Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Monday, August 15, 2011

Tangisan Penawar Hati Yang Luka




FIRMAN ALLAH SWT : Terjemahannya : Hampir-hampir langit itu pecah dari sebelah atasnya (karena kebesaran Tuhan) dan malaikat-malaikat bertasbih memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang yang ada di bumi. Ingatlah bahwa sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Asy Syura : 5)




Langit berserta isinya sungguh takut pada Allah karena kebesaran-Nya, sebab itu langit seperti menangis. Dan malaikat-malaikat tidak berhenti-henti menghambakan diri untuk memuji Allah dan mendoakan keselamatan manusia di bumi.

Sedangkan makhluk-makhluk bumi hanya sebagian kecil saja yang menyadari kebesaran kerajaan langit lalu turut mengabdikan diri sebagai penyerahan total pada Allah SWT. Mereka itu sangat membesarkan Allah dalam setiap tindakan mereka. Imam Bukhari misalnya telah mengungkapkan rasa kehambaannya pada Allah SWT dalam sajaknya. Rintihannya lebih kurang begini :

Di kala malam yang sunyi sepi
sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi,
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.
Lemah lutut berdiri di hadapanMu
sedu-sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan,
hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini.
Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan.
Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu pernah mengatakan:

"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan".

Hamba percaya pada tutur kepastian itu.
Sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan muthmainnah.

Demikianlah bila hati sudah kembali kepada fitrahnya, maka manusia menjadi makhluk yang paling sempurna (insaanul kamil). Tetapi alangkah ruginya karena tidak semua manusia memilih jalan itu.

Di akhir zaman ini rasa kehambaan dalam hati hamba-hamba Allah sudah sangat kurang. Hati mereka jadi keras seperti batu.

Allah menggambarkan hal itu dengan firman-Nya :

Terjemahannya : Kemudian setelah itu hati kamu menjadi keras seperti batu atau lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar mata air lalu mengalir dan sesungguhnya sebagian dari batu itu ada yang retak dan pecah lalu keluar air dari dalamnya. Dan ada pula batu yang jatuh meluncur karena takut kepada Allah. Dan tidaklah Allah lalai terhadap apa yang kamu kerjakan. (Al Baqarah : 74)

Mereka bukan lagi memuja Allah tetapi memuja diri (nafsu) sendiri. Allah SWT tidak dibesarkan dengan selayaknya. Dan syariat Tuhan lahir maupun batin dijadikan bahan gurauan dan mainan mereka semata-mata.

Tetapi selamat dan bahagiakah hidup mereka?

Damaikah negara mereka?

Amankah masyarakat mereka?

Tenangkah rumah tangga mereka?

Lapangkah dada mereka?

Puaskah nafsu mereka?

Dan di manakah syurga dunia yang mereka impi-impikan?

Hidup di tengah-tengah gelombang nafsu ego dan rakus, hasad dengki, gila dunia, dendam, bakhil, riya', ujub dan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin. Manusia bukan saja tidak dapat memberi ketenangan pada masyarakat sekitarnya bahkan diri dan keluarga sendiri pun gagal mereka letakkan dalam keadaan tenang. Kuman-kuman hasad dengki, takabur, gila dunia, bakhil, riya' dan lain-lain itu penuh mengerumuni hati mereka. Hal tersebut makin memusnahkan kemurnian rasa kemanusiaan dan pasti tidak akan membiarkan hati manusia itu dalam keadaan tenang dan tentram. Kejahatan-kejahatan itu akan senantiasa menggigit hati nurani manusia hingga hati itu selalu sakit.

Sudah kaya tidak puas apalagi kalau miskin. Sudah mempunyai pengikut tidak puas apalagi kalau sendirian. Sudah sehat tidak puas apalagi kalau sakit. Sudah disanjung tidak puas apalagi kalau dihina.

Di dalam kubur nanti kuman-kuman itu akan menjelma menjadi ular dan kalajengking yang menggigit dan mengunyah sekujur tubuh manusia. Sampai di Akhirat mereka akan menyerupai api yang akan membakar dan melumatkan lahir dan batin manusia.

Ketenangan hati hanya akan diperoleh dengan mengakui kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadirat Allah yang Maha Tinggi. Mengaku berdosa lahir dan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum-hukum Allah, mengharapkan kebahagiaan Akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang sesama manusia, zuhud terhadap dunia, ikhlas beramal semata-mata karena Allah dan lain-lain rasa hati yang telah saya uraikan sebelum ini.

Kebahagiaan di dunia ini adalah ketenangan hati. Dan hati yang tenang adalah hati yang selamat dari kejahatan-kejahatan. Bila hati selamat, barulah manusia akan dipanggil Allah untuk menikmati kebagiaan abadi dalam Syurga Jannatun Naim.

Firman Allah SWT : Terjemahannya : Pada hari manusia meninggalkan dunia ini tidak berguna harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat. (Asy Syuara: 88-89)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita taufik dan hidayah untuk memperoleh hati yang selamat sebagaimana yang Dia maksudkan. Amin.


Madrasah Tahfiz Darus Syifa
30 July 2011
5.42pm

Menangislah Diri Ku




Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada ALLAH sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."





Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T, maka ALLAH mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya ALLAH S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamatlah ia sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).

Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya ALLAH) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi MuhammadS.A.W. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W". Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W. meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah S.A.W., ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Ramadhan yang bakal menjelma, terkandung di dalamnya rahmat di awalnya, pengampunan di pertengahannya dan pembebasan dari api neraka di akhirnya.

Wahai diri ku yang penuh dosa,

Persiapkanlah diri mu untuk merebut rahmat, ampunan dan pembebasan dari api neraka ALLAH di Ramadhan yang bakal bertandang. Anggapkanlah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan mu yang terakhir kerana engkau tidak pernah punya perjanjian dengan ALLAH untuk hidup sehingga keesokan hari .....

JSC Olainfarm
Ryga, Latvia
21 July 2011
11.05am

Di Ambang Ramadhan Part 4 : Soal Jawab Berkenaan Puasa




Soalan: Waktu saya tengah syok makan sahur sesambil layan mata yang kuyu tiba-tiba terdengar azan Subuh, Sah tak puasa saya ?



Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.







Soalan: Sir, Bulan puasa tak leh minum air, kalau orang tu dia kumpul air liur dia banyak-banyak dalam mulut kemudian dia telan, batal tak puasa dia ?



Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.




Soalan: Saya sokmo terlupa pada hari pertama puasa. Bangun pagi, pergi ke dapur, terus buat Milo dan minum. Dah habis satu mug Milo baru teringat dah masuk 1 Ramadhan. Saya terlupa. Macam mana puasa saya ?



Jawapan: Puasa awak SAH. Kira rezki ALLAH untuk awak ler tu. Jadi teruskan berpuasa. Sabda Rasullah SAW yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.



Soalan: Saya kena posting jauh dalam hutan. Nak cari bahan herba untuk Investigational Product yang sir suruh. Tak cari kang, sir hangin satu badan. Dalam hutan, TV tak de, radio tak de, internet & facebook pun tak der. Jadi 30 Syaaban tu, malamnya saya puasa. Tapi hati was-was sama ada esok 1 Ramadhan. Sah ke niat saya ?



Jawapan: Niat awak TAK SAH. Awak kena yakin sudah masuk 1 Ramadhan baru dikira niat sah.



Soalan: Sir, saya pregnan. Apa hokum kalau saya yang bunting ni atau orang perempuan yang menyusukan anak batalkan puasanya ?



Jawapan: Perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan baby, HARUS membatalkan puasa mereka dengan dua sebab atau keadaan :

a. Kerana keuzuran dirinya sendiri, tak larat, lemah longlai, letih lesu, anaemia.
b. Kerana menjaga kesihatan anak, khuatir baby dalam perut tak cukup zat atau susu ibu tak cukup untuk anak yang menyusu.


TETAPI bila berlaku salah satu sebab atau kedua-dua sebab di atas, awak kenalah …..


a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qadha’ sahaja.



Soalan: Sir, kalau orang yang tinggalkan puasa sebab keuzuran, orang tu lak tak berdaya nak puasa, boleh tak orang yang berdaya yang power-power ni qadhakan untuk dia ?



Jawapan: Walau macam mana power pun awak, hokum menyatakan TIDAK boleh mengqadhakan puasa orang yang masih hidup. Jadi dia kena bayar fidyah kalau tak mampu berpuasa.



Soalan: Apa hukum bersahur ?



Jawapan: Hukumnya SUNAT.



Soalan: Sir, kami ni bulan puasa kena posting dalam hutan. Tau-atu ajelaa dalam hutan bukan senang nak masak-masak. Kalau masuk waktu berbuka, kita orang delay sikit atau kita orang tak berbuka bila masuk waktu, sah tak puasa ?


Jawapan: Puasa awak SAH, tapi disunatkan SEGERA berbuka bila masuk waktu.


Soalan: Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?


Jawapan: Pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan adalah berganda.


Soalan: Sir, kita orang bulan puasa ni sir hantar kita orang pergi cari bahan reserach dalam Laut China Selatan. Kena scuba tu. Kalau saya terkentut dalam air batal tak puasa saya ?


Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.


Soalan: Sir, saya pregnan. Kalau bulan puasa ni saya bersalin macam mana?


Jawapan: Bila awak bersalin, awak aka nada darah nifas, maka WAJIB awak berbuka puasa dan WAJIB QADHA puasa awak pada bulan lain. Tapi kalau awak bersalin dan taka da darah nifas, HARUS awak berbuka dan WAJIB QADHA puasa yang awak tinggalkan.


Soalan : Sir, niat puasa dalam hati. Perlu ke kita lafazkan niat tu ?


Jawapan : Rukun puasa ialah niat. Niat itu di hati. Apa itu niat ? Niat adalah rencana yang tegas untuk melakukan sesuatu. Nah kalau rencana sudah dianggap mantap dalam hati, maka niat tidak perlu diucapkan. Tetapi ada orang yang sering merasa ragu [pendapat dalam ilmu kejiwaan, ianya merupakan penyakit,yang disebut sebagai neurosis] jika niatnya tidak diucapkan. Oleh sebab itu, dalam hal seperti ini, niat ada baiknya dilafazkan, agar anda dapat betul-betul yakin terhadap apa yang akan anda buat. Maka sebab itu Imam Syafie, menyatakan SUNAT kita melafazkan niat. Agak-nya Imam Syafie ni tahu pasal penyakit neurosis hehehe.


Soalan : Saya confuselaa. Ada orang kata … Kalau kita bersahur, otomatik merupakan niat dan tidak perlu lafaz niat. Cam mana kes ni sir ?

Jawapan : Ada dua pendapat :

Pendapat pertama, mengatakan, jika kita bangun untuk bersahur, pastinya adalah untuk berpuasa. Jadi aktiviti bersahur itu adalah faktor yang menggerak keinginan untuk puasa. Secara tak langsung ia merupakan satu niat. Ertinya, secara tidak langsung, sahur itu merupakan salah satu bentuk kita berniat mahu berpuasa. Jadi, sahur dapat dijadikan sebagai niat untuk puasa.


TETAPI


Pendapat yang MAHSYUR mengatakan bagun sahur itua niatnya bersahur BUKAN berpuasa. Lebih-lebih lagi NIAT dalam beribadah ada tiga rukun iaitu Qasad, Ta’arrudh dan Ta’yin.

Qasad adalah penetapan yang kita ini menuju kepada ALLAH.
Ta’arrudh adalah kita membentangkan apakah amalan kita kepada ALLAH
Ta’yin adalah penetapan bahawa kita mengenali ALLAH Yang maha Esa sebagai Tuhan yang hanyasanya layak di sembah.

Sebagai contoh, dalam niat solat Subuh. Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat kerana ALLAH Taala.

Qasad = Sahaja aku
Ta’arrudh = Solat
Ta’yin = fardhu Subuh

Jadi dalam ibadah puasa, niat kita berpuasa hendaklah sekurang-kurangnya. Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan, fardhu atas ku kerana ALLAH Taala.

Qasad = sahaja aku
Ta’arrudh = puasa
Ta’yin = fardhu Ramadhan

Begitulah kesempurnaan niat dalam beribadah.

Kita hidup di dunia hendakkan sesuatu yang glamer dan mahsyur. Kalau nak kereta, antara Proton dengan Ferrari, kita akan pilih Ferrari sebab Ferrari lebih mahsyur. Kalau ada hendak beristeri antara artis dengan ustazah, orang lelaki akan pilih artis dari pilih ustazah, sebab artis lebih mahsyur. Kalau hendak makan ayam goring, antara KFC dengan ayam goring pasar malam, orang akan pilih KFC walau pun banyak isu kebersihan sebab KFC lebih mahsyur.

Jadi dalam beribadah, kita carilah dan amalkanlah pendapat yang mahsyur.


Ryga, Latvia
19 July 2011
2.15am

Di Ambang Ramadhan Part 3 : Apakah Ramadhan Tahun Ini Ramadhan Terakhir Bagi Ku ?




Ramadhan bakal menjelang. Namun kita belum pasti dipertemukan dengan Ramadhan yang hanya beberapa hari sahaja lagi. Namun hendaklah kita memanjatkan doa agar direzkikan bertemu dengan Ramadhan yang penuh berkat. Lantas hendaklah kita perkemaskan diri agar Ramadhan yang bakal kita tempohi ini tidak dipersia-siakan. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Kerana kita belum tentu bertemu di Ramadhan yang akan dating. Maka hendaklah kita jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling bermutu, paling berkualiti dalam hidup kita.






Marilah kita mengulangkaji bersama-sama beberapa adab dalam berpuasa semoga puasa kita itu nanti menjadi penanda aras kepada mutu Ramadhan yang kita tempohi.



ADAB-ADAB SUNAT PUASA


1. Bersahur dan mengakhirkan sahur : Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur. Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata:


“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian kami bangkit untuk solat (subuh). Dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w.:

“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air.” (Riwayat Ahmad)

2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Kekallah umatku dengan kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka.

3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.

4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa. Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan. Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang ia tinggalkan dari makanan dan minumannya.” (Riwayat al-Bukhari)


Rasulullah s.a.w. juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah ia sabar dan berkata: “Aku berpuasa.”

5. Tadarus Al-Quran. Jibrail a.s. bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah s.a.w. pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.




PERKARA YANG HARUS KETIKA BERPUASA

1. Menjirus kepala: Ini kerana terdapat hadith yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi s.a.w. menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menjirus air ke atas kepalanya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan.” (Riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)


2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak. Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibn Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Ata’, Hassan, Al-Nakhaie serta Al-Auzai’e Inilah juga pendapat Daud Al-Zaahiri.


3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar. Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifas, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannya. Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah. Kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari dari merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa.”


PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERPUASA


1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudu’ secara berlebih-lebihan. Imam Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhab telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika berwudu’ tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhab Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadith:

“Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwudu’) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa.”

2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut. Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie pula ialah hukumnya haram.
3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana ditakuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.

4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Imam Syafie dan Ahmad.

Semoga kita memperbaiki mutu puasa kita di ramadhan yang bakal menjelang.

Saturday, August 13, 2011

Di Ambang Ramadhan 1432H Part 2





ALLAH telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana ALLAH, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan). (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)





Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan pula akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

Dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan2, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara keistimewaan puasa juga, ALLAH SWT. akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh ALLAH. Sabda Rasulullah SAW:

“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, ALLAH Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-KU dan AKU sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua ke-gembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau Musk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebihbesar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut : “Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat.

Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa.

Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari ALLAH secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari ALLAH dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata:
Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian ALLAH dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap para Rasulullah, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para Rasulullah, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”
Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu :
1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati ALLAH SWT..

2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, ALLAH menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” (Surah al-Maidah: 42)

4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh ALLAH dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.

6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada ALLAH, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh ALLAH dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

Justeru itu, apakah tingkatan puasa yang ingin kita laksanakan nanti ? Puasa khusus al-khusus ? Puasa al-khusus ? Atau sekadar puasa al-umum sahaja ?

Terakhirnya, ayuh kita sambung mengulangkaji lagi akan bab Puasa sebagai persiapan kita di ambang Ramadhan ini.

Puasa ertinya: Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan. Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Syarat Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukallaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Syarat Sah Puasa :
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Syaaban).

Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnyamfajar sampai terbenamnya matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa:
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hokum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Orang Yang Diizinkan Berbuka dan Tidak Berpuasa
1. Orang yang sakit
2. Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 2 marhalah atau 91km
3. Orang tua yang sudah lemah
4. Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Kita stop dulu, dah time boarding. InsyaALLAH kita sambung lagi nanti dengan soal jawab Frequently Asked Questions tentang bab puasa.
Sebar-sebarkanlah info ini jika ada manfaat.


KLIA
13 Julai 2011
7.27 am