Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Friday, October 29, 2010

Bicara Cinta 3


MENCINTAI ALLAH YANG MAHA PENGASIH

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Imran :31)



Sabda Rasulullah SAW : Di antara doa Nabi Daud AS ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah SAW mengingat Nabi Daud AS beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412

Sabda Rasulullah SAW : Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhari 5580)

Cinta kepada ALLAH tidak menjanjikan kekecewaan dan kesengsaraan. Sebaliknya cinta kepada ALLAH membawa kepada ketenangan dan kedamaian, kerana cinta mu pastikan berbalas. Di balas oleh Sang Pencipta Cinta iaitu ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. Dengan cinta-NYA kepada diri mu, maka cinta mu berbalas dengan nikmat dan pengampunan oleh NYA.

Dan ingatlah, bahawa cinta hakiki hanya tercapai setelah cinta ALLAH bertakhta di hati. Tatkala, cinta ALLAH bertakhta di hati, hilanglah kecintaan kepada dunia dan nafsu. Maka tidak hairanlah Zulaikha mengabaikan Yusof yang segak dan tampan kerana hatinya telah meraih cinta ILAHI. Tidak hairan juga mengapa Handzalah bin Abu Umair meninggalkan Jamilah binti Abdullah bin Ubai di ranjang kamar semata-mata memburu syahid agar tertunai cintanya kepada ALLAH Yang Maha Indah. Tidak hairan juga mengapa Saidina Abu Bakar As Siddiq ra mengorbankan seluruh hartanya demi perjuangan Islam sebagai mahar cintanya kepada ALLAH Yang Maha Kaya.

Demi cinta, segala-galanya dikorbankan agar apa yang dingini dan disenangi Yang Di Cinta terlaksana oleh yang mencintai.

Cinta seorang hamba kepada Raja adalah berbentuk kesetiaan dan ketaatan. Sejauh mana cinta dan kasih seorang hamba kepada Rajanya, maka di situ juga imbuhan yang bakal di terima seorang hamba daripada Raja sebagai membalas jasa-jasanya

Maka kecintaan seorang makhluk kepada Al Khaliq, lebih tulus dan mulus kerana kecintaan seorang hamba ALLAH kepada ALLAH menuntut, ketaatan dan kesetiaannya dibenarkan oleh hati, dilafazkan dengan lisan dan dizahirkan dengan amal perbuatan. Hati membenarkan dengan iman. Lisan melafazkan kata-kata yang mendapat keredhaan ALLAH dan amal peruatan dizahirkan dengan melaksanakan segala titah perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH. Inilah bukti kecintaan seorang hamba kepada ALLAH. Itulah penjabaran cinta, di dasarkan kepada ketaatan dan kepatuhan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Buktikanlah kecintaan mu kepada ALLAH Yang Maha Pencinta dengan melaksanakan segala suruhan-NYA sama ada yang wajib dan sunat. Perkara yang sunat walau pun tampak remeh, tetapi di situ letaknya perhatian dan kasih sayang ALLAH Yang Maha Agung. Buktikanlah kecintaan mu kepada ALLAH Yang Maha Kuasa dengan meninggalkan segala larangan-NYA sama ada yang haram mahu pun yang makruh. Perkara makruh walau tidak mengundang dosa, tetapi di situ titik tolak lahirnya kebencian ALLAH Yang Maha Suci. Lantas berkorbanlah segala jiwa dan raga mu demi mencintai ALLAH. Tunaikanlah haq-haq beragama dalam menegakkan hablumminallah dan hablumminannas sebagai tanda engkau mencintai-NYA.

Sahl Ibnu Abdullah, seorang sufi besar berkata : Di antara tanda-tanda cinta kepada ALLAH ialah cinta kepada Al Quran. Tanda cinta kepada ALLAH dan cinta kepada Al Quran ialah cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Tanda cinta keapda Nabi Muhammad SAW ialah mencintai sunnah baginda. Tanda cinta kepada sunnah ialah mencintai akhirat. Tanda mencintai akhirat ialah membenci dunia. Tanda membenci dunia ialah tidak mengambil bahagian dunia sedikit pun kecuali untuk keperluan hidup dan saraan untuk mencapai akhirat.

Al Quran adalah warkah cinta dari KEKASIH buat kekasih. Melihatnya adalah sumber hidayah. Membacanya mendamaikan jiwa. Menghayatinya mengobarkan semarak cinta. Mengamalkan isi kandungannya adalah keselamatan dunia dan akhirat. Justeru itu perbanyakkanlah membaca, menghayati maknanya serta mengamalkan kandungan Al Quran agar usaha mu meraih cinta ALLAH di permudahkan. Dan kemuncak dalam mencintai ALLAH ialah memperjuangkan isi kandungan AL Quran ke tengah masyarakat agar masyarakat terdidik dan beroleh cinta ALLAH. Kerana cinta ALLAh tak mungkin habis dan cinta ALLAH bukan milik kita seorang. Sejauh mananya cinta ALLAh di hati, segigih itulah kita memperjuangkan warkah cinta ALLAH ke tengah masyarakat, agar masyarakat terdidik dengan titah perintah ALLAH. Tatkala cinta ALLAH bertakhta di hati masyarakat, di situlah nikmat dan pengampunan ALLAH datang bertamu. Maka wujudlah negeri yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.

Wahai diri,

Ingatlah ......

Dalam mencari cinta ... perlu berjuang ..... dan perjuangan menagih pengorbanan .... pastinya akan ada yang terkorban.

Wahai diri,

Sudahkah engkau bersedia mengorbankan nafsu dan dunia mu demi meraih cinta ALLAH ?

Pastinya hati dan nafsu mu tersiksa kerana kelazatan nafsu akan terhapus .... walau tampak perit dan menderita .... kerana nafsu dan dunia itu hanya nikmat fatamorgana yang sementara kerana disebaliknya hanya menjanjikan kekecewaan yang menyiksa ... sedangkan andainya nafsu dan dunia dikorbankan .... deritanya di dunia hanya sementara tetapi nikmat kemanisan berkekalan di syurga .....

Ayuh kita tanya diri kita, apakah aku mencintai ALLAH ? Andainya jawapan mu YA, mengapa engkau masih bermaksiat kepada ALLAH ? ...



Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta mu sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban

Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta ALLAH

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana ILAHI
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh



Madrasah Darus Syifa
30 Oktober 2010
4.45am


Bicara Cinta 2


CINTA DUNIA
Rasulullah SAW bersama para sahabat pernah melewati bangkai seekor kambing lalu berkata ;

Rasulullah SAW : Kamu lihat bangkai kambing ini tidak berharga pada pemiliknya.

Para Sahabat : Orang yang melihatnya tidak berharga pasti akan membuangnya.

Rasulullah SAW : Demi zat yang diri ku berada di dalam kekuasaan-NYA, bagi ALLAH dunia ini jauh lebih hina dari bangkai kambing di mata pemiliknya. Seandainya nilai dunia ini sama dengan sebelah sayap nyamuk bagi ALLAH, nescaya orang-orang kafir tidak beroleh kesempatan untuk meminum seteguk air pun.



Hati ku berbisik .... malangnya walau dunia ini lebih hina dari bangkai, tapi terlalu ramai yang memburunya dan mencintainya. Cinta dunia bagaikan mencintai bangkai yang busuk dan hina ......

Tegas Rasulullah SAW : Cinta dunia menjadi muqaddimah kepada segala kejahatan.

Rasulullah SAW juga pernah berpesan : Akan datang kelak selepas kewafatan ku, dunia akan memusnahkan keimanan kamu seperti api membakar kayu.

Menurut Rasulullah SAW, dunia ini adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir. Dunia adalah tempat yang sementara bagi orang mukmin. Akhirat tempat yang kekal abadi. Dunia tempat melabur dan bercucuk tanam, hasilnya akan dituai di akhirat. Alangkah hairan sekali, meeka yang meyakini adanya tempat tinggal yang kekal abadi bersama lilitan nikmat yang hakiki, masih tertarik mencari tempat tingal yang sering menipu manusia iaitu dunia.

Nabi Isa AS berkata : Janganlah kamu menjadikan dunia sebagai tuhan, Akibatnya kamu akan diperhambakan. Simpanlah harta simpanan mu di sisi Zat yang tidak mensia-siakan. Kerana pemilik simpanan harta dunia diliputi ketakutan akan kebinasaannya. Orang-orang yang memiliki simpanan kekayaan di sisi ALLAH tidak diliputi ketakutan oleh datangnya bencana.

Nabi Sulaiman bin Daud AS adalah seorang nabi yang ALLAH berikan kekuasaan dan kekayaan dunia. Kerajaannya meliputi langit dan bumi, lautan dan daratan, manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan jin. Namun Nabi Sulaiman AS berkata dengan rasa tawadduk dan bersama linangan air mata kepada perhimpunan rakyat-rakyatnya : Membaca tasbih sekali di dalam catatan orang yang beriman adalah jauh lebih baik berbanding kekuasaan yang diberikan kepada putera Daud AS. Sebab kekuasaan yang diberikan kepada putera Daud AS akan mengalami masa akhir, tetapi tasbih akan tetap kekal abadi.

Suatu hari Nabi Musa AS terlihat seorang lelaki yang menagis tanpa henti-henti Lantas Nabi Musa As bertanya kepada ALLAH : Tuhan ku, apakah lelaki itu menangis tanpa henti-henti kerana takut kepad MU ? ALLAH menjawab : Hai putera Imran, seandainya otak lelaki tersebut cair dan meleleh keluar melalui matanya dan ia mengangkat tinggi kedua-dua belah tangannya sehingga jatuh kembali, nescaya AKU tidak akan mengampuninya. Orang itu terlalu mencintai dunia.

Saidina Ali karamallahu wajhah berkata : Barangsiapa memiliki enam perkara yang mengisi jiwanya, maka tidak akan dijauhkan syurga darinya dan tidak akan didekatkan neraka dengannya. Enam perkara itu adalah :

1. Barangsiapa mengenal ALLAH lalu mentaati NYA.

2. Barangsiapa mengenal syaitan lalu menentangnya.

3. Barangsiapa mengetahui kebenaran lalu mengikutinya.

4. Barangsiapa mengerti kebathilan lalu menghindarinya.

5. Barangsiapa mengenal dunia lalu meninggalkannya.

6. Barangsiapa mengenal akhirat lalu bersiap untuk kembali kepadanya.


Sewaktu Saidina Ali karamallahu wajhah menjadi khalifah, beliau pernah di tanya " Wahai amirul mukminin. Terangkan kami mengenai dunia ? Saidina Ali karamalllahu wajhah menjawab : Apa lagi ang dapat aku jelaskan kepada mu tentang dunia ? Orang yang sihat di dunia akan sakit. Orang yang selamat di dunia akan menyesal. Orang yang hidup miskin di dunia akan bersedih. Orang yang hidup senang di dunia akan dirundung fitnah. Halalnya di hisab dan haramnya di seksa. Bahagian yang meragukan akan di cela.

Inilah DUNA !!!

Cucu Rasulullah SAW, Saidina Hassan Bin Ali ra, mengatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda : Ingatlah barangsiapa yang mencintai dunia dan panjang angan-angan, maka ALLAH jadikan hatinya buta sebuta kecintaannya kepada dunia. Barangsiapa berzuhud di dunia dan memendekkan angan-angan, maka ALLAH berikannya ilmu tanpa perlu belajar (ilham) dan diberi petunjuk tanpa perlukan bimbingan (hidayah & taufik). Ingatlah kelak akan lahir satu umat sesudah kamu di mana kekuasaan tidak mampu berdiri kecuali dengan jalan peperangan dan paksaan. Tidak ada orang kaya kecuali disertai dengan kesombongan dan kebakhilan. Tidak ada kecintaan kecuali diiringi dengan hawa nafsu. Ingatlah barangsiapa yang menjumpai zaman itu lalu bersabar menerima kefakiran (kemiskinan), sedangkan dia mempunyai kesempatan untuk menjadi kaya dan sikapnya itu adalah atas dasar untuk memperoleh redha ALLAH, maka ALLAH memberinya pahala seperti pahala 50 orang sadiq.

Luqman Al Hakim berpesan kepada anaknya : Anakku, dunia ini bagaikan sebuah lautan yang luas lagi dalam. Sudah ramai orang yang tewas dan tenggelam ke dasarnya. Maka jadikanlah ketaqwaan kepada ALLAH sebagai bahtera mu dan isikanlah bahtera mu itu dengan keimanan kepada ALLAH, dan jalannya bertawakal kepada ALLAH supaya kamu selamat. Ingatlah, engkau jangan sesekali menyangka engkau boleh selamat dari godaan dunia.

Wahai diri ku.

Cinta dunia hanya menjanjikan kesengsaraan di dunia yang berpanjangan. Lahir sifat tamak, sombong, rakus dan takbur. Zuhud lah diri mu dengan dunia atau kelak diri mu akan binasa di akhirat sana ............

Madrasah Darus Syifa
28 Oktober 2010
4.22am


Tuesday, October 26, 2010

Bicara Cinta




At Taharum ( Kasih Sayang )


Rasulullah SAW bersabda : Tidak akan masuk syurga kecuali rahim (orang yang memiliki sifat kasih sayang). Para sahabat berkata, Kami semua orang yang memiliki sifat kasih sayang. Baginda SAW menerangkan : Yang disebut Al Rahim (orang yang memiliki sifat kasih sayang)itu bukan rahmatuhu linafsihi (orang yang menyayangi diri sendiri) semata-mata, tetapi yang rahmatuhu linafsihi (menyayangi diri sendiri) dan juga rahmatuhu lighainihi (menyayangi orang lain).




Makna rahmatuhu linafsihi (menyayangi diri sendiri) adalah menyayangi diri dari seksaan ALLAH. Caranya ialah dengan meninggalkan kemaksiatan dan bertaubat. Selari dengan itu, dia melakukan dan melakukan amal-amal ketaatan dengan ikhlas. Makna rahmatuhu lighainihi (menyayangi orang lain) adalah tidak melakukan sesuatu tindakan yang dapat menyakiti Muslim yang lain serta mengajak mereka meninggalkan maksiat dan mungkar serta membimbing mereka untuk berlaku taat kepada perintah ALLAH.



Rasulullah SAW bersabda : Orang-orang yang sayang-menyayangi, mereka akan dikasihi oleh ALLAH. Berkasih sayanglah kamu dengan orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu akan di kasih sayangi oleh para malaikat.



Malik Bin Anas berkata , Rasulullah SAW bersabda : Empat perkara yang wajib kamu laksanakan sebagai hak seroang muslim ialah : membantu mereka menjadi baik, memohonkan keampunan atas kesalahan dan dosa mereka, menziarahi orang yang sakit di kalangan mereka dan mencintai orang yang bertaubat di antara mereka.



Tatkala Nabi Musa AS berkata-kata kepada ALLAH, Musa AS bertanya : Wahai Tuhan, dengan alasan apa ENGKAU mengambil aku menjadi orang yang terpilih ? Lalu ALLAH menjawab : Kerana engkau berkasih sayang sesama makhluk.



Rasulullah SAW pernah menegaskan : Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, saling mengasihani dan saling menjalin hubungan, tiada bezanya seperti satu jasad. Apabila salah satu bahagian anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota bahagian tubuh yang lain turut merasa sakit dan sukar untuk tidur.



###########################


Al Mahabbah ( Cinta )


Rasulullah SAW bersabda : Membaca selawat kepada ku menjadi asbab terbinanya cahaya di atas titian sirat. Barangsiapa membaca selawat kepada ku sebanyak 80 kali, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya selama 80 tahun.



Ketika Rasulullah SAW berdakwah kepada Ka'ab Al Asyraf dan para pengkutnya untuk memeluk Islam, Ka'ab dan pengikutnya menjawab : Kami ini sudah mempunyai kedudukan bagaikan anak-anak ALLAH. Sudah pasti kami mencintai ALLAH"



Atas kata-kata sindiran Ka'ab dan pengikutnya, maka ALLAH mengutuskan firman-NYA kepada Rasulullah SAW :



Katakanlah (wahai Muhammmad ) ; Kalau kamu benar-benar mencintai ALLAH, maka ikutlah aku. Nescaya ALLAH akan mencintai mu dan mengampuni dosa-dosa mu. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imran : 31)



Bukti kecintaan seorang mukmin kepada ALLAH ialah dengan mentaati perintah-perintah NYA, mendahulukan ketaatan dan mencari keredhaan-NYA.



Imam Ghazali pernah berkata : Barangsiapa mengaku berada dalam empat perkara, tetapi tidak berada padanya, jelas ia telah berdusta.



1. Orang yang mengaku mencintai syurga, tetapi nyata dia tidak menjalani ketaatan kepada ALLAH.



2. Orang yang mengaku cintakan Rasulullah SAW tetapi nyata tidak mencintai ulamak dan orang-orang miskin.



3. Orang yang mengaku takut kepada neraka ALLAH tetapi masih suka melakukan kemaksiatan.



Antara tanda-tanda orang yang mencintai adalah mengikuti apa yang menjadi kecintaannya dan menjauhi apa yang tidak berkenan di hatinya. Lantas mampukah engkau meninggalkan kehendak nafsu dan bujukan syaitan kerana menuruti rasa cinta kepada ALLAH & Rasulullah SAW ?



Saidina Ali karamallahuwajhah berkata : Barangsiapa merindui syurga maka ia mencurahkan perbuatannya kepada kebajikan. Barangsiapa takut akan neraka, maka nafsunya di kekang. Barangsiapa meyakini datangnya kematian, maka tidak keberatan ia meninggalkan segala jenis kelazatan dunia.



#################################


Al Asyq ( Asyik Masyuk )


Lantaran kecintaan Zulaikha yang amat mendalam terhadap Yusuf AS, Zulaikha sanggup menghabiskan segala kekayaan dan harta benda serta kecantikan miliknya. Andainya ada orang yang berkata kepada Zulaikha "Hari ini aku melihat Yusof." .. pasti orang tersebut menerima hadiah yang mahal dari Zulaikha. Setiap barang milik Zulaikha, akan diukir nama Yusof di atasnya. Kesemua barang yang berharga tersebut dilupakan oleh Zulaikha kerana ingatan dan asyik masyuknya hanya dengan Yusof. Cinta Zulaikha terhadap Yusof begitu mendalam hinggakan setiap kali ia mengangkat kepala ke langit, seolah-olah bintang-bintang nan indah mengukir nama Yusof dai langit malam. Namun akibat tidak dididik dengan iman, Zulaikha menurut nafsu ammarah. Maruah diri dan nama baiknya tercemar. Sesalan tak sudah.



Sebaliknya, setelah Zulaikha menjadi isteri kepada Yusof. Ia sering menyendiri dan menyepi keseorangan untuk beribadah kepada ALLAH. Apabila Yusof mengajak untuk bersama di waktu siang, Zulaikha minta agar mereka menunda ke waktu malam. Tatkala malam menjelma, Zulaikha meminta untuk masa mereka bersama ditunda ke waktu siang. Begitulah kisah cinta Zulaikha dan Yusof AS yang dinukilkan dalam Al Quran.



Suatu ketika Zulaikha berbicara kepada Yusof : Wahai suami ku Yusof. Kecintaan ku kepada mu suatu ketika dulu telah meragut maruah dan kehormatan ku sendiri kerana ketika itu aku belum mengenal ALLAH. Tetapi setelah aku mengenal ALLAH, tidak ada kecintaan lain yang tersisa melainkan untuk mencintai-NYA. Aku tidak ingin menggantikan cinta ku pada yang lain. Maafkan aku kerana ALLAH lebih ku cinta berbanding diri mu."



Kebenaran dan kemuliaan cinta (mahabbah) terletak dala tiga keadaan.



1. Pertama, memilih bicara dengan kekasihnya daripada berbicara dengan yang lain.

2. Kedua memilih bermesra dengan kekasihnya daripada duduk dengan yang lain.

3. Ketiga memilih redha terhadap kekasihnya daripaada meredhai yang lain.



Al Asyq (cinta yang amat mendalam) ialah terkoyaknya penutup dan tersingkapnya rahsia. Al Wajdu pula ialah lemahnya roh menanggung kerinduan yang begitu mendalam, tatkala terbentuk kemanisan berzikir. Hingga sekiranya ada sebahagian anggota tubuh dipotong, ianya tidak terasa.



Barangsiapa mengakui terhadap tiga perkara tetapi tidak suci dari tiga perkara, jelas dirinya telah terpedaya.



1. Orang yang mengaku kemanisan zikrullah sedangkan dirinya mencintai dunia.



2. Orang yang mengaku ikhlas beramal, tetapi sebenarnya suka disanjung oleh manusia.



3. Orang yang mengaku cinta kepada Pencipta-nya, tetapi tidak disertai dengan tawaddhuk.



Rasulullah SAW bersabda : Akan datang suatu masa kepada umat ku, meeka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara yang lain.



1. Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat.



2. Mereka mencintai harta dan melupakan zakat.



3. Mereka mencintai makhluk dan melupakan Al Khaliq.



4. Mereka mencintai dosa dan melupakan taubat.



5. Mereka mencintai bangunan-bangunan dan melupakan kubur.



Oleh itu dalam mencintai ALLAH dan Asyq dengan kecintaan-NYA hendaklah dilazimkan bertaubat kerana firman ALLAH :



Pada hari ini tidak ada kemanfaatan bagi harta, anak-anak, kecuali mereka yang datang kepada ALLAH dengan membawa hati yang tunduk. ( Asy Syuaraa : 88 - 89 )



Madrasah Darus Syifa

26 Oktober 2010

1.45 pm


Monday, October 25, 2010

Kemiskinan Itu Hiburan Ku


December 2004 …. Aku membawa keluarga ku berpindah dari Kota Tinggi ke suatu daerah asing buat kami. Bersempadan dengan Melaka dan Negeri Sembilan. Tiada sanak saudara. Tiada handai taulan.



Dua bulan sebelum kami berpindah, aku sudah mula merisik-risik kawasan di daerah tersebut. Pada 9 November 2004, aku bertolak dari Nilai jam 6.00 pm menuju ke Kota Tinggi. Dalam perjalanan aku singgah ke daerah tersebut untuk mendapatkan alamat rumah yang bakal aku dan keluarga ku duduki.



Kehidupan di sebuah daerah yang lengang … terpencil …. sunyi …. Tak ramai golongan remaja dan belia. Malah di kawasan rumah yang kami beli, keluarga ku dikelilingi oleh cikgu pencen, DO pencen, doctor pencen, magistrate pencen, Ketua Polis pencen, Pegawai Kerajaan pencen, pegawai tentera pencen dan segala-galanya adalah orang yang sudah pencen.



Kehadiran ku di daerah ini perlu dimaklumkan masyarakat setempat. Kena ada ada lokasi yang sesuai. Tempat sasaran ku …. Masjid … tapi amat kurang orang ke masjid. Yang ada cuma … orang-orang yang pencen yang sudah uzur. Itu pun boleh dikira dengan jari. Hari pertama kami mendiami kawasan itu, aku bersama dua orang anak lelaki yang berumur 5 dan 7 tahun ke masjid untuk bersolat Maghrib. Seusai solat maghrib, para jemaah yang boleh di kira dengan jari bertebaran pulang. Mungkin mereka mengejar Berita Jam 8 … itulah bisik hati ku. Yang tinggal dua atau tiga orang warga emas yang sibuk bersolat sunat dan membaca Al Quran. Tidak sempat aku hendak berkenalan dan bermesra dengan mereka. Lalu aku duduk sendirian di ruang solat membaca wirid aurad sambil ditemani dua anak-anak di kiri dan kanan ku, menanti solat Isya menjelang.



Hari kedua …. Rutin yang sama aku ke masjid. Dan juga rutin yang sama oleh ahli jemaah masjid. Dan rutin yang sama juga aku membaca wirid aurad sambil ditemani anak-anak ku. Hari ketiga rutin yang sama. Begitulah di hari-hari seterusnya.



Hari keenam … sedang aku membaca wirid aurad, tiba-tiba aku di sapa seorang tua berjanggut putih yang kemas di trim. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Ahmad. Dia duduk hampir dengan ku. Lantas di peluk dan dicium anak-anak ku sambil memuji ketampanan dan kekemasan anak-anak ku berserban.Hati nakal ku berkata "Mengapa situa ini hanya memuji anak2 ku tampan berserban dan tidak memuji si ayah yng juga tampan berserban ? hehehehe" ..... Dia bertanya aku, wirid apa yang aku baca ? Aku menjawab Aurad Muhammadiah. Dia tersenyum. “Saya amal tareqat Ahmadiah, ijazah dari Sheikh Mustaza” ujarnya. Dari situ kami mula berkenalan dan bermesra. Saling bertukar-tukar pandangan. Malah terlalu banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan Aurad Muhammadiah, yaqazah, Imam Mahdi, Arqam dan aku bersyukur jawapan yang aku berikan boleh di terimanya.




Biodata Cikgu Ahmad adalah bekas pengetua sebuah sekolah berasrama penuh. Sudah pencen sejak 8 tahun yang lalu. Anak-anaknya semua sudah berjaya dan menjawat jawatan tingi kerajaan. Sejak perkenalan dengan Cikgu Ahmad, rutin hidup ku berubah. Andainya dulu seusai solat Isya, aku akan menghabiskan wirid di atas sejadah. Kini aku terpaksa melayan sahabat-sahabat baru dari kelompok warga emas. Restoran mamak berhampiran masjid itulah menjadi port kami berkumpul dan melepak selepas solat Isya. Secara tak langsung, tertubuh kelab warga emas di kawasan kediaman ku yang di taiko-kan oleh diri ku hehehe. Yang paling aku kagum, ahli-ahli kelab itu semua "berisi". Ada yang berisi Naqsyabandiah, Samaniah, Rifai'ah, Ahmadiah Idrisiah dan lain-lain. Dan kami sering berbual dan berbincang akan peranan ahli-ahli zikir dalam mendidik masyarakat dan memperbaiki mutu keimanan sambil membendung gejala sosial.







Sehingga suatu masa Cikgu Ahmad bersuara. Dia mempunyai sebidang tanah dan ingin di waqafkan untuk buat projek amal jariah, buat tanah kubur atau pusat jagaan warga tua. Secara spontan aku menjawab sambil membuat usul, “BOLEH ! Dan kalau hendak lebih berbaloi pahala, kita buat sekolah tahfiz untuk anak yatim piatu dan fakir miskin. ” Ujar ku.Terkebil-kebil mata ahli kelab warga emas mendengar saranan ku ....






Pak Bad bertanya : Apasal nak buat untuk anak yatim piatu ? Susah nak cari anak yatim piatu.









Aku menjawab : Kita buka sekolah untuk anak yatim piatu, nanti kalau kita dera mereka sampai ada yang patah tangan dan kaki, mak bapak dia orang tak leh nak marah sebab dah mati. (Jawab ku dalam mode merapu)




HAHAHAHAHAHAHA …. Suara ahli kelab warga emas tergelak dengan jawapan merapu ku.



Kemudian aku bilas jawapan merapu ku dengan jawapan yang lebih serius.



Aku : Anak yatim ini, mereka sudah tak ada ibu dan ayah. Mereka sudah tidak ada tempat hendak bergantung dan berkasih sayang. Mereka dah tak ada siapa untuk mereka mengadu. Maka tempat mereka bergantung dan berkasih sayang hanyalah pada ALLAH. Mereka mengadu juga kepada ALLAH. Jadi bila kita buka sekolah tahfiz anak yatim piatu, mereka bukan menumpang berteduh di tanah dan bangunan kita. TETAPI kita yang menumpang berteduh atas rahmat dan kasih sayang ALLAH pada mereka. Dan mereka akan mengadu kepada ALLAH akan kebajikan yang kita lakukan ke atas mereka. Mana tahu di akhirat nanti ALLAH akan menjaga kebajikan kita di akhirat berkat usaha murni kita menjaga kebajikan mereka.






Terhangguk-hangguk kepala ahli kelab warga emas mendengar jawapan ku.



Pak Syaiful : Dah tu fakir miskin lak, apa kelebihannya ?



Aku menjawab dengan mode merapu : Cikgu Ahmad waqafkan tanah saja. Duit, wang ringgit dia tak waqaf. Kita kena cari sendiri. Kalau kita ambil anak-anak fakir miskin, mereka dah biasa hidup susah. Nanti kalau kita tak ada duit nak bagi mereka makan, mereka tak banyak songel komplen sana-komplen sini. Panggil Karam Singh Walia berpantun depan sekolah tahfiz. Tak macam budak sekolah MRSM atau budak sekolah Sains.



HAHAHAHAHAHAHA …. Sekali lagi ahli kelab warga emas tergelak sambil menepuk-nepuk meja.



Aku bilas semula jawapan ku dengan jawapan yang lebih serius.



Aku : Rasulullah SAW pernah berdoa, agar dihidupkan dalam keadaan miskin, dimatikan dalam keadaan miskin, dibangkitkan di akhirat bersama-sama orang miskin. Begitulah darjat orang miskin di kaca mata Rasulullah SAW. Inilah jejak langkah Rasulullah SAW. Maka sekolah tahfiz yang bakal dibangunkan ini adalah untuk kita didik fakir miskin untuk sabar dan redha dengan kemiskinan mereka malah berhibur dengan kemiskinan. Dan kita menuruti sunnah Rasulullah SAW kerana menjaga dan mencintai fakir miskin.



Terhangguk-hangguk lagi kepala ahli kelab warga emas.



Masyuarat tidak rasmi malam itu menjadi titik tolak tertubuhnya madrasah tahfiz yang menjadi tempat menumpang kasih anak-anak yatim dan fakir miskin. Sejak dibangunkan, tidak sedikit air mata kami yang tumpah. Bukan dek kerana kepayahan dan kesukaran mebangunkannya, tetapi kerana hancur luluh bila berhadapan dengan anak-anak yang tidak punya ibu dan ayah bagi menumpang kasih.



Aku masih teringat, kumpulan pertama seramai 14 orang. Kami bersama-sama mereka tidur di dalam bangunan separa batu simen separa papan. Bertilamkan lantai simen yang dihampar dengan permaidani lama masjid yang disedekahkan oleh pihak masjid. Dalam kedinginan malam kerana hujan lebat. Sekitar jam 3 am, salah seorang anak tersebut mengigau, memanggil-manggil nama ayahnya sambil memeluk tubuh ku yang berbaring di sebelahnya. Hancur luluh hati ku berdepan dengan anak yang kerinduan ibu bapa yang tersayang.



Pernah suatau ketika setelah selesai solat Maghrib, aku didatangi seorang anak yatim sambil menangis dan bertanya kepada ku, bagaimana dia hendak tebus dosa ibu dan ayahnya yang sudah kembali ke rahmat ALLAH ? Agar ibu dan ayahnya dapat jaminan syurga.



Dan kalau hendak ku sebut satu persatu, ada 1001 kisah yang pastinya mengundang linangan dan deraian air mata.



Alhamdulillah, madrasah itu telah berjaya menghantar para pelajarnya ke Yaman, Mesir, Jordan dan Afrika Selatan untuk menimba lebih banyak ilmu dan menyebarkan dakwah.





Pernah juga aku dan ahli kelab warga emas ditanya oleh penduduk setempat dalam satu majlis di masjid, mengapa dibangunkan madrasah tahfiz untuk anak-anak yatim dan fakir miskin bukannya bangunan komersil yang menjanjikan pulangan lumayan ?





Lalu aku menjawab : Setiap dari kita adalah pendosa dan ahli maksiat. Setiap dari kita akan masuk ke neraka melainkan mendapat ampunan ALLAH.Lantaran istighfar yang kita lafazkan terlalu sedikit berbanding dosa dan mungkar yang kita lakukan, maka kita amat mengharap kepada ampunan ALLAH atas setiap dosa-dosa yang kita lakukan. Kita tidak tahu sama ada amal ibadah kita dan istighfar kita serta taubat kita diterima ALLAH. Namun Rasulullah SAW ada mengajar kita untuk mempunyai rasa khauf dan raja'. Rasa takut dan rasa harap. Maka kami bina sekolah tahfiz untuk anak-anak yatim ini bagi meringankan seksaan kami di akhirat sebagai tanda kami tidak berputus asa dari rahmat ALLAH dan mengharapkan ampunan dan kasih sayang NYA. Andainya mereka berjaya menjadi hafiz Al Quran, di akhirat nanti dapat kami menumpang syafaat mereka. Mudah-mudahan kami selamat menjadi bahan bakaran api neraka.




Jawpan ku tidak mengundang gelak ketawa hadirin seperti biasa. Sebaliknya ramai yang menangis di majlis masjid berkenaan.





#############




Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub Al Muqarrabu Ilaa Allamul Ghuyub ada memuatkan hadis-hadis berikut :




Sabda Rasulullah SAW : Anak yatim apabila dipukul maka asrasy Ar Rahman bergoncang kerana tangisan mereka. Allah SWT berkata kepada para malaikat “Wahai malaikat ku, siapa yang membuat anak yang sudah kematian ayah ini menangis?”



Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa menanggung makan dan minum anak yatim, Allah menjamin dirinya masuk syurga.



Rasulullah SAW bersabda : Segala sesuatu ada kuncinya. Kunci syurga, salah satunya ialah mencintai kaum miskin dan fakir lantaran kesabaran mereka. Mereka itulah orang-orang yang dekat dengan Allah pada hari kiamat.



Semua orang takut miskin kerana kemiskinan hanya menjanjikan penderitaan dan mungkin juga ia sesuatu yang memalukan. Lantaran itu, berlumba-lumbalah orang mengejar harta dan kekayaan di dunia. Tidak kurang juga yang mengejar kekayaan duniawi golongan ulamak, para ustaz dam ilmuan Islam.





Hampir semua manusia, termasuk para ulamak yang ada kini, mendefinisikan kemiskinan sebagai kekurangan harta benda, rumah yang kecil dan sempit, pendapatan yang rendah dan keperluan fizikal yang tidak mencukupi. Lantas berlumba-lumbalah manusia membina kekayaan duniawi. Paling malang batasan syariat halal dan haram dilangkau dan diketepikan. Rasuah, pecah amanah, menipu dan pelbagai perkara yang nyata bertentangan dengan syariat dilakukan demi memenuhkan kocek dan akaun bank dengan wang ringgit dan harta benda. Seolah-olah syurga dan kemanisan nikmatnya boleh dibeli dengan wang ringgit.





Tetapi dari kaca mata Islam, kemiskinan bukanlah didefinisikan sebagai kekurangan harta dan wang ringgit, tetapi didefinisikan sebagai rasa hati yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kerana manusia yang tidak merasa puas dengan apa yang ada, akan sentiasa merasai tidak pernah cukup. Ingin lebih banyak lagi, dan lagi dan lagi dan lagi. Walaupun dia sudah punya banglo mewah, sudah punya kereta mewah berderet, sudah punya wang berjuta. Jiwa dna hatinya menderita dan tidak tenang kerana tidak merasa puas dengan apa yang sudah di miliki dan takut pula kehilangan barang yang sudah dimiliki.




Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Kelantani dalam kitabnya Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat AL Qulub menukilkan sebuah kisah .....





Rasulullah SAW berkata di dalam doanya :




Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan himpunkanlah aku di mahsyar bersama-sama orang yang miskin.



Lantas Aisyah rha bertanya : Mengapa engkau meminta begitu ya Rasulullah SAW ?



Rasulullah SAW menjawab : Kerana mereka itu masuk ke syurga 40 tahun lebih dahulu dari orang yang kaya. Wahai Aisyah, jangan engkau nafikan dan tolak permintaan orang yang miskin. Bersedekahlah kepda mereka walau dengan sebelah tamar sekalipun. Wahai Aisyah, kasihlah oleh mu akan segala orang miskin dan hampirkanlah diri mu akan mereka, nescaya ALLAH akan hampir dengan mu di hari qiamat.







Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya. Tetapi tanggung jawab umat yang kaya tidak terhenti disitu sahaja, sebaliknya dalam kekayaan ada tanggungjawab yang wajib ditunaikan. Firman ALLAH SWT :



Rebutlah dari apa yang Allah untukkan sebagai habuan mu di akhirat tapi jangan lupa nasib mu di dunia. ( Al Qasas : 77)



ALLAH suruh umat Islam berusaha mencari bekalan di akhirat tetapi tidak menafikan usaha untuk mendapat kesenangan di dunia. Tak salah menjadi kaya, tetapi tunaikanlah tanggung jawab sebagai seorang muslim dalam memenuhi hablumminallah dan hablumminannas. Jangan sampai kekayaan dan keglamouran yang diperolehi di muka bumi ALLAH ini menjadikan kita lalai dalam menunaikan perintah ALLAH sebagaimana firman ALLAH :



Bermegah-megah (dengan harta dan anak) telah menjadikan kamu lalai hingga kamu masuk kubur. (At Takasur : 1- 2)




Kemewahan inilah yang membelenggu hidup seseorang sehingga mereka menjadi buta akan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. Islam sama sekali tidak menghalang umatnya untuk hidup mewah dan menjadi kaya. Tetapi Islam mengajar umatnya bahawa ramai orang yang tertewas dan menjadi lalai dengan ujian ALLAH dalam bentuk nikmat berbanding ujian ALLAH dalam bentuk kesusahan. Telah ramai orang-orang yang awalnya di dalam kesusahan, bermunajat dan merintih kepada ALLAh memohon keringanan dalam menghadapi musibah dan kepayahan, lalu ALLAh angkat kepayahan dan kesusahan dari mereka dan ALLAH uji mereka dengan nikmat kemewahan dan kekayaan. Akhirnya mereka tersungkur dek kelalaian kerana merasai kelazatan nikmat dunia yang sementara. Lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Lupa untuk berjuang dan berkorban. Lupa untuk mendidik anak, isteri, masyarakat. Lupa untuk berdakwah. Hati semakin mencintai dunia. Akhirnya sifat mazmumah yang lama terpendam menjadi subur di hati. Matlamat hati berubah qiblatnya. Dan apabila cinta dunia menguasai hati, ALLAh jauhkan dunia dari dirnya kerana ALLAH tidak mahu dunia ditadbir oleh manusia-manusia yang tidak mencintai ALLAH. Makin dikejar dunia, makin jauh dunia lari darinya. Makin di kejar dunia, makin jauh. Lantas hati menjadi semakin haus, dahaga, rakus dan tamakkan dunia. Hilang kedamaian dan ketenangan jiwa. Andainya tidak dibendung, bukan sahaja memusnahkan diri, malah akan memusnahkan hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan dan perpecahan masyarakat.



ALLAH akan hanya menganugerahkan dunia kepada hamba-hamba NYA yang bersifat zuhud dengan dunia dan hatinya bebas dari mencintai dunia. Kerana dengan itu sahaja dunia ini akan ditadbir oleh hamba ALLAH bertaraf khalifah. Dunia akan ditadbir berdasarkan hukum-hakam syariat yang telah ALLAH firmankan di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.




Islam juga tidak menghina orang yang kemiskinan harta sekalipun ianya bukan priority untuk hidup sebagai seorang muslim. Tetapi Islam sama sekali menolak dan menghalang umatnya dari mengalami kemiskinan jiwa. Miskin jiwa kerana iman yang lemah. Miskin jiwa kerana nafsu tidak terdidik. Kedua-duanya berlaku kerana tiada bimbingan ilmu dan tiada bimbingan untuk beramal dengan ilmu yang disalurkan. Oleh itu perlulah ada sahabat dan jemaah yang sama-sama ingin mendidik jiwa dan hati. Didiklah jiwa dengan menguatkan iman dan mujahadah melawan nafsu. Tuntutlah ilmu dan amalkannya seikhlas hati. InsyaAllah akan lahir jiwa-jiwa yang kaya dengan iman. Bersifat cukup dengan apa yang ada, berasa sabar dan redha dengan kekurangan harta, malah rasa terhibur dengan janji Allah di akhirat sana.



Kemuliaan hidup ini bukan terletak kepada sebanyak mana harta yang telah engkau himpunkan. Juga bukan terletak kepada sejauh mana nama mu di sanjung dan di puja dalam dunia yang penuh glamour. Tidak juga kepada tinggi dan besarnya jawatan yang engkau sandang. Tetapi kemuliaan hidup mu di dunia terletak sejauh mana engkau berjuang dalam melaksanakan titah perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH.



Semoga Tuan-tuan dan puan-puan, dan saya dipimpin ALLAH untuk menjadi kaya jiwa walau dalam kemiskinan harta.



Madrasah Darus Syifa

23 October 2010

6.45pm



Jangan Menjadi Lilin, Tetapi Jadilah Seperti Bulan


Aku masih ingat dan masih menyimpan text Private Message antara aku dengan salah seorang chatter berkenaan LILIN dan BULAN ....Kali ni aku nak siarkan chat conversation antara aku dengan chatter tersebut ...........

Waktu chatter tersebut di NZ ... dia pernah menghantar satu kisah kepada aku dalam email .... selepas itu dia minta aku ulas kisah tersebut ....Kisah tersebut ialah pasal larangan menjadi lilin ....



##########



Pada suatu masa telah datang sekumpulan hamba dari Kota Basrah mngunjungi al hassan, lalu mereka memohon al hassan agar mnyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba.



Lantas al hassan membalas dgn lafaz istisna' iaitu insyaALLAH. Maka pada JUMAAT berikutnya sedari awal khutbah hinggalah ke phujungnya, tak ada sepatah pun al hassan mnyebutnya.



Begitu juga pada JUMAAT2 yg berikutnya.Hinggalah pada suatu JUMAAT baharulah beliau mnyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba tadi. Maka selesai khutbah tadi, para majikan bersegeralah memanggil para hamba mereka, lalu dibebaskan tanpa tebusan sesen pun.



Kemudian mantan hamba tadi pun pergi menemui al hassan dan meluahkan kekecewaan mereka. Maka mantan hamba td meluahkan rasa kecewa pada al hassan sebab jika al hassan sampaikan khutbah itu pada JUMAAT yg pertama pastinya pembebasan mereka lbh awal bukan selewat ini.



Setelah mndengar luahan kecewa mereka, al hassan pun menjelaskan yang pada JUMAAT yg pertama , beliau tak punya hamba, maka perlu usahakan wang utk mendapatkannya.



Manakala pada JUMAAT berikutnya, beliau sudah miliki hamba , tapi.. belum boleh membebaskannya, sbb mmerlukan hamba itu utk mbantunya mnguruskan bbrp urusan.



Apabila tlh selesai sgl urusan, maka baharulah al hassan boleh membebaskan hambanya tadi. Kmudian baharulah beliau menyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba td.



Apabila mantan hamba2 td mndengarkannya, mereka tertunduk malu lalu blalu pergi. Nyatanya al hassan tlh mnebarkan cahaya di KOTA BASRAH , tp bukan ibarat cahaya lilin.



#########################



Dari kisah kat atas, awekz New Zealand tu tanya aku pasal bidalan yang mengatakan "jangan jadi lilin" yang berhubungkait dengan kisah tersebut ...



lalu chat conversation aku diteruskan ...........



mat taiko (2/21/2006 10:41:18 PM): lilin, utk terangi org lain, dia musnahkan diri dia



awekz new zealand (2/21/2006 10:41:22 PM): ya

awekz new zealand (2/21/2006 10:41:23 PM): benar

awekz new zealand (2/21/2006 10:41:43 PM): justeru apa pkaitan dgn kisah al hassan tadi?



mat taiko (2/21/2006 10:41:48 PM): bila diri dah musnah dia dah tak leh terangi org lain dah



awekz new zealand (2/21/2006 10:41:52 PM): yg ustaz peroleh?



mat taiko (2/21/2006 10:42:03 PM): banyak pengajaran tak cukup dlm PM

mat taiko (2/21/2006 10:42:11 PM): nanti saya hantar emel

mat taiko (2/21/2006 10:42:18 PM): sebab banyak sangat pengajaran



awekz new zealand (2/21/2006 10:42:35 PM): baiklah, alhamdulilLAH, jazakalLAHU khairal jaza'



mat taiko (2/21/2006 10:42:41 PM): cuma relevan yg arwah datuk saya ajar ialah >>> jangan jadi lilin, tapi jadilah seperti bulan



awekz new zealand (2/21/2006 10:42:46 PM): ya

awekz new zealand (2/21/2006 10:42:47 PM): benar



mat taiko (2/21/2006 10:43:00 PM): bulan itu hodoh tak cantik, dan tak ada cahaaya

mat taiko (2/21/2006 10:43:19 PM): tapi dia gunakan cahaya matahari utk indahkan wajahnya dan menerangi org lain



awekz new zealand (2/21/2006 10:43:28 PM): tersirat benar

awekz new zealand (2/21/2006 10:43:34 PM): agak sasteratik juga



mat taiko (2/21/2006 10:43:39 PM): begitu juga macam kita

mat taiko (2/21/2006 10:43:44 PM): kita ini byk dosa

mat taiko (2/21/2006 10:43:57 PM): jadi carilah cahaya iman utk indahkan budi pekerti kita

mat taiko (2/21/2006 10:44:12 PM): dan terangi jalan dengan cahaya keimanan untuk org lain sam-sama lalui

mat taiko (2/21/2006 10:44:38 PM): tak macam lilin, membinasakan diri utk terangi seorang pengguna, tapi bila lilin habis, gelap semula

mat taiko (2/21/2006 10:45:00 PM): bulan menerangi kegelapan malam utk seluruh penduduk manusia



Dan seterusnya ... aku susuli chat conversation tersebut dengan satu email ........... berikut adalah antara kandungan email ku ...........



############



Arwah datuk saya pernah bercerita tentang lilin dan bulan ni.



Tetapi arwah datuk saya tak cerita pasal Hassan Al Basri.



Dia ceritakan tentang Hajjaj Bin Yusuf As Saqafi dan Abdullah ibnu Zubair.



Hajjaj bin Yusuf As Saqafi adalah seorang tabiin. Hajjaj Bin Yusuf As Saqafi pernah melakukan rampasan kuasa di Mekah dan tenteranya pernah menembak Kaabah dengan manjanik. Hajjaj & tenteranya banyak membunuh para sahabat Rasulullah SAW & tabiin hanya semata-mata rakuskan kekuasaan dan ingin memerintah dua kota suci iaitu Mekah & Madinah.



Abdullah ibnu Zubair adalah salah seorang ulamak besar di zaman tabiin. Sewaktu usianya 6 tahun, pernah perkumpulan rakan2 Abdullah ibnu Zubair ditegur oleh Saidina Omar Al Khattab. Kesemua rakan2nya bertempiaran lari kerana takutkan Khalifah Omar Al Khattab, kecuali Abdullah Ibnu Zubair. Bila Khalifah Omar bertanya mengapa dia tidak lari seperti rakan2nya yang lain ? Abdullah Ibnu Zubair mengatakan, Khalifah Omar adalah makhluk Allah seperti dirinya, sedangkan dia diajar untuk takut HANYA kepada Allah. Membesarnya Abdullah Ibnu Zubair menjadi seorang ulamak yang disegani.



Penzaliman yang dilakukan oleh Hajjaj & tenteranya sudah tidak terbendung. Sesiapa yang cuba menghalang atau cuba menasihatinya akan dipenggal kepalanya on the spot. Maka ramailah sahabat dan tabiin yang menjadi mangsa penzaliman Hajjaj. Hinggalah Abdullah Ibnu Zubair terpaksa tampil ke depan. Abdullah Ibnu Zubair tahu, tindakannya hanya mengundang maut. Namun tanggungjawab untuk menyeru yang makruf dan mencegah kemungkaran disahut olehnya dengan keikhlasan hati.



Maka berkatalah Abdullah ibnu Zubair kepada Hajjaj : Hentikanlah penzaliman ini dan kembalilah ke jalan iman



Hajjaj As Saqafi : Andainya ku hentikan tindakan ku, akan hancurlah cita-cita ku untuk menjadi pemerintah kota suci



Abdullah Ibnu Zubair : Kembalilah kepada niat untuk menjadi pemerintah hati mu kerana kerakusan mu ingin memerintah kota suci menyebabkan hati mu diperintah oleh syaitan & nafsu.



Hajjaj : Andainya aku enggan menerima nasihat mu



Abdullah Ibnu Zubair : Andainya engkau enggan menerima nasihat mu, maka syahidlah aku ditangan mu. Namun darah yang mengalir dari jasad ku akan terus merayu agar engkau kembali kepada Allah dan sunnah Rasul mu



Seperti dijangkakan, Hajjaj merentap pedang dipinggangnya dan mencantas leher Abdullah Ibnu Zubair. TETAPI … darah yang terpancut keluar dari jasad yang tidak berkepala tidak lekat di bumi sebaliknya darah Abdullah Ibnu Zubair sibuk berzikir dengan kalimah “ALLAH, ALLAH, ALLAH”



Peristiwa ini memeranjatkan Hajjaj dan akhirnya Hajjaj menjadi gila kerana diekori darah-darah Abdullah Ibnu Zubair yang merayunya kembali kepada Allah.



Begitulah pengorbanan Abdullah Ibnu Zubair, sanggup melihat dirinya terkorban demi cintanya pada rakan sepermainan sewaktu kecil.



Berbalik kepada kisah Al Hassan yang membebaskan hamba. Pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah tersebut



a. Untuk memperkatakan sesuatu, kenalah kita beramal dulu, barulah "masin" apa yang kita perkatakan. Al Hassan untuk memperkatakan bagusnya membebaskan hamba, dia sendiri berusaha mendapatkan hamba dan membebaskan hamba

.



Di sinilah yang kita perkatakan, amal dulu barulah kata-kata kita berkesan. Tidak cakap serupa bikin.



Pengajaran pertama dari kisah tersebut ialah perkatakanlah apa yang telah kita lakukan, sebab amat besar kemurkaan Allah apabila kita memperkatakan sesuatu yang tidak kita amalkan.





b. Pengajaran yang kedua, kita boleh nampak bahwa sifat manusia yang tidak sabar. Mengharapkan sesuatu yang baik, tetapi tidak mampu bersabar untuk memperolehi perkara yang baik.



Inilah antara ragam manusia sejak zaman Al AHssan sehinggalah di zaman kita ini. Inilah wajah masyarakat yang bakal dan sedang kita hadapi. Dan inilah antara ujian yang perlu kita hadapi dalam mendidik masyarakat. Berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai kesabaran. Maka untuk itu, diri kita sendiri hendaklah bersabar.





c. Pengajaran ketiga, ialah antara wajah masyarakat yang bakal kita hadapi ialah sifat tidak mahu bersyukur. Kita dapat lihat ketidak puas hati mantan hamba, walaupun sudah dibebaskan. Tidak berpuas hati kerana pembebasan mereka terlewat 3 jumaat.



Inilah antara wajah-wajah yang kita perlu hadapi. Dan untuk menghadapi mereka, maka diri kita perlu mensyukuri nikmat Allah.





d. Pengajaran keempat, memang jelas membuktikan kata bidalan jangan menjadi lilin

.



Al Hassan mempunyai seorang hamba, tetapi kerana ada urusan yang dia tak mampu laksanakan melainkan dengan adanya bantuan seorang hamba, maka dia tidak membebaskan hambanya itu dan terpaksa menangguh khutbahnya. Dia tidak mahu menjadi lilin.Merosakkan diri dia demi kesejahteraan orang lain yang bersifat sementara. Jika dibebaskan hambanya sedangkan dia ada keperluan lain, maka akan terbantutlah dan mungkin khutbah pembebasan hamba olehnya ditangguhkan lebih lama kerana masalah yang belum dibereskan. Jadi Al Hassan berpandangan jauh. Ditangguhkan pembebasan hambanya, agar boleh disegerakan menyelesaikan masalahnya, secara tak langsung melancarkan dia untuk berkhutbah.





e. Setelah urusan AL Hassan selesai, barulah dia membebaskan hambanya. barulah hatinya tenang berkhutbah, kerana urusan yang menggangu fikirannya sudah selesai dan dia sendiri mjemperkatakan apa yang telah dia laksanakan.



f. Berkenaan lilin dan bulan.



Arwah datuk saya pernah berpesan.



Jangan menjadi lilin yang membinasakan diri untuk menerangi perjalanan seorang manusia. Sebaliknya jadilah seperti bulan, yang mengambil cahaya matahari untuk mengindahkan dirinya dan menerangi kegelapan malam agar ramai manusia boleh berjalan ke destinasi yang ditujui. Kita merosakkan diri dengan menjadi lilin, setelah lilin habis, maka kegelapan menjelma kembali dan kita tidak akan dapat menerangi perjalanan walau seorang manusia.



Tetapi dengan menjadi bulan. Bulan itu hodoh, tetapi bulan mengambil cahaya matahari untuk menghiasi dirinya dengan purnama. Lantas menerangi kegelapan malam , membantu jutaan manusia dibumi untuk bergerak di malam hari

.



Dan kitaran bulan akan berterusan sehinggalah datang perintah Allah SWT agar bulan tidak lagi menyinari di malam hari.



Kalau dikiaskan kepada diri manusia dan bulan, dan diri manusia dan lilin.



Sebenarnya kita ini lebih hampir kepada bulan. Sebabnya, sejauhmana hodohnya bulan, begitulah hodohnya kita dengan dosa dan kemungkaran. Dan sebijak mananya bulan mendapatkan cahaya matahari untuk menhiasi diri, itulah kiasan manusia yang berusaha mendapatkan cahaya iman walu pernah bergelumang dengan dosa dan kemungkaran. Cahaya keimanan itulah yang akan mengindahkan diri kita bukan saja dipandang mata malah indah juga di mata hati.Bukan itu sahaja, keimanan itu akan digunakan untuk menyinari dunia kegelapan zulumat jahiliah manusia-manusia yang cintakan dunia. Agar mereka sedar yang dunia ini sementara sedangkan akhirat yang kekal abadi. Lantas mereka akan berusaha menjadikan dunia tempat mengumpul bekalan untuk kembali ke akhirat. Inilah bidalan sinaran rembulan menyinari kegelapan malam dan membantu manusia dibumi bergerak menuju destinasi.



Salahkah menjadi lilin ?



Tidak salah.



Tetapi pastikan cahaya lilin , dihasilkan oleh lilin bukan pinjaman dari matahari.



Andainya kita ingin berkorban dengan membinasakan diri sendiri demi orang lain, pastikan kita sudah mempunyai kemantapan iman. Sebab di hujung sakarat kita, waktu itulah syaitan akan datang berbondong-bondong untuk menyesatkan kita buat kali terakhir. Yang hanya boleh menyelamatkan kita hanyalah iman yang mantap.



Apa yang terjadi zaman ini ... ramai di antara kita, menjadi lilin ... Ada dianatara kita ni TAHU orang2 yang disekelilingnya hanya ingin memusnahkan kehidupannya. TETAPI masih mahu menjadikan pemusnah hidup mereka sebagai penasihat.



Fikir-fikirkanlah



Lab FST

20 Oktober 2010

3:322 am (waktu Malaya)



.

Khas Untuk Tetamu Baitullah : Mencari Cinta


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)



Iman adalah membenarkan secara putus (jazam) tanpa ragu sedikitpun dengan apa yang datang daripada Rasulullah SAW. yang diikuti dengan ketundukan hati dan ketenteraman jiwa menerima ketentuannya tanpa perasaan degil dan takabbur.



Terkadang-kadang terdapat iman yang jazam pada seseorang dan tidak ada keraguan sedikitpun terhadap kebenaran yang datang daripada Rasulullah SAW. tetapi sayangnya terkadang kadang iman tersebut diikuti oleh rasa sombong dan enggan serta tidak mahu melaksanakan apa yang diyakininya itu. Maka dalam keadaan seumpama ini, dia belum digolongkan sebagai orang yang beriman.



Juga terdapat orang yang memiliki iman yang jazam tanpa sedikitpun ada perasaan ragu, malahan dia tidak mempunyai sifat degil dan takabbur terhadap apa diyakininya. Tetapi sayangnya kita lihat orang tersebut tenggelam ke dalam dunia kelalaian, dia tidak pandai menilai kadar iman sebagaimana semestinya, dia lalai untuk menunaikan kewajiban mensyukuri nikmat tersebut. Manusia seperti inilah yang dikatakan orang yang beriman atau " mukmin " yanq belum mendapatkan " kemanisan iman ".



Hadis sahih yang termaktub diatas menjelaskan kepada kita beberapa tanda orang-orang yang akan dapat merasakan kemanisan iman. Marilah kita berusaha menghiasi diri kita masing-masing untuk memiliki kesemua tanda-tanda tersebut semoga kita boleh hidup bahagia di dunia dan di akhirat.



Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman.



Hadis ini mengandunqi asas-asas utama bagi semua pintu kebaikan. Kemanisan iman adalah sesuatu yang dapat dirasakan oleh mukmin yang tenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.



Dengan kemanisan iman seseorang dapat menghadapi hidup dengan penuh ceria. Keimanannya dapat membimbing dirinya untuk menghadapi kehidupan ini walau bagaimanapun keadaan yang menimpanya. Jika sedang ditimpa kesusahan dia boleh bersabar, dan dia dapat merasakan nikmat kesabaran. Dan jika dia mendapat nikmat kesenangan maka ia pandai bersyukur, dan dia dapat merasakan nikmat kesyukuran. Dia meyakini bahawa segala yang menimpanya apakah baik atau buruk adalah telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Oleh itu ia dengan jiwa tenang dapat menghadapi semua keadaan dengan rasa redha.



Kalaulah begitu besar nikmat yang dia dapat rasakan ketika di dunia lantaran kemanisan iman yang dimilikinya, sudah pasti lebih besar lagi nikmat yang bakal dia terima di sisi Allah kelak di akhirat.



Syarat pertama dalam usaha meraih kemanisan iman adalah : Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.



Cinta ialah kecenderongan jiwa seseorang kepada sesuatu yang boleh memberinya kelazatan, manfaat atau pun sesuatu yang mampu memenuhi rasa fitrah dalam hati seseorang. Ada beberapa sebab yang boleh menimbulkan rasa cinta seseorang. Menurut Imam Al Ghazali bahawa ada 5 sebab yang mendorong terbit perasaan cinta seseorang:



■Cinta manusia kepada dirinya, kewujudannya, keberkekalan dan kesempurnaannya.
■Cinta manusia kepada orang yang berbuat ihsan kepadanya dan orang yang boleh mendatangkan manfaat kepadanya.
■Cinta manusia kepada orang yang suka berbuat ihsan semata-mata kerana ihsan yang pernah dilakukan terhadapnya. Walaupun dia sendiri tidak berhajat kepada ihsan orang tersebut.
■Cinta manusia kepada kecantikan dan keindahan. Keindahan yang memikat ada yang hissy (fizikal) seperti keindahan warna warni bunga dan binatang, dan ada pula yang maknawy (abstrak) seperti akhlak yang luhur dan sifat mulia dari seseorang umpamanya: berilmu, cerdik, berani, adil, sabar, cekal dan lain lain.
■Cinta manusia kepada seseorang disebabkan kerana orang yang dicintainya itu memiliki persamaan sifat dengannya, walaupun semua sebab terdahulu atau sebahagiannya tidak wujud pada orang tersebut. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW.: Roh-roh adalah tentera tentera yang dipersenjatakan, maka apa yang sesuai dengannya dia akan mesra dan apa yang bercanggah dengannya dia akan berbeza.


Dan jika kita amat amati sebab sebab cinta diatas dengan teliti nescaya kita dapati kesemua sebab itu mewajibkan seorang beriman yang benar-benar mengenali Tuhannya untuk mencintai Allah dengan kadar cinta yang tidak ada tolok bandingannya. Kerana di situ terserlah keagungan dan kekuasaan Allah yang menciptakan keindahan dan kecintaann dalam diri makhluk-Nya.


Buah atau kesan cinta seseorang kepada Allah akan menimbulkan ketaatannya kepada Allah yakni melaksanakan suruhan Nya dan menjauhi laranqan-Nya. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat perbezaan antara taat kerana cinta (mahabbah) dengan taat kerana mengharap dan takut (rakhbah dan Rahbah).





Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS. pernah melalui suatu kaum yang sedang beribadah kerana takut kepada Allah atau kerana mengharap syurga, lalu Nabi Isa AS berkata: Sesungguhnya kamu takut kepada makhluk dan mengharap kepada makhluk. Kemudian Isa meneruskan perjalanannya dan lalu pada suatu kaum yang sedang beribadah. Mereka berkata: Kami beribadah kepada Allah kerana kami cinta kepada-Nya dan kerana ta'zim (mengagungkan)-Nya. Nabi Isa AS berkata: Kamu semua adalah wali-wali Allah, dan aku diperintahkan agar duduk bersama kamu.



Ini tidak bererti jika kita beribadah lalu kita tidak boleh mengharap syurga dan takut kepada kepada neraka. Itu adalah diantara sifat orang yang beriman. Ini sebagaimana firman Allah:



Lambung mereka jauh dari tempat tidur tidurnya (sering beribadah malam) sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka. ( Al Sajadah : 16 )



Ayat di atas menegaskan bahawa di antara sifat orang orang yang beriman ialah mereka selalu mendirikan ibadah malam dengan beribadah sambil mengharap akan keredaan Allah dan syurga Allah dan didorong oleh rasa takut kepada murka Allah dan siksaan neraka-Nya. Hanya saja jika " rasa cinta " yang mendorong kita untuk taat kepada Allah, maka nilai ibadah itu adalah lebih tinggi kalau dibandingkan hanya sekadar kerana takut dan harap.



Adapun cinta kepada Rasulullah SAW. adalah sebahagian daripada cinta kepada Allah. Kerana bagi kita tidak ada seorangpun yang lebih kita percayai selain orang telah dipilih oleh Allah sebagai utusan-Nya. Beliau telah diamanahkan oleh Allah untuk menyampaikan hidayah-Nya kepada umat manusia agar kita mendapat rahmat-Nya. Bagindalah orang yang paling berjasa menyelamatkan kita daripada kegelapan (kekufuran dan syirik) kepada cahaya terang benderang (Islam dan hidayah). Bagindalah yang telah membimbing kita untuk menuju kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat.



Abdullah Bin Al Mubarak berkata:



Para ‘ulama lebih utama daripada ibu bapa kamu. Mereka bertanya: Mengapa demikian (wahai tuan) ? Beliau menjawab: Ibu bapa kamu memelihara kamu dari api (kesusahan) dunia, sedangkan para ‘ulama pula memelihara kamu dari api (kesusahan) akhirat.



Demikianlah peranan dan jasa para ‘ulama yang ikhlas yang telah membimbing manusia agar memiliki akidah yang betul agar terhindar dari syirik dan khurafat, yang telah mengajar mereka cara ibadah yang betul sehingga terhindar dari perbuatan bid’ah, yang telah mengajar mereka budi pekerti yang mulia sehingga dengan demikian, mereka bukan saja terhindar daripada kesusahan di dunia tetapi juga akan terhindar daripada azab Allah yang amat pedih di akhirat. Dan kalaulah demikian peranan para ‘ulama, sudah tentu peranan Rasulullah SAW jauh lebih besar dari itu kerana semua ajaran para ‘ulama bersumber daripada ajaran Rasulullah SAW.



Jadi mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai yang lain, maksudnya ialah kita mestilah mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kita kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, saudara mara, hatta terhadap diri kita sendiri. Dan selanjutnya kecintaan kita yang mendalam itulah yang mendorong kita untuk berbakti kepada Allah dan Rasul-Nya



Syarat kedua dalam merasai kemanisan iman ialah dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah





Cinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadap Allah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesan cintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taat kepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnya jika rakannya itu melakukan dosa.



Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itu lalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisan iman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-mata kerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalah semata-mata kerana Allah.



Syarat ketiga untuk merasai kemanisan iman ialah dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan kedalam api.



Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranya dia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf dan mendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akan dilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab itu imannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosa lampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini. Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam api yang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya, ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalam api.



Orang yang berperikemanusiaan, tatkala melihat seseorang jatuh ke dalam api, pastinya akan berusaha membantu mengeluarkan insan malang tersebut dari menjadi bahan bakaran apa sama ada mangsa yang malang itu di kenali atau tidak. Demi perasaan kemanusiaan, biasanya manusia segera akan menolongnya. Lebih-lebih lagi andainya sifat kemanusiaan itu bertunjangkan keimanan, pastinya usaha menolong dan menabur kasih sayang sesama insan tak kira warna kulit, rupa paras,bangsa, pasti akan melahirkan 1001 makrufat ke arah kebaikan demi menyelamatkan umat manusia terjerumus ke lembah neraka.



Jadi mukmin yang hakiki bukan saja benci kalau dirinya mengulangi dosa dosa silam, malahan dia juga merasa benci kalau orang lain melakukan dosa, lebih lebih lagi terhadap mereka yang mempunyai hubungan kerabat dengannya.



Ayuh kita muhasabah diri ......



Apakah Allah dan Rasulullah SAW lebih kita cintai lantas mendorong kita berlaku taat terhadap titah perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya ? Justeru itu kita turun ke gelanggang masyarakat untuk memperbaiki diri, keluarga, sahabat handai taulan, masyarakat agar kita semua beroleh kemanisan iman. Atau apakah kita masih hanya tahu Allah itu ada, namun tidak timbul walau sepicing rasa kegentaran kepada Nya ?



Apakah kita mencintai seseorang insan kerana insan tersebut amat mencintai Allah ? Atau kerana berlandaskan nafsu, lantas kita mencintainya kerana rupa paras, kerana wang dan harta, kerana keajaiban-keajaiban yang terbit darinya dan lain-lain faktor duniawi ? Andainya kita mencintai seseorang kerana cintanya dia kepada Allah dan Rasulullah SAW, pastinya kita akan turut sama berjuang dan berkorban demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi, sebagaimana perjuangan dan pengorbanan para sahabat bersama Rasulullah SAW.



Apakah kita benci untuk kembali kepada kekufuran yang kita pernah lalui sebelum hidayah Allah menggamit hati kita ? Atau apakah hati kita masih berlakon, menzahirkan kesolehan sedangkan secara diam kita masih berlazat-lazatan dengan dosa dan kemungkaran ?



Tanyailah soalan ini tatkala kita bersendirian. Simpanlah jawapannya di hati kita buat menilai sejauh mana kita sudah mencintai Allah dan Rasul-Nya. Kerana sejauh mana rasa cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya, semanis itulah yang kita rasai nikmat menjadi orang beriman.



Saudara dan saudari khususnya bakal jemaah Haji. Rebutlah peluang sewaktu di Tanah Suci untuk berusaha sesungguh hati agar kita temui cinta sejati lagi hakiki iaitu kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jangan dipersiakan masa yang ada sewaktu disana. Kuatkan pautan hati dengan Allah. Bersabar dengan kepayahan dan kesukaran melaksanakan ibadah Haji. Redha dengan setiap ketentuan. Ikhlaskan hati dan tawadduk dalam mengerjakan amal ibadah. Ingatlah bahwa kita ini sebenarnya adalah HAMBA yang hina. Tiada daya upaya melainkan dengan kudrah dan iradah Allah SWT. Semoga saudara, saya dan umat Islam yang lain yang bertamu di Tanah Suci mendapat keampunan Ilahi. Amin Ya Rabbal Alamin.





Library USIM

19 Oktober 2010

12:45 pm


Thousand Faces One Faith


1993 ... Tahun itulah aku pertama kali menjejakkan kaki ke bumi kelahiran dan bumi kewafatan baginda Rasulullah SAW. Setelah bergelumang dengan daki dosa dan maksiat, maka di depan Kaabah aku duduk bersimpuh. Sambil membaca wirid aurad dengan satu niat. Agar aku mati sebagai seorang pejuang yang taat, setia jujur lagi ikhlas kepada ALLAH dan Rasulullah SAW. Tatkala berada di Arafah, ku lihat jutaan wajah berbeza, tetapi menganut satu agama yang sama iaitu ISLAM. Dan tika itu aku tertanya-tanya, apakah setelah kembalinya kami ke tanah air dan ke perkampungan masing-masing, maka kesatuan seperti yang ditunjukkan di bumi Arfah akan terus istiqamah ?



Yang pastinya, kita lihat pelbagai perisiwa yang memilukan hati. Bumi Palestine, Kashmir, Afghanistan, Iraq dan negara Islam yang lain diinjak-injak oleh musuh Islam. Mereka merintih dan menjerit memohon bantuan, namun teriakan dan rintihan mereka tenggelam dek kecintaan dunia yang menghijab hati umat Islam. Tiada lagi rasa ukhwah dan kasih sayang sesama Islam. Malah akibat cinta dunia, orang yang mengaku sufi sudah pandai berebut pengikut dan minta dirinya dihormat.



Maka aku mengambil kesempatan di musim Haji yang bakal menjelma untuk mencoret sebuah nota akan garispanduan untuk umat Islam bersatu. Agar kesatuan yang terbina, bagaikan Tsunami yang melanda dunia fasad dan mungkar.



Konsep bersatu dalam Islam telah ditetapkan bentuknya. Dalam Al Quran ALLAH berfirman:



Maksudnya: “Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah-belah.” (Ali Imran : 103)



Tali ALLAH yang dimaksudkan oleh ALLAH dalam ayat ini ialah hukum syariat yang telah difirmankan ALLAH di dalam Al Quran dan disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam sunnah baginda. Andainya semua umat Islam tak kira dari jemaah jenama apa atau dari tariqat aliran apa, mereka akan tetap bersatu dalam mebangunkan hablumminallah dan hablumminannas berdasarkan hokum syariat yang telah ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah.



Dalam menepati kesatuan yang telah digariskan syariat, secara dasarnya untuk bersatu perlulah umat Islam meneliti dan menitikberatkan dalam lima perkara yang menjadi rukun dalam membentuk kesatuan.



1. Bersatu Akidah



Rasulullah SAW pernah bersabda, umat baginda di akhir zaman akan berpecah kepada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang akan memasuki syurga iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sementara 72 puak lagi akan ke neraka.



Oleh itu dari segi aqidah, hanya Ahlus Sunnah Wal Jamaah sahaja yang kita terima. Selain Ahlus Sunnah Wal Jamaah, baik Syiah, Jabariah, Qadariah, Muktazilah, Wahabiah dan lain-lain iktiqad selain Ahlus Sunnah Wal Jamaah hendaklah ditolak.



Keyakinan dan pegangan kita mesti tepat sebagaimana yang dikehendaki dalam iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yaitu meyakini keenam rukun Iman dengan sebenarnya. Yakin kepada ALLAH dan semua sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil serta yang jaiz bagi ALLAH. Yakin kepada 10 malaikat serta tugas-tugas para malaikat sebagaimana yang diceritakan dalam Al Quran. Yakin kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Yakin kepada 25 Rasul yang disebutkan dalam Al Quran. Yakin kepada hari akhirat dan yakin kepada qada' dan qadar (untung baik dan untung jahat) semuanya datang dari ALLAH Taala. Keyakinan kita hendaklah berdalil dan bukan bertaqlid.



2. Bersatu syariat



Bersatu syariat itu ialah bersatu dalam menerima lima hukum ALLAH. Adapun hukum syariat itu terbahagi kepada lima. Setiap tindak tanduk, amal perbuatan dan percakapan dalam kehidupan sehari-harian kita tidak terlepas dari 5 hukum syariat ini. Kelima-lima hukum dalam syariat itu adalah seperti berikut :



1. Wajib = dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya MESTI buat



2. Sunat = dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa . kedudukannya ELOK buat



3. Haram = dibuat berdosa, ditinggalkan dapat pahala, kedudukannya MESTI tinggal



4. Makruh = ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa, kedudukannya ELOK tinggalkan



5. Harus = dibuat atau ditinggalkan dosa tak dapat, pahala pun tak dapat, kedudukannya terpulang pada diri sendiri tempoh 5 syarat ibadah , beroleh pahala.





Lima syarat tersebut ialah :





a) Niat mesti betul



b) Perlaksanaan mesti selaras dengan syariat



c) Natijah mesti betul tidak bertentangan syariat



d) Perkara yang dibuat dan dilaksanakan dibenarkan oleh syariat



e) Tidak meninggalkan ibadah yang asas



Bersatu dalam syariat bermakna kita wajib menerima segala ketetapan dari kelima-lima hokum syariat sama ada kita sukai atau tidak. Menerima di sini membawa maksud :



a. mempelajarinya

b. memahaminya

c. mengamalkannya

d. memperjuangkannya



Maksudnya yang lebih jelas ialah perbuatan yang wajib dan sunat itu hendaklah difahami, diyakini, diamalkan dan diperjuangkan. Semua perbuatan yang haram dan makruh hendaklah difahami, diyakini dan ditinggalkan serta diperjuangkan untuk menghapuskannya. Dan selanjutnya semua perbuatan yang harus atau mubah, difahami, diusahakan serta digalakkan supaya menjadi ibadah selepas menempuh lima syarat dalam ibadah.



Supaya lebih jelas lagi, perhatikan contoh berikut ini: Hal-hal yang berhubungan dengan akidah, ibadah, akhlak, jihad, tarbiah, siasah (politik) dan lain-lain adalah perbuatan wajib, maka umat Islam harus menerimanya sebagai hukum wajib serta berusaha memahami, mengamalkan dan memperjuangkannya supaya ditegakkan secara bersama-sama dan bersungguh-sungguh.



Sebaliknya, hal-hal yang berhubungan dengan arak, zina, rasuah, judi, buka aurat, pergaulan bebas, riba, fitnah, ujub, riya’ dan lain-lain adalah perbuatan haram, maka seluruh umat Islam harus bersama-sama meyakininya sebagai hukum haram dan berusaha meninggalkannya serta memperjuangkannya supaya tidak diamalkan oleh masyarakat dan berusaha menghapuskannya secara bersama-sama dan bersungguh-sungguh.



3. Bersatu akhlak



Bersama-sama berusaha memiliki akhlak yang baik. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam segala hal, seperti cara makan, pakaian, sifat sabarnya, ikhlasnya, tawadhuknya, zuhudnya, dermawannya, pemaafnya, bicaranya, bergaulnya, kebersihannya, ibadahnya dan lain-lain yang menjadi sunnah hidupnya.



Di samping itu hendaklah kita bersama-sama berusaha membuang semua akhlak yang buruk dan keji seperti sombong, bakhil, penakut, cinta dunia, pemarah, hasad dengki, keluh-kesah dan mazmumah lain yang bersarang dalam hati manusia.



Oleh itu sewajarnyaa setiap umat Islam mempelajari sekurang-kurang 10 jenis sifat mahmudah dan 10 jenis sifat mazmumah agar mereka tahu dan faham bagaimana mengikir sifat mazmumah dalam diri dan menggantikan dengan sifat mahmudah.





4. Bersatu dalam Perkara-perkara Khilafiah



Bersikap terbuka dan lapang dada dalam masalah khilafiah. Hendaklah kita fahami bahwa Islam memperbolehkan dan membenarkan adanya perbezaan pendapat dalam masalah furu'iyah tanpa mengganggu atau merosak persoalan asas (pokok) Islam itu sendiri. Nabi SAW pernah bersabda:



Maksudnya: “Perbezaan pendapat di antara umatku adalah mendatangkan rahmat. “(Riwayat A1 Baihaqi)



Dalam hadits yang lain dari Ibnu Abbas berbunyi:

Maksudnya: “Perbedaan di antara sahabatku bagi kamu adalah suatu rahmat. “ (Ehya’).



Kerana itu sikap kita terhadap hal-hal khilafiah hendaklah sama-sama kita terima dan jangan dijadikan isu sensitif dan sebab persengketaan.



Kena diingat, persoalan khilaf tidak akan ada titik pertemuan. Maka musuh-musuh Islam amat gemar menggunakan persoalan khilafiah dalam melaga-lagakan sesama umat Islam agar kesatuan umat Islam terlerai dan hancur musnah. Lantas musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk membina kebathilan di atas keruntuhan kesatuan umat Islam. Oleh itu awaslah wahai sahabat perjuangan ku. Jangan sampai tertipu dengan percaturan musuh Islam.



5. Bersatu Dalam Menilai Kawan Dan Lawan



Islam telah menetapkan siapakah kawan dan lawan, sahabat dan musuh. Maka hendaklah kita sama-sama dapat mengenali nya. Yang menjadi musuh sama-sama kita jadikan sebagai musuh dan menolaknya tanpa ada kekeliruan sedikitpun. Kawan dan sahabat hendaklah kita jadikan sebagai sahabat dan sama-sama menerima sebagai sahabat, bergaul dengannya, mempertautkan kasih sayang dengannya serta bermuafakat dalam urusan agama. Sekiranya ada pihak yang cuba untuk menghancurkannya, harus kita pertahankan. Dalam Al Quran ALLAH menjelaskan kepada kita siapa musuh dan siapa sahabat atau saudara kita sebagai orang mukmin. Firman ALLAH tentang musuh:



Maksudnya: “Dan tidak akan redha oleh orang-orang Yabudi dan Nasrani itu selama-lamanya kepada kamu hingga kamu mengikuti millah (cara hidup) mereka. “ (Al Baqarah : 120)



Firman ALLAH tentang sahabat dan saudara:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara satu sama lain, oleh karena itu berusahalah mendamaikan kedua saudaramu yang bertikai dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat.“ (A1 Hujuraat : 10)



Demikianlah pengertian dan konsep bersatu dalam lslam. Dengan konsep itu Islam memanggil dan menyeru seluruh bani insan bernaung di bawahnya tanpa melihat bangsa, warna kulit, bahasa, keturunan, daerah, negara dan perbezaan lahiriah lain yang palsu, yang direka oleh manusia untuk mempertahankan statusnya yang bersifat sementara itu. Walaupun pada lahirnya ada perbezaan bangsa, bahasa dan warna kulit di antara manusia itu, tapi apa yang ALLAH jadikan itu semata-mata mempunyai hikmah yang amat besar untak manusia itu sendiri, yaitu untuk tujuan saling kenal-mengenal dan berinteraksi.



Firman ALLAH:

Maksudnya: “Hai manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal dan mengadakan hubungan." (Al Hujuraat : 13)



Islam menyatukan seluruh manusia sedunia di bawah namanya dengan lima ikatan yang kukuh dan sejati sambil membebaskan mereka dari segala kongkongan keduniaan yang sempit dan pura-pura. Kalau semua umat Islam menerima konsep itu serta mengamalkannya, maka itulah kekuatan hakiki yang menjamin kejayaan perjuangan yang sedang kita usahakan dan lalui ini. Sudahkah Umat Islam hari ini bersatu. Sebagian orang hari ini menyifatkan individu-individu Islam yang bernaung dan menjadi anggota sebuah organisasi atau badan itu telah bersatu dan berpadu. sebenarnya belum bersatu. Untuk lebih memahami erti dan maksud bersatu, marilah kita renungkan sekali lagi ayat Al Quran Surah Ali Imran ayat 103 :



Firman ALLAH itu berbunyi:

Maksudnya :“Berpegang teguhlah kamu dengan Tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah. “(Ali Imran : 103)



Bersatu yang dimaksudkan di sini ialah bersama-sama dalam menerima hukum-hukum ALLAH. Itu bererti kalaupun berada dalam satu organisasi atau persatuan kalau masih berbeza atau tidak sama-sama menerima hukum-hukum ALLAH yang wajib dan sunat serta menolak yang haram dan makruh, maka hakikatnya belum bersatu.



Contohnya menutup aurat hukumnya wajib. Kalau dalam satu persatuan itu ada anggotanya yang tidak menutup aurat dan yang lain menutup aurat, maka di antara anggota-anggotanya masih dianggap belum bersatu. Riba hukumnya haram. Kalau masih ada anggotanya makan riba atau pun mendukung institusi riba dengan memberikan riba, sementara yang lainnya tidak makan riba atau menentang riba, maka anggota-anggotanya masih dianggap belum bersatu. Demikian juga dengan persoalan-persoalan yang lain.



Berdasarkan contoh di atas, jelaslah kepada kita bahwa umat Islam yang ada hari ini belum lagi bersatu termasuk anggota atau mereka yang menjadi anggota organisasi atau badan baik politik, kebajikan sampai badan dakwah sekalipun masih belum bersatu.



Kita dapat melihat sekarang ini mereka sama-sama tidak solat, masih memfitnah, tidak menutup aurat, terlibat dengan sistem ekonomi riba, terlibat dengan perzinaan, arak, judi, pergaulan bebas dan segala macam maksiat. Secara tidak langsung mereka itu menentang ALLAH walaupun kadang-kadang lidahnya berbicara tentang Islam. Sesama Islam mereka juga bermusuhan, sebaliknya dengan musuh mereka saling menolong dan bersahabat baik. Musuh dianggap kawan dan kawan dianggap musuh. Kebaikan dianggap kejahatan dan kejahatan dianggap baik.



Kalau pun kelihatan mereka itu bersatu tetapi mereka itu bersatu adalah sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH dalam Al Quran:



Maksudnya : "........... mereka itu sebagian di antara sebagian yang lain saling membantu menyuruh membuat kemungkaran dan melarang dari berbuat ma'ruf......" (At Taubah : 67)



Ataupun bersatu seperti yang digambarkan oleh ayat Al Quran :



Ertinya : "Kamu lihat mereka itu bersatu padu, tetapi hati mereka berpecah belah". (Al Hasyr : 14)



Itulah hakikatnya yang terjadi sekarang ini, bahwa sesungguhnya umat Islam belum lagi bersatu secara total. Apa yang terjadi ialah perpecahan di segala aspek hingga timbul peperangan dan pertumpahan darah.





Library USIM

17 Oktober 2010

3.17 pm

.

Pengalaman Di Komuniti Chatting YM (18SG)


Posting notes kali ini, mengandungi elemen ganas dan perkataan yang tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak dibawah umur 18 tahun. Kanak-kanak dibawah 18 tahun adalah disarankan untuk mendapat pengawasan ibu bapa sewaktu mambaca notes ini.


Aku yakin, ramai di antara kita di FB/blog ini mempunyai pengalaman berchatting di internet. Tak terkecuali dengan diri ku. Aku diperkenalkan dengan YM chat oleh pensyarah ku sewaktu membuat program Master secara on-line. Dari situ aku belajar berkomunikasi dan mencarai kawan-kawan dari pelbagai Negara. Tak lupa juga para pelajar Malaysia yang menuntut di atau bekerja di luar Negara.



Dulu ... aku ada menceritakan akan pengalaman ku berkawan dengan Allahyarham ADAM BIN ABDULLAH, (Al Fatihah kepadanya) … seorang remaja Melayu yang mengikut ibu bapanya berhijrah ke Ireland di usia 8 tahun. Dan beliau belajar mengenal Allah, mengenal Rasulullah SAW, belajar baca Al Fatiha dan solat serta fardhu ain melalui YM Chat. Namun Allah menyayangi dirinya, lalu Adam Bin Abdullah dijemput kembali ke rahmat-NYA ketika Adam sedang merasa “mabuk cinta” untuk bertemu Ramadhan.



Kali ini aku ingin membawa sebuah kisah lagi akan pengalaman ku di laman chat. Kebetulan aku temui text chat yang tersimpan di archive. Ku sebut sepintas lalu … sahabat chatting ku ini adalah seorang perempuan Melayu berasal dari Malaysia yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi dididik secara barat. Sebaik menamatkan pelajaran menengahnya, beliau melanjutkan pelajarannya ke USA. Maka gaya hidupnya menjadi lebih barat dari dari Melayu timur. Minum arak ... dedah aurat ... tak sembahyang .... tak reti baca Quran ... tak puasa .... Berkahwin pula dengan jejaka mat saleh ... dapat sorang anak .... Kemudian bercerai dengan suaminya .... Bila sudah status janda .... dia amal free sex lak .... Sehinggalah suatu ketika, dia terlibat dengan kemalangan jalanraya di USA, sebelum dia pengsan dalam kemalangan tersebut ... dia terdengar orang azan .... bila dia dah sedar dari coma ... dia insaf ... dia masuk chat room group teratak-ilmu ... dan dia mula belajar tentang agama Islam semula melalui chat room tu ... Di chat room tersebut dia diajar bagaimana nak bertaubat ... bagaimana nak solat ... diajar asas-asas Fardhu Ain ... melalui chat room, PC Camera, microphone & speaker ... Kami tulis Al Fatihah secara rumi ... emel kat dia ... suruh dia baca ... kami dengar sambil betulkan makhraj & tajwid .... gitulah routine dia tiap hari ...



Dalam usaha dia memperbaiki diri, Allah uji dia .... setiap hamba Allah, kalau Allah SAYANG kat dia, Allah akan uji untuk upgrade iman dia ... Alaaaa cam ko orang ler ... ko orang masuk sekolah , belajar bertahun-tahun ... lepas tu ada ujian SRP/PMR lerr, SPM lerr .. kendian ada exam nak dapat Degree ler ... ujian/exam tu semua untuk upgrade diri ko orang .... SAMA aje dengan ujian/exam yang Allah datangkan kat hamba-hamba NYA ... ujian tu semua untuk UPGRADE IMAN kita .. Allah nak tengok sejauh mana kita sabar & redha ... kalau sabar & redha ... maka Allah beri pahala dan tingkatkan iman kita ........



Balik pada kisah minah janda kat USA tadi ... Allah uji dia ... bekas suaminya menghantar surat lawyer nak kan hak penjagaan anak dia ... dia waktu tu tiada kerja tetap, hanya freelance .... jadi memang tak ada duit nak lawan balik lawyer ... satu lagi dia memang pasti kalah di mahkamah ...SEBAB ... dia bukan warga USA ... DAN .... x- husband dia nye kocek lagi lebat ... JADI ... minah tadi pun rasa amat tertekan.



Dia masuk chat room ... dia menangis ... melalak ... sambil kata dia nak bunuh diri .... hinggalah .... berlaku chat conversation berikut yang agak emosi di chat room tu (aku terpaksa censor & tukar id name dia sebab tidak mahu memalukan dia )



###############



minah frust (1/26/2000 11:15:09 PM): why allah buat i cam ni ?

minah frust (1/26/2000 11:15:31 PM): why allah ni zalim

minah frust (1/26/2000 11:15:38 PM): i baru nak berubah, now allah beri anak i pada my exhubby

minah frust (1/26/2000 11:15:55 PM): my son is the only one yg i ada dlm dunia ni



mat taiko (1/26/2000 11:16:20 PM): sabar meera, sabar

mat taiko (1/26/2000 11:16:28 PM): setiap sesuatu yang Allah buat utk kita, ada hikmah

mat taiko (1/26/2000 11:16:36 PM): Allah nk tgk kita ni ikhlas ke nak berubah

mat taiko (1/26/2000 11:16:42 PM): Allah nk tgk kita ni sabar ke bila ditimpa musibah

mat taiko (1/26/2000 11:16:57 PM): sbb, Allah x mo kita ni hanya nak rapat dgn Allah disbbkan sifat escapism

mat taiko (1/26/2000 11:17:20 PM): Allah nak kita ni jadi hamba NYA yg benar2 berubah & buat ibadah dgn ikhlas



minah frust (1/26/2000 11:17:37 PM): tapi why me ?

minah frust (1/26/2000 11:17:51 PM): why my son ?

minah frust (1/26/2000 11:17:59 PM): i baru nak berubah, baru nak taubat

minah frust (1/26/2000 11:18:16 PM): now he has taken my son from me



mat taiko (1/26/2000 11:18:20 PM): I understand ur feeling

mat taiko (1/26/2000 11:18:32 PM): sabarlah sebab ur xhubby just taking ur son but not ur faith

mat taiko (1/26/2000 11:20:09 PM): but if u losing ur faith, then u r losing everything in ur life



minah frust (1/26/2000 11:23:18 PM): i can’t live without my son

minah frust (1/26/2000 11:23:27 PM): i’m going to take a knife & cut my wrist



mat taiko (1/26/2000 11:24:02 PM): ko sabar mxxxx, sabar mxxxx, ingatkan Allah

mat taiko (1/26/2000 11:24:19 PM): don’t do foolish thing



minah frust (1/26/2000 11:24:27 PM): i can’t take it anymore



mat taiko (1/26/2000 11:24:52 PM): well

mat taiko (1/26/2000 11:24:58 PM): betul u nak bunuh diri ?



minah frust (1/26/2000 11:25:23 PM): YES!!!!!!



mat taiko (1/26/2000 11:25:30 PM): ok , b4 that answer my question



minah frust (1/26/2000 11:25:57 PM): what ?



mat taiko (1/26/2000 11:26:19 PM): u sayang anak u ?



minah frust (1/26/2000 11:26:38 PM): yes, he’s the only precious thing in my life



mat taiko (1/26/2000 11:26:54 PM): ur son luv u ?



minah frust (1/26/2000 11:27:01 PM): yes, i’m his mom

minah frust (1/26/2000 11:27:18 PM): he’s spending most of his time with me compared to that fucking asshole



mat taiko (1/26/2000 11:27:40 PM): ok good, now u can cut urself and go to hell

mat taiko (1/26/2000 11:27:49 PM): now i know why the american law let ur xhubby to have the custody of ur son



minah frust (1/26/2000 11:28:17 PM): what do u mean ?



mat taiko (1/26/2000 11:28:32 PM): yeah bcoz u r not a good mother

mat taiko (1/26/2000 11:28:36 PM): u r a self thinker

mat taiko (1/26/2000 11:28:46 PM): u claim that u luv ur son & yet u wanna kill urself & let ur son miss u

mat taiko (1/26/2000 11:28:51 PM): yeah it’s rite

mat taiko (1/26/2000 11:28:57 PM): by committing suicide most of ur problems in this world will end

mat taiko (1/26/2000 11:29:06 PM): BUT

mat taiko (1/26/2000 11:29:24 PM): ur son will miss u

mat taiko (1/26/2000 11:29:33 PM): he’ll never get the luv fr his mom anymore

mat taiko (1/26/2000 11:29:36 PM): NO MORE MOTHER’S TOUCH do u get me ?

mat taiko (1/26/2000 11:29:41 PM): and he’ll grew up to be another fucking asshole juz like ur xhubby

mat taiko (1/26/2000 11:29:48 PM): u r a SELF THINKER

mat taiko (1/26/2000 11:31:40 PM): that’s why the American law give the custody to ur xhubby



lepas tu dia tersenyap



kemudian dia ucap istighfar banyak2 .... dia minta maaf kat aku & semua yg ada dalam chat room tu ....



Dan pada raya tahun 2006 ... minah frust tu balik ke Malaysia menemui mak ayah dia utk beraya sebagai seorang muslim setelah 10 tahun tak balik ke Malaysia ...... dan setelah 10 tahun dia tak solat, tak puasa, tak kenal Allah ....



Aku sempat jumpa dgn minah frust ni kat Mid Valley waktu bulan puasa 2006 ... dia cakap kat aku ... memang betul apa yg aku bebel kat dia dlm chat room ... walau custody anak dia dapat kat x-hubby dia ... dia masih boleh jumpa anak dia tu bila-bila masa ... in fact kengkadang anak dia spend the time dgn dia lebih lama dari xhubby dia sebab xhubby dia busy sokmo dengan businessnya ....DAN ... dia sendiri ajar anak dia tentang Allah, tentang Nabi Muhammmad SAW .. tentang Al Fatihah etc .... KAN ADA HIKMAH dari ujian Allah tu



######################################### END



Gitulah yg jadi .... kat dunia ni .... kengkadang ... orang yang kita sayang, Allah jadikan alat utk mendatangkan ujian dalam bentuk musibah kat kita .... TAPI .... kalau kita sabar ... Allah akan beri kita pahala sabar .... Allah akan tingkatkan iman kita .... akhirnya Allah akan permudahkan urusan kita ....



Dalam hidup ni ... banyak aku jumpa ... Allah jadikan orang yang rapat sebagai alat utk menguji keikhlasan hati orang yg mereka sayang ... SEBAB APA ? .... sebab Allah nak berikan yang TERBAIK .... sebab Allah nak tapis demi tapisan demi tapisan .... AGAR yg benar-benar diperolehi itu bernilai dan berharga



Sebab tu kita kenalah banyak muhasabah diri ... kalau amal ibadah kita masih belum ikhlas ... maka Allah akan datangkan ujian demi ujian kepada yang empunya diri hinggalah hati kita sabar dan redha sebagai tanda keikhlasan kita dalam mentaati perintah Allah ... begitulah percaturan Allah ... andainya kita tak sabar ... maka Allah akan tarik nikmat tersebut dan Allah gantikan dengan seseorang yang akan terus-terusan menguji kesabaran kita .........



Dari peristiwa tersebut ... apa yg aku nampak .....



1. Bila seseorang nak kepada kebaikan .... Allah akan uji dia .... untuk menilai keikhlasan dia ... agar Allah dapat berikan pahala sabar & Allah tingkatkan iman dia

2. Bila ditimpa ujian atau musibah ... carilah SAHABAT SEJATI yg boleh dijadikan tempat kongsi masalah & sama2 cari jalan penyelesaian masalah ... BUKANNYA cari kawan yang suka buat gossip & tambah masalah kat kita

3. Kalau kita nak berubah dari jahat kepada baik ... IKHLASKANLAH HATI .... bukan berubah sebab nak dapat duit atau sebab naik pangkat .... tetapi sebab nak jadi hamba Allah





Mutiara Damansara

15 Oktober 2010

3.45 am

.

Wednesday, October 6, 2010

Mengapa Hati Tidak Tenang ?


Suatu hari di sebuah IPTS, aku pernah ditanya oleh seorang yang bukan Islam :

Bukan Islam : Siapa Tuhan kamu ?

Aku : Tuhan aku adalah ALLAH.

Bukan Islam : Di mana Tuhan kamu ?

Aku : ALLAH Tuhan ku tidak bertempat.



Bukan Islam : Bagaimana rupa Tuhan kamu ?

Aku : Rupa ALLAH tidak sama dengan rupa makhluk ciptaan-NYA dan ALLAH tidak boleh dilihat dengan mata kepala. Kerana jika seorang makhluk yang lemah boleh menggambarkan rupa fizikal Tuhan, itu maknanya yang digambarkan itu lebih lemah dari makhluk. Pastinya yang lemah itu bukan Tuhan dan tidak layak menjadi Tuhan.

Bukan Islam : Kalau begitu, Tuhan kamu tidak boleh dilihat maka pastinya Tuhan itu tidak wujud.

Aku : Awak ada akal ?

Bukan Islam : Ada, saya ada akal. Setiap kali exam, saya dapat markah yang tinggi.

Aku : Boleh tunjukkan mana akal awak ?

Bukan Islam : Ini dalam kepala saya. Saya ada otak, otak itulah akal saya.

Aku : Lembu juga ada otak, tetapi lembu tidak ada akal. Otak itu bukan akal. Ada otak tak semestinya ada akal.

Bukan Islam terdiam.

Aku : Akal sesuatu yang tak nampak. Tetapi tanda adanya akal ialah dari segi pencapaian keputusan exam. Begitu juga dengan Tuhan. Tuhan itu terlalu agung hingga kita tak mampu nak bayangkan rupanya bagaimana. Maka kita tak nampak ALLAH. Tetapi ALLAH itu wujud dan kita tahu ALLAH itu wujud melalui tanda-tanda yang dicipta-NYA. Antara tanda-tanda kewujudan ALLAH ialah ALLAH mencipta akal, perasaan, rasa manis, pahit, masam dan sebagainya yang kita tak nampak tetapi kita tahu ianya ada. Tiada yang boleh mencipta kesemua itu melainkan suatu kuasa yang hebat dan agung.

Bukan Islam : Maksud awak, Tuhan yang membuat kita sebagai manusia ?

Aku : Ya, ALLAH adalah Tuhan yang membuat manusia dan semua makhluk yang ada di dunia. Maka sebab itu kita wajib menyembah ALLAH. Apa yang berlaku sekarang, orang membuat patung dan dijadikan tuhan untuk disembah. Sedangkan patung tersebut tidak mampu berbuat apa-apa. Andainya ada tahi burung jatuh ke hidung patung yang dianggap tuhan, patung tersebut sendiri tidak mampu membersihkannya. Lalu untuk apa kita sembah sesuatu yang kita buat sendiri dan benda tersebut tidak mampu membersihkan dirinya sendiri ? Hakikatnya kita melawan fitrah naluri kita sebagai manusiakerana kita HANYA ingin mempunyai Tuhan yang Maha Kuasa, bukannya patung yang kita ukir dan reka.

Bukan Islam : Bagaimana saya hendak memeluk Islam ?



************** END***************



Hidup ber-Tuhan adalah fitrah semulajadi setiap insan. Fitrah semulajadi ini letaknya di hati. Dari hati inilah timbulnya perasaan atau roh.



Malah semua insan, tak kira Islam atau bukan Islam, mereka mengakui kewujudan akal dan perasaan, walaupun ianya tidak dapat dilihat. Akal adalah garis pemisah antara manusida dengan haiwan. Sementara nafsu adalah garis pemisah anatar manusia dengan malaikat. Allah menjadikan malaikat hanya mempunyai akal tanpa nafsu. Allah menciptakan haiwan dengan nafsu tanpa akal. Dan Allah menciptakan manusia bersama-sama nafsu dan akal. Begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH yang menjadi Tuhan yang hanyasanya layak disembah.



Dan perasaan yang diciptakan ALLAH dalam diri manusia ini pula amat peka sehingga boleh bertindakbalas secara spontan terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran. Perasaan tidak akan bertindakbalas atas perkara-perkara yang biasa, sebaliknya perasaan cepat bertindakbalas atas perkara yang diluar kebiasaannya. Sebagai contoh :



a. Bila kita berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan, spontan kita rasa gerun, ngeri dan takut.

b. Bila berhadapan dengan sesuatu yang kotor, spontan kita rasa jijik, geli dan menghina.

c. Bila berhadapan dengan sesuatu yang indah, spontan kita rasa suka, senan, tenang dan terhibur.

d. Bila berhadapan dengan seseorang yang berwibawa dan berpangkat, spontan kita rasa rendah diri, malu dan menghormati.



Begitulah sifat perasaan yang telah ALLAH cipta dalam diri kita. Hasil dari rangsangan inilah maka manusia akan bertindak dan mencetus perbuatan-perbuatan sebagai tindakbalas. Pendekata, tindakan lahiriah manusia sama ada dari segi perbuatan fizikal dan percakapan, adalah terhasil dari perasaan atau hati yang telah dirangsang oleh faktor-faktor persekitaran. Apa yang tergambar secara lahiriah, adalah gambaran apa yang dididik atau dirangsang di hati.



1. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa malu dengan manusia yang tahu akan rahsianya, mengapa kita tidak rasa malu dengan ALLAH sedangkan ALLAh itu Maha Menngetahui dengan sifat Ilmu-NYA ? Firman ALLAH SWT :



DIA (ALLAH) mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata. (Surah Al A’la : 7)



2. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa gerun dan hebat dengan manusia yang mempunyai kuasa, mengapa kita tidak rasa rasa gerun, hebat, takut dna gentar dengan ALAH sedangkan ALLAH itu Maha Kuasa, Maha Hebat ? Sedangkan kuasa ALLAH itu, andainya ALLAH kata jadi, maka akan terus terjadi. Firman ALLAH SWT :



dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Surah Al Maaidah : 17)



3. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa takut pada undang-undang ciptaan manusia sehingga kita mematuhi undang-undang jalanraya agar tidak terlibat dengan kemalangan, mengapa kita tidak takut kepada azab neraka ALLAH sehingga kita tergamak melakukan dosa dan maksiat seperti berzina, mendedahkan aurat, memfitnah, riya’, takabbur dan lain-lain lagi ? Sedangkan azab seksaan ALLAH di neraka-NYA amat pedih dan berkekalan. Firman Allah SWT :



Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal. (At Taubah : 68)



4. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa cinta dan sayang kepada seorang lelaki/perempuan sehingga kita tak lalu makan, tidur tak lena, hilang daya tumpuan. Mengapa kita tidak rasa sayang, rasa rindu dan rasa cinta kepada ALLAH sedangkan sifat Ar Rahim (kasih) ALLAH melangkaui rasa kasih dan sayang serta cinta setiap makhluk di dunia, kerana walau sebesar mana kita menderhakai-NYA namun pintau taubta masih dibuka luas buat kita oleh ALLAH. Firman ALLAH SWT :



Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang anshar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya ALLAH maha pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, (SURAT AT TAUBAH (Pengampunan) ayat 117)



5. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa berterima kasih kepada orang yang memberikan hadiah atau majikan yang memberikan gaji, mengapa kita tidak boleh bersyukur dengan nikmat pemberian ALLAH yang terlalu banyak. Lebih banyak dari apa yang pernah diberikan oleh manusia kepada kita. Firman Allah SWT :



(sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Al An’am : 151)



Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya (Ibrahim : 34)



6. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa senang, rasa lazat, rasa gembira dengan nikmat di dunia seperti nikmat berrumah mewah, nikmat makanan lazat, mengapa kita tidak rasa senang, lazat dengan syurga ALLAH di akhirat, lantas kita berusaha sungguh-sungguh untuk mendapat syurga ALLAH ?



(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; (17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? (27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, (29) Dan naungan yang tetap terbentang, (30) Dan air yang sentiasa mengalir, (31) Serta buah-buahan yang banyak, (32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38) (Al Waqiah : 12 – 38 )



Dan pelbagai peristiwa, pengalaman, perbandingan yang boleh kita buat akan perihal tindakbalas roh atau hati atau perasaan yang menzahirkan tindakan perbuatan atau percakapan lahiriah.



Persoalan yang timbul di sini ialah ….. MENGAPA ROH ATAU HATI ATAU PERASAAN MEDAH TERANGSANG DENGAN MANUSIA DAN DUNIA, TETAPI TIDAK TERANGSANG DENGAN ALLAH DAN AKHIRAT ?



Kalau hati boleh terangsang dengan manusia dan dunia sehingga mampu melakukan perkara-perkara yang di luar batas akhlak dan adat tatasusila. Mengapa hati tidak terangsang dengan ALLAH dan akhirat sehinga mampu melaksanakan segala titah perintah ALLAH sambil meninggalkan segala larangan ALLAH ?



Kalau hati terangsang dengan ALLAH dan akhirat, pastinya hidup umat manusia di dunia ini, aman damai, berkasih sayang, tiada hasad dengki, tolong menolong, bantu-membantu dan 1001 macam kebaikan dan keindahan akan terzahir. Tidak akan ada lagi gejala rasuah, rogol, buang bayi, zina, judi, arak dan 1001 macam jenayah mungkar dan maksiat.



Sebaliknya, apa yang berlaku, sehari-harian kita dihidangkan dengan berita-berita yang mengguris hati akan perlakuan tidak berakhlak khususnya di kalangan para remaja. Ini sebagai bukti bahawa hati dan jiwa mereka tidak terangsang dengan ALLAH dan akhirat. Mereka sudah tidak yakin akan kewujudan ALLAH sebagai Tuhan yang hanyasanya layak di sembah. Mereka sudah tidak yakin dengan janji azab neraka ALLAH yang Maha Azab lagi Maha Pedih. Lantas mereka bertuhankan syaitan dan nafsu dalam memenuhi kelazatan nikmat dunia yang bersifat sementara sambil menzalimi makhluk yang lain.



Sewaktu jasad manusia di cipta dan sebelum roh ditiupkan ke dalam jasad, roh sememangnya sudah bersumpah untuk taat setia keapada ALLAH, sebagaimana dikisahkan di dalam Al Quran :



Tuhan bertanya kepada roh, “Bukankah AKU Tuhan kamu?”, roh menjawab, “Ya, kami bersaksikan, Engkaulah Tuhan kami.” ( Al A’raf : 172)



Tetapi itu sewaktu roh masih bebas, belum tersangkar di dalam jasad lahir. Apabila ALLAH memasukkan roh ke dalam jasad, maka roh terkurung bersama nafsu yang sentiasa mengajak kea rah kejahatan. Lebih-lebih lagi nafsu dibantu pula oleh syaitan yang sememangnya memusuh yang nyata bagi manusia. Maka sejauh mana hati atau roh atau perasaan akan terangsang dan sekuat mana rangsangannya akan menghasilkan tindakbalas lahiriah, adalah bergantung sejauh mana kekuatan hati atau roh atau perasaan tersebut melawan tentangan dari nafsu dan syaitan.



Andainya kuat roh, maka kuatlah tentangan terhadap nafsu dan syaitan, kuatlah rasa rangsangan dengan ALLAH dan akhirat, maka banyaklah perkara makrufat yang akan lahir dari diri individu tersebut. Suami akan bertanggungjawab menyayangi isteri dan anak-anak. Isteri akan setia kepada suami dan mendidik anak-anak. Anak-anak akan taat kepada ibu bapa dan menghormati mereka. Masyarakat akan saling berkasih-sayang, bantu-membantu. Si kaya menjadi bank kepada si miskin, membantu menampung sara hidup si miskin dengan kekayaannya. Si miskin akan merasa sabar dan redha dengan kemiskinannya. Pendakwah akan menyampaikan risalah dakwah dengan ikhlas tanpa meletakkan wang ringgit sebagai imbuhan. Yang di dakwah pula menerima seruan dakwah dengan hati terbuka. ALANGKAH INDAHNYA MASYARAKAT YANG SEBEGINI.



TETAPI ….. Andainya roh lemah, maka tewaslah roh dengan hasutan dan bujukan nafsu dan syaitan, terasa hambarlah rangsangan dengan ALLAh dan akhirat, sebaliknya roh atau hati akan lebih terangsang dengan manusia dan dunia, maka akan terzahirlah tindakan yang luar batas akhlak dan syariat. Sebagaimana firman Allah :



Lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan oleh kerana apa yang diusahakan oleh tangan manusia, agar mereka merasai azab. ( Ar Rum : 41)



Lihat sahaja laporan akhbar. Majistret yang sepatutnya menegakkan undang-undang juga ditankap kerana rasuah. Polis yang sepatutnya menjaga keamanan, terlibat dengan pembunuhan. Ibu yang sepatutnya menyayangi anaknya, redha melihat teman lelaki membunuh anak kandungnya. Bayi yang lahir atas perlakuan zina, dibuang dimerata tempat setiap hari. Anak gadis lari mengikut teman lelaki tanpa menghiraukan ibu bapa. Rompakan berlaku setiap hari. Dan 1001 berita yang mengguris hati, hasil dari lemahnya roh apabila berhadapan dengan syaitan dan nafsu.



Timbul pula persoalan kedua. Bagaimana hendak menguatkan roh ? Antara perkara-perkara yang boleh menguatkan roh ialah :



1. Menuntut ilmu, kerana dengan ilmu kita dapat membezakan antara yang halal dan yang haram.

2. Perbanyakkan bertaubat. Taubat akan mencuci dosa-dosa yang dilakukan . Maka hati dan roh akan sentiasa bersih dan bersdia menerima nur iman.

3. Memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat khususnya zikir wirid kerana zikir ini akan mendidik kita untuk selalu mengingati ALLAH.

4. Mujahadah melawan nafsu. Kita berusaha gantikan sifat mazmumah (sifat terkeji) dalam diri dengan sifat mahmudah (sifat terpuji).

5. Menyebarkan ilmu berkaitan iman kepada masyarakat agar masyarakat akan terdidik dan suasana persekitaran yang laksana taman-taman syurga terzahir.

6. Berdoa kepada ALLAH SWT.



Semoga kita berusaha memperbaiki diri kita. Dan kita jadikan hari esok sebagai hari yang lebih baik buat diri kita berbanding hari-hari yang telah berlalu.



Library USIM

5 October 2010

3.50 pm