikiran serta memberikan dalil-dalil dan bukti di atas ketetapan hukum itu. ini dinamakan wajib akal nazari iaitu khusus kita lakukan untuk menghukum sifat-sifat yang wajib pada ALLAH SWT dengan mendatangkan bahasan yang ada dalil dan bukti sekali. Wajib akal nazari berbeza dengan wajib akal dharuri iaitu yang menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tidak payah mendatangkan dalil dan bukti melalui bahasan seperti menghukurn 1 itu separuh daripada dua.

Maka wajib yang kita maksudkan pada sifat wujud bagi ALLAH SWT ini ialah bahawa sesungguhnya, wajib ada atau wujudnya zat ALLAH SWT itu. Kerana ia wajib pada akal. Maknanya, tidak akan diterima akal akan tidak adanya atau tidak wujudnya zat ALLAH SWT itu. Ertinya, akal hanya mahu menerima tentang adanya zat ALLAH SWT tetapi tidak mahu menerima di sebaliknya. Kalau ada orang yang mengatakan yang ALLAH SWT itu tidak wujud atau tidak ada, maka akal sekali-kali tidak mahu menerimanya. Yang akal mahu terima ialah bahawa ALLAH SWT itu ada atau wujud.

Hakikatnya, wajiblah adanya zat ALLAH SWT itu. Ia tetap ada dan benar dan adalah wajib bagi kita meyakini adanya zat ALLAH SWT itu. Tidak boleh tergelincir keyakinan kita ini kerana kalau tergelincir dengan salah satu sebab sama ada syak, dzan atau waham, maka akan tergelincirlah aqidah kita. Manakala aqidah kita tergelincir, maka akan sesatlah kita.

Anda pening ? Hehehe

OK … kita guna bahasa pasar agar anda mudah faham.

Sifat pertama yang wajib bagi ALLAH ialah WUJUD. Erti wujud adalah ADA. Wajib ALLAH ini wujud/ada. Mustahil ALLAH tak wujud/tiada.

Kewujudan ALLAH wajib didatangkan dengan dalil aqal dan dalil naqal (iaitu dalil Al Quran).

Dari segi dalil aqal … orang mulhid / aethis/ komunis/ free thinker yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan lebih-lebih lagi mereka tidak percaya kewujudan ALLAH. Alasan paling banyak dan mudah yang mereka beri adalah seperti berikut :
Mana ada Tuhan ? Saya tak nampak pun.
Kalau ada Tuhan suruh dia datang jumpa saya sekarang.

Persoalan di atas boleh dijawab dengan hujjah akal. Antara hujjah akal adalah seperti berikut :

Awak bernafas tak ? Awak tentu bersetuju yang awak bernafas, awak sedut udara yang mengandungi oxygen. Boleh awak tunjukkan udara atau oxygen tu macam mana rupanya ? Awak tentu bersetuju, walau oxygen tidak kelihatan tetapi oxygen wujud. Antara tanda oxygen itu wujud kerana kita boleh hidup dan bernafas dengannya. Sedangkan oxygen yang juga ciptaan ALLAH, ianya tidak kelihatan dan awak tidak boleh tunjukkan rupa oxygen dan udara itu bagaimana. Lebih-lebih lagi satu zat yang Maha Agung, Maha Kuat lagi Maha Kaya dan Maha Pencipta, kita tak tahu rupa zatnya bagaimana tetapi kita tahu kewujudannya sebab ada tanda-tanda penciptaan-NYA terbentang luas di hadapan kita. Pencipta itulah ALLAH Tuhan Yang Maha Wujud lagi Maha Esa.

Sebatang pencil, tentu ada yang mencipta pencil tersebut. Sedangkan pensil yang kecil itu pun ada yang mencipta, lebih-lebih lagilah diri manusia yang begitu kompleks, boleh berjalan, berlari, menangis, ketawa, berfikir dan lain-lain tentu ada pencipta. Pencipta itulah ALLAH.

Dalil Naqli berkenaan kewujudan ALLAH itu teramat banyak disebut dalam Al Quran. Antaranya adalah Surah Al Ikhlas ayat pertama :

“Katakanlah (wahai Muhammad) Bahawa ALLAH itu esa.” (Al Ikhlas : 1)


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

” Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………” ( Surah Luqman : Ayat 25 )

Mustahil ALLAH bersifat dengan sifat ADAM iaitu TIADA.





Sifat yang wajib bagi ALLAH yang kedua ialah QIDAM.

Qidam ertinya SEDIA.

Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud ALLAH s.w.t kerana ALLAH s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya ALLAH Ta’ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut ALLAH s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian :

1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat ALLAH Ta’ala )
2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat ALLAH Ta’ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak )
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )

Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada ALLAH Ta’ala.

ANDA PENING LAGI ? hehehehe …. OK kita guna bahasa pasar lagi bagi memudahkan pemahaman.

Qidam maknanya ALLAH bersifat tiada permulaan. Tidak dilahirkan, tidak dicipta, tidak direka. Tidak seperti manusia. Manusia adalah makhluk ciptaan ALLAH, dan manusia pertama yang dicipta oleh ALLAH mempunyai permulaan, dari keadaan tiada manusia itu dari segi zat, juga tiada dari segi sifat. Lalu ALLAH mengutuskan malaikat untuk mengambil sekepal tanah lalu dijadikan Adam AS. Dari Adam AS dan Hawa AS, maka zuriat manusia berkembang dengan pertemuan benih lelaki dan wanita di dalam sulbi. Manusia kemudiannya bermula dengan kelahiran bayi oleh ibunya.

ALLAH bersifat qidam/sedia/ tiada permulaan. ALLAH tidak dijadikan juga tidak terjadi dengan sendiri. Sebab ALLAH TIADA permulaan, itulah syarat dan sifat TUHAN yang layak disembah.

Orang Kristian mengatakan Jesus adalah Tuhan. Tetapi mereka bersetuju Jesus dilahirkan oleh Mariam. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan sebab Jesus mempunyai permulaan iaitu dilahirkan oleh Mariam. Jika Jesus boleh dilahirkan, pastinya kehidupan Jesus itu bermula sebagai seorang bayi yang LEMAH. Kalau lemah, BOLEHKAH JADI TUHAN ? Akal yang waras sama sekali tidak dapat menerima sesuatu yang lemah menjadi Tuhan.

Maka orang Kristian akan kata Father God itu tuhan yang sebenar. Jesus itu anaknya saja. Apakah Tuhan perlukan isteri dan anak ? Jika Tuhan perlukan isteri, perlukan anak, tidak ada beza tuhan dengan manusia. Ini juga tanda-tanda kelemahan. Akal yang waras tidak dapat menerima sesuatu yang lemah sebagai Tuhan.

Begitu juga dengan agama Buddha, Gautama Buddha dilahirkan dan Gautama Buddha mati. Buddha , bersifat ada permulaan dan ada pengakhiran. Ternyata Buddha itu bukan Tuhan dan tidak layak dijadikan Tuhan.

Begitu juga dengan agama Hindu, tuhan Hindu yang disembah oleh penganut agama Hindu mempunyai sifat dilahirkan. Maka sebab itu penganut agama Hindu merusuh dan membakar masjid Babri di India kerana mereka mengatakan tapak masjid itu tempat lahirnya tuhan mereka. Setaip yang ada permulaan, sama ada dilahirkan atau dipasang atau ibentuk dengan acuan dan sebagainya, itu adalah sifat makhluk. Bukan sifat ALLAH yang disembah sebagai Tuhan.

Malah berhala Hindu, berhala Buddha dan patung Jesus yang disembah oleh penganutnya juga dicipta dan diukir oleh manusia. Mana mungkin sesuatu yang dicipta, diukir, ada permulaan itu menjadi Tuhan. Lebih-lebih lagi yang didakwa tuhan itu disembah oleh orang yang mengukir, mencipta atau melahirkannya. Lagi tidak masuk akal.

Inilah dalil akal, wajib ALLAH bersifat dengan sifat qidam/ sedia/ tiada permulaan.

ALLAH bagi umat Islam, wajib bersifat qidam, tiada permulaan, tidak diciptakan, tidak dilahirkan. ALLAH mustahil bersifat dengan sifat HADUTH/ BAHARU iaitu mengalami perubahan.

Dalil Naqli bagi sifat qidam :

“DIA-lah (Allah) yang tidak berpermulaan ada-Nya dan pula tidak berkesudaan ada-Nya, Ia-Lah yang lahir wujud-Nya, Ia-Lah yang tersembunyi (Zat-nya) dan Ia tahu tiap-tiap sesuatu.”
(Al Hadid:3)

To be continue .......

Monday, July 2, 2012

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 6



Rukun Iman Yang Pertama : Wajib Percayakan Allah

Arwah datuk ku ada berpesan, " Perkara pertama bagi setiap muslim ialah wajib beriman dengan Allah "

Bagi memperjelaskan kefahaman dalam ilmu Tauhid, maka saya ulang sekali lagi kenyataan yang pernah dinyatakan pada notes terdahulu.




1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.

2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-


1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia.


Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA.

Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul. Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul, nescaya akan sesat dan kafirlah kita.

Agama Islam adalah agama yang suci. Tidak seperti penganut Kristian yang mengatakan Tuhan mereka mempunyai anak bernama Jesus yang boleh dibunuh dan disalib oleh makhluk yang dicipta oleh Tuhan. Teringat aku dalam suatu majlis dialog ringkas bersama salah seorang pesakit ku yang juga menjadi ahli Majlis Gereja

Soalan Ahli Majlis Gereja : Islam mengatakan Muhammad kekasih Tuhan (Allah). Tetapi mengapa Tuhan membiarkan kekasih Nya dibaling batu hingga berdarah ?

Jawapan aku : Saya tak hairan kalau setakat kekasih dibaling batu sampai berdarah. Yang saya tidak faham tentang Kristian, mengapa Tuhan Ruhul Qudus Kristian membiarkan anaknya (Jesus) dipaku sampai mati ? Lagi teruk dari membiarkan kekasih dibaling batu sampai berdarah. Bolehkah Tuhan dibunuh oleh makhluk ciptaannya ? Jika Jesus anak Tuhan boleh dibunuh oleh makhluk ciptaan Tuhan, ini bermakna makhluk yang dicipta lebih kuat dari Pencipta. Masuk akalkah ? Contohnya, awak membuat sebuah kerusi. Bolehkah kerusi yang awak buat, bergerak sendiri membunuh awak ? Oleh itu, Tuhan menciptakan manusia, bolehkah manusia membunuh Tuhan ? Tak masuk akal.

Agama Islam tidak juga seperti agama Buddha yang menyembah berhala yang mereka dakwa menjadi perantaraan kepada tuhan yang sebenar. Bila ditanya kepada mereka, siapa Tuhan yang sebenar ? Sami mereka sendiri tidak berupaya menjawabnya.

Agama Islam tidak juga seperti agama Hindu yang mempunyai tuhan yang berbilang-bilang, ada yang berkepala Gajah, ada yang bertangan lapan, ada yang berperut boroi, ada juga yang berupa lembu. Apakah "tuhan" itu lemah sehingga perlu berjemaah dengan "tuhan-tuhan" yang lain ? Apakah tuhan itu berbentuk-bentuk ? Apakah tuhan itu diukir dan dibuat oleh makhluk ? Lagilah tak masuk akal yang waras.

Sebab itulah, setiap muslim wajib mengenal Allah dengan betul. Nanti timbul pula soalan, "Sedangkan Allah tidak boleh dilihat, bagaimana pula hendak mengenal Allah dengan betul ?" Walaupun zat Allah tidak boleh dilihat, kita mampu mengenal Allah dengan kadar mengenali sifat-sifat NYA. Juga kita mengenal Allah dengan kadar mengenali nama-nama NYA.

Apa itu zat ? Apa itu sifat ?

Senang saja. Apabila kita kata : DINOSAUR BESAR, maka "Dinosaur" itu ialah sesuatu yang ada, yang wujud. Sesuatu yang seperti itu dinamakan ZAT. Dinosaur adalah ZAT.

"Besar" pula menyatakan rupa atau keadaan sesuatu zat (dinosaur). Maka "besar" itu dinamakan SIFAT. Ertinya, SIFAT adalah menyatakan rupa atau keadaan sesuatu ZAT. Dan sifat bersandar kepada zat. Maksud bersandar di sini ialah sifat memerlukan zat. Kalau tak ada zat, sifat tak wujud. Sifat ini hanya ada difikiran dan tidak boleh disentuh.

Contoh 1 (Zat yang boleh dilihat, disentuh, dirasa) : Biji saga merah. Biji saga adalah zat. Merah adalah sifat. Kalau tak ada biji saga, tak adalah tempat untuk sifat bersandar. Maka tak adalah merah. Adanya merah kerana adanya biji saga. Merah hanya tafsiran di akal, kita tidak boleh memegang merah.

Contoh 2 (Zat yang tidak boleh dilihat, disentuh, dirasa) : Fikiran jumud. Fikiran adalah zat. Jumud adalah sifat. Kalau tak ada fikiran, tak ada tempat untuk sifat jumud bersandar. Adanya jumud sebab adanya fikiran.

Begitulah antara caranya untuk mengenal Allah SWT dengan betul, melalui mengenal sifat-sifat NYA. Kerana kewujudan Allah SWT mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan Yang Maha Terpuji dan Maha Agung.

Bagaimana kita boleh mengetahui dan mengenal sifat-sifat Allah SWT ?

Kita boleh mengetahuinya dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW, serta bantuan akal.

Ulamak ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah sepakat bahawa setiap muslim wajib mempercayai secara ringkas (ijmali) bahawa Allah SWT memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi NYA. Aku sengaja memasukkan susunan kata "yang layak bagi NYA", kerana ada sifat-sifat yang "sempurna" pada sisi makhluk tetapi tidak sempurna pada sisi Allah SWT. Contohnya sifat "merendah diri". Sifat ini memang baik dan "sempurna" bagi manusia, tetapi sifat "merendah diri" tidak sempurna dan tidak layak bagi Allah SWT yang menjadi Tuhan kepada sekelian alam.

Andainya adalah manusia kat dunia ini yang berkata " Aku alim " atau " Aku mulia ", ini bermakna orang itu membesarkan dirinya dan berbohong, kerana sifat-sifat itu bukan berasal dari dirinya tetapi datang dari Allah SWT. Anytime, Allah boleh hilangkan sifat tersebut darinya.

Kadang-kadang ada suara-suara sumbang yang mempersendakan "Buat apa buang masa mempelajari sifat-sifat Allah? "

Jawapannya mudah aja. Para ulamak mujtahidin, mereka berpandangan jauh. Fikiran mereka global. Ada orang mengaku global, tetapi batas fikiran setakat dalam chat room saja. Tak lebih dari itu. Tetapi ulamak mujtahidin, walau mereka tidak mengaku global, walaupun mereka tak main internet dan berchatting kat yahoo group, tetapi pemikiran mereka yang jauh dan luas mampu melihat juzuk dan ruang yang boleh menyebabkan seseorang Muslim tersesat pegangannya. Maka ulamak mujtahidin seperti Imam Abu Hassan Al Asyaari rahmatullah a'laih dan Imam Mansur Al Maturidi rahmatullah alaih menyusun ilmu tauhid yang orang Melayu kita sekarang kenali sebagai Ilmu Sifat 20 (orang Melayu kita ni cukup kreatif dalam memberi nickname), kerana sifat-sifat bagi Allah inilah yang sering digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyesatkan aqidah umat Islam.

Sebagai contoh, Asaari Mohamad, Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd yang dulu dikenali sebagai Rufaqa yang sebelumnya dikenali sebagai Jemaah Al Arqam. Rakaman dialog antara Asaari dan "Rasulullah" yang direka sendiri oleh Asaari Mohamad yang pernah disiarkan oleh TV3. Antara dialog tersebut ialah : Nabi menjanjikan Asaari Mohamad akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dialog tersebut.

Orang yang mempelajari dan memahami ilmu Sifat Dua Puluh akan nampak, kesesatan Asaari Mohamad disitu.

Walaupun cuma satu ayat dari dialog tersebut, mereka yang mempelajari ilmu Tauhid akan sedar betapa lemahnya, betapa jahilnya, betapa tiada kudrah dan iradahnya Allah SWT digambarkan di dalam dialog tersebut.

Mustahil Allah dari memiliki sifat-sifat kekurangan. Kerana setelah lebih 3 bulan dari tarikh dialog tersebut, Asaari Mohamad masih menjadi seorang penjenayah.

Adakah Allah SWT itu jahil kerana tidak tahu Asaari Mohamad tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 3 bulan sehingga mewahyukan kepada Rasulullah SAW untuk menyampaikan berita kepada Asaari Mohamad yang dia akan jadi PM lagi 3 bulan ? Adakah Allah SWT itu dinafikan sifat kudrah dan sifat iradahnya kerana tertakluk kepada faktor masa 3 bulan ? Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan dan kelemahan. Begitu juga gambaran bahawa Rasulullah seorang yang jahil dan khianat. Rasulullah SAW menjanjikan Asaari Mohamad menjadi PM lagi 3 bulan dari tarikh dialog. Lebih 3 bulan, Asaari Mohamad masih seorang penjenayah. Adakah Rasulullah SAW berkata dusta ? Maha Suci Allah. Rasulullah SAW bersifat dengan sifat Siddiq. Mustahil Rasulullah SAW berdusta. Dan setiap apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW adalah yang diwahyukan oleh Allah SWT. Setiap kata-kata Rasulullah SAW adalah benar kerana Rasulullah SAW adalah bersifat siddiq dan sadiqul masduq (benar dan dibenarkan kata-katanya). Apakah wahyu Allah itu merupakan pembohongan ? Maha Suci Allah dari sifat jelek itu.

Firman ALLAH SWT :

“Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya.” (an-Najm: ayat 3-4)

Inilah antara bukti, wajibnya dan pentingnya setiap Muslim mendalami ilmu Tauhid dan mengenal Allah SWT dengan kaedah yang betul. Agar terhindar dari kesesatan. Dan para Imam Ahlus Sunnal Wal Jamaah iaitu Imam Abu Hasan Al Asya'ari dan Imam Mansur Al Maturidi telah nampak bahwa akan ada pihak yang akan mengelirukan umat Islam tentang sifat-sifat Allah & Rasul sebagaimana yang dilakukan oleh Asaari Mohamad, maka mereka susun ilmu Tauhid Sifat 20, agar umat Islam yang mempelajari ilmu ini nampak kesesatan yang dibawa oleh ahli-ahli bida'ah seperti Asaari Mohamad dan Al Arqam/ Rufaqa/ Global Ikhwan Sdn Bhd.


Ini juga adalah bukti, walau sudah 1400 tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita, fahaman Mu'tazilah modern masih berleluasa di tahun 2011. Kaum Mu'tazilah modern ini senang-senang mengeluarkan fatwa berdasarkan hawa nafsu mereka. Maka tidak hairanlah golongan Mu'tazilah modern ini benci kepada manusia yang cuba menegakkan makrufat. Malah mereka juga menggalakkan penutupan aurat muslimah dengan hanya memakai kebaya nyonya.

Cukup disini dulu.

Cernakan dulu. InsyaAllah kita akan teruskan dengan membahaskan sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi Allah SWT di masa akan datang.

Wallahu a'lam

To be continue ....


Sunday, July 1, 2012

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah part 3



Ayuh kita ulang semula apa yang pernah kita bahaskan dalam notes beberapa tahun yang lalu sebelum kita bahas lebih mendalam akan satu persatu sifat yang wajib bagi ALLAH dan juga kita bahas satu persatu sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi dan juga kita akan bahas satu per satu akan rukun iman yang enam.




Dalam bahasa Arab, TAUHID diertikan "mengesakan". Maka dalam ilmu Tauhid, ianya memberi erti mempercayai Tuhan itu esa. Oleh itu Ilmu Tauhid ialah ilmu yang menerangkan segala kepercayaan-kepercayaan dan hukum-hukumnya di dalam Islam termasuk hukum mempercayakan Tuhan itu esa.

Seandainya terdapat orang yang tidak mempercayai perkara-perkara yang menjadi asas Ilmu Tauhid, nescaya orang itu bukanlah seorang Islam bahkan gelaran kafir adalah yang selayak bagi dirinya. Begitu juga halnya, sekiranya seorang Islam menukar kepercayaan dari mempercayai perkara-perkara yang asas, kedudukannya juga adalah kafir.

Perkara yang asasi yang wajib dipercayai dalam ilmu Tauhid ialah perkara yang dalilnya atau buktinya cukup terang dan kuat yang terdapat di dalam Al Quran atau Hadis yang sahih. Perkara yang dipercayai ini tidak boleh dita'wil (ditukar) maknanya yang asli dengan makna yang lain.

Perkara-perkara dan hukum-hukum yang dinyatakan di dalam Ilmu Tauhid itu terkandung di dalam Rukun Iman. Sebelum kita membahaskan lebih lanjut tentang rukun iman, marilah kita pelajari tentang pengertian hukum dalam ilmu Tauhid. Kerana setiap undang-undang ada hukum.

Apa itu hukum ? Hukum ialah menentukan sesuatu sifat atau rupa kepada sesuatu benda atau perbuatan atau lainnya.

Untuk lebih jelas, mari kita lihat contoh ini.

Cth 1. : Pisau ini tajam. Maka "pisau" adalah benda atau zat, dan hukum kepada benda (pisau) adalah "tajam".

Cth 2. : Berlari dengan laju. Maka "berlari" adalah perbuatan, dan hukum kepada berlari adalah "laju".

Cth 3. : Bodoh macam lembu. Maka "lembu" adalah zat, dan hukum kepada lembu adalah "bodoh"

Ada berapa hukum di dalam Ilmu Tauhid ? Dalam ilmu Tauhid, hukum terbahagi kepada tiga :

1. Wajib
2. Mustahil
3. Mumkin

Apa erti WAJIB dalam ilmu Tauhid ? Wajib dalam ilmu Tauhid bererti, akal menentukan dan menghukumkan bahawa sesuatu itu tidak boleh tidak, mestilah begitu. Hukum wajib dalam Ilmu Tauhid ini ditentukan oleh akal dengan serta merta tanpa memerlukan penyelidikan dan dalil. Contohnya :

Cth 1 : RM 100 adalah lebih banyak dari RM 50. (Ertinya akal atau logik kita dapat mengetahui dan menentukan atau menghukumkan, RM 100 adalah lebih banyak dari RM 50. Tidak boleh tidak.)

Cth 2 : Seorang ayah lebih tua dari dari anaknya. (Ertinya akal tahu sememangnya seorang ayah wajib lebih tua dari si anak)


Dan ada pula hukum wajib yang dapat ditentukan dengan memerlukan penyelidikan yang rapi dan cukup kuat. Contohnya :

Cth 1 : Bumi ini bulat. sebelum akal dapat menentukan bumi ini bulat, dan menghukumkannya (mennetukannya) bulat, penyelidikan dan bukti perlu ada.

Cth 2 : Demikian juga jika akal kita menghukum "Tuhan wajib ada" hukum itu adalah hasil penyelidikan yang rapi yang menunjukkan kewujudan Tuhan adalah wajib ada. Di sokong dengan dalil-dalil bersumber Al Quran.



Apa erti MUSTAHIL dalam Ilmu Tauhid ? Erti MUSTAHIL dalam ilmu Tauhid adalah pengertian yang sebaliknya kepada pengertian WAJIB dalam ilmu Tauhid. MUSTAHIL dalam ilmu Tauhid bererti, akal tidak boleh menentukan dan tidak boleh menghukumkan bahawa sesuatu itu begitu. Hukum mustahil dalam Ilmu Tauhid ini ditentukan oleh akal dengan serta merta tanpa memerlukan penyelidikan dan dalil. Contohnya :

Cth 1 : Mustahil RM 50 lebih dari RM 100.

Cth 2 : Mustahil si ayah lebih muda dari si anak.

Akal tidak boleh menerima dan tidak boleh bersetuju RM 50 lebih banyak dari RM 100. Juga akal tidak boleh menerima dan tidak boleh bersetuju serta menghukumkan , si ayah lebih muda dari si anak.

Sebagaimana hukum WAJIB dalam Ilmu Tauhid, hukum MUSTAHIL juga ada yang ditentukan dengan memerlukan penyelidikan yang rapi dan cukup kuat. Contohnya :

Cth 1 : Mustahil bumi ini tiga segi. Sebelum akal dapat menghukum bahawa mustahil bumi ini segi tiga, perkara tersebut hendaklah diselidik dengan rapi dan berhajatkan dalil.

Cth 2 : Mustahil Tuhan boleh mati. Sebelum akal dapat menghukum bahawa mustahil Tuhan boleh mati dan dibunuh sebagaimana kepercayaan Kristian terhadap Jesus, maka perkara tersebut hendaklah diselidik dan berhajatkan dalil.

Apa erti MUMKIN PADA AKAL dalam ilmu Tauhid ? Mumkin Pada Akal dalam ilmu Tauhid ertinya ialah akal kita dapat menentukan atau menghukumkan bahawa sesuatu benda atau sesuatu zat itu boleh berkeadaan tertentu atau boleh pula berkeadaan tidak begitu. CONTOHNYA :

Cth 1 : Penyakit Si Polan, mumkin sembuh dan mumkin tidak sembuh. Si Polan adalah zat. Sembuh atau tidak adalah hukum mumkin. Hukum Mumkin disini, tidak memerlukan kajian atau berkehendakkan hujjah atau dalil.

Cth 2 : Bila langit mendung, mumkin hujan turun lebat mumkin hujan turun renyai-renyai, mumkin tidak turun hujan. Langit mendung dan hujan adalah zat, sementara lebat, renyai atau tidak turun hujan adalah hukum mumkin.

Seperti hukum Wajib dan Mustahil, MUMKIN juga adakalanya memerlukan bukti atau dalil. Contohnya :

Cth 1 : Manusia mumkin hidup beratus tahun tanpa makan dan minum. Seperti kisah Ashabul Kahfi yang dipaparkan dalam surah Al Kahfi. Ianya adalah MUMKIN yang memerlukan dalil.

Cth 2 : Singgahsana Istana dan takhta mumkin dipindahkan dengan sekelip mata ke jarak ribuan kilometer. Seperti kisah Wazir Nabi Sulaiman AS memindahkan istana Ratu Balqis dari Yaman ke negara Palestine. Kisah ini memerlukan dalil dalam AL Quran Surah An Naml ayat ke 40.

Dalam ilmu Tauhid disebut MUMKIN, tetapi diubah kepada istilah MUNGKIN oleh orang Melayu kita.

Kemudian , setiap bahagian hukum aqal di bahagi lagi kepada dua iaitu Dharuri dan Nazhari.


Bahagian Wajib ‘Aqli :

Adalah wajib ‘aqli terbahagi dua :

1) Wajib ‘aqli Dharuri – Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .

2) Wajib ‘aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.

Bahagian Mustahil ‘Aqli :

Adalah Mustahil ‘Aqli terbahagi dua :

1) Mustahil ‘Aqli Dharuri – Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada tiga.

2) Mustahil ‘Aqli Nazhari – Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima ‘aqal ada yang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu ‘aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.

Bahagian Harus ‘Aqli :

Adalah Harus A’qli itu terbahagi dua :

1) Harus ‘Aqli Dharuri – Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .

2) Harus ‘Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka ‘aqal menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .


..........BERSAMBUNG.........

Saturday, June 30, 2012

Ilmu Tauhid AHlus Sunnah Wal Jamaah Part 5




Jom kita kenal ALLAH ................





Muga-muga Allah, Tuhan kami, sejahterakanlah cahaya yang nyata,

Ahmad yang terpilih, penghulu sekelian pesuruh-pesuruh Allah,
Dan sejahterakanlah juga keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Sifat yang wajib bagi Allah
wujud, sedia, kekal, berlainan dari segala yang lain,
cukup dengan sendirinya, tunggal, berkuasa,
berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar,
melihat, berkata-kata,

Dan keadaan NYA berkuasa, berkehendak,
dan keadaan NYA mengetahui, hidup, mendengar,
dan juga keadaan NYA melihat, berkata-kata.
Lawan kepada sifat tadi dua puluh jua,
Iaitu sifat-sifat kekurangan yang mustahil bagi Allah

Tiada, ada permulaan, lenyap atau hapus,
menyamai makhluk NYA ( Maha Suci Allah)
Tidak cukup dengan sendirinya, berbilangan,
Serta pula DIA lemah membuat makhluk-makhluk
Dan musthail juga DIA kena paksa, bodoh, tuli
Ataupun DIA mati, buta dan bisu

Sifat-sifat lawan NYA yang lain juga nyata
Tidak perlu diterangkan disini

Nabi-nabi pula wajib ada sifat amanah
Bercakap benar, menyampaikan dan bijaksana

Mustahil pula Nabi-nabi itu
Khianat, dusta, menyembunyikan dan bebal

Maka demikianlah sifat-sifat yang tersebut itu
Terhadap Allah dan Rasul-rasul NYA yang mulia

Nama 25 Rasul yang wajib dikenali oleh setiap muslim
Mereka itu adalah
Adam, Idris, Nuh, Hud
dan juga termasuk Saleh, Ibrahim
dan Lut, Ismail, Ishak
seterusnya Yaakub, Yusuf dan Ayub
Syua'ib, Harun, Musa dan Ilyasa'
dan juga Zulkifli, Daud dan Sulaiman
dan Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya dan Isa
dan akhir sekali Taha iaitu Muhammad penutup kerasulan

Muga-muga bagi mereka kesejahteraan dan keselamatan
dan bagi keluarga mereka selagi ada siang dan malam

Dan Malaikat-malaikat pula tiada ibu bapa
serta tiada ia makan atau minum atau tidur

Nama-nama sepuluh dari mereka ialah
Jibril, Mikail, Israfil, Izrail
Mungkar serta Nagkir
Raqib serta Atid
Malik dan Ridwan

Dan empat kitab-kitab dari Allah
Taurat kepada Musa
Zabur kepada Daud
Injil kepada Isa
Dan Furqan (Al Quran) kepada sebaik-baik makhluk
Muhammad Khatamun Mursalin

Selain itu ada kitab-kitab kepada lain-lain Nabi
Di dalamnya kalam Allah yang adil dan mengetahui


Begitulah antara terjemahan nazam ke dalam bahasa melayu yang sering dikumandangkan setiap kali kuliah tauhid akan bermula di pondok arwah datuk ku. Nazam inilah juga yang sering disenandungkan setiap malam Isnin & malam Jumaat setelah selesai membaca mawlidur rasul buat penyubur jiwa dalam perjuangan.

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.

1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.

Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.

2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.

Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.

Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan.

Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.


Jadi BAGAIMANA HENDAK MENGENAL ALLAH ?


1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui nama-NYA dan sifat-sifat-NYA yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.

2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.


3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-


1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

a) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

b) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

c) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

a) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).

b) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia.

Jom kita mengenal sifat-sifat ALLAH ....

Adapun sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh setiap muslim beserta dalil-dalilnya ialah 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil bagi Allah dan satu sifat yang harus bagi Allah.

20 Sifat yang wajib bagi Allah ialah :

1-Wujud = ada
2-Qidam = sedia
3-Baqa = kekal
4-Mukhalafatuhu Lil Hawadith = bersalahan Allah daripada yang baharu
5-Qiyamuhu Binafsihi = berdiri Allah Taa'la dengan sendirinya
6-Wahdaniyyah = Esa
7-Kudrah = berkuasa
8-Iradah = berkehendak
9-Ilmu = mengetahui
10-Hayat = hidup
11-Sama' = mendengar
12-Basar = melihat
13-Kalam = berkata-kata
14-Kaunuhu Qadiran = keadaan Allah Taa'la yang berkuasa
15-Kaunuhu Muridan = keadaan Allah Taa'la yang berkehendak
16-Kaunuhu A'liman = keadaan Allah Taa'la yang mengetahui
17-Kaunuhu Hayyan = keadaan Allah Taa'la yang Hidup
18-Kaunuhu Sami'an = keadaan Allah Taa'la yang mendengar
19-Kaunuhu Basiran = keadaan Allah Taa'la yang melihat
20-Kaunuhu Mutakalliman = keadaan Allah Taa'la yang berkata-kata

Sifat yang mustahil bagi Allah ialah sifat yang berlawanan dengan sifat yang wajib bagi Allah :

20 Sifat yang mustahil bagi Allah pula ialah :

1-'Adam (tiada)
2-Huduts (ada yang mendahului)
3-Fana (berakhir)
4-Mumatsalatu lil hawaditsi (ada yang menyamai)
5-Ihtiyaju lighairihi (memerlukan yang lain)
6-Ta'adud (berbilang)
7-'Ajzun (lemah)
8-Karahah (terpaksa)
9-Jahlun (bodoh)
10-Mautun (mati)
11-Shamamun (tuli)
12-'Ama (buta)
13-Bakamun (bisu)
14-Kaunuhu 'ajiyan (zat yang lemah)
15-Kaunuhu karihan (zat yang terpaksa)
16-Kaunuhu jahilan (zat yang sangat bodoh)
17-Mayyitan (zat yang mati)
18-Kaunuhu ashamma (zat yang tuli)
19-Kaunuhu 'ama (zat yang buta)
20-Kaunuhu abkama (zat yang bisu)

Sifat yang harus bagi Allah SWT hanyalah satu iaitu membuat tiap-tiap yang mumkin/mumkinat atau tidak membuatnya.

Apa makna mumkin dan mumkinat di sini ? Ertinya tiap-tiap sesuatu yang dilakukan oleh Allah SWT atau tidak mahu dilakukan oleh Allah SWT.

Untuk senang difahami saya berikan beberapa contoh :

Cth 1 : Syafie di Afrika Selatan seorang yang bijak, tetapi Ahmad Nafsu di England seorang yang jumud. Siapa yang jadikan Syafie bijak ? Jawapannya Allah SWT. Siapa pula yang jadikan Ahmad Nafsu jumud ? Jawapannya Allah SWT juga. Jadi harus bagi Allah mencipta sesuatu bijak dan tidak mencipta sesuatu menjadi bijak ( jumud ) . Terpulang kepada Allah SWT.

Cth 2 : Mat Kilau hidup sehingga berumur 120 tahun. JWW Birch hidup sehingga umur 42 tahun. HARUS bagi Allah memanjangkan umur Mat Kilau, dan harus bagi Allah memendekkan umur JWW Birch. Harus bagi Allah SWT mencipta sesuatu dan tidak mencipta sesuatu.

Keseluruhan 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil bagi Allah dan satu sifat yang harus bagi Allah WAJIB atas setiap muslim yang berakal mempelajari dan memahami serta meyakini secara tafsil.

Apa erti tafsil ? Ertinya ialah secara detail secara satu persatu beserta huraiannya dan dalil-dalilnya satu persatu, agar benar-benar faham dan yakin.

Walaubagaimanapun, mendatangkan dalil aqli dan naqli cukup secara ijmal.

Apa erti ijmal ? Iaitu secara ringkas, dengan syarat wajiblah ianya beriman dengan sesungguh hati.

Untuk mendatangkan dalil secara ijmal, cukup mudah. Tetapi untuk memahami hendaklah secara tafsil kerana tanpa huraian yang jelas dan teliti, sifat-sifat tersebut boleh disalah ertikan. Akibat dari penyalahertian, maka lahirlah fahaman mujassimah yang menyamakan Allah dengan makhluk.

InsyaAllah, kita akan cuba mengupas sedikit demi sedikit sifat-sifat tersebut satu persatu. Sewaktu kita membahaskan tentang Rukun Iman.

To be continue .....

Friday, June 29, 2012

Ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Part 4



Dalam ilmu Tauhid, apabila kita membicarakan tentang hukum-hukum dalam ilmu Tauhid, selain dari membahaskan tentang hukum akal, kita tidak lepas lari dari membahaskan tentang hukum adat.




Apa itu adat ? Adat ialah kebiasaan. Hukum adat juga mempunyai 3 bahagian, iaitu wajib, mustahil dan mumkin. Sesetengah orang jadi keliru antara hukum adat dan hukum akal yang telah kita bahaskan terdahulu.


Apa itu hukum adat ? Hukum adat atau hukum kebiasaan, ialah suatu penetapan atau suatu keputusan yang dibuat berdasarkan hasil yang biasa dialami/diperolehi pada sesuatu kejadian atau perbuatan. Contohnya :


Cth 1 : Bila makan ianya mengenyangkan. Keputusan ialah kenyang terhasil dari perbuatan makan.

Cth 2 : Pisau yang tajam memotong sayur yang lembut. Pisau ada benda atau zat, tajam ialah sifat (ini termasuk dalam hukum akal). Pisau tajam memotong sayur yang lembut. Hasil dari perbuatan memotong sayur yang lembut terpotong. (ini hukum adat)

Cth 3 : Api wajib panas. Kita menghukumkan pada adat api wajib panas sebab pada pengalaman kita , kerana tiap kali kita rasa api, ia merasa panas. Tetapi ianya pada kebiasaan, api sememangnya panas. Adat api sememangnya panas. TETAPI ianya hanya pada kebiasaan dan adat sahaja. SEBAB, akal dapat menghukumkan bahawa api itu mumkiin boleh dirasa tidak panas, sebagaimana Allah kehendaki api tidak menjadi panas dan tidak membakar Nabi Ibrahim AS.

Cth 4 : Manusia wajib ada oksigen untuk bernafas. Ini wajib pada adat, ada oksigen untuk manusia bernafas dan hidup. TETAPI ada juga kisah yang mencarik adat, Nabi Yunus AS, ditelan ke dalam perut ikan Nun, baginda hidup dalam perut ikan Nun dan dalam air laut tanpa oksigen. Sebagaimana diceritakan didalam Surah Al Anbiya' ayat 86 - 88. Kisah ini mencarik adat, secara langsung membuktikan bahawa ianya MUMKIN pada akal, kerana kekuasaan Allah Taa'la. Sebagai Al Khaliq Yang Maha Pencipta, Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang mencarik adat. Oleh itu, akal yang waras yang sedar bahawa Allah bersifat dengan KUDRAT dan IRADAT, boleh menerima perkara yang mencarik adat. TETAPI ianya mestilah dibuktikan dengan DALIL dan kajian yang teliti.


Apa itu mustahil pada adat ? Mustahil pada adat ialah sesuatu perkara yang menyalahi adat. Contohnya :


Cth 1 : Manusia mustahil boleh hidup lama ratusan tahun tanpa makan dan minum. Dalam kehidupan biasa, mustahil manusia boleh hidup lama. TETAPI kalau menurut hukum akal pula, mumkin manusia hidup lama tanpa makan dan minum. Seperti kisah Ashabul Kahfi yang hidup selama 309 tahun tanpa makan dan minum. Ianya mustahil pada adat tapi tidak mustahil pada akal ( mumkin pada akal ). MUMKIN pada akal hanyalah spesifik pada kejadian yang difirmankan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.


Cth 2 : Manusia mustahil boleh mendengar suara manusia lain dari jarak yang amat jauh. Dalam kehidupan biasa, mustahil kita mampu mendengar percakapan orang lain dari jarak yang jauh tanpa menggunakan peralatan komunikasi. TETAPI kalau menurut hukum akal, harus manusia boleh berhubung antara satu sama lain tanpa menggunakan peralatan komunikasi, sebagaimana Saidina Umar Al Khattab yang berada di Madinah mampu berhubung dengan Sariah dan tenteranya di Parsi (Iran) dan melihat tentera musuh sedang mara ke tempat tentera Islam. Lantas Saidina Umar Al Khattab mengarahkan Sariah dan tenteranya agar segera menaiki gunung dibelakang mereka untuk terselamat dari kepungan musuh.

Cth 3 : Seorang anak dara mustahil boleh hamil dan melahirkan anak. Dalam kehidupan biasa, mustahil seorang anak dara, yang tidak bersuami dan tidak melakukan hubungan kelamin akan hamil dan melahirkan anak. TETAPI kalau menurut hukum akal, hukumhya harus seperti yang berlaku kepada Siti Mariam yang mengandung dan melahirkan Nabi Isa AS. Jadi perkara yang mencarik adat atau mustahil pada adar tetapi harus pada akal mesti bersandarkan dalil Al Quran.


Apa itu mumkin pada adat ? Mumkin pada adat ialah perkara atau kejadian yang boleh berlaku atau boleh untuk tidak berlaku pada kebiasaan pengalaman kita. CONTOHNYA :


Cth 1 : Langit gelap, boleh jadi akan hujan. Boleh jadi juga tidak akan hujan. Hujan boleh, tak hujan pun boleh.


Cth 2 : Seorang sakit yang masuk ke ICU, boleh jadi akan meninggal dunia. Boleh jadi juga tidak akan meninggal dunia. Salah-satu keadaan boleh berlaku. Hukum adat, adalah hukum yang lumrah terjadi. Namun apabila kita mengambil kira, hukum akal, maka adakalanya hukum adat boleh terbatal. Tak semestinya wajib pada adat, akan menyamai wajib pada akal. Begitu juga. Tak semestinya mustahil pada adat, akan menyamai mustahil pada akal. TETAPI tiap-tiap hukum yang mumkin pada adat, ialah juga hukumnya mumkin pada akal. Lain perkataan, mumkin pada adat adalah sama dengan mumkin pada akal.


Ringkasan

a. Wajib pada adat boleh jadi sama dengan wajib pada akal
b. Wajib pada adat tak semestinya sama dengan wajib pada akal.
c. Mustahil pada adat boleh jadi sama dengan wajib pada akal
d. Mustahil pada adat tak semestinya sama dengan mustahil pada akal
e. Mumkin pada adat boleh jadi sama dengan mumkin pada akal.
f. TETAPI ada juga hukum mumkin pada akal tetapi tidak mumkin pada adat.

Dan perlu diingat, segala hukum WAJIB, MUSTAHIL dan MUMKIN pada adat, kesemuanya adalah MUMKIN pada sisi Allah Taala.Contohnya :

Cth 1 : Seseorang MUSTAHIL pada adat boleh seorang manusia boleh berjalan di atas air tanpa sebarang peralatan, bahkan WAJIB pada adat dia tenggelam. TETAPI hal ini, WAJIB pada adat sahaja, kerana ia MUMKIN pada akal. Sebab Allah Ta’ala berkuasa menjadikan orang itu timbul dan berjalan di atas air tanpa alat-alat tertentu.

Cth 2 : Seseorang MUSTAHIL pada adat boleh hidup 300 tahun tanpa makan dan minum, bahkan WAJIB pada adat dia mati. TETAPI hal ini hanya WAJIB dan MUSTAHIL pada adat, sedangkan pada akal ia MUMKIN. Allah berkuasa menjadikan manusia dan alam ini, maka tidak sukar bagi Allah SWT mengubah adat.

Dalam menghasilkan sesuatu hukum, seseorang perlu dan mesti berpandu kepada DALIL. Sumber kepada dalil-dalil untuk menghasilkan hukum ialah :
a. Al Quran
b. Hadis Nabi Muhammad SAW
c. Akal

Oleh itu, marilah kita renung sejenak. Sejauh mana kita memahami, meyakini dan mengamalkan rukun iman yang enam perkara. Seandainya kita masih lagi pada peringkat "TAHU" tetapi tidak lagi faham, lebih-lebih lagi tidak yakin, maka tidak hairanlah kita masih lagi bergelumang dengan dosa dan kemungkaran.

Bagaimana kita ingin tahu bahawa kita telah yakin dengan ilmu Tauhid yang kita pelajari ? Mudah saja. Kalau kita bersedia mengajarkannya dan menyampaikan kepada saudara-saudara seIslam serta kepada orang yang masih jauh dari Islam untuk mentauhidkan Allah SWT, itulah antara tanda bahawa kita sudah yakin dengan ilmu Tauhid yang kita pelajari.Insya Allah, kita akan sambung pengajian kita di masa akan datang.