Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Sunday, November 14, 2010

HIKAYAT RM 50




Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:



RM1 - Ellooo bro, lama tak nampak, kau pergi mana ?

RM50 - Alaaa bro .. wa cakap sama lu. Merata tempat wa sudah pergi wooo. Baru-baru ni pergi stadium Bukit Jalil ... Tengok bolaaa... Kelantan lawan Nogori Sembilan. Sebelum tu tengok konsert AF. Tiap hujung minggu wa shopping complex Alamanda, Curve, Jusco, KLCC. Pergi Cathay Cineplex tengok wayang. Pergi Mc D, KFC, Starbucks, KLCC macam -macam tempat wa merayau. Beeeessstttttttttttt. Lu pergi mana bro ?

RM1 - Hmm aku macam biasa lah..Balik-balik tempat yg sama......SURAU...MASJID...SURAU...MASJID...





Tipah ... Tipah ... Tipah TERTIPU


GHURUR: TERPEDAYA ATAU TERTIPU

Kitab Siyarus Salikin juz3 oleh Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani

Hakikat Ghurur: iaitu seseorang menyangka baik sesuatu yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan sangkaannya.

Firman Allah:“Janganlah kehidupan dunia itu memperdayakan kamu dan janganlah perasaan ghurur itu memperdayakan kamu terhadap Allah Taala.” -Surah Luqman ayat 33.

Barangsiapa yang beriktiqad dirinya beroleh kebajikan bererti ia telah terpedaya. Yang lebih terpedaya lagi ialah orang kafir, orang yang melakukan maksiat dan orang fasik kerana menyangka diri mereka berada di dalam kebajikan dan mereka lupa akan kejahatan diri mereka.




Orang yang terpedaya dengan Ghurur itu banyak dan terdiri daripada empat golongan:


1. PARA ULAMA

Kata imam Malik r.a:“Barangsiapa menuntut ilmu Feqah yang Zahir dan tidak menuntut ilmu Tasawuf yang batin maka sesungguhnya ia menjadi Fasik.”

Imam Ghazali rahimahullahu taala telah menyebut secara terperinci mengenai ulama yang terpedaya di dalam Kitab Ihya Ulumuddin di dalam bab ini.

Barangsiapa yang tidak mengetahui akan Ilmu yang mengetahui tentang keaiban dirinya iaitulah Ilmu Tasawuf yang batin atau mengetahui akan keaiban diri tetapi tidak pula bersungguh-sungguh menghapuskan keaiban diri yang di dalam batin, maka ia adalah seorang yang terpedaya.

Notes : Sedutan dari Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub

Sabda Rasulullah SAW : Seorang yang alim faqih yang memberati dengan wara', terlebih payah atas syaitan menipudayanya dari seribu abid yang bersungguh-sungguh pada yang jahil lagi wara'.

Orang yang wara' tetapi alim itu lebih baik dari seorang ahli ibadah tetapi jahil. Pengertian wara' dalam qamus cthnya aqrabul Mawarid Warak bermaksud meninggalkan sebarang bentuk maksiat dan perkara syubhat kerana Allah swt, ataupun meninggalkan perkara2 yg dianggap biasa kerana takut ia dinilai sebagai dosa, ini termasuk kata2 yg tidak berfaedah 2/1444.

Ulama bertanggungjawab beramal dengan ilmunya serta menyampaikan ilmu kepada masyarakat justeru mendidik mereka ke jalan iman. Agar masyarakat akan kembali kepada ALLAH dalam keadaan hati yang tenang sejahtera.

Golongan ulama terjerumus ke lembah tipu daya apabila mereka tidak menjadikan manfaat atas ilmu yang mereka miliki. Ilmunya tidak bermanfaat kepada diri. Ilmunya tidak bermanfaat kepada keluarga. Ilmunya tidak bermanfaat kepada masyarakat.

Lantaran ilmu tidak dimanfaati oleh dirinya, maka ilmu miliknya digunakan untuk menyuburkan mazmumah. Ilmu yang ada digunakan untuk melahirkan rasa sombong, takabbur, riyak dan ujub. Tidak kurang juga ilmu yang ada dijual dengan harga yang mahal kepada masyarakat. Hasilnya terbina benteng antara ilmu dan masyarakat. Lantas rosaklah masyarakat kerana kegagalan memiliki ilmu. Paling malang, ilmu yang ada digunakan bagi mempertikaikan isu-isu remeh di tengah masyarakat agar orang ramai melihatnya bagai seorang alim yang mampu membicarakan hal-hal khilafiah. Hasilnya, bukan masyarakat semakin terdidik dengan iman, sebaliknya semakin berpecah dan bergaduh.

Sabda Rasulullah SAW : Bahawasanya manusia yang sangat terseksa pada hari qiamat ialah orang alim yang tidak memberi manfaat dia akan ilmunya. ( Thabarani & Baihaqi )



2. GOLONGAN YANG BERIBADAT

Berbuat ibadat yang zahir seperti solat, puasa, berzakat, bersedeqah, menunaikan haji, membaca quran dan sebagainya sedangkan ia tidak membersihkan hatinya daripada maksiat-maksiat yang batin seperti riya’, ujub, sum’ah, kibir, hasad dengki, dan lain-lain lagi, maka ia telah terpedaya kerana ibadat yang zahir itu sahnya bergantung kepada pemulihan hati daripada sifat-sifat jahat yang ada di dalamnya.

Diantara orang yang terpedaya di dalam ibadat ialah orang-orang yang mensia-sia ibadat-ibadat yang difardhukan ke atasnya tetapi bersungguh-sungguh membanyakkan perkara-perkara sunat dan syarat-syaratnya. Melakukan solat tahajud malam, tetapi solat subuh diabaikan.

Manusia diciptakan bersama roh dan jasad. Ibadah juga ada ibadah yang zahir dan ibadah yang bathin (rohani). Orang yang hanya mengutamakan ibadah yang zahir tetapi mengabaikan ibadah yang bathin , adalah orang yang terpedaya.Banyak solat, banyak puasa, banyak baca Al Quran, banyak zikir tetapi sombong, ujub, riya', mengadu domba, iri hati dan lain-lain sifat mazmumah bertapak di hati.

Termasuk juga ahli ibadah yang terpedaya ialah abid yang mempersempitkan ibadah sekitar amalan-amalan sunat di masjid sehingga mengabaikan pembangunan perkara fardhu kifayah seperti pendidikan Islam, ekonomi Islam, siasah Islam, perubatan Islam dan lain-lain lagi. Sibuk berwirid zikir, tetapi lupakan dakwah. Sibuk berceramah di masjid tetapi tidak berdakwah kepada masyarakat yang rosak. Sibuk puasa sunat tetapi tidak menutup aurat. Dan lain-lain lagi.



3. AHLI-AHLI SUFI DAN ORANG-ORANG YANG BELAJAR ILMU TASAWUF.(As-Sufiyah wal-Mutasawwifah)


Antara sufi yang terpedaya itu lagi ialah orang yang belajar ilmu Hakikat seperti martabat tujuh dan segala yang ada kaitan dengannya tetapi tidak mempelajari Ilmu Syariat iaitu ilmu Usuluddin dan ilmu Feqah, seperti mana kata Imam Malik r.a:


“Barangsiapa yang mempelajari ilmu Tasawuf (yang membicarakan mengenai ilmu Hakikat) dan tidak mempelajari ilmu Feqah dan ilmu Ushuluddin, maka sesungguhnya ia menjadi Zindiq.”


Ahli-ahli sufi yang mengabaikan ilmu Usuluddin dan ilmu Feqah semata-mata mengejar makrifat, mereka sebenarnya tidak memahami tuntutan dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim. Mereka tidak tahu matlamat hidup di dunia, mereka tidak tahu apa itu ibadah kepada ALLAH. Kebanyakan yang berlaku, orang yang terpedaya adalah orang yang hanya mementingkan hal-hal pelik kerohanian, hal-hala karomah, hal-hal khawariqul addah tanpa berpandukan ilmu syariat. Bagi golongan ini, perkara pelik dan aneh itulah kebenaran.


Bukanlah karomah yang hebat itu adalah keupayaan terbang diudara seperti burung atau berjalan di atas air seperti ikan. Tetapi karomah yang hebat dan mulia itu ialah apabila boleh mendidik orang-orang jahil dan jahat untuk menjadi orang yang beriman bertaqwa. Kerana mendidik orang dari zulumat ke arah nur iman, menyelamatkannya dari api neraka.


Akibat orang yang mengaku sufi tetapi enggan mempelajari ilmu syariat dan mengamalkannya, maka tidak hairanlah jemaah sufi yang haq difitnah oleh manusia-manusia yang jahil.

Sementara orang yang mempelajari ilmu Syariat yang zahir iaitu ilmu Usuluddin dan ilmu Feqah beserta dengan mempelajari ilmu Tasawuf dan bersungguh-sungguh mengikutinya iaitu bersungguh-sungguh mengamalkannya, ia memperolehi ilmu Hakikat iaitu ilmu Makrifatullahi Taala dengan sebenar-benar makrifat. Orang seperti ini tidak terpedaya, seperti mana kata imam Malik r.a:

“Barangsiapa menghimpunkan kedua-dua ilmu Feqah dan ilmu Tasawuf dengan mempelajari kedua-duanya maka sesungguhnya ia telah memperolehi ilmu Hakikat (iaitu ilmu Makrifatullahi Taala secara yakin dan muktamad.”


Maulana As-Saiyid Abdullah Al-’Aidarus r.a berkata:“Hendaklah kamu wahai saudara-saudaraku,mengikuti Al-Kitab iaitu Al-Quran dan mengikuti As-Sunnah atau Hadits nabi s.a.w iaitu Ilmu Syariat yang disyarahkan dalam kitab-kitab Imam Ghazali terutama yang terdapat dalam Kitabut Zikril-Maut, Kitabil-Faqri, Kitabut-Taubati dan Kitabu Riyadhatin-Nafsi, yang mana semuanya itu tersebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin.”

“Kitab Ihya Ulumiddin di dalamnya terdapat rahsia ilmu Syariat dan ilmu Tariqat. Kitab Bidayatul Hidayah di dalamnya terdapat ilmu Taqwa iaitu ilmu yang membawa kepada ketaqwaan terhadap Allah Taala. Kitab Al-Arba’in Fi Usuluddin di dalamnya terdapat keterangan mengenai jalan yang lurus. Kitab Minhajul Abidin di dalamnya terdapat jalan yang menyampaikan kepada Allah dan Kitab Al-Khulashah Fil-Fiqhi di dalamnya terdapat ilmu dan amalan yang menerangi hati.”



4. MEREKA YANG PUNYAI HARTA DAN MEMBELANJAKANNYA


Mereka yang mempunyai harta dan membelanjakannya dalam kerja-kerja kebajikan dengan disertai Riya’ (menunjuk-nunjuk) atau Ujub’ (berbangga diri) atau Sum’ah atau kerana mahukan kemegahan atau mencari kemashuran dan supaya manusia menyebutnya sebagai pemurah hati yang mahukan pujian.



Diantaranya:


a. menyumbangkan harta untuk kerja kebajikan dari harta diperolehi secara haram seperti merampas atau menganiaya atau menipu harta orang sedangkan ia tamakkan mendapat pahalanya atau tamakkan dosanya diampuni.

b. Jika kerja-kerja kebajikan itu tanpa dituliskan nama mereka sebagai pihak yang mengeluarkan belanja nescaya enggan menyumbangkan harta itu.-ini riya’ atau sum’ah.

c. memberi harta untuk dibelanja menghiasi masjid atau madrasah daripada dibelanja untuk faqir miskin atau selainnya yang memerlukan kepada perbelanjaan untuk hidup di kawasannya.

d. Hiasan-hisan di masjid atau di madrasah itu mengganggu hati orang-orang yang solat.


Nota:Maksud Syariat yang zahir ialah ilmu Usuluddin dan ilmu Feqah.Maksud ilmu Syariat yang batin iailah ilmu Tasawuf.Ilmu Tasawuf iaitu ilmu Tariqat dan ilmu Hakikat.


Orang yang mengikuti jalan ilmu Tasawuf yang mengandungi ilmu Syariat yang zahir dan ilmu Syariat yang batin dinamakan Sufi yang Muhaqqiq.


10 November 2010
4.45am

THE ULTIMATE DESTROYER


PEMUSNAH IBADAH


1. Muqaddimah Perkara Mencacatkan Ibadah

2. Riyak

3. Ujub

4. Perkara Yang Mendorong Kepada Ujub dan Riyak

5. Kesan Sifat Riyak & Ujub Ke Atas Diri dan Masyarakat

6. Jalan Penyelesaian : Ubat Kepada Penyakit Riyak & Ujub



1. Muqaddimah Perkara Yang Mencacatkan Ibadah



Dalam menyelusuri perjalanan menghampirkan diri kepada Allah SWT, seseorang muslim yang telah berjaya melalui 5 halangan yang menagih pertempuran, terpaksa pula melalui dan menempuh halangan yang ke-6. Halangan yang ke-6 ini juga terpaksa ditempuhi dengan usaha yang gigih bagai seorang tentera bertempur di medan perang. Malah halangan yang ke-6 inilah yang menjadi titik tolak, sama ada, 5 pertempuran yang pernah di menangi sebelum ini, dapat digunakan dalam mentaati Allah SWT serta menjauhi larangan Nya. Kegagalan dan kekalahan dalam pertempuran yang ke-6 ini menyebabkan si pejuang terpaksa berundur semula ke titik permulaan. Dan mendaki semula tangga pertempuran dari awal satu per satu. Inilah kesan kekalahan dalam pertempuran yang ke-6. Halangannya tidak banyak. Hanya dua. Namun impak yang berlaku amat besar, mendalam serta merugikan individu. Maka dengan itu pertempuran yang ke-6 ini dinamakan sebagai pertempuran berhadapan dengan perkara yang mencacatkan ibadah. Ada dua perkara yang menyebabkan ibadah seseorang menjadi cacat. Yang pertama ialah riyak dan yang kedua ialah ujub.



2. RIYAK



Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al Baqarah ayat 264)



Apakah makna riyak ? Riyak ialah ungkapan atau pekerjaan yang dilakukan dengan niat selain dari mengharapkan keredaan Allah. Membuat sesuatu kerana ingin dipuji atau takut dikeji. Setiap amal dilakukan demi mengharap penghargaan dari makhluk dan bukan Al Khaliq Yang Maha Agung. Lebih malang, sifat riyak ini sanggup menafikan kebenaran, walaupun dirinya tahu apa yang dilakukan itu suatu kemungkaran. Dan yang paling hina dan malang, bukan setakat sanggup menafikan kebenaran dan mendewakan kemungkaran, Mereka yang mempunyai sifat riyak ini kerana kerakusan sanggup menentang kebenaran walaupun dirinya tahu, kebenaran itu adalah hakiki. Inilah yang berlaku kepada Azazil.



Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekamunya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Al Baqarah 34)



Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Sesungguhnya yang paling saya takutkan pada kamu adalah syirik paling kecil" Para sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan syirik paling kecil itu?" Baginda menjawab: "Riyak." Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari semua amal hamba dibalas (hari kiamat): "Datangilah orang yang dulu kamu tunjukkan amal kamu padanya di dunia, lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan daripada mereka." (Hadis riwayat Ahmad dan Al Baghawi )



Azazil tahu bahawa Adam AS adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, dan Azazil juga tahu bahwa hanyasanya Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa, namun Azazil sanggup menjadikan dirinya Iblis laknatullah. Iblis menentang kebenaran yang sememangnya diketahui olehnya, semata-mata kerana riyak dan merasakan diri sempurna. Apa yang dilakukan oleh Iblis ialah kerana ingin mengharapkan penghargaan makhluk, kerana dulu dia merupakan Tok Guru kepada para malaikat. Mana mungkin Tok Guru kepada para Malaikat mesti tunduk menghormati seorang manusia yang dibuat dari tanah yang hina bernama Adam ? Seandainya penghargaan makhluk yang dicari, nah inilah natijahnya, kemurkaan Allah yang diperolehi. Oleh itu marilah kita berusaha untuk mengikhlaskan hati. Kerana lawan kepada sifat riyak adalah ikhlas.



3. UJUB



Rasulullah SAW bersabda :



Sekairanya kamu tidak pernah berdosa, tentulah aku takut kalau kamu ditimpa dosa yang lebih besar iaitu ujub (rasa kagum dengan diri sendiri = syok sendiri) (Riwayat Al Bukhari)



Apakah makna ujub ? Ujub ialah suatu perasaan yang menjadikan seseorang itu rasa hairan dengan dirinya. Rasa dirnya amat istimewa lain dari yang lain. Atau dalam istilah kasar Melayu, syok sendiri atau perasan. Akhirnya sifat ini akan menjadikan yang empunya diri terlalu membesar-besarkan diri hingga melupakan hak Allah SWT. Sifat ujub inilah juga yang menjadi sifat Azazil. Disebabkan diri Azazil yang menjadi Tok Guru kepada para Malaikat, maka Azazil merasakan dirnya sudah hebat. Maka dia engkar kepada kebenaran, walaupun dia tahu kebenaran itu adalah hakiki yang dating dari Allah SWT. Azazil sanggup menjadi Iblis laknatullah semata-mata kerana merasakan dirinya Maha Hebat dan Maha Pandai.



Maka wajib ke atas setiap muslim untuk mengabdikan diri kepada Allah menjauhi sifat ujub kerana :



Ujub menghalang taufik dan rahmat Allah. Apabila tiada taufik dan rahmat dari Allah, maka hinalah manusia dan binasalah hidupnya dunia dan akhirat.Ujub merosakkan amal soleh.



Sebab itu, dalam kitab-kitab kuning, ada disebut ; Ketahuilah olehmu, bahawasanya ujub itu ialah menganggap agung atas amal soleh, ilmu yang diperbuat oleh dirinya sendiri. Contohnya dengan mengatakan "Akulah yang paling soleh, tidak ada orang lain yang melebihi kesolehanku". Menurut perkiraan si hamba bahawa yang menjadi sebab berhasilnya kemuliaan amal soleh itu ialah dengan sebab adanya suatu perkara, bukan dengan pengantaraan Allah, atau dengan sebab manusia itu sendiri.



Imam Al Ghazali dalam Minhajul Abidin menyatakan. Walaupun ada factor-faktor lain yang boleh mencacatkan ibadah, tetapi pokok kepada factor-faktor yang lain adalah riyak dan ujub.





4. Perkara-perkara Yang Boleh Mendorong Kepada Sifat Ujub & Riyak



Sifat riyak dan ujub ini ada dalam diri setiap manusia. Dan kedatangannya bagai angin bayu tanpa kesedaran kita. Setiap kelebihan dan nikmat anugerah Allah yang ada dalam diri kita walaupun sedikit, mampu mencetus rasa riyak. Lebih-lebih lagi jika kelebihan dan nikmat yang menjadi milik kita bukan sedikit. Antara nikmat dan kelebihan yang boleh menjadi asbab ke arah sifat riyak ialah :

1.Darah keturunan
2.Jawatan pangkat kebesaran
3.Harta yang menggunung
4.Ilmu yang banyak
5.Wajah dan paras rupa yang indah dan cantik
6.Pengikut yang ramai
7.Kelebihan-kelebihan yang pada kebiasaan yang tidak terdapat pada orang lain



5. Kesan Ujub Dan Riyak Kepada Diri dan Masyarakat.



Sabda Rasulullah SAW;


Tiga perkara yang membinasakan manusia(Pertama) Kikir yang diikuti(dan Kedua) Hawa nafsu yang diikuti yakni mengikut perbuatan yang disukai oleh nafsunya(dan Ketiga) rasa ujub seorang akan dirinya.Kesan dua sifat mazmumah ini terhadap diri pemiliknya ada dua jenis kerosakan yang akan menimpa dirinya.


Pertama ialah pembuat ujub dan riyak akan menerima 2 keaiban. Kedua ialah pembuat riyak akan menerima 2 musibah.


Dua keaiban itu ialah :Keaiban secara samar iaitu diaibkan Allah di hadapan para malaikat. Amal ibadahnya tidak diterima oleh Allah SWT. Malah Allah memerintahkan para malaikat mencampakkan amal ibadah tersebut ke muka si pembuat ujub dan riyak.Keaiban di hadapan seluruh manusia di Padang Mahsyar, dari manusia pertama yang hidup dimukabumi iaitu Nabi Adam AS, hinggalah manusia yang terakhir hidup di kala Israfil meniup semboyan sangkakala. Maka tidak hairanlah ada juga berlaku manusia yang ujub dab riyak, diaibkan Allah di dunia lagi sebelum diaibkan di akhirat.





Dua musibah ialah :Syurga haram ke atasnya, kerana pembuat ujub dan riyak menanggung akibat buruk dari perlakuannya sehingga terjerumus ke dalam kekafiran sebagaimana yang berlaku kepada Azazil. Lantas tercabutlah iman dan terjerumus ke dalam neraka.Neraka tempat perhentiannya. Inilah tempat perhentian yang sewajarnya buat manusia yang ujub dan riyak.




Seandainya hati tidak dididik dengan iman, maka kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada kita akan menjadi asbab untuk seseorang manusia berlaku riyak.



Apabila seseorang berlaku ujub dan riyak, maka wujudlah jurang perbezaan antara orang yang menerima nikmat Allah dan orang yang kurang beroleh nikmat. Yang menerima nikmat akan memandang rendah kepada yang hidup dalam kekurangan. Maka jurang perbezaan dan jurang perpecahan semakin besar. Hancurlah ukhwah, justeru itu memberi ruang kepada musuh Islam untuk menakluki umat Islam.



Hakikatnya, kelebihan dan nikmat yang dianugerahkan Allah buat kita di dunia ini, bukanlah wasilah untuk kita menunjuk-nunjuk dan berlakuujub atau pun riyak, sebaliknya adalah ujian dari Allah sama ada kita mampu mensyukuri nikmat tersebut dan berkongsi kelebihan yang kita miliki bersama-sama dengan orang yang kurang bernasib baik. Agar nantinya, berputik bunga ukhwah dan kasih sayang, serta hubungan sesama manusia saling lengkap-melengkapi.



Ingin ditegaskan, sifat ujub dan riyak ini mampu menyerang sesiapa sahaja. Orang yang tidak mempunyai sebarang kelebihan juga mampu menjadi ujub dan riyak. Tetapi malang dan bodohlah dirinya kerana berlaku ujub dan riyak dalam keadaan serba kekurangan. Bak kata pepatah melayu, menjadi seorang yang bodoh sombong. Dan sifat ujub dan riyak yang paling hina ialah apabila telah nyata akan kebenaran, maka kita memalingkan diri dari kebenaran, malah kita menentang dan memusuhi kebenaran. Di kala ini, martabat kita saling tidak tumpah sifat si iblis yang dilaknati Allah. Maka memang sewajarnyalah, manusia yang bersifat ujub dan riyak ini, dijerumuskan ke lembah penghinaan di dunia dan dibakar di neraka.


Seandainya seseorang Muslim benar-benar yakin dengan akhirat dan rukun iman yang lain, pastinya mereka tidak akan celupar untuk berlaku riyak. Kerana mereka sedar hakikat kejadian manusia adalah dari setitis air mani yang hina lalu dijadikan batang tubuh jasad manusia. Dan kejadian manusia itu sendiri adalah sebagai seorang HAMBA. Tidak lebih dari itu. Maka sewajarnyalah setiap perlakuan si Hamba, adalah untuk mendapat keredhaan dari Tuhannya dan bukan untuk hidangan hamba-hamba yang lain. Maka dengan sebab itulah, untuk mengatasi sifat riyak, hendaklah seseorang itu berlaku ikhlas.


6. Ubat Riyak dan Ujub serta Cara Membersihkan Hati Daripada Riyak dan ujub Kita telah mengetahui bahawa riyak dan ujub menghapuskan amal, mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan merupakan pembinasa yang paling besar. Kalau memang begitu keadaannya, maka sudah sepatutnya kita sungguh-sungguh mengatasinya. Untuk mencabut akar umbi riyak dan ujub, maka hendaklah seseorang muslim mempunyai sifat ikhlas. Ikhlas adalah lawan kepada sifat riyak sementara tawadduk adalah lawan kepada sifat ujub. Ada beberapa peringkat untuk memperolehi sifat ikhlas dan tawadduk.


Pertama: Memotong akar atau asal-usul datangnya penyakit ini iaitu suka dipuji, terasa amat pahit sekiranya dicela dan sangat tamak untuk dimiliki apa yang dimiliki orang lain. Tiga perkara inilah yang menggerakkan seseorang bersifat riyak dan ujub. Cara mengatasinya: Kita perlu sedar bahaya riyak dan ujub dan akibat yang ditimbulkannya seperti menghalang seseorang memperoleh hati yang baik (bersih), mendapatkan taufik di dunia, tidak mendapatkan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat nanti, balasan yang akan diterima berupa seksaan kemurkaan yang dahsyat dan kehinaan yang nampak. Bagaimanapun, jika seorang hamba memikirkan kehinaan tersebut, kemudian membandingkan apa yang didapatkannya berbanding akibat yang diperoleh, ia dengan mudah akan menghilangkan keinginan tersebut. Seperti seseorang yang mengetahui bahawa madu itu lazat, tetapi sekiranya di dalamnya terdapat racun yang boleh mendatangkan keburukan, ia akan meninggalkan madu tersebut.


Kedua: Menghilangkan pelbagai (bisikan) yang datang mengganggunya ketika melakukan ibadah. Orang yang inginkan kebaikan akan memerangi penyakit di dalarn jiwanya dengan memotong punca-punca riyak dan ujub, menghilangkan rasa tamak dan menganggap hina pujian dan celaan orang. Jika terbetik dalam benaknya bahawa orang-orang sedang melihatnya, ia akan melawannya dengan mengatakan pada dirinya: Apa keperluan mu dengan orang-orang itu, sama ada mereka tahu. atau tidak keadaan dirimu, yang pasti Allah SWT mengetahui keadaan dirimu. Apa faedahnya orang mengetahui amal kita? Jika keinginan untuk mendapatkan pujian sedang bergejolak, ingatlah akan penyakit riyak dan ujub yang ada dalam hati yang akan menyebabkan seseorang mendapatkan murka Allah SWT dan kerugian yang besar di akhirat nanti.


Oleh itu, untuk memotong akar asal usul ujub dan riyak, serta untuk menghilangkan bisikan yang datang, seseorang muslim hendaklah :

1.Memperkemaskan ilmu Fadhu Ain dan beramal dengannya. Dengan itu seseorang muslim akan sedar bahwa dirinya adalah hamba Allah yang hina. Hanya Allah tempat dipersembahkan segala amalan, bukan kepada makhluk. Hanya kepada Allah seseorang mengharapkan balasan dan bukannya mengharap anugerah pemberian makhluk.
2.Apabila menerima nikmat, segeralah mengingati Allah dan ucapkan kesyukuran atas nikmat yang diperolehi. Lantas segeralah beristighfar kepada Allah kerana takut nikmat yang bakal diperolehi menjadikan kita lupa bahawa nikmat itu merupakan ujian bujat diri kita. Bersegeralah mengucapkan la haula wala quwata illa billah sebagai tanda kelemahan kita sebagai makhluk Allah.
3.Apabila menerima nikmat, segeralah juga kita bandingkan nikmat yang kita perolehi itu dengan nikmat orang lain yang lebih besar dan berharga. Agar kita sedar bahwa nikmat yang kita perolehi itu tidak seberapa dan bila-bila masa sahaja Allah mampu menariknya semula. Dengan itu kita mampu bersyukur.
4.Apabila ditimpa musibah, segeralah kita membandingkan musibah tersebut dengan musibah orang yang lebih teruk dari kita. Agar nantinya kita akan bersabar dan redha dengan ketentuan Allah atas kita.
5.Sentiasalah menggauli orang yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Kerana ianya menjadikan kita insaf akan kedudukan kita sebagai makhluk Allah yang lemah. Maka tidak hairanlah ulamak-ulamak sufi dalam mendidik murid mereka agar tidak berlaku riyak dan ujub, anak-anak murid mereka dihina oleh mereka di khalayak ramai. Ini jelas diceritakan dalam kisah Sheikh Abu Yazid Al Bustami dan Sheikh Hassan Al Basri, mereka menghina dan mengaibkan orang-orang yang ujub dan riyak yang sedar mereka berbuat kemungkaran tetapi tidak mahu tunduk dan patuh kepada kebenaran. Maka AL Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub menegaskan, harus mengaibkan orang yang ujub dan riyak di khalayak ramai sebagaimana harus seorang yang zalim diumpat, agar tindak tanduk mazmumahnya tidak diikuti oleh orang lain.
6.Bermujahadatunnafsi melalui tiga peringkat yang pernah dibincang dalam pertempuran yang lalu iaitu Takhalli, Tahalli dan Tajalli. Bertafakur. Memikir akan kebesaran Allah SWT.Semoga syarahan yang ringkas ini mampu kita jadikan panduan untuk terus menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Salah Meninggalkan Ketaatan kerana Takut Riyak dan ujub



Ada orang yang meninggalkan amal kebajikan kerana takut riyak dan ujub. Ini satu sikap yang salah, sesuai dengan keinginan syaitan untuk mengajak manusia malas (beramal) dan meninggalkan kebaikan. Jika dorongan hati untuk beramalnya adalah benar dan sesuai dengan tuntunan syariat, maka jangan meninggalkan amal kerana ada bisikan yang takutkan jika beramal kerana riyak dan ujub. Yang baiknya, seseorang itu berusaha mengatasi bisikan tersebut dan menanamkan dalam dirinya malu terhadap Allah SWT dan mengganti harapan mendapat pujian manusia dengan harapan kerana Allah SWT, Fudhail bin Iyadl berkata: "Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak dan ujub dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut. "


Hukamak juga ada berkata: "Barang siapa yang meninggalkan amal kerana takut tidak ikhlas maka ia telah meninggalkan ikhlas dan amal."



Mutiara Damansara

7 Oktober 2010

4 :57 am






BICARA CINTA 5 ..... Part 2


....SAMBUNGAN ....

Rasulullah SAW bersabda : Aku adalah gudang perbendaharaan ilmu dan Ali adalah pintunya.



10 orang Khawarij telah datang kepada Saidina Ali karamallahuwajhah dan bertanya kepadanya :

Khawarij 1 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama dari harta. Dalilnya ialah ilmu merupakan pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun, Syadad, Firaun dan seumpama mereka.

Khawarij 2 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana ilmu akan memelihara keselamatan engkau tetapi harta engkau yang memelihara dan menjaganya.

Khawarij 3 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana yang banyak harta akan ada banyak seteru sedangkan yang banyak ilmu akan ada banyak sahabat.

Khawarij 4 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana harta apabila dinafkahkan ianya berkurangan sedangkan ilmu bila nafkahkan ia bertambah.

Khawarij 5 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana pemilik harta diseru dengan panggilan bakhil dan cela sedangkan pemilik ilmu dipanggil dengan panggilan besar dan mulia.

Khawarij 6 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana harta dikhuatiri akan dicuri sedangkan ilmu tidak dikhuatiri akan dicuri.

Khawarij 7 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana pemilik harta akan dihisab di hari qiamat sedangkan pemilik ilmu akan disyafaat di hari qiamat.

Khawarij 8 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana harta akan binasa dengan peredaran amsa sedangkan ilmu tidak binasa dengan peredaran masa.

Khawarij 9 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana harta mengeraskan hati sedangkan ilmu mencerahkan hati.

Khawarij 10 : Hai Ali, ilmu atau harta yang lebih utama ?

Saidina Ali ra : Ilmu lebih utama kerana pemilik harta mudah bersifat ketuhanan sedangkan pemilik ilmu mudah bersifat kehambaan.






B. Ilmu Feqah ialah ilmu untuk seseorang Muslim mengenal hukum-hukum syarak berhubung dengan amalan dan perbuatan Mukallaf yang diambil dari sumber-sumber Al Quran dan Hadis secara terperinci serta sumber dari ijmak ulamak dan ijtihad.Melalui Ilmu Feqah maka kita tahu dalam amal perbuatan, perkataan yang mana satukah tergolong dalam salah satu dari lima hukum yang kita perjelaskan di bahagian muqaddimah yang lalu iaitu hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus.Melalui Ilmu Feqah juga kita dapat tahu dan kenal akan sah sesuatu amalan. Iaitu sama ada sesuatu amalan atau ibadah itu dilakukan dengan cukup rukun dan syaratnya seperti diperjelaskan oleh Allah di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Seandainya tidak cukup syarat dan rukun, maka amalan tersebut adalah batal.



Apa itu syarat ? Syarat ialah sesuatu hal yang terletak di luar ibadah (muamalah), tetapi wajib dipenuhi. Contohnya : Syarat wajib sembahyang ialah : Islam, Baligh, berakal (Mukallaf).



Apa itu rukun ? Rukun ialah sesuatu perkara yang wajib dipenuhi dan terletak di dalam Ibadah (Muamalah). Contohnya : Rukun sembahyang adalah niat.



Sekurang-kurang Ilmu Feqah yang wajib setiap muslim pelajari ialah sekadar Fardhu Ain. Iaitu mengetahui syarat dan rukun untuk menentukan sah dan batalnya sesuatu ibadah terutama yang melibatkan persoalan rukun Islam iaitu sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji serta melaksanakan tuntutan kalimah syahadah.



Ilmu feqah terbahagi pula kepada 4 juzuk ilmu yang lain iaitu :



1. Ibadah

2. Muamalah

3. Munakahah

4. Jenayah



Ibadah : memperjelaskan sah atau batalnya sesuatu amal ibadah kepada Allah SWT. Ianya melibatkan penyaluran ilmu dan kefahaman terhadap rukun dan syarat-syarat yang perlu ditempohi untuk mengesahkan amalan tersebut seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Dimulai dengan menyalurkan ilmu Taharah (bersuci) , Solat, Zakat, Puasa dan Haji serta sub-juzuk sub-juzuk yang terkandung dalam setiap tajuk.

Muamalah : ianya memperjelaskan akan hal ehwal yang bersangkut-paut dengan jual beli, urusniaga, transaksi dan ekonomi. Di dalamnya juga terkandung syarat dan rukun yang wajib dipatuhi oleh setiap muslim.

Munakahah : memperjelaskan hal ehwal kekeluargaan. Ia bersangkut-paut dalam menjalin hubungan sesama manusia dalam erti kata kekeluargaan. Bermula dari niat untuk berkehendak kepada pasangan hidup sehinggalah mengedarkan harta wasiat setelah seseorang Muslim kembali bertemu Allah SWT. Juga tidak terlepas untuk kita membicarakan tentang rukun dan syarat sah tatkala kita membahaskan ilmu ini.

Jenayah : memperjelaskan undang-undang hidup manusia di dunia apabila batas kemanusiaan dan kemasyarakatn dinodai. Di dalamnya juga terkandung rukun dan syarat untuk mengesahkan atau terbatalnya sesuatu perkara.


Untuk ke ink ke notes berhubung Ilmu Feqah adalah seperti berikut :


1.Rahsia Air Mutlak ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/rahsia-air-mutlak-bab-taharah-ringkas.html )
2.Taharah & Pembahagiannya ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/asas-asas-fardhu-ain.html )
3.Taharah : Hadas & Najis ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/fardhu-ain-taharah-hadas-najis.html )
4.Taharah : Istinjak ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/asas-asas-fardhu-ain-taharah-istinjak.html )
5.Taharah : Qadha Hajat ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/taharah-qada-hajat-buang-air.html )
6.Wuduk : Menyucikan Diri Dari Hadas Kecil ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/taharah-wuduk-menyucikan-diri-dari.html )
7.Tayammum ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/taharah-tayammum.html )
8.Mandi Hadas ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/taharah-mandi-hadas-menyucikan-diri.html )
9.Solat AKA Sembahyang ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/solat-aka-sembahyang-part-1.html )
10.Rukun Solat 1 ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/rukun-solat-niat-berdiri-betul.html )
11.Rukun Solat 2 ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/rukun-solat-part-2.html )
12.Amalan Sunat Dalam Solat ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/amalan-sunat-dalam-solat.html )


C. Ilmu Tasawuf ialah senjata ketiga yang diperlukan oleh seseorang Muslim untuk mempastikan kemenangan dalam pertempuran untuk menuntut ilmu. Tasawuf bermakna menyucikan. Ianya adalah bertujuan agar seseorang Muslim tahu, kenal dan dapat membezakan antara sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Ia juga bertujuan agar seseorang muslim itu tahu bagaimana menyingkirkan sifat mazmumah dari dalam diri mereka serta menunjukkan jalan bagaimana ingin mendapatkan sifat mahmudah. Setiap muslim diwajibkan mempelajari dan memahami sekurang-kurangnya 10 sifat mahmudah dan sekurang-kurangnya 10 sifat mazmumah. Agar mereka dapat berusaha menjauhi dari memiliki sifat mazmumah yang terkeji. Serta mereka berusaha untuk mendapatkan sifat mahmudah yang terpuji.




Peranan Tasawuf

1. Membersihkan hati dan jawarih (anggota) daripada dosa, kesalahan dan kesilapan.

2. Menghidupkan rasa kehambaan.

3. Menanamkan rasa keikhlasan.

4. Menghidupkan rasa bertuhan.



Menghidupkan rasa kehambaan

Ilmu tasawuf dapat menghidupkan rasa kehambaan. Untuk kita terasa hamba. Menghidupkan rasa takut pada Allah yang mesti ada di mana-mana. Rasa malu mesti dihidupkan kerana Allah melihat, Allah memerhati. Menghidupkan rasa hina diri di hadapan Tuhan. Rasa kehambaan ini bila dihidupkan, mazmumah akan hilang dengan sendiri. Orang yang terlalu sombong, ego, ujub itu adalah disebabkan tidak ada rasa kehambaan.



Menghidupkan rasa bertuhan

Hati sentiasa sedar Allah melihat, mengetahui dan Allah sentiasa ada bersama kita. Inilah kunci kita tidak melakukan dosa.



Contohnya dalam majlis raja, kita tidak akan buat salah sekalipun menguap. Kita amat jaga tingkah laku kerana kita sedar raja yang berkuasa sedang melihat kita. Maka di hadapan Raja segala raja sepatutnya lebih-lebih lagilah kita malu hendak buat dosa. Rasa bertuhan mesti bertapak di hati, barulah rasa kehambaan itu diperolehi.



Ilmu tasawuf adalah ilmu tentang rohaniah. Ilmu rohaniah ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia). Al Quran menganjurkan ilmu ini yaitu:



Maksudnya: “Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya.” (Asy Syam: 9 - 10)



Ilmu tasawuf adalah salah satu ilmu dasar dalam Islam, selain dari Aqidah dan Syariat.


Ilmu tasawuf/rohani adalah ilmu yang mempelajari perilaku tabiat roh atau hati baik yang baik (mahmudahnya ) maupun buruk (mazmumah). Bukan untuk mengetahui hakikat zat roh itu sendiri. Hakikat roh itu sendiri tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala atau tidak akan dapat dibahaskan. Tetapi apa yang hendak dibahaskan adalah sifat-sifatnya sahaja supaya kita dapat mengenal sifat-sifat roh atau hati kita yang semula jadi itu. Mana-mana yang mahmudahnya (positif) hendak dipersuburkan dan dipertajamkan. Kita pertahankannya kerana itu adalah diperintah oleh syariat, diperintah oleh Allah dan Rasul dan digemari oleh manusia. Mana-mana yang mazmumahnya (negatif) hendaklah ditumpaskan kerana sifat-sifat negatif itu dimurkai oleh Allah dan Rasul serta juga dibenci oleh manusia.

Link ke notes berhubung Ilmu Tasawuf

1. Rahsia Mendidik Hati ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/04/rahsia-mendidik-hati.html )

2. Pengertian Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 1 ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/05/pengertian-syariat-tarikat-hakikat_20.html )

3. Pengertian Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 2 ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/05/pengertian-syariat-tarikat-hakikat_9978.html )

4. Pengertian Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat Part 3 ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/05/pengertian-syariat-tarikat-hakikat_118.html )

5. Rahsia Nafsu ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/rahsia-nafsu.html )

6. Berjiwa Besar Dan Bercita-cita Besar ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/10/berjiwa-besar-bercita-cita-besar.html )

7. Raja Bersifat Hamba ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/10/raja-bersifat-hamba_30.html )

8. Rahsia Aku Adalah Seorang Hamba ( http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/rahsia-aku-adalah-seorang-hamba.html )

Friday, November 5, 2010

Bicara Cinta 5 ..... Part 1


MENCINTAI ILMU


Aku awali bicara ku dengan seruan :


Wahai orang yang ingin selamat dan hendak beribadah !!! Semoga ALLAH melimpahkan taufik NYA kepada kita. Pertama-tamanya, kamu haruslah mencari ilmu, kerana ilmu adalah pangkal dari segala ibadah.





ALLAH-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah ALLAH berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya ALLAH, ilmu-NYA benar-benar meliputi segala sesuatu.( At Thalaq : 12 )


Betapa jelas dan nyata kemuliaan dan kepentingan ilmu dari ayat di atas, terutama ilmu tauhid.


Dan AKU tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada KU. (Adz Dzariyat : 56 )


Betapa jelas dan nyata juga akan kemuliaan ibadah di sisi ALLAH.


Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu dibandingkan dengan ahli ibadah itu bagaikan keutamaan diri ku dibandingkan dengan orang yang paling rendah di antara umat ku.


Sabda Rasulullah SAW : Sekali memandang wajah orang yang berilmu, lebih aku sukai dari beribadah puasa selama setahun dan solat malam selama setahun.


Sabda Rasulullah SAW : Ilmu itu berada di depan amal, sedangkan amal harus mengikuti ilmu.


Manusia wajib memiliki ilmu dan beribadah, dan ilmu lebih utama kerana ilmu adalah asal dan petunjuk dalam melakukan ibadah. Taat tidak akan tercapai dan selamat tanpa ilmu, maka sebelum beribadah hendaklah mendahulukan dengan menuntut ilmu. Orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya dan beribadah, ilmunya agaikan debu-debu yang bertaburan. Orang yang beribadah tetapi tidak berdasarkan ilmu, ibadahnya tertolak dan tidak diterima.


Ilmu dan ibadah bagaikan lagu dan irama, kerana kedua-duanya menyerlahkan keindahan dan keasyikan. Lagu dan irama menyerlahkan keindahan dan keasyikan cinta nafsu dunia. Sedangkan Ilmu dan ibadah menyerlahkan keindahan dan keasyikan cinta seorang hamba kepada Sang Pencipta, iaitu ALLAH Yang Maha Agung Lagi Maha Kaya.

Sabda Rasulullah SAW : Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim.


Apakah ilmu yang wajib dipelajari dan apakah batasan ilmu yang wajib dihasilkan darinya ?


Ilmu yang menjadi wajib ain (Fardhu Ain) ada tiga iaitu :


Ilmu Tauhid

Ilmu Feqah

Ilmu Tasauf


A. Ilmu Tauhid :


Ilmu yang paling pertama dan utama dalam agama adalah ilmu tauhid. Tauhid ertinya mengesakan Tuhan serta mengiktiqadkan dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang menciptakan alam ini beserta dengan bukti-bukti yang jelas. Jadi ilmu Tauhid ialah ilmu untuk mengenal Allah dengan sifat-sifat Nya yang wajib, mustahil dan harus. Begiru juga ilmu Tauhid ilmu yang mengenalkan kita dengan Rasul dan Nabi melalui sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan harus.

Ilmu Tauhid juga merupakan ilmu yang membahaskan rukun-rukun iman yang enam, yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam. Antara kepentingan ilmu Tauhid ialah :

a. Memperbetulkan keyakinan terhadap Zat Pencipta.

b. Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari Allah SWT

c. Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari Allah SWT

d. Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.


Setiap orang wajib mempelajari ilmu tahuhid dan aqidah agar mengetahui Tuhan yang dia sembah, mengetahui nama-nama-Nya, sifat-sifat- Nya dan perbuatan-Nya, mengetahui tentang hukum-hukum kauniyah-Nya (ketentuan-Nya tehadap alam) dan hukum-hukum syari'ah-Nya, mengetahui kebijakan-Nya dan rahasia syari'ah dan ciptaan-Nya, sehingga dia tidak tersesat dan menyesatkan orang lain.Ilmu ini membicarakan secara mendalam akan persoalan rukun iman yang enam. Iaitu :


1. Beriman Kepada Allah : Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.


2. Beriman Kepada Malaikat-Malaikat : Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah


3. Beriman Kepada Rasul-Rasul : Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.


4. Beriman Kepada Kitab-Kitab : Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran


5. Beriman Kepada Hari Kiamat : Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.


6. Beriman Kepada Qada' dan Qadar : Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.


Ilmu Tauhid yang dituntut untuk dipelajari adalah sekadar untuk mengesahkan iktiqad seseorang Muslim. Oleh itu seorang muslim dituntut untuk mengenal Allah dan Rasul-Nya.


Untuk mengenal Allah yang Maha Esa lagi Maha Kaya adalah melalui sifat Nya, nama Nya dan penciptaan Nya. Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Allah dari segala sifat kecelaan. Maka wajiblah seseorang muslim mempelajari, memahami, meyakini dan mengamalkan sekurang-kurangnya 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil bagi Allah dan satu sifat yang harus bagi Allah beserta hujjah/dalil naqli dan hujjah/dalil aqli walaupun secara ijmali.


Begitu juga seorang muslim dituntut untuk mempelajari 4 sifat yang wajib bagi Rasul & Nabi, 4 sifat yang mustahil bagi Rasul dan Nabi, serta satu sifat yang harus bagi Rasul & Nabi beserta hujjah/dalil naqli dan hujjah/dalil aqli walaupun secara ijmali. Kesemua sifat-sifat yang disebut tadi wajiblah dipelajari, difahami, diyakini beserta dalil-dalilnya walaupun secara ijmal (ringkas). Kesemua sifat-sifat yang disebut tadi merupakan senjata-senjata ampuh buat setiap pejuang yang ingin bertempur di medan perjuangan menimba ilmu.Barangsiapa yang tidak mempelajari ilmu Tauhid, atau mengenal Allah dan Rasul secara tafsili ( detail ) atau ijmali ( ringkas), iqtiqadnya tidak sah dan amalannya tertolak.


Ringkasan Akidah Ahlusunnah Wal Jamaah


Perkara-perkara yang wajib diyakini berkaitan dengan Iman dikenal sebagai Rukun Iman, yang meliputi:


1.Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifatNya baik sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat

yang mustahil dan juga sifat-sifat yang boleh.

2.Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya.

3.Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh Allah seperti Al Quran, Zabur, Injil dan Taurat.

4.Keyakinan kepada para malaikat.

5.Yakin kepada akhirat yang meliputi Syurga dan Neraka serta perkara-perkara lain yang merangkumi perkara di alam ghaib.

6.Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.



Huraian tentang iman dalam Ahlusunnah Wal Jamaah telah disusun oleh Imam Abu Hasan Al-Asyari.


Keyakinan Dengan Allah


Huraian tentang ketuhanan ini telah disusun oleh Imam Abu Hasan Al-Asyari dan dikenal sebagai "Tauhid Sifat 20". Dari sifat-sifat Allah yang sempurna dan tak berhingga itu yang wajib diketahui secara terperinci oleh setiap orang Islam yang sudah baligh dan berakal adalah :



20 sifat yang wajib bagi Allah

20 sifat yang mustahil bagi Allah

1 sifat yang harus (boleh ada-boleh tidak) bagi Allah



Adapun sifat yang 20 yang mesti ada dan yang 20 mustahil bagi Allah itu adalah :



1.Wujud : Tuhan itu ada, mustahil Tuhan tidak ada.

2.Qidam : Tuhan tidak berpermulaan ada-Nya. Mustahil Ia berpermulaan ada-Nya.

3.Baqa : Tuhan kekal selama-lamanya, mustahil Ia akan lenyap (habis)

4.Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi : Tuhan berlainan dengan sekalian makhluk, mustahil Ia serupa dengan makhluk yang Ia ciptakan.

5.Qiyamuhu Binafsihi : Tuhan berdiri sendiri dan tidak memerlukan pertolongan orang lain, mustahil memerlukan pertolongan orang lain.

6.Wahdaniah : Tuhan Allah Maha Esa, mustahil Ia banyak (berbilang).

7.Qudrat : Tuhan berkuasa, mustahil Ia lemah (dhaif)

8.Iradah : Allah menetapkan sesuatu menurut kehendak-Nya dan mustahil Ia dipaksa oleh kekuatan lain untuk melakukan sesuatu

9.Ilmu : Allah tahu seluruhnya, tahu yang telah dijadikan-Nya dan tahu yang akan dijadikan-Nya, mustahil Ia tidak tahu.

10.Hayat : ALlah hidup, mustahil ia mati.

11.Sama' : Allah mempunyai sifat sama, iaitu mendengar, mustahil Ia tuli.

12.Basyar : Allah melihat, mustahil Ia buta

13.Kalam : Allah berkata, mustahil Ia bisu.

14.Kaunuhu Qadiran : Allah tetap selalu dalam keadaan berkuasa, mustahil Ia dalam keadaan lemah.

15.Kaunuhu Muridan : Allah tetap selalu dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan tidak menghendaki

16.Kaunuhu 'Aliman : Allah tetap selalu dalam keadaan tahu, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui

17.Kaunuhu Hayyan : Allah tetap sealu keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.

18.Kaunuhu Sami'an : Allah tetap dalam keadaan mendengar, mustahil Ia dalam keadaan tuli.

19.Kaunuhu Basyiran : Allah dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.

20.Kaunuhu Mutakalliman : Allah tetap dalam keadaan berkata, mustahil Ia bisu.



Sifat yang harus bagi Allah adalah boleh membuat dan boleh pula tidak memperbuat sekalian pekerjaan. Tidak wajib bagi Allah untuk menjadikan segala makhluk, dan tidak wajib pula untuk mentiadakan segala makhluk.



Keyakinan Dengan Para Rasul

Nabi dan rasul jumlahnya banyak sekali sampai 124,000 orang, dan rasul-rasul itu ada 313 atau 315 orang. Nabi yang pertama sekaligus merupakan manusia yang pertama yang Allah utus ke muka bumi adalah Nabi Adam. Nabi penutup, penghulu sekalian nabi dan para rasul adalah Baginda Rasulullah Muhammad SAW. Sesudah Baginda, tidak ada lagi nabi dan rasul. Baginda adalah rasul bungsu untuk ummat akhir zaman. Nabi-nabi dan rasul-rasul yang wajib diketahui adalah 25 orang, yaitu seperti yang tersebut di dalam Al Quran sebagai berikut:



1.Nabi Adam Alaihissalam

2.Nabi Idris Alaihissalam

3.Nabi Nuh Alaihissalam

4.Nabi Hud Alaihissalam

5.Nabi Shaleh Alaihissalam

6.Nabi Ibrahim Alaihissalam

7.Nabi Luth Alaihissalam

8.Nabi Ismail Alaihissalam

9.Nabi Ishaq Alaihissalam

10.Nabi Yaqub Alaihissalam

11.Nabi Yusuf Alaihissalam

12.Nabi Ayub Alaihissalam

13.Nabi Syuaib Alaihissalam

14.Nabi Musa Alaihissalam

15.Nabi Harun Alaihissalam

16.Nabi Zulkifli Alaihissalam

17.Nabi Daud Alaihissalam

18.Nabi Sulaiman Alaihissalam

19.Nabi Ilyas Alaihissalam

20.Nabi Ilyasa Alaihissalam

21.Nabi Yunus Alaihissalam

22.Nabi Zakaria Alaihissalam

23.Nabi Yahya Alaihissalam

24.Nabi Isa Alaihissalam

25.Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam.



Diantara mereka dipililih 5 rasul Ulul Azmi, karena kesabaran mereka yang luar biasa yaitu:



1.Rasulullah Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

2.Rasulullah Ibarahim Alaihissalam

3.Rasulullah Musa Alaihissalam

4.Rasulullah Isa Alaihissalam

5.Rasulullah Nuh Alaihissalam


Rasul-rasul itu adalah manusia pilihan Tuhan. Mereka manusia seperti kita yang menerima wahyu dari Tuhan dan memiliki sifat-sifat kerasulan. Ini yang membedakan para rasul dengan manusia biasa. Mereka memiliki sifat-sifat yang wajib bagi mereka yang wajib kita ketahui dan kita yakini. Selain itu ada sifat-sifat yang mustahil bagi mereka dan ada satu sifat yang harus (jaiz).



Sifat-sifat yang wajib bagi para rasul adalah sebagai berikut:



1.Siddiq (benar), mustahil pendusta.

2.Amanah (dipercaya), mustahil khianat.

3.Tabligh (menyampaikan), mustahil menyembunyikan

4.Fathanah (bijak) mustahil dungu.



Kitab-kitab Suci

Kitab suci yang wajib diketahui dan diyakini ada 4, yaitu:


1.Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa Alaihissalam.

2.Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud Alaihissalam.

3.Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa Alaihissalam

4.Kitab Al Quran yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw.


Semua kitab suci itu dari Tuhan dan isinya semuanya benar, tidak boleh ada sedikitpun keraguan terhadapnya. Hanya kitab Taurat dan Injil yang ada ditangan penganut-penganutnya sekarang ini yang tidak lagi menurut yang aslinya, sudah banyak diubah oleh pendeta-pendetanya dulu, sehingga tidak dapat lagi dipercaya isinya, demikian keyakinan ummat Islam.


ALLAH menerangkan hal ini di dalam Al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud:


Sebahagian orang-orang Yahudi mengubah-ubah kitab sucinya dari keadaan yang asli. (Annisa : 46).


Mengenal Malaikat

Wajib bagi setiap mukallaf mengenal malaikat-malaikat Allah secara tepat, mengenal nama-namanya yang wajib diketahui, mengenal sifat-sifatnya serta mengenal tugas-tugasnya. Pengenalan kita mesti dilandasi dengan ilmu yang memadai, dihayati, hingga terasa di hati kita betapa Maha Kuasa Allah serta betapa maha sempurna dan maha hebat pemerintahan Tuhan terhadap manusia dan alam semesta ciptaanNya.


Malaikat adalah makhluk halus, tidak berwujud fizikal seperti manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda fizikal. Dijadikan dari nur atau cahaya. Hakikat jasadnya, Tuhan Maha Tahu. Dengan izin Tuhan mereka dapat merupakan dirinya seperti manusia dan lain-lain.


Malaikat tidak berjenis kelamin, tidak makan dan minum seperti kita, tidak tidur, tidak pernah istirahat dari melaksanakan tugas-tugasnya, melainkan senantiasa taat setia kepada Allah, tidak pernah berbuat dosa dan kesalahan walaupun sekecil-kecilnya.


Malaikat-malaikat yang wajib kita kenali ada 10, mereka itu adalah sebagai berikut:


1.Malaikat Jibril , tugasnya adalah menyampaikan wahyu kepada nabi-nabi dan para rasul. Terutama kepada Baginda Rasulullah SAW. Kadang-kadang Malaikat Jibril itu datang menyerupai laki-laki yang gagah dan tampan dan ada kalanya para sahabat pun mendengar dan menyaksikan ia berdialog dengan Baginda SAW.

2.Malaikat Mikail , tugasnya dalam soal kesejahteraan manusia seperti mengantar hujan, mengantar angin, soal kesuburan tanah dan kesuburan-kesuburan lainnya.

3.Malaikat Israfil , tugasnya dalam soal-soal yang berhubung kait dengan qiamat, seperti meniup sangkakala tanda qiamat, meniup sangkakala tanda manusia dibangkitkan di padang mahsyar dan lain-lain.

4.Malaikat Izrail , tugasnya adalah mencabut nyawa dan membawa nyawa itu kemana mestinya.


5.Malaikat Munkar tugasnya adalah menyoal manusia yang sudah mati di alam kubur. Datang dengan wajah yang seram dan menakutkan bagi orang-orang yang mati membawa dosa dan hati yang tidak selamat. Dan sebaliknya wajah yang mereka tampilkan akan sangat indah dan menyejukkan pada mereka yang matinya husnul khatimah.

6.Nakir , tugasnya adalah menyoal manusia yang sudah mati di alam kubur. Datang dengan wajah yang seram dan menakutkan bagi orang-orang yang mati membawa dosa dan hati yang tidak selamat. Dan sebaliknya wajah yang mereka tampilkan akan sangat indah dan menyejukkan pada mereka yang matinya husnul khatimah

7.Malaikat Rakib , tugasnya adalah menuliskan amalan baik manusia.


8.Malaikat Atid , tugasnya adalah mencatat amalan jahat manusia. Kedua-dua malaikat rakib atid itu sentiasa mengiringi manusia dimana saja mereka berada dan kemana sana mereka pergi. Malaikat rakib atid itu merupakan sekelompok malaikat yang jumlahnya sebanding dengan jumlah manusia sepanjang zaman.

9.Malaikat Malik , tugasnya adalah menjaga Neraka dengan penampilan yang sangat menakutkan dan mengerikan bagi para penghuni Neraka.


10.Malaikat Ridwan , tugasnya adalah menjaga Syurga dengan penampilan yang sangat menyenangkan para penghuni Syurga.


Mengenal Akhirat

Berkaitan dengan hari Akhirat, ada beberapa perkara yang wajib kita ketahui dan yakin, sebagai berikut:

1.Tentang Kematian : Setiap makhluk yang bernyawa pasti mati (Ali Imran : 185). Umur manusia sudah ada jangka waktunya yang telah Allah tetapkan. Apabila waktu yang sudah ditetapkan (ajal) bagi seseorang itu tiba maka pasti ia mati. Tidak ada seorangpun yang dapat melambatkan atau menyegerakan. Setiap manusia pasti mati sesuai dengan ajal yang telah Allah tetapkan.

2.Alam Barzah : Diantara alam dunia dengan akhirat, adalah satu alam yang disebut alam barzah atau alam kubur. Ia adalah satu alam yang memisahkan antara alam dunia dengan alam akhirat. Di sini manusia yang sudah mati diberi ruh kembali, sehingga sadar dengan segala peristiwa yang berlaku di dalamnya.

3.Yaumul Baats : Setelah hari akhirat tiba, ketika tidak ada lagi seorang manusia pun yang hidup, maka waktu itu manusia dibangkitkan kembali (Alhaj : 6-7), kemudian dikumpulkan di padang mahsyar.

4.Yaumul Hisab : Setelah itu ditimbang amal bakti manusia yang baik dan yang buruknya. Hari itu disebut hari hisab (yaumul hisab).

5.Titian Siratul Mustaqim : Setiap manusia akan melalui titian siratul mustaqim yang dibentangkan di atas Neraka, kecuali segolongan orang-orang betaqwa yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.

6.Menerima Catatan Amal Baik dan Buruk : Orang-orang soleh, setelah ditimbang amalnya, mereka menerima buku catatan amal dari sebelah kanan, diberi gelar ashabul yamin, kemudian dimasukkan ke dalam Syurga. Adapun orang-orang yang berdosa, yang timbangan amal jahatnya lebih berat daripada amal baiknya, mereka menerima kitab catatan amal dari sebelah kiri, diberi gelar ashabussyimal, kemudian dimasukkan ke dalam Neraka.

7.Tentang Neraka : Orang-orang mukmin yang berdosa, yang menerima catatan amal dari sebelah kiri, dimasukkan ke dalam Neraka, setelah itu diangkat, kemudian dimasukkan ke Syurga. Tetapi orang-orang kafir dan munafik, yang matinya tidak membawa iman, mereka kekal di dalam Neraka selama-lamanya.

8.Tentang Syurga: Orang-orang bertakwa, tempat peristirahatannya di sana adalah Syurga, sesuatu yang terlalu hebat tiada tandingnya. Masya Allah, patah lidah untuk mengungkapnya. Tiada bahasa yang dapat menggambarkannya.Tiada mampu mata pena untuk menuliskannya.

Bagi orang bertaqwa, hadiahnya bidadari-bidadari yang cantik jelita. Bukan seorang tapi berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus orang. Nikmatnya tiada tolok ukurnya di dunia. Selain itu semua, orang-orang bertaqwa, dengan rahmat dan kasih sayang Allah mereka dapat melihat Tuhan (Al Qiyamah : 23).


Inilah nikmat yang maha besar dan tiada bandingnya di akhirat sana. Bukan Allah ada di sana, tapi waktu itu kita dapat merasakan indah dan nikmatnya pertemuan agung itu. Maha Besar dan Maha Suci Allah dari menyerupai makhluk.


Qadha & Qadar

Qadha ialah perlaksanaan atas ketentuan ketentuan atau hukum yang telah Allah tetapkan sejak azali bagi setiap mahkluk atau sesuatu perkara, seperti sakit, sihat, miskin, kaya dan lain-lain. Segala kejadian mulai dari yang sekecil-kecilnya sampai yang sebesar-besarnya sudah Allah tetapkan sejak azali. Adapun qadar adalah rincian dan batasan-batasan ketentuan yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi.


Contoh-contoh Yang Boleh Kita Lihat Di Zaman Ini Akibat Tidak Mempelajari Ilmu Tauhid


1. Akibat tidak mempelajari ilmu Tauhid, di zaman kita ini ada pihak yang boleh menggambarkan ALLAH itu tidak tahu sehingga mewahyukan sesuatu yang tidak akan terjadi kepada Rasulullah SAW. Contohnya suatu ketika dulu sebuah kumpulan mendakwa Rasulullah SAW menjanjkan jawatan Perdana Menteri kepada guru mereka dalam tempoh 3 bulan. Kini gurunya sudah pun meninggal dunia dan tidak menjadi Perdana Menteri. Seolah-olah ALLAH itu bodoh kerana mewahyukan kepada Rasulullah SAW sesuatu yang tidak berlaku. Menafikan sifat Ilmu bagi ALLAH.

2. Akibat tidak mempelajari ilmu Tauhid, di zaman kita ini ada pihak yang menggambarkan Rasulullah SAW seorang pendusta dan khianat. Contohnya ada sebuah kumpulan di yang mendakwa Rasulullah SAW berjanji kepada Guru mereka, Dr Mahathir akan serahkan jawatan Perdana Menteri kepada Guru mereka. Ternyata Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi. Mustahil Rasulullah SAW bersifat dusta.

3. Akibat tidak mempelajari ilmu Tauhid, di zaman kita ini ada pihak yang mendakwa Guru mereka boleh halang Izrail dari mencabut nyawa. Guru mereka boleh memindahkan ajal seseorang kepada orang lain. Guru mereka boleh marah dan bernegotiasi dengan malaikat Munkar dan nakir di dalam kubur. Inilah akibat tidak belajar ilmu Tauhid, tugas malaikat yang HANYA taat kepada ALLAH dikatakan juga boleh taat kepada guru mereka.Tidak yakin dan tidak peraya dengan malaikat.

4. Akibat tidak mempelajari ilmu Tauhid, maka Al Quran tidak dijadikan sumber hukum. Sebaliknya sajak dan puisi Guru mereka yang dijadikan dalil dalam beramal. Ini kerana tidak yakin dan tidak beriman dengan kitab-kitab ALLAH.

5. Akibat tidak mempelajari ilmu Tauhid, ada pihak yang mengatakan guru mereka yang mati akan hidup semula. Kemudian timbul pula berita, roh guru yang sudah mati masuk ke dalam jasad isterinya. Ajaran Buddha di campur adukkan dengan ajaran Islam semata-mata kerana tidak mempelajari ilmu tauhid dan tidak yakin dengan hari kiamat.

Semoga kita mengambil iktibar dan memperlengkapkan diri kita dengan ilmu fardhu ain khususnya ilmu tauhid agar kita tidak sesat lagi menyesatkan.


To Be Continue .......


Mutiara Damansara
5 October 2010
4.52am